You are on page 1of 8

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

PB-1501 MELAYU ISLAM BERAJA

OLEH: ATHIAH BINTI HAJI BADAR KUMPULAN B

TAJUK LAPORAN:

BRUNEI NEGARA MELAYU ISLAM BERAJA


PENDAMPING NORALLIZAH BTE HAJI ISHAK

TARIKH MENGHANTAR 4HB FEBUARI 2012

PENDAHULUAN

Pada 1 Januari 1984, Negara Brunei Darussalam diistiharkan menjadi Negara Melayu Islam Beraja buat selama-lamanya, sepertimana didalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultah Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ibni AlMarhum Sultan Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien
Negara Brunei Darussalam dengan izin dan limpah kurnia Allah Subhanahu wa Taala akan untuk selamalamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik, bersendikan kepada ajaran-ajaran ugama Islam menurut Ahlussunnah Waljamaah dan dengan berasaskan keadilan dan amanah dan kebebasan

Melayu Islam Beraja sebagai falsafah Negara Brunei Darussalam adalah rumusan ideal mengenai cara hidup berbangsa dan bernegara yang mengekalkan identiti, nilai-nilai luhur dan pemerintahan yang dipandu Islam sebagai ugama negara dengan sistem pemerintahan beraja sebagai asas dan sumber rujukan dalam mencapai matlamat negara. (Dr. Hj. Moehammad Nazir, 1992) Dalam konteks ini Melayu Islam Beraja itu dijadikan asas untuk integrasi kebangsaan Brunei. Melayu Islam Beraja dijadikan sumber rujukan dan idea untuk pembentukkan calak bangsa Brunei, calak negara yang akan dibentuk dan dipertahankan haruslah mengikut lunas atau dasar Melayu Islam Beraja itu. (http://khairulameera.wordpress.com/category/melayu-islam-beraja, Brunei di tengah-tengah nusantara, Kump. Kertas kerja seminar sejarah Brunei,Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan, NBD, 1994, hal 224).

TEORI MELAYU ISLAM BERAJA

Pengistiharan Melayu Islam Beraja sebagai falsafah negara pada hari kemerdekaan Negara Brunei Darussalam 1984 itu bukan lagi merupakan satu teori atau andaian kerana unsur-unsur MIB itu secara hafiahnya telah lama wujud. Malah secara realitinya Melayu dan Beraja telah tumbuh sejak kewujudan Negara Brunei Darussalam dan Islam telah sampai di negara ini sejak kurun ke-10 Masihi. Ini satu kenyataan yang tidak dapat ditolak. Namun kita boleh berteori bagaimana hendak menjadikan Negara Brunei Darussalam itu sebagai sebuah Negara Melayu; sebuah Negara Islam; dan sebagai sebuah Negara Beraja. (Awang Haji Abdul Latif Haji Ibrahim.1998, Melayu Brunei abad ke-21)

KONSEP MELAYU ISLAM BERAJA

Konsep Melayu Islam Beraja (MIB) adalah satu konsep yang sudah berakar umbi kepada bangsa Brunei, ia lahir bersama wujudnya Negara ini kira-kira lebih 600 tahun yang lalu. Justeru ia sudah sebati sebagai identiti negara bangsa. Konsep MIB bukanlah slogan tanpa erti, bukanlah suara-suara tanpa makna. Lantas konsep MIB merupakan adiluhung (great tradition), nilai bangsa yang sudah membudaya, dan gagasan yang berlandaskan agama dan sosio-budaya. (Prof. Madya Dr. Hj. Hashim bin Hj. Abdul Hamid (2008), Qarar, m.s 9) Oleh yang demikian, Falsafah Melayu, Islam dan Beraja itu mempunyai kefahaman dan huraian yang lebih mendalam dari segi maksudnya. Adapun di dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Negara Brunei Darussalam ada menjelaskan sedikit mengenainya:
Dari tiga rangkai kata Melayu Islam Beraja ,terdapat unsure-unsur atau nilai-nilai yang positif untuk ketahanan negara , umpamanya dari Melayu itu ialah bahasanya . Siapapun tak boleh menyangkal , bahawa Bahasa Melayu itu satu-satunya alat perpaduan kita yang paling efektif. Tanpa bahasa ini , kita tentunya tidak dikenali sebagai atu bangsa yang berdaulat lagi mempunyai identity. Demikian juga Islam, ialah ugama yang menjamin seluruh kepentingan rakyat dan penduduk dengan tidak mengira apa jua ugama, suku, kaum dan keturunan.. Sementara perkataan Beraja pula adalah menunjukkan kepada kerajaan yang Bersultan atau Beraja yang sudah wujud dan menjadi warisan zaman semenjak dari beberapa abad lagi.

