You are on page 1of 9

LAPORAN

Bahan Beracun : Sibutramine


1.0 Difinisi Sibutramine merupakan racun berjadual yang tersenarai di bawah Akta Racun 1952. Sibutramine merupakan racun/ bahan/ ubat yang amat berkesan digunakan untuk rawatan obesiti. Sibutramine adalah formulasi untuk mengawal nafsu makan pada seseorang bagi tujuan pelangsingan badan dan memerlukan kawalan perubatan yang ketat. Ia hanya dibekalkan dan diberikan kepada pesakit oleh Ahli Farmasi atau doktor sahaja kerana hanya ahli professional ini sahaja yang boleh mengendalikan ubat. Sibutramine didaftarkan di Malaysia sebagai terapi tambahan kepada diet dan senaman untuk pesakit obes yang mempunyai faktor risiko seperti penyakit diabetes, hipertensidan dislipidemia. Namun demikian pesakit yang mempunyai sejarah penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kongestif, penyakit arteri periferal, rithmia, strok dan hipertensi tidak terkawal adalah dilarang mengambil Sibutramine. Terdapat 9 produk berdaftar yang mengandungi Sibutramine iaitu Reductil, Slenfig, Sibutramine Sandoz, Fenslim dan Sibutrim dan kesemua maklumat keselamatan ini telah dimasukkan dalam sisip bungkusan produk masing-masing. Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan Produk Pelangsing badan berdaftar ada Sibutramine seperti kintop, Body Beaus, BMI-9Xylimming Capsule, Senna Plus Capsule. Produk tidak berdaftar mengandungi Sibutramine ialah produk Lami. Manakala Produk berasaskan makanan mengandungi Sibutramine ialah Obexlim, Slimax Coffee, Beaute Fit Body Contour dan Body Trimz.

2.0

Kandungan Sibutramine Dalam Produk Pelangsingan Badan Ubat pelangsing badan sama ada daripada jenis drug atau produk herba ialah ubat

yang dapat mengurangkan berat badan atau mengatasi masalah kegemukan. Ia boleh dibahgikan kepada 5 kategori mengikut cara ia berfungsi : Menghilangkan selera makan Mengubah metabolism lemak badan Menghasilkan haba Membuang air kecil Ubat pelawas

Penggunaan racun Sibutramine sememangnya diakui boleh mengurangkan berat badan tetapi memberikan kesan sampingan jangkamasa pendek seperti kemurungan, halusinasi, cepat marah, rasa berdebar, tekanan emosi, hilang tumpuan, tidak tenteram, resah, dan berpeluh. Kesan sampingan jangkamasa panjang seperti kerosakan buah pinggang, tekanan darah tinggi dan sakit jantung sekiranya digunakan tanpa nasihat Ahli Farmasi dan doktor. Pil kurus kapsul berwarna kuning dan merah didakwa turut menyebabkan segelintir individu yang memakannya menjadi ketagih tidak ubah seperti pil khayal berikutan ia dipercayai mengandungi sejenis racun kimia berbahaya yang sengaja dimasukkan ke dalamnya. Difahamkan pil dengan jenama Lami yang mengandungi 30 kapsul dijual secara terbuka persis ubatan tradisional. Jenama berkenaan sudah diharamkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana didapati mengandungi bahan kimia Sibutramine. Dewasa ini, banyak pengusaha / pengilang ubat-ubat tradisional dan jamu yang mendakwa boleh menguruskan badan sengaja mencampurkan racun Sibutramine dalam ubat-ubatan mereka supaya kesan yang cepat boleh dilihat. Kesan dari itu kita sering mendengar apabila makan ubat dalam masa 10 hari pun boleh berubah menjadi kurus. Ini disebabkan adanya kandungan racun Sibutramine dalam produk keluaran

mereka. Penggunaan yang lama boleh menyebabkan kesan sampingan yang lebih teruk dan boleh menyebabkan kematian. kandungan Sibutramine akan dikontraindikasi bagi seseorang yang mempunyai sejarah penyakit arteri koronori, kegagalan jantung kengesetif, penyakit arteri peripheral, arrithmia, strok dan hipertensi. Oleh sebab itu, orang yang mempunyai masalah jantung dinasihatkan tidak mengambil Sibutramine. Terdapat juga produk yang dipercayai diseludup daripada Negara jiran dan dibungkus semula di Negara ini dan diedarkan dibeberapa salun kecantikan selain daripada menggunakan khidmat ejen. Kesan dari itu, berdasarkan kajian Bahagian Farmasi Kedah dari segi pembungkusan didapati ia menyalahi peraturan kerana setiap pil yang diluluskan Kementerian Kesihatan mempunyai label, tarikh, dan nama pesakit tetapi pil ini tidak mempunyai sebarang label. Ramai yang telah menjadi mangsa kerana memakan produk pil pelangsing ini seperti yang telah berlaku di negeri Kedah. Kebanyakan produk yang dicampur bahan beracun berjadual yang digunakan sebagai bahan pelangsing kebanyakannnya dibungkus di kilang haram di Negara ini. Kebanyakan produk itu dijual warga asing yang tidak mengetahui kesan langsung penggunaannya.

