You are on page 1of 16

1.

0)

PENGENALAN

Disedari atau tidak, dalam era globalisasi kini, pelbagai gejala sosial dan masalah kemorosotan disiplin mula menular dalam remaja di Malaysia terutama yang melibatkan pelajar sekolah. Perkembangan gejala-gejala sosial dan masalah kemorosotan disiplin ini semakin meningkat dari hari ke hari. Saban hari, ada-ada sahaja paparan yang berbagai cerita tentang pelbagai salah laku yang dilakukan oleh pelajar tersebut baik salah laku yang kecil mahupun besar. Hal ini telah menggambarkan betapa seriusnya fenomena ini dan proses-proses pencegahan yang sewajarnya perlu diambil bagi membendungnya dari terus menjadi barah dalam masyarakat di Malaysia. Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial, Buli gugat semangat belajar dan Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme. Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang terpapar di dada-dada akhbar tempatan pada masa kini. Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang amat serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan. Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata. Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan pelajar sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Perlakuan buli merupakan salah satu isu yang membabitkan salah laku dan melibatkan kemorosotan disiplin pelajar. Masalah buli merupakan salah satu isu yang hangat dibincangkan sekarang baik oleh ibu bapa, guru-guru, masyarakat sekitar mahupun pihak Kementerian Pendidikan sendiri. Buli merupakan satu bentuk penyalahgunaan melalui perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan diri. Buli boleh berlaku dalam bentuk fizikal seperti memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut atau mencubit. Manakala, buli mental lebih kepada ejekmengejek, mengusik dan menghina. Menurut Olweus (1993b) pula, terdapat tiga jenis tingkah laku buli iaitu fizikal, verbal dan tingkah laku antisosial. Tingkah laku buli fizikal adalah seperti memukul, menarik rambut dan menendang. Tingkah laku buli verbal ialah 1

seperti mengejek, menghina dan mengusik. Tingkah laku buli yang berkaitan dengan tingkah laku anti sosial pula ialah memulau, mengata, fitnah dan merosakkan harta benda. Tingkah laku buli fizikal dan verbal merujuk kepada tingkah laku buli secara langsung manakala tingkah laku buli anti sosial pula merujuk kepada tingkah laku buli secara tidak langsung. Tingkah laku buli dalam bentuk verbal juga merupakan tingkah laku buli berbentuk psikologi. Tingkah laku buli dalam bentuk antisosial juga boleh berlaku dalam bentuk fizikal seperti merosakan harta benda atau dalam bentuk psikologi seperti pemulauan dan fitnah. Secara umumnya perlakuan buli lebih cenderung berlaku dalam kalangan pelajar lelaki, sama ada secara individu atau berkumpulan. Namun begitu, perlakuan buli dalam kalangan pelajar perempuan tidak harus diketepikan, malah ia semakin meningkat. Surat khabar perdana, Utusan Malaysia keluaran 30 Mac 2004 melaporkan di muka hadapan seorang pelajar tingkatan empat sekolah menengah agama meninggal dunia akibat dibelasah oleh sekumpul pelajar senior. Pada 1 Mac 2009 yang lalu, Seorang pelajar lelaki tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang, Marang yang tidak tahan dibuli beberapa pelajar di asrama sekolah itu sejak dua minggu lalu membuat laporan polis. Kemudian, tiga hari selepas itu ,iaitu pada 3 Mac 2009, satu lagi kes buli dilaporkan dimana seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, Pekan, Pahang, Mohd Azwan Md Ribi,15, melecur teruk di lengan kanannya diseterika senior di asrama hanya kerana enggan membelikan rokok. Isu di atas menunjukkan beberapa kes buli yang berlaku di Malaysia. Keadaan ini menunjukkan, setiap hari, ada-ada sahaja kes buli berlaku sama ada di dalam kawasan sekolah, asrama mahupun di luar kawasan sekolah yang membabitkan pelajar dan ini membuktikan bahawa betapa seriusnyanya gejala ini sehinggakan mampu boleh membawa maut. Ekoran itu, pelbagai langkah perlu diambil oleh pihak-pihak tertentu sama ada pihak sekolah mahupun pihak atasan dalam menangani isu ini. Namun demikian, masalah buli yang melibatkan pelajar sekolah ini memang sukar dibendung 100% kerana ia berkait rapat dengan latar belakang keluarga yang memberi sumbangan besar terhadap tingkah laku seseorang. Oleh yang demikian, faktor-faktor atau punca-punca kepada penyebab masalah ini terlebih dahulu harus diteliti dan dikenalpasti agar langkah-langkah pencegahan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan efektif serta proses-proses intervensi dapat dijalankan dengan segera kepada pelajar yang terlibat.

