You are on page 1of 20

Tulis satu ringkasan tentang langkah-langkah untuk menggalakkan remaja membaca.

Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Penduduk negara ini, terutamanya golongan remaja dan pelajar, perlu diberi pendedahan yang banyak tentang budaya dan kepentingan membaca sebagai salah satu cara untuk memperkaya ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Pengarah Bahagian Gerakan Membaca, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), M. Kukanesan berkata bahawa faktor kurangnya tabiat membaca dalam diri ibu bapa sendiri merupakan sebab utama generasi muda sekarang kurang berminat untuk membaca. Menurut beliau, ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak mereka mempunyai minat untuk membaca dan menjadikan buku sebagai teman pada masa lapang sebagai langkah untuk menanamkan tabiat suka untuk membaca sejak kecil lagi. Beliau berkata bahawa semua lapisan masyarakat perlu membudayakan amalan membaca sebagai satu strategi untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan mampu melahirkan idea-idea baharu dalam pelbagai bidang. Tanpa membaca, manusia tidak tahu atau tidak mendapat idea baharu, sebaliknya akan terus terpinggir daripada kemajuan dan pembangunan pada alaf yang akan datang. Atas kesedaran ini, PNM telah melaksanakan pelbagai cara dan kempen membaca yang berterusan seperti menjadikan bulan Ogos sebagai Bulan Membaca. Selain itu, kerajaan hendaklah membantu untuk memperlengkap perpustakaan sekolah dan mewujudkan perpustakaan bergerak secara lebih sistematik dan berbagai-bagai aktiviti lain. Setiap keluarga pula digalakkan menyediakan sudut perpustakaan sendiri di rumah sebagai asas bagi mencetuskan dan memupuk minat membaca dalam kalangan ahli keluarga, terutama sekali kanak-kanak. Hal ini demikian kerana tabiat ahli keluarga yang lebih dewasa biasanya akan diikuti dengan mudah oleh ahli keluarga yang masih kecil. [20 markah] 1 2 3 Apakah maksud rangkai kata "terpinggir daripada kemajuan dan pembangunan"? Mengapakah amalan membaca perlu dijadikan suatu kelaziman? membaca dalam kalangan rakyat Malaysia? [2 markah] [4 markah] [4 markah]

Nyatakan secara ringkas dua langkah yang dapat diambil oleh penerbit buku untuk menggalakkan minat

Tulis satu ringkasan tentang strategi untuk menarik kehadiran pelancong ke negara kita. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Kementerian Pelancongan sedang mengubah strategi pemasarannya kepada usaha untuk meningkatkan kedatangan lebih banyak pelancong dari negara jauh berbanding dengan pelancong dari rantau ini, daripada nisbah 20:80 kepada 30:70, dengan menggunakan bajet RM200 juta, iaitu jumlah yang sama seperti tahun lepas. Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan bahawa pihak kementerian pada masa ini menggunakan perkhidmatan rangkaian kabel untuk mengiklankan Malaysia sebagai destinasi pelancongan, dan sedang mengkaji cara pemasaran menerusi iklan mengikut tempat-tempat tertentu, seperti Stockholm dan Amsterdam. Beliau menyatakan bahawa Kementerian Pelancongan juga akan berusaha untuk mencari pelbagai cara yang berbeza bagi mengiklankan Malaysia di media cetak. Salah satu daripada usaha yang akan dilakukan ialah memberikan tumpuan utama kepada majalah-majalah. Hal ini demikian kerana majalah, seperti majalah keluarga, banyak menyiarkan iklan untuk destinasi pelancongan yang lebih khusus kepada percutian sekeluarga. Selain itu, majalah seperti itu mempunyai pembaca yang banyak terutama kaum wanita. "Lebih lama iklan ini dapat disiarkan, lebih baik," katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pengarah-pengarah Tourism Malaysia luar negara di sini hari ini. Tourism Malaysia mempunyai 30 pegawai dan 14 wakil pemasaran di seluruh dunia pada masa ini. Menurutnya, Kementerian Pelancongan juga akan mengkaji usaha untuk bekerjasama dengan Yahoo! dan Microsoft Network (MSN) untuk menampilkan iklan di Internet dengan lebih meluas agar dapat menarik kunjungan lebih banyak pelancong yang melayari dunia siber. Tengku Adnan juga menyatakan bahawa Tourism Malaysia juga akan berusaha untuk menyiarkan iklan mengenai Malaysia di majalah-majalah penerbangan dalam pelbagai bahasa utama dunia selain bahasa Inggeris, tahun ini. Walaupun menggunakan jumlah bajet yang sama seperti tahun lepas, beliau berkata lebih banyak dana akan dikhususkan kepada usaha untuk menarik kehadiran pelancong dari negara jauh. Sementara itu, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab yang ditemui selepas mesyuarat hari ini berkata, 498 506 pelancong luar sudah tiba ke dalam negara sejak 10 hari lalu. "Kita tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai negara asal mereka, tapi kebanyakannya adalah dari negara jauh yang sedang melalui musim sejuk pada masa ini," katanya. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Utusan Malaysia, 13 Januari 2007) 1 2 3 Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata "mengubah strategi"? Mengapakah Man banyak disiarkan dalam majalah? pelancong dari negara jauh berbanding dengan pelancong dari rantau ini? [2 markah] [4 markah] [4 markah]

Mengapakah Kementerian Pelancongan sedang berusaha untuk meningkatkan kedatangan banyak

