Professional Documents
Culture Documents
Taburan penduduk
Apakah taburan penduduk?
Taburan penduduk
Sebaran penduduk di atas permukaan bumi Sebaran ini menghasilkan taburan yang tidak sekata Kawasan berpenduduk padat Kawasan berpenduduk sederhana padat Kawasan penduduk jarang
Kepadatan penduduk
Apakah kepadatan penduduk
Kepadatan penduduk
Apakah perkaitan kepadatan dengan taburan penduduk . Kawasan yang mempunyai nilai kepadatan tinggi , taburan penduduk kawasan tersebut adalah padat.
Kepadatan penduduk
negeri Keluasan (km2)
kepadatan Jumlah penduduk Taburan penduduk
sarawak 124450
2009893
2 584997
16
136
jarang
Sederhan a
johor
18 987
1305792
5374
padat
Afrika
Amerika Utara
Amerika Latin
Asia Australia
Eropah
3672 31
727
44 579 7687
9938
82 4
73
Benua manakah paling padat penduduk ? Benua Asia yang merangkumi negara-negara seperti China , Jepun , India dan Indonesia. Benua manakah paling jarang penduduk ? Benua Australia.
Lebih daripada jumlah penduduk dunia tinggal di Asia Timur . Contohnya China mempunyai jumlah penduduk lebih 1300 juta orang berbanding benua Afrika 794 juta (Afrika mengandungi 53 negara)
Keluasan benua Afrika (melebihi 44 000 km2 ) berbanding dengan keluasan Eropah 9000 km 2 . Jumlah penduduk Eropah (727 juta) hampir sama dengan Afrika (794 juta) Ini menyebabkan Eropah lebih padat penduduk.
Kurang 10 % tinggal di hemisfera selatan , mengapa ? Hampir 50% tinggal di antara 20 o U hingga 40 o U 30 % tinggal di antara 40 o U hingga 60 o U Kurang 0.5 % tinggal di kawasan melebihi 60 oU
Manakah lebih ramai penduduk tinggal , benua atau pulau ? Bolehkah anda kenalpasti pulau-pulau yang padat penduduk ?
Lebih ramai penduduk tinggal di kawasan benua Lebih ramai penduduk tinggal di kawasan pinggir laut berbanding ke pedalaman . Di antara pulau-pulau yang padat penduduk ialah Kepulauan British, Sri Lanka , Kepulauan Indonesia , Filipina , Hong Kong , Jepun dan Taiwan.
Nyatakan kawasan berpenduduk padat Nyatakan kawasan berpenduduk sederhana padat Nyatakan kawasan berpenduduk jarang
Apakah kegiatan yang menyebabkan kawasan tersebut berpenduduk padat ? Kawasan giat dengan industri lebih padat Nyatakan kawasan yang padat penduduk kerana kegiatan tersebut.Yokohama, Kobe. Tokyo, New York
Nyatakan kegiatan yang mempengaruhi kepadatan penduduk . Kawasan giat dengan pertanian Nyatakan kawasan yang padat kerana kegiatan tersebut. Lembangan Chang Jiang,china,lembangan IndusGanges,india,lembangan Nil,mesir,jepun.
Apakah yang menyebabkan kawasan ini berpenduduk jarang?kawasan terlalu sejuk , dilitupi ais Nyatakan kawasan yang berpenduduk jarang kerana faktor ini. Artik dan Antartika
Mengapa kawasan ini berpenduduk jarang? Kawasan sejuk dan tanah tinggi Nyatakan kawasan yang berpenduduk jarang kerana faktor ini Banjaran Himalaya, Banjaran Rocky, Banjaran Andes
Mengapakah kawasan ini berpenduduk jarang?kawasan gersang dan panas Nyatakan kawasan yang berpenduduk jarang kerana faktor ini Gurun Sahara, gurun Kalahari, Gurun Ataccama
Apakah faktor yang menyebabkan kawasan berpenduduk jarang ? Nyatakan kawasan yang berpenduduk jarang kerana faktor ini
Kawasan berhutan tebal , terpencil dan kurang kemudahan menyebabkan jarang penduduk. Kawasan ini hanya didiami oleh penduduk asli Contohnya lembangan Amazon di Amerika Selatan , Lembangan Congo di Afrika.
Faktor pertama
Faktor iklim
Faktor iklim mempengaruhi bangsa Kawasan tropika lembap yang menerima hujan dan pancaran matahari sepanjang tahun. Kawasan ini padat penduduk kerana sesuai untuk tanaman padi .