2.0)

JENIS MASALAH DAN FAKTOR-FAKTOR BULI

Sesungguhnya, isu buli di sekolah merupakan satu isu yang sangat membimbangkan pelbagai pihak. Keadaan ini telah menimbulkan suasana yang tidak aman dan selamat di sekolah. Oleh sebab itu, kini sekolah bukan lagi dianggap tempat yang selamat malah ramai yang mula beranggapan yang negative terhadap institusi sekolah. Perbuatan membuli, sama ada untuk berseronok atau kerana benci dan ingin membalas dendam, tidak sewajarnya menjadi budaya yang menunjangi institusi sekolah. Dalam hal ini, pelbagai faktor atau punca berlakunya buli dapat dikenalpasti. Antaranya ialah persekitaran keluarga. Seperti yang kita sedia maklum, persekitaran yang terdekat dan terpenting buat para pelajar adalah keluarga mereka. Mengikut Hoffman (1994), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Kajian-kajian terdahulu di Malaysia dan di barat telah menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan yang baik telah dikaitkan dengan kesejahteraan hidup remaja dari aspek-aspek kepuasan hidup, konsep kendiri, tingkah laku seks, dan pencapaian akademik (Fatanah, 1997). Maka, di sini jelas menunjukkan bahawa, kebanyakan pelajar yang terjebat dengan tingkah laku buli ini adalah kerana kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa. Oleh sebab itu, mereka akan bertindak agresif terhadap pelajar lain kerana wujud perasaan dendam, kecewa dan untuk mendapatkan perhatian daripada pelajar lain. Punca ini amat bersesuaian dengan Teori Psikoanalisis (Mahmod Nazar, 2001), yang menyatakan bahawa setiap manusia secara semula jadinya menginginkan keseronokan dan cuba mengelak kesakitan. Jika keinginan untuk memperoleh keseronokan dan mengelak kesakitan terhalang maka seseorang itu menjadi agresif. Seseorang yang agresif mempunyai dorongan naluri dalaman yang berlainan dengan seseorang yang tidak agresif. Dengan ini, mereka akan melepaskan perasaan mereka dengan melakukan perbuatan buli iaitu dengan mencederakan orang lain. Berdasarkan teori psikoanalisis, Dollard dan rakan-rakan (dalam Maksan Musa, 1997) pula, beliau mengemukakan hipotesis kekecewaan- agresif. Menurut hipotesis kekecewaan agresif, tingkah laku agresif adalah disebabkan kekecewaan. Setiap individu mempunyai kecenderungan secara semula jadi atas faktor biologi menjadi agresif bila kecewa.

Di samping itu, kebanyakan pelajar yang suka membuli ini adalah disebabkan persekitaran keluarga mereka terdedah dengan pergaduhan antara ibu bapa, ibu bapa yang suka memukul atau terlalu garang menyebabkan pelajar lebih bersifat agresif dan membuli pelajar lain untuk melepaskan kemarahan di samping mempraktikkan apa yang mereka alami. Hal ini di mana, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Loeber (1986) dan Rowe (1992), beliau mendapati bahawa kebanyakan remaja atau pelajar terlibat dalam tingkah laku devian sejak usia kanak-kanak mempunyai ahli keluarga atau ibu bapa yang juga pernah bertingkah laku sedemikian. Ibu bapa, sebagai pengurus dan pentadbir dalam sesebuah keluarga merupakan model utama yang diikuti oleh anak-anak. Apa sahaja tingkah laku yang dilakukan oleh ibu bapa di hadapan anak-anak baik dari segi verbal mahu pun perbuatan akan diperhatikan oleh anak-anak dan tidak mustahil anak-anak akan terikutikut dengan tingkah laku tersebut. Hal ini sangat releven dengan teori yang diperkenalkan oleh Albert Bandura iaitu Teori Pembelajaran Sosial. Menurut Bandura (1977), Teori Pembelajaran Sosial didefinisikan sebagai satu pembelajaran yang berlaku dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu atau menjadikan seseorang sebagai model tingkah laku. Hai ini menunjukkan bahawa, persekitaran dan juga orang-orang yang signifikan akan mempengaruhi tingkah laku. Menurut Bandura (1977) lagi, seseorang individu akan memerhatikan sesuatu tingkah laku daripada orang lain yang signifikan dengannya dan menyimpan maklumat yang diperhatikan secara kognitif dan seterusnya mempersembahkan tingkah laku tersebut. Justeru itu, tingkah laku agresif dipelajari daripada persekitaran sosial seperti interaksi dengan keluarga, rakan sebaya, media massa dan konsep kendiri individu (Mahmood, 2001). Di dalam Teori Pembelajaran Sosial ini, Albert Bandura telah membuat analisis yang menyatakan bagaimana manusia belajar melalui pemerhatian. Menurut beliau, proses pembelajaran adalah melalui peniruan, mengajuk dan memadan. Biasanya, setiap individu terutama kanak-kanak akan menilai sesuatu perkara berasaskan kepada perkara yang pernah dilihat oleh mereka daripada orang-orang yang signifikan dan persekitaran. Bandura juga mendapati kanak-kanak akan mencontohi tingkah laku agresif selepas menonton filem yang berunsurkan aksi agresif (Eron, 1982). Hal ini menunjukkan bahawa, tingkah laku buli yang berlaku dalam kalangan pelajar adalah hasil daripada proses pebelajaran yang berlaku daripada rumah atau persekitaran mereka.

