You are on page 1of 48

ILMU FARAID

Ilmu berkenaan kaedah-kaedah fiqh dan hisab untuk mengetahui habuan setiap ahli waris dari harta peninggalan si mati. Ilmu untuk mengetahui siapa yang mewarisi dan yang tidak mewarisi serta kadar perwarisan bagi setiap ahli waris.

ILMU FARAID

Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Abu Hurairah r.a.;


Wahai Abu Hurairah! Belajarlah kamu ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain kerana ia adalah separuh ilmu. Dia akan dilupakan dan dia akan menjadi perkara pertama yang dicabut dari umatku
( Riwayat Ibn Majah dari Abu Hurairah r.a. )

ILMU FARAID

Untuk mengetahui bahagian atau habuan yang bakal diperolehi oleh setiap ahli waris dari harat peninggalan si mati atau harta pusaka. Perkara yang dibincangkan ialah al-Tarikah atau harta peningglan si mati.

ILMU FARAID

ILMU FARAID

Wasiat berkaitan harta boleh diertikan sebagai pemberian atau sumbangan harta oleh seseorang kepada orang atau pihak lain yang mana pemberian tersebut akan berkuat kuasa setelah pewasiat meninggal dunia.

ILMU FARAID

1. 2.

3.

Telah matinya al-Muwarrith (org yg mewariskan harta peningglan). Al-Warith (org yg mewarisi) dipastikan masih hidup selepas kematian al-Muwarith walaupun seketika. Mengetahui hubungan al-Warith dgn si mati sama ada dgn ikatan kekeluargaan, perkahwinan atau wala.

Mengetahui segi atau aspek (sebab yg membawa kpd perwarisan secara terperinci. + ini tanggungjawab Qadhi atau hakim. p/s: Wala -> perwarisan seseorang disebabkan dengan ikatan antaranya dengan hamba yg telah dibebasnya.
4.

ILMU FARAID

al- Muwarith (si mati yg diwarisi hartanya)


al-Warith (org yg bakal mewarisi harta si mati dgn sebab) al-Mauruth (harta peningglan yg ditinggalkan si mati)

ILMU FARAID

Keluarga/ nasab Perkahwinan/ nikah Al-Wala

perwarisan dgn sebab pertalian hubungan darah


perwarisan dgn sebab akad perkahwinan yg sah perwarisan antara hamba dgn bekas tuannya

Sambungan.

Islam

perwarisan dgn sebab seorang Islam

ILMU FARAID

Berada dlm kedudukan hamba


seorang hamba akan menjadi milik tuannya

Membunuh orang yang mewariskan harta


org yg terlibat membunuh org yg mewariskan harta kpdnya diharamkan mewarisi harta tersebut

Berbeza agama
Muslim tidak akan mewarisi harta seorang kafir dan begitu juga sebaliknya

ILMU FARAID

15 ORANG
Anak lelaki 2. Anak lelaki kpd anak lelaki (cucu lelaki dr sebelah anak lelaki) dan seterusnya ke bawah 3. Bapa 4. Bapa kpd bapa (datuk dr sebelah bapa) dan seterusnya ke atas 5. Saudara kandung lelaki seibu sebapa 6. Saudara lelaki sebapa
1.

Sambungan.
Saudara lelaki seibu 8. Anak lelaki kpd saudara lelaki seibu sebapa 9. Anak lelaki kpd saudara lelaki sebapa 10. Bapa saudara yg seibu sebapa (dgn bapa) 11. Bapa saudara yg sebapa (dgn bapa) 12. Anak lelaki kpd bapa saudara yg seibu sebapa (dgn bapa)
7.

Sambungan.
13. 14. 15.

Anak lelaki kpd bapa saudara yg sebapa (dgn bapa) Suami Lelaki yang membebaskan hamba

ILMU FARAID

10 ORANG
Anak perempuan 2. Anak perempuan kpd anak lelaki (cucu perempuan dr sebelah anak lelaki) dan seterusnya ke bawah 3. Ibu 4. Nenek sebelah ibu (ibu kpd ibu) 5. Nenek sebelah bapa (ibu kpd bapa) 6. Saudara perempuan seibu sebapa
1.

