You are on page 1of 158

UNSUR BUDAYA DALAM KOLEKSI TERJEMAHAN CERITA JENAKA BAHASA MELAYU BAHASA JERMAN SATU ANALISIS KHAIRUNISAH BT SAYED

D IBRAHIM FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR FEBRUARI 2008
ii

UNSUR BUDAYA DALAM KOLEKSI TERJEMAHANCERITA JENAKA BAHASA MELAYU BAHASA JERMAN SATU ANALISIS KHAIRUNISAH BT SAYED IBRAHIM DISERTASI INI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA PENGAJIAN BAHASA MODEN FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR FEBRUARI 2008
iii UNIVERSITI MALAYA
PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN Nama: KHAIRUNISAH BT. SAYED IBRAHIM (No.K.P/Pasport: 631005076348) No. Pendaftaran/Matrik: TGA 020035 Nama Ijazah: SARJANA PENGAJIAN BAHASA MODEN Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis ("Hasil Kerja ini"): UNSUR BUDAYA DALAM KOLEKSI TERJEMAHAN CERITA JENAKA BAHASA MELAYUBAHASA JERMAN : SATU ANALISIS Bidang Penyelidikan: TERJEMAHAN Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa: (1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil Kerja ini adalah asli; (3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan,

ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini; (4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain; (5) Saya dengan ini rnenyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya ("UM") yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil. Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM; (6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM. Tandatangan Calon Tarikh : 30 JANUARI 2008 Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan, Tandatangan Saksi Tarikh : 30 JANUARI 2008 Nama : SAKINA SAHURI BINTI SUFFIAN SAHURI Jawatan : PENSYARAH / PENYELIA

iv ABSTRAK Penghasilan teks terjemahan berkualiti yang mampu mewujudkan kesan seperti teks sumber adalah isu yang sangat penting di dalam bidang penterjemahan. Atas kesedaran ini, kajian terhadap terjemahan sastera rakyat Melayu dari genre cerita jenaka ke dalam bahasa Jerman dilakukan. Bahasa Melayu dan bahasa Jerman yang merupakan dua bahasa berbeza dari rumpun keluarga bahasa yang berlainan telah menyumbang kepada perbezaan budaya akibat dari pandangan dunia yang berlainan. Justeru itu, fokus kajian ini adalah terhadap teknik pengalihan budaya yang digunakan dalam menghasilkan teks-teks terjemahan ini. Penyelidikan ini adalah berdasarkan kepada penelitian terhadap cerita rakyat Melayu iaitu Lebai Malang dan Pak Belalang yang diterjemahkan sebagai DerUnglcks-Geistliche dan Vater Heuschreck. Penelitian dan perbincangan menggupas peratus kejayaan pendekatan pengalihan budaya yang digunakan oleh

penterjemah. Ia juga akan menggariskan panduan yang boleh dipertimbangkan ketika melakukan penterjemahan yang melibatkan dua bahasa yang berbeza bagi menghasilkan teks terjemahan yang baik. iii v ABSTRACT Producing translated texts of quality which can successfully deliver the message as intended by the source text is crucial in the field of translation. With this in mind, a research on Malay folk tales translated into German from the genre of satire was carried out. German and Malay being two different languages from different language families contribute towards cultural differences due to differing world views. Thus, the focus of this research is on the cultural translation method used in translating these texts. This study is based on a comparison of the Malay satire Lebai Malang and Pak Belalang which are translated as DerUnglcks-Geistliche and Vater Heuschreck. The observations and discussions will focus on the percentage of success in the cultural translation method used by the translator. It will also provide a guide that can be considered by translators when translating two different languages in order to produce a good translation. iv vi PENGHARGAAN Bissmillah Arrahman Arrahim, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNYA penulis dapat menghabiskan kajian ilmiah ini. Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada penyelia, iaitu Dr. Sakina Sahuri Bt Suffian Sahuri kerana dengan bimbingan dan tunjuk ajar beliau penulis dapat menghabiskan kajian ilmiah ini dengan jayanya. Kepada individu yang terlibat dalam membantu penulis Dr. Zubaidah Ibrahim dan rakan-rakan, budi anda tetap terpahat

dalam ingatan. Kepada suami Azmi Abu Bakar dan anak Muhammad Fazriq, terima kasih, pengertian dan sokongan yang berterusan telah membantu kejayaan ini. Tidak lupa kepada kedua ibu bapa Sayed Ibrahim dan Latifah serta keluarga, doa kalian menjadi pembakar semangat dalam mengenggam cita-cita ini. -Terima Kasihv vii ISI KANDUNGAN Halaman ABSTRAK iii ABSTRACT iv PENGHARGAAN v ISI KANDUNGAN vi SENARAI RAJAH x SENARAI JADUAL xi BAB SATU PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Pernyataan Masalah 4 1.3 Objektif Kajian 7 1.4 Kepentingan Kajian 8 1.5 Batasan Kajian 10 1.6 Definisi Konsep 13 1.6.1 Bahasa Melayu 13 1.6.2 Bahasa Jerman 16 1.6.3 Terjemahan 19 vi vii 1.6.4 Sastera Rakyat 20 1.6.5 Cerita Jenaka 21 1.6.6 Budaya 23 1.6.7 Teks Sumber 23 1.6.8 Teks Sasaran 24 BAB DUA PEMBACAAN BERKAITAN 2.0 Pendahuluan 25 2.1 Terjemahan 27 2.1.1 Syarat Penterjemahan 29 2.1.2 Jenis Terjemahan 31 2.1.3 Proses Penterjemahan 33 2.2 Budaya dan Kebudayaan 34 2.2.1 Definisi 34 2.2.2 Sifat Kebudayaan 36 2.2.3 Fungsi Kebudayaan 37

2.3 Budaya dan Penterjemahan 37 2.4 Pandangan Dunia 42 2.5 Genre 44 2.6 Dapatan Kajian Lepas Yang Berkaitan 47 viii BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan 49 3.1 Persampelan Data 50 3.2 Analisis Data 52 3.3 Prosedur Kajian 53 3.4 Kesimpulan 57 BAB EMPAT ANALISIS DAN PENEMUAN 4.0 Pendahuluan 58 4.1 Analisis Kaedah Menterjemahkan Unsur Budaya 59 4.1.1 Unsur Budaya Dikekalkan 59 4.1.2 Unsur Budaya Dihilangkan 64 4.1.3 Unsur Budaya Disesuaikan Semula 76 4.1.4 Lain-Lain 85 4.2 Jumlah dan Peratus Penggunaan Teknik Terjemahan Budaya 87 BAB LIMA PERBINCANGAN DAPATAN DAN PENUTUP 5.0 Pendahuluan 90 5.1 Perbincangan Dapatan 91 5.1.1 Adakah pengalihan ciri-ciri budaya dari teks sumber ke teks sasaran berjaya dilakukan ? 91 ix 5.1.2 Adakah pengalihan budaya merupakan masalah dalam penterjemahan yang dilakukan? 97 5.1.3 Apakah fungsi atau kesan teks terjemahan sama seperti fungsi sebenar Cerita Jenaka Melayu ? 101 5.1.4 Dapatkah satu panduan diperoleh untuk membantu mereka yang ingin berkecimpung dalam bidang penterjemahan teks seperti ini ? 102 5.2 Penutup 107 BIBLIOGRAFI 109 LAMPIRAN Lampiran 1 113 Lampiran 2 114 Lampiran 3 115 Lampiran 4 117 Lampiran 5 121 Lampiran 6 126

Lampiran 7 144 x SENARAI RAJAH Halaman 1. Rajah 1.1 : Rumpun bahasa Austris 14 2. Rajah 1.2 : Bahasa-bahasa Austronesia 15 3. Rajah 1.3 : Carta pohon bahasa Proto-Indo-Eropah 18 4. Carta 3.1 : Carta aliran prosedur kajian 57 5. Graf 4.1 : Peratus Penggunaan Teknik Terjemahan Unsur Budaya 89 xi SENARAI JADUAL Halaman 1. Jadual 3.1 : Contoh jadual analisis 52 2. Jadual 4.1 : Analisis 1 60 3. Jadual 4.2 : Analisis 2 62 4. Jadual 4.3 : Analisis 3 62 5. Jadual 4.4 : Analisis 4 63 6. Jadual 4.5 : Analisis 5 65 7. Jadual 4.6 : Analisis 6 66 8. Jadual 4.7 : Analisis 7 68 9. Jadual 4.8 : Analisis 8 70 10. Jadual 4.9 : Analisis 9 71 11. Jadual 4.10 : Analisis 10 72 12. Jadual 4.11 : Analisis 11 73 13. Jadual 4.12 : Analisis 12 73 14. Jadual 4.13 : Analisis 13 74 15. Jadual 4.14 : Analisis 14 75 16. Jadual 4.15 : Analisis 15 76 17. Jadual 4.16 : Analisis 16 77 18. Jadual 4.17 : Analisis 17 78 19. Jadual 4.18 : Analisis 18 79 20. Jadual 4.19 : Analisis 19 81 21. Jadual 4.20 : Analisis 20 82 xii 22. Jadual 4.21 : Analisis 21 82 23. Jadual 4.22 : Analisis 22 84 24. Jadual 4.23 : Analisis 23 85 25.Jadual 4.24 : Analisis 24 86 26. Jadual 4.25 : Analisis 25 87 27. Jadual 4.26 : Analisis keseluruhan 88 28. Jadual 5.1 : Penyesuaian semula unsur budaya (LM) 92 29. Jadual 5.2 : Unsur yang dikekalkan (PB) 93 30. Jadual 5.3 : Penyesuaian semula unsur budaya (PB) 94 31. Jadual 5.4 : Rumusan keseluruhan 95 1

BAB SATU PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Penduduk di atas muka bumi ini bertutur dan menggunakan pelbagai jenis bahasa di dalam kehidupan seharian mereka. Bahasa merupakan kunci ilmu, dan bahasa juga membuka ruang untuk memulakan interaksi sosial di antara satu sama lain. Selain daripada itu bahasa juga berperanan sebagai alat komunikasi oleh manusia untuk pelbagai tujuan. Penterjemahan merupakan operasi yang dilakukan pada bahasa, iaitu satu proses menggantikan teks dalam satu bahasa kepada satu teks dalam bahasa lain (Catford, 1996:1), dari itu terjemahan adalah juga satu cara manusia berkomunikasi. Maka para penterjemah juga berperanan sebagai pembuka ruang lingkup pergaulan ke peringkat global serta berperanan dalam menyampaikan ilmu. Bidang penterjemahan menjadi lebih penting dalam dunia moden yang mengalami ledakan maklumat pada masa kini. Bidang terjemahan kini tidak lagi hanya menjadi perhatian ahli linguistik dan para penterjemah yang memberi tumpuan kepada teks agama, sastera, sains dan falsafah. Sebaliknya perkara-perkara yang diterjemahkan kini telah meliputi keseluruhan khazanah pengetahuan manusia, dengan penekanan khusus pada pembaharuan-pembaharuan teknologi yang terpenting dalam hubungan politik dan komersil antara satu negara dengan negara lain, serta juga bidang sastera kreatif. 2 Justeru, secara tidak disedari ianya telah melibatkan pakar dalam pelbagai bidang menceburkan diri dalam bidang penterjemahan. Perbincangan tentang perterjemahan bermula berkurun-kurun lamanya dengan bermulanya penterjemahan kitab Injil dalam zaman penyebaran agama Kristian di Eropah, diikuti dengan penterjemahan Al-Quran semasa zaman penyebaran dan

kegemilangan Islam. Penterjemahan pada masa dahulu tertumpu kepada kitab-kitab atau bahan bacaan umum yang diperlukan dalam penyebaran agama, penaklukan dan penjajahan kawasan-kawasan baru. Penterjemahan kini terus berkembang dan tumpuan telah berubah meliputi pelbagai isu seperti terjemahan sebagai satu seni atau satu sains, kesetiaan kepada penulis, teks atau pembaca, jenis-jenis terjemahan dan kaedah yang berkesan. Sejak kemunculan linguistik moden maka muncul pendapat-pendapat seperti Catford (1965:20), yang mentakrifkan terjemahan sebagai : The replacement of textual material in one language (SL) by equivalent textual material in another language (TL). Apa yang dimaksudkan dengan SL dalam petikkan ini adalah Source Language iaitu bahasa sumber. Manakala TL pula adalah Target Language yang bermaksud bahasa sasaran. Manakala Nida (1974) pula menyatakan : Translating consists in reproducing in the receptor language the closest natural equivalent of the source language message, first in terms of meaning and secondly, in terms of style. Era ini telah mendorong kepada kemunculan dua aliran dalam bidang penterjemahan, iaitu terjemahan semantik (makna) dan terjemahan komunikatif (dinamis). 3 Terjemahan semantik (makna) pada asasnya adalah terjemahan yang menghuraikan makna konteks setepat-tepatnya seperti yang terdapat di dalam teks asal atau bahasa sumber setakat yang dibenarkan oleh struktur semantik dan sintaksis bahasa sasaran. Manakala terjemahan komunikatif (dinamis) adalah bertujuan untuk menghasilkan pada pembaca teks sasaran kesan yang sehampir mungkin seperti yang diperoleh oleh pembaca teks asal (Newmark, 1981). Salah satu isu lain yang dipentingkan ialah bagaimana sesuatu teks sumber dipindahkan atau diterjemahkan kepada teks sasaran mengikut proses dan kaedah

tertentu. Oleh itu banyak sistem penggolongan kaedah terjemahan diperkenalkan dalam usaha memahami konsep penterjemahan (Nida, 1964). Walaupun terdapat banyak kaedah terjemahan yang diutarakan, namun faktor-faktor seperti jenis teks, latar belakang penterjemah, pembaca sasaran serta laras bahasa turut mempengaruhi pemilihan kaedah terjemahan yang digunakan, samada secara disedari atau pun tidak oleh penterjemah. Mengikut Asmah Hj. Omar dalam Mohd. Taib Osman (1985), language is an index to culture. This means that language reflects the culture of its speakers the way of life they lead as well their physical and social enviroment. Justeru, terjemahan bukan sekadar mengalihkan bahasa tetapi juga menyampaikan maklumatmaklumat kebudayaan yang terkandung dalam teks asal. Oleh itu seandainya sesuatu teks yang diterjemah itu terpisah daripada konteks masyarakatnya maka sukar untuk menghasilkan proses komunikasi yang berkesan. Isu atau aspek kebudayaan inilah yang menjadi fokus perbincangan pengkaji dalam meneliti koleksi terjemahan cerita jenaka 4 dalam buku Matahari oleh Albert Hoffmann, Albert Lehmenkhler, Bert Nentwich, Dagmar Hahn dan Zaini Zahari. 1.2 Pernyataan Masalah Penterjemahan selalunya didefinisikan dengan merujuk kepada makna yang sama dengan teks asal. Larson (1984), mendefinisikan penterjemahan sebagai transferring the meaning of the source language into the receptor language. Ini jelas menunjukkan bahawa makna menjadi ukuran kepada hasil kerja terjemahan. Penghasilan teks terjemahan yang berkualiti serta mewujudkan kesan yang sehampir mungkin seperti teks sumber adalah menjadi ukuran. Maka apakah alat atau bahan ilmu serta kemahiran yang perlu digunakan atau dikenalpasti oleh seseorang

penterjemah dalam usaha melakukan penterjemahan yang melibatkan perkara-perkara yang berlandaskan budaya teks sumber dalam menghasilkan kesan yang sama kepada pembaca teks terjemahan. Terutamanya apabila melibatkan dua bahasa dari rumpun yang berbeza, yang membawa kepada budaya atau gaya hidup yang berlainan. Inilah yang menarik minat pengkaji untuk melihat bagaimana terjemahan antara dua bahasa dari rumpun yang berlainan iaitu bahasa Melayu dan bahasa Jerman dilakukan. Perbezaan bahasa menyebabkan kita wajib melakukan pelbagai penyesuaian semula dalam terjemahan. Semakin banyak dan semakin luas perbezaan antara budaya bahasa sumber dan budaya bahasa sasaran, semakin banyak perubahan yang mesti dilakukan (Ainon Muhammad & Abdullah Hassan, 2005). Justeru, kemahiran dan 5 kepakaran yang tinggi adalah diperlukan dalam usaha menghasilkan teks terjemahan yang berkualiti serta seiring dengan teks asal. Isu ini juga menjadi pendorong kepada pengkaji untuk membuat penelitian dengan penumpuan kepada aspek budaya dalam genre cerita jenaka. Cerita jenaka merupakan salah satu bentuk sastera rakyat yang begitu bermakna dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Selain dari hiburan, ianya juga berfungsi sebagai sindiran dengan berlatar belakangkan masyarakat Melayu tradisi. Adakah keduadua fungsi ini dapat diambil alih oleh teks terjemahan? Adakah teks terjemahan masih boleh memainkan peranan yang sama seperti teks sumber itu? Tidak dapat dinafikan bahawa perkara-perkara seperti laras bahasa, teknik pengolahan, cara penyampaian serta juga pemilihan perkataan merupakan aspek penting dalam menghasilkan sesuatu teks terjemahan. Namun begitu dalam membicarakan genre cerita jenaka ini, aspek kebudayaan pula adalah lebih penting dan menarik untuk

dikaji kerana ianya melibatkan penterjemahan dua bahasa dari rumpun yang berbeza yang mengamalkan gaya hidup yang amat berlainan. Apatah lagi genre ini juga banyak mengenengahkan unsur budaya sebagai teknik dalam penyampaian mesejnya. Selain itu menurut Ainon Muhammad (1985), penterjemahan yang menumpukan kepada bentuk-bentuk maklumat untuk mengekalkan ciriciri luaran seperti bentuk stilistik, rima, rentak, mainan perkataan dan lain-lain lagi, boleh menjurus kepada terjemahan yang mengelirukan dan menimbulkan salah faham. Dari itu kerja-kerja terjemahan juga harus memberi tumpuan kepada isi kandungan teks 6 sumber. Ini menunjukkkan pentingnya kita memberi fokus kepada aspek budaya yang berperanan dalam menyumbang kepada penyampaian mesej teks sumber. Kesedaran terhadap aspek budaya ini juga amat penting kerana tidak semua penterjemah peka terhadap permasalahan ini, lebih-lebih lagi apabila melibatkan penterjemah yang tidak mahir dalam bidang ini. Contoh yang begitu jelas dapat dilihat dalam Lampiran 2 (m.s 114) yang merupakan terjemahan surat di Lampiran 1 (m.s 113), iaitu surat jemputan menerusi e-mail ke Bengkel Penterjemahan Cerita-cerita Pendek Malaysia ke bahasa Jerman. Tawaran ini terbuka kepada sesiapa sahaja (guru dan pensyarah) yang berminat, dengan syarat individu tersebut boleh berbahasa Jerman dan Melayu. Di sini jelas menampakkan bengkel penterjemahan ini hanya bergantung kepada minat dan kebolehan berbahasa sahaja tanpa menitik beratkan soal kemahiran dan pengetahuan terjemahan. Persoalan yang timbul adakah aspek budaya ini turut diberi perhatian dalam menghasilkan teks sasaran yang berkualiti, jika penterjemah sendiri tidak sedar akan kepentingan dan peranan unsur budaya yang terdapat dalam sesebuah

teks. Ini seterusnya menjurus kepada penghasilan teks terjemahan yang tidak tepat apatah lagi terjemahan yang melibatkan aspek budaya akibat daripada tiada kemahiran mahu pun pengetahuan serta pengalaman. 7 1.3 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan bagi mendapat jawapan terhadap persoalanpersoalan berikut : a. Adakah pengalihan ciri-ciri budaya dari teks sumber ke teks sasaran berjaya dilakukan ? b. Adakah pengalihan budaya merupakan masalah dalam penterjemahan yang dilakukan ? c. Apakah fungsi atau kesan teks terjemahan sama seperti fungsi sebenar Cerita Jenaka Melayu ? d. Dapatkah satu panduan diperoleh untuk membantu mereka yang ingin berkecimpung dalam bidang penterjemahan teks seperti ini ? Kajian terhadap persoalan-persoalan di atas adalah berlandaskan kepada teks cerita jenaka Melayu yang bertajuk Lebai Malang (sila lihat Lampiran 4, m.s 117) yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman Der Unglcks-Geistliche (sila lihat Lampiran 3, m.s 115 ) dan Pak Belalang (sila lihat Lampiran 6, m.s 126 ) diterjemahkan sebagai Vater Heuschreck (sila lihat Lampiran 5, m.s 121) di dalam buku Matahari, iaitu koleksi teks terjemahan sastera Melayu oleh Albert Hoffmann, Albert Lehmenkhler, Bert Nentwich, Dagmar Hahn dan Zaini Zahari yang diterbitkan pada 1996. 8 1.4 Kepentingan Kajian Kajian terperinci akan dilakukan ke atas teks terjemahan sastera rakyat Melayu dari genre cerita jenaka yang terdapat dalam buku Matahari, oleh Albert Hoffman, Albert Lehmenkhler, Bert Nentwich, Dagmar Hahn dan Zaini Zahari. Teks terjemahan

yang menjadi bahan kajian ialah Der Unglcks-Geistliche (Lebai Malang) dan Vater Heuschreck (Pak Belalang). Walau pun kajian ini tertumpu kepada dua buah teks ini sahaja, namun diharapkan dapat menyumbangkan maklumat terhadap penterjemahan yang melibatkan dua bahasa dari rumpun yang berlainan. Seterusnya ia boleh menyumbang maklumat dalam perkembangan bahasa Melayu dan bahasa Jerman secara umumnya dan khususnya terhadap kerja-kerja penterjemahan yang melibatkan bahasa Melayu dan bahasa Jerman. Ini adalah kerana : a. penterjemahan bidang sastera samada dari bahasa Melayu ke bahasa Jerman mahu pun bahasa Jerman ke bahasa Melayu kini semakin diminati. Semakin banyak teks seperti cerpen dan puisi diterjemahkan. Pada tahun 1996 buku Matahari yang menjadi sumber kajian ini diterbitkan. Pada tahun 2004 sebuah antologi puisi Jerman-Melayu yang pertama iaitu Impian dalam Biru Muda (Trumerei in Hellblau) telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Antologi puisi ini yang mengandungi sajak dari abad kedua belas hingga kedua puluh, hasil lapan puluh tujuh orang penyair. Sejak tahun 2006, kerjakerja penterjemahan cerita-cerita pendek bahasa Melayu ke bahasa Jerman semakin giat dilakukan, sebagai contoh sila lihat Lampiran 2, m.s 114 dan terjemahannya Lampiran 1, m.s 113, di mana surat ini membuktikan kepada kita kegiatan terjemahan terus dilakukan. Selain itu juga penterjemahan teks sastera dari dua rumpun bahasa yang berlainan pada masa kini turut meningkat. 9 b. penggunaan bahasa Jerman yang semakin meningkat di Malaysia, samada di institusi pengajian tinggi mahu pun di sekolah-sekolah. Pada tahun 1995 bahasa Jerman mula diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di sepuluh

buah Sekolah Berasrama Penuh dan pada tahun 2004 ianya telah meningkat kepada 12 buah sekolah. Pada tahun 2005 usaha memperkenalkan mata pelajaran bahasa Jerman telah diperluaskan ke tiga buah sekolah harian. Kesinambungan kepada usaha ini, bahasa Jerman turut diperkenalkan di pusatpusat pengajian tinggi awam mahu pun swasta, contohnya di Universiti Malaya, Universiti Pertanian, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Multimedia, German-Malaysia Institute dan lain-lain. c. kajian ini boleh memberi maklumat kepada pengkaji bidang terjemahan tentang wujudnya kaitan antara unsur budaya dengan kaedah terjemahan, laras bahasa, teknik penyampaian dan genre sesuatu teks yang perlu diberi perhatian dalam menghasilkan teks terjemahan dan implikasi budaya adalah sangat penting dalam menghasilkan terjemahan yang berkesan (Newmark, 1981). d. terjemahan yang melibatkan dua rumpun bahasa yang berbeza sudah tentu melibatkan corak budaya yang berlainan. Sesuatu perkara, terutamanya yang melibatkan budaya akan ditafsir dengan cara yang amat berlainan kerana perbezaan pandangan dunia (Ainon Mohd dan Adullah Hassan, 2005). e. kepakaran dan komitmen merupakan faktor penting dalam bidang penterjemahan. Kajian ini diharapkan akan dapat membantu sesiapa sahaja yang melibatkan diri dalam penterjemahan yang melibatkan dua bahasa dari rumpun 10 yang berbeza seperti bahasa Melayu dan bahasa Jerman. Penterjemahan sebegini merupakan suatu usaha serius dan tidak boleh di pandang ringan. Komitmen yang tinggi amatlah diperlukan begitu juga dengan kemahiran dari segi bahasa dan juga ilmu terjemahan serta memahami kebudayaan kedua-dua bahasa. f. boleh memperkenalkan kebudayaan melalui sastera yang merupakan salah satu jalan untuk mengembangkan saling pengertian antara bangsa dalam usaha

menuju dunia yang damai dan berbudaya (Berthold Damshuser dan Muhamad Haji Salleh, 2004). 1.5 Batasan Kajian Kajian adalah dilakukan terhadap buku Matahari yang merupakan koleksi teks terjemahan sastera Melayu oleh Albert Hoffman, Albert Lehmenkhler, Bert Nentwich, Dagmar Hahn dan Zaini Zahari yang mengandungi lima belas genre secara keseluruhannya. Di antaranya adalah puisi, cerita binatang, cerita teladan, penglipurlara, cerita jenaka dan lain-lain. Namun demikian fokus kajian adalah kepada genre cerita jenaka. Ini adalah kerana genre ini didapati banyak memaparkan budaya masyarakat setempat atau bahasa sumber. Selain itu, ianya turut mendukung mesej tertentu, samada secara tersurat mahu pun tersirat. Contohnya ia bukan saja berperanan sebagai hiburan malah turut memberi panduan dan teladan serta sindiran kepada golongan tertentu dan juga masyarakat setempat. 11 Fokus kajian hanyalah kepada dua buah teks dari genre cerita jenaka sahaja, iaitu Der Unglcks-Geistliche dalam bahasa Jerman (sila lihat Lampiran 3, m.s 115), teks sumbernya adalah Lebai Malang (sila lihat Lampiran 4, m.s 117) dan teks sasaran kedua ialah Vater Heuschreck (sila lihat Lampiran 5, m.s 121), teks sumber dalam bahasa Melayu ialah Pak Belalang (sila lihat Lampiran 6, m.s 126). Pemilihan ini dibuat kerana pengkaji mendapati kedua-dua teks ini banyak memaparkan unsur-unsur budaya tentang gaya dan corak hidup serta berlatar belakangkan masyarakat Melayu tradisi. Contohnya dalam cerita Lebai Malang (Der Unglcks-Geistliche) dipaparkan tentang kepercayaan agama dan kaitannya dengan corak hidup masyarakat. Manakala cerita Pak Belalang (Vater Heuschreck) mengisahkan tentang taat setia rakyat kepada sultan, seterusnya gambaran tentang

perbezaan hidup antara dua golongan. Unsur budaya yang terdapat dalam kedua-dua teks ini amat bertepatan dengan fokus kajian. Dari itu terjemahan budaya yang dikaji hanyalah berdasarkan kedua-dua teks ini. Kedua-dua teks sumber yang digunakan sebagai rujukan dalam kerjakerja kajian ini adalah diperolehi dari laman web. Teks sumber Lebai Malang (sila lihat Lampiran 4, m.s 117) yang mirip kepada teks sasaran telah diperolehi dari laman web http://www.ashtech.com.my/cerita rakyat/lebai_malang.html. Manakala teks sumber Pak Belalang pula diambil dari http://www.Ashtech.com.my/ceritarakyat/pakbelalang. html. (sila lihat Lampiran 6, m.s 126). Namun demikian sebahagian daripada teks ini akan diabaikan oleh pengkaji kerana terdapat bahagian teks tersebut yang dilenyapkan penterjemah. Pengabaian ini dilakukan kerana plot cerita bukanlah tumpuan kajian sebaliknya unsur budaya yang menjadi fokus pengkaji. 12 Kedua-dua buah cerita ini, berkisar pada watak jenaka atau lucu yang boleh menimbulkan salah faham dan mendatangkan kesusahan kepada watak. Kadang kala pula watak dilihat mempunyai kecerdasan yang luar biasa dan dapat membantunya dalam kesusahan. Ini adalah kerana tujuan cerita jenaka sebagai sastera rakyat pada masa dahulu ialah untuk memberi kesedaran, pengajaran dan juga hiburan. Kisah Lebai Malang (Der Unglcks-Geistliche) ini berkisar tentang seorang Lebai Malang yang tidak dapat membuat keputusan yang tepat apabila mendapat tiga jemputan iaitu kenduri arwah, Maulud dan khatam Quran. Lebai Malang terlepas kedua-dua jemputan dan hanya mendapat lempeng pada kenduri khatam Quran. Namun demikian nasibnya sungguh malang kerana lempengnya dilarikan anjing dan dia balik tanpa seurat benang pun kerana pakaiannya dicuri orang. Manakala cerita Pak Belalang (Vater Heuschreck) adalah watak seorang lelaki

yang menjadi nujum negara tanpa sebarang ilmu. Kisahnya bermula dengan cara berbohong menujumkan kerbau petani yang hilang yang telah disembunyikannya bagi mendapat rezeki. Seterusnya kejayaan diperolehinya menggunakan kepintaran dengan hanya menilik beberapa perkara secara kebetulan sahaja. Selain unsur budaya, rasional pengkaji memilih genre cerita jenaka Lebai Malang (Der Unglcks-Geistliche) dan Pak Belalang (Vater Heuschreck) dari koleksi buku ini adalah kerana genre ini merupakan salah satu bentuk sastera yang terkenal dan terdapat di dalam hampir semua bahasa di dunia ini. Contohnya di Belanda watak jenaka dikenali sebagai Owlglass. Manakala dalam sastera Arab-Turki dikenali sebagai Jaha atau Khoja Nasreddin dan dalam sastera Jawa seperti Pak Banjin dan Joko Bodo. 13 Dari itu ianya secara tidak langsung dapat memberi input kepada penterjemah yang terlibat dalam bidang ini. Selain itu ianya turut memaparkan corak kehidupan masyarakat Melayu tradisi. 1.6 Definisi Konsep Beberapa konsep utama seperti bahasa Melayu, bahasa Jerman, sastera rakyat, cerita jenaka, budaya, teks sumber, teks sasaran dan terjemahan akan digunapakai dalam kajian ini. Bagi memudahkan perbincangan dan mengelakkan kekeliruan yang timbul, maka konsep-konsep utama ini akan diperjelaskan. 1.6.1 Bahasa Melayu Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di empat buah negara Asia Tenggara. Negara-negara tersebut ialah Indonesia yang dikenali sebagai Bahasa Indonesia, Malaysia sebagai Bahasa Malaysia dan di Singapura serta Brunei ianya dipanggil sebagai Bahasa Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda orang Melayu. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan digunakan dalam semua urusan rasmi. Bahasa Melayu

merupakan bahasa ibunda orang Melayu yang tinggal di Nusantara (Nik Safiah Karim, 1988:21). Bangsa Melayu berasal daripada cabang Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia 14 Tenggara. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun SM (http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu). Kira-kira 1500 tahun SM, dipercayai datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini dikatakan menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mah Meri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pendalaman. Justeru, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasabahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada itu, rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina juga berasal dari rumpun bahasa Austris (http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu). Rajah 1.1: Rumpun bahasa Austris (http://faculty.unitarklj1.edu.my) Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil: 1. Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara. Contoh : bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain.
BAHASA BAHASA AUSTRIS BAHASA-BAHASA AUSTRO-ASIA BAHASA-BAHASA TIBET-CINA BAHASA-BAHASA

AUSTRONESIA

15 2. Bahasa-bahasa Polinesia Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti 3. Bahasa-bahasa Melanesia Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun Caledonia 4. Bahasa-bahasa Mikronesia Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert. (http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/asal usul_bahasa/ asal_usul_bahasa_melayu. htm). Rajah 1.2: Bahasa-bahasa Austronesia (http://faculty.unitarklj1.edu.my) Bahasa Melayu tergolong di dalam cabang Bahasa-bahasa Nusantara yang mempunyai bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Bentuk bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada zaman dahulu dikenali sebagai bahasa Melayu kuno dan jauh berbeza dengan bahasa Melayu moden. Bentuk bahasa Melayu kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti batubatu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan bahasa Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7. Sebanyak empat batu bersurat telah dijumpai yang mempunyai tarikh tersebut :
Bahasa-Bahasa Nusantara Bahasa-bahasa Polinesia Bahasa-Bahasa Melanesia Bahasa-Bahasa Mikronesia Bahasa-Bahasa Austronesia

16 1. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) - Palembang 2. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) - Palembang 3. Batu Bersurat Kota Kapor (686 M) - Pulau Bangka, Palembang 4. Batu Bersurat Karang Brahi (686 M) - Palembang (http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahas a_ melayu. htm)

Istilah Melayu timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 M. Tulisan ini menyebut mengenai orang Mo-Lo-Yue yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada Raja China. Letaknya kerajaan Mo-Lo-Yue ini tidak dapat dipastikan dengan jelas. Ada yang mencatatkannya sebagai Semenanjung Tanah Melayu dan Jambi, Sumatera. Bahasa Melayu yang dikaji ialah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisi yang tergolong di dalam bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau dikenali juga sebagai Bahasa Nusantara. 1.6.2 Bahasa Jerman Bahasa Jerman, bersama-sama bahasa Inggeris, Belanda dan Frisia merupakan daripada kumpulan anggota bahasa Jermanik Barat dalam cabang bahasa Jermanik Indo-Eropah. Kini bahasa Jerman dituturkan oleh lebih 94 juta penutur di Eropah dan mempunyai status bahasa kebangsaan rasmi (samada tersendiri atau bersama bahasabahasa lain) di Jerman, Switzerland, Austria, Luxemburg, Liechtenstein dan Namibia (Comrie, 1998). 17 Bersempadankan kawasan bahasa Jerman, terdapat ramai kaum minoriti yang bertutur dalam bahasa Jerman di negara-negara Belgium, Rusia, Rumania, Hungary, Republik Czech, Poland dan Yugoslavia. Di luar Eropah, bahasa Jerman merupakan bahasa minoriti di beberapa tempat seperti Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, Argentina, Australia, Afrika Selatan, Chile dan Mexico. Terdapat banyak persamaan di antara bahasa Jerman dan bahasa Inggeris. Hubungan atau perkaitan perbendaharaan kata paling banyak ditemui. Perhubungan ini ujud kerana kedua-duanya berasal dari rumpun yang sama dari satu keluarga yang besar iaitu Proto-Indo-Eropah. Persamaan-persamaan inilah yang menjadikan bahasa

Inggeris dan bahasa Jerman sebagai keluarga bahasa yang dipanggil Jermanik (Bach, 1971). Hubungan ini juga dikongsi oleh beberapa bahasa Eropah yang lain seperti bahasa Denmark, Iceland, Norway, Sweden, Frisian, Flemish dan Belanda. Apa yang lebih menarik lagi, dalam konteks yang lebih luas, pelajar yang mempelajari bahasa Latin dikejutkan oleh kenyataan bahawa tatabahasa bahasa Jerman lebih mirip kepada tatabahasa bahasa Latin berbanding tatabahasa bahasa Inggeris. Bukan itu sahaja, perkaitan ini juga ujud dalam bahasa Greek, Sanskrit dan Rusia. Dengan lain perkataan, adalah jelas bahawa bahasa Jerman mempunyai perkaitan bukan sahaja dengan kumpulan bahasa yang dipanggil Jermanik malah lebih dari itu (Comrie, 1998). Bahasa Jerman juga mempunyai perkaitan dengan beberapa kumpulan bahasa lain yang mempunyai asal usul yang sama serta mempunyai perhubungan genetik seperti bahasa Albania, Armenia, Baltik, Celtik, Greek, Hittite, Indik, Iran, Italik, 18 Slavik dan Tocharia. Bahasa-bahasa ini adalah cabang dari bahasa IndoEropah. Berikut ialah pohon bahasa Proto-Indo-Eropah, di mana ianya akan menunjukkan kepada kita terdapat perhubungan genetik antara bahasa-bahasa tersebut dengan bahasa Jerman (Waterman, John T, 1976). Rajah 1.3. Carta pohon bahasa Proto-Indo-Eropah (Cambridge Encyclopedia of Language, 1987) Bahasa Jerman yang dikaji adalah merupakan bahasa dari keluarga Jermanik. Iaitu bahasa Jerman yang dituturkan pada masa kini di negara Jerman. PROTO-INDO-EROPAH TOCHARIA INDO-IRAN IRAN ARMENIA ANATOLIA ALBANIA GREEK

ITALIK Sepanyol SLAVIK

Section 1.01 JE RMANIK Section 1.02 J erman

BRYTHONIC CELTIK GOIDELIK BALTO-SLAVIK BALTIK


Section 1.03 nggeris

19 1.6.3 Terjemahan Eugene A. Nida (1964), mengatakan bahawa penterjemahan ialah penyalinan semula ke dalam bahasa penerima maklumat daripada bahasa sumber dalam bentuk persamaan yang terdekat dan sejadi, pertama dari segi makna dan kedua dari segi stail. Definisi ini menerangkan bahawa pemindahan maklumat dari teks sumber ke teks sasaran hendaklah dilakukan dengan sebaik mungkin. Pengalihan yang tidak dapat diterjemah dengan tepat, perlulah menggunakan atau digantikan dengan mencari persamaan paling dekat. Selain itu teks sasaran juga seharusnya tidak berbau terjemahan, di mana teks sasaran tidak dipengaruhi oleh bahasa sumber. Terdapat banyak definisi tentang terjemahan yang telah diutarakan. Di antaranya ialah Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2005) yang menyatakan bahawa terjemahan ialah satu aktiviti yang dibuat oleh manusia untuk berkomunikasi antara satu bahasa dengan bahasa lain dan antara satu budaya dengan budaya lain. Secara amnya dapatlah dikatakan bahawa penterjemahan ini adalah merupakan pengalihan teks dari satu bahasa ke bahasa lain. Di mana teks bahasa sumber dialih ke bahasa penerima dengan mengekalkan isi dan juga ciri-ciri luarannya, seperti gaya bahasa yang digunakan oleh penulis asal. Harus diingat bahawa terjemahan bukanlah

sekadar itu, malah juga menyalin maklumat kebudayaan yang terdapat di dalam teks asal, terutamanya apabila ianya melibatkan terjemahan teks sastera. Justeru itu, seorang penterjemah haruslah mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburinya. 20 Terdapat juga beberapa jenis terjemahan seperti harfiah, saduran, dinamik, interlinear dan budaya. Jenis-jenis terjemahan ini bergantung kepada tujuan sesuatu teks itu diterjemahkan. Dalam konteks kajian ini, terjemahan merujuk kepada satu proses di mana teks bahasa sumber iaitu bahasa Melayu dialihkan ke dalam bahasa sasaran iaitu bahasa Jerman. 1.6.4 Sastera Rakyat Sastera rakyat merupakan bentuk sastera kepunyaan masyarakat masa lampau yang sederhana dan tradisional, yang masih kuat berpegang dan mengamalkan budaya lama dan menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat. Ianya adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Salah satu sifat sastera rakyat yang utama adalah terletak kepada cara penyampaiannya. Lazimnya sastera rakyat disampaikan secara lisan dan tidak mementingkan tulisan. Ia disampaikan secara individu kepada seorang individu yang lain atau sekumpulan individu yang lain dan seterusnya dari satu generasi ke satu generasi. Penyampaian secara lisan, menyebabkan sastera rakyat sering mengalami perubahan kerana berlakunya tokok tambah ketika penyampaian. Faktor ini menyebabkan kita sering menemui pelbagai variasi untuk sesuatu cerita itu. Pada kebiasaannya sastera rakyat disampaikan oleh seorang tukang cerita yang berkemahiran dikenali sebagai penglipurlara. Untuk membuat sesuatu cerita yang disampaikan itu lebih menarik, penglipurlara akan menyampaikannya dengan pelbagai teknik yang

difikirkan sesuai dengan latar, masa dan masyarakat setempat, seperti bercerita, bercerita dengan lagu dan bercerita berlagu dengan iringan alatan bunyi-bunyian. 21 Soal hak cipta tidak wujud dalam sastera rakyat, tiada siapa yang mengakui hak kepunyaannya sendiri, sebaliknya ia adalah kepunyaan masyarakat. Sastera rakyat seolah-olah berperanan sebagai sebaran am pada masa kini, di mana ianya bertujuan untuk menghibur, memberi pengetahuan dan tauladan kepada pendengar pada masa lampau. Secara umumnya sastera rakyat boleh dikategorikan kepada dua kategori yang besar, iaitu sastera rakyat yang berbentuk naratif dan bukan naratif. Sastera rakyat yang berbentuk cerita atau pun naratif adalah seperti cerita jenaka, cerita asal usul, cerita hantu, cerita penglipurlara, cerita mitos, cerita lagenda dan cerita tauladan. Golongan sastera rakyat yang bukan berbentuk cerita atau bukan naratif adalah seperti peribahasa, nyanyian rakyat, puisi rakyat seperti pantun, teka-teki, teromba adat pepatih, perbilangan, seloka dan gurindam (Jihaty Abadi, 1979). Kajian ini adalah tertumpu kepada sastera rakyat yang berbentuk naratif, iaitu cerita jenaka. 1.6.5 Cerita Jenaka Cerita jenaka merupakan salah satu genre sastera rakyat yang berbentuk naratif. Setiap bangsa di muka bumi ini mempunyai cerita-cerita jenaka dalam kesusasteraan lisan mereka. Cerita-cerita tersebut dikenali dengan istilah seperti Merry Tales, Tall Tales, Droll Talles dan lain-lain. Cerita-cerita jenaka yang terdapat di seluruh dunia bukan sahaja mempunyai persamaan pada motif atau isi ceritanya, tetapi juga dalam maksud dan bentuk cerita. Semua cerita jenaka ini mempunyai tujuan yang sama iaitu sebagai hiburan, tauladan dan sindiran. Pada kebiasaannya cerita jenaka berkisar pada seorang watak jenaka atau lucu. 22

Contoh cerita jenaka dalam sastera rakyat Melayu adalah seperti Lebai Malang, Pak Pandir, Pak Belalang, Pak Kaduk dan Si Luncai. Watak ini kadangkadang tersangat bodoh dan tidak boleh memahami maksud orang lain hingga membawa kepada salah faham dan mendatangkan kesusahan kepada watak tersebut. Adakalanya watak yang jenaka itu, mempunyai kecerdasan yang luar biasa dan dapat menolongnya dalam kesusahan. Cerita jenaka ini sebenarnya dapatlah digolongkan kepada tiga, berdasarkan watak yang terdapat dalam sesuatu cerita : i. Watak bodoh-sial Cerita yang termasuk dalam golongan ini adalah Lebai Malang dan Pak Kaduk. ii. Watak pintar bodoh Cerita Pak Pandir dapat dikategorikan sebagai pintar bodoh. iii. Watak pintar Pak Belalang dan Si Luncai adalah termasuk dalam kategori ini. (Jihaty Abadi, 1979) Cerita-cerita jenaka Melayu tidak seharusnya dianggap semuanya sebagai pinjaman dari luar apabila ianya menunjukkan ciri-ciri persamaan. Cerita-cerita jenaka Melayu itu diciptakan oleh orang Melayu sendiri berdasarkan pengalaman yang sama dialami oleh mereka yang bersifat sejagat dalam semua kebudayaan manusia. Namun tidak dapat dinafikan kadang kala terdapat cerita saduran yang diubahsuai dengan budaya setempat sehinggakan cerita-cerita itu menjadi sebahagaian daripada warisan setempat (Mohd. Shuib Che Din, 1976). 23 1.6.6 Budaya Samovar, Porter dan Jain (1981), mendefinisikan budaya sebagai satu kelaziman tingkah laku yang dipersetujui bersama suatu kumpulan manusia dalam sebuah masyarakat pada satu ketika untuk tujuan hidup berharmoni. Manakala Goodenough (1957), pula menyatakan budaya bukan terdiri daripada barang-barang, tingkah laku atau perasaan tetapi ianya adalah cara-cara manusia melihat, mengait dan mentafsir

perkara-perkara. Dari itu dapatlah dikatakan bahawa budaya ini adalah cara atau gaya hidup sesuatu masyarakat, di mana sesuatu pengetahuan tentangnya diperolehi secara sosial, dan bukannya hanya sekadar sesuatu yang diwarisi. Budaya dalam konteks kajian ini hanyalah berdasarkan cerita Lebai Malang dan Pak Belalang. Di mana tumpuan kajian adalah kepada gaya atau cara hidup masyarakat Melayu tradisi. Contohnya dari segi pemakanan, pekerjaan, pergaulan, kepercayaan, bahasa yang digunakan dan juga tingkah laku. 1.6.7 Teks Sumber Istilah teks sumber adalah merujuk teks asal yang menjadi sumber bahan terjemahan. Dalam kajian ini ianya merujuk kepada dua buah teks sastera bahasa Melayu dari genre cerita jenaka yang menjadi kajian penulis iaitu teks yang bertajuk Lebai Malang dan Pak Belalang. 24 1.6.8 Teks Sasaran Teks sasaran adalah bermaksud teks yang diterjemahkan atau dialih bahasa untuk pembaca sasaran. Dalam kajian ini teks sasaran adalah teks yang diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman untuk pembaca sasaran iaitu masyarakat Jerman. Teks sasaran bagi kajian ini adalah Der Unglcks-Geistliche iaitu terjemahan teks Lebai Malang dan Vater Heuschreck terjemahan teks Pak Belalang . 25 BAB DUA PEMBACAAN BERKAITAN 2.0 Pendahuluan Sifat mudah ubah yang wujud dalam bahasa manusia, serta juga daya cipta cara bahasa digunakan, menyebabkan bahasa manusia menjadi begitu berubah-ubah dan bertukar mengikut masa. Oleh sebab bahasa manusia berubah sebegitu rupa, ada penutur dari satu generasi tidak dapat memahami penutur generasi yang lain yang datangnya dari zaman yang agak jauh jaraknya. Penemuan pada awal kurun kesembilan belas mendapati bahawa bahasa Eropah,

seperti bahasa Inggeris, Jerman dan Perancis menunjukkan kaitannya dengan bahasa zaman purba seperti bahasa Latin, Yunani dan Sanskrit (bahasa kuno India), ini membawa kepada satu revolusi dalam pemahaman sifat dan sejarah bahasa. Kajian terhadap persamaan bahasa antara bahasa Eropah yang berbeza sebenarnya telah dilakukan sebelum kurun ke sembilan belas (Comrie, 1998). Manakala bahasa Melayu pula merupakan bahasa kebangsaan negara Malaysia. Penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur 26 bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China pula, terdapat siaran radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain (Comrie, 1998). Perkembangan bahasa dan budaya serta ilmu dalam zaman globalisasi ini telah menyebabkan setiap bahasa di dunia ini perlu mewujudkan suatu pertalian yang membolehkan masyarakat berkomunikasi dalam menjana pelbagai bidang ilmu. Justeru itu walaupun sesuatu bahasa itu tidak mempunyai pertalian genetik atau dengan kata lain pertalian kekeluargaan, bahasa-bahasa tersebut masih lagi mampu untuk berkongsi ilmu dengan cara mendekati bidang terjemahan. Ainon Mohammad, dalam kertasnya Pembinaan Bahasa dan Pembangunan Negara yang dikemukakan di Universiti Pertanian Malaysia (1984) telah menyatakan : Meiji telah memilih pemuda-pemuda yang pintar untuk dilatih di negara-negara Eropah dan belajar bahasa-bahasa asing dengan tujuan khusus untuk menterjemahkan ilmu-ilmu Barat ke dalam bahasa Jepun.

Pemuda-pemuda itu dihantar ke Russia untuk menterjemahkan bukubuku militer, ke England untuk buku-buku falsafah dan Jerman untuk buku-buku sains dan perubatan. Dalam usaha itu Meiji menubuhkan biro terjemahan yang menjadi asal usul Universiti Imperial Tokyo hari ini. Semenjak Perang Dunia II, negeri Jepun telah menterjemahkan 150,000 tajuk buku dari seluruh dunia. Berdasarkan petikan di atas, jelas membuktikan betapa pentingnya bidang terjemahan dalam usaha menjana ilmu apabila bahasa menjadi faktor penghalang. 27 Bahasa dari rumpun Proto Indo-Eropah iaitu bahasa Jerman dan bahasa Melayu dari keluarga Austronesia juga sedang berusaha untuk berkongsi ilmu dalam bidang sastera, melalui penterjemahan sastera. Sastera adalah merupakan hasil utama yang dapat memaparkan atau mencerminkan budaya sesebuah masyarakat. Pantulan budaya ini tidak mungkin diperolehi dari sumber-sumber lain, terutama sumbangan hasil penulisan bukan orang Melayu. Hasil penterjemahan sastera ini membolehkan masyarakat Jerman yang jauh di sana lebih mengetahui dan mengenali budaya Melayu. Oleh itu teks sastera merupakan kunci utama memahami kebudayaan lain. 2.1 Terjemahan Bidang penterjemahan adalah di antara bidang yang terpenting dalam menjana perkembangan ilmu pengetahuan dan menyuburkan tamadun sesuatu bangsa. Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Arab pada suatu ketika dahulu berupaya menjadi satu bangsa yang gagah dengan tamadun dan perkembangan ilmu pengetahuan yang mantap hasil dari kegiatan mereka menterjemahkan pelbagai ilmu dari bangsa Yunani, selain dari hasil kegiatan kreatif mereka sendiri (Ucapan Timbalan Menteri Pendidikan Brunei, 2007). 'Baitul Hikmah', iaitu sebuah tempat kegiatan penterjemahan di Baghdad dan 'Darul Hikmah', iaitu sebuah organisasi kegiatan keilmuan yang bertempat di Kaherah,

Mesir di mana bukan hanya orang-orang Islam, malah orang-orang Barat juga turut berminat lalu mengikut jejak yang sama dalam menimba ilmu pengetahuan dari tamadun Arab dan Islam hinggalah ilmu yang asalnya dipelopori oleh ilmuan, intelek dan saintis Islam itu berpindah pula ke Barat. Orang-orang Barat terus 28 memperkembangkan dan memajukan ilmu yang mereka perolehi (Ucapan Timbalan Menteri Pendidikan Brunei, 2007). Di dalam konteks negara kita, bidang penterjemahan bukanlah suatu bidang yang asing khususnya di dalam sektor-sektor kerajaan seperti perundangan, perubatan, pertahanan, bahasa dan sastera dan sebagainya. Banyak bahan-bahan akademik, bahan bacaan, sastera, novel dan sebagainya yang telah diterjemah dari berbagai bahasa untuk digunakan di negara ini. Oleh kerana itu bidang penterjemahan merupakan satu bidang yang sangat penting dalam proses pemindahan ilmu dan pemindahan budaya dalam zaman sains dan teknologi masa kini. Menurut Kamus Dewan (1993:1351), perkataan terjemah adalah bermaksud memindahkan (karangan dan lain-lain) daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain. Manakala terjemahan pula adalah hasil yang telah diterjemahkan. Ada yang mendefinisikan terjemahan sebagai proses mengubah hasil percakapan atau pun teks dalam sesuatu bahasa kepada hasil percakapan atau pun teks ke dalam bahasa yang lain dengan memelihara isi kandungannya. Tumpuan haruslah diberikan kepada aspek makna antara teks sumber dan teks sasaran dengan penekanan kepada aspek ketepatan, kesamaan dan kesepadanan isi semaksima yang mungkin. Namun demikian aspek bentuk dan gaya bahasa tidaklah boleh diabaikan. Ini bertujuan untuk menghasilkan gaya bahasa yang paling hampir dengan gaya bahasa teks sumber. Contohnya teks sastera harus menampakkan ciri-ciri genre kesusasteraannya.

Kesepadanan ini harus dikekalkan bagi menghasilkan persamaan reaksi seperti teks sumber. 29 Walau bagaimanapun kerja-kerja terjemahan ini tidak mempunyai suatu peraturan yang tetap, sebaliknya sesuatu yang agak bebas bergantung kepada kemampuan, pengetahun, pengalaman dan gaya seseorang penterjemah dalam membina dan menstruktur semula teks sasaran yang dihasilkannya. 2.1.1 Syarat Penterjemah Pada suatu masa dahulu, jika seseorang mengetahui dua bahasa, dia dianggap boleh menjadi penterjemah tanpa memerlukan pengetahuan lanjut. Pendapat ini kini dianggap sangat jauh daripada kenyataan. Pakar-pakar dalam bidang penterjemahan telah menghasilkan teori dan prinsip yang menjadi pedoman bagi para penterjemah. Seseorang yang ingin menjadi penterjemah yang baik perlu memenuhi syarat-syarat utama seperti berikut: i. Menguasai bahasa sumber secara mendalam Keperluan ini dikehendaki untuk membolehkan seseorang penterjemah mengetahui selok-belok keistimewaan dan kelainan bahasa sumber supaya dapat membezakan makna yang terkandung dalam teks asal agar dapat mentakrifkan maksudnya dengan tepat (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, 2005). ii. Mengetahui bahasa sasaran Mengikut pakar terjemahan hari ini, seseorang penterjemah harus juga menguasai bahasa penerima dengan sama baik, jika bukan dengan lebih baik, supaya penterjemah dapat mengolah teks sasaran dengan jelas, mudah difahami, struktur ayat yang mantap, elakkan kesamaran dan tiada kesalahan bahasa di samping teks yang dihasilkan juga tidak berbau terjemahan. Semua ini akan membolehkan 30 penterjemah menghasilkan sebuah teks terjemahan dengan bahasa yang indah, halus, berimaginasi dan menjimatkan kata-kata, serta kepakaran menggunakan

segala jenis struktur bahasa yang ada padanya dan memiliki perbendaharaan kata yang luas (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, 2005). iii. Pengetahuan dalam bidang yang diterjemahkan Untuk menjamin supaya makna atau maklumat yang terkandung dalam teks asal dapat dipindahkan dengan tepat dan sempurna daripada bahasa sumber ke dalam bahasa penerima, seseorang penterjemah harus menguasai bidang yang hendak diterjemahkan. Ini adalah penting, bukan sahaja untuk penterjemahan teks-teks khusus dan teknikal, tetapi juga untuk penterjemahan karya-karya kesusasteraan. Ini bukan saja melibatkan soal ilmu malahan turut berkait dengan laras bahasa yang digunakan dan penggunaan pelbagai konsep dan istilah-istilah bidang yang diterjemahkannya (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, 2005). iv. Mengetahui teori dan amalan terjemahan Pada suatu masa dahulu, penterjemahan dianggap sebagai suatu tugas untuk mencari perkataan-perkataan padanan yang boleh menggantikan perkataanperkataan asal dalam bahasa sumbernya. Ini tidak lagi dianggap benar kerana penterjemah juga bertanggungjawab untuk memindahkan idea, maklumat dan gaya teks yang diterjemahkan. Ini bermaksud bahawa penterjemahan perlu dibantu oleh ilmu pengetahuan yang mencukupi dalam bidang teori dan kaedah terjemahan semasa menjalankan tugasnya (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, 2005). 31 v. Memiliki pengetahuan am Penterjemah haruslah juga seorang yang peka dan memiliki pengetahuan am yang baik. Ini merangkumi peristiwa semasa, suasana politik, ekonomi, geografi, budaya dan adat serta sejarah. Faktor ini juga adalah penyumbang kepada penghasilan teks terjemahan yang baik (Muhammad Bukhari Lubis dll, 1998). vi. Amanah Ciri amanah ini adalah merupakan ciri yang penting kepada seorang penterjemah,

untuk menunjukkan kesetiaan serta kejujurannya dengan tugasan yang dipikul. Penterjemah tidak boleh mengambil jalan pintas dalam kerja-kerja penterjemahannya dengan cara seperti menambah, membuang, meringkas atau memendekkan maksud teks sumber. Namun demikian, penambahan perkataan untuk menjadikan sesuatu ayat betul tata bahasanya dan tidak membawa makna baru bukanlah merupakan satu kesalahan (Muhammad Bukhari Lubis dll, 1998). 2.1.2 Jenis Terjemahan i. Terjemahan Harfiah Ia bermaksud terjemahan perkataan demi perkataan. Kesannya menyalahi struktur ayat bahasa sasaran, kesamaran makna dan kesilapan. Banyak berlaku dalam terjemahan buku-buku agama pada zaman dahulu (Abdullah Hassan, 2003). ii. Terjemahan Bebas Penterjemah akan membaca dan memahami teks yang akan diterjemahkannya iaitu teks sumber. Seterusnya penterjemah akan menyatakan semula teks itu ke dalam 32 bahasa sasaran mengikut pandangannya sendiri. Ini bermaksud kerjakerja terjemahan akan dilakukan tanpa sebarang kongkongan atau mengambil kira perkataan dan struktur bentuk ayat asal. Kesannya terdapat penambahan, pengurangan, penyimpangan makna serta ayat yang panjang dan mungkin membawa kepada kekaburan teks sasaran (Abdullah Hassan, 2003). iii. Terjemahan Makna (Semantik) Terjemahan makna atau terjemahan semantik adalah terjemahan yang menghuraikan makna konteks setepat-tepatnya dengan apa yang terdapat dalam teks sumber. Penterjemahan tetap akan berkisar dalam budaya asal. Pada kebiasaannya terjemahan jenis ini akan menghasilkan teks yang lebih rendah mutunya daripada teks asal, akibat daripada kehilangan makna. Penterjemah akan membaca sesuatu

ayat dan cuba memahaminya dan kemudian akan menterjemahkannya setepattepatnya setakat yang dibenarkan oleh struktur semantik dan sintaksis bahasa sasaran. Selain itu penterjemah akan cuba sedaya upaya mengekalkan idiolek dan bentuk ungkapan penulis teks sumber. Dalam penterjemahan ini, kesetiaan penterjemah adalah kepada penulis. Justeru itu terjemahan makna atau semantik ini terpisah dari masa dan ruang tempat (Newmark, 1981). iv. Terjemahan Komunikatif Terjemahan Komunikatif ini berusaha untuk menghasilkan kesan yang sehampir mungkin seperti pembaca asal. Tumpuan adalah kepada pembaca sasaran, dengan harapan mereka tidak mengalami kesulitan atau kekaburan dalam memahami teks terjemahan yang dibaca. Hasil terjemahan ini pada kebiasaannya adalah lebih baik kerana penterjemah dapat mengimbangi apa-apa yang hilang dengan cuba menulis 33 dalam bahasanya sendiri. Dalam penterjemahan ini, pembaca teks sasaran menyamakan diri mereka dengan pembaca teks sumber (Newmark, 1981). Sebenarnya sukar untuk dikatakan kaedah terjemahan yang tertentu sahaja yang akan digunakan dalam kerja-kerja terjemahan, sebaliknya kaedah terjemahan yang digunakan akan bertumpang tindih di antara satu sama lain, bergantung kepada cara dan keperluannya semasa kerja terjemahan dilakukan. 2.1.3 Proses Penterjemahan Menurut Peter Newmark (1981), secara umum terdapat peringkatperingkat dalam proses penterjemahan iaitu: i. Penafsiran dan Analisis Teks Sumber Pada peringkat ini, penterjemah haruslah membaca teks sumber secara keseluruhan dengan teliti dan memahami isi kandungan teks itu. ii. Prosedur Terjemahan Di peringkat kedua ini penterjemah perlu membuat rujukan kepada kamus-kamus dan glosari tertentu atau pun sebarang rujukan lain yang difikirkan perlu bagi

mendapatkan penerangan yang jelas dan tepat. iii. Penulisan Semula Teks Pada peringkat ketiga, kerja-kerja terjemahan dimulakan dengan cara menterjemah setiap ayat secara berasingan. Kerja-kerja pemilihan perkataan dan penstrukturan ayat haruslah dilakukan dengan berhati-hati. Penggunaan kata penghubung yang 34 sesuai amat penting bagi mewujudkan sebuah teks yang koherens. Di samping itu penterjemah haruslah amanah dan tidak membuang atau meringkas dan memendekkan sesuatu ayat apatah lagi fakta teks sumber. Akhirnya pembacaan semula teks secara menyeluruh haruslah dilakukan. 2.2 Budaya dan Kebudayaan 2.2.1 Definisi Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sanskrit iaitu buddhayah. Dalam bahasa Inggeris pula kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal dari Latin iaitu Colere, yang membawa maksud mengerjakan, atau dengan lebih jelas ianya bermaksud bertani (http://id,wikipedia.org/wiki/Budaya) Menurut Kamus Dewan (1992:65) budaya ialah tamadun, peradaban, cara berkelakuan (berfikir dan sebagainya), kemajuan (akal budi), kebudayaan. Manakala kebudayaan pula adalah keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan akal budi dan lain-lain. Perkataan culture yang bermaksud kebudayaan dalam Bahasa Melayu telah diertikan oleh Oxford Advanced Learners Dictionary sebagai The customs, beliefs, art, music and all the other products of human thought made by a particular group of people at a particular time, (1989). Definisi ini menjelaskan bahawa budaya adalah merupakan suatu adat-resam, kepercayaan, seni muzik dan semua hasil pemikiran yang

35 dibentuk atau dihasilkan oleh sekumpulan manusia pada masa tertentu. Tuntasnya, budaya adalah suatu amalan atau gaya hidup serta corak pemikiran yang turut melibatkan kepercayaan sesuatu masyarakat pada sesuatu ketika. Peredaran masa boleh mengakibatkan berlakunya perubahan gaya atau corak pemikiran. Contohnya pada masa dahulu seseorang tidak dibenarkan makan terlebih dahulu sebelum ibu bapanya, tetapi kini adat-resam in telah berubah. Makan dahulu sebelum ibu bapa telah menjadi sesuatu yang lumrah dalam kehidupan masyarakat Melayu pada masa kini, akibat daripada kekangan masa keluarga yang bekerja. Segala sesuatu yang terdapat dalam masyarakat adalah ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri. Herskovits (1959) memandang kebudayaan sebagai sesuatu yang turun temurun dari satu generasi ke generasi yang lain, yang kemudian disebut sebagai superorganik. Menurut Edward B. Tylor (1974), kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuankemampuan lain yang didapati pada seseorang sebagai anggota masyarakat. Dari pelbagai definisi ini, dapatlah disimpulkan bahawa kebudayaan adalah sistem pengetahuan yang meliputi sistem pemikiran manusia yang merangkumi kehidupan sehari-hari yang juga bersifat abstrak. Kebudayaan juga adalah merupakan perkara-perkara yang diciptakan oleh manusia dan ianya adalah berupa perilaku dan benda-benda yang bersifat nyata. Contohnya perilaku, bahasa, peralatan hidup, organisasi sosial, agama, seni, dan lain-lain, di mana ke semuanya adalah bertujuan untuk membantu manusia dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. 36 2.2.2 Sifat Kebudayaan Menurut Abdul Rahman Nawas dan lain-lain lagi (1995) terdapat tiga sifat kebudayaan:

i. Dipelajari oleh anggota masyarakat Kebudayaan boleh dipelajari oleh anggota masyarakat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kebanyakan anggota sesebuah masyarakat mempelajari, memahami dan mengamalkan kebudayaan secara tidak langsung menerusi keluarga dan anggota masyarakat. Oleh itu, kebudayaan adalah sesuatu yang bersifat boleh dipelajari, difahami dan diamalkan, bukan hanya oleh masyarakat itu sahaja malahan juga oleh orang asing. ii. Tidak boleh diterima melalui baka atau warisan Faktor baka semata-mata tidak mampu memperwariskan kebudayaan sesebuah masyarakat, kerana kemungkinan persekitaran kehidupan seseorang itu tidak mengikut corak kebudayaan baka yang diwarisinya. Justeru, seorang anak Melayu, jika hidup di negeri bukan Melayu yang tidak mempunyai persekitaran Melayu, tanpa ibu bapa Melayu yang mempraktikkan kebudayaan Melayu, atau memindahkannya kepadanya, dia tidak mampu mewarisi kebudayaan Melayu, meskipun dia berbaka Melayu. iii. Dipraktikkan secara bersama oleh anggota masyarakat Kebudayaan bersifat berkelompok, bukannya secara individu. Ia hasil amalan bersama anggota masyarakat sejak zaman berzaman, sehingga ia sebati sedemikian rupa dalam sesebuah masyarakat. Justeru, sesebuah keluarga yang merantau ke negeri yang mempunyai kebudayaan berlainan dengan 37 kebudayaannya, walaupun dia mengamalkan kebudayaan bangsanya, namun tentulah dia masih tidak mampu membentuk kebudayaan tersebut dalam kelompok perantau yang kecil itu. 2.2.3 Fungsi Kebudayaan Kebudayaan juga mempunyai empat fungsi : i. Mensosialkan anggota masyarakat yang baru supaya menjadi orang yang berfungsi dalam masyarakat.

ii. Menjaga dan mengawal anggotanya dengan kawalan sosial, norma dan nilai masyarakat. iii. Meneruskan peraturan antara sesama anggotanya dan antara anggotanya dengan orang luar. iv. Perangsang kepada anggotanya untuk meneruskan masyarakatnya. (Abdul Rahman Nawas dll, 1995). 2.3 Budaya dan Penterjemahan Bahasa adalah alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling berkomunikasi atau berhubung samada dalam bentuk tulisan, lisan, mahu pun bahasa isyarat dengan tujuan menyampaikan sesuatu mesej kepada orang lain. Melalui bahasa, manusia dapat menyesuaikan diri dengan adat istiadat, tingkah laku, peraturan masyarakat, dan seterusnya menyesuaikan dirinya dengan gaya hidup sesebuah masyarakat. Oleh kerana sifat sesuatu bahasa dipengaruhi oleh budaya masyarakat penutur, maka tidak mungkin bahasa dipisahkan daripada budayanya. Manakala 38 penterjemahan yang mementingkan perhubungan antara bahasa sudah tentu turut melibatkan budaya. Penterjemahan merupakan suatu usaha mengalihkan fikiran dan perasaan yang ditulis dalam bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran. Menterjemah bukanlah sekadar menggantikan perkataan, tetapi sebaliknya suatu usaha memindahkan fikiran dan perasaan penulis ke dalam bahasa sasaran dengan memelihara gaya, buah fikiran dan perasaan dengan latar belakang yang terdapat pada karya asli itu. Ini membuktikkan kepada kita bahawa budaya dan penterjemahan ini mempunyai suatu ikatan yang erat dan saling mempengaruhi serta tidak mungkin dapat dipisahkan. Fenomena ini memberi kesan yang amat besar ke atas teori dan teknik-teknik terjemahan. Dalam penterjemahan, pemilihan teknik dan teori perlu dititik beratkan selaras dengan genre teks yang akan diterjemahkan. Ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah

teks terjemahan yang berkualiti serta dapat meninggalkan kesan yang sehampir mungkin dengan pembaca teks sumber. Pengalaman dan pengetahuan yang tinggi amatlah diperlukan kepada seorang penterjemah, apatah lagi apabila usaha ini bukan sahaja melibatkan dua bahasa dari rumpun yang berlainan malahan mencakupi dua budaya yang amat berbeza, seperti bahasa Melayu dan bahasa Jerman. Menurut Ainon Mohd dan Adullah Hassan (2005), terdapat dua aspek yang perlu diterjemahkan dengan cara yang berbeza : i. Terjemahan bahasa Bagi menghasilkan terjemahan yang bermutu tinggi. Seseorang penterjemah itu perlulah menggunakan bahasa sebagaimana yang digunakan oleh penutur asal. 39 ii. Terjemahan budaya Terjemahan yang bermutu tinggi adalah terjemahan yang dapat memberitahu pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca berkenaan orang, benda, perkara dan budaya asing. Dari itu unsur-unsur budaya asal wajib dikekalkan. Seperti yang telah dibincangkan dalam Bab Satu, tumpuan kajian adalah kepada pengalihan budaya dari teks sumber iaitu Lebai Malang kepada teks yang diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman iaitu Der Unglcks-Geistliche dan Pak Belalang kepada Vater Heuschreck. Bagaimanakah pemindahan ini dilakukan oleh penterjemah? Dalam penelitian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah penterjemahan budaya yang terdapat dalam buku Teori dan Teknik Terjemahan oleh Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2005). Kaedah penterjemahan budaya ini menjadi landasan atau dasar dalam kajian yang akan dilakukan terhadap kedua-dua buah teks tersebut. Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2005) lagi, menterjemah istilah yang mempunyai latar belakang unsur budaya setempat boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah seperti berikut : i. Unsur budaya dikekalkan

Dalam teknik ini unsur budaya akan dikekalkan dalam teks terjemahan, kerana terdapat perkara-perkara yang telah diketahui oleh pembaca teks sasaran. Contohnya perkataan snow dalam istilah snow white, dapat dikekalkan sebagai salji dalam bahasa Melayu kerana pembaca sasaran telah jelas dengan gambaran dan sifat salji walau pun tidak terdapat di dalam budaya pembaca sasaran. Pengekalan sebegini akan dapat memberi gambaran yang tepat dan lebih jelas kepada pembaca 40 teks sasaran. Namun pengekalan budaya teks sumber ini juga boleh menyebabkan kualiti sesebuah teks terjemahan menurun. Ini adalah kerana tidak semua pengekalan unsur budaya dapat memberi gambaran sebenar yang dapat membantu pembaca teks sasaran. Apatah lagi apabila penterjemah sendiri tidak menitikberatkan keberkesanan pengalihan sesuatu unsur budaya. Keadaan ini akan menjadi lebih sukar lagi sekiranya ia melibatkan dua bahasa dari rumpun yang berbeza. Ini adalah kerana jurang perbezaan budaya yang tinggi, yang boleh mengakibatkan timbulnya kekeliruan kepada pembaca teks sasaran, lantas akan menyebabkan teks sasaran yang dihasilkan tidak sepadan dengan kualiti teks sumber. Contohnya roti kepada masyarakat Jerman merupakan makanan ruji, ini mungkin dapat difahami oleh masyarakat Melayu. Tetapi bagaimana dengan jenis roti? Terdapat bermacam-macam jenis roti masyarakat Jerman yang tidak dapat dikenali oleh sebahagian besar masyarakat Melayu. ii. Unsur budaya dihilangkan Menurut kaedah ini, sesuatu unsur budaya itu akan digantikan dengan cara memberi penerangan makna yang sebenar. Contohnya snow white boleh diterjemahkan atau digantikan menjadi putih melepak atau pun sangat putih. Apatah lagi seandainya terdapat unsur-unsur pertentangan nilai budaya maka kaedah ini amatlah

sesuai digunakan, contohnya dalam bahasa Jerman Sparschwein yang bermaksud tabung babi tidak dapat dikekalkan dalam terjemahan ke dalam bahasa Melayu, kerana ianya tidak dapat diterima oleh masyarakat Melayu yang beragama Islam. Oleh itu, adalah lebih baik menggunakan istilah tabung wang untuk menggantikannya. 41 iii. Unsur budaya disesuaikan semula Kadang kala terasa seolah-olah sesuatu unsur budaya bahasa sumber terdapat padanannya dengan bahasa sasaran. Contohnya young wife dan old wife apabila diterjemahkan kepada bahasa Melayu membawa maksud yang berbeza. Perbezaan ini adalah kerana latar belakang budaya yang berbeza kerana amalan sistem poligami. Bagi bahasa Inggeris, young wife bermaksud seorang isteri yang usianya lebih muda. Manakala dalam bahasa Melayu ianya menunjukkan status seorang isteri, iaitu isteri kedua. Maka penyesuaian semula haruslah dilakukan bagi mengelakkan salah terjemahan dengan menggunakan istilah isteri yang masih muda. Terjemahan sebegini adalah lebih baik dan tepat walaupun ianya berbentuk frasa. Menurut Rudolf Kassuhlke (dalam Richard W.Brislin, 1976) dalam Translation: Application and Research, jika penerima hendak memahami mesej di dalam bahasa dan budayanya sendiri, ia bukan sahaja memerlukan pemindahan yang jelas dari segi linguistik, tetapi maklumat yang paling minimum tentang corak pemikiran iaitu pandangan dunia dan nilai budaya bahasa sumber. Sebagai kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa seorang penterjemah dapat menterjemah isu kebudayaan dengan baik jika dia mengetahui tentang kebudayaan itu sendiri, namun tidak dapat disangkal pengaruh pandangan dunia penterjemah serta pembaca teks sasaran juga memainkan peranan yang amat besar dalam mentafsir sesuatu hal kebudayaan yang terdapat dalam teks.

42 2.4 Pandangan Dunia Pandangan dunia adalah merujuk kepada set kepercayaan yang menjadi falsafah atau pun pegangan kehidupan sesebuah kelompok atau masyarakat dunia. Ianya juga turut mencirikan sifat-sifat kelompok dan cara kelompok tersebut bertindak. W.Wilss (1981), menyatakan bahawa seseorang penterjemah terpaksa bergantung sepenuhnya ke atas keupayaan mentalnya, pengetahuan linguistik dan juga pengetahuan dunianya. Asmah Haji Omar (dalam Mohd. Taib Osman, 1985) berpendapat, World-view as the way a certain people perceive life and this perception may be reflected in or influenced by various media, language, culture, religion, and so on. As such, examining peoples perception through any of the media metioned means examining the relationship between this medium and their thought processes. Manusia di dunia menggunakan proses mental yang serupa, apa yang membezakan antara setiap individu itu adalah pandangan dunia masing-masing. Di mana dan bagaimana persekitaran yang di kenali sebagai budaya itu membentuk cara pemikiran seorang itu akan membawa kepada cara mereka berfikir dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara itu. Contohnya, orientasi masa merupakan aspek penting pandangan dunia yang memberi kesan kepada komunikasi dan tindakan seseorang. Bagi setengah orang masa lampau merupakan aspek paling bermakna dalam kehidupan, manakala bagi orang lain impian masa depan serta persediaan menghadapinya kelak merupakan cabaran yang paling penting. Namun bagi golongan yang lain pula, tumpuan masa kini adalah yang menjadi fokus. Ketidaksamaan pandangan sebeginilah yang dinamakan sebagai pandangan dunia. 43 Menurut Asmah Haji Omar (dalam Mohd. Taib Osman, 1985), Mans perception and conception of the realities around him include his view of the world, and this is recorded in his language. Dapatlah dikatakan bahasa bukan sahaja memaparkan budaya malah turut menggambarkan pandangan dunia sesuatu bangsa. Lazimnya

semakin jauh hubungan genetik sesuatu bahasa maka semakin besarlah jurang perbezaan budaya antara kedua-dua masyarakat penutur aslinya. Bahasa Melayu dan bahasa Jerman bukan saja merupakan dua bahasa yang berbeza dari segi linguistik dan ciri-ciri lesikalnya, malahan juga mencerminkan dua kebudayaan yang berbeza yang membina kedua-dua bahasa, justeru itu sudah tentulah mempunyai pandangan dunia yang amat berbeza tentang sesuatu perkara. Bahasa Jerman membahagikan kata nama kepada tiga genus iaitu jantan, betina dan neutral. Jika diteliti secara terperinci bahasa Jerman mengkategorikan perempuan ke dalam genus betina, lelaki sebagai genus jantan dan kanak-kanak samada perempuan atau lelaki digolongkan ke dalam genus neutral. Ini menunujukkan seolah-olahnya masyarakat Jerman megasingkan sesuatu berdasarkan genus. Ciri-ciri bahasa ini juga secara tidak langsung boleh mengambarkan pandangan dunia masyarakat Jerman. Contoh yang jelas dapat dilihat kepada lebih sembilan puluh peratus kata nama yang melibatkan bencana alam tergolong dalam genus betina. Ini seolah-olah kaum perempuan punca sesuatu mala petaka itu. Hal ini tidak pula berlaku kepada penutur bahasa Melayu yang sering diperkatakan menindas kaum wanita. 44 A language which does not have a category of gender, reflects a world-view of its speaker in regard to the treatment of the sexes in his everyday life. It is highly probable that the speech community concerned has a social system which does not discriminate the various sexes in certain aspects of their life. The Malay language is one such language A different way of treating the sexes, as reflected in the grammatical gender, is seen in languages which have the gender system [contohnya bahasa Jerman]. Although the European or Western way of life tends to show equal treatment to both sexes, Western society sought to place their women in roles separate from the men. (Asmah Hj. Omar dalam Mohd. Taib Osman, 1985) 2.5 Genre Perkataan genre adalah berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud

jenis atau kelas. Istilah genre ini telah digunakan secara meluas dalam bidang retorik, kesusasteraan, media dan kini ianya telah digunakan dalam bidang linguistik. Menurut Robert Allen (1989:44), sejak dua ribu tahun yang lalu kajian tentang genre telah dilakukan terhadap fungsi kata nama logikal dan tipologikal. Kajian-kajian tersebut adalah berdasarkan pengkelasan kata kepada jenis-jenisnya. Jenis-jenis kata ini kemudiannya dikategorikan kepada nama-nama tertentu. Menurut Ronald Wardhaugh, (1995) pula, semua bahasa terikat dengan konteks budaya dan konteks situasi. Konteks budaya akan menentukan jenis teks. Gaya bahasa yang digunakan dalam sesuatu konteks akan menjadikan sesuatu komunikasi itu bermakna. Dari itu setiap penutur akan mempelajari gaya bahasa tersebut dan seterusnya mengamalkan ciri-ciri khusus ini mengikut konteks. Teks, samada yang berbentuk lisan mahu pun tulisan yang menunjukkan ciri-ciri atau fiturfitur yang sama digolongkan dalam satu genre. 45 Definisi-definisi konvensional pula menggangap genre adalah terdiri daripada konvensi-konvensi khusus yang membentuk kandungan seperti tema atau pun latar dan juga bentuk yang merangkumi struktur dan gaya yang berkongsi ciri-ciri tertentu dengan teks serta mewujudkan hubungan antara satu sama lain. Sebenarnya terdapat pelbagai jenis genre, antaranya genre perundangan, media, keagamaan, hiburan, ilmiah, kesusasteraan dan sebagainya menurut lapangan tertentu. Genre kesusasteraan merupakan genre daripada bidang sastera, yang dikategorikan berdasarkan ciri-ciri seperti isi kandungan, penggunaan gaya tertentu dan nada sesuatu teks itu. Secara umumnya genre kesusasteraan ini dapat dikategorikan kepada puisi dan prosa. Genre puisi ini dapat dibahagikankan pula kepada drama, lirik dan epik. Drama ini dapat diperhalusikan lagi kepada jenaka, tragedi dan lain-lain.

Manakala yang berbentuk prosa dapat dipecahkan kepada dua kategori iaitu fiksyen dan bukan fiksyen. Apabila kita menyebut perkataan sajak misalnya, pendengar sudah pun mempunyai satu gambaran khusus dalam fikirannya seperti bentuk dan ciri-ciri yang terdapat dalam sebuah sajak. Ini membuktikan kepada kita bahawa sajak ini dapat digolongkan dalam genre kesusasteraan iaitu puisi. Namun demikian pengkelasan sesuatu teks kepada genre tertentu tidak dapat dilakukan secara tepat, kerana semuanya bergantung kepada pandangan tertentu bagaimana teks tersebut dilihat dan dikategorikan. 46 Begitulah juga bila kita membicarakan tentang cerita jenaka, terutama cerita jenaka yang terdapat dalam sastera rakyat Melayu. Bagi yang sudah biasa dengan genre ini, satu gambaran tentang ciri-cirinya sudah terpapar dalam fikiran mereka. Menurut Raphaelson-West (1989:130), jenaka sebenarnya dapat dikategorikan kepada tiga jenis: i. Jenaka yang melibatkan penggunaan unsur-unsur linguistik Corak jenaka seperti ini dikatakan melibatkan penggunaan unsur-unsur linguistik dan permainan kata. ii. Jenaka yang berdasarkan kepada sesuatu kebudayaan Unsur jenaka kebudayaan, lebih berteraskan kepada unsur-unsur yang terdapat dalam sesuatu budaya. Ianya sukar digarap oleh masyarakat dari kebudayaan yang lain dan pengalihan unsur jenaka ini adalah sukar dan selalunya tidak berjaya. iii. Jenaka yang sejagat Kategori jenaka seperti ini adalah berbentuk agak natural dan biasanya tidak melibatkan budaya dan mudah difahami. Berdasarkan kepada tiga kategori di atas, cerita jenaka yang menjadi teks kajian adalah tergolong dalam kategori dua, iaitu jenaka yang berdasarkan kepada sesuatu kebudayaan. 47 2.6 Dapatan Kajian Lepas Yang Berkaitan

Pembacaan yang mendalam daripada pelbagai sumber dapat membantu pengkaji dalam memahami bidang kajiannya. Pembacaan tulisan-tulisan sarjana yang berkaitan turut menyumbangkan maklumat dan pengetahuan terhadap kajian yang akan dijalankan. Pada 1997 Sugeng Hariyanto telah membuat kajian terhadap sebuah novel berbahasa Jawa yang berjudul Burung-Burung Manyar yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Thomas M. Hunter. Kajian menunjukkan bahawa novel terjemahan telah berjaya menyampaikan kesan yang sama seperti novel sumber kepada pembaca sasaran. Faktor ini telah mendorong Sugeng Hariyanto membuat kajian lanjutan pada tahun 1999, bagi melihat bagaimana penterjemah berjaya mengalihkan perkatan yang melibatkan budaya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penterjemah telah menggunakan teknik penterjemahan sastera, melakukan penambahan dan pengurangan, penerangan, modulasi, perkatan sinonim dan mencari kesepadanan budaya. Namun demikian, terdapat juga perkataan yang menggambarkan budaya yang telah digugurkannya. Pengguguran ini dilakukan penterjemah apabila beliau tidak dapat mencari kesepadanan serta beranggapan bahawa ianya adalah sesuatu yang tidak penting. Pengkaji kurang bersetuju dengan tindakan ini dan mencadangkan sekiranya kesepadanan tidak dapat dicari, maka penerangan bagi menyampaikan maksud sesuatu budaya mesti dilakukan. 48 Jaafar bin Jambi (2001), misalnya, telah mengkaji sebuah teks karya Soseki Natsume (1914) berjudul Kokoro yang diterjemahkan dari bahasa Jepun ke bahasa Melayu oleh Thaiyibah Sulaiman (1996) berjudul Kalbu dari aspek bahasa kiasan. Dalam kajian ini beliau telah mengenal pasti bahasa kiasan serta strategi yang diambil

oleh penterjemah. Dapatan menunjukkan bahawa versi bahasa Jepun lebih banyak menggunakan bahasa kiasan berbanding teks terjemahan bahasa Melayu. Strategi utama penterjemah adalah menterjemah tanpa menggekalkan unsur-unsur atau imej bahasa kiasan. Pengkaji berpendapat penterjemah tidak sepatutnya mengambil jalan mudah dengan melenyapkan unsur-unsur atau imej bahasa kiasan teks sumber, sebaliknya perlu berusaha mencari kesepadanan bahasa kiasan yang terdapat dalam bahasa Melayu semaksima yang mungkin. Tindakan sebegini akan mendorong kepada penghasilan teks terjemahan yang seiring dengan teks sumber. Dalam kajian yang dilakukan oleh Wan Amizah Bt Wan Mahmud (1998) pula, beliau telah mengupas kaedah penterjemahan sari kata dengan membandingkan dua bentuk genre rancangan iaitu dokumentari dan komedi semasa (sitcom). Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan antara sarikata keduaa-dua genre tersebut. Di dalam genre dokumentari didapati bahawa penggunaan ayat adalah lebih formal dan panjang serta lebih banyak terdapat penggunaan imbuhan, laras dan jargon. Pemindahan makna yang dilakukan dipengaruhi teks asal dan cenderung mematuhi bahasa sumber. Kaedah penterjemahan yang digunakan adalah kaedah semantik. Manakala genre komedi lebih condong kepada bahasa lisan dan kaedah penterjemahan yang digunakan adalah kaedah penterjemahan komunikatif. Dalam situasi ini pengkaji bersetuju dengan tindakan penterjemah yang menggunakan dua laras bahasa yang berbeza bagi dua bentuk genre yang berlainan. Kaedah terjemahan yang dipilih juga bersesuaian dengan genre. 49 BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan Dalam membuat sesuatu penyelidikan terutamanya dalam mengkaji sesuatu kes,

terdapat beberapa metodologi yang digunakan untuk mencari data-data yang relevan dan tepat bagi memenuhi kehendak kajian dan menjawab penyataan masalah. Justeru itu, bab ini membincangkan metodologi yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data cerita rakyat, genre cerita jenaka bahasa Melayu yang berjudul Lebai Malang yang diterjemahkan kepada bahasa Jerman Der Unglcks Geistliche dan Pak Belalang diterjemahkan sebagai Vater Heuschreck. Kajian ini menganalisis dan mengklasifikasi aspek budaya yang telah diterjemahkan berdasarkan kepada Teori dan Teknik Terjemahan oleh Ainon Mohd. dan Adullah Hassan (2005). Di antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam bab ini : a. Persampelan Data b. Analisis Data c. Prosedur Kajian 50 3.1 Persampelan Data Sampel yang dipilih adalah daripada buku Matahari, koleksi teks terjemahan sastera Melayu oleh Albert Hoffman, Albert Lehmenkhler, Bert Nentwich, Dagmar Hahn dan Zaini Zahari yang mengandungi lima belas genre. Pilihan buku ini dibuat kerana bahasa Jerman semakin diberi perhatian di Malaysia pada masa kini. Tambahan pula semakin banyak terjemahan sastera bahasa Melayu mendapat tempat di kalangan penduduk Jerman mahu pun sebaliknya (sila lihat Lampiran 2, m.s 114, terjemahan surat: Lampiran 1, m.s 113). Kajian akan dilakukan terhadap dua buah teks dari genre cerita jenaka, iaitu Lebai Malang dalam bahasa Jerman yang dikenali sebagai Der Unglcks Geistliche (sila lihat Lampiran 3, m.s 115) dan Pak Belalang yang diterjemahkan sebagai Vater Heuschreck (sila lihat Lampiran 5, m.s 121). Pengkaji telah berusaha untuk mendapatkan teks sumber bagi keduadua buah teks sasaran dari pelbagai media. Samada buku-buku sastera Melayu mahu pun laman

web, akhirnya teks sumber iaitu Lebai Malang yang mirip kepada teks sasaran telah diperolehi dari laman web http://www.ashtech.com.my/cerita rakyat/lebai_malang.html. (sila lihat Lampiran 4, muka surat 117). Manakala teks sumber Pak Belalang adalah terlalu sukar untuk diperolehi kerana teks sasaran iaitu Vater Heuschreck berkemungkinan telah diringkaskan dan sebahagian kandungan cerita asal itu telah dilenyapkan oleh penterjemah. 51 Maka penulis mendapatkan sebuah teks sumber yang sehampir mungkin dari laman web http://www.ashtech.com.my/cerita_rakyat/pak_belalang.html (sila lihat Lampiran 6, m.s 126) dengan mengabaikan sebahagian teks yang dilenyapkan penterjemah. Pengabaian ini dilakukan kerana plot cerita bukanlah tumpuan kajian penulis sebaliknya unsur budaya yang menjadi tumpuan pengkaji. Kedua-dua teks ini menjadi pilihan penulis kerana terdapat pelbagai paparan kehidupan masyarakat Melayu pada masa dahulu, yang melibatkan cara manusia berkomunikasi, mengekal dan memperkembangkan pengetahuan mereka tentang perkara-perkara berhubung dengan kehidupan iaitu unsur budaya (Geetz,1973), yang menjadi fokus kajian. Cerita Lebai Malang atau terjemahannya Der Unglcks Geistliche bertemakan kepada seorang Lebai iaitu ahli agama yang sentiasa dipandang mulia, menjadi contoh dan berperanan penting kepada masyarakat Melayu beragama Islam. Sementara Pak Belalang pula seorang ahli nujum negara yang sentiasa bernasib baik, walau pun pada awalnya telah memulakan peranannya dengan menipu penduduk kampung. Selain dari menjadi sumber hiburan, sampel-sampel ini juga membawa makna konotasi yang memerlukan penelitian dan lebih mencabar untuk dilakukan kajian. 52

3.2 Analisis Data Data-data yang dikumpul akan dianalisis secara teliti dalam mengenal pasti aspek budaya yang terdapat dalam teks sumber dan diikuti pula teks sasaran. Aspekaspek budaya dari kedua-dua teks ini akan dikeluarkan bagi memudahkan proses perbandingan. Setiap data yang diambil akan dipaparkan dalam jadual seperti di muka surat sebelah. Jadual 3.1: Contoh jadual analisis Teks Sumber (Lampiran,m/s) Baris Teks Sasaran (Lampiran,m/s) Baris No. Ruj. Teks bahasa Melayu merupakan teks sumber dan teks bahasa Jerman dicatatkan sebagai teks sasaran. Bagi memudahkan analisis, setiap aspek budaya iaitu setiap data akan diberikan nombor rujukan untuk memudahkan analisis. Pengkaji akan menggunakan singkatan LM untuk teks Der Unglcks-Geistliche (Lebai Malang) dan berikan nombor untuk setiap unsur budaya, contohnya LM 01. Manakala teks Vater Heuschreck (Pak Belalang) diberi nombor rujukan PB 01. Data yang menjadi kajian adalah terjemahan yang mencerminkan aspek budaya. Seterusnya, aspek ini akan dianalisis dan diklasifikasikan mengikut teknik terjemahan 53 budaya berdasarkan pandangan Ainon Mohd dan Adullah Hassan dalam Teori dan Teknik Terjemahan (2005), iaitu samada : a. Unsur budaya itu dikekalkan b. Unsur budaya itu dihilangkan c. Unsur budaya itu disesuaikan semula Setelah itu barulah diberikan ulasan-ulasan dan cadangan yang relevan, terhadap faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi penterjemahan aspek budaya dalam teks sasaran. Akhir sekali berdasarkan penelitian dan analisis, komen dan kesimpulan akan

diberikan terhadap keberkesanan penyampaian mesej berdasarkan teknik terjemahan budaya yang digunakan oleh penterjemah. 3.3 Prosedur Kajian Secara amnya kajian ini menggunakan kaedah penelitian yang tertumpu terhadap teks yang dipilih. Melalui kaedah perpustakaan, rujukan akan dilakukan terhadap buku-buku berkaitan iaitu teks asal atau teks sumber, teks sasaran, aspek-aspek budaya, sastera rakyat Melayu, kamus, majalah, karya-karya terjemahan, laman web dan tesis. Terdapat tiga peringkat dalam prosedur kajian ini iatu : i. Pemilihan teks ii. Menganalisis teks iii. Rumusan 54 i. Pemilihan Teks Langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut : a. Mengenal pasti teks terjemahan dan membuat pilihan. Bidang terjemahan telah menarik minat penulis untuk melakukan kajian. Sebagai seorang guru bahasa Jerman, penulis membuat keputusan untuk memberi tumpuan terhadap teks yang melibatkan bahasa Melayu dan bahasa Jerman. Maka penulis memulakan langkah dengan melakukan pembacaan dan penelitian terhadap teks-teks terjemahan bahasa Jerman yang terdapat di Malaysia. Akhirnya penulis mendapati buku koleksi sastera Melayu yang berjudul Matahari, diterbitkan pada 1996 oleh Albert Hoffman begitu menarik untuk dikaji. Penelitian terhadap teks-teks sastera yang terdapat di dalam koleksi buku Matahari dilakukan dengan teliti, kerana ianya mengandungi lima belas genre. Setelah diteliti, penulis mendapati bahawa genre cerita jenaka begitu menarik untuk dikaji kerana ianya merupakan salah satu bentuk sastera yang terkenal serta berperanan menyampaikan mesej tertentu megenai masyarakat dahulu. Plot, watak, latar belakang serta unsur budaya yang terkandung di dalam genre ini juga begitu menarik untuk dikaji. Maka pemilihan dua buah teks dari genre

cerita jenaka iaitu Lebai Malang dan Pak Belalang yang diterjemahkan dibuat. b. Mengenal pasti teks sumber yang menjadi sampel terjemahan. Setelah diteliti teks sasaran dengan terperinci, maka pengkaji pun mencari teks sumber dari pelbagai media, samada dari buku-buku sastera mahu pun laman 55 web. Pengkaji mencari teks sumber yang sehampir mungkin dengan teks sasaran, dan akhirnya memperolehi teks dari laman web http://www.ashtech.com.my/cerita_rakyat/lebai_malang.html (sila lihat Lampiran 4, m.s 117) untuk teks Der Unglcks-Geistliche (Lebai Malang). Manakala teks sumber bagi Vater Heuschreck iaitu Pak Belalang diperolehi dari http://www.ashtech.com.my/cerita_rakyat/pak_belalang.html (sila lihat Lampiran 6, m.s 126), dengan mengabaikan sebahagian daripada kandungan cerita yang dilenyapkan oleh penterjemah. c. Melakukan perbandingan antara teks sumber dan teks sasaran Setelah memperolehi teks sumber Lebai Malang dan Der UnglcksGeistliche sebagai teks sasaran, iaitu sampel yang pertama maka teks kajian kedua Pak Belalang sebagai teks sumber dan Vater Heuschreck teks sasaran pula adalah sebagai sampel kedua, maka perbandingan antara teks sumber dan teks sasaran bagi kedua-dua sampel dari aspek budaya pun dilakukan. ii. Menganalisis Data Pada tahap ini ianya melibatkan analisis teks seperti berikut : a. Penelitian dan analisis dibuat ke atas teks sumber dan teks sasaran dengan memberi fokus kepada aspek budaya. b. Membandingkan dan mengenal pasti bagaimana aspek budaya dari teks sumber diterjemahkan atau dipindahkan ke teks sasaran. 56 c. Mengklasifikasikan teknik terjemahan budaya yang dilakukan oleh penterjemah berdasarkan teknik terjemahan budaya mengikut pandangan Ainon Mohd dan Adullah Hassan dalam Teori dan Teknik Terjemahan (2005), iaitu : i. Unsur budaya itu dikekalkan ii. Unsur budaya itu dihilangkan iii. Unsur budaya itu disesuaikan semula

d. Mengesan faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi penterjemah dalam penggunaan sesuatu teknik pengalihan budaya. e. Mengesan permasalahan yang mungkin timbul semasa penterjemahan teks dilakukan. iii. Rumusan Pengkaji akan merumus teknik terjemahan aspek budaya yang digunapakai oleh penterjemah berdasarkan pandangan Ainon Mohd dan Adullah Hassan dalam Teori dan Teknik Terjemahan (2005) serta melihat hubung kaitnya dan keberkesanan teknik yang dipilih dalam usaha untuk menyampaikan mesej teks sumber secara amnya. Selain itu penulis juga akan meneliti samada aspek budaya menimbulkan masalah dalam terjemahan teks sastera yang melibatkan dua bahasa dari rumpun yang berbeza ini. Berdasarkan penelitian serta kajian yang dibuat penulis akan merumuskan samada teks terjemahan ini mampu atau dapat memainkan peranan seperti teks sumber. 57 Sebagai rumusan, di bawah ini dipaparkan carta aliran prosedur kajian penulis : Carta 3.1: Carta aliran prosedur kajian 3.4 Kesimpulan Bab ini menghurai dan menerangkan mengenai tatacara rangka kajian yang akan digunakan dalam kajian ini. Berlandaskan rangka kajian inilah penulis akan melakukan kajian terperinci ke atas dua buah teks iaitu Der Unglcks-Geistliche (Lebai Malang) dan Vater Heuschreck (Pak Belalang) dari genre cerita jenaka. Kajian ini memberi fokus kepada aspek budaya dari teks sumber iaitu teks bahasa Melayu yang diterjemahkan atau dialihkan kepada bahasa sasaran, bahasa Jerman. Dapatan kajian serta rumusannya akan dibincangkan di dalam bab berikut bagi menjelaskan dapatan daripada kajian yang dijalankan. Penyataan Masalah Pilihan Teks

Analisis Data Mengkategorikan Kesimpulan 58 BAB EMPAT ANALISIS DAN PENEMUAN 4.0 Pendahuluan Budaya merupakan identiti sesebuah masyarakat dan bahasa pula merupakan indeks kepada budaya. Oleh itu bahasa yang digunakan akan menggambarkan budaya. Oleh itu sesuatu cerita rakyat yang menjadi lambang sesebuah masyarakat sudah tentu memaparkan aspek budaya masyarakat tersebut. Seorang penterjemah yang baik selain harus menguasai bahasa sumber dan bahasa sasaran, juga harus memahami konteks karya yang akan diterjemahkan. Ini adalah kerana penterjemahan bukanlah sekadar pengalihan bahasa sahaja, sebaliknya ianya turut melibatkan hal-hal kebudayaan (Ainon Mohd dan Abdullah Hasssan, 2005). Padanan kebudayaan antara bahasa sumber dengan bahasa sasaran perlu dicari bagi meningkatkan kefahaman pembaca sasaran iaitu teks terjemahan serta melahirkan kesan pembacaan yang sehampir. Apabila penterjemahan melibatkan teks sastera, persoalan budaya merupakan sesuatu yang tidak boleh diabaikan. Pada amnya plot, latar, bahasa, watak dan sebagainya memainkan peranan penting sebagai lambang dan mewakili sesebuah masyarakat yang juga membantu bagi mewujudkan kesan yang baik serta menyampaikan mesej sesuatu cerita itu. Oleh itu pengkaji ingin meneliti bagaimanakah pengalihan unsur budaya dilakukan oleh penterjemah yang turut menyumbang kepada 59 penyampaian mesej cerita. Berlandaskan kepada objektif inilah kajian yang terperinci akan dilakukan oleh penulis. 4.1 Analisis Kaedah Menterjemahkan Unsur Budaya Dalam kajian ini, analisis terperinci terhadap aspek budaya dari keduadua buah

teks yang telah dipilih iaitu Der Unglcks-Geistliche (Lebai Malang) dan Vater Heuschreck (Pak Belalang) akan dilakukan berdasarkan teknik terjemahan budaya mengikut pandangan Ainon Mohd dan Adullah Hassan dalam Teori dan Teknik Terjemahan (2005), seperti yang telah dibincangkan dalam Bab Dua, iaitu: a. Unsur budaya itu dikekalkan b. Unsur budaya itu dihilangkan c. Unsur budaya itu disesuaikan semula 4.1.1 Unsur Budaya Dikekalkan Dalam teknik ini, unsur budaya akan dikekalkan dalam teks terjemahan. Walau bagaimanapun teknik mengekalkan unsur budaya asing dalam terjemahan adalah teknik yang banyak kelemahannya (Ainon Mohd dan Abdullah Hasssan, 2005). Penterjemah akan cuba mengekalkan unsur budaya teks sumber walaupun gambaran sebenar pengekalan budaya tidak membantu pembaca teks sasaran. Apatah lagi apabila penterjemah sendiri tidak menitikberat keberkesanan pengalihan sesuatu unsur budaya. Penterjemah hanya sekadar menterjemahkannya sahaja tanpa sebarang gambaran mahupun penerangan. Keadaan ini akan menjadi lebih sukar lagi sekiranya ia melibatkan dua bahasa dari rumpun yang berbeza. Ini adalah kerana jurang perbezaan 60 budaya yang tinggi, yang mana boleh mengakibatkan timbulnya kekeliruan kepada pembaca teks sasaran. Lantas akan menyebabkan teks sasaran yang dihasilkan tidak sepadan dengan kualiti teks sumber. Penerangan yang terperinci telah dilakukan dalam Bab Dua (sila lihat m.s 39). 4.1.1.1 Der Unglcks-Geistliche (Lebai Malang) Dalam sastera rakyat Melayu Lebai Malang iaitu tajuk cerita yang dijadikan sumber kajian ini apabila dibaca atau didengar oleh pembaca sumber, maka wujud suatu persepsi atau gambaran umum mengenai tema cerita. Menurut Kamus Dewan lebai

bermaksud orang yang mengetahui tentang agama. Dari itu sudah tentulah tema cerita ini berkisar mengenai seorang yang dihormati di kalangan masyarakat. Persoalannya, kenapa lebai ini digelar Lebai Malang. Secara tidak langsung pembaca akan membuat andaian kemungkinan Lebai ini sering ditimpa malang. Penterjemah telah menterjemah tajuk cerita Lebai Malang kepada Der Unglcks-Geistliche, walau bagaimanapun tajuk ini tidak digunakan oleh penterjemah dalam perkembangan watak teks terjemahan, malah ianya telah dilenyapkan terus oleh penterjemah, sebaliknya perkataan Pak Lebai dalam teks sasaran dikekalkan dengan hanya melakukan perubahan ejaan seperti di bawah : Jadual 4.1: Analisis 1 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 117) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris No. Ruj. Pak Lebai 06 Pa Lebai 07 LM 01 61 Dapatkah pembaca sasaran mengaitkan panggilan Pa Lebai ini semasa mendalami atau mengikuti perkembangan cerita ini, yang merupakan watak utama dalam cerita yang berperanan mengaitkan latar serta plot cerita dalam mewujudkan kesan pengajaran kepada pendengar atau pun pembaca. Pada pendapat pengkaji adalah terlalu sukar untuk mendapatkan pembaca yang prihatin terhadap isuisu sebegini, melainkan teks terjemahan diterjemahkan dengan satu kaedah yang memerlukan pembaca sering mengaitkan situasi dengan penerangan awal yang terdapat pada tajuk cerita ini. Penterjemah mengekalkan unsur ini tanpa menghuraikan keberkesanannya, dan menyebabkan terjemahan ini banyak kelemahannya. Selain itu penterjemahan perkataan tikar telah diterjemah dengan tepat sebagai Matte. Yang menjadi persoalan di sini adakah penterjemahan yang tepat ini dapat

juga menyampaikan mesej yang tepat kepada pembaca sasaran dalam situasi ini. Pengkaji berpendapat pembaca sasaran tidak mungkin dapat memahami unsur budaya sebegini. Apakah fungsi tikar itu, serta apakah gambaran tikar yang tercetus dalam minda pembaca teks sasaran ini berdasarkan pandangan dunia mereka. Dalam situasi begini, penterjemah telah cuba sedaya upaya mengekalkan unsur budaya ini tanpa menghiraukan aspek keberkesanannya. Tindakan penterjemah mengekalkan unsur budaya ini, berkemungkinan kerana terdapat kesepadanan perkataan dalam bahasa Jerman serta bersikap cuba mengekalkan budaya bahasa sumber dalam teks sasaran, walaupun ianya tidak memberi kesan yang baik terhadap pengalihan budaya. 62 Jadual 4.2: Analisis 2 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 117) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris No. Ruj. dan tikar 21 und eine Matte 12 LM 02 4.1.1.2 Vater Heuschreck (Pak Belalang) Teks terjemahan Vater Heuschreck (Pak Belalang) juga didapati mempunyai unsur budaya dari teks sumber iaitu Pak Belalang yang dikekalkan oleh penterjemah. Contohnya: Jadual 4.3: Analisis 3 Teks Sumber (Lampiran 6, m/s 126) Baris Teks Sasaran (Lampiran 5, m/s 121) Baris No. Ruj. Pak Belalang pun mengambil kertas yang buruk, ditulisnya bagai bekas cakar ayam

sahaja 26-27 Als die Leute bei Vater Heuschreck sa_en, holte jener ein Blatt Papier, Kritzelte allerlei Krhenf_e darauf 2-3 PB 01 63 Simpulan bahasa yang digunakan adalah cakar ayam, yang bermaksud tulisan yang buruk dan secara kebetulan terdapat persamaan dengan bahasa Jerman iaitu Krhenf_e juga membawa maksud tulisan yang buruk. Namun demikian Krhen bermaksud gagak dan f_e pula adalah kaki (kaki gagak). Ini menunujukkan bahawa penterjemah telah sedaya upaya cuba mencari kesepadanan dalam usaha menterjemah teks ini. Simpulan bahasa juga melambangkan betapa budaya masyarakat Melayu begitu berhati-hati dalam membuat teguran kepada seseorang agar tidak tersinggung. Memandangkan terdapat kesamaan, maka penterjemah tidak mensiasiakan unsur kesamaan ini dan telah mengaplikasikannya ke dalam teks sasaran. Pada pendapat saya berkemungkinan sekali simpulan bahasa dalam masyarakat Jerman turut memainkan peranan yang sama seperti masyarakat Melayu. Dalam usaha mengekalkan jalan cerita agar berkembang dan difahami dengan baik, penterjemah telah mengekalkan satu unsur budaya yang kelihatan seolah-olah bunyi semulajadi. Pengkaji berpendapat bahawa unsur ini merupakan sesuatu yang mengelirukan dan terlalu sukar untuk pembaca sasaran menggarapkannya. Contohnya : Jadual 4.4: Analisis 4 Teks Sumber (Lampiran 6, m/s 129 ) Baris Teks Sasaran (Lampiran 5, m/s 122 ) Baris No.

Ruj. direndangnya sebiji-biji , maka berbunyilah roti itu kena minyak di dalam kuali, chur bunyinya 18 Einen Teig nach dem anderen lie_ sie in den Kessel mit l fallen. Tschur machten der ersten Kuchen.. 2223 PB 02 64 Setelah teks sasaran seperti di atas dihasilkan, penerangan ringkas dalam bahasa Jerman : Im Malaiischen hei_t Dieb nmlich pentschuri (Lampiran 5, Baris: 24 - 25, m.s 122) dilakukan. Tindakan ini adalah untuk menunjukkan bunyi perkataan pencuri dalam bahasa Melayu itu, berkaitan dengan bunyi roti yang direndang chur. Selain itu pengkaji juga berpendapat bahawa penterjemah cuba untuk mengembangkan plot cerita sama seperti teks sumber. Justeru itu langkah mengekalkan bunyi chur dibuat dengan hanya melakukan perubahan ejaan menjadi Tschur. Pengekalan ini kelihatan hanya seperti percubaan untuk mengekalkan bunyi sahaja. Namun demikian apabila diteliti, didapati bahawa ianya menggambarkan cara masakan masyarakat Melayu tradisi. Ini membuktikan terdapat pengekalan unsur budaya, walaupun ianya tidak menjurus kepada penghasilan penterjemahan yang berkesan dalam usaha menghasilkan teks sasaran yang berkualiti. 4.1.2 Unsur Budaya Dihilangkan Mengikut kaedah ini unsur budaya digantikan dengan perkataan yang menerangkan makna sebenar. Kaedah ini sesuai apabila terdapat unsurunsur pertentangan nilai budaya (Ainon Mohd dan Abdullah Hasssan, 2005). Perbincangan yang terperinci berhubung dengan unsur budaya yang dihilangkan telah pun dilakukan dalam Bab Dua (sila lihat m.s 40).

65 4.1.2.1 Der Unglcks-Geistliche (Lebai Malang) Jadual 4.5: Analisis 5 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 117) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris No. Ruj. kenduri berkhatam pengajian 07-08 Feier der Beendingung seiner Schulstudien 03 LM 03 Terjemahan di atas membuktikan kepada kita bahawa penterjemah melakukan suatu terjemahan yang telah mengakibatkan percanggahan maksud sebenar teks sumber. Berkhatam menurut Kamus Dewan Bahasa ialah pengajian (Quran) tamat kajian (bacaan Quran). Apa yang dimaksudkan dalam teks sumber adalah suatu majlis diadakan sebagai tanda seseorang Islam telah tamat membaca AlQuran. Manakala dalam teks terjemahan ianya telah dinyatakan sebagai sebuah majlis meraikan tamat belajar. Berkemungkinan penterjemah tidak dapat membezakan perkataan pengajian antara tamat sekolah dan tamat mengaji Al-Quran, atau mungkin penterjemah tidak dapat mencari suatu kesepadanan kepada perkataan ini dengan bahasa sasaran. Pilihan perkataan yang menyampaikan makna adalah amat penting, dan sekiranya ianya tidak dapat dilakukan, adalah lebih baik sekiranya penterjemah membuat sedikit catatan mengenai majlis berkhatam, bagi menjelaskan maksudnya itu daripada mengambil jalan pintas. Penterjemahan yang dilakukan bukan saja terpesong maksud asal, malah turut menghilangkan koheren teks terjemahan. Pembaca teks 66 sasaran tidak dapat menghubungkait peranan seorang Lebai dengan majlis tersebut, yang turut memberi kesan kepada plot serta watak teks sasaran.

Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2005), proses komunikasi tidak boleh dikaji terpisah daripada konteks masyarakat, kerana ini akan menghilangkan maksud sebenar sesuatu teks itu. Dari itu penterjemah seharusnya mencari kaedah yang dapat menyampaikan mesej tersebut dengan lebih berkesan tanpa melenyapkan unsur budaya. Pada masa dahulu jarak atau jangka masa sesuatu peristiwa sering dikaitkan dengan situasi-situasi tertentu seperti sepuntung rokok, setanak nasi dan lain-lain lagi, iaitu membandingkan sesuatu perbuatan yang mengambil masa dengan situasi tertentu. Dalam teks sumber, unsur sebegini yang menunjukkan jangka masa seperti di atas turut digunakan : Jadual 4.6: Analisis 6 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 117) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115 ) Baris No. Ruj. hingga beralih matahari 14 jeder wartete und wartete 06-07 LM 04 67 Penterjemahan hingga beralih matahari merupakan suatu jangka masa yang sangat panjang telah digantikan dengan jeder wartete und wartete yang bermaksud menunggu-nunggu. Terjemahan begini tentulah menyebabkan pembaca teks sasaran tidak dapat membayangkan bahawa penantian jemputan dan tuan rumah terhadap Pak Lebai adalah melibatkan suatu tempoh masa yang sangat panjang yang juga merupakan suatu unsur budaya dalam masyarakat Melayu. Justeru, ianya tidak dapat menggambarkan kepentingan atau kedudukan Pak Lebai, yang sudah menjadi

suatu kemestian dalam budaya masyarakat Melayu ketika menyambut sesuatu majlis, terutamanya majlis keagamaan. Penulis berpendapat sudah tentu pembaca teks terjemahan tidak akan dapat menggambarkan juga gaya hidup masyarakat Melayu yang beragama Islam pada ketika itu yang memberikan penghormatan yang tinggi terhadap seseorang yang tinggi pendidikan keagamaannya. Dalam hal ini, penterjemah telah menghilangkan unsur budaya dan menggantikannya dengan perkataan lain. Kadang kala seseorang penterjemah cuba menyiapkan hasil terjemahan dengan jalan yang mudah dan cepat tanpa memikirkan atau mempertimbangkan mutu atau hasil terjemahannya. Dari itu pelbagai jalan pintas diambil dalam menyiapkan kerja-kerja terjemahannya. Apabila diteliti teks terjemahan ini, didapati penterjemah cuba mempermudahkan terjemahannya dengan cara membuat kesimpulan kepada sesuatu situasi itu, contohnya : 68 Jadual 4.7: Analisis 7 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 117) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris No. Ruj. yang mati pun dimandikan serta disembahyangkan lalu ditanamkan berkhatam itu pun dikhatamkan oranglah 14-15 15 der Tote ohne ihn begraben der Knabe Feierte sein Fest ohne ihn 07-08

08 LM 05 LM 06 Unsur budaya (LM 05) teks sumber baris 14 hingga 15 telah diterjemahkan dengan hanya menyatakan der Tote ohne ihn begraben yang bermaksud simati dikebumikan tanpanya (LM 05). Manakala unsur budaya LM 06 bermaksud kanak-kanak lelaki itu meraikan majlisnya tanpanya. Teks sasaran LM 17 (sila lihat m.s 115) diterjemahkan kepada perhimpunan sembahyang itu diadakan tanpa kehadirannya ( ohne seine Anwesenheit). Jika diteliti, ketiga-tiga ayat di atas telah diterjemahkan sebagai tanpa kehadirannya. 69 Pada pendapat pengkaji penterjemah mengambil suatu jalan singkat dengan mengabaikan ikon Pak Lebai yang amat memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu beragama Islam, yang turut merupakan watak penting kepada cerita tersebut. Terjemahan sebegini sudah tentu menyebabkan pembaca tidak sedar atau mungkin tidak tahu langsung hubungkait antara peranan watak dalam situasi tersebut. Persoalan yang mungkin timbul, Kenapa semua majlis itu begitu memerlukan kehadirannya? Selain ikon watak utama diabaikan, penterjemah juga telah menggugurkan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam, contohnya proses pengurusan jenazah, yang mati pun dimandikan serta disembahyangkan lalu ditanamkan . Proses pengurusan jenazah antara dua agama dan budaya yang berbeza, tentulah berlainan sama sekali. Dari itu mungkinkah ianya dapat memberikan kesan yang sama seperti teks sumber apabila hanya diterjemahkan yang mati pun dikebumikan tanpanya, di dalam masyarakat yang beragama Islam pengurusan jenazah biasanya akan diambil alih oleh Pak Lebai yang merupakan seorang yang dihormati, dipercayai

dan mempunyai keupayaan. Pengkaji berpendapat penterjemah telah mengambil jalan yang singkat dan mudah dalam menghasilkan teks sasaran tanpa memikirkan kesan peranan watak utama itu dengan menghilangkan unsur budaya. Sebaliknya terjemahan boleh dilakukan dengan mencari kesepadanan dengan budaya masyarakat bahasa sasaran yang majoritinya beragama Kristian, kerana mereka juga mempunyai cara tertentu dan orang tertentu dalam menguruskan kematian. Dengan teknik ini, pengkaji berpendapat bahawa makna konotasi dapat diwujudkan kepada watak utama itu, seandainya penterjemah 70 mahu mengekalkan unsur-unsur budaya asal. Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2005), terjemahan yang baik mesti memberitahu pembaca bahawa dia sedang membaca berkenaan orang, benda, perkara dan budaya asing. Oleh itu bagi memastikan perkara ini, unsur-unsur budaya asal wajib dikekalkan, dengan melakukan sedikit penyesuaian seperti penerangan ringkas dan bukanlah dengan cara unsur budaya itu dilenyapkan. Masyarakat Melayu pada masa silam begitu kaya dengan penjodoh bilangannya dan sehingga kini ianya masih diguna pakai. Penjodoh bilangan ini secara tidak langsung menggambarkan budaya masyarakat Melayu yang begitu prihatin terhadap ukuran dan mahu menghasilkan sesuatu ukuran dengan tepat, jujur dan ikhlas dalam berurusan walau pun tiada alat pengukur pada ketika itu. Oleh itu timbullah ukuranukuran seperti secupak, seikat, setandan, setali dan sebagainya dan unsur sebegini telah juga diterapkan dalam teks sumber ini. Sayangnya kehalusan bahasa Melayu yang menggambarkan sifat kejujuran dan keperhatinan ini telah diabaikan oleh penterjemah yang sepatutnya difahaminya kerana beliau pernah tinggal bersama masyarakat Melayu

pada suatu ketika dulu. Akibatnya penterjemahan begini telah dihasilkannya : Jadual 4.8: Analisis 8 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 117) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris No. Ruj. secupak daging, serta kelapa setali dan kampit beras satu 22-23 Fleisch,Kokonsse und Reis 13-14 LM 07 71 Penterjemah hanya menyatakan daging, kelapa dan beras sahaja. Unsur budaya ini dihilangkan oleh penterjemah. Agama Islam yang menjadi teras kehidupan masyarakat Melayu tidak dapat dipisahkan lagi dengan gaya hidup dan amalan Nabi Muhammad SAW serta suruhan dan perintah Allah SWT. Maka teks sumber ini turut memasukkan perkara-perkara yang melibatkan hal keagamaan seperti sabda junjungan yang bermaksud bahawa ianya adalah suatu perkara yang wajib dilakukan dan disampaikan sendiri oleh pesuruh Allah. Pengkaji berpendapat unsur sebegini adalah tidak mustahil untuk diterjemahkan oleh penterjemah kerana masyarakat pembaca teks sasaran mampu untuk memahaminya. Mengapakah penterjemah telah mengabaikannya? Adakah mungkin kerana penterjemah tidak mahu melibatkan atau menerapkan hal keagamaan sebegini dalam teks terjemahannnya. Akibatnya terjemahan sebegini dilakukannya : Jadual 4.9: Analisis 9 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 118) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris

No. Ruj. sabda junjungan dahulukan kerja wajib daripada kerja-kerja yang lain 01 Die Plicht rief ihn jedoch zu dem Toten 15 LM 08 72 Unsur budaya LM 08 yang diterjemahkan kepada Die Plicht bermaksud kewajiban membawanya kepada kematian. Perkataan sabda junjungan itu telah dihilangkan. Penggantian yang dilakukan adalah tidak munasabah, ini berkemungkinan penterjemah cuba untuk tidak menggunakan unsur-unsur keagamaan dalam penterjemahannya. Ini adalah sesuatu yang amat bertentangan dengan masyarakat Melayu yang segala tindak-tanduk tidak dapat dipisahkan daripada pegangan agama mereka. Masyarakat Melayu banyak menggunakan bahasa halus dan indah dalam pertuturan. Dari itu timbullah ungkapan, peribahasa, simpulan bahasa dan sebagainya. Kehalusan bahasa ini juga menjadi lambang atau menggambarkan pandangan hidup masyarakat Melayu sendiri dalam menyampaikan sesuatu mesej atau sindiran secara halus. Maka unsur sebegini juga digunakan dalam teks sumber yang telah diabaikan atau dilenyapkan oleh penterjemah dalam menghasilkan teks sasaran. Jadual 4.10: Analisis 10 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 119) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris No. Ruj. putihlah matanya 24 - - LM 09 Bahasa-bahasa puitis yang menggambarkan kesenian dan kehalusan bukan sahaja pada bahasa Melayu malah masyarakat yang menggunakannya juga telah diabaikan oleh

penterjemah. Dalam konteks ini pantun yang terdapat dalam teks sumber tidak diterjemahkan, sebaliknya dilenyapkannya. 73 Jadual 4.11: Analisis 11 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 120) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris No. Ruj. Lebai nasib langkahan malang Kehulu hilir penat berulang Celaka sial bedebah jembalang Pakaian dibuang bertelanjang pulang 10-13 - - LM 10 Selain itu syair yang terdapat dalam teks sumber turut diabaikan dalam teks sasaran. Jadual 4.12: Analisis 12 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 120) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris No. Ruj. Ayuhai nasib fikir miskin, Dapat sedekah sebungkus lempeng , Habis hilang baju dan kain, Penganan habis dibaham anjing. 17-24 - - LM 11 74 4.1.2.2 Vater Heuschreck (Pak Belalang) Setelah meneliti teks Lebai Malang, didapati terdapat juga unsur-unsur budaya dalam teks Pak Belalang yang turut dihilangkan. Jadual 4.13: Analisis 13 Teks Sumber (Lampiran 6, m/s 126) Baris Teks Sasaran

(Lampiran 5, m/s 121 ) Baris No. Ruj. Maka kata Pak Belalang, pada fikiranku pergilah anakku sembunyikan kerbau orang yang menenggala di bendang itu barang dua ekor, 22-23 ,,Geh hinber zu diesen Bauern und entfhre, ihnen heimlich die Bffel. Verstecke sie im Wald! 14-18 PB 03 Dari contoh di atas jelas menunjukkan kepada kita perkataan menenggala di bendang hanya digantikan dengan Bauern yang bermaksud petani, ini tentulah tidak menampakkan kepada pembaca teks sasaran bagaimana cara masyarakat petani Melayu pada masa dahulu mengerjakan sawah atau bendang mereka. Apatah lagi untuk mengaitkan kehilangan kerbau yang membantu petani dan sebagai penggerak utama untuk kerja-kerja menenggala dengan plot cerita. 75 Jadual 4.14: Analisis 14 Teks Sumber (Lampiran 6, m/s 127) Baris Teks Sasaran (Lampiran 5, m/s 122) Baris No. Ruj. pada ketika itu Pak Belalang pun ada di rumah sedang memegang gobek... beras, padi, tembakau, gambir, ikan 23 09 mit Reis, Tabak und Fischen im Wert

PB 04 PB 06 Menurut Kamus Dewan gobek adalah merupakan sejenis alat (seperti takung kecil) digunakan untuk melumatkan sireh. Manakala gambir pula ialah benda yang diperbuat daripada daun gambir untuk dimakan dengan sireh dan pinang. Memandangkan bahawa kedua-duanya tidak diterjemahkan, dapat disimpulkan bahawa kedua-dua bahan yang digunakan untuk memakan sireh telah dilenyapkan oleh penterjemah, ini berkemungkinan kerana budaya makan sireh tiada dalam budaya pembaca sasaran, dari itu adalah terlalu sukar untuk penterjemah menterjemahkannya kepada pembaca teks sasaran. 76 Jadual 4.15: Analisis 15 Teks Sumber (Lampiran 6, m/s 129) Baris Teks Sasaran (Lampiran 5, m/s 121) Baris No. Ruj. Insyaallah taala, berkat dengan tinggi daulat 06-07 - - PB 06 Sekali lagi seperti dalam teks Lebai Malang penterjemah mengambil tindakan yang sama kepada teks Pak Belalang dengan mengabaikan unsur keagamaan yang terdapat dalam teks sumber, mungkin tiada perkataan yang sesuai untuk menggantikannya dan mungkin juga penterjemah tidak mahu memasukkan perkaraperkara yang melibatkan keagamaan yang begitu sensitif, walau pun ini amat bertentangan dengan budaya masyarakat Melayu di mana agama menjadi titik tolak dalam segala hal kehidupan. 4.1.3 Unsur Budaya Disesuaikan Semula Ada ketikanya sesuatu istilah yang digunakan seolah-olah mempunyai

padanannya atau mungkin disamaertikan dalam bahasa yang diterjemahkan. Namun demikian pada hakikatnya ia berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini terletak pada latar belakang sesuatu budaya itu. Oleh sebab itu adalah lebih baik sesuatu konsep diterjemahkan dengan melakukan penyesuaian budaya bahasa sasaran (Ainon Mohd 77 dan Abdullah Hasssan, 2005). Penerangan yang terperinci telah dilakukan dalam Bab Dua (sila lihat m.s 41). 4.1.3.1 Der Unglcks-Geistliche (Lebai Malang) Lebai Malang iaitu teks dari sastera rakyat Melayu yang dijadikan sumber kajian, merupakan sebuah cerita yang berkisar tentang seorang lebai yang sentiasa ditimpa malang atas segala tindak-tanduk yang diambilnya. Lebai adalah merupakan seseorang yang dihormati dalam masyarakat kerana pengetahuan agamanya dan sentiasa menjadi rujukkan dan sering bertindak sebagai penasihat dalam sesuatu hal. Penterjemahan tajuk ini telah dilakukan secara literal (terus) dengan menggunakan: Lebai Malang Der Unglcks - Geistliche Jadual 4.16: Analisis 16 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 117) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris No. Ruj. Lebai Malang 00 Der Unglcks Geistliche 00 LM 12 Der Unglck bermaksud seorang lelaki yang malang. Manakala Geistliche pula adalah seorang paderi. Dalam situasi ini walau pun pengalihan yang di lakukan tidak tepat, namun satu kaitan yang baik dapat mengambarkan watak Lebai Malang dengan jelas kepada pembaca sasaran. 78 Jadual 4.17: Analisis 17 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 117)

Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 116) Baris No. Ruj. tentulah kenyang makan lempeng penganan 24 Der Gastgeber berreichte ihm jedoch ein Pckchen mit Kuchen 1 LM 13 Pada baris ke 24 (LM 13) teks sumber, Pak Lebai menyatakan bahawa dia akan kenyang makan lempeng. Lempeng menurut Kamus Dewan Bahasa adalah sejenis kuih yang pipih dan tipis (yang diperbuat daripada tepung beras dan lain-lain lagi). Sebaliknya telah diterjemah menjadi Kchen yag bermaksud kek yang merupakan sejenis makanan lain. Dari itu sudah tentulah pembaca sasaran tidak mengesan terdapatnya perbezaan makanan antara kedua-dua masyarakat, unsur beginilah yang menerangkan secara tidak langsung akan budaya dan gaya hidup masyarakat teks sumber. Penterjemah telah menyesuaikan semula unsur budaya tersebut dengan jalan yang mudah walaupun penterjemah boleh menggunakan perkataan Pfannkuchen yang bermaksud lempeng. 79 Jadual 4.18: Analisis 18 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 118) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 116) Baris No. Ruj. teringatlah ia akan air niranya diatas pohon kabung tiada berambil lagi 23 dass er an einer

Kabong-Palme,deren Saft er abzapfte,das Gef_ mit dem Palmsaft noch nicht abgenommen hatte 03-04 LM 14 Pohon atau pokok kabung yang hanya terdapat di kawasan tropika malangnya tidak lagi dikenali oleh sebilangan besar masyarakat Melayu pada masa kini. Oleh itu adalah sesuatu yang mustahil untuk dikenali oleh pembaca sasaran. Apatah lagi nama pokok itu dikekalkan dengan hanya menambahkan perkataan Palme (LM 14) sahaja sebagai tambahan penerangan kepada pokok itu. Penterjemah mengandaikan setidaktidaknya pembaca sasaran dapat membuat satu gambaran tentang pokok kabung itu dari jenis palma. Nira menurut Kamus Dewan adalah air yang disadap dari mayang kelapa atau enau (boleh dibuat gula, tuak) telah diterjemahkan dengan membuat penerangan seperti deren Saft er abzapfte baris tiga hingga empat, yang bermaksud jusnya yang disedut. Mungkinkah unsur budaya atau gaya hidup masyarakat Melayu tradisi ini dapat meninggalkan kesan kepada pembaca sasaran, seperti mengapa nira itu perlu diambil pada masa itu atau penting kepada Lebai Malang. 80 Selain itu sudah tentu juga pembaca sasaran tidak dapat membayangkan bagaimana caranya nira itu akan dipungut. Dari itu sudah tentu pembaca teks sasaran tidak dapat membayangkan situasi Lebai Malang pada ketika itu, yang bertungkuslumus memanjat pokok kabung dan memberi kesan kepada plot serta watak cerita ini. Ianya juga merupakan punca mata pencarian masyarkat Melayu pada masa dahulu. Di mana pendapatan mereka adalah sangat sedikit serta memerlukan ketekunan dalam melakukan kerja-kerja sebegini. Justeru, lempeng yang diperolehinya amat bemakna juga dan seterusnya mewujudkan teks yang koheren yang memberi kesan kepada

pembaca. Di sini penterjemah telah melakukan penyesuaian semula terhadap unsur budaya ini tanpa menghiraukan kesan kepada plot teks Lebai Malang ini. Flora dan fauna adalah begitu sebati dengan masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan beriklim tropika. Sumber mata pencarian, sumber makanan, tempat perlindungan dan lain-lain lagi amat bergantung kepada persekitaran mereka. Dari itu segalanya adalah hasil hutan, apa yang digambarkan oleh penulis teks sumber adalah corak kehidupan masyarakat Melayu sebenar. Contohnya jalan perhubungan adalah melalui sungai menggunakan sampan atau darat dengan berjalan kaki mahu pun menggunakan bacuk untuk memunggut nira. Bacuk mengikut Kamus Dewan ialah bekas tempat menakung cecair (contohnya dibuat daripada buluh). Oleh itu apabila ianya diterjemahkan menjadi Gef_ yang bermaksud bekas kecil untuk mengisi air sahaja, sudah tentulah ini tidak menampakkan gaya hidup masyarakat teks sumber yang sebenarnya. 81 Jadual 4.19: Analisis 19 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 119) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 116) Baris No. Ruj. Dan diambil bacuk nira yang penuh dengan nira itu, lalu dibalingkannya 25 und warf noch das Gef_ mit Palmsaft 08 LM 15 Sebaiknya penterjemah membuat sedikit penerangan seperti bahan yang digunakan untuk membuat bekas ini. Secara tidak langsung ini akan menambahkan lagi

kefahaman pembaca teks sasaran. Penterjemah telah melakukan penyesuaian semula tanpa menghiraukan keberkesanan terjemahannya itu. Pada masa dahulu masyarakat Melayu menggunakan kelambu ketika tidur bagi menggelakan daripada gigitan nyamuk mahu pun serangga ketika tidur, ini secara tidak langsung menggambarkan corak kehidupan masyarakat pada masa dahulu, malahan hingga kini kelambu masih digunakan di kawasan luar bandar. Tersiratnya kelambu juga merupakan sebagai bilik kepada masyarakat pada masa dahulu yang hanya mempunyai sebuah ruang untuk tinggal bersama ahli keluarga yang ramai. Maka ianya juga merupakan sebuah tempat atau kawasan persendirian. Malangnya frasa di bawah telah diterjemahkan kepada ins Bett: 82 Jadual 4.20: Analisis 20 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 120) Baris Teks Sasaran (Lampiran3, m/s 116) Baris No. Ruj. lari masuk ke dalam kelambu mencari kain 14 flchtete ins Bett, holte sich einen anderen Sarong 29 LM 16 Teks sasaran bermaksud Lebai Malang berlari masuk ke tempat tidurnya. Pengkaji berpendapat mesej yang ingin disampaikan secara tersurat itu mungkin dapat digarap oleh pembaca teks sasaran tetapi perkara budaya yang tersirat sama sekali gagal disampaikan. Dalam situasi ini penterjemah telah melakukan penyesuaian semula. 4.1.3.2 Vater Heuschreck (Pak Belalang) Memandangkan bahasa Melayu dan bahasa Jerman adalah dua bahasa dari

rumpun yang berbeza, sudah tentulah tidak semua unsur budaya dalam teks sumber dapat diterjemahkan ke dalam teks sasaran. Maka terkadang kala ianya memerlukan penyesuaian semula dilakukan. Antaranya: 83 Jadual 4.21: Analisis 21 Teks Sumber (Lampiran 6, m/s 128) Baris Teks Sasaran (Lampiran 5, m/s 122 ) Baris No. Ruj. dititahkan oleh baginda memukul canang segenap pekansiapa-siapa tahu bertenung. 14 Er lie_ berall im Land nach einer Person fragen, die ihm bei der Suche behiflich 11-12 B 07 Canang menurut Kamus Dewan adalah gong kecil yang digunakan untuk mengabarkan atau menghebohkan sesuatu berita pada masa dahulu. Dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu canang ini juga berperanan sebagai alat untuk berkomunikasi. Berkemungkinan penterjemah beranggapan pembaca sasaran tidak memahami situasi ini dan menyebabkan penyesuaian semula dilakukan dengan menterjemahkannya sebagai lelaki itu berlari dan bertanya kepada setiap orang dalam daerah sesiapa yang dapat membantu mencari barang yang hilang. Harapan penterjemah agar mesej untuk mencari orang yang dapat menolong raja mendapatkan semula emas yang dicuri itu dapat disampaikan dengan lebih tepat. Ini menyebabkan penyesuaian semula begini dilakukan dan membawa kepada pengabaian unsur budaya. 84 Selain itu penterjemah juga melakukan penyesuaian semula dalam jenis

makanan yang terdapat dalam teks sumber : Jadual 4.22: Analisis 22 Teks Sumber (Lampiran 6, m/s 129) Baris Teks Sasaran (Lampiran 5, m/s 122 ) Baris No. Ruj. Maka tepung ini perbuatlah roti direndangnya sebijibiji.. 13 Dann lie_ er sich von seiner Frau Kuchen backen. Einen Teig nach dem anderen lie_ sie 23 PB 08 Jika diperhatikan secara terperinci berkemungkinan roti yang dimaksudkan dalam teks sumber itu adalah sejenis kuih yang dikenali sebagai cucur yang menjadi santapan harian masyarakat Melayu pada masa dahulu, telah disesuaikan oleh penterjemah kepada Kuchen yang bermaksud kek atau kuih kepada pembaca sasaran. 85 4.1.4 Lain-Lain 4.1.4.1 Der Unglcks-Geistliche (Lebai Malang) Jadual 4.23: Analisis 23 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 117) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris No. Ruj. yang berkenduri itu pun bertampillah berdikir 16 die Gebetversammlung fand ohne seine Anwesenheit statt 08-09 LM 17 Dalam baris 16 teks sumber (LM 17) tercatat yang berkenduri itu pun

bertampillah berdikir telah diterjemahkan menjadi Gebetversammlung yang bermaksud perhimpunan sembahyang. Terjemahan yang dilakukan ini langsung telah terpesong dari maksud sebenar teks sumber dan tidak menampakkan situasi sebenar majlis tersebut. Menurut Kamus Dewan, berdikir merupakan ucapan (doa) untuk memuji-muji Rasul biasanya dengan berlagu (lazimnya diadakan ketika Maulud Nabi) dan dalam majlis ini ianya dilakukan secara beramai-ramai. Maka penterjemahan seperti ini bukan sahaja tidak dapat memberi kesan yang sama seperti teks sumber malah langsung tidak tepat. Perbezaan agama antara penterjemah dan masyarakat teks sumber juga merupakan antara faktor yang membawa kepada terjemahan sebegini. 86 Sudah menjadi resam masyarakat Melayu lama apabila seseorang itu menguruskan jenazah, maka akan disedekahkan kain putih dan sekeping tikar, penterjemah tidak mengabaikan aspek budaya ini dan menterjemahkannya. Namun demikian unsur budaya LM 18 kain putih telah digantikan dengan ein wei_es Gewand dalam teks sasaran yang bermaksud sehelai jubah putih. Ini berkemungkinan berlaku kerana penterjemah tidak dapat mengaitkan fungsi kain putih itu dengan kematian dalam agama Islam. Sebaliknya mungkin penterjemah telah mengaitkan pakaian lelaki Islam yang sering berjubah, dan itu menyebabkan penterjemahan sebegini dilakukan : Jadual 4.24: Analisis 24 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 117) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris No. Ruj. Jika aku pergi kepada orang mati tentu mendapat

sedekah kain putih 21 Bei der Beerdigung wurde ihm ein wei_es Gewand 12 LM 18 Pakaian melambangkan identiti seseorang mahu pun mewakili sesebuah masyarakat itu. Masyarakat lelaki Melayu beragama Islam sudah semestinya berpakaian lengkap bersama songkok, apatah lagi seorang Lebai. Perkataan songkok telah diterjemahkan menjadi Kopftuch yang bermaksud tudung kepala. Ini secara tidak 87 langsung boleh mengakibatkan pembaca teks sasaran mendapat suatu persepsi yang salah tentang hal berpakaian ini, yang merupakan pakaian harian masyarakat Melayu. Pengkaji berpendapat kemungkinan penterjemah telah membuat suatu generalisasi terhadap songkok ini kerana berkemungkinan penterjemah melihat sebahagian kaum lelaki Islam berserban dan menganggap kain serban itu memainkan fungsi yang sama seperti kain tudung, maka istilah ini telah digunakan. Jadual 4.25: Analisis 25 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 119) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 116) Baris No. Ruj. lalu menanggalkan seluar dan baju serta songkoknya 11 nahm in seiner Wut seine schlie_lich seine Hose, Jacke und Kopftuch 12-13 LM 19 4.2 Jumlah dan Peratus Penggunaan Teknik Terjemahan Budaya

Daripada penelitian yang dilakukan terhadap teks sumber Lebai Malang dan Pak Belalang dan teks sasaran Der Unglcks-Geistliche dan Vater Heuschreck, penulis telah dapat mengenal pasti dua puluh tujuh unsur yang mencerminkan budaya dalam teks sumber. Bagi memudahkan analisis unsur-unsur ini diperincikan seperti di bawah : 88 Jadual 4.26: Analisis Keseluruhan Bil. Nombor Rujukan Kategori 1 LM 01, LM 02, PB 01, PB 02 Unsur budaya dikekalkan 2 LM 03, LM 04 ,LM 05, LM 06, LM 07, LM 08, LM 09, LM 10, LM 11 PB 03, PB 04, PB 05, PB 06 Unsur budaya dihilangkan 3 LM 12, LM 13, LM 14, LM 15, LM 16 PB 07, PB 08 Unsur budaya disesuaikan semula 4 LM 17, LM 18, LM 19 Salah terjemahan Berdasarkan kepada teks sasaran yang dikaji, didapati bahawa daripada dua puluh tujuh unsur budaya ini, empat unsur budaya yang nombor rujukannya LM 01, LM 02, B 01 dan B 02 dapat dikategorikan dalam kategori pertama, iaitu unsur budaya dikekalkan. Manakala tiga belas unsur, nombor rujukkannya LM 03, LM 04, LM 05, LM 06, LM 07, LM 08, LM 09, LM 10, LM 11, PB 03, PB 04, PB 05 dan PB 06 dapat dikategorikan dalam kategori kedua, di mana unsur budaya dihilangkan. 89 Di bawah kategori ketiga iaitu unsur budaya itu disesuaikan semula, terdapat tujuh unsur semuanya dengan nombor rujukkannya LM 12, LM 13, LM 14, LM 15, LM 16, PB 07 dan PB 08. Walau bagaimanapun terdapat tiga unsur budaya yang telah disalah terjemahkan yang tidak dapat diletakkan di bawah ketiga-tiga kategori di atas. Unsur tersebut adalah yang nombor rujukkannya M 17, M 18, M 19. Kesimpulannya dapat dilihat dalam Graf 4.1 di bawah :

0 10 20 30 40 50 Kekal Hilang Sesuai Salah

Graf 4.1 : Peratus Penggunaan Teknik Terjemahan Unsur Budaya Secara keseluruhannya, sebanyak 48% daripada unsur budaya yang terdapat di dalam teks Lebai Malang dan Pak Belalang telah dihilangkan oleh penterjemah dalam menghasilkan tek sasaran Der Unglcks-Geistliche dan Vater Heuschreck. Diikuti kategori tiga, 26% unsur budaya disesuaikan semula dan 15% unsur budaya itu dikekalkan. Selebihnya iaitu sebanyak 11% telah silap diterjemahkan. 90 BAB LIMA PERBINCANGAN DAPATAN DAN PENUTUP 5.0 Pendahuluan Penterjemahan merupakan suatu proses mengalihkan bahasa dengan tujuan untuk menyampaikan mesej penulis teks kepada pembaca sasaran dengan meninggalkan kesan yang sehampir mungkin dengan teks asal. Namun penterjemahan teks sastera adalah sesuatu yang lebih mencabar. Penterjemah tidak hanya mengalihkan bahasa sebaliknya menterjemahkan segala lapisan maksud, cita rasa, kepekaan dan budaya teks sumber. Penterjemah juga harus memastikan agar kekeliruan penyampaian maksud tidak berlaku, di samping jujur kepada teks asal agar isi kandungannya terpelihara. Justeru itu kaedah terjemahan yang dinamis dan kreatif yang bersesuaian dengan teks perlu digunakan. Terjemahan teks sastera seperti genre cerita jenaka, sudah tentu mengandungi pelbagai unsur budaya yang berfungsi bukan sahaja sebagai latar cerita sebaliknya berperanan untuk menyampaikan mesej tertentu yang disalurkan secara tidak langsung. Oleh itu untuk terjemahan teks sastera ke dalam bahasa sasaran, unsur budaya ini perlu

diteliti supaya keasliannya dapat dikekalkan apabila ianya di tulis semula dengan menggunakan bahasa sasaran. Menyedari kepentingannya, dapatan kajian yang terperinci berlandaskan pengalihan faktor budaya yang lakukan akan dibincangkan, selaras dengan objektif kajian yang diutarakan dalam Bab Satu. 91 5.1 Perbincangan Dapatan Bagi memudahkan perbincangan dapatan kajian akan dilakukan berlandaskan objektif kajian yang telah dibentangkan dalam Bab Satu. 5.1.1 Adakah pengalihan ciri-ciri budaya dari teks sumber ke teks sasaran berjaya dilakukan? Sastera rakyat merupakan sastera kepunyaan masyarakat masa lampau yang masih kuat berpegang dan mengamalkan corak kehidupan tradisi. Corak kehidupan dan amalan masyarakat inilah yang dikenali sebagai budaya. Sastera dan budaya adalah suatu yang tidak mungkin dapat dipisahkan. Dapatan kajian pengalihan budaya terhadap dua buah teks sastera rakyat Melayu dari genre cerita jenaka sebagai teks sumber dan teks sasaran berbahasa Jerman iaitu Lebai Malang (DerUnglcksGeistliche) dan Pak Belalang (Vater Heuschreck) akan dibincangkan secara berasingan terlebih dahulu sebelum rumusan keseluruhan dibuat. i. Lebai Malang Daripada kajian yang dilakukan, pengkaji telah dapat mengenalpasti terdapat sebanyak 19 unsur budaya dalam teks sumber iaitu cerita Lebai Malang , tetapi hanya 2 unsur budaya yang telah dikekalkan dalam teks sasaran (DerUnglcksGeistliche). Unsur budaya yang telah dikekalkan ialah LM 01 dan LM 02. Pengekalan LM 01 yang dilakukan adalah terhadap istilah Pak Lebai, dengan sedikit perubahan ejaan menjadi Pa Lebai. 92 Pengkaji berpendapat pengekalan sebegini dalam konteks budaya masyarakat

Jerman yang mempunyai pandangan dunia yang amat berlainan sudah tentu tidak akan mendatangkan sebarang makna kepada pembaca sasaran, berkemungkinan pembaca akan menganggap ianya hanyalah nama seseorang. Unsur kedua yang dikekalkan adalah perkataan tikar yang diterjemahkan menjadi Matte, di mana pengalihan bahasa telah dilakukan dengan tepat. Namun pengkaji berpendapat, gambaran dan mengapakah tikar dihadiahkan kepada Lebai Malang tidak akan tercetus dalam minda pembaca sasaran dan tidak akan mengganggu atau memberi sebarang erti kepada pembaca sasaran mengenai jalan cerita teks sasaran. Menurut masyarakat Melayu tradisi, sehelai tikar berserta kain putih menggantikan wang akan dihadiahkan kepada imam atau orang yang menguruskan jenazah sebagai penghargaan atas pertolongan yang dihulurkan. Enam unsur budaya seperti yang terdapat dalam Jadual 5.1, iaitu LM 12, LM 13, LM 14, LM 15, LM 16 dan LM 17 telah disesuaikan semula oleh penterjemah. Jadual 5.1: Penyesuaian semula unsur budaya (LM) Teks Sumber Teks Sasaran No. Ruj. Lebai Malang Der Unglcks Geistliche LM 12 lempeng Kuchen LM 13 niranya diatas pohon kabung einer Kabong-Palme, deren Saft er abzapfte,das Gef_ mit dem Palmsaft LM 14 bacuk Gef_ M 15 kelambu ins Bett M 16 roti Kuchen M 17 93 Pengkaji mendapati bahawa daripada enam unsur budaya di atas hanya unsur LM 12 yang dapat membantu pembaca sasaran mendapat gambaran yang agak jelas tentang watak Lebai Malang. Penterjemah telah mencari satu penyesuaian yang baik, di mana Der Unglcks bermaksud seorang lelaki yang malang. Manakala Geistliche

pula bermaksud seorang paderi. Penterjemahan begini setidak-tidaknya