You are on page 1of 48

PENGENALAN 1.

Definisi Pendidikan Khas Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu 'kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa' (Chua,1982) Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang

bertanggungjawab mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luarbiasa. (Gearhart dan Weishahn,1980)

Definisi Pendidikan Khas Dalam konteks Malaysia Pendekatan Baru Difinisi Kanak-Kanak Dengan Keperluan-Keperluan Pendidikan Khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan ( development skill). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan kecacatan dan ketidakbolehan (medical defict model). Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dan pelajar dengan keperluan pendidikan khas seperti berikut :y y y y y y

kebolehan kognitif perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran sosial penguasaan bahasa lisan / pertuturan pengusaan membaca kemahiran matematik kemahiran pertumbuhan asas manusia 1

y y y y

kemahiran berdikari kemahiran keusahawanan kebolehan penglihatan kebolehan pendengaran

Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Kesemua ini menumpukan ke arah pengurusan dan pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendakkehendak khas. Dari segi praktiknya pendidikan khas merupakan pendidikan secara individual dengan kaedah-kaedah pengurusan yang bersistematik dari segi susunan fizikal, alatan-alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Kesemua yang dibuat ini semata-mata untuk menolong kanak-kanak khas untuk mencapai kepuasan diri dari segi akedemik dan vokasional untuk membolehkan mereka berdikari. Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk pengunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.

2. Sejarah Pendidikan Khas Di Malaysia

Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut, Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah

mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak 2

persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan o/eh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.

Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut:

Pendidikan Masalah Penglihatan 1926 Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka 1931 1948 SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 1953 1958 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM) Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM) 1962 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat

penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan 1963 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat

penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan 1977 Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras 1978 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu 1983 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian

Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh 3

1984

Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AIQuran Penubuhan Unit Perintis Kementerian Penerbitan Pendidikan dan untuk Percetakan menyediakan

Braille/Kerabunan,

bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan Braille

Pendidikan Masalah Pendengaran 1954 1954 Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang 1963 Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat rendah Pendengaran dan oleh Kementerian pendidikan menengah biasa di sekolah dipilih

sekolah

yang

Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras 1978 Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan 1979 Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan 1985 Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam

Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia 4 Kod Tangan

Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal 1987 Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam Program Percantuman/Inklusif

1962

Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan dimulakan

1988

Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran

1993

Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah Lumpur di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala

1994

Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara

1995

Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

3. Falsafah Pendidikan Khas Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masingmasing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan

menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu. Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak anak anda menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan

gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing. Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi! Objektif Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk individu dengan keperluan khas
y

Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada individu dengan keperluan khas. Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi diri murid-murid. Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan terkini. Memastikan tenaga pengajar mencukupi dan terlatih

Visi 6

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid berkeperluan khas kearah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Misi Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

5. Akta Pendidikan Khas Individual with Disabilities Education Act (IDEA) 2004 merupakan undang undang Perseketuan Amerika Syarikat yang melindungi perkhidmatan

pendidikan khas kanak-kanak kurang upaya bermula kelahiran mereka sehinggah tamat persekolahan peringkat menengah atas. Akta ini diwartakan oleh Kongres Amerika Syarikat pada tahun 2004 dan membawa perubahan besar dalam perkhidmatan serta perlaksanaan Pendidikan Khas di negara ini.

Pada mulanya IDEA dikenali sebagai Education for All Handicapped Children Act (EHA) pada tahun 1975. IDEA akan dikemaskini setiap lima tahun dan yang terkini ialah IDEA, 2004.

IDEA terbahagi kepada empat komponen iaitu komponen A, B, C, dan D. Kompenan A mentakrifkan istilah yang digunakan dalam undang-undang ini. Kompenan B ialah membahagaikan sumber kewangan setiap negeri untuk membekalkan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang layak dan golongan muda yang kurang upaya. Komponen C berkaitan dengan Program

Pertumbuhan Awal Bayi dan Kanak Kanak kurang upaya. Dimana perkhidmatan ini termasuklah kursus kekeluargaan, kaunseling, lawatan ke rumah, perkhidmatan pengucapan dan bahasa, fisioterapi dan terapi fizikal. 7

Komponen D membantu jabatan pendidikan negeri dan agensi lain dalam mempertingkatkan usaha mereka dalam membantu kanak-kanak kurang upaya.

Akta Pendidikan

Akta Pendidikan 1996 telah berkuatkuasa pada 31 Disember 1997. Berbanding dengan Akta Pelajaran 1961, Akta Pendidikan 1996 mula menitik beratkan golongan kurang upaya dengan membolehkan Menterinya mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah. Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup.

Jabatan Pendidikan Khas menyediakan peluang - peluang pendidikan kepada kesemua aspek murid khas seperti berikut ; 1. Program Cacat Penglihatan 2. Program Cacat Pendengaran 3. Program Bermasalah Pembelajaran/Program Integrasi 4. Program Pendidikan Inklusif Secara kesimpulannya, Individual With Disabilities Act, IDEA 2004 dan Akta Pendidikan adalah dua perkara yang sama tetapi berbeza daripada segi peruntukkan bidang kuasa. IDEA lebih fokus berbanding dengan Akta pendidikan dalam halhal berkaiatan dengan murid pendidikan khas.

IDEA 2004 VS AKTA PENDIDIKAN 1996

Pengkhususan

Akta Pendidikan 1996; Bersifat general. Peruntukan untuk golongan murid dan sekolah khas adalah kecil sahaja dalam akta ini. Golongan murid khas, tidak dinyatakan dengan jelas. Takrifan sekolah khas dan murid khas yang terlalu

am. Tidak dinyatakan atau diperuntukan dalam Akta ini bahawa pendidikan untuk golongan ini perlu bermula daripada zaman kanak-kanak mereka.

IDEA 2004; Lebih jelas dan spesifik. Akta ini khusus untuk pendidikan kepada golongan kurang upaya. IDEA merupakan undang-undang persekutuan yang melindungi perkhidmatan pendidikan kepada golongan kurang upaya bermula mereka lahir sehinggah tamat sekolah menengah.

Takrifan Pendidikan Khas

AKTA PENDIDIKAN 2004; Pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan khas murid. Sekolah yang menyediakan pendidikan khas yang ditetapkan melalui peraturan - peraturan yang dibuat di bawah seksyen 41;

IDEA 2004; Pengajaran yang direka khas, tiada yuran ibu bapa, keperluan unik untuk kanak-kanak kurang upaya, termasuk rekaan bilik darjah, rumah, hospital, institusi dan lain-lain. Takrifan Kanak-kanak Pendidikan Khas

IDEA 2004; Kanak kanak kurang upaya yang termasuk dalam 13 ciri ketidak upayaan yang termaktub dalam IDEA dan memerlukan pendidikan khas serta perkhidmatan yang berkaitan kerana ketidakupayaannya; atau kanak-kanak yang berumur 3 hinggah 9 tahun yang mengalami kerencatan akal. Kategori Ketidakupyaan

AKTA PENDIDIKAN 1996 : Tidak dinyatakan

IDEA 2004: Autisma, pekak-buta, kecelaruan emosi, masalah pendengaran, kerencatan mental,kecatatan pelbagai, ketidakupyaan ortopodik, lain lain 9

masalah kesihatan (asmah, ADHD/ADD, diabetes, epilepsy, masalah hati, leukemia, hemophilia, keracunan plumbum, nephritis, rheumatic fever, sickle cell anemia dan Tourette syndrome), masalah pembelajaran spesifik (contoh masalah persepsi, kecederaan otak, disfungsi otak, Dislexia, Developmental Aphasia), ketidakupayaan pertuturan dan pendengaran, kecedaraan otak traumatik, ketidakupyaan visual (termasuk buta), dan pembesaran terbantut.

Takrifan Sekolah Khas

AKTA PENDIDIKAN 1996; Sekolah yang menyediakan Pendidikan Khas yang ditetapkan melalui peraturan peraturan yang dibuat di bawah Seksyen 41. Implikasi Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. i. Pelaksanaan Pendidikan inklusif

Pada tahun 1962 kelas ini telah dimulakan bila 3 pelajar cacat penglihatan telah belajar di kelas biasa dengan bantuan guru khas resos. Pada tahun 1993/94 seramai 3 orang pelajar cacat pendengaran telah ditempatkan ditingkatan enam rendah di SMK(L) Methodist Kuala Lumpur . Sesi persekolahan 1994/95 bermulalah projek rintis 14 buah sekolah di Malaysia bagi program KKBP. ii. Kewujudan Jabatan Pendidikan Khas.

Bagi memantau Perjalanan Program Pendidikan khas selaras dengan akta pendidikan kerajaan dengan kuasa menteri telah menubuhkan satu jabatan yang membolehkan pelajar kurang upaya terbela dari segi akademik. Peluang belajar telah dilanjutkan keperingkat lebih tinggi selepas PMR dan SPM seperti ke Politeknik dan IPTA. Pada tahun 1999/2000 telah wujud peluang pelajar khas melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional melalui kemasukan ke Sekolah teknik dan vokasional. Wujudnya JPK memudahkan Kementerian Pelajaran menyalurkan bantuan kewangan. 10

iii.

Peluang Kerjaya dan Pendidikan

Terlaksananya akta ini membolehkan ibu bapa mendesak kerajaan menubuhkan sekolah khas sejak peringkat pra lagi. Bagi pihak kerajaan pula akta ini membolehkan seseorang pelajar khas yang belum bersedia ditolak

penempatannya setelah tamat tempoh percubaan. iv. Pembentukan Kurikulum Fleksibel

Akta Pendidikan 1996 ( Bah.11/4) dan akta pelajaran 116 membolehkan ihak guru mengubahsuai kurikulum , kaedah atau teknik p&p mengikut kesesuaian dan kemampuan murid. Ini memberi peluang kepada guru membentuk dan mereka kurikulum vakasional dan kemahiran hidup diperingkat rendah dan menengah. 6. Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak-Kanak Di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia terdapat 9 kategori kanak-kanak berkeperluan khas iaitu :

1. Terencat Akal (Mental Retardation)

2. Kurang Upaya Dalam Pembelajaran (Learning Disability)

3. Kecelaruan Emosi atau Tingkah Laku (Emotional or Behavioral Disorders) 4. Pintar Cerdas dan Berbakat (Gifted and Talented) 5. Masalah Bahasa dan Pertuturan (Speech and Language Disorders) 6. Masalah Pendengaran (Hearing Impairment) 7. Masalah Penglihatan (Visual Impairment) 11

8. Kecelaruan Spektrum Autisma (Autism Spectrum Disorder) 9. Kurang Upaya Fizikal atau Masalah Kesihatan (Physical or Health Disability)

Manakala definisi kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran pula adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah

tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia ini adalah :

Sindrom Down Autisme ringan Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorders/ADHD) Terencat akal minima Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability), dan Kurang upaya dalam pembelajaran khusus (Contoh: Disleksia, Diskalkulia, Disgrafia,Dispraksia)

Di bawah Jabatan Pendidikan Khas, ciri kanak-kanak bermasalah dapat dilihat pada 3 apsek: Aspek psikomotor Bentuk badan dan koordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal.

12

Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktorfaktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa. Aspek kognitif Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.

Aspek afektif Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulangulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanakkanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab para professional, guruguru sekolah serta ibu bapa untuk membantu anak-anak yang bermasalah dengan mengambil perhatian berat dan memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas yang telah disediakan.

13

7. Kategori Murid Bermasalah Pembelajaran Pintar Cerdas Dari istilah persekutuan Amerika Syarikat, maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kanak-kanak,pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.

Defenisi bagi Negara Kanada,pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman

pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akedemik dan potensi mereka.Di England, pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di dalam bidang akedemik manakala cerdas pula adalah 5 peratus teratas dari semua bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memilki kebolehan tinggi untuk 1 atau lebih di dalam subjek akedemik. Mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk semua subjek. Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan, muzik , lukisan atau seni persembahan. Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas: Pengamatan tinggi Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang Keinginan untuk tahu tinggi

14

Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara Minat mendalam Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut Menerima infomasi dengan pantas Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak Ingatan yang tinggi Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat Mungkin dapat membaca lebih awal Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

Kerap membaca serta meluas Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas Tatabahasa yang tinggi Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggah serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik Tahap penumpuan yang lama 15

Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran Kebolehan menyelesaikan masalah Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi Suka bertanya dengan lebih teliti Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku Keupayaan imaginasi yang tinggi Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi

dunia,isu-isu alam sekitar Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain Bersemangat dan bertenaga 16

Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian Pandai berjenaka Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakanrakan sebayanya langsung tidak memahami Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna Perkembangan asynchronous Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan social adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dakanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya. Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdasPermasalah dari segi perkembangan asynchronous Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menangani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang 17

Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sungguhpun mereka itu bijak. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif . Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa. Mereka ini memerlukan datadata yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuloran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah introverted dan mungkin menjurus kearah existential depression.

Sindrom Down Mempunyai karakter fizikal yang boleh dikenal pasti dan keintelektualan yang terhad disebabkan oleh ketidaknormalan pada pasangan kromosom ke 21 Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina 1 : 1000 ke 1 : 1100 Punca 18

Keabnormalan hormon Jangkitan Virus Genetik (5%) Peningkatan usia ibu / bapa(Lebih 85%) Ciri-ciri Sifat pada kepala,muka dan leher Iras muka hampir sama seperti orang mongol Pangkal hidung kemek Jarak antara mata jauhdan belebihan Sifat pada tangan dan lengan Jari jemari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke bawah Tapak tangan biasanya terdapat satu garisan urat yang dinamakan simian crease Sifat pada kaki Jari-jari kaki agak pendek dan jarak antara ibu kaki dan jari kaki agak jauh terpisah Tapak kaki biasanya leper Sifat pada otot Biasanya otot lemah menyebabkan mereka menjadi lembik Lewat dalam perkembangan motor kasar Masalah-masalah kesihatan yang berkaitan Masalah Jantung Masalah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) Masalah jantung berlubang diantara bilik jantung kiri dan kanan Patent Ductus Ateriosis (PDA) salur ateriosis yang berkekalan Masalah Usus Salur esofagus yang tidak terbuka semasa berumur 1- 2 hari bayi mengalami masalah menelan air liur Salur usus kecil duodenum tidak terbuka(duodenal atresia) bayi mengalami masalah muntah selepas menyusu dan perut kelihatan buncit sedikit Salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir(dubur) tidak terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan Hirsprung Disease Masalah perubatan yang lain Hypothyrodism kurang hormon tiroid Ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian leher menyebabkan penyakit lumpuh(Atlantoaxial instability) 60-80% bermasalah pendengaran Sebahagian kecil leukimia Peringkat Perkembangan 0 -3 Bulan Perkembangan motor kasar dan rangsangan Boleh menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan Rangsangan boleh dibuat dengan bercakap-cakap dengan bayi dari arah kiri dan kanan 19

Latihan kawalan kepala boleh dilakukan dengan memangku bayi dalam keadaan separuh duduk dan galakkan bayi menegakkan kepalanya Perkembangan motor halus dan rangsangan Perkembangan semasa dilahirkan jari jemari menggenggam dan apabila umur meningkat bayi mula membuka jari-jari dan membawa tangannya ke mulut.Diakhir 3 bulan bayi boleh memegang objek yang diletakkan di dalam tangan sekejap dan kemudian melepaskannya Rangsangan mengusap belakang telapak tangan bayi dengan jari kita Perkembangan pertuturan dan bahasa serta rangsangan Perkembangan - Bayi mula mengeluarkan suara dengan tangisan,bayi berumur 6 minggu ke atas mula mengeluarkan bunyi yang perlahan apabila seseoraoran menegurnya.Bunyi akan bertambah jelas menjelang umur 3 bulan ke atas Rangsangan Bercakapcakap dan memberi senyuman kepada bayi Jika bayi tidak menunjukan tindak balas perlu mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada masalah pendengaran Jangka hayat Pada tahun 1929 hanya 9 tahun Tetapi kini dengan kemajuan teknologi perubatan,jangka hayat sehingga 50 tahun dan ke atas Diusia lebih 40 tahun keupayaan badan akan tuirun,hilang ingatan dan hilang kemampuan mengurus diri Pihak yang dapat membantu anak Sindrom Down Ibubapa kasih sayang dan perlindungan Doktor perubatan keluarga Khidmat nasihat,sokongan dan dorongan Pakar kanak-kanak Kepakaran dalam masalah berkaitan Jururawat Masyarakat Perkhidmatan perawatan Jurupulih anggota,jurupulih cara kerja dan jurupulih pertuturan Latihan pemulihan Guru / pendidik Memberi pendidikan Masyarakat dan sukarelawan yang prihatin Organisasi yang dapat membantu kanak-kanak Sindrom Down Jabatan Kesihatan Perkhidmatan dan rawatan Jabatan Pelajaran Pendidikan dan 20

penempatan persekolahan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kemudahan PDK,pendaftaran dan kemudahan kewangan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan(NGO) Khidmat nasihat dan sokongan Pilihan rawatan dan sekolah yang sesuai untuk kanak-kanak Sindrom Down Peringkat 0 2 tahun :- Pemulihan di klinik tempatan atau hospital Peringkat 3 4 tahun :- Kanak-kanak boleh dibawa menghadiri pusat pemulihan di klinik tempatan,hospital dan PDK Peringkat 5 6 tahun :- Digalakkan memasuki TADIKA biasa atau meneruskan pemulihan di klinik,hospital dan PDK Peringkat 7 12 tahun :-Ke sekolah Integrasi P. Khas Peringkat 13-18 tahun :- Ke sekolah Menengah Integrasi Peringkat 18 tahun ke atas:-Dihantar latihan vokasional

Peringatan kepada ibu bapa: Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru, melalui boneka.Pilih alat permainan sesuai tahap perkembangan khayalan.Jangan pilihan atau kanak-kanak.Sedia terlalu memaksa dapat bahan mereka dijadikan

sampingan melakukan

untuk permainan sesuatu.Boneka

kesayangan,

pendorong.Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian. Jangan biar kanak-kanak SD bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak-balas daripada rakan.

Autisme Ibu bapa perlu tahu cara mengetuk pintu rahsia anak sebelum boleh mendekati dan berinteraksi dengan anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya sendiri.Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran. 21

Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal, tetapi melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik, malah mungkin lebih berjaya daripada individu normal.

Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula buat perangai, sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.

Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai.Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri. Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza.

Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.Pun begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok dan Bill Gates. Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis autisme.Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah 22

Tidak mampu bersosial

Perkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat perlahan, menyebabkan mereka jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya dan menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti:- Tidak menghiraukan orang lain.Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.- Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang).- Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.- Lebih suka bermain sendiri.Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.

Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi

Lambat bercakap.- Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.- Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.- Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot.- Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap).- Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.- Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka kedengaran seperti orang dewasa. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan

Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan.- Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek.- Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan.Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.23

Tidak boleh duduk diam.- Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa.

Masalah tingkah laku

Suka mengasingkan diri biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri.Bersikap pasif tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain.- Tidak tahu bersosial jika melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan.- Aktif tetapi berperangai pelik kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.

Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati. Ada ibu bapa kecewa selepas gagal mengubah anak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya. Lebih mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai bodoh.Kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka.

Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal.Bagaimanapun melalui pendidikan betul, individu autisme boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya kurang pengetahuan ibu bapa dan guru menyebabkan ramai kanak-kanak autisme membesar di bawah paras kemampuan, kata Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon pada bengkel strategi praktikal mendidik anak autisme anjuran bersama Nasom dan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. 24

Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia, Stephen Underwood, masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia tiga tahun.Walaupun autisme belum ada penawarnya, banyak kaedah rawatan dan pendidikan boleh membantu kanak-kanak ini membesar dan belajar dengan baik. Golongan ini memerlukan bantuan dalam segenap segi, terutama kemahiran sosial dan pengurusan, termasuk menguruskan diri sendiri.

Katanya, lebih awal masalah anak dikesan lebih baik, tetapi biasanya perkara ini hanya disedari guru tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah. Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan

memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanakkanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.Panduan

membentuk hubungan sosial.Bagi mengatasi masalah sosial di sekolah seperti tidak pandai berkawan, mementingkan diri sendiri dan sukar mengekalkan tumpuan, beberapa langkah boleh diambil iaitu dari peringkat pra sekolah lagi.Oleh kerana mereka tidak pandai berbual dan bergaul, ibu bapa boleh menjemput kawan datang ke rumah.

Ini membuatkan anak berasa diterima, lebih yakin serta dapat mengelak mereka menjadi mangsa buli.Setiap kali cuba berkawan, ada saja kesalahan yang mereka dilakukan. Ini membuatkan kanak-kanak autisme berasa tertekan dan mula menyalahkan orang lain. Mereka mungkin jadi sombong, berlagak dan lebih susah berkawan. Kanak-kanak autisme, terutama perempuan, ada kecenderungan meniru perbuatan orang lain bagi membolehkan mereka diterima sebagai kawan.Yang ibu bapa dan guru perlu lakukan ialah memerhatikan jenis permainan yang dimainkan rakan sebaya anak. Belajar cara dan peraturan permainan supaya anda boleh bermain dengan anak.

25

Ini membolehkan anak belajar untuk menunggu giliran dan berinteraksi.Kaedah lain ialah merakam suasana permainan di sekolah. Oleh kerana anak autisme ada masalah lambat belajar, dia boleh menonton rakaman ini berulang kali di rumah, katanya.Pada masa sama, galak anak menjadi peramah dan mudah didekati. Jangan kritik jika anak tidak melakukan perkara sepatutnya kerana mereka tidak tahu apa yang salah atau betul. Sebaliknya, galakkan mereka dengan cara positif seperti membuat diari persahabatan atau carta markah bersosial (beri satu markah apabila mereka melakukan usaha berkawan, terutama ketika kecil iaitu pada umur empat atau lima tahun).Sebagai ibu bapa, anda juga perlu menjadi model dan kawan kepada anak, terutama apabila mereka meningkat umur enam hingga sembilan tahun kanak-kanak autisme mula ada minat sama dengan rakan sebaya.

Ketika ini mereka perlu belajar apa yang tidak boleh dicakap kerana kanak-kanak autisme sangat jujur dan kejujuran ini mungkin melukakan hati kawan.Pada umur sembilan hingga 13 tahun, ibu bapa boleh menggunakan rancangan televisyen seperti Mr Bean untuk mengajar anak apa yang tidak boleh dilakukan kerana pada ketika ini anak autisme mula mengambil kira pandangan orang terhadap diri mereka dan sedar wujudnya perbezaan jantina.

Kanak-kanak autisme ada kemungkinan empat kali lebih tinggi menjadi mangsa buli. Mereka masih tidak tahu apa perlu dilakukan jika diusik atau diejek kerana bimbang dipulaukan. Rata-rata berasa rendah diri, cepat resah, mudah tertekan dan pencapaian akademik juga lemah.

Walaupun mula pandai berkawan tetapi dalam kebanyakan kes, persahabatan itu biasanya berakhir di pintu pagar sekolah. Antara cara membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran berkawan ialah menggalakkan mereka terbabit dalam pementasan drama atau aktiviti berkumpulan serta membuat

26

sistem mentor. Perlu diingat, bukan semua anak autisme ada masalah pembelajaran. Attention Deficit Hiperactive Disoder (ADHD) Banyak masalah kesihatan mental berlaku pada kanak-kanak seperti Gangguan Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD); Gangguan Daya Tumpuan (ADD), masalah pembelajaran (disleksia), terencat akal dan autisma. Namun, masalah paling kerap berlaku ialah ADHD dan ADD. Berdasarkan program bersama Jabatan Psikiatri PPUM dengan lima sekolah rendah di Petaling Jaya, didapati lebih 50 murid sekolah mengalami masalah ADHD dan secara purata setiap kelas ada seorang kanak-kanak ADHD dalam peringkat berbeza. Kadar kelaziman masalah mental di kalangan kanak-kanak ialah satu hingga tiga peratus dan kajian mendapati kira-kira 10 peratus orang dewasa turut mengalami masalah ini yang mungkin diperoleh ketika dewasa atau bermula sejak kecil. Menurut Perunding Psikiatri PPUM Dr Subash Kumar Pillai, walaupun ada ibu bapa menolak apabila dinasihatkan membawa anak berjumpa pakar psikiatri, kebanyakannya bersetuju selepas memahami keadaan sebenar yang dialami anak. Lebih penting, di kalangan murid yang menerima rawatan, lebih 50 peratus menunjukkan peningkatan prestasi dalam pelajaran. Pada peringkat awal, kanak-kanak ADHD tidak menimbulkan banyak masalah selain dilabel sebagai kanak-kanak hiperaktif dan ketinggalan dalam bilik darjah, tetapi ia memberi banyak kesan negatif, termasuk masalah sosial apabila meningkat dewasa. Masalah kurang daya tumpuan yang dialami menyebabkan kanak-kanak ADHD tidak dapat belajar dengan baik. Mereka tidak boleh memberi tumpuan pada

27

pelajaran dan sukar menyudahkan tugasan. Akibatnya, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Kanak-kanak ADD juga ada masalah sama seperti ADHD, bezanya mereka tidak hiperaktif. Pada pandangan kasar mereka sama seperti kanak-kanak normal lain, tetapi tidak dapat memberi tumpuan di bilik darjah. Mereka sering dilabel sebagai pelajar malas, lembab dan diletakkan di dalam kelas terakhir, katanya. Masalah kesihatan mental ini juga ada banyak peringkat dan sesetengahnya hanya menunjukkan tanda di tempat tertentu seperti di sekolah atau rumah saja. Namun isu lebih besar ialah kelewatan pengesanan dan diberi rawatan sehingga menimbulkan masalah lain. Antara punca kelewatan ini ialah:
y

Tanda dan gejala tidak jelas atau tidak kelihatan. Ibu bapa menganggap gejala dialami sebagai kenakalan biasa dan tiada kaitan dengan penyakit mental.Sedangkan hakikatnya perlakuan kanak-kanak yang nampak malas, tidak mahu belajar, suka menyendiri dan sukar menyiapkan tugasan disebabkan penyakit dan mereka perlu dibantu dengan berjumpa pakar untuk diberi rawatan sewajarnya.

Guru dan keluarga tidak tahu atau kurang jelas dengan gejala yang ditunjukkan kanak-kanak.

Ramai ibu bapa tidak pasti ada rawatan mampu membantu anak mereka. Kesan stigma terhadap rawatan psikiatri yang dianggap hanya untuk orang sakit jiwa. Malah, ada ibu bapa tidak tahu kewujudan pakar psikiatri kanak-kanak.

Tanda ADHD 28

Tanda ADHD boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bukan semua tanda ini ada pada kanak-kanak ADHD, tetapi untuk mengesahkan seseorang kanakkanak mengalami ADHD dia perlu menunjukkan tanda di sekurang-kurangnya dua situasi contohnya di rumah dan sekolah. Tanda kurang tumpuan
y

Sukar memberi tumpuan pada apa yang dipelajari. Sukar mengekalkan tumpuan pada permainan atau pelajaran. Kelihatan tidak mendengar apabila kita bercakap dengannya dan kena panggil banyak kali untuk mendapat perhatiannya.

Biasanya sukar mematuhi arahan dan tidak dapat menghabiskan sesuatu tugas. Jika boleh pun biasanya mengambil masa sangat lama, ini termasuk makan, mandi dan memakai pakaian.

Sukar menguruskan tugas dan aktiviti. Selalu mengelak, tidak suka atau tidak mahu melakukan kerja yang memerlukan otak untuk berfikir.

Kerap hilang barang. Tumpuan mudah terganggu dengan persekitaran. Pelupa. Menghadapi masalah belajar, terutama membaca, mengeja dan mengira

Tanda Hiperaktif

29

Tidak boleh duduk diam dan jika duduk, tangan atau kaki bergerak (digoyangkan).

y y y y y

Sering meninggalkan tempat duduk dalam bilik darjah. Berlari atau memanjat yang keterlaluan. Sukar bermain sendiri. Sentiasa bergerak seolah-olah di kakinya ada motor. Terlalu banyak bercakap.

Tanda impulsif
y y y

Kerap menjawab sebelum soalan habis ditanya. Sentiasa tidak sabar menunggu giliran. Kerap mengganggu orang lain.

ADHD lebih kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki (tiga kali ganda) tetapi tiada siapa tahu sebabnya. Kanak-kanak ADHD menunjukkan kelakuan terlalu aktif, tidak sabar menunggu giliran, terutama ketika beratur, dan tidak mampu menumpukan perhatian pada satu-satu aktiviti.Mereka juga biasanya menjawab sebelum soalan habis ditanya dan kerap memotong cakap orang. Walaupun memotong cakap orang adalah normal bagi kanak-kanak berumur enam hingga tujuh tahun, tetapi untuk kanak-kanak ADHD ia keterlaluan dan menjadi masalah.Bukan mereka tidak mahu menumpukan perhatian atau sengaja berkelakuan hiperaktif, tetapi ia berlaku di luar kawalan mereka. Malah, ADHD antara faktor menyebabkan kanak-kanak selalu hilang apabila di tempat awam, seperti pusat beli-belah, katanya. Uniknya kanak-kanak ADHD boleh menghafal dengan baik, tetapi bukan dalam subjek pelajaran. Bahkan mereka juga berisiko untuk menipu (berlaku secara automatik) untuk menyelamatkan diri daripada dimarahi ibu bapa atau guru. Mengapa perlu diberikan rawatan seawal mungkin?

30

ADHD atau ADD boleh memberi kesan besar dalam pencapaian akademik, perkembangan sosial dan peningkatan kerjaya seseorang. Gangguan ini lebih sukar dirawat jika masalah ini hanya dikesan ketika remaja kerana sudah menjadi sebahagian kelakuan mereka. Selain itu, hubungan keluarga yang keruh memburukkan lagi masalah ADHD dan ADD anak. Faktor ini termasuk interaksi negatif antara ibu bapa dan adik beradik, kawalan terlalu ketat, kemurungan ibu, sikap bapa yang anti sosial dan masalah perkahwinan. Bagi pesakit remaja, semua faktor ini menyebabkan mereka lebih rapat dengan kawan dan cenderung mengabaikan keluarga, terutama ibu bapa yang sering memarahi mereka. Ia juga dianggap antara faktor yang boleh menyebabkan remaja ADHD dan ADD lari dari rumah. Kira-kira 30 hingga 40 peratus remaja ADHD keciciran pelajaran dan hanya lima hingga 10 peratus berjaya belajar hingga ke peringkat tinggi. Remaja ADHD juga menunjukkan sikap suka berlengah, melawan guru, terbabit dalam aktiviti seks dan hamil pada usia sangat muda. Apabila bekerja, 70 hingga 80 peratus sukar menunjukkan prestasi kerja yang diharapkan dan ramai tidak mendapat kenaikan pangkat walaupun bekerja berpuluh tahun lamanya. Jika berniaga, isteri yang akan menguruskan semua hal ehwal perniagaan. Kira-kira 40 hingga 50 peratus individu dewasa ADHD mengamalkan hidup anti sosial. Mereka lebih cenderung terbabit dalam kemalangan kerana tidak sabar dan suka memandu laju, suka melanggar peraturan, panas baran, berkelakuan kasar serta mudah mengalami kemurungan.

31

Justeru, ibu bapa dan guru perlu memberi lebih perhatian kepada kanak-kanak, terutama jika mereka berkelakuan luar biasa berbanding kanak-kanak normal. Antara cara yang boleh dilakukan ibu bapa ialah meluangkan masa melakukan aktiviti bersama anak seperti bermain, bersembang, membaca atau tidur kerana melalui cara ini mereka dapat mengesan perlakuan tidak normal. Bagi guru kaunseling, bertanyakan masalah murid ketika di sekolah juga sebenarnya sangat penting untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan mental kanak-kanak. Jadi apabila diberitahu anak anda perlu dirujuk pada pakar psikiatri, usah melenting, sebaliknya ambil tindakan segera bagi mengesahkan sama ada anak anda mengalami masalah kesihatan mental atau tidak. Kanak-kanak ADHD a) Tiga hingga lima peratus kanak-kanak mengalami masalah ini. Lebih terdapat di kalangan kanak-kanak lelaki. b) Terlalu aktif sehingga mengganggu tugasan yang sepatutnya dilakukan oleh kanak-kanak lain. c) Ciri-ciri kanak-kanak mengalami masalah ADHD:y y y y y y y

Gelisah Tidak boleh duduk diam Tidak mengikut arahan Aktiviti motor yang keterlaluan Tahap toleransi yang rendah kepada kekecewaan Kesukaran dalam tumpuan (poor eye contact) Tidak ada hubungan mata dengan ibu/bapa/penjaga apabila meminta sesuatu. 32

d) Umur sebelum 8 tahun merupakan kekerapan berlaku ADHD dan akan berkurang selepas itu dengan episod yang lebih singkat. e) Masalah dalam memberi tumpuan mungkin berterusan sehingga meningkat remaja dan dewasa. Intervensi Awal (Langkah-Langkah Awal) 1. Sediakan persekitaran yang tenang dan teratur 2. Mesti tegas, sabar dan konsisten 3. Aturkan tugasan dengan jelas 4. Menggalakkan ibubapa untuk menyediakan rutin yang sesuai di rumah dan tetapkan masa. 5. Arahan mesti jelas, pendek, mudah dan konsisten 6. Ulang arahan dengan tenang dan cara yang positif 7. Pastikan anak selesa untuk meminta bantuan Rawatan 1. Terapi Tingkahlaku
y

Beri maklum balas positif kepada kanak-kanak kerana tuas yang berjaya dilakukan. Memuji jika kanak-kanak ini dapat berhenti dan memikir mengenai sesuatu tugas walaupun belum memulanya.

2. Rawatan Ubatan
y

Untuk mengurangkan aktiviti keterlaluan dan membantu dalam member tumpuan. 33

3. Latihan Tumpuan (Attention Training) 4. Latihan Hubungan Mata (Eye Contact) 5. Latihan Kemahiran Sosial(Social Skills & Training) 6. Intervensi Tingkahlaku Disleksia Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah buta huruf juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan Disleksia dan ophalomotologist dan telah

memperkenalkan

perkataan

(Hammond

Hugges,

1996:3)Disleksia ialah satu Disorder dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:y

Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik

Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa

Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam koordinasi moto-mata-tangan

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna.

34

Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan. Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak. Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu : Disleksia visual (penglihatan) Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau

sebahagian perkataan adalah secara terbalik Disleksia auditori (pendengaran) Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi

menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori Disleksia visual-auditori

35

Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio .Punca Disleksia Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah; Keturunan atau genetic Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalahmasalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun Biologi Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan

perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum Kematangan Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia Masalah yang dihadapi

36

Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada; Mengeja Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti; m w y g j u n m n cepqhnbd Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti thfv Membaca Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti: Batu tuba Gula lagu Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut: pada masa yang sama dapa masa yang masa 37

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut : Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu Jam jem cat cat

Menulis Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik Bercakap dan mendengar Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan. Nombor Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut: 358 96

Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial 38

Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah Langkah-Langkah Membantu

Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya

Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.

Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi

Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.

Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa

Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni

Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik 39

Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

Epilepsi (Sawan)

Rawatan Efektif Epilepsi Dengan kemajuan terkini dalam bidang perubatan dan teknologi sekarang, epilepsi dan serangan sawan bukan lagi satu halangan untuk menjalani kehidupan yang aktif dan sempurna. Rawatan bagi epilepsi bukan sahaja bagi menyembuhkan semua serangan sawan, tetapi juga untuk menguruskan kehidupan keseluruhan pesakit. Oleh itu, rawatan yang berkesan untuk epilepsi bermula dengan diagnosis yang betul tentang jenis serangan sawan yang dialami pesakit kerana setiap jenis penyakit ini memerlukan rawatan khusus dan berkesan.Perkara pertama yang akan dilakukan oleh doktor ialah menyemak sejarah perubatan pesakit. Ini termasuk soalan mengenai sejarah serangan sawan dalam keluarga pesakit dan butiran lanjut mengenainya. Seorang anggota keluarga atau mereka yang menyaksi serangan sawan mesti hadir untuk memberi maklumat tambahan, terutama jika pesakit tidak sedarkan diri.Ini biasanya akan disusuli dengan pemeriksaan fizikal dan neurologi untuk mengenal pasti petanda fizikal berkaitan yang mungkin boleh menunjukkan secara khusus sindrom epilepsi yang dialami pesakit.Doktor mungkin

mencadangkan ujian lanjut dijalankan untuk memahami dengan lebih mendalam punca berlakunya serangan sawan dan mengesan sebarang keadaan yang tidak normal dalam otak. Ujian-ujian ini mungkin termasuk electroencephalogram (EEG) yang mengukur denyutan elektrik dalam otak, tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema 40

bermagnet (MRI), yang, dalam bahasa mudahnya, menyediakan imbasan imej otak.Sebaik sahaja diagnosis selesai dilakukan, doktor akan mencadangkan beberapa pilihan rawatan. Hampir kesemua penyakit epilepsi dapat dirawat dengan menggunakan ubat anti-epileptik (juga dikenali sebagai anticonvulsants atau ubat anti-sawan). Rawatan moden yang biasa diberi untuk kebanyakan jenis penyakit epilepsi ialah ubat atau kombinasi ubat anti-sawan yang lazim digunakan.Setiap pesakit memberi reaksi yang berbeza terhadap ubat anti-sawan seperti reaksi mereka terhadap makanan atau bahan-bahan lain yang masuk ke badan mereka. Oleh itu, doktor akan cuba menentukan ubat anti-sawan dan program yang betul untuk setiap pesakit dengan kesan sampingan yang minimum. Sesetengah faktor akan diambil kira oleh doktor apabila memilih ubat anti-sawan termasuk jenis sawan, umur pesakit dan jantina, tahap IQ dan isu kesihatan, serta ubat-ubat lain yang mungkin diambil oleh pesakit.Bagi rawatan berkesan, pesakit perlu memakan ubat seperti yang ditetapkan, dan sentiasa merujuk kepada doktor sebelum mengambil ubatubatan yang lain, ubat yang dibeli di kedai, atau rawatan herba. Terdapat bahan- bahan yang boleh mengganggu rawatan epilepsi dan mengurangkan keberkesanannya.Untuk hasil rawatan terbaik, pesakit epilepsi perlu terlebih dahulu menemui doktor yang terlatih dan berlesen.Sebahagian besar pesakit epilepsi boleh bebas dari serangan sawan untuk tempoh yang lama dengan menjalani rawatan yang betul. Telah dibuktikan bahawa kira-kira 80 peratus pesakit epilepsi yang dirawat dengan ubat anti-sawan, bebas daripada serangan penyakit itu untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun. Bagi pesakit dewasa pula, 50 hingga 60 peratus bebas dari serangan sawan selepas pertama kali mengambil ubat anti-sawan. Bagi mereka yang didiagnosis mengidap epilepsi ketika usia muda, 20 peratus mula mengambil ubat dan tidak lagi diserang sawan selepas berhenti mengambil ubat, walaupun apabila mencecah usia dewasa. 41

Lagi lama tempoh mereka tidak mengalami serangan sawan, maka semakin besar peluang untuk mereka menjalani kehidupan yang bebas dari epilepsi dan lebih 50 peratus kanak- kanak berjaya bebas daripada serangan penyakit itu.Pembedahan boleh membantu merawat punca-punca epilepsi lain, seperti serangan sawan itu disebabkan oleh ketumbuhan, tumor atau punca-punca lain. Jika punca-punca tersebut berjaya dirawat atau dibuang, pesakit tidak akan lagi mengalami sawan. Oleh itu, kira-kira lima peratus pesakit epilepsi boleh diubati melalui pembedahan.Pembedahan juga boleh dilakukan untuk membuang tempat fokus serangan sawan (kawasan otak di mana serangan sawan berasal), tetapi ia hanya sesuai bagi sawan partial yang berasal dari satu kawasan khusus dalam otak. Pesakit yang berpotensi dibedah perlu menjalani penilaian terperinci oleh pakar neurologi sebelum pembedahan dan jika berpendapat pembedahan tidak sesuai dilakukan, maka pesakit akan dinasihatkan supaya tidak melakukannya dan menjalani rawatan pilihan yang lain. Doktor akan mengambil pendekatan holistik dan berbincang bukan sahaja mengenai penyakit sawan yang dihidapi dan butiran perubatan, tetapi juga turut merangkumi keseluruhan isu-isu mengenai kehidupan seperti pendidikan, aktiviti sukan, kehidupan sosial, pekerjaan, pemanduan, soal perkahwinan dan mengandung. Keberkesanan pembedahan berbeza; ada pesakit bebas sepenuhnya daripada serangan sawan selepas pembedahan, manakala bagi yang lainnya, jumlah serangan sawan yang mereka alami berkurangan dengan banyaknya. malah bercakap mengenai

Kebanyakan pesakit boleh berhenti mengambil ubat anti-sawan selepas menjalani pembedahan.Bagaimanapun, dalam mana-mana pembedahan, masih ada risikonya.Rangsangan saraf vagus (vagus nerve stimulation atau VNS) adalah satu lagi pilihan rawatan untuk epilepsi. Alat yang dikenali sebagai perangsang saraf vagus ditanam di bawah kulit dada pesakit. Wayar dari alat tesebut diikat pada saraf vagus. Saraf vagus 42

menyambung otak ke jantung, paru-paru dan saluran usus dan perut. Alat ini menjana denyutan elektrik dalam jarak masa tetap (interval), yang merangsang saraf vagus.VNS boleh menjadi rawatan pilihan bagi mereka yang tidak berkesan mengambil ubat anti-sawan dan pesakit yang atas apa-apa sebab, dianggap tidak sesuai untuk menjalani pembedahan. Bagaimanapun, kaedah rawatan ini mungkin mahal, tambahan pula, bateri yang dipasang pada alat tersebut hanya tahan kira-kira selama lima tahun sahaja.Satu lagi rawatan bagi epilepsi di kalangan kanak-kanak ialah diet ketogenik, yang kaya lemak dan rendah karbohiderat. Ia bertujuan untuk mengekalkan tahap lapar (starvation mode) dalam badan bagi tempoh masa yang lama. Bila badan dalam keadaan berpuasa, ia menghasilkan ketones (bahan yang terhasil bila badan memecahkan lemak untuk menjana tenaga), yang menunjukkan badan sedang membakar lemak dan bukannya glukos untuk menjana tenaga. Cerebral Palsy Cerebral ialah otak, Palsy bermaksud kurang atau tidak upaya mengawal pergerakan otot. . Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan

kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan ketika bahagian otak berkembang dengan pesat. Sebelum Kelahiran Jangkitan dalam rahim Ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung Semasa Proses Kelahiran Kelahiran tidak cukup bulan 43

Kecederaan semasa lahir Lemas semasa lahir Jangkitan semasa lahir Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun) Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) demam kuning Jaundis yang teruk (kemicterus) Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal. Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial. Punca-punca : Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) punca utama. Perkembangan otak yang tidak normal. Rembesan (intraeraneal bleeding). Demam kuning. Terhentak / terhempas / kejutan. Serangan kuman / penyakit. Tanda-tanda : Bayi kelihatan lembik Lewat perkembangan

44

Menggunakan sebelah tangan (hand preference) Masalah menyusu Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas Sembelit Cepat marah Jenis-Jenis Cerebral Palsy (Spastik, Ataxia, Athetoid) Spastic - Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut.Athetoid - Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik muka.Atxia - Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan berjalan. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan kodinasi otot, bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mandapat keseimbangan postur tersebut.Hypoytonik (Campuran sifat-sifat di atas) otot lembik Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk 45

jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka. Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak. Masalah utama secara langsung melibatkan otak. Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat. Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu Spasticity, Athetosis dan Ataxia. Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic Cortex atau Lapisan Luar OtakCortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran, pengetahuan dan sensasi. Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal, kelemahan otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya. Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian anggota badan. Basal Ganglia,bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak. Basal ganglia dan serebelum membantu mengorganisasikan atau menyusun pergerakan dengan amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal.

46

Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis. Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh

manusia.SerebelumSerebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini berperanan mentadbir fungsi tubuh manusia seperti koordinasi opergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf tulang

belakang.Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang badan. Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daripada satu kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat.Mengesan Kanak-kanak Spastik.Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simtom-simtom yang ditunjukkan :Kesukaran sewaktu makanKanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk di keluarkan semula.Masalah pernafasanKanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan bising.Masalah tidur.Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering

menangis.Masalah pertuturan.Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleg memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan babbling sound. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang di katakan kepadanya.Masalah pendengaran.Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi. Masalah penglihatan.Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus 47

iaitu pergerakan bola mata yang berterusan. Reaksi yang tidak normal Kanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal.Kanak-kanak spastic mungkin

mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya.

48

You might also like