1.

0 PENGENALAN Persaingan untuk menempatkan diri dalam dunia pekerjaan semakin hebat diperkatakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hal ini kerana pelajar-pelajar berkelulusan SPM dan STPM semakin ramai dan lambakan graduan yang cemerlang “bagai cendawan tumbuh selepas hujan”. Natijahnya, pengambilan keputusan untuk memilih bakal pekerja yang benar-benar berkelayakan dengan jawatan yang dipohon adalah menjadi tanggungjawab penting kepada para majikan atau penyelia. Temuduga boleh ditakfifkan sebagai perbualan berhaluan antara penemuduga dengan pemohon untuk bertukar-tukar maklumat dan menilai kesesuaian pemohon bagi sesuatu jawatan. Ia juga merupakan instrumen yang sangat baik dalam proses pemilihan pekerja tetapi boleh menimbulkan masalah jika tidak dilakukan dengan betul. Selain itu, proses temuduga menjadi panduan dan sumber yang dibangunkan untuk membantu pihak majikan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan setiap calon. Tambahan juga proses pemilihan melihat tahap kematangan serta kejujuran calon disamping mengetahui sama ada calon mempunyai personaliti yang sesuai dengan jawatan atau tidak. Temuduga boleh dilaksanakan dalam bentuk iaitu berstruktur atau tidak berstruktur. 1.1 Apa itu temuduga berstruktur? Merujuk kepada Gary Desseler (2003) dalam Siti Hafsah (2006), temuduga berstruktur adalah menggunakan satu set soalan yang teratur dan terperinci yang mana jawapan calon akan dicatat oleh penemuduga pada kertas temuduga yang disediakan. Secara amnya, temuduga berstruktur dapat memastikan calon mempunyai peluang yang sama untuk menyampaikan maklumat dan dinilai dengan tepat dan konsisten. Maknanya, dalam temuduga berstruktur semua calon akan disoal soalan yang sama dan dalam turutan yang sama. Selain itu, semua calon juga akan dinilai berasaskan skala pemarkahan yang seragam kerana proses pembuatan keputusan oleh pihak penemuduga adalah berasaskan skima jawapan yang telah disediakan. Jika difikirkan, temuduga tidak berstruktur lebih menarik kerana pelaksanaannya yang mudah untuk dijalankan. Calon mungkin disoal soalan-soalan yang berbeza dan penemuduga tidak perlu merujuk kepada skema jawapan kerana skala pemarkahan yang seragam tidak diperlukan. Namun, keadaan ini menyebabkan temuduga tersebut menjadi terlalu subjektif serta

Dalam soalan situasi. Soalan ini adalah penting untuk mengatahui kelayakan dan tahap akademik calon berhubung jawatan yang diisi. latar belakang dan bidang pekerjaan yang diceburi. Pendekatan ini adalah berdasarkan bukti empirikal bahawa prestasi lalu meramalkan prestasi masa depan dalam situasi yang sama atau berkaitan dengan pekerjaan baru yang dipohon. situasi. and Kethly 1999. temuduga berstruktur menunjukkan kadar kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta tidak boleh dipertikaikan.merendahkan ketepatan penilaian.S. Temuduga berstruktur melibatkan beberapa soalan yang direka untuk mengukur kecekapan calon mengisi jawatan yang telah dipilih. Mohamed. Reka bentuk soalannya meliputi empat jenis iaitu soalan berkaitan perihal tingkah laku. Merit Systems Protection Board. Sebagai perbandingan. Selain memberi kesan kepada kebolehpercayaan dan kesahan penilaian. Oleh yang demikian. reka bentuk soalan juga mengambil kira beberapa perkara yang berkaitan dengan latar belakang calon. Reka bentuk soalan berasaskan perihal tingkah laku bertujuan untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai prestasi dan pengalaman masa lalu calon berhubung dengan kecekapan yang dinilaikan. Kajian menunjukkan bahawa temuduga tidak berstruktur tidak menunjukkan prestasi sebenar calon. Soalan ini juga memberi fokus pada sejauh mana calon yang dipanggil mempunyai fleksibiliti dalam mengadaptasi tingkah laku yang telah dipelajari sebelum ini dan menggabungkannya kedalam situasi baru yang berkaitan dengan pekerjaan. Selain itu. kekurangan dari segi keseragaman kaedah temuduga dan soalan juga menyebabkan temuduga tidak berstruktur boleh dipertikaikan (Terpstra. Calon juga akan ditanya beberapa soalan yang berkaitan dengan situasi pekerjaan yang dipohon. pelaksanaan temuduga berstruktur adalah digalakkan untuk menilai kompetensi pegawai seperti peperiksaan dan lainlain kaedah penilaian. calon akan diduga beberapa pertanyaan yang melibatkan situasi atau peristiwa kerja yang berkaitan disamping melihat bagaimana mereka memberi respon kepada pihak penemuduga. Temuduga tidak berstruktur biasanya menunjukkan kebolehpercayaan dan kesahan yang rendah. 2003). U. Bukti seperti sijil-sijil yang diperolehi calon daripada tahap .