(Petikan titah Kebawah Duli Yng Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussaalam sempena sambutan puja usia baginda ke-44 tahun di Daerah Belait pada 21 Julai 1990)

MELAYU Setelah Perlembagaan Negeri Brunei disiapkan dan ditandatangani pada 29 September 1959 , sungguhpun dalam perlembagaan itu tidak menyebutkan secara khusus Negeri Brunei ini Negara Melayu tetapi berdasarkan adat istiadatnya, peruntukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi negaradan tafsiran rakyat sultan seperti yang diberikan oleh undang-undang taraf Kebangsaan Brunei 1961, menunjukkan negeri ini adalah negeri melayu untuk orang melayu dan kepunyaan orang melayu Brunei; demikian juga dengan perlantikkan Menteri , Timbalan Menteri Besar, dan setiausaha tetap yang terdiri daripada anak-anak melayu menguatkan lagi gambaran negeri ini adalah Negeri Melayu yang diterajui oleh orang Melayu. (Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Hj, Awang Mohd. Jamil Al-Sufri, 2004, Perlaksanaan Dasar Negara Melayu Islam Negara, m.s 3)

Budaya Melayu Kebudayaan merupakan suatu hal yang dipelajari yang diperoleh yang dengannya dapatlah seseorang itu menyesuaikan diri dengan keadaan semulajadi di sekelilingnya dan ini tidaklah tetap dengan keadaan begitu selama-lamanya, dari satu masa ke satu masa. Dan kebudayaan ialah satu keseluruhan yang corak susunannya berkait-kaitan yang meliputi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan hal-hal lain yang kebiasaanya diamalkan oleh setiap masyarakat. (Pehin Jawatan Luar Perkerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Md. Zain Haji Serudin 1998, Melayu Islam Beraja, Suatu Pendekatan) Megenai budaya sehingga kini Melayu itu masih ditakrifkan kebanyakannya daripada konteks budaya, mempunyai ciri-ciri yang berperadapan tinggi , bersopan-santun, berbudi bahasa, hormat-menghormati terutama sekali kepada orang tua, pengukuhan nilai-nilai budaya yang dominan.(Awg.Hj Abdul Latif Hj. Ibrahim.1998, Melayu Abad ke-21) Bahasa Melayu Bahasa Melayu merupakan identity yang lebih mengikat dan konkrit yang menggambarkan budaya orang melayu Brunei. Penyampaian dalam bahasa Melayu dirasakan lebih mendekatkan perasaan dan minda orang Melayu daripada penyampaian dalam bahasa asing. Walaupun sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam menggunakan system dwibahasa, Melayu dan Inggeris, namun pemaiakian Bahasa Inggeris itu hendaklah hanya sebagai bahasa bagi maksud ilmu pengetahuan dan hubungan antarabangsa. Tentang bahasa ini ada disebut di dalam titah Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu: .dari tiga rangkai kata Melayu Islam Beraja, terdapat unsur-unsur atau nilai-nilai yang positif untuk
ketahanan negara, umpamanya dari Melayu itu, ialah bahasa. Sesiapa pun tidak boleh menyangkal bahawa bahasa Melayu itu satu-satunya alat perpaduan kita yang paling efektif. Tanpa bahasa itu tentunya tidak akan dikenali satu bangsa yang berdaulat lagi mempunyai identiti.