Tulis satu ringkasan tentang usaha-usaha untuk menangani gejala ponteng sekolah. Panjangnya ringkasan

anda hendaklah tidal melebihi 80 patah perkataan. Ungkapan "Sekolahku Syurgaku" yang diuar-uarkan kebanyakan sekolah di seluruh negara dilihat semakin kurang bermakna berikutan hebatnya penularan gejala disiplin termasuk ponteng sekolah, dalam kalangan pelajar. Kementerian Pelajaran mencadangkar penubuhan pasukan pencegahan ponteng sekolah yang dianggotai polis, Pejabat Pelajarcr_ Daerah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), serta pihak berkuasa tempatan (PBT). Daripad~ segi pengeluaran lesen premis kafe siber, PBT perlu telus, jujur, dan bertanggungjawab agamereka tidak menjadikan pelajar berpakaian seragam sekolah sebagai pelanggan sewaktu ses: persekolahan dijalankan. Pembabitan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang ditawarkan di sekolah mamp,: mengurangkan kadar ponteng sekolah dan masalah disiplin yang berkait dengannya. Banyax kegiatan yang menarik seperti pertubuhan pakaian seragam, sukan, dan berpersatuan dapa: disertai oleh mereka pada setiap masa. Pada masa yang sama, pihak sekolah juga diliha: mampu mencari "ubat" kepada pelajar bermasalah ini dengan membuka ruang kepada pelajar menemui kaunselor bagi membantu mereka secara bijak. Peranan kaunselor lebih kepadc memujuk dan mendekati pelajar bermasalah sebelum menghukum mereka. Kajian menunjukkar. bahawa pelajar ponteng ini mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza seperti masalah keluarga, pengaruh kawan, bend akan guru, dan faktor media masa. Justeru, mereka perlu diberi ruang untuk didekati oleh pihak berwajib di sekolah. Selain sekolah, ibu bapa turut berperanan besar untuk membantu mengurangkan gejala ponteng ini daripada terus berlaku. Ibu bapa hendaklah mengetahui pergerakan anak sendin dan mendekati diri mereka yang dahaga akan kasih sayang. Menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pula, carilah platform dan penyelesaian terbaik bersama dengan pihak sekolah dengan menganjurkan program seperti kern jati diri, seminar keibubapaan, ceramah kerohanian dan kem sahabat untuk membantu pelajar bermasalah. Tindakan buang sekolah kepada pelajar yang ponteng sekolah biarlah dijadikan langkah yang terakhir kerana dibimbangi tindakan itu akan menjejaskan masa depan pelajar. Kecemerlangan sahsiah pelajar adalah penyumbano utama kepada kejayaan bidang akademik yang diikuti di sekolah secara berterusan pada semua peringkat sekolah. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Berita Harian, 7 September 2006 Bahagian A(ii): Y'emahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1 Apakah maksud rangkai kata "membuka ruang" dalam petikan tersebut? 2 Berdasarkan petikan, nyatakan empat punca pelajar ponteng sekolah. [2 markah] [4 markah]

3 Pada pendapat anda, mengapakah tindakan buang sekolah terhadap pelajar yang ponteng sekolah merupakan langkah yang terakhir diambil? ~'TUGASAN ESENSI Bahagian A(i): Ringkasan [20 markah] 3aca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentang usahausaha untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Ops Sikap XI yang berakhir kelmarin berjaya mengurangkan jumlah kematian sebagai akibat kemalangan jalan raya sebanyak 2.2 peratus kepada 228 kematian berbanding 233 kematian pada musim perayaan yang sama pada tahun lalu. Semasa sidang media di Bukit Aman semalam, Ketua Turus Trafik, iaitu Puan Nooryah menyatakan bahawa semua pengguna jalan raya perlu menentukan nasib sendiri dengan mengamalkan pemanduan yang berhemah. Mereka perlu mengubah tabiat buruk ketika di jalan raya seperti memandu dengan tergesa-gesa, berlumba, menunjukkan sikap sombong, dan sebagainya. Kerajaan pula akan bekerjasama dengan semua pihak untuk meneruskan pelbagai kempen. Walaupun kadar kematian menurun, jumlah kemalangan sepanjang Ops Sikap XI meningkat sebanyak 2 055 kes, iaitu daripada 13 661 (Ops Sikap IX, 2005) kepada 15 716. Puan Nooryah menyatakan bahawa jumlah kematian dapat dikurangkan secara mendadak jika nahas membabitkan motosikal yang menyumbang sebanyak 66 peratus daripada keseluruhan kematian dapat diatasi. Mereka mestilah mengambil sikap berhati-hati dan meningkatkan langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan diri daripada terbabit dengan kemalangan. Kebanyakan kematian berlaku disebabkan terbabas, tukar laluan tanpa memberikan isyarat, dan makan jalan. Puan Nooryah berkata, dalam Ops Sikap XI, polis trafik mengeluarkan 140 936 saman bagi pelbagai kesalahan dengan kira-kira 50 peratus daripadanya membabitkan kesalahan memandu melebihi had laju. "Pada Ops Sikap XI kali ini, PDRM telah menempatkan anggota berpakaian preman di dalam bas ekspres bagi memantau pergerakan pemandu bas. Kesannya, banyak saman yang dikeluarkan terus kepada pemandu kerana memandu secara berbahaya dan melebihi had laju," katanya. Selain itu, sepanjang operasi berkenaan, 3 515 pengguna jalan raya diperiksa air kencing mereka dan daripada jumlah itu, 113 disahkan positif dadah, kebanyakannya penunggang motosikal, diikuti oleh pemandu kereta, bas, dan lori. Sekatan jalan raya juga ditingkatkan supaya pengguna mematuhi jalan raya. Mengulas lanjut, Nooryah berkata, sikap degil segelintir pengguna jalan raya adalah antara penyumbang utama kemalangan pada Ops Sikap kali ini. Menurut beliau, sikap suka melanggar peraturan lalu lintas juga menyebabkan objektif utama Ops Sikap sukar dicapai. [4 markah]

"Daripada hasil siasatan yang dijalankan, kami mendapati sebanyak 62 kes kemalangan yang berlaku adalah disebabkan oleh terbabas sendiri, diikuti oleh perbuatan mencuba untuk memotong jalan dengan 42 kes, dan terbabas di laluan lain 28 kes," jelasnya. (Dipetik don diubahsuaikan daripada Utusan Malaysia, 1 November 2006) J Bahagian A(ii): Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat a-.;.: sendiri. 1 Apakah maksud rangkai kata "perlu menentukan nasib sendiri"? empat punts yang menyebabkan berlakunya kemalangan di jalan rays. [4 markah 3 Pada pendapat anda, apakah faktor utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan d negara kits? Nyatakan alasan anda. 2 Apakah kebaikan e-mel kepada para pengguna? [4 markah] [4 [2 marks - 2 Nyatakan