3.0 Cadangan Berkenaan Penggunaan Produk Pelangsingan Badan 3.1 Semak sama ada produk yang hendak dibeli adalah berdaftar dengan pihak

berkuasa (BPFK).Berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu.Sungghuhpun bagi wanita kecantikan dari segi wajah dan tubuh untuk kelihatan lebih berseri atau slim sering menjadi keutamaan.Obses kepada kecantikan menyebabkan wanita sanggup melakukan apa sahaja malah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk kelihatan menawan. Tidak kira apa sahaja produk atau prosedur kecantikan yang mampu menyerlahkan penampilan seseorang, ia pasti akan laris di pasaran tanpa mengendahkan sama ada produk atau rawatan tersebut boleh memudaratkan individu terbabit. Kesannya ramai yang menderita hingga membawa maut. Keadaan ini juga menyebabkan para pengusaha kosmetik, mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.

3.2

Sesetengah produk (termasuk produk herba) boleh menyebabkan kesan yang

memudaratkan. Oleh itu sila pastikan anda tidak mempunyai masalah kesihatan jika ingin mencuba produk-produk tersebut. Pengguna tidak sepatutnya menggunakan produk tradisional yang mengandungi Sibutramine kerana penggunaannya tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan advers serius seperti peningkatan pada tekanan darah dan kesan kardiovaskular seperti peningkatan pada denyutan jantung/nadi. Penggunaan bahan pelangsing yang mengandungi bahan beracun seperti Sibutramine pula boleh menyebabkan kesan kepada saraf otak serta menyerang organ badan lain sehingga mengakibatkan pengguna mengalami masalah mental dan psikosis. Sekiranya ia bercampur dengan bahan nitrat yang ada dalam ubatan lain, ia boleh menyebabkan kesan kardiovaskular atau serangan jantung.

3.3

Ambil ubat seperti yang telah diarahkan. Baca label dengan berhati-hati dan

jangan ambil ubat lebih daripada dos yang ditetapkan. Sila ikuti arahan pada label ubat dan bertanya pada doktor atau ahli farmasi jika terdapat sebarang masalah.

3.4

Produk menguruskan badan dikategorikan sebagai produk OTC (over the-

counter), tradisional dan kosmetik. Oleh itu beberapa kenyataan seperti menghalang lemak daripada diserap atau mempercepatkan metabolisma adalah tidak dibenarkan. Jika terdapat pernyataan ini dinyatakan pada label atau sisip bungkusan, sila laporkan kepada pihak berkuasa.

3.5

Ephedra adalah herba yang biasa digunakan dalam produk menguruskan badan

tetapi telah dilarang penggunaannya kerana ia menyebabkan kesan yang tidak diingini. Terdapat kenyataan yang menyatakan produk herba bagi mengurangkan berat badan adalah selamat. Oleh itu, berhati-hati dengan produk yang disarankan oleh rakan anda yang mengatakan produk tersebut adalah selamat dan berkesan.

3.6

Elakkan produk menguruskan badan yang:- Menjanjikan penurunan berat badan

yang mendadak dan keputusan dan keputusan yang mengagumkan. - Mencadangkan anda tidak perlu menukar diet ataupun bersenaman.- Tidak memberikan khidmat nasihat pemakanan dan menggalakkan anda untuk makan apa sahaja.

3.7

Berhati-hati apabila membeli pil pelangsing. Pil pelangsing boleh dibeli tanpa

preskripsi dan anda disarankan untuk mengambil diet yang rendah kalori dan sentiasa melakukan senaman. Kebanyakan pil pelangsing tidak mempunyai maklumat yang lengkap mengenai kandungan bahan di dalamnya dan bagaimana ia dapat membantu dalam mengurangkan berat badan. Ianya juga adalah mahal.

3.8

Pengguna juga dinasihatkan supaya berwaspada ketika membeli produk

kesihatan dan kecantikan diri dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan pengambilan tidak terkawal yang boleh menjejaskan kesihatan. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan pengguna terdedah kepada kemungkinan menghidap penyakit kronik seperti serangan jantung. Pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor yang diiktiraf dan tidak wajar memilih produk kecantikan dan kesihatan berdasarkan penilaian sendiri yang akhirnya memudaratkan kesihatan.