Seterusnya, perbuatan buli juga berlaku disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan satu pengaruh yang amat kuat dalam diri pelajar yang mana terdiri daripada golongan remaja ini. Bagi pelajar, rakan adalah sangat penting malah kadang kala setiap masalah yang mereka hadapi akan dikongsikan dengan rakan berbanding ibu bapa. Oleh sebab itu, pengaruh rakan sebaya adalah lebih kuat daripada ibu bapa. Bagi pembuli, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan diri mereka diterima dalam sesuatu kumpulan pelajar lain. Oleh sebab itu, mereka menunjukkan kehebatan diri dengan membuli pelajar lain yang dilihat lemah terutama pelajar yang pendiam. Selain itu, kehadiran rakan sebaya sebagai pemerhati juga secara tidak langsung membantu pembuli memperolehi kuasa, populariti dan status. Di sini, kita dapat kaitkan tingkah laku buli ini dengan Teori Identity Sosial. Berdasarkan teori tersebut, persepsi dan sikap individu terhadap ahli dalam kumpulan atau bukan ahli kumpulan wujud daripada keinginan untuk diterima sebagai ahli dalam kumpulan yang mempunyai status yang tinggi. Ini ialah kerana keahlian dalam kumpulan tersebut dapat digunakan oleh individu untuk meningkatkan konsep kendirinya (Turner et al., 1987; Nesdale dan Flesse, 2001). Individu akan menganggap bahawa ahli kumpulan yang dianggotainya mempunyai ciri-ciri positif manakala mereka yang tidak berada dalam kumpulan akan dianggap mempunyai ciri-ciri yang negatif. Proses ini dikenali sebagai pengkategorian kendiri (Stets dan Burke, 2000). Oleh sebab itu, perlakuan buli ini wujud kerana kebanyakan pelajar kebiasaannya cuba menonjolkan diri mereka kepada rakan-rakan yang lain agar mereka dapat diterima dalam sesuatu kumpulan dan tidak dipinggirkan oleh rakan sebaya. Di samping itu, buli juga berlaku kerana keseronokan semata-mata. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Prof Datin Dr Noran Fauziah Yaakub, Presiden Persatuan Psikologi Malaysia yang juga bekas Dekan Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, mendapati ada beberapa faktor yang menyebabkan kes buli terjadi dan fakor utamanya ialah kerana si pembuli merasa puas apabila apabila dia berjaya menyakiti mangsa secara lisan dan juga fizikal. Dengan kata lain, pembuli membuli orang lain sekadar untuk berseronok. Jika difikirkan, perkara sebegini adalah sesuatu yang tidak logik. Namun, hakikatnya, adalah ianya tetap berlaku. Pelajar sekolah yang berada pada tahap remaja lebih suka akan keseronokan. Oleh sebab itu, kadang kala mereka tidak menyedari perkara tersebut merupakan satu perbuatan buli yang mana boleh mendatangkan kesan yang negative kepada mangsa buli. Menurut Mohd Salleh Lebar dalam bukunya bertajuk Pengajian Dan Pendidikan: Asas Psikologi Perkembangan (1995) remaja 5

