You are on page 1of 55

MURID DAN ALAM BELAJAR

Teori-teori Pembelajaran

A:MAZHAB BEHAVIORIS

Parlov, Thorndike, Skinner, dan Watson . Pembelajaran berkait dengan perubahan tingkah laku. Teori hasil daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan. Pelaziman (conditioning) dibentuk daripada hubung kait antara stimuli/rangsangan dan gerak balas dan diteruskan jika ada motivasi.

1. Teori Pelaziman Watson

Emosi dapat dipelajari daripada pelaziman. Tingkahlaku manusia ialah sesuatu refleks terlazim. Gerakbalas dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Pelaziman:cara gerakbalas,suaikan dgn situasi baru.

1. Teori Pelaziman Watson

2 prinsip:
Kekerapan tempoh kebaruan

Guru harus:

Tingkah laku positif dengan rangsangan yang sesuai. Latihan berulang untuk pengukuhan Menggunakan rangsangan yang dapat memotivasikan murid.

Implikasi Terhadap Pembelajaran

Semua tingkah laku boleh dipelajari melalui pelaziman. Belajar perhubungan gerak balas secara sistematik.

Latihan diberikan secara kerap kali


Rangsangan harus boleh meningkatkan motivasi Elakkan rangsangan yang berikan kesan negatif

2. Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Dikenali juga sbg.pelaziman gantian, pelaziman pemindahan,pelaziman bergerak balas/responden atau Teori R-G. Rangsangan Tak Terlazim: Gerak Balas Tak Terlazim Rangsangan Terlazim: Tiada kaitan Gerak Balas Tak Terlazim Rangsangan Terlazim: Gerak Balas Terlazim

Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Guru harus:

Kaitkan pengalaman positif dengan tugasan Mengajar murid menggunakan kemahiran untuk membuat generalisasi dan diskriminasi Memberi latihan yang banyak dan memberi peneguhan.

Implikasi Terhadap Pembelajaran

Gerakbalas positif dapat dibentuk melalui pelaziman klasik. Bidang fisiologi dapat diaplikasikan dgn bidang tingkah laku manusia Sesuatu rangsangan boleh digantikan dgn rangsangan yang lain Kaitkan pengalaman positif dgn tugasan pembelajaran

Bimbing murid guna kemahiran utk buat generalisasi dgn tepat


Bimbing murid guna kemahiran utk buat diskriminasi Beri latihan yg cukup utk kukuhkan rangsangan terlazim Gunakan peneguhan sekunder utk kekalkan gerak balas terlazim Beri masa rehat yang cukup untuk elak gangguan pembelajaran

Teori Pelaziman Operan

Pembelajaran individu guna sesuatu gerak balas yang kukuh


Ganjaran (peneguh positif) yg diberi slps tingkahlaku boleh kekalkan sesuatu tingkah laku

Teori Pelaziman Operan

4 konsep utama;
Gerak balas operan berlaku secara sendiri Sebarang rangsangan dpt kukuhkan gerakbalas individu Peneguhan merupakan teknik utk kekalkan gerakbalas Peneguhan positif:gerakbalas diteguhkan kerana wujud peneguhan

3. Teori Pelaziman Operan Thorndike(Cuba-Ralat)

Hukum Kesediaan, Hukum Latihan, Hukum Kesan

Hukum Kesediaan:
Keupayaan untuk memulakan sesuatu aktiviti Kesediaan belajar,hasilkan kepuasan Sedia belajar,tdk dilakukan boleh kecewa Tdk sedia belajar,perasaan kecewa/kesakitan Ganjaran akan berkesan,jika pelajar sedia belajar

Hukum Latihan: -Semakin banyak latihan,semakin kukuh ikatan/asosiasi gerakbalas

Hukum Kesan: -ikatan rangsangan dgn gerakbalas akan bertambah kukuh kiranya ada kesan yg memuaskan

Implikasi Terhadap Pembelajaran

Gunakan motivasi yang sesuai utk tingkatkan kesediaan belajar

Banyakkan latihan,ulangkaji,aplikasi serta pengukuhan


Beri ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul Beri peluang pelajar untuk menikmati kejayaan dlm pembelajaran

4. Teori Pelaziman Operan Skinner

2 Kategori Tingkah Laku Manusia:


Tingkah laku responden Tingkah laku operan

Tingkah laku responden;

tingkah laku tidak terlazim, menghasilkan pembelajaran pasif kerana tiada rangsangan, tiada pembelajaran.

