P. 1
53180140-Terapi

53180140-Terapi

|Views: 33|Likes:
Published by Balkhis Shafar

More info:

Published by: Balkhis Shafar on Apr 18, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/10/2013

pdf

text

original

TERAPI DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

Usaha untuk memulihkan kesihatan orang yg sedang sakit, salah satu pengobatan penyakit; perawatan penyakit. Pengobatan dan perawatan dengan teknik

penyembuhan penyakit melalui kegiatan bermain

JENIS-JENIS TERAPI a) Terapi pertuturan 

kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. 



membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu 

antara aktiviti terapi pertuturan ialah : - latihan lisan.

- meniup belon. - meniup kertas di atas air. - mengetap bibir ; dan sebagainya.

b) Terapi Fizikal (fisioterapi) 

memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid Pendidikan Khas. Ia bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor. Terapi yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan. 

Fisio

terapi

adalah

terapi

yang

dilakukan

untuk

membantu

anak

mengembangkan kemampuan motorik kasar (gross motor skill). Kemampuan motorik kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang

memungkinkan tubuh melakukan fungsi berjalan, melompat, jongkok, lari, menendang, duduk tegak, mengangkat, dan melempar bola. 

Kemampuan motorik kasar sangat penting karena membuat tubuh bisa melakukan aktivitasnya, menjaga keseimbangan, koordinasi, dan lain-lain. Kemampuan motorik kasar juga sangat berhubungan dengan fungsi fisik lainnya. Contohnya, kemampuan anak untuk menopang tubuh bagian atasnya akan berpengaruh pada kemampuannya menulis (motorik halus, fine motor skill). 

Anak-anak

dengan

kemampuan

motorik

kasar

yang

kurang,

akan

mempunyai kesulitan dengan kemampuan lain seperti menulis, duduk segera dari keadaan berbaring, memperhatikan aktivitas kelas, dan menulis di papan tulis. Bagi mereka, aktivitas-aktivitas ini sangat memeras tenaga. 

Pada orang dewasa, biasanya fisio terapi diperlukan setelah trauma pada fisik (pasca kecelakaan, stroke, dan trauma lainnya yang menyebabkan performa fisik terganggu). Fisio terapi untuk orang dewasa ini umumnya

tersedia di rumah sakit atau klinik fisio terapi yang memiliki alat-alat khusus untuk itu.

c) Terapi Carakerja
Terapi cara kerja, yang dibantu oleh ahli terapi cara kerja, adalah sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. Ia bertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiviti hidup seharian, penjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan riadah. 

merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.Terapi cara kerja melibatkan latihan semula otak mangsa strok untuk menyesuaikan diri kepada kekurangan yang disebabkan oleh strok. Untuk menjalankan tugas-tugas kehidupan harian dengan paling berkesan, dengan cermat untuk mengelakkan kecacatan atau komplikasi. Contohnya, cara yang betul membantu mangsa strok bangun dari katil, duduk, masuk ke dalam kereta dsb tanpa mengabaikan bahagian tubuh yang terjejas, kerana ini boleh menambah kekakuan dan kesakitan. 

d) Terapi muzik 

bertujuan untuk mententeramkan murid supaya bersedia untuk belajar. Guru menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian murid. 

terapi ini digunakan untuk mengawal emosi dan dijalankan oleh seorang terapis. 

aktiviti yang dijalankan adalah seperti pergerakan bebas mengikut irama muzik, memainkan alatan muzik mengikut rentak yang diperdengarkan serta menghayati irama. 

murid melakukan gerakan menggunakan alatan untuk menghasilkan bunyi. Bunyibunyi ini apabila digabungkan akan menghasilkan satu irama muzik yang tersusun.

e) Terapi Hidro Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta ti dak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri murid-murid ³water confidence´. Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka. OBJEKTIF

Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan muridmurid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-

murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-murid PPKI ini. DEFINISI DAN KONSEP Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan.Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi. Walaubagaimanapun, murid-murid PPKI mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui hidroterapi juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendisendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air. Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan oleh murid-murid PPKI ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluan yang unik ini.

KEPENTINGAN HIDROTERAPI Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah: i. Menghilangkan tekanan ii. Keupayaan berkomunikasi iii. Simulasi sistem otak iv. Bina keyakinan diri v. Kreativiti vi. Kawalan diri vii. Latihan µSocial skill¶ viii. Merangsang pertuturan ix. Melatih sikap bekerjasama x. Meningkatkan kesabaran xi. Pengamatan xii. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain xiii. Latihan daya kepimpinan xiv. Manipulasi tangan dan jari-jemari xv. Daya konsentrasi xvi. Pembentukan µbody image¶ xvii. Peningkatan µself-esteem¶ PANDUAN KESELAMATAN Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid PPKI ini, faktor yang paling

penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat faktor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut. i. Ketidakupayaan Fizikal Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan kepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi bimbang dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam air. µEye Contact¶ boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek. ii. Ketidakupayaan Intelektual Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid PPKI di mana tahap tumpuan yang singkat menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Ada murid-murid PPKI yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Guru juga harus ingat bahawa murid-murid PPKI tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya.

AKTIVITI REKREASI RENANG/HIDROTERAPI i. Pendahuluan ‡ Memanaskan badan dan meregangkan otot. ‡ Mengenakan jaket keselamatan. ii. Isi Pelajaran ‡ Bermain-main di tepi air. ‡ Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan cara yang betul ‡ Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti ampungan. ‡ Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan guru. ‡ Aktiviti renang dengan bantuan guru. ‡ Aktiviti renang bebas menggunakan bola dengan pemerhatian guru. ‡ Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah tertentu. iii. Penutup ‡ Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki. ‡ Mengemaskan dan membersihkan diri.

f) Terapi main g) Terapi Alternatif h) Terapi seni visual

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->