You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PROJEK MEWARNA NILAI-NILAI MURNI ANJURAN PANITIAN PENDIDIKAN MORAL

1.0 PENGENALAN Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui persekitaranyang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif. Nilai-nilai murni yang dibina adalah sebagai salah satu cara untuk mengingatkan kepada semua pelajar di sekolah ini.

2.0 RASIONAL Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya yakni guru, kakitangan sekolah dan para pelajar. Justeru,sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai,kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum, supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya.Keselesaan dan suasana yang kondusif di gabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung pelajar yang melalui kawasan tangga akan membaca nilai-nilai murni yang dibina di setiap anak tangga.

3.0 OBJEKTIF 3.1 Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian terutama pelajar dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah. 3.2 Supaya dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada guru dan kakitangan melepaskan serabut dengan mensyukuri nikmat ciptaan Illahi. 3.3)Hasil kerja para guru pendidikan moral sebagai buah tangan /kenang-kenangan bila guru meninggalkan alam persekolahan kelak.

4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT Tarikh: 19 May 2012 Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengahhari Tempat: Tangga SK Bintulu

5.0 SASARAN Semua guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral

6.0 KANDUNGAN PROGRAM

BIL

AKTIVITI

BAHAN YANG DIPERLUKAN

TINDAKAN

Pembinaaan kertas kerja

Kertas ink komputer

Pengurus projek

Isi nota minta dan dapatkantandatangan kebenaran khas Guru Besar untuk pembelian bahan utama untuk membina nilai-nilai murni.

Nota minta

Pengurus projek

Mulakan proses melukis mura

Spray Kadboard Kertas pendokumentasian

Semua guru pendidikan moral Pengurus projek

Refleksi dan pendokumentasian

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERBELANJAAN/ PEMBELIAN 1 Pembinaan kertas kerja dan refleksi dalam bentuk pendokumentasian RM 10.00 Pengurus projek HARGA/ KOS TINDAKAN

Kertas Ink Komputer 2 Isi nota minta dan dapatkantandatangan kebenaran khas Guru Besar untuk pembelian bahan utama untuk membina nilai-nilai murni. Rm 70.00 Pengurus projek

8.0 SUMBER KEWANGAN Pihak sekolah

9.0 PENUTUP Perancangan perlaksanaan program dalam kertas kerja ini adalah bertujuan memudahkan pengurusan yang dikendalikan oleh Ahli-ahli Panitia Pendidikan Moral bagi tahun 2012. Di harap projek membina nilai-nilai murni ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek ini adalah salah satu flatfom para guru untuk mencari pengalaman secara terus tidak melaui bilik darjah. Diharap hasil membina nilai-nilai murni sekitar tangga di sekolah ini nanti akan lebih menceriakan lagi persekitaran Sekolah Kebangsaan Bintulu.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

Disahkan oleh :

_________________

_________________

_________________

(SYAHIR RIDHWAN BIN AHMAD ABD RAZAK) SETIAUSAHA PANITIA PENDIDIKAN MORAL 2012

KETUA PANITIA PENDIDIKAN MORAL 2012

GURU BESAR SK BINTULU

You might also like