Tingkah laku operan;

gerak balas hasil daripada diri sendiri, menghasilkan pembelajaran aktif kerana inisiatif sendiri.

4. Teori Pelaziman Operan Skinner

Tingkah laku boleh dipelajari melalui stimuli/peneguhan Peneguhan:


Positif Negatif

Peneguhan Positif:

Dorong individu ulangi gerak balas Berupa pujian,hadiah,penghargaan

Peneguhan Negatif:

Stimuli yang dipindahkan/dihapuskan Menyakiti atau mengejek kesilapan orang lain

Implikasi Terhadap Pembelajaran

Pembelajaran berlaku melalui pelaziman operan Peneguhan:suatu proses menggunakan peneguh positif/negatif Peneguhan positif:rangsangan penting utk menambahkan hasil kebarangkalian gerak balas Peneguhan negatif: penghapusan rangsangan aversif berikutan gerakbalas yang ditunjukkan

B:MAZHAB KOGNITIF

Piaget, Kohler, Bruner, Gagne & Ausubel. Pembelajaran yang berlaku dalam akal fikiran, tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Berasaskan kepada psikologi Teori Gestalt. Pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan. Mengutamakan persepsi secara keseluruhan.

1: Teori Pembelajaran Kohler

Celik akal: kebolehan mental manusia mempersepsikan kaitan unsur persekitaran untuk menyelesaikan masalah.

Implikasi Terhadap Pembelajaran:

Menggalakkan menyelesaikan masalah dengan celik akal. Menggunakan persepsi untuk menghubung kait unsur persekitaran. Membimbing murid menyelesaikan masalah dengan menyoal. Menggunakan contoh khusus untuk membuat kesimpulan dan generalisasi. Mengajar berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid.

3. Teori Pembelajaran Kognitif Piaget

Pembelajaran adalah motivasi individu dan inisiatif untuk mengubahsuai diri dalam persekitaran. Skema: kebolehan dan pengalaman individu dipelajari dan diperoleh berdasarkan syarat yang diwarisi, skema berubah mengikut pembelajaran dan peringkat perkembangan.

Adaptasi dan keseimbangan: saling berkait dan mempengaruh, menggunakan skema sebagai asas tindakan.

3. Teori Pembelajaran Kognitif Piaget

Adaptasi=proses perubahan skema untuk keperluan situasi. Keseimbangan= kuasa penggerak dalaman. Asimilasi dan akomodasi saling berkat dan melengkapi dalam pembelajaran, dipengaruhi oleh stuktur kognitif ( skema kognitif) = pengalaman individu sedia ada.

Implikasi Terhadap Pembelajaran

Isi pelajaran disusun mengikut peringkat perkembangan Pembelajaran yang kompleks mengubah struktur kognitif dan diadaptasi keperluan situasi pembelajaran Galakkan pelajar terlibat aktif dlm aktiviti p&p

4.

Teori Pemrosesan Maklumat R.M. Gagne

Pembelajaran bermula dengan rangsangan luar, dipengaruhi oleh motivasi luaran dan dalaman.
Lapan fasa: motivasi, kefahaman, penyimpanan, penahanan, ingatan kembali, generalisasi, prestasi dan maklum balas.

4. Teori Pemprosesan Maklumat R.M. Gagne

Fasa motivasi-Jangkaan Belajar kerana ada motif tertentu Motivasi jadi galakan

Fasa tanggapan-kefahaman Libatkan aktiviti pemerhatian/pemili-han rangsangan Pilih persepsi yang sesuai

Fasa penyimpanan-simpanan awal

Rangsangan relevan di simpan dlm stor ingatan jangka pendek

Fasa penahanan-stor ingatan

Sebahagian disalurkan ke ingatan jangka panjang

Fasa mengingat kembali-mencari

Mencari maklumat dari ingatan jangka panjang

Fasa generalisasi-pindahan

Ingat kembali,gunakan dlm situasi yang baru

Fasa prestasi-gerak balas


Fasa perlakuan boleh dilihat dan diukur

Fasa maklum balas

Bertindakbalas dgn prestasi/perubahan tingkah laku

5.