Sambungan.
Saudara perempuan sebapa 8. Saudara perempuan seibu 9. Isteri 10. Perempuan yang membebaskan hamba
7.

ILMU FARAID

Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang layak, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.

1.

Ashabul-Furud Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

2.

Asabah Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah. Terdapat 3 jenis asabah iaitu: a) Asabah Binafsih b) Asabah Bil Ghoir c) Asabah Maal Ghoir

Asabah Binafsih

Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

Asabah Bil Ghoir

Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.

Asabah Maal Ghoir

Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).

3.

Dhawil-Arham Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati.

Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu.

ILMU FARAID

Bahagian yang diperoleh

Suami kepada si mati Tidak mempunyai anak ATAU Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki

Bahagian yang diperoleh 1/8

Isteri kepada si mati Tiada anak ATAU Tiada cucu dari anak lelaki Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki

Bahagian diperoleh 2/3 ASABAH BI GHAIRI

Anak perempuan si mati Hanay seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki 2 orang anak perempuan dan tiada anak lelaki Mempunyai anak lelaki- mendapat separuh dari bahagian anak lelaki

Bahagian diperoleh Cucu perempuan anak lelaki si mati Mempunyia seorang sahaja DAN tiada anak

2/3
1/6

Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak


Mempunyai seorang atau lebih jika bersamasama dengan seorang anak perempuan Mempunyai cucu lelaki- mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki Terhalang disebabkan mempunyai anak lelaki ATAU 2 anak perempuan atau lebih

ASABAH BI-GHAIRI

Bahagian diperoleh 1/6 1/6 dan Asabah Asabah Bahagian diperolehi

Bapa si mati Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki Mempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan dari anak lelaki Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki Ibu kepada simati

1/6

Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung atau saudara sebapa .
Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki atau tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa Mempunyai bapa serta suami ATAUisteri

1/3

1/3 dari baki

Bahagian diperolehi

Datuk kepada simati

Sama seperti bapa

Hanya mandapat bahagian sekiranya tiada bapa.


Saudara perempuan seibu sebapa kepada simati

Bahagian diperolehi

1/2
2/3

Tiada anak,cucu,bapa DAN tiada waris yang menjadikannya Asabah


Dua orang atau lebih,tiada anak,cucu,bapa DAN ahli yang menjadikannya Asabah

ASABAH
terhalang oleh

Mempunyai saudara lelaki kandung atau datuk.


Disebabkan adanya bapa,atau anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki

Bahagian diperolehi 1/2 2/3

Saudara perempuan sebapa Hanya seorang,tiada anak, cucu, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki,saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu sebapa Disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk 1. Bapa 2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung 3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai anak perempuan dan cucu perempuan 4. saudara lelaki kandung

1/6 Asabah Terhalang oleh

Bahgian diperolehi 1/6


1/3 Terhalang oleh

Saudara seibu(lelaki/perempuan) Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
Dua atau lebih, tiada bapa,datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki Disebabkan adanya bapa,datuk,anak dan cucu dari anak lelaki

FIRMAN ALLAH;
Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orangorang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah). (An-Nisa:7)

Sambungan.
Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu. Iaitu; bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka ia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (sahaja), maka ibunya mendapat satu pertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat satu perenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut) sesudah dipenuhi wasiat yang dia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

(An-Nisa: 11)

Sambungan.
Dan bagimu (para suami) satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteriisterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh satu perempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperolehi satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutanghutangmu. Jika seseorang mati, baik lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan bapa dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu sahaja) atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja), maka bagi masing-masing dari kedua-dua jenis saudara itu satu perenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang satu pertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang sedemikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.

(An-Nisa: 12)

You might also like