1. Kewangan. 56100 KUALA LUMPUR.my Tarikh Tutup: 6 Julai 2011 . Ekonomi. kesilapan yang biasa berlaku semasa sesi temuduga adalah bias tanggapan pertama. CHERAS. Mereka mempunyai kecenderungan untuk melakukan kesilapan semasa mengendalikan temuduga. Dalam kertas kerja ini. prasangka peribadi. TINGKAT 7. Untuk memohon.8. adalah menjadi panduan kepada penemuduga untuk mengemukakan soalan yang berkaitan dan perlu bijak mengendalikan sesi temuduga. reka bentuk soalan temuduga yang perlu disediakan adalah berkaitan dengan jawatan sebagai wartawan di Utusan Melayu Berhad seperti yang tertera di bawah: JAWATAN KOSONG SEBAGAI WARTAWAN DI UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD WARTAWAN Peluang menjadi wartawan di Utusan Malaysia Berhad Syarat-Syarat -Graduan Undang-Undang. UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD. Kebiasaannya. NO. JALAN PUDU ULU.1. Fungsi temuduga akan gagal dicapai sekiranya penemuduga adalah terdiri daripada penilai yang tidak terlatih. Justeru itu. Komunikasi & Hubungan Antarabangsa -Umur tidak melebihi 30 tahun.com. kesan halo. Sains. tanggapan stereotaip dan banyak lagi. SUMBER MANUSIA. SPM.1 Soalan temuduga berstruktur: Jawatan sebagai wartawan di Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.PMR. MENARA PGRM.P. sila hantar surat & resume kepada: PENGURUS BESAR. STPM dan sehingga tahap yang tertinggi menjadi kepentingan dan rujukan kepada pihak penemuduga. (U.:UNIT PENGAMBILAN KAKITANGAN) E-Mail: aizul@utusan. Politik.

