P. 1
Ciri-ciri orang Beriman

Ciri-ciri orang Beriman

|Views: 187|Likes:
Published by zahidan
6 ciri-ciri orang beriman.
6 ciri-ciri orang beriman.

More info:

Categories:Types, Research
Published by: zahidan on Apr 16, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as TXT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/29/2014

pdf

text

original

Dari Akhy Aim -6 Ciri Orang BerimanDengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Sesungguhnya

beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuâ dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak b erguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela, Barang siapa yang mencari dibalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melamp aui batas, dan sungguh beruntung orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya, mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga firdaus. Mereka kekal di dalamnya. Al-Mukminun :1-11 1. Orang Yang Khusyuk Dalam Solat Mereka yang khusyuk di dalam solat. Hal ini adalah kerana solat merupakan perkara yang pertama sekali akan disoal oleh Allah S.W.T di hari qiama t kelak. Jadi, orang yang menjaga solatnya dengan baik, khusyuk dan tawadhuk, maka mereka merupakan orang yang berjaya. Hasil dari solat yang khusyuk dan sempurna inilah dapat mencegah daripada perbuatan yang keji da n mungkar. Sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Ankabut, ayat 45. ya ng bermaksud: (Sesungguhnya solat dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.) 2. Menjauhkan Diri Dari Perbuatan Dan Perkataan Tidak Berguna Orang yang menjaga dirinya daripada terlibat dengan perkara-perkara yang melalai kan dan tidak berfaedah. Hal ini adalah kerana benda-benda yang melalaikan boleh menjauhkan seseorang daripada mengingati Allah S.W.T, maka senanglah syaitan dan hawa-nafsu menguasai serta me mbawa dirinya ke arah kemaksiatan dan derhaka kepada Allah S.W.T. Oleh itu merek a yang dapat menjaga diri mereka daripada terlibat dengan perkara-perkara yang melalaikan, mereka adalah orang-orang mukmin yang berjaya. 3. Orang Yang Menunaikan Zakat Orang yang mengeluarkan zakat. Zakat asalnya ialah satu perkataan daripada bahas a arab. Ertinya ialah pembersihan. Makna zakat di sini ialah mengeluarkan sebaha gian harta dengan kadar yang ditentukan oleh syarak. Zakat ini dikeluarkan kepad a mereka yang disebut sebagai `asnaf lapan' di dalam surah At-Taubah-60. Mereka ialah golongan fakir, miskin, mualaf dan selainnya. Tujuan Allah S.W.T mewajibkan zakat kepada kita adalah untuk menolong mereka yang berhajat serta membersihkan jiwa kita. Ja di apabila seseorang itu mengeluarkan zakat, maka dia telah membersihkan jiwanya . Orang yang bersih jiwanya daripada kekotoran dunia adalah orang yang berjaya. 4. Orang Yang Menjaga Kemaluannya Orang yang menjaga kemaluannya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T melainkan kepada isteri dan hamba perempuannya. Oleh kerana per kara ini merupakan satu perkara yang payah untuk dielakkan, Rasulullah S.A.W men

jamin kepada mereka yang dapat menjaga kemaluannya dari melakukan perkara yang d ilarang oleh Allah S.W.T dengan mendapat lindungan ArasyNya di Padang Mahsyar ke lak. Jadi, mereka yang berjaya menahan nafsunya dari membuat perkara-perkara yan g dilarang oleh Allah S.W.T adalah dari golongan orang mukmin yang berjaya. 5. Orang Yang Menjaga Amanah Dan Janji Orang yang menjaga amanah dan janji yang diberikan kepada mereka. Mereka menjaga amanah dan janji dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran. Ini adalah kerana mereka yang mengkhianati serta tidak memelihara amanah dan janjinya dengan baik, mereka disifatkan oleh Rasulullah se bagai orang munafik sebagaimana sabdanya yang bermaksud: (Tanda-tanda orang muna fik ada tiga: (1) Apabila dia bercakap, dia bercakap bohong, (2) Apabila dia berjanji, dia tidak menepatinya, (3) Apabila dia diberikan amanah, dia mengkhianati amanah yang diberikan kepadanya). Oleh itu, mereka yang mempunyai sifat amanah ini, mereka merupakan orang yang be rjaya. 6. Orang Yang Menjaga Solatnya Orang yang menjaga dan menunaikan solatnya dengan baik. Di sini Allah S.W.T meny ebut sekali lagi berkenaan dengan solat. Maksudnya di sini ialah menjaga dan men yempurnakan segala hak-hak yang berkaitan dengan solat. Hak-hak yang berkaitan d engan solat contohnya adalah seperti menunaikannya dengan berjemaah, solat di aw al waktu, menyempurnakan rukuk, sujud dan segala rukun-rukunnya. Betapa ramai me reka yang mendirikan solat, tetapi pada hakikatnya mereka tidak bersolat. Mereka yang tidak mendirikan solatnya dengan sempurna disifatkan oleh Allah S.W.T seba gai `celaka'. Sebagaimana firmanNya di dalam surah Al-Ma'un: yang bermaksud: (Maka celakalah mereka yang bersolat iaitu mereka yang lalai terhadap solatnya). Oleh itu, mereka yang menjaga solat dengan segala hak-haknya adalah mereka yang berjaya. Mereka berhak mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T di akhirat kelak. Inilah semua ciri-ciri dan sifat orang-orang yang berjaya yang di sebut oleh Allah S.W.T di dalam surah di atas. Pada akhir ayat ini Allah S.W.T berjanji akan mewarisi mereka dengan SyurgaNya iaitu Syurga Firdaus. Oleh itu bertuah dan beruntunglah mereka yang mempunyai sifat-sifat ini. Akhir kata, pesananku kepada diriku yang serba lemah dan hina ini, juga kepada p ara sahabat yang ku muliakan. marilah sama-sama kita menghisab dan menghitung di ri kita, adakah kita mempunyai sifat-sifat yang di sebutkan oleh Allah S.W.T itu. Jika sifat-sifat ini tidak ada di dalam diri kita, sama-samalah kita berusaha untuk mendapatkannya. Moga kita akan sentiasa berada di dalam naungan rahmat dan kasih sayangNya..Amee n.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->