berada pada satu peringkat yang paling unik dan mencabar. Tahap pemikiran mereka kadang-kadang tidak munasabah dan sukar diterima oleh masyarakat. Seperti perlakuan buli, mereka menganggap sebagai sesuatu perkara yang seronok sehinggakan sanggup mencederakan orang lain. Selain keseronokan, faktor buli juga adalah disebabkan oleh sikap pembuli dan mangsa buli itu sendiri. Kebanyakan pelajar yang menjadi pembuli adalah kerana mereka merasakan diri mereka kuat, berkuasa dan mampu melakukan apa sahaja sehinggakan orang lain perlu takut kepada dirinya. Bagi mangsa buli pula, mereka merasakan dirinya seorang yang lemah, dan tidak mampu untuk melawan sehinggakan mereka membiarkan pelajar lain menyakiti mereka. Menurut kajian Mahadi Hj. Khalid (2007) dalam kajian beliau yang bertajuk Tingkah Laku Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Di Sarawak mendapati punca tingkah laku buli fizikal yang sering dilakukan dalam kalangan pelajar yang menjadi pembuli adalah untuk menunjukkan dirinya kuat, umurnya lebih tua dan suka berbangga dengan dirinya. Manakala, menurut beliau lagi, mangsa buli pula adalah seseorang yang mempunyai tingkah laku yang pendiam, umurnya yang lebih muda, tubuh badan yang nampak kelakar dan tidak disukai oleh pelajar tersebut (pembuli) serta mempunyai keyakinan yang kurang. Menurut Nansel et al. (2001), pelajar yang sering menjadi mangsa buli lazimnya akan menonjolkan ciri-ciri tingkah laku dalaman seperti bersikap pasif, sensitif, pendiam, lemah dan tidak akan bertindak balas sekiranya diserang atau diganggu. Keadaan ini menyebabkan pelajar lain berani untuk menbuli mereka lebihlebih lagi jika mangsa tersebut tidak membuat sebarang laporan terhadap apa yang berlaku. Selain itu, faktor lain yang dapat dilihat sebagai penyumbang kepada berlakunya gejala buli dalam kalangan pelajar ini juga adalah persekitaran dan budaya sekolah itu sendiri. Menurut Azizi Yahaya et al.(2008) dalam kajian beliau yang bertajuk Indeks Perlakuan Buli Di Kalangan Pelajar-Pelajar Di Sekolah Menengah Dan Rendah Di Malaysia mendapati bahawa persekitaran dan budaya sekolah turut mempengaruhi interaksi, aktiviti dan tingkah laku pelajar di sekolah. Pengurusan serta pengawasan disiplin sekolah yang lemah akan mengakibatkan wujudnya tingkah laku buli di sekolah (Pearce dan Thompson, 1998). Hal ini dimana, menyebabkan pelajar lebih berani untuk bertindak kerana mereka merasakan bahawa segala tindakan yang mereka lakukan adalah betul kerana tiada peraturan yang dikenakan ke atas setiap tingkah laku mereka. Di samping itu, perlakuan buli juga berpotensi untuk wujud di kalangan pelajar akibat daripada keadaan kelas yang sesak serta kekurangan guru di sekolah. Keadaan kelas yang sesak serta kekurangan guru di

sekolah akan menyebabkan pelajar tidak dapat diselia dan dikawal dan akhirnya akan menjadi penyumbang kepada berlakunya tingkah laku buli di kalangan pelajar di sekolah.

4.0) PROGRAM INTERVENSI BULI: Jika diperhatikan, masalah atau gejala buli dalam kalangan pelajar merupakan salah satu isu yang hangat diperbahaskan oleh semua pihak terutamanya pihak ibu bapa, NGO, guru-guru, ahli politik, masyarakat dan sebagainya. Isu-isu ini sering mendapat perhatian media terutamanya media cetak yang bertungkus lumus mewawarkan faktor-faktor dan akibat perlakuan buli. Justeru itu, melalui tindakan dan usaha yang dilakukan ini, pelbagai program intervensi buli telah dikenalpasti bertujuan untuk membantu menanggani masalah atau jenayah perlakuan buli dalam kalangan pelajar terutamnya pelajar sekolah. Di antara program-program intervensi buli yang telah dikenalpasti adalah Program Intervensi Pencegahan Perlakuan Buli Olweus (1993), Program Intervensi Pencegahan Buli Rigby (2000), Program Intervensi Kaunseling, Program Motivasi, Program Rakan Sebaya, Program Intervensi Penerapan Agape Love dan sebagainya. 4.0.1- Program Intervensi Pencegahan Perlakuan Buli Olweus (1993). Program ini diasaskan Profesor Olweus dari Bergen University, Norway. Tujuan utama program ini dibentuk adalah untuk mencegah perlakuan buli di sekolah rendah dan sekolah menegah. Menurut Olweus (1993), program intervensi pencegahan buli ini memerlukan kesedaran, penglibatan dan komitmen yang menyeluruh daripada semua pihak terutamanya pihak ibu bapa dan pihak guru-guru di sekolah. Selain itu juga, program ini turut menggunakan tiga kombinasi intervensi iaitu intervensi keseluruhan sekolah, intervensi dalam kelas dan intervensi individu. Intervensi-intervensi ini dilakukan bertujuan untuk membendung masalah buli dalam kalangan pelajar secara berperingkat dan lebih berkesan. Menurut Olweus (1993), intervensi keseluruhan sekolah adalah intervensi yang melibatkan kesemua ahli dan anggota dalam sesebuah sekolah. Intervensi ini dimulakan dengan pembentukan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Anti Buli di sekolah. Ahli Jawatan Kuasa ini berperanan dalam menganalisis dan merangka peraturan-peraturan serta polisi antibuli disekolah. Setelah peraturan dan polisi dibuat, Ahli Jawatan Kuasa ini akan bertanggungjawab dalam menjalankan kajian-kajian dan mengedarkan soal selidik berkenaan perlakuan buli kepada pelajar dan kakitangan di sekolah. Kajian dan soal selidik ini dikatakan sangat penting terutamanya kepada Ahli Jawatan Kuasa dalam mendapatkan pandangan, pendapat dan persepsi pelajar dan guru-guru terhadap perlakuan buli yang berlaku di dalam kawasan sekolah mahupun diluar sekolah. Selain daripada membuat kajian dan pengedaran soal selidik, Ahli Jawatan Kuasa Anti Buli ini juga turut bertanggungjawab untuk mengadakan latihan tentang cara-cara dan tindakan yang patut dilakukan bagi membendung masalah buli yang berlaku disekitar kawasan sekolah. 8