Faktor iklim
Dpaatkah penduduk berbangsa eropah menyesuaikan diri untuk hidup dalam iklim tropika lembap. Bagi bangsa Eropah pula sukar untuk menyesuaikan diri hidup di kawasan Tropika.
Faktor iklim
Mengapakah tidak ramai manusia dapat hidup dalam iklim seperti ini ? Iklim yang sejuk menyebabkan tempoh penanaman pendek . Sayur-sayuran sukar hidup Manusia mudah mengalami penyakit skurvi. Dianggarkan 16.6 juta permukaan bumi terlalu sejuk dan tidak sesuai.
Faktor kedua
Mengapakah kawasan pergunungan jarang penduduk ? Kawasan tanah tinggi sukar dihubungi dan sistem pengangkutan terhad . Contohnya Banjaran Andes , Banjaran Rocky , Banjaran Himalaya dan Banjaran Titiwangsa.
Mengapakah kawasan tanah beralun , lembangan sungai dan pinggir pantai padat penduduk? Tanah aluvium subur akibat pemendapan sungai.kawasan rata memudahkan pembinaan jalan raya dan petempatan.
Faktor ketiga
Mengapakah kawasan seperti Pulau Jawa padat penduduk? Lereng-lereng gunung berapi mengandungi lava bes yang subur menggalakkan penanaman padi .Ini menyebabkan penduduk padat di kawasan tersebut.
Faktor tanih
Mengapakah kawasan lembangan sungai padat penduduk? Kawasan lembangan sungai giat mengalami pemendapan menghasilkan tanah lanar atau aluvium yang subur untuk tanaman padi.
Faktor ketiga
Faktor saliran
Sistem saliran seperti sungai menghasilkan tanah yang subur seperti aluvium dan Chernozzem . Ini menggalakkan aktiviti penanaman dan menyebabkan padat penduduk. Kawasan batu kapur dan tanah pasir yang poros mempunyai saliran yang kurang baik dan tidak sesuai untuk pertanian.
Faktor saliran
Sungai juga sebagai sistem pengangkutan, pusat pelabuhan dan perkapalan. Ini menyebabkan tebing-tebing sungai menjadi lokasi petempatan seperti Sungai Chao Phraya, sungai Mekong dan sungai Ganges.
Faktor keempat
Kawasan yang giat dengan kegiatan ekonomi mempunyai taburan penduduk yang lebih padat. Kawasan perindustrian seperti Ruhr di Jerman, Damodar di India dan Tashkent di Rusia. Kawasan yang giat dengan pertanian seperti Delta Indus Ganges, Lembangan Kuning dan Menam Chao Phraya .
Kawasan yang terhad kegiatan ekonomi seperti memburu, mengumpul hasil hutan dan pertanian pindah mempunyai kepadatan yang rendah.
Contoh soalan
Pilih sebuah negara di rantau Asia Tenggara A)Analisa faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya taburan penduduk yang tidak seimbang di dalam negara tersebut.(13m) B)Jelaskan kesan ketidakseimbangan taburan penduduk berkenaan ke atas sumber-sumber alam di dalam negara tersebut. (15m)
Berdasarkan peta
Nyatakan kawasan i)Padat penduduk di Malaysia ii)Sederhana padat di Malaysia iii)Kawasan jarang penduduk
Faktor pertama
Faktor fizikal meliputi bentuk muka bumi dan jenis tanah yang mempengaruhi aktiviti manusia.
Kawasan tanah pamah yang rata dan landai di tebing sungai dan pinggir pantai lebih padat penduduk .Ini disebabkan kawasan tanah pamah mudah untuk membina jalan raya dan petempatan . Contohnya kawasan pantai barat dan pantai timu Semenanjung Malaysia lebih padat penduduk berbanding kawasan pedalaman semenanjung Malaysia.
Faktor fizikal
Manakah kawasan di Malaysia mempunyai keadaan disebelah? Bagaimana keadaan ini mempengaruhi taburan penduduk ?
Kawasan tanah tinggi tidak sesuai untuk dijadikan sebagai petempatan kerana bentuk muka bumi yang tidak rata. Sistem pengangkutan yang terhad juga menyebabkan kawasan tanah tinggi berpenduduk jarang. Pembangunan di kawasan tanah tinggi juga sukar dijalankan kerana kesukaran untuk membawa bahan binaan ke tempat tersebut. Misalnya, banjaran titiwangsa di tengah-tengah semenanjung malaysia berpenduduk jarang.
cth: pedalaman sabah dan sarawak Sistem pengangkutan dan perhubungan yg terhad. Contohnya pedalaman sarawak seperti Kapit dan Belaga hanya dihubungi pengangkutan sungai. kurang mempunyai peluang pekerjaan.Pekerjaan hanya tertumpu kepada sektor pertanian kecilkecilan ,perikanan dan pembalakan. Kemudahan asas seperti bekalan air dan eletrik yang kurang baik . Memerlukan kos operasi yg tinggi untuk membina jalan raya dan infrastruktur.