Bangsa Melayu Dalam takrif Melayu Islam Beraja yang diterima sebagai rasmi oleh Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja mengenai Melayu memperakui: Hak bangsa melayu yang gterdiri daripada tujuh puak jati bangsa Melayu dengan nilai-nilai luhur kebudayaan Melayu yang dinamik dan dominan menjadi sandaran kehidupan beraja, berkeluarga, bermasyarakat, berbangsa dan bernegara Puak jati bangsa Melayu yang dimaksudkan itu ialah tujuh puak jati Brunei yang tersebut di dalam undang-undang, iaitu Melayu Brunei, Melayu Belait, Melayu Bisaya, Melayu Kedayan, Melayu Murut, Melayu Dusun dan Melayu Tutong. (Pehin Jawatan Luar Perkerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Md. Zain Haji Serudin 1998, Melayu Islam Beraja, Suatu Pendekatan)

Melayu Bisaya

Melayu Tutong

Melayu Murut

Melayu Kedayan

Melayu Dusun ISLAM

Melayu Belait

Melayu Brunei

Islam dalam Melayu Islam Beraja juga memberi takrif bahawa Islam adalah ugama rasmi negara. Pengakuan Islam sebagai ugama rasmi negara bererti mengesahkan Islam sebagai sistem yang memandu kehidupan rakyat dan pemerintahan di negara ini. Islam yang dipraktikan di Negara Brunei Darussalam adalah menikut kefahaman Ahlusunnah Wal Jamaah Mazhab Syafie iaitu fahaman yang relative dan sederhana dalam pengalaman aqidah, syariah dan muamalat. Cara hidup yang mengikuti lunas-lunas Islam tetap akan menjamin perpaduan kebangsaan. Oleh yang demikian, unsur toleransi dalam Islam tetap menjamin keserasian hubungan dan menghormati pemeluk agama lain. (Dr. Haji Moehamad Nazir, 1992. Akademi Pengajian Brunei, Universiti Negara Brunei Darussalam) ISLAM DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Mengukuhkan Islam di Negara Brunei Darussalam ada enam perkara yang diperhatikan dan dilaksanakan: Pegawai kerajaan sebagai wakil pihak raja hendaklah menjaga muslihat Negara Brunei Darussalam, orang Islam Brunei dan agama Islam. Raja adalah lambang perpaduan umat Islam di Brunei Darussalam maka berkembangnya agama Islam di negara ini akan menguatkan kedudukan raja.
5

Memelihara akidah Ahli Sunnah Waljamaah dan menjauhkan diri dan menghalang akidah yang bertentang dengannya. Mempertingkatkan penerangan agama Islam melalui berbagai-bagai saluran. Memesatkan dakwah, secara lebih jelas, lebih kuat dan lebih tajam. Mengukuhkan peranan pendidikan Islam dan institusi-instituti Islam bagi menjamin kemurnian dan kerberkesanan ajaran Islam.

Yang demikian juga petikan daripada Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Ismail bin Umar Abdul Aziz menyatakan bahawa pegawai kerajaan adalah wakil bagi pihak raja bagi menjaga muslihat Negara Brunei Darussalam. Menjaga muslihat negara dan orang Islam dan agama Islam tidaklah dapat diabai-abaikan atau dipermudahkan, kerana dengan diabai-abaikan atau depermudahkan sama ada dengan cara langsung atau tidak langsung, akan melemahkan agama Islam dan orang Islam dalam Negara Brunei Darussalam. Sekiranya dibiarkan orang bukan Islam mengembangkan agama kufur dengan hujah kebebasan beragama, adalah salah di sisi perlembangaan, kerana perlembangaan membenarkan orang bukan Islam beragama dengan agama mereka, bukan mengembangkan agama kufur itu kepada orang kafir atau kepada orang Islam. Ini adalah kerana kufur itu memang salah dan batil dan berdosa pada pandangan Islam. Degan berkembang agama Islam di antara penduduk Brunei,maka menguatkan kedudukan Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Aiiyada Hullahu Taala, sebagai lambing perpaduan umat Islam dalam Negara Brunei Darussalam dan dengannya ada satu matlamat di antara mereka, maka umat Brunei akan sentiasa teguh dan kuat. Dan dengan ada berbagai-bagai fahaman agama dalam Negara Brunei Darussalam dan banyak bilangan orang bukan Islam akan melemahkan kedudukan raja sebagai lambing perpaduan dan kekuatan Islam. (Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Ismail bin Umar Abdul Aziz, 1979)