Bagi intervensi dalam bilik darjah pula, Olweus (1993) berpendapat bahawa program intervensi ini harus dilaksanakan oleh guru terutamanya guru mata pelajaran atau guru kelas. Guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi persepsi serta tingkah laku pelajar. Persepsi dan tingkah laku ini akan menjadi lebih baik dan positif sekiranya guru memberikan komitmen dan perhatian yang lebih kepada pelajar terutamanya pelajar-pelajar yang bermasalah. Intervensi dalam bilik darjah ini sangat memerlukan komitmen guru, hal ini kerana melalui konsep pembelajaran, guru dapat menerapkan nilai-nilai murni dan kesedaran tentang perlakuan buli dan bagaimana cara untuk menanganinya. Selain daripada komitmen, intervensi ini juga turut memerlukan perbincangan dan ceramah tentang perlakuan buli yang berlaku di sekitar kawasan sekolah. Melalui perbincangan dan ceramah ini, guru boleh menjelaskan kesan-kesan pelanggaran peraturan anti buli di sekolah dengan para pelajar. Perbincangan dan ceramah ini perlu dibuat dan di awasi oleh guru. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan dan perselisihan pendapat dalam kalangan pelajar melalui perbincangan dan ceramah yang dilakukan. Selain itu juga, dalam intervensi ini guru turut digalakkan untuk mengadakan perbincangan dengan ibu bapa pelajar bagi mendapatkan pandangan dan sokongan berkenaan langkah-langkah pencegahan buli yang ingin dilakukan di sekolah. Selain intervensi keseluruhan sekolah dan intervensi dalam kelas, Olweus (1993) turut berpendapat bahawa intervensi individu juga perlu dilaksanakan dalam mencegah gejala dan perlakuan buli disekolah. Intervensi ini menglibatkan individu yang terlibat dalam salah laku buli dan menjadi magsa buli. Individu-individu ini akan di ajak berbincang bagi mencari jalan penyelesaian yang sesuai dengan masalah dan tingkah laku yang dilakukan oleh mereka. Melalui perbincangan ini, pihak sekolah akan dapat mengenalpasti punca sebenar mengapa mereka bertingkah laku sedemikian dan hal ini mampu mengelakkan individu-individu ini dari terus berada dalam keadaan berisko terutama mangsa buli yang sentiasa berada dalam keadaan ketakutan dan tidak berani menampilkan diri untuk melaporkan masalah dan jenayah buli yang dilakukan kepadanya. Justeru itu, melalui perbincangan dan intervensi ini ia dapat membantu individu atau pelajar ini meningkatkan penghargaan kendiri dan keyakinan diri untuk menganggani masalah perlakuan buli yang dilakukan kepada diri mereka. Selain itu juga, dalam initervensi individu ini, ibu bapa pelajar yang terlibat dalam salah laku buli ini turut dipanggil untuk berbincang berkenaan masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Melalui perbincangan ini ibu bapa akan dapat mengetahui perkembangan aktiviti anak-anak mereka disekolah dan hal ini boleh membantu ibu bapa dalam mengawal tingkah laku anak-anak tidak kiralah sama ada di sekolah mahupun di rumah mereka. 9

