You are on page 1of 6

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH TT00103 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

NAMA NOMBOR MATRIK TAJUK

: GERALD JOEL BIN BILLIH : BT10110058 : UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER 2 SESI 2011/12

ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA FALSAFAH UMUM YANG MENJADI FALSAFAH PENDIDIKAN DILIHAT DARI SEGI KEFALSAFAHAN DAN ILMU PSIKOLOGI.

FALSAFAH PENDIDIKAN MODEN DAN FALSAFAH UMUM.


Falsafah pendidikan moden adalah merupakan hasil penerapan daripada falsafah umum (falsafah tradicional dan falsafah moden) yang diubah fokusnya untuk menjurus lebih kepada pendidikan dan secara dasarnya menggunakan cara kerja ahli-ahli falsafah dan menggunakan hasil-hasil dari falsafah yang diwujudkan atau diterbitkan iaitu produk pemikiran manusia tentang realiti, pengetahuan dan nilai-nilai murni. Falsafah pendidikan moden secara amnya terdpt 4 aliran utama iaitu progresivisme, esensialisme, perenialisme dan rekonstruksianisme (Imam Barnadib, 1982, Mohammad Noor Syam, 1986). Falsafah pendidikan moden jugak adalah hasil penambahan daripada falsafah tradisional dan moden dimana progresivisme dan rekonstruktivisme dan eksistensialisme adalah tergolong dalam falsafah moden dan dipengaruhi oleh falsafah pragmatisme manakala esensialisme dan perenialisme adalah tergolong dalam falsafah tradicional dan dipengaruhi kuat oleh falsafah idealisme dan realisme. Dan menurut pendidikan setiap falsafah yang diketengahkan mempunyai maksud-maksud tertentu seiring dengan falsafah-falsafah umum yang diperkenalkan sebelumnya. Antaranya, 1. Idealisme 2. Realisme 3. Pragmatisme 4. Perenialisme 5. Essensialisme 6. Progresivisme : Ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir. : Kebenaran adalah apa yang dapat dilihat. : Idea yang dapat dipraktikkan adalah benar. : Pendidikan berada dalam keadaan tetap. : Kurikulum dan guru adalh faktor penting dalam pembelajaran. : Pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan dan kemajuan.

7. Rekonstruktionalisme : Penerapan tanggungjawab sosial dan lahir masyarakat berilmu.

8. Eksistensialisme untuk meneroka.

: Pendidikan melalui persekitaran dimana guru membantu murid

Falsafah pertama yang digunakan adalah essensialisme dianggap sebagai conservative of culture di kalangan para ahli falsafah lama di mana masyarakat kembali kepada yang paling dasar iaitu kebudayaan lamadan warisana sejarah. Pada masa yang sama,usaha-usaha mengembangkan ilmu pengetahuan dan keseniaan serta kebudayaan Purbakala. Sumber utama ajaran kebudayaan adalah falsafah itu sendiri di mana nilainilai ilmu itu bersifat kekal dan monumental. Manakala pula dalam bidang pendidikan, fleksibiliti dalam segala keadaan dapat menjadi sumber timbulnya pandangan yang bersifat tidak tetap dan tidak menentu. Hal ini memperlihatkan bahawa pendidikan haruslah bertunjangkan nilai-nilai yang

mendatangkan kestabilan dan nilai-nilai itu harus datang dari kebudayaan dan falsafah. Praktikalnya, pengajaran konsep-konsep dalam sesuatu matapelajaran, kemahiran asas dan lain-lain lagi. Pembawakan diri seorang guru itu juga melambangkan asal usul dan sekali gus berkait rapat dengan unsur tradisonal dan adat istiadat asal usul seorang guru justeru itu guru menjadi ledan kepada murid-murid.

Selain itu, falsafah perenialisme pula dipengaruhi oleh falsafah idealisme kerana pada awalnya kewujudan perenialisme ini akibat kekacauan yang berlaku pada masa dulu. Aliran falsafah ini lebih kepada mengajar masyarakat untuk menjadi lebih rasional dimana aliran ini lebih fokus kepada perkembangan peribadi dan manusia itu sendiri. Dari segi pendidikan pula, hal ini melibatkan guru-guru untuk mengajar kemanusiaan

ataupun sastera sama ada secara langsung atau tidak langsung. Selain itu, mengajarkan konsep tertentu dan sekaligus mendisiplinkan murid-murid untuk pemahaman dan menggalakkan murid untuk mencari maklumat tambahan ataupun belajar lebih. Seterusnya, falsafah progresivisme ini berkembang melalui falsafah pragmatisme yang dikembangkan lagi oleh John Dewey. Ahli-ahli falsafah progresivisme mempercayai bahawa kebenaran adalah tentatif dan relatif. Kepentingan aliran ini adalah perkembangan intelektual dan pemikiran individu. Hal ini, menunjukkan bahawa kanakkanak harus diajar untuk berfikir selain hal yang perlu difikirkan. Hal ini disebabkan pengetahuan dan ilmu boleh menerangkan realiti masa kini. Oleh sebab itu, ahli progresivisme percaya bahawa individu akan memilih sesuatu yang dirasa terbaik untuk diri sendiri. Contohnya disekolah, pelajar akan memilih cara pembelajaran dan pemilihan aliran yang mereka minati dan yang mereka fikir baik untuk mereka. Oleh itu, cara untuk mematangkan pemikiran pelajar terlaksana tetapi memerlukan bantuan guru dengan menggunakan pendekatan yang induktif seperti meminta mereka menjelaskan dan memberi penerangan. Yang terakhir sekali adalah rekonstruktivisme yang merupakan hasil

progresivisme di mana falsafah ini mengesyorkan untuk membaiki dan membina semula masyarakat. Ia melihat pengasasan corak budaya baru serta penghapusan masalah sosial sebagai tujuan utama pendidikan. Para pemikir dan ahli falsafah rekonstruktivisme melihat konteks sekola sebagai pemangkin yang penting untuk meningkatkan keadaan dan kualiti manusia (modal insan) melalui pembaharuan pendidikan dan sosial di mana sekolah dilihat sebagai salah satu usaha untuk emcipta masyarakat baharu. Justeru funsgsi-fungsi sekolah termasuklah:

1. Untuk mengenal pasti masalah sosial yang memberi sumbangan kepada krisis budaya. 2. Untuk mewujudkan kemahiran dan sikap yang akan menyelesaikan masalah-masalah. Kurikulum rekonstruktivisme menekankan sains sosial dan kaedah kajian sosial. Ia berfokus pada kecenderungan masa sekarang dan masa hadapan, serta pada isu kebangsaan dan antarabangsa. Kemahiran dan mata pelajaran yang diajarkan adalah yang dapat mengenal pasti dan membantu menyelesaikan masalah masyarakat. Pembelajaran adalah aktif dan ada hubungan dengan masyarakat hari ini dan masa depan. Guru tidak harus takut tentang komitmen untuk membantu membina sebuah masyarakat baru. Mereka harus bertugas sebagai agen perubahan dan pembaharuan. Mereka juga membantu pelajar menyedari masalah yang dihadapi umat manusia.

RUJUKAN Imam Barnadib, Filsafat Pendidikan (sistem dan metode), Yogyakarta: Yayasan Penerbit Fakultas Ilmu Pendidikan, 1976. Hlm. 21.

You might also like