2. 1. Memang agak sukar untuk calon menjawab soalan ini. Apakah kelebihan dan kelemahan anda yang paling ketara? Soalan ini berbentuk analisis SWOT terhadap bakal wartawan. Sebaliknya jawapan yang diberikan secara diplomatik menggambarkan bahawa calon mempunyai pegangan dan prinsip hidup yang kukuh. Calon yang sentiasa mengambil peluang untuk mengadu dumba semasa sesi temuduga memberikan imej diri yang tidak baik daripada pandangan pihak penemuduga. Huraikan suatu masalah yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda menyelesaikannya.2. Setiap majikan mahukan calon yang sentiasa bersedia sebelum mereka menyertai syarikat. Kebanyakan calon mengabaikan sifat kejujuran demi mendapatkan pekerjaan yang diingini.1 Soalan berkenaan perihal tingkah laku calon. Soalan temuduga ini menguji kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif setiap calon. apabila seseorang bakal wartawan memilih untuk bersama kebenaran dan keadilan sosial. 3.0 SET SOALAN TEMUDUGA BERSTRUKTUR BERSERTA JUSTIFIKASI. Kenapa anda berhenti dari tempat kerja yang lepas? Soalan ini menginginkan calon menyatakan beberapa aspek negatif dan aspek positif ketika bekerja dengan majikan yang lama. Fakta yang sangat jelas menunjukkan bahawa apabila sesorang individu itu tahu kekuatan dan kelemahan diri.lebih lagi sekiranya calon seorang fresh graduate dan tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja. Kebolehan calon untuk menyatakan masalah dan langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah tersebut walaupun cuma sekecil zarah memperlihatkan kepada penemuduga kebolehan calon untuk berfikir secara kritikal ketika berhadapan dengan pelbagai situasi . maka ia tidak terelak dari kesepian dan bersendirian apabila berpegang kepada prinsip hidup. Soalan ini juga menduga sifat kejujuran seorang calon. Misalnya. ia memberitahu penemuduga bahawa calon adalah seorang yang matang dan mempunyai pengetahuan yang pelbagai untuk mengendalikan kerja. lebih . 2.

Dalam dunia kewartawanan. 1. mempunyai sifat kesopanan dan kemesraan dengan orang ramai untuk mengelakkan sebarang konflik antara pekerja bawahannya. mahu atau tidak perlu menerima cabaran dan pemantauan daripada masyarakat. 4. majikan memerlukan seseorang pekerja yang boleh membawa keuntungan kepada syarikat.yang mendatang. Kepuasan apabila berada dalam persekitaran mempamerkan tahap prestasi secara total sebagai teras yang diperlukan untuk proses perubahan syarikat.2 Soalan berkenaan situasi. Majikan perlu memilih seseorang yang boleh bekerjasama. Sekiranya anda perlu ditugaskan ke luar negara untuk membuat liputan berita. 2. Ini juga menunjukkan bahawa calon adalah seorang yang bertanggungjawab dan boleh menyelesaikan masalah dengan sistematik. adakah anda sanggup? Soalan ini berkaitan demografi tugas. Kesanggupan calon untuk bekerja tidak kira di mana mereka ditempatkan menggambarkan bahawa calon seorang yang pandai berdikari dan boleh menyesuaikan diri apabila berada di negara luar. Apabila anda mendapat kerja baru. bagaimana anda memulakan hubungan baru dengan rakan sejawatan dan penyelia anda? Soalan ini menguji kecenderungan calon membina hubungan yang positif dengan rakan sekerja seterusnya bagaimana mereka menghidupkan suasana yang kondusif semasa menjalankan tugasan. . 5. Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan syarikat? Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan syarikat kami? Soalan ini menguji minat dan kecenderungan calon terhadap bidang kewartawanan. Calon yang tahu akan perkara yang memotivasikan mereka untuk menjadi seorang wartawan menggambarkan mereka dapat memberikan nilai tambah kepada syarikat dalam menghasilkan sebuah karya yang menarik. Wartawan generasi baru.

Calon perlu menyedari bahawa dunia kewartawanan bukan sekadar menyumbang pengetahuan. Soalan ini membantu penemuduga untuk mengetahui bagaimana calon menghurai dan mengulas kenyataan dalam soalan. kreativiti. bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta? Soalan ini menguji tahap keyakinan calon. Keyakinan yang dipamerkan jelas memenuhi cirri-ciri yang perlu ada sebagai seorang wartawan. tetapi juga emosi.2. Sekiranya terdapat pihak yang mendakwa anda mereka-reka cerita yang tidak benar. apa tindakan anda terhadap individu yang mendakwa anda? Soalan ini menguji calon bagaimana mereka mengawal emosi dan perasaan apabila berhadapan dengan segala tuduhan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Ketegasan dan kelantangan calon dalam menyuarakan sebab dan akibat daripada peristiwa secara bernas menunjukkan bahawa calon adalah seorang yang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi. 4. kemahiran dan kebolehan mereka. 3. . Boleh anda ulas sedikit tentang ini? Soalan berbentuk ulasan terhadap isu-isu dalam negara sangat penting sebagai seorang wartawan. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri-menteri yang dilantik di dalam kabinet. Biasanya keutamaan untuk mengisi jawatan akan diberikan kepada calon yang dapat menyeimbangkan hal peribadi dengan pekerjaan dengan bertanggungjawab dan amanah. semangat berpasukan dan personality diri yang baik. Keupayaan calon untuk menghuraikan teori secara praktikal mencerminkan diri calon yang sentiasa peka terhadap isu-isu semasa negara dan meyakinkan penemuduga bahawa individu tersebut sesuai bergelar wartawan jika sering terdedah kepada perkembangan negara dalam semua aspek.