4.0.2- Program Intervensi Pencegahan Buli Rigby (2000). Program Intervensi Pencegahan Buli Rigby (2000) ini diasaskan bertujuan untuk menanggani masalah perlakuan buli disekolah. Program ini lebih tertumpu kepada cadangan dan garis panduan yang diberikan kepada pihak sekolah bagi menanggani masalah buli dan salah laku dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar yang terlibat dalam gejala dan jenayah buli. Dalam program ini, terdapat sembilan kaedah atau garis panduan kepada sekolah dalam mengurangkkan perlakuan buli antaranya ialah menerangkan definisi perlakuan buli dengan jelas, memperakui bahawa buli boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, mengenalpasti aktiviti buli yang berlaku di sekolah, membuat perancangan dan tindakan, menyediakan polisi anti buli, berbincang dengan pelajar tentang apa yang dilakukan untuk membantu mereka, tangani insiden buli secara bijaksana, sediakan bantuan kepada pelajar yang menjadi mangsa buli dan membuat program intervensi yang menggunakan pendekatan pemulihan. Menurut Rigby (2000), masalah dan perlakuan buli dalam kalangan pelajar dapat dikurangkan sekiranya pihak sekolah mampu menerangkan definisi perlakuan buli dengan lebih jelas. Melalui definisi ini, pelajar dapat mengetahui bahawa buli sebenarnya adalah perlakuan atau tingkah laku mencederakan yang diarah oleh seseorang individu atau kumpulan yang lebih berkuasa kepada individu atau kumpulan yang lemah. Perlakuan dan tingkah laku ini tidak sama dengan perlakuan bertumbuk atau pertengkaran antara dua kumpulan atau dua pihak yang sama kuat. Perlakuan buli adalah tidak sama dengan tingkah laku agresif, buli adalah tingkah laku berulangan dan lazimnya ia adalah perlakuan yang disukai oleh pembuli. Perlakuan yang dilakukan ini biasanya diperolehi daripada pengalaman hidup yang dianggap sebagai pengalaman yang mengerikan dalam kehidupan pembuli. Justeru itu, melalui pengalaman ini pembuli akan melepaskan perasaan dan tekanan yang dihadapinya kepada individu lain dan hal ini mengakibatkan masalah buli terjadi, ia tidak dapat dibanteras selagi pembuli ini tidak mendapat kesedaran dan hukuman terhadap tingkah laku yang dilakukannya. Selain menerangkan definisi buli, pihak sekolah juga perlu memperakui bahawa perlakuan buli boleh berlaku dalam pelbagai bentuk misalnya dalam bentuk psikologi ataupun bentuk fizikal. Perlakuan ini boleh mengakibatkan timbulnya pelbagai tekanan kepada pelajar terutamanya mangsa buli dan hal ini boleh mengakibatkan pelajar itu hilang tumpuan dan tidak berminat untuk belajar. Justeru itu, dalam menanggani masalah ini, ibu bapa dan pihak pentadbiran sekolah perlu mengambil kira dan mengkaji semula ketidak

