You are on page 1of 3

ANANIAH

Pengertian Ananiah
Kata ananiah berasal dari bahasa Arab ana yang bererti saya atau aku, kemudian
mendapat tambahan kata iyah. Ananiah bererti keakuan. Sifat ananiah biasa
disebut egois, yaitu sikap hidup yang terlalu mementingkan diri sendiri bahkan jika
perlu dengan mengorbankan kepentingan orang lain.Egois merupakan sifat tercela
yang dibenci oleh Allah swt. dan manusia kerana cenderung berbuat sesuatu yang
dapat merosak pergaulan kehidupan bermasyarakat. Orang yang egois biasanya
membangga-banggakan diri sendiri, mengganggap orang lain hina dan rendah.
Padahal Allah swt. dengan tegas tidak menyukai orang-orang yang sombong dan
membanggakan diri.
Firman Allah swt :
....... Ep) -.- OUg47 }4`
4p~ L4^C` -OONC ^@g
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi
membanggakan diri. (QS. An Nisa : 36 )
Contoh Ananiah; suka membanggakan diri sendiri, merasa diri paling benar,
menganggap orang lain salah.
Menghindari Prilaku Ananiah
Untuk menghindari perilaku ananiah bukanlah suatu hal yang mudah kerana
setiap manusia pasti memiliki sikap egoistik. Hal-hal yang harus dilakukan agar
terhindar dari perilaku ananiah sebagai berikut :
i. Menyedari bahwa perbuatan ananiah dapat merugikan diri sendiri ataupun
orang lain.
ii. Menyedari bahwa perilaku ananiah apabila dibiarkan akan mengarah pada
sikap takabur yang dibenci Allah swt
iii. Menghindari bahwa manusia diciptakan sama dan mempunyai hak yang
sama.
iv. Membiasakan diri untuk bersedekah dan beramal soleh
v. Menekan hawa nafsu dan memupuk sikap tenggang rasa.

Akibat buruk dari sifat ananiah atau egois antara lain :
Jauh dari pertolongan dan rahmat Allah, sebab orang yang egois tidak suka
menolong orang lain.
menyuburkan sifat rakus, tamak, dan sombong.
Menimbulkan kebencian dan permusuhan sehingga merugikan diri sendiri
Salah satu sifat yang perlu dijauhi atau diatasi dalam jemaah adalah sifat
ananiah. Yang dimaksudkan dengan ananiah di sini ialah keinginan seseorang
anggota jamaah untuk menunjuk-nunjuk diri rajin bekerja apabila berada di
hadapan masyarakat bertujuan untuk mengejar gelaran semata-mata dan apabila
mendapat status yang baik,maka berusahalah terus untuk mengekalkan kedudukan
tersebut dengan menolak setiap individu yang cuba menandingi dan menghancurkan
setiap peribadi yang boleh mengancam dan merebut tempatnya.Ianya berpunca dari
sifat kasihkan dunia dan akan melahirkan sifat hasad dan dengki.
Bagi mengatasi penyakit ini,para anggota perlulah diingatkan betapa buruknya
sifat ini kepada seorang daie kerana diantara syarat awal kejayaan seorang daie itu
ialah sifatnya yang suka memberi khidmat dan menolong orang lain serta bekerja
untuk menyempurnakan keperluan mereka dengan mengenepikan kepentingan diri
sendiri.Islam sendiri menganjurkan kepada At-Taawun dan menjauhi sifat-sifat yang
telah di-nyatakan.Kalau kita perhatikan kisah para sahabat,disana terdapat banyak
kisah yang menggambarkan bagaimana beratnya pengorbanan yang mereka telah
lakukan.Segala pengorbanan itu berbentuk tenaga,harta benda,waktu dan juga jiwa
dan raga.
Para pendokong harakah mestilah menyedari bahawa mengenepikan diri
sendiri,sanggup berkorban harta benda,tenaga,waktu dan jiwa adalah merupakan
pendahuluan yang membantu kepada kejayaan kerja-kerja amal jamaie.Umat islam
adalah umat yang memerlukan pengorbanan yang sedemikan rupa sehingga mereka
berjaya mewujudkan kerja-kerja amal jamaie yang berupaya menghasilkan cita-
citanya.
Untuk mengatasi masalah ini,maka perlulah dilakukan beberapa perkara. Diantaranya
ialah:
Mengadakan program ziarah yang berterusan.
Menggalakkan anggota untuk membiasakan diri bagi menghadiri
program-program dan tempat-tempat umum.
Perlunya tazkirah,nasihat yang berterusan dan tunjuk ajar dengan cara
yang sewajarnya.
Oleh kerana penyakit ini berhubung kait dengan permasalahan hati,maka
cara untuk mengatasinya adalah sebagaimana yang disebut oleh Hujjatul Islam Al-
Imam Ghazali r.a.m dalam kitabnya Ihya Ulumiddin di dalam bab merawat penyakit
hati. Ianya boleh diatasi dengan tiga perkara:
Guru yang mursyid.
Sahabat yang soleh.
Serangan dan kritikan dari musuh.

You might also like