You are on page 1of 10

Apakah maksud Teori Perkembangan Kognitif Piaget? 1.

Teori Perkembangan Kognitif Piaget Kanak-kanak membina maklumat secara aktif semasa meneroka dunia sekelilingnya. Mereka mengadaptasikan pemikiran dengan memasukkan idea-idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara. A) Adaptasi - proses penyesuaian kepada persekitaran di mana schema berubah. Proses adaptasi berlaku melalui 2 cara: 1. Assimilasi - meletakkan pengalaman baru dalam struktur mental yang ada. 2. Akomodasi - proses mengubah struktur mental untuk mnyesuaikan diri kepada persekitaran. B) Organisasi: Satu proses berterusan untuk menyusun maklumat dan pengalaman ke system mental atau kategori. Apabila schema baru dibentuk, schema itu disusun semula dan dikaitkan kepada schema lain supaya membentuk satu sistem kognitif yang saling berkaitan. C) Equilibrasi Proses penyesuaian berpusat kpada penerangan pembelajaran Piaget. Pelajar cuba mengimbangkan antara asimilasi dan akomodasi untuk meneruskan pembelajaran. Proses mengasimilasi bahan pembelajaran dinamakan equilibrasi. Teori Piaget berasaskan anggapan bahawa perkembangan kognitif manusia berlaku dalam peringkat urutan yang ketara. Menurut Jean Piaget, perkembangan pemikiran kanak-kanak dapat dibahagikan kepada empat peringkat seperti berikut: 1. sensori motor 2. operasi 3. Operasi yang konkrit 4. operasi formal (B) Perkembangan kognitif berlaku dalam peringkat. Sensori motor: 0 - 2 tahun. Boleh membuat greak balas refleks. Kanak-kanak menggunakan deria motor dan deria yang lain untuk memahami dunia mereka.

Pra-operasi: 2 - 7 tahun. Penggunaan simbol dan bahasa, tidak faham hukum keabadian jisim, luas, berat, isipadu, nombor. Kanak-kanak pro sekolah menggunakan keupayaan berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah, tetapi tahap pemikiran masih tidak mengikut logic dan mudah diperdaya oleh pesepsi yang berlainan. Operasi konkrit: 7-11 tahun. Zaman persekolahan, boleh membuat klasifikasi, reversibiliti, hukum keabadian. Berfikir secara logik dan konkrit. Boleh menyelesaikan masalah secara cuba jaya. Operasi Formal: 12 tahun ke atas. Remaja boleh berfikir secara abstrak konsep hipotetikal dan boleh memikirkan akibat jangka panjang sesuatu aksi. Boleh membuat penakulan abstrak, mengawal pembolehubah ,menguji hipotesis, menyelesaikan masalah. Apakah maksud Teori kematangan Gesell ? 2. Teori kematangan Gesell Perkembangan berlaku secara dalaman. Ciri-ciri tertentu seseorang akan muncul bila tiba peringkat kematangan yang bersesuaian. Kematangan fizikal merupakan faktor utama untuk mennetukan proses pembelajaran. Apabila kesediaan (kekuatan otot, tulang, mental dan fizikal, emosi, dsbnya) tidak mencapai kematangan yang sesuai, peluang-peluang yang diberikan kepada pelajar untuk belajar sesuatu kemahiran tidak akan mencapai hasil yang positif. Kesediaan pelajar menentukan kejayaan pembelajaran pelajar. Lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan tingkah laku dan aspek-aspek lain yang membawa kepada perkembangan seterusnya. Lahir-5 tahun: Masa perkembangan yang lancar 5-6 tahun: Masa transisi, keperluan sekolah, rakan sebaya dan pengubahsuaian kepada peraturan. 7-10 tahun: Masa penyatuan dan penyesuaian kepada alam persekolahan 11-14 tahun: Masa trasisi; konflik berhubung dengan baligh dan keremajaan. 15-16 tahun: Masa penyetuan; persediaan untuk menghadapi alam dewasa. Apakah keistimewaan Teori Perkembangan Tugasan Havighurst? 3. Teori Perkembangan Tugasan Havighurst Robert Havighurst berpendapat bahwa seseorang individu mesti menyelesaikan tugasan pada setiap peringkat perkembangan pada setiap tahap perkembangan.

Jika tidak, individu itu akan mengalami masalah perkembangan pada peringkat yang berikutnya. Havighurst mendefinisikan tugasan sebagai kemahiran, sikap, kefahaman, dan pencapaian sebagai ciri-ciri setiap peringkat perkembangan. Tugasan atau tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh individu. Cth: belajar merangkak (menyelesaikan masalah merangkak kemahiran peringkat awal) sebelum berjalan (kemahiran peringkak lebih tinggi). Robert Havighurst menyenaraikan 42 tugasan perkembangan dalam kehidupan seseorang individu. Tugasan perkembangan dalam kehidupan seseorang individu Perkembangan Tugasan Lahir hingga awal kanak-kanak, 0-6 tahun: Belajar makan makanan pepejal, berjalan, bercakap, membuang najis dan pengubahsuaian emosi.Belajar tentang perbezaan jantina, benbuat konsep betul & salah. Kanak-kanak 6-12 tahun: Belajar kemahiran fizikal untuk bermain, membentuk konsep diri yang sihat. Menguasai kemahiran menulis, membaca, mengira. Awal remaja dan remaja 12-18 yahun: Menggunakan fungsi badan dan deria dengan berkesan, belajar tanpa bantuan. Boleh menguruskan kewangan sendiri. Apakah Prinsip yang membentuk Teori Erikson? 4. Teori perkembangan Psikososial Erikson Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson kerana ia mengabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial.

Teori Erikson berdasarkan lima prinsip: 1. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama. 2. perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluankeperluan asas. 3. perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu. 4. setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang berikutnya. 5. kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya. Konflik dalam setiap tahap di bawah Teori perkembangan Psikososial Erikson

1. kepercayaan lwn tidak ketidakpercayaan: Lahir-18 bulan Bayi mesti menjalin kasih sayang dan kepercayaan dengan pengasuh atau sebaliknya membentuk perasaan tidakpercaya. 2. Autonomi lwn malu/keraguan 18 bulan- 3 tahun: Tenga kanak-kanak disalurkan untuk perkembangan kemahiran fizikal seperti berjalan, menggenggam dsbnya. Kanak-kanak belajar mengawal emosi tetapi sebaliknya mungkin membentuk perasaan malu sekiranya tidak diuruskan dengan baik. 3. inisiatif lwn perasaan bersalah 3-6 tahun: Kanak-kanak menjadi lebih mendesak dan berinisiatif tetapi sebaliknya berkemungkinan keterlaluan sehingga menimbulkan perasaan bersalah. 4. ketekunan lwn rasa rendah diri 6-12 tahun Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap. 5. identiti lwn kekeliruan identiti 12-18 tahun Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan agama, jika tidak perasaan rendah diri akan timbul. 6. kerapatan lwn pengasingan 18-35 tahun

Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa terasing jika tidak mahir membina hubungan. 7. generativiti lwn pemusatan kendiri (stagnasi) 35-60 tahun Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang atau sebaliknya hanya memusatkan kepada perkembangan /aktiviti diri. 8. kesepaduan lwn putus asa 60tahun akhir hayat Kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan kepuasan atau merasa tidak diterima dan putus asa dengan kehidupannya.

Sila senaraikan dan huraikan tahap-tahap perkembangan Kohlberg? 5. Teori Penaakulan Moral Kohlberg Perkembangan manusia berlaku mengikut 3 tahap tertentu. Tiga tahap dalam Teori Penaakulan Moral Kohlberg Tahap 1 Penaakulan Moral Pra-konvensional Pertimbangan berdasarkan keperluan individu & peraturan Peringkat 1: Orientasi hukuman-patuh Peraturan dipatuhi untuk mengelakkan hukuman. Peringkat 2: Orientasi ganjaran individu Keperluan individu yang menentukan salah dan betul. Pertolongan adalah atas dasar mengharapkan balasan. Tahap 2 Penaakulan Moral Konvensional Pertimbangan adalah berdasarkan persetujuan orang lain, harapan keluarga, nilai tradisional, undang-undang masyuarakat, dan kesetiaan kepada Negara. Peringkat 3: Orientasi kanak-kanak baik (good boy-nice girl orientation) Berdasarkan apa yang dipersetujui oleh orang lain tentang dirinya sebagai baik. Peringkat 4: Orientasi mengekal susunan sosial Berdasarkan undang-undang yang mutlak, pihak berkuasa dihormati dan susunan sosial dikekalkan.

Tahap 3 Penaakulan Moral Pra-konvensional Peringkat 5: Orientasi perjanjian sosial Kebaikan ditentukan oleh piawaian hak individu, yang ditentukan oleh sosialnya. Peringkat 6: Orientasi prinsip etika universal Kebaikan dan kebenaran ditentukan oleh hati nurani seseorang individu & melibatkan konsep abstrak seperti keadilan, marual insan dan kesamaan.

Nyatakan cara-cara guru membantu murid mencapai perkembangan. Cara-cara guru membantu murid mencapai perkembangan 1. Membantu kanak-kanak memahami diri mereka dan peringkat-peringkat perkembangan mereka. 2. Membantu murid memahami emosi mereka. 3. Membantu murid menguruskan emosi secara betul: kemarahan, ketakutaan, kebimbangan dsbnya dan menyalurkan emosi ke arah positif. 4. Membantu murid-murid mengembangkan hubungan mereka yang akan memberi kesan positif dalam perkembangan mereka. 5. Memupuk nilai murni dalam diri murid, bekerjasama, tanggungjawab, tekun & sbgnya. 6. Membantu murid-murid memahami konflik yang wujud antara mereka dan memahami perbezaan individu. 7. Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan murid. 8. Meningkatkan keupayaan komunikasi murid supaya mereka dapat berinteraksi dengan orang lain dengan baik. Ia akan meningkatkan perkembangan mental mereka. Potensi Manusia Apakah maksud kecerdasan pelbagai? Setiap kanak-kanak mempunyai potensi untuk berjaya dalam kehidupan. Setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang berbeza.

Potensi kanak-kanak dapat diperkembangkan dengan baik melalui persekitaran yang kondusif dan cara yang sesuai. 2. Teori Kognitif (Jean Piaget)

-Perkembangan moral berkaitan dengan aturan-aturan dan ketentuan tentang apa yang seharusnya dilakukan oleh orang dalam berinteraksi dengan orang lain. Kebanyakkan pakar mempelajari tentang bagaimana anak-anak kita berfikir, berkelakuan dan menyedari tentang aturan-aturan tersebut. Terdapat dua kajian yang dilakukan oleh Piaget (1932) mengenai perkembangan moral kanak-kanak dan remaja iaitu membuat pemerhatian terhadap sejumlah kanak-kanak yang bermain sambil mempelajari bagaimana mereka bermain dan memikirkan tentang peraturan-peraturan permainan. Selain itu, Piaget menanyakan kepada kanak-kanak tentang natijah-natijah apabila kanak-kanak melakukan kesalahan seperti mencuri, berbohong, hukuman dan keadilan. Hasil daripada kajian beliau, Piaget menyimpulkan bahawa kanak-kanak berfikir dengan dua cara yang sangat berbeza mengenai perkembangan moral kerana pemikiran ini bergantung kepada tahap perkembangan mereka. Dua cara tersebut ialah Heteronomous Morality dan Autonomous Morality.

Teori Perkembangan Moral (Lawrence Kholberg) -Teori perkembangan moral Kohlberg (1986) lebih memfokuskan kepada penaakulan moral peringkat awal remaja dan dewasa. Beliau berpandangan bayi dan kanak-kanak masih tidak mampu menaakul dan mencapai nilai moral yang sebenar. Kohlberg menekankan bahawa perkembangan moral didasarkan terutama pada perkembangan moral dan perkembangan berlaku secara peringkat iaitu daripada awal remaja sehingga dewasa. Penaakulan moral bergantung kepada perkembangan akal dan keupayaan menaakul seseorang. Oleh itu, keupayaan menaakul berkembang seiring dengan perkembangan logiknya. Penaakulan moral Kohlberg terbahagi kepada tiga peringkat dan setiap peringkat dipecahkan kepada dua tahap.

You might also like