You are on page 1of 12

SYAIR PESANAN IBU

Hasil Nukilan : Zurinah Hassan


Dengarlah anak ibu berpesan,
Lengkapkan diri dengan pelajaran,
Hanyalah itu jadi bekalan,
Untuk hidup di masa depan.

Ilmu itu pelindung diri,


Seperti kebun berpagar duri,
Seperti sinar intan baiduri,
Itulah tanda orang jauhari.

Hidupmu kini di masa remaja,


Bagaikan permata amat berharga,
Jangan jatuh ke lembah hina,
Nanti menyesal tidak berguna
Kalau hidup terasa susah,
Sering berhadapan dengan masalah,
Hadapi dengan hati yang tabah,
Jangan cepat rasa gelisah.

Syaitan menggoda bertambah gundah,


Jangan mengambil jalan yang mudah,
Jangan sekali mencuba dadah,
Kalau terjerat sesal tak sudah.

Jika masa sudah terbuang,


Perginya tidak akan berulang,
Di hari tua sesal mendatang,
Mengingatkan waktu yang telah hilang.
Dunia bagai lautan dalam,
Gelombang besar karangnya tajam,
Di situ banyak kapal tenggelam,
Ramailah insan yang telah karam.

Ingatlah wahai anakku sayang,


Tanah indah pusaka moyang,
Jangan terlepas ke tangan orang,
Sedangkan kita miskin terbuang.
Maksud Syair
Rangkap 1
Ibu menasihati anaknya agar melengkapkan diri dengan ilmu untuk
bekalan pada masa depan.

Rangkap 2
Ilmu dapat melindungi kita daripada ditimpa pelbagai masalah.

Rangkap 3
Kehidupan pada zaman remaja amat berharga dan hendaklah
dimanfaatkan.
Rangkap 4
Sekiranya menghadapi pelbagai masalah, kita mesti menghadapinya
dengan tabah dan tenang.

Rangkap 5
Jangan mudah terpedaya dengan godaan syaitan dan terlibat dalam
penyalahgunaan dadah.

Rangkap 6
Jangan suka membuang masa kerana masa yang lalu tidak akan
berulang.

Rangkap 7
Kehidupan di dunia banyak halangan dan rintangan. Oleh itu, orang
yang tidak kuat semangat dan tidak tahan menghadapi cabaran pastinya
akan mengalami kegagalan.
Rangkap 8
Kita tidak harus membiarkan tanah air jatuh ke tangan musuh.
Tema

Pesanan ibu kepada anaknya dalam menghadapi pelbagai


cabaran hidup.
Persoalan

Pentingnya ilmu, ketabahan, menghargai, amanah, cinta


akan tanah air.
Gaya Bahasa
Simile
Seperti kebun berpagar duri, seperti intan baiduri.

Anafora
Jangan mengambil jalan yang mudah;
Jangan sekali mencuba dadah.

Imej alam
Kebun, lautan, karang

Sinkof
Sesal tak sudah,
Anakku sayang

Inversi
Di hari tua sesal mendatang
Nilai

 Kerajinan menuntut ilmu


 Menghargai masa
 Ketabahan
 Kegigihan
 Berwaspada
 Menghadapi dugaan

You might also like