4.0

Kesimpulan Pengawalan berat badan hendaklah hendaklah dilakukan melalui diet yang baik dan

latihan latihan yang sesuai. Pengguna perlu mendapat nasihat daripada pakar kesihatan sebelum menggunakan ubat untuk melangsingkan badan.Jika ingin menurunkan berat badan lakukanlah dengan cara yang selamat iaitu pemakanan yang betul iaitu rendah lemak, tinggi karbohidrat dan tinggi gentian. Rajin bersenam, sekurang-kurangnya 20 minit 3 kali seminggu. Jauhilah penggunaan produk pelangsing

kerana ia mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan dalam jangka masa panjang malah boleh membawa maut. Pengguna mungkin berpuas hati dengan berat badan yang hilang tetapi risiko jangka masa panjangnya juga perlu diambil kira sebelum sesuatu yang buruk berlaku. Ingatlah! Untuk melangsingkan badan tiada jalan pintas, tiada pil segera dan nikmat yang paling baik ialah memiliki tubuh badan yang sihat dan bersyukur dengan apa yang kita miliki.

REFLEKSI

Bagi Tugasan A untuk tajuk Pengukuran kumpulan kami memilih bahan beracun Sibutramine yang terdapat dalam produk pelangsingan badan. Untuk menyiapkan tugasan ini banyak kaedah yang saya gunakan untuk mencari maklumat mengenai kandungan Sibutramine dalam produk yang terdapat di pasaran. Di antaranya melihat produk-produk yang terdapat di Toko-toko Jamu, kedai-kedai yang terdapat di pasar raya dan kebanyakannya dijual oleh warga asing serta tidak tahu kesan

penggunaannnya. Saya juga mencari maklumat dari buku, majalah dan surat khabar, melayari internet serta berbual dengan individu yang pernah menggunakan produk berkenaan.Contohnya penggunaan Slimax Coffee dan Body Trimz. Dengan tugasan ini juga dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan mengenai bahan beracun SIBUTRAMINE Banyak maklumat yang saya perolehi dengan menghasilkan risalah bahan beracun ini. Tugasan ini memberi info kepada saya

tentang kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang penggunaan produk pelangsing. Info boleh dijadikan pengajaran dan boleh berkongsi maklumat bersama rakan juga keluarga. Saya bukan sahaja memperoleh maklumat berkenaan Sibutramine dan produk pelangsingan badan malah saya juga belajar menghasilkan risalah yang baik. Tambahan pula daripada tidak tahu saya menjadi tahu banyak perkara. Manakala tugasan B mengenai Corak-corak Geometri yang biasa kita lihat menghiasi dinding bangunan, lantai dan pelbagai barangan yang terdapat di persekitaran kita. Pertama kali membaca tugasan yang diberikan saya tidak mengetahui apa itu TESELASI. Setelah mencari pelbagai maklumat dengan melayari internet saya mula mendapat gambaran berkaitan teselasi. Tugasan ini juga memberi pendedahan dan pengetahuan kepada saya mengenai teselasi, jenis-jenis teselasi dan corak-corak transformasi yang ada di sekeliling kita.

Setelah mendapat maklumat saya dan ahli kumpulan bersama-sama memikirkan untuk menghasilkan corak teselasi 2-D. Kami belajar untuk menghasilkan corak tersebut langkah demi langkah. Proses mencari maklumat juga memerlukan keperihatinan, kesabaran dan

pengorbanan masa yang bukannya sedikit. Alhamdulillah banyak maklumat diperolehi dan dapat membantu menyiapkan tugasan ini. Walau bagaimanapun untuk

mengaplikasikan maklumat yang diperolehi bukannya mudah. Dengan tunjuk ajar dan bantuan daripada pensyarah, banyak membantu membuka minda saya dan rakan untuk menghasilkan tugasan ini sebaik mungkin. Mempelajari tajuk ini, menghasilkan risalah dan teselasi banyak memberi manfaat kepada saya. Mengetahui maklumat yang terdapat pada risalah berkenaan bahanbahan beracun dalam produk pelangsing amat berguna dalam kehidupan kita. Kita juga dapat mengetahui apa yang perlu kita lakukan apabila ingin menggunakan sesuatu produk sebelum produk tersebut memudaratkan kita. Dengan mempelajari teselasi juga secara tidak langsung kita mempelajari kesenian dan senibina. Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana ahli kumpulan kami tinggal dalam daerah yang sama. Ini memudahkan kami untuk berjumpa, berbincang, berfikir dan bekerjasama dalam usaha untuk menghasilkan dan menyiapkan tugasan ini seperti yang dikehendaki pihak pensyarah. Kami telah berjumpa beberapa kali hingga terhasilnya portfolio ini. Selain berjumpa dan berbincang kami juga berhubung melalui telefon dan menghantar email. Sungguhpun banyak Cabaran untuk menyiapkan kedua-dua Alhamdulillah saya dan rakan dapat menyiapkan tugasan ini. tugasan ini

Nama

: Sarima Niza bt Kendot @ Ibrahim

No K/P : 700513-10-6108

You might also like