3 Berikan pendapat anda tentang kesan-kesan yang timbul jika seseorang menyalahgunakan Internet. markah] TUGASAN ESENSI Bahagian A(i): Ringkasan [20 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentang punca punca sungai tercemar. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patch perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Sungai merupakan kurniaan Allah yang paling bernilai kepada manusia dalam kehidupan. Namun demikian, dalam keghairahan manusia mengejar kemajuan dunia, sungai telah dijadikan korban. Tanggungjawab manusia untuk memelihara sungai sudah tidak lagi mendapat tempat di hati mereka. Kesedaran mereka tentang kebersihan sungai kian menipis hingga masalah ini semakin membengkak. Sungai dijadikan sebagai medan pembuangan sampah sarap. Selain itu, kekurangan pegawai penguat kuasa untuk memantau tindak-tanduk manusia menyebabkan sungai diperlakukan sedemikian rupa. Ketidakcekapan pengurusan sampah turut menyumbang kepada sikap tidak bertanggungjawab masyarakat membuang sisa-sisa buangan ke dalam sungai. Natijahnya, berlaku wabak penyakit yang melibatkan sakit atau gatal-gatal kulit bagi mereka yang mandi-manda di sungai. Sumber ptotein juga terjejas kerana kandungan toksik dalam sungai meningkat. Manusia seolah-olah lupa bahawa tindakan mencemarkan sungai seolah-olah mencurahkan racun dalam sumber air mereka. Pelaksanaan kempen-kempen seperti "Hentikan Pencemaran" dan "Cintailah Sungai Kita" yang Bering

diuar-uarkan di media massa dianggap tidak berkesan. Malah, ada segelintir masyarakat yang langsung tidak menyedari wujudnya kempen-kempen tersebut. Penguatkuasaan undang-undang yang tidak tegas oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyebabkan gejala pencemaran berlaku dengan leluasa. Pihak kilang semakin berani membuang sisa-sisa industri ke dalam sungai tanpa Began dan silu. Masyarakat sepatutnya melaporkan kejadian yang mengancam kesihatan mereka kepada pihak berkuasa. Sehubungan dengan itu, tindakan menyelamatkan sungai harus segera kita ambil untuk menyelamatkan warisan yang amat berharga ini. Bahagian A(ii): Pemahaman [10 markah] 3erdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda ~endiri. 1 Apakah maksud rangkai kata "masalah ini semakin membengkak"? sungai. [4 markah] 3 Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah pencemaran sungai di negara kita? [4 markah] Bahagian A(i): Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentaN kepentingan Internet kepada murid dan guru. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Ands digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa menguE-maksud asal petikan. Masyarakat alaf ini telah menyedari bahawa Internet semakin penting dalam kehiduparn mereka. Dalam tempoh beberapa tahun ini sahaja, jumlah pengguna Internet telah meningkat secara mendadak. Peningkatan ini menggambarkan bahawa semakin banyak orang yang sedar akan kepentingan Internet. Bagi guru, penggunaan Internet akan meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran. Kepada murid pula, penggunaan Internet akan memudahkan mereka menyempurnakan pelbagai tugasan yang diberikan kepada mereka. Penyedia kemudahan ini seperti MIMOS (Malaysian Institute of Microelectronic System) menyalurkan pelbagai maklumat seperti artikel, majalah, perisian komputer, gambar, video. dan sebagainya. Kesemua ini dapat membantu guru dan murid untuk memperoleh maklumat sebanyak yang mungkin. Melalui mel elektronik atau e-mel, para pengguna Internet dapat berkomunikasi antara satu dengan yang lain secara langsung dalam bentuk teks. Mereka dapat berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia sambil mendapatkan pelbagai idea. berkongsi maklumat, dan berbincang tentang sesuatu topik. [2 markcahJ 2 Nyatakan kesan yang mungkin timbul apabila masyarakat membuang pelbagai bahan buangan ke dalam

Oleh sebab Internet banyak menggunakan bahasa Inggeris, murid yang Bering memanfaatkan Internet akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, mereka akan menjadi lebih peka dengan isu-isu semasa kerana pelbagai isu yang terkini akan disampaikan dengan lebih pantas melalui Internet. Satu lagi keistimewaan Internet ialah perkhidmatan yang dikenal sebagai usenet. Perkhidmatan ini memungkinkan pengguna Internet menyertai kumpulan perbincangan tentang sesuatu topik. Menerusi perbincangan tersebut, guru dan murid dapat bertukar-tukar pendapat dan idea tentang sesuatu isu atau masalah. Bahagian A(ii): Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat oil," sendiri. 1 Apakah maksud rangkai kata "meningkat secara mendadak" dalam petikan tersebut? [2 markah 2 Apakah kebaikan e-mel kepada para pengguna? [4 markah] [4

3 Berikan pendapat anda tentang kesan-kesan yang timbul jika seseorang menyalahgunakan Internet. markah] TUGASAN ESENSI Bahagian A(i): Ringkasan [20 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentang punca punca sungai tercemar. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patch perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Sungai merupakan kurniaan Allah yang paling bernilai kepada manusia dalam kehidupan. Namun demikian, dalam keghairahan manusia mengejar kemajuan dunia, sungai telah dijadikan korban. Tanggungjawab manusia untuk memelihara sungai sudah tidak lagi mendapat tempat di hati mereka. Kesedaran mereka tentang kebersihan sungai kian menipis hingga masalah ini semakin membengkak. Sungai dijadikan sebagai medan pembuangan sampah sarap. Selain itu, kekurangan pegawai penguat kuasa untuk memantau tindak-tanduk manusia menyebabkan sungai diperlakukan sedemikian rupa. Ketidakcekapan pengurusan sampah turut menyumbang kepada sikap tidak bertanggungjawab masyarakat membuang sisa-sisa buangan ke dalam sungai. Natijahnya, berlaku wabak penyakit yang melibatkan sakit atau gatal-gatal kulit bagi mereka yang mandi-manda di sungai. Sumber ptotein juga terjejas kerana kandungan toksik dalam sungai meningkat. Manusia seolah-olah lupa bahawa tindakan