BERAJA Dalam konteks Melayu Islam Beraja bermakna sistem Kerajaan atau pemerintahan yang Beraja yang wajib diterima dan ditaati. Raja adalah payung bagi negara dan perpaduan bangsa, sesuai dengan ungkapan bahawa raja adalah ibarat payung Allah dimuka bumi. Manakala dari segi konteks yang lain di dalam Melayu Islam Beraja ialah Sultan adalah sebagai Raja yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyat dan kemakmuran negara serta mempunyai pandangan yang jauh kedepan. Raja adalah pemegang amanah untuk mengendali dan menjalankan kerajaan atau pemerintahan dengan cara yang adil dan ihsan menurut landasan-landasan hukum Allah, kerana kuasa memerintah itu adalah kurnia dari Allah Subhanahu Wataala juga. (Dr. Hj. Moehamad Nazir. 1992, Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam)

KEDUDUKKAN RAJA Dalam konteks Melayu Islam Beraja, kedudukan Raja adalah: Raja adalah payung Allah di atas bumi Brunei. Raja adalah Ketua ugama Islam. Raja adalah Ketua Negara. Raja adalah ketua Pemerintahan. Raja adalah ketua Adat. Raja adalah Ketua Angkatan Bersenjata.

MENGUKUHKAN SISTEM BERAJA Bagi mengukuhkan system beraja ada lima perkara yang perlu diperhatikan; Kefahaman mengenai konsep raja menurut istilah politik Islam, iaitu raja sebagai khalifah, sultan dan imam. Raja contoh yang baik uswatun hasanah kepada rakyatnya. Raja adalah adil tempat bernaung dan berlindung. Raja mengawal agama dan agama punca kekuatan raja. Adanya pembantu-pembantu raja yang baik lagi jujur.

Sebagaimana yang disebut oleh Raja Ali Haji dalam Thamarat Al-Mahammahnya bahawa: 1. Raja boleh diertikan sebagai khalifah yang membawa makna pengganti dan pelanjut pemerintahan Nabawi yang berlandaskan Al-Quran, Al-hadis dan Al- Ijmak. 2. Boleh juga diertikan sebagai sultan yang membawa makna penguatkuasa keadilan hokum yang bersumberkan ajaran Allah dan rasul-Nya. 3. Seterusnya boleh pula diertikan sebagai imam yang membawa maksud kepimpinan dan keteladanan. (Dr. Siddiq Fadil, Tradisi Kesultanan :Perspektif Islam, Malaysia: Institut Kajian Dasar, hlm.9. dalam Melayu Islam Beraja: Suatu Pendekatan, Pehin Jawatan Luar Perkerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Md. Zain Haji Serudin 1998, m.s 67) KESIMPULAN Melayu Islam Beraja adalah cara hidup atau The Way of Life yang ditakdirkan oleh Allah Taala bagi Negara Brunei Darussalam. MIB adalah falsafah Negara Brunei Darussalam buat selama-lamanya yang menjadi pandangan seluruh dunia. Pendidikan MIB adalah wajib bagi setiap masyarakat Negara Brunei mengekalkan, memahami, belajar dengan lebih dalam lagi dan akhir sekali mempraktikkannya di dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Generasi baru merupakan pewaris iaitu turun-temurun disampaikan megenai Melayu Islam Beraja sebagai falsafah Negara Brunei Darussalam.

Rujukan : Dr. Hj. Moehammad Nazir, 1992. Melayu Islam Beraja. Akademi Pengajian Brunei. Universiti Brunei Darussalam. Prof. Madya Dr. Hj. Hashim bin Hj. Abdul Hamid (2008), Qarar. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Belia dan Sukan.) Awang Haji Abdul Latif Haji Ibrahim. 1998, Melayu Brunei abad ke-21. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Belia dan Sukan.) . (Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Hj, Awang Mohd. Jamil Al-Sufri, 2004, Perlaksanaan Dasar Negara Melayu Islam, m.s 3) (Pehin Jawatan Luar Perkerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Md. Zain Haji Serudin 1998, Melayu Islam Beraja, Suatu Pendekatan)

Laman Web:
Mohd. Shahrol Amira Abdullah. Brunei di tengah-tengah nusantara, Kump. Kertas

kerja seminar sejarah Brunei,Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan, NBD, 1994, hal 224http://khairulameera.wordpress.com/category/melayu-islam-beraja,.).

You might also like