Faktor fizikal
Mengapakah keadaan muka bumi di sebelah lebih padat penduduk di Malaysia? Pantai barat semenanjung malaysia mempunyai kawasan tanah pamah yang luas berbanding pantai timur , sabah dan sarawak .
Peluang pekerjaan yang banyak dalam sektor pertanian seperti tanaman padi . Kawasan kawasan tanaman padi seperti Delta Kelantan, Daerah Kerian dan Dataran Kedah-Perlis adalah padat penduduk. Perhubungan dan pengangkutan yang baik,kerana tanah pamah memudahkan infrastruktur di bina.Ini mengurangkan kos pembinaan.Contohnya lebuhraya Utara-Selatan , Lebuhraya Persekutuan banyak dibina di pantai barat. Menggalakkan pembinaan industri yang luas.Pusat-pusat perindustrian banyak dibina di pantai barat seperti Petaling Jaya, Nilai dan Sepang.Ini menggalakkan migrasi penduduk dari pantai Timur , Sabah dan Sarawak. Kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik mudah di perolehi.
Faktor fizikal
Kawasan tanah pamah yang luas di pantai barat memudahkan pembinaan petempatan , jalanraya dan perindustrian serta pertanian. Ini menyebabkan pantai barat semenanjung Malaysia lebih padat penduduk.
Faktor fizikal
Kawasan tanah pamah dengan tanah jenis aluvium sesuai untuk tanaman padi. Kawasan-kawasan tanaman padi seperti Delta Kelantan, Datarn Kedah-Perlis dan Daerah Krian lebih padat penduduk.
Faktor fizikal
Apakah keadaan asal Kuala Lumpur sebelum menjadi ibu negara yang padat penduduk ?
Faktor kedua
Faktor ekonomi
Pantai barat semenanjung Malaysia giat dengan kegiatan ekonomi moden seperti perindustrian, perdagangan dan perkhidmatan. Pantai timur semenanjung Malaysia lebih tertumpu kepada kegiatan pertanian dan perikanan.
Faktor ekonomi
Sektor perindustrian , perdagangan dan perkhidmatan menyediakan peluang pekerjaan lebih banyak , gaji lumayan dan menyediakan pelbagai insentif seperti kemudahan rawatan , tempat tinggal dan elaun.
Faktor ekonomi
Sektor pertanian dan perikanan melibatkan pekerjaan lebih b erat, terdedah kepada panas matahari dan kotor serta pendapatan rendah. Ini tidak menarik minat generasi muda.ini mendorong generasi muda dari pantai timur , sabah dan sarawak bermigrasi ke pantai barat .
Kuala Lumpur asalnya kawasan perlombongan bijih timah pada zaman penjajah British. British membawa masuk pelombongpelombong bijih timah dari China. Ini menyebabkan kawasan pantai barat seperti Lembah Klang , Lembah Kinta dan negeri Sembilan menjadi tumpuan penduduk.
Perlombongan bijih timah menyebabkan proses pembandaran berlaku . Kawasan sumber bijih timah berkembang menjadi pekan dan bandar. Ini mengembangkan kegiatan ekonomi lain seperti perniagaan serta pembangunan infrastruktur .
Faktor keempat
Manakah kawasan yang mempunyai sistem pengangkutan yang lebih padat , moden dan lengkap?
Sistem pengangkutan yang baik menggerakkan pembangunan negara dan meningkatkan mobiliti penduduk. Pantai barat semenanjung Malaysia mempunyai sistem pengangkutan yang lebih baik dan padat.
Kawasan Lembah Klang contohnya dilengkapi dengan lebuhraya , LRT dan monorel. Keadaan ini menyebabkan pantai barat mempunyai darjah ketersampaian lebih tinggi , menjimatkan masa perjalanan , meningkatkan mobiliti penduduk yang menarik ramai penduduk dan menggalakkan perkembangan ekonomi.
Faktor kelima
Faktor sosial
Kawasan yang mempunyai banyak kemudahan rekreasi menarik minat penduduk seperti Kuala Lumpur.
Faktor sosial
Kawasan yang mempunyai pusat-pusat pendidikan tinggi seperti Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur , Universiti Teknologi Malaysia di Johor Bahru menggalakkan migrasi. Ini menyebabkan penduduk lebih padat.