Teori Pembentukan Konsep: Bruner

Konsep konjuntif: ada dua atau beberapa atribut yang bergabung dan tidak boleh dipisahkan. Konsep disjuntif: atribut yang bergabung boleh dipisahkan. Konsep hubungan: antribut mempunyai hubungan khas. Bahasa adalah perwakilan penting dalam perkembangan kognitif.

Implikasi Terhadap Pembelajaran

Teorem pembelajaran matematik Teorem pembinaan Teorem tatatanda Teorem kontras dan variasi Teorem perhubungan Strategi pengajaran dan pembelajaran matematik

6.

Teori Pembelajaran Resepsi: Ausubel Pembelajaran bermakna Penggunaan pengelola awal untuk menggerakkan struktur kognitif yang sedia ada sebagai motivasi. Guru harus:

Mengajar konsep, hukum, prinsip baru dengan mengaitkan yang sedia ada. Pendekatan deduktif/induktif atau kedua-dua.

7. Teori Metakognisi

Terdiri daripada proses pemikiran dan proses refleksi.

Pemikiran bercirikan merancang, mengarah, mengawal, menyemak menilai proses pemikiran kognitif termasuk kreatif, kritis, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Ilmu metakognitif, kemahiran metakognitif, pengalaman kognitif. Tiga komponen pemikiran: input, operasi dan output.

C: MAZHAB SOSIAL

Bandura.
Menggabungkan mazhab behavioris dan mazhab kognitif.

1. Teori Pembelajaran Sosial

Pembelajaran = individu (motivasi instrinsik) dan persekitaran (rangsangan luar) dan tingkah laku (pelakuan).

1. Teori Permodelan Bandura

Pembelajaran melalui perhatian/permodelan.

Perhatian(attention), mengingat (retention), reproduksi (reproduction), peneguhan (reinforcement) dan motivasi (motivation). Guru harus:

Role model Demonstrasi guru mesti menarik supaya murid cepat meniru. Menggunakan rakan sebaya yang cemerlang untuk menjadi role model. Mengajar nilai murni menggunakan teknik main peranan dan simulasi.

D: MAHZAB HUMANIS

Carl Rogers, Maslow. Sekolah mesti mengutamakan pendidikan efektif, disokong dengan ilmu pengetahuan Setiap murid ada cara belajar sendiri, guru membimbing untuk mengembangkan potensi ke peringkat optimum.

1. Teori Pembelajaran Carl Rogers

Pengalaman individu adalah fenomenalogikal. Individu ada kecenderungan, hasrat untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Individu membentuk konsep kendiri unik melalui nilai dan kepercayaan diri. Tingkah laku adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaan diri.

Teori Pembelajaran Carl Rogers

Utamakan pendidikan berpusatkan murid. Pembelajaran berasaskan kebebasan, naluri ingin tahu, berlaku apabila bahan pelajaran bermakna sertasama dengan objektif murid,murid berinsiatif, belajar bagaimana belajar.

2. Teori Pembelajaran Maslow

Teori Keperluan Maslow: 5 peringkat keperluan.

KESEMPURNAAN KENDIRI

PENGHARGAAN KENDIRI KASIH SAYANG

KESELAMATAN
FISIOLOGI

Teori Pembelajaran Maslow

Guru harus:

Memastikan keperluan asas murid dipenuhi. Suasana bilik darjah yang kondusif. Bersifat penyayang. Memupuk penghargaan kendiri dan motivasi murid. Merancang aktiviti P&P mengikut kebolehan murid, meningkatkan keyakinan dan keperluan penyuburan.

3. Teori Konstruktivisme

Berasaskan Teori Perkembangan Kognitif Piaget dan Teori Zon Perkembangan Prokimal Vygotsky. Pengetahuan dibina melalui saling kaitan antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Mementingkan proses metakognitif.