mencemarkan sungai seolah-olah mencurahkan racun dalam sumber air mereka. Pelaksanaan kempen-kempen seperti "Hentikan Pencemaran" dan "Cintailah Sungai Kita" yang Bering diuar-uarkan di media massa dianggap tidak berkesan. Malah, ada segelintir masyarakat yang langsung tidak menyedari wujudnya kempen-kempen tersebut. Penguatkuasaan undang-undang yang tidak tegas oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyebabkan gejala pencemaran berlaku dengan leluasa. Pihak kilang semakin berani membuang sisa-sisa industri ke dalam sungai tanpa Began dan silu. Masyarakat sepatutnya melaporkan kejadian yang mengancam kesihatan mereka kepada pihak berkuasa. Sehubungan dengan itu, tindakan menyelamatkan sungai harus segera kita ambil untuk menyelamatkan warisan yang amat berharga ini. Bahagian A(ii): Pemahaman [10 markah] 3erdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda ~endiri. 1 Apakah maksud rangkai kata "masalah ini semakin membengkak"? sungai. [4 markah] 3 Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah pencemaran sungai di negara kita? [4 markah] Bahagian A(i): Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentang kelebihai penggunaan pets minds. Panjangnya ringkasan ands hendaklah tidak melebihi 80 patald perkataan. Ands digalakkan menggunakan ayat ands sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Pets minds merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan maklumat semula daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang dapat dilihat. Pets minds dapat jugs membantu pelajar untuk meningkatkan kecerdasan dan kemahiran bagi mengukuhkan days ingatan dan pemahaman. Pets minds dapat disediakan dengan mudah. Pads buku tulis atau sekeping kertas, tulis topik utama yang menjadi perhatian pelajar. Topik tersebut, misalnya pemelajaran, eloklah ditulis di Bahagian tengah. Dari sini, pelbagai perkara lain yang berkaitan dengan topik pemelajaran akan dihasilkan dalam bentuk cabang atau cawangan daripada pemelajaran tadi. Pets minds merangsang pelbagai keupayaan yang ads dalam diri pelajar. Antara rangsangan tersebut termasuklah, pelajar perlu memikirkan maklumat yang diperlukan dan membuat pemilihan mengikut [2 markcahJ 2 Nyatakan kesan yang mungkin timbul apabila masyarakat membuang pelbagai bahan buangan ke dalam

keinginan. Secara langsung, pelajar berhubung dengan maklumat yang ads dalam ingatannya secara aktif. Pets minds itu jugs dapat merangsang beberapa anggota yang mempunyai peranan tersendiri. Hal ini dapat memahirkan diri dengan disiplin yang penting dalam pemelajaran. Melalui pets minds, pelajar dapat menggunakan kemahiran menyusun maklumat yang betul dan tepat dan mudah difahami. Pets minds jugs membolehkan pelajar membuat perkaitan dengan lebih mudah dan cepat. Apa-spa yang diingati akan dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan yang telah dilakukan. Ada jugs pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan pets minds akan menambahkan keseimbangan otak kiri dan otak kanan. Pelajar telah mengetahui keperluan keseimbangan antara otak kiri dengan otak kanan. Perkara yang menarik mengenai pets minds ialah pets minds merangkumkan semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria, dan sebagainya. Kelebihan lain yang terdapat pads pets minds ialah pets minds mudah digunakan serta sesuai untuk semua tujuan. Pets minds amat sesuai untuk tujuan menelaah pelajaran, mengambil nota yang diajarkan oleh guru, membaca buku, persediaan sebelum berbahas, untuk bermesyuarat, malah untuk persediaan membeli-belah. Pelajar tidak akan sukar untuk berfikir secara mendalam kerana ingatan mereka dibantu oleh hasil lukisan dan tulisan mata dan tangan. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Utusan Malaysia, 17 Oktober 2006) Bahagian A(ii): Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat antic sendiri. 1 Apakah maksud rangkai kata "kaedah yang berkesan" dalam petikan tersebut? 2 Berdasarkan petikan, bagaimanakah pets minds dapat disediakan? [2 markah: [4 markah_

3 Pada pendapat ands, mengapakah pelajar perlu memiliki kemahiran mencatat nota dalarr sesuatu pelajaran? [4 markah: M Bahagian A(i): Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentang punca punca ibu bapa menyediakan kelas tuisyen untuk anak-anak mereka. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patch perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Menghadiri kelas tuisyen yang pada suatu ketika dulu hanya untuk pelajar lemah dalam mata pelajaran tertentu, kini bagai suatu kemestian bagi setiap pelajar. Pelaksanaan pengajaran subjek Matematik dan

Sains dalam bahasa Inggeris turut mendorong lebih banyak ibu bapa menghantar anak mereka menghadiri kelas tuisyen. Malah, tuisyen kini menjadi suatu industri yang memberikan pulangan lumayan kepada pengendalinya. Kaedah tuisyen juga semakin canggih dengan penggunaan ICT, termasuk tuisyen berbentuk portal yang menggunakan komputer dan Internet. Ibu bapa menghantar anak ke kelas tuisyen untuk mendapatkan penjelasan lebih lengkap dan khusus tentang sesuatu mata pelajaran. Namun, kita juga hairan kenapa semakin banyak ibu bapa dan pelajar terlalu bergantung pada kelas tuisyen. Mereka bertindak demikian kerana ada sesuatu yang tidak keno pada sistem pemelajaran dalam kelas sekarang hingga ibu bapa terpaksa untuk mendapatkan perkhidmatan guru tuisyen bagi anak mereka. Apakah kaedah pengajaran dan pemelajaran di sekolah belum mencukupi untuk memastikan pelajar lulus cemerlang? Selagi ada permintaan, maka penawaran tetap disediakan oleh guru tuisyen atas permintaan ibu bapa. Mungkin sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan mendorong ibu bapa dan pelajar mendapatkan bimbingan tambahan untuk memastikan keputusan cemerlang, walaupun yurannya mahal. Seterusnya, pihak pusat tuisyen menyediakan pakej yang menarik dengan menjanjikan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Oleh sebab ibu bapa terlalu dahaga akan kejayaan yang cemerlang untuk anak-anak dalam peperiksaan, pakej ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Selain itu, ada pihak pusat tuisyen yang tidak bertanggungjawab memberikan keyakinan kepada pelajar dan ibu bapa bahawa mereka akan membantu pelajar dengan mengemukakan soalan yang dijangka akan keluar dalam peperiksaan yang sebenarnya. Bagi sesetengah ibu bapa, mereka menghantar anak mereka ke pusat tuisyen kerana rakanrakan mereka berbuat demikian, tambahan pula sekolah banyak menjalankan aktiviti yang menyebabkan pelajaran anak-anak mereka terganggu. Mereka akan berasa kekurangan jika mereka tidak menghantar anak mereka belajar di pusat tuisyen atau mempunyai guru tuisyen. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Utusan Malaysia) J Bahagian A(ii): Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1 Apakah maksud rangkai kata "memberikan pulangan lumayan" dalam petikan tersebut? [2 markah] 2 Berdasarkan petikan, mengapakah ibu bapa akan berasa kekurangan jika tidak menghantar anak-anak mengikuti kelas tuisyen? [4 markah] 3 Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh Kementerian Pelajaran supaya ibu bapa yakin akan kemampuan pihak sekolah dalam melahirkan pelajar yang cemerlang? [4 markah] Bahagian A(i): Ringkasan

[20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentar_ usaha-usaha Kementerian Pelajaran untuk menggalakkan pelajar menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digaiakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Dalam dunia era globalisasi ini, sumber pengetahuan merupakan nadi serta tulang belakang kejayaan sesebuah negara. Sarana utama untuk memperkaya sumber pengetahuan tersebut ialah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sehubungan dengan itu, mata pelajaran Teknologi Maklumat telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran elektif di sekolah. Kita yakin bahawa usaha telah dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak kerajaan mengumumkan pelaksanaan projek sekolah bestari sebagai salah satu daripada sembilan aplikasi perdana dalam projek Koridor Raya Multimedia. Kesungguhan itu dapat dilihat melalui pelbagai projek pengkomputeran sekolah di seluruh negara. Umpamanya, projek rintis sekolah bestari telah melibatkan lebih 90 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Selain itu, kerajaan menyediakan makmal komputer di semua sekolah rendah dan sekolah menengah. Malah dalam fasa pertama, 2 400 sekolah rendah dan sekolah menengah akan dilengkapi dengan makmal komputer serta tenaga pengajar yang terlatih dalam bidang berkenaan. Pada peringkat kementerian pula, beberapa projek sedang dilaksanakan untuk menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai paksi utama pemelajaran dan pengajaran di sekolah. KPM Net, projek komputer dalam pendidikan, dan pusat sumber elektronik adalah antara sumbernya. Selain itu, semua jabatan pendidikan negeri telah mempunyai projek penghasilan laman web sendiri untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan di negeri masing-masing. Apabila kita meneliti segala persediaan yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran, kita yakin bahawa kementerian berkenaan tidak mempunyai masalah dalam melaksanakan tugas ini kerana bidang teknologi maklumat dan komunikasi bukanlah suatu perkara baharu dalam sistem pendidikan di negara ini. Hal yang kita perlukan kini hanyalah peruntukan tambahan kerana suntikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam alam pendidikan di negara ini memerlukan modal yang besar. Berdasarkan pengalaman sedia ada, untuk menjayakan projek rintis sekolah bestari yang melibatkan lebih kurang 90 buah sekolah itu sahaja memerlukan kerajaan membelanjakan RM300 juta. (Dipetik don diubahsuaikan daripada rencana Utusan Malaysia, 3 Julai 2002 Bahagian A(ii): Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat an. - sendiri. 1 Apakah maksud rangkai kata "nadi serta tulang belakang kejayaan" dalam petikan tersebut?

[2 markc.-.: 2 Berdasarkan petikan, mengapakah mata pelajaran Teknologi Maklumat telah diperkenalkan d: sekolah? 3 Pada pendapat anda, apakah kelebihan makmal komputer disediakan di sekolah? [4 markah: Bahagian A(i): Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentang usaha usaha untuk menangani kebakaran hutan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kebakaran hutan secara terbuka yang berlaku di negara ini sudah mencapai tahap serius, lebih-lebih lagi apabila kebakaran itu berlaku pada musim kemarau. Oleh yang demikian, amaran keras tentang pengawalan kualiti alam sekitar yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dalam kes pembakaran hutan tidak boleh dipandang ringan. Pihak yang ingkar hendaklah didakwa di mahkamah. Di samping itu, kerajaan negeri hendaklah bertindak dengan tegas terhadap pembakar hutan di negeri masing-masing. Kebanyakan negeri mempunyai kawasan hutan yang luas dan kemungkinan berlaku kebakaran hutan adalah tinggi. Sehubungan dengan hal itu, kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan kerugian dan pembaziran. Kabinet telah meluluskan dan memberikan kuasa kepada polis, Bomba dan Penyelamat, jabatan kesihatan, dan pihak berkuasa tempatan untuk menahan, menyiasat, dan mendakwa mana-mana pihak yang melakukan pembakaran hutan secara terbuka. Menerusi langkah ini, diharapkan perbuatan membakar hutan dapat dibendung kerana selama ini tugas itu hanya dilakukan oleh pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar sahaja. Keempat-empat agensi ini wajar membuat penyelarasan bagi mengelakkan pertindihan kerja. Pembahagian kawasan pemantauan mesti disusun secara sistematik. Kerja-kerja pemantauan mesti dilaksanakan segera bagi mengelakkan kemungkinan ada pihak yang tidak bertanggungjawab meneruskan perbuatan ini. Kebakaran hutan bukan sahaja menimbulkan persekitaran yang tidak sihat malah tindakan tersebut membunuh pelbagai spesies binatang yang terdapat di kawasan berkenaan. Selain itu, kebakaran juga memusnahkan tumbuh-tumbuhan dan akar kayu yang dapat dijadikan ubat-ubatan. Oleh itu, pihak berkuasa mestilah sentiasa meninjau kawasan hutan yang berkemungkinan diteroka secara haram. Rakyat pula mesti prihatin untuk menghalang tindakan tidak bertanggungjawab ini kerana kebakaran hutan bukan sahaja menimbulkan masalah debu tetapi juga mencemarkan alam sekitar. Dalam erti kata yang paling mudah, tindakan memusnahkan tumbuhan hijau ini bermaksud kita merelakan alum ini terdedah kepada pelbagai bencana. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Berita Harian) [4 markai'

Bahagian A(ii): Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1 Apakah maksud rangkai kata "wajar membuat penyelarasan" dalam petikan itu? 2 Berdasakan petikan, nyatakan kesan kebakaran hutan. markah] Bahagian A(i): Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentang langkahlangkah untuk mengatasi kes buli di sekolah. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubcmaksud acid petikan. Kejadian malang yang menimpa pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Agama Datuk Klana Petra Maamor, Ampangan, Negeri Sembilan, Mohamad Farid Ibrahim, 16 tahun, pada suatu ketika dahulu, mengejutkan pelbagai pihak di seluruh negara. Banyak pihak, terutamanya ibu bapa, yang mempersoalkan keselamatan anak mereka sepanjang berada di sekolah. Ibu bapa tentunya berasa bimbang kerana kes itu melibatkan satu nyawa pelajar melayang. Dalam usaha untuk menangani masalah buli di sekolah, ibu bapa tidak boleh menyerahkan kes ini bulat-bulat kepada pihak sekolah, guru, dan warden untuk memastikan kes buli tidak berlaku di sekolah anak masing-masing. Sebenarnya, semua pihak, termasuk ibu bapa dan masyarakat setempat, perlu menjalin kerjasama yang erat untuk mengawasi tingkah laku pelajar. Ibu bapa yang prihatin hendaklah mengesan perubahan tingkah laku anak-anak yang dibuli. Hal ini demikian kerana pelajar yang dibuli akan berasa tertekan dan murung dan perubahan sikap ini dapat dilihat dengan jelas oleh ibu bapa. Jika hal ini berlaku, ibu bapa perlu berbincang dengan anak-anak dan kemudian membuat aduan di sekolah mengenai masalah anak mereka. Ibu bapa yang terlibat dapat membetulkan tingkah laku anak-anak dengan menasihatinya don membawanya menemui guru kaunseling. Jika kaunselor gagal mengubah tingkah laku negatif pelajar, laporan polis perlu dibuat supaya pelajar berkenaan tidak terus terjebak dalam kegiatan buli. Dalam pada itu, masyarakat berharap supaya kes malang yang menimpa Mohamad Farid tidak akan berlaku di semua sekolah lagi sama ado sekolah agama atau sekolah Kementerian Pelajaran. Pihak sekolah seharusnya mempunyai garis panduan yang dapat diikuti dalam menangani masalah keselamatan di sekolah. Selain itu, semua aspek pengurusan keselamatan yang selama ini dipandang ringan oleh pihak sekolah perlu diberi penekanan semula. Hal ini termasuklah menambah jumlah warden bagi sekolah yang memerlukannya. Pihak sekolah perlu akur bahawa dalam usaha memberikan penekanan penuh kepada aspek kecemerlangan akademik, mereka sepatutnya tidak mengabaikan aspek social dan perkembangan psikologi pelajar. [2 markah] [4 markah] [4

3 Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga hutan daripada kebakaran atau kemusnahan?

Bahagian A(ii): Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1 Apakah maksud rangkai kata "menjalin kerjasama yang erat"? [2 markah] [4 markah] 3 Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan kegiatan buli di sekolah berlaku dengan leluasa? [4 markah; Bahagian A(i): Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tubs satu ringkasan tentang langkahlangkah untuk mengawal kebanjiran pendatang asing ke Malaysia. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kedatangan pendatang asing dan pekerja asing secara bertali anus ke negara ini semakin tidak terkawal sehingga menimbulkan pelbagai masalah yang kronik. Pembunuhan, pergaduhan, dan rusuhan kerapkali dikaitkan dengan pendatang dan pekerja asing. Hal ini belum lagi termasuk kes-kes jenayah yang dilakukan oleh para pekerja asing yang tampaknya semakin menjadijadi belakangan ini. Peruntukan undang-undang tentang perkara yang bersangkutan dengan pekerja asing sudah jelas. Tetapi persoalannya, mengapakah masih terdapat majikan tertentu yang masih tidak mahu mengambil pekerja asing mengikut saluran yang sah. Kenapakah kita tidak mengawasi sempadan negara supaya tidak mudah dibolosi oleh mereka yang masuk secara tidak sah? Usaha untuk menghantar pekerja asing yang bekerja secara haram pulang ke negara asal mereka sudah beberapa kali dilakukan. Namun usaha ini kelihatan sia-sia kerana dalam masa yang singkat mereka akan kembali ke negara ini. Tindakan ini sebenarnya perlu disusuli dengan penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas. Anggota tentera perlu dikerah untuk membantu pihak polis mengawal kemasukan pendatang asing termasuk mereka yang tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan. Langkah kerajaan memperkenalkan dasar baharu bagi pengambilan pekerja asing amat dialu-alukan. Melalui dasar ini, kerajaan akan melaksanakan kaedah pengambilan pekerja asing dalam sektor tertentu mengikut negara asal pekerja asing. Dengan terlaksananya dasar ini, penyertaan pekerja dari Indonesia akan dihadkan dalam sektor perladangan dan pembinaan sahaja. Bagi menggantikan pekerja Indonesia dalam sektor yang lain, pekerja dari Myanmar, Thailand, Nepal, India dan beberapa buah negara lain akan diambil. Kerajaan juga telah dikenal pasti mengambil langkah yang lebih drastik dalam hal ini. Pengurangan pergantungan kepada pekerja asing dengan mengehadkan pengimportan tenaga asing dari luar 2 Berdasarkan petikan, jelaskan tanda-tanda seseorang murid mengalami kesan perbuatan buli di sekolah.

negara telah diambil. Pada masa yang sama, rakyat negara ini perlu mengubah sikap mereka dengan tidak terlalu memilih pekerjaan berdasarkan kolar dan status. Guna tenaga yang ada di negara ini perlu digunakan semaksimum mungkin bagi menampung permintaan pasaran pekerjaan. Bahagian A(ii): Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1 Apakah maksud rangkai kata "secara bertali arus" dalam petikan itu? [2 markah] 2 Berdasarkan petikan, nyatakan kesan kebanjiran pendatang asing ke negara kita. [4 markah] 3 Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan pendatang asing menjadikan negara kita sebagai destinasi mereka? [4 Bahagian A(i): Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tubs satu ringkasan tentang usahousaho untuk mengatasi kelemahan 3M dalam kalangan murid. Panjangnya ringkasan anal: hendaklah tidak melebihi 80 patch perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda send' tanpa mengubah maksud asal petikan. Isu kelemahan tiga kemahiran asas, iaitu membaca, menulis don, mengira (3M) masih wujud dalam kalangan murid. Semua pihak - guru-guru, ibu bapa, don masyarakat - mempunyai peratusan sendiri daripada segi perkongsian tanggungjawab tentang punca lemahnya penguasaan 3M dalam kalangan murid. Setelah selesai sesi persekolahan, tanggungjawab untuk memantau don memeriksa kerja sekolah anak-anak wajar terpikul di bahu ibu bapa sendiri. Kita tidak seharusnya lupa bahawa sekolah don para ibu bapa juga adalah sebahagian daripada struktur masyarakat yang lebih besar. Komuniti dalam masyarakat juga berperanan dalam membantu mengurangkan masalah murid-murid ini. Untuk menuding jari kepada para guru semata-mata adalah tidak begitu adil. Ibu bapa sewajarnya memberikan sokongan, dorongan, don bantuan dengan sedaya yang mungkin kepada anak-anak mereka semasa di rumah. Pada zaman sekarang, persaingan untuk meningkatkan pendidikan anak-anak sangat tinggi. Buktinya, di peringkat awal, ibu bapa telah memasukkan anak-anak dalam pendidikan pratadika, kemudian tadika, don sebagainya. Bagi mereka yang tidak berkemampuan, anak-anak mereka akan terus masuk ke sekolah tanpa melalui pemelajaran di peringkat tudika. Oleh sebab sebilangan besar pelajar telah menguasai 3M, murid seperti ini gagal bersaing dengan murid yang lain. Pihak Kementerian Pelajaran pula perlulah mengambil perhatian tentang perkara ini. Guruguru pendidikan khas hendaklah diperbanyak supaya mereka dapat membimbing murid yang istimewa ini. Hal ini

demikian kerana mereka dilatih daripada aspek psikologi don pendekatan yang khusus untuk menangani murid seperti ini. Masalah lain yang timbul pula ialah jumlah murid dalam sesebuah kelas terlalu besar hingga mencapai 40 orang. Justeru, pelajar yang gagal menguasai 3M mestilah dihadkan kepada 10 hingga 20 orang sahaja di dalam sesebuah kelas. Program intervensi yang dijalankan di sekolah perlulah diteruskan don ditingkatkan. Jadi, pihak pengetua mestilah membuat pemantauan supaya pelaksanaan program ini tidak dijalankan seperti melepaskan batuk di tangga. Keghairahan menuding jari kepada satu soma lain hanya akan menyebabkan kitaran sengsara ini terus berpusing tiada hentinya. Jika penyakit lemah 3M tidak diatasi seawal peringkat sekolah rendah, masalah ini akan dibawa bersama apabila mereka meniti sekolah menengah kelak. Bahagian A(U): Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat and-, sendiri. 1 Apakah maksud rangkai kata "menuding jari"? [2 markah;

2 Berdasarkan petikan, nyatakan punca-punca yang menyebabkan berlakunya kelemahan murid menguasai 3M. [4 markah: 3 Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang mungkin timbul jika masalah penguasaan 3M ini tidak diatasi? [4 markah] Bahagian A(i): Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tubs satu ringkasan tentang langkah langkah untuk menghadapi kenaikan harga minyak dan barangan keperluan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekali lagi menggesa rakyat supaya mengubah tabiat berbelanja, terutama dalam menghadapi kenaikan harga minyak dan barangan lain belakangan ini. YAB Perdana Menteri mengingatkan semua pihak bahawa kerajaan akan memantau kenaikan itu. Namun perkara yang penting ialah setiap perbelanjaan mesti dirancang dengan sebaikbaiknya. "Perbelanjaan untuk minyak sudahpun naik tinggi dan kita tidak boleh menurunkan harga tersebut. Oleh sebab itu, saya menekankan betapa pentingnya kita mengubah tabiat berbelanja. Kita mesti membuat perubahan. Kalau kita mengetahui harga minyak tinggi dan kita keno bayar untuk itu, maka tuba kurangkan

perbelanjaan lain," kata Beliau. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Institut Sosial Malaysia (ISM), pada 1 Oktober 2006 yang lalu. YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa terdapat negara yang tidak mendapat subsidi minyak, tetapi rakyatnya tidak mengeluh, malah masih mampu bersaing dengan negara ini. Namun atas sikap prihatin kerajaan, kerajaan akan terus memberikan subsidi minyak, iaitu diesel kepada rakyat. Dalam pada itu, YAB Perdana Menteri turut menekankan perihal pentingnya mengamalkan penjimatan terhadap tenaga elektrik. "Kalau kita tidak ada duit, kenapa kita mesti berbelanja dengan membayar bil elektrik yang begitu tinggi. Sebagai contoh, kita tidak ada di dalam bilik, tetapi lampu dan pendingin hawa berfungsi untuk seluruh rumah atau bangunan. Perkara ini penting untuk diingatkan kepada individu, pejabat kerajaan, dan pengilang," katanya. Beliau menafikan kerajaan tidak menggalakkan rakyat berbelanja. "Kita telah memberikan insentif kepada kakitangan kerajaan berbelanja bagi membeli barang keperluan. Kini mereka mempunyai duit untuk membeli barang, tetapi duit itu perlu dibelanjakan dengan cara yang berhemah. "Perbelanjaan perlu kerana amalan itu akan menjana ekonomi negara, tetapi yang penting ialah kita mesti mengawal harga barang supaya tidak naik," katanya. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Utusan Malaysia, 1 Oktober 2006) Bahagian A(ii): Pemahaman [10 markah] 3erdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda ,endiri. 1 Apakah maksud rangkai kata "mengubah tabiat berbelanja"? seharian? [4 markah] 3 Pada pendapat anda, apakah faktor utama yang menyebabkan berlakunya kenaikan harga minyak dan barangan yang lain? Nyatakan alasan anda. [4 markah] Bahagian A(i): Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentang ke kesan pemanasan global. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patai perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Banyak orang yang mengeluh sebagai akibat cuaca yang semakin panas sekarang. Kepanasan matahari semakin terik, terutama pada tengah hari. Penebangan hutan secara tidak terkawal. pencemaran industri, [2 markah] 2 Berdasarkan petikan, bagaimanakah seharusnya kita menghadapi perbelanjaan yang tinggi dalam kehidupan

penggunaan bahan bakar fosil secara leluasa, dan pelepasan gas rumah hijau adalah antara contoh "kerosakan" yang dilakukan manusia hingga memberikan kesan terhadap bumi. Berdasarkan laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC), suhu dunia diramalkan meningkat daripada 1.1 C kepada 6.4 C antara tahun 1990 dan 2100. Pemanasan global Banyak mempunyai kaftan dengan pelbagai bencana alam yang telah dan akan berlaku. Kenaikan suhu dunia dapat mencairkan ais di kutub dan meningkatkan paras air lout. Banjir besar akan berlaku jika paras air Taut meningkat, malah beberapa kepulauan kecil berdepan dengan kemungkinan untuk tenggelam. Beberapa kawasan yang beriklim panas pula menerima taburan hujan yang Banyak tetapi tanah di situ menjadi lebih cepat kering kerana penyejatan air berlaku dengan cepat. Kerosakan dan kemusnahan akan berlaku ke atas tanaman dan haiwan yang menyebabkan bekalan makanan berkurangan di beberapa tempat di dunia. Menurut suatu laporan akhbar, kajian terbaharu IPCC mendapati suhu purata Malaysia dianggarkan meningkat antara 0.6 C hingga 4.5 C men jelang tahun 2060. Kajian itu turut menyebut bahawa kawasan pantai dan petempatan seluas 1 200 kilometer persegi akan tenggelam jika langkah pencegahan awal diabaikan berikutan pemanasan global yang menyebabkan peningkatan paras lout. Peningkatan aras lout pula mampu menghasilkan gelombang ganas yang mengancam garis pantai dan struktur hakisan pantai, pemusnahan zon penampan paya bakau yang mengakibatkan kerosakan habitat asli serta kehidupan akuatik seperti ketam, ikon, udang, serta turut mengancam kelangsungan flora dan fauna. Cendekiawan juga menganggarkan bahawa lebih banyak orang akan dihinggapi penyakit yang biasa ditemui di daerah tropika seperti yang disebabkan nyamuk atau haiwan pembawa penyakit lain atau mati sebagai akibut tekanan cuaca panas. Suhu bumi yang kian meningkat mengakibatkan kehidupan berdepan dengan ancaman besar berikutan berlakunya bencana alam yang lebih kerap dengan tempoh yang semakin meluas. Sejak 10 tahun belakangan ini, kehidupan manusia semakin terancam berikutan kekerapan berlakunya bencana alum. Taufan, Banjir, kemarau, dan wabak penyakit berkaitan alam sekitar semakin kerap dan ancamannya bertambah meluas. Senario pemanasan global turut menggiatkan kesan El Nino, terutama yang membabitkan kejadian kemarau dan Banjir. El Nino akan mempengaruhi iklim dunia mengakibatkan sesetengah tempat kemarau manakala sesetengah lagi banjir. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Harian Mertro, 15 Mac 2007) Bahagian A(ii): Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat uric-: sendiri. 1 Apakah maksud rangkai kata "pemanasan global"? [2 markah:

2 Berdasarkan petikan, nyatakan kegiatan-kegiatan yang dilakukan manusia yang telah menjejaskan bumi. [4 markah] 3 Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk mengelakkan berlakunya pemanasan global? TUGASAN ESENSI Bahagian A(i): Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tubs satu ringkasan tentang ciri-ciri guru yang berkualiti. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patch perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Jadilah guru berprofesionalisme tinggi kerana hanya mereka yang mengangkat profesion perguruan dapat menerima tugas itu sebagai amanah dan tanggungjawab yang mulia demi memartabatkan agama, bangsa, dan negara. Profesion perguruan paling mulia dan diberkati jika mereka ikhlas untuk mendidik anak bangsa menjadi pelajar cemerlang. Mereka bukan sahaja akan bersungguh-sungguh menaikkan martabat guru, tetapi mendidik murid supaya menjadi pintar dan cemerlang dalam akademik dan berakhlak mulia. Jika seseorang itu memahukan kepuasan, jadilah guru yang berkualiti yakni yang mampu mendidik murid yang pintar dan lemah menjadi cemerlang dan berguna kepada bangsa, agama, dan negara. Sebaliknya, jika seseorang itu memahukan kekayaan, lebih baik memilih kerjaya lain, termasuk menjadi usahawan. Guru juga perlu sanggup berkorban masa dan tenaga demi kemajuan pelajar. Guru yang berkualiti sanggup ditugaskan di mana-mana sahaja, termasuk di luar Bandar dan pedalaman seperti kata pepatah "guru ibarat lilin, membakar diri bagi menerangi orang lain". Seseorang guru akan berbangga jika pelajarnya berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan, termasuk menjadi insan yang berjaya dalam hidup. Semua pihak perlu menerima hakikat bahawa bermula dengan gurulah lahirnya cerdik pandai dalam pelbagai bidang, termasuk jurutera, doktor, arkitek, dan peguam. Untuk menjadi guru yang berkualiti, mereka Bering menghasilkan inovasi dan pendekatan, kaedah, dan teknik yang terkini. Mereka juga sanggup berkongsi dengan guru lain tentang ilmu yang dimiliki. Bagi membina generasi guru berkualiti, pihak Bahagian Pengambilan Guru (BPG) perlulah memberikan tumpuan terhadap pembentukan kualiti diri guru yang unggul daripada segi sahsiah dan sikap. Mereka perlu memperlengkap diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi setanding dengan cabaran semasa. Guru yang berkualiti pula mestilah sentiasa menunjukkan teladan yang baik dan menjadi contoh kepada murid. Dengan membina generasi guru berkualiti, usaha ini akan turut membentuk generasi murid berkualiti yang akan menjadi warganegara yang membentuk negara cemerlang, gemilang, dan terbilang. [4 markah]

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Harian Metro, 15 Mac 2007) ~ Bahagian A(ii): Pemahaman [10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1 Apakah maksud rangkai kata "membakar diri bagi menerangi orang lain"? markah] 3 Pada pandangan anda, bagaimanakah kita dapat menghargai jasa guru yang menjadikan kita manusia berjaya? [4 markah] [2 markah] [4 2 Berdasarkan petikan, apakah yang menjadi harapan dan kebanggaan guru terhadap anak muridnya?

You might also like