10

seimbangan kuasa yang wujud dalam kalangan pelajar dan mengapa tindakan pembuli itu tidak dapat dikenalpasti. Selain memperakui bentuk perlakuan buli, pihak sekolah juga perlu mengenalpasti aktiviti-aktiviti buli yang berlaku di sekitar kawasan sekolah. Ianya bertujuan untuk melihat dengan cara apakah pembuli menyalahgunakan kuasanya di sekolah. Dengan itu pelbagai kaedah boleh digunakan oleh pihak sekolah misalnya kaedah pengedaran soal selidik dan pemerhataian tentang bagaimana pelajar berinteraksi antara satu sama lain tidak kiralah sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Melalui kaedah ini, segala maklumat dapat dikumpulkan dan hal ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah dan pihak pentadbir mengenalpasti sifat, kekerapan, lokasi, kesan dan tahap perlakuan buli disekolah. Setelah segala maklumat diperolehi, pihak sekolah perlu membuat tindakan dan perancangan terperinci dengan menyediakan pelbagai peraturan dan polisi antibuli disekolah. Perkara-perkara sebegini mampu membantu mengurangkan masalah buli secara efektif dan berkesan. Masalah buli disekolah juga dapat dikurangkan sekiranya pihak sekolah sering mengadakan perbincangan dengan pelajar atau kumpulan-kumpulan tertentu mengenai apa yang boleh dilakukan bagi membantu mereka dalam mengurangkan masalah buli. Perbincangan ini boleh dilakukan oleh guru-guru ketika waktu pembelajaran bagi melihat pandangan dan reaksi sebenar pelajar terhadap insident buli yang berlaku di sekeliling mereka. Melalui perbincangan ini, guru boleh meminta bantuan daripada pelajar untuk melaporkan kegiatan buli dan hal ini boleh dilakukan dengan menyuruh pelajar menulis esei mengenai sebarang perlakuan buli yang diketahui mereka. Melalui tindakan ini, masalah dan insident buli dapat ditangani secara bijaksana dengan memberikan perhatian terhadap laporan buli yang dilaporkan oleh pelajar. Selain itu juga, menurut Rigby (2000) dalam menangani masalah buli, pihak sekolah juga perlu menyediakan bantuan kepada pelajar yang menjadi mangsa buli. Bantuan ini boleh disediakan dalam pelbagai bentuk misalnya sokongan, nasihat, kaunseling dan sebagainya. Bantuan-bantuan ini sangat diperlukan bagi meningkatkan keyakinan kepada mangsa buli yang mungkin mengalami trauma dan tekanan akibat di buli. Selain menyediakan bantuan, pihak sekolah juga perlu mengadakan program-program intervensi yang menggunakan pendekatan pemulihan. Menurut Tremblay & Craig (1995), program ini merupakan salah satu program pencegahan awal yang memberi tumpuan terhadap pembentukan budaya komuniti prihatin dalam kalangan pelajar. Ia boleh mewujudkan perhubungan sosial yang baik kerana ia lebih menumpukan kepada tiga aspek utama iaitu 11

penghormatan, pertimbangan dan penyertaan pelajar dalam menangani masalah dan perlakuan buli disekolah. 4.0.3- Program Intervensi Kaunseling Dalam menangani isu dan masalah buli, program intervensi kaunseling turut digunakan dalam membentuk perilaku dan sikap pelajar. Tujuan utama program ini dilakukan adalah untuk memberikan kesedaran kepada pelajar terutamanya pembuli mengenai kesan dan akibat perlakuan buli yang dilakukan oleh mereka. Program intervensi kaunseling terbahagi kepada dua bentuk iaitu intervensi kaunseling secara individu dan intervensi kaunseling secra berkumpulan. Di dalam intervensi kaunseling individu, pelajar terutamanya pembuli dan magsa buli akan didedahkan dengan pelbagai nasihat dan perbincangan secara terperinci. Perbincangan ini akan dilakukan di antara kaunselor dengan pelajar yang terlibat dalam kes atau insident buli sahaja. Mereka akan berbincang mengenai segala masalah yang dihadapi daripada pelbagai sudut tidak kiralah sama ada dari sudut keluarga, akademik, aktiviti harian, emosi, psikologi, sosiologi dan sebagainya. Melalui intervensi ini, pelajar akan dapat berkongsi segala tekanan dan perasaan yang di hadapi kepada kaunselor. Hal ini mampu membantu pelajar terutamanya mangsa buli dalam mendapatkan keyakinan dan penghargaan kendiri yang tinggi bagi melawan perasaan takut dan trauma yang dihadapi oleh mereka. Selain itu juga, dalam intervensi kaunseling individu, kaunselor akan dapat mengenalpasti dan melihat secara lebih jelas mengenai punca sebenar mengapa pelajar terbabit terlibat dalam kes atau jenayah buli. Penilaian ini dibuat dengan menggunakan pelbagai ujian dan kaedah misalnya ujian pengukuran tekanan atau stress, ujian personaliti, ujian tingkah laku dan sebagainya. Melalui ujian-ujian ini, kaunselor akan dapat menilai dan mengenalpasti tidakkan dan tingkah laku yang dilakukan dan ianya mungkin disebabkan oleh faktor psikologi, sosiologi mahupun persekitaran. Bagi intervensi kaunseling berkumpulan pula, masalah atau isu buli dapat di tangani dan diselesaikan dengan membuat perbincangan dan persemukaan secara terbuka di antara pembuli dan mangsa buli. Mereka ini akan dibahagikan mengikut kumpulan-kumpulan tertentu. Berdasarkan pembahagian kumpulan ini mereka akan cuba menyatakan segala permasalahan yang dihadapi antara satu sama lain dan hal ini dapat membantu mereka mengetahui punca dan rasa tidak puas hati antara mereka yang menyebabkan mereka terdorong untuk melakukan jenayah dan perlakuan buli disekolah. Selain itu juga, program intervensi ini turut melibatkan perjumpaan dan perbincangan diantara ibu bapa pelajar yang 12

telibat dengan masalah buli. Mereka ini akan dibawa berbincang tentang masalah perlakuan buli anak-anak mereka dan mereka juga turut didedahkan dengan pelbagai teknik dalam membantu mencegah perlakuan buli yang dilakukan oleh anak-anak mereka tidak kiralah sama ada di dalam kawasan sekolah mahupun di luar sekolah. 4.0.4- Program Motivasi Selain daripada program intervensi kaunseling, program motivasi pelajar turut digunakan dalam menangani isu dan masalah perlakuan buli di sekolah. Program motivasi ini lebih tertumpu kepada pembentukan sikap dan tingkah laku yang positif. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan jenayah dan kes buli disekolah akan didedahkan dengan pelbagai seminar, kem, dan ceramah-ceramah motivasi tentang perlakuan buli yang dilakukan tidak kiralah sama ada ia dilakukan secara langsung mahupun tidak langsung. Di dalam program motivasi ini, pelajar akan di ajar dengan pelbagai kemahiran untuk mengelakkan diri mereka daripada terus terjebak dengan masalah atau jenayah buli disekolah. Kemahiran-kemahiran ini menggunakan pelbagai pendekatan psikologi dan sosiologi misalnya pendekatan behaviourisme atau tingkahlaku, pendekatan humanistik atau kemanusiaan, pendekatan kognitivisme dan pendekatan pembelajaran sosial. Pendekatanpendekatan ini digunakan untuk membantu memotivasikan pelajar supaya menjauhi tingkah laku atau gejala buli. Dalam pendekatan behaviourisme atau tingkahlaku, konsep motivasi dikaitkan secara jelas dengan prinsip ganjaran dan peneguhan. Prinsip ini menjelaskan bahawa tingkah laku yang telah diberikan peneguhan pada masa lalu akan berkemungkinan diulangi berbanding dengan tingkah laku yang tidak diberikan peneguhan atau yang telah dikenakan hukuman. Prinsip behaviourisme atau tingkahlaku ini dipelopori oleh Skinner. Manakala dalam pendekatan humanistik atau kemanusiaan pula ia lebih tertumpu kepada keperluan harga diri, keinginan dan kekuatan diri. Pendekatan ini akan menyebabkan pelajar-pelajar mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar untuk terus melakukan tingkah laku buli kepada orang lain yang berada disekeliling mereka. Selain daripada pendekatan tingkah laku dan humanistik, pendekatan kognitivisme dan pembelajaran sosial turut digunakan dalam memotivasikan pelajar bagi mengurangkan dan mengelakkan tingkah laku buli. Pendekatan ini menjelaskan tentang kepercayaan, pengharapan, ciri kejayaan dan kegagalan terhadap tingkah laku yang dilakukan. Melalui pendekatan-pendekatan ini, pelajar dapat menilai tahap dan kesan yang bakal diperolehi sekiranya mereka bertindak mengikut perasaan dan

13

keinginan mereka.

Daripada program ini pelajar akan dapat memotivasikan diri sendiri

sekaligus dapat mengurangkan gejala dan masalah buli disekolah.

14

RUJUKAN: Azizi Yahya, Sharin Hashim, Yusof Boon & Zurhana Muhamad. (2008). Tip Menangani Buli di

Sekolah. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.


Mahadi bin Hj. Khalid (2007). Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang: Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan

Agama di Sarawak. Institut Perguruan Batu Lintang.


Azizi Hj. Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Mohammad Sharif Mustaffa, Zurhana Bin Muhamad (2008). Indeks Perlakuan Buli Di Kalangan Pelajar-Pelajar Di Sekolah

Menengah Dan Rendah Di Malaysia.


Teknologi Malaysia. Vot 78069

Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti

Prof. Madya Dr Azizi Yahaya, Badrulzaman Baharom. Persekitaran Keluarga dan Kesannya

Terhadap Tingkah Laku Devian Remaja. Jabatan Asas Pendidikan Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/isu-umum/167-buli-di-sekolahibu-bapa-dan-guru-perlu-mainkan-peranan http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=796&cmd =resetall http://ebuli.upsi.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=760:intervensibuli&catid=68:penyelidikan&Itemid=1&lang=ms

15

SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

TUGASAN KUMPULAN PB30703 Belia Berisiko TAJUK -Buli Dalam Kalangan Pelajar SekolahPensyarah En. Balan Rathakrishnan
NAME 1. 2. 3. 4. 5. MATRIC NO.

16

You might also like