Teori Konstruktivisme

Bercirikan perkembangan, menjelaskan rasionalisasi tindakan dan pengalaman. Guru hanya pemudah cara dan perancang, murid mainperanan penting. Pengalaman dan kesediaan murid penting.

Proses Pembelajaran

Rangsangan: pemilihan rangsangan sesuai dengan organ deria. Pemikiran: rangsangan dalam otak, membentukpengalaman/ilmu. Pengetahuan: amalkan dalam situasi, perubahan tingkah laku.

Model Proses Pembelajaran Gagne: aspek pembelajaran ialah 1. Kesediaan 2. Pengamatan 3. Penanggapan 4. Ingatan dan Lupaan 5. Pemindahan

1. Kesediaan

Mengutamakan peringkat perkembangan intelek, psikomotor, emosi dan kematangan. Faktor mempengaruhi ialah minat, motivasi dalaman, kemahiran asas dan pengalaman. Guru menggunakan induksi set, merancang P&P, pengetahuan sedia ada, pelbagai rangsangan, pengajaran individu dan bahan bantu mengajar.

2. Pengamatan

Persepsi, pandangan dan tanggapan. Persepsi ruang, persepsi gerakan, persepsi masa, persepsi illusi. Teori Gestalt dan Hukum Pragnanz menghuraikan pembentukan pengamatan manusia. Guru harus: Meningkatkan kepekaan mrid terhadap pancaindera. Mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar. Memeringkatkan isi pelajaran. Kaedah inkuiri, penemuan, ilustrasi dan demonstrasi.

3. Penanggapan

Penkategorisasi/konseptualisasi.

Simbol bahasa penting dalam konseptualisasi.


Konsep induktif dan konsep deduktif.

Guru harus: Mengajar konsep sedia ada kepada baru, mudah kepada kompleks. Kaitkan simbol dengan bahan konkrit. Mulakan pelajaran dengan atribut yang jelas dan dikenalpasti. Pastikan murid menguasi bahasa. Kaedah induktif dan deduktif.

4. Ingatan dan Lupaan

Pembelajaran, ingatan, lupaan saling berkait dan mempengaruhi. Ingatan= proses kebolehan manusia untuk menerima, memproses dan menyimpan maklumat dan mengeluarkan ketika diperlukan.

Model Ingatan Pemprosesan Maklumat Atkinson & Shiffrin (1971) dan Model Proses Ingatan dan Lupaan. Faktor mempengaruhi: bahan pembelajaran ( panjang, sukar, kedudukan dan bermakna), kaedah pembelajaran ( belajar secara bahagian, berlebihan) peribadi ( umur, jantina, motivasi emosi).

Lupaan: kelenyapan/kehilangan dalam peresepsi seseoarang terhadap maklumat yang dipelajari.

Jenis lupaan: keusangan, gangguan dan desakan.


Faktor mempengaruhi: tempoh masa, gangguan retroatif dan proaktif, motif lupaan, perubahankuantiti dan kualiti ingatan. Tingkat ingatan dan kurangkan lupaan dengan bahan pembelajaran yang bermakna, beri masa untuk mengingat, P&P menerik dan konduksif, kesukaran sesuai, kaedah nemonik dan ulang kaji.

5. Pemindahan

Kecekapan/kebolehan menggunakan pengalaman, pengetahuan, kemahiran dalam ingatan untuk prosespembelajaran/situasi baru. Pemindahan positif (lama bantu baru) dan pemindahan negatif (lama ganggu baru).

Jenis: pemindahan mendatar (gunakan pengalaman kepada situasi serupa, sama kesukaran), pemindahan menegak ( kenaikan pengalaman ke tahap tinggi), pemindahan bilateral, pengantara, set pembelajaran dan sifar. Prinsip: unsur kesamaan, banyak latihan asas, pelbagai rangsangan, pengukuhan konsep, celik akal, pembelajaran untuk belajar.

Strategi: tentukan pencapaian objektif eksplisit, utamakan pemerolehan konsep dan pupuk kemahiran berfikit,pengalaman kumulatif dan organisasi sistematik, mengajar konsep dengan contoh yang sesuai.

Sekain Terima Kasih

You might also like