2.5. Majikan juga perlu mengetahui sama ada umur calon boleh melayakkan beliau untuk mengisi jawatan tersebut atau tidak berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. 1. untuk membantu meningkatkan keuntungan syarikat. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses liputan ini? Pembaca biasanya akan cenderung untuk mengetahui berita-berita sensasi dan hangat tidak kira dalam mahupun luar negara untuk melariskan pasaran akhbar syarikat. dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda? Setiap syarikat biasanya inginkan seorang pekerja yang berupaya menyatukan pengetahuan teknikal dengan kebolehan pengurusan dan mempunyai kemahiran-kemahiran lain seperti penguasaan teknologi maklumat. Ketelusan dan keikhlasan yang dipancarkan dari riak wajah calon memberitahu penemuduga bahawa calon adalah seorang yang komited terhadap bidang tugasannya. majikan mahukan seorang yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan dengan meluaskan pengetahuan dan sensetiviti terhadap apa-apa perkembangan yang sedang berlaku dalam lingkungan tanggungjawab mereka. . Seorang wartawan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk membuat liputan di lokasi yang berisiko tinggi seperti di Negara Iraq. kemahiran komunikasi. perhubungan kemanusiaan. Soalan ini membuka peluang kepada calon wartawan mempromosikan diri sendiri. Justeru itu. 2. Kenapa anda yang harus kami pilih. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Maklumat latar belakang kerja dan prestasi seorang pemohon boleh didapati daripada bekas majikan dan kebiasaannya rujukan ini boleh dihubungi melalui telefon.3 Soalan berkenaan latar belakang calon. Ceritakan tentang diri anda. selalunya majikan memerlukan pemohon mengemukakan nama-nama orang yang boleh memberikan keterangan tentangnya.

Hal ini demikian kerana dunia kewartawanan masa kini penuh dengan unsur-unsur yang berlawanan daripada fitrah seseorang insan. Penemuduga akan menilai kelayakan akademik calon adakan ianya setaraf dengan syarat yang ditetapkan atau mempunyai lebih kelayakan lain. 5. Dengan ini. Misalnya. berpolitik. . 4. Kebolehan calon untuk membuktikan secara empirikal dan menonjolkan bakat kepimpinan yang wujud sebelum ini memberitahu kepada penemuduga bahawa calon adalah seorang yang mampu memotivasikan orang lain. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau program yang besar dan berjaya? Soalan ini berasaskan teori dan praktikal dalam bidang kewartawanan. pihak penemuduga akan memikirkan kualiti-kualiti yang diingini dan menekankan bagaimana calon boleh memenuhi kriteria tersebut. Walaupun pencapaian calon yang terbaik adalah mendapat tempat pertama dalam peraduan memasak maggi peringkat negeri. Kelayakan akademik yang diperolehi sekiranya lebih tinggi dari apa yang dikehendaki mengandaikan bahawa calon masih boleh mencari hala tuju dan pekerjaan yang setaraf dan lebih baik lagi. namun pencapaian yang lebih berkaitan dengan kerjaya sebagai seorang wartawan adalah diutamakan.pengucapan awam. penyelesaian masalah dan bijak membuat keputusan. Di manakah anda dalam lima (5) tahun dari sekarang? Soalan ini berbentuk ramalan masa depan calon. dalam kehebatan akhbar menceritakan keburukan judi dan minuman keras. pihak yang sama juga memperuntukan ruangan iklan minuman keras dan ruang khas keputusan perjudian. 3. Apakah pencapaian yang paling anda banggakan? Taktik menyoal soalan ini adalah untuk memilih calon yang mempunyai pencapaian berkaitan bidang kewartawanan dan selari dengan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Dengan itu. 3. perkembangan dan bidang industri syarikat yang berkaitan. soalan ini menduga tahap kesediaan calon apabila ditanya lebih lanjut soalan yang berkaitan dengan syarikat. Sekiranya calon bersedia dengan maklumat . dan asas undang-undang. Mengapa anda memilih syarikat ini? Ini adalah salah satu soalan temuduga yang akan digunakan oleh majikan untuk memeriksa sama ada calon ada membuat kajian terhadap syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.4 Soalan berkenaan pekerjaan yang diceburi. Calon yang boleh menyatakan visi. politik semasa. Kegagalan calon untuk menghuraikan hal-hal berkaitan syarikat menunjukkan seolah-olah calon tidak membuat persediaan yang rapi. Soalan ini pada asasnya bertujuan untuk mengetahui sama ada calon benar-benar tahu akan kebaikan dan keburukan apabila ingin menceburkan diri dalam dunia kewartawanan. apakah tugas-tugas yang bakal dipikul oleh anda nanti? Soalan ini menduga calon adakah mereka benar-benar faham akan situasi pekerjaan yang akan mereka ceburi. Selain itu juga.2. majikan akan melihat mereka sebagai seorang yang berinisiatif dan boleh diharap. Kenapa mesti kami pilih anda untuk jawatan ini? Soalan ini boleh diistilahkan „apa yang membawa anda datang kepada kami‟. Calon tidak sepatutnya menghadiri panggilan temuduga tanpa menyelidik tentang latar belakang. pengurusan konflik dan tekanan. 1. Berapakah gaji yang anda harapkan? Soalan ini penting kepada majikan sektor swasta untuk mengetahui tahap gaji yang diingini oleh setiap calon mengikut kelayakan masing-masing. pihak majikan akan benar-benar teruja dan terdorong untuk memilih calon yang mempunyai kualiti diri yang tinggi sesuai dengan gelaran sebagai seorang wartawan di Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. 2. Setakat yang anda tahu. Calon yang boleh memberitahu bidang tugas seorang wartawan membuktikan Calon mempunyai pengetahuan am yang luas seperti berkenaan perhubungan awam. misi dan objektif syarikat .maklumat tersebut. 4.

Proses ini berlaku melalui penyaluran mesej yang betul dalam fikiran pembaca. Hal ini demikian kerana. Kualiti sesebuah penulisan tidak hidup sendiri malahan ia perlu bergabung dengan kemahiran-kemahiran individu lain melibatkan grafik. dunia kewartawanan pada dekad ini bukan hanya memandang kepada individu yang petah dalam percakapan bahkan juga memerlukan calon yang mempunyai tahap keberanian tinggi terutamanya ketika diarahkan untuk membuat liputan akhbar yang berisiko terhadap diri individu tersebut. Etika kewartawan yang meminta wartawan melaporkan secara adil dan telus berdasarkan fakta bukan sentimen menjadi kekuatan bagi mengubah wajah berita yang sengaja disolek dengan penipuan. sebagai seorang wartawan mereka bukan sahaja menjadi pencatat peristiwa tetapi mereka perlu mencipta peristiwa. Walau bagaimanapun. gaya persembahan dan proses pujukan pelanggan. 5.memberitahu penemuduga bahawa mereka telah bersedia memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan dalam dunia kewartawanan. Keberanian mentafsir semula dan melaporkan berita kepada massa memerlukan keberanian yang bukan kecil. . Dengan itu. Sebagai seorang wartawan. selain daripada kepakaran berkomunikasi. apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang wartawan yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan? Soalan ini menduga kemahiran-kemahiran lain yang dipunyai oleh calon untuk melayakkan mereka mengisi jawatan wartawan yang disiarkan. Kemahiran berkomunikasi merupakan suatu perkara yang sangat sinonim dengan dunia kewartawanan. pemasaran. penemuduga dapat mengesan keikhlasan calon yang benar-benar faham akan situasi tersebut. Di samping itu kemahiran dalam menggunakan teknologi IT juga menjadi modal kepada calon untuk memperjuangkan pekerjaan yang dipohon. reka letak.

pelaksanaan. situasi. bermula dari persiapan hinggalah kepada pembangunan. perbincangan adalah berfokus kepada set soalan temuduga berstruktur daripada empat aspek yang telah diketengahkan iaitu soalan yang berkaitan perihal tingkah laku calon. proses pelantikan bagi beberapa jawatan sama ada di sektor swasta atau kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan daripada sesi temuduga.3. Dalam kertas kerja ini. . latar belakang calon dan soalan berkaitan pekerjaan dalam bidang kewartawanan. Panduan ini akan memudahkan tugas dan memastikan pengambilan bakal wartawan dapat dilakukan oleh pihak pengurus mahupun sumber manusia. Reka bentuk soalan temuduga berstruktur adalah lebih baik jika dibandingkan dengan temuduga tidak berstruktur terutama dari sudut meramalkan prestasi kerja individu tertentu. Kesemua aspek ini ditanya dalam lima soalan berserta justifikasi setiap soalan tersebut. Terdapat dua jenis temuduga yang biasa dijalankan oleh mana-mana sektor iaitu temuduga berstruktur dan tidak berstruktur. Temuduga pekerjaan dianggap satu alat penilaian yang digunakan secara meluas dan berpengaruh terutama dalam proses membuat keputusan calon yang layak dimasukkan ke dalam syarikat. dan seterusnya penilaian.0 PENUTUP Kesimpulannya. Set soalan perlu disediakan terlebih dahulu menyedari potensi yang ada dalam temuduga berstruktur yang mana ianya memerlukan penelitian yang rapi untuk setiap peringkat proses temuduga. maklumat daripada temuduga berstruktur mempunyai ketepatan dan kepercayaan yang tinggi. Disamping itu juga. Pendekatan ini seterusnya dapat mengelakkan sikap berat sebelah pihak penemuduga kerana keputusan yang diambil adalah berdasarkan markah merit yang diperolehi setiap calon.

dca.au/documents/ACERPress_ASE_PM_IntQues. Diperolehi pada Julai 29. 2011 daripada http://www.pdf Jan Sample (2007).4.edu. Diperolehi pada Julai 29.pdf Siti Hafsah (2006).gov/documents/organization/107843. Diperolehi pada Julai 29.utm. Structure Interview Questions: The workplace Personality Questionaire. Kualiti Pengurus Projek Banyak Bergantung Pada Kualiti PenilaiaN Dan Pemilihan.pdf Panduan Penemuduga Penilaian Tahap kecekapan.pdf . 2011 daripada http://www.state. 2011 daripada http://www.edu/docs/interview.pdf Sample Structured Interview Questions: Based upon CSSS competency areas. 2011 daripada http://www.efka. Diperolehi pada Julai 29.0 RUJUKAN Conducting Effective Structured Interview: Resource Guide for Hiring Managers and Supervisors.acer.umn. Diperolehi pada Julai 29.my/thesis/IMAGES/4MASTER/2006/2JSBP/Part2/sitihafsah03100 1d06ttt. 2011 daripada http://rtc.gov.my/Division/Management_Services/ptk/PANDUAN%20PENEMUD UGA%20PENILAIAN%20TAHAP%20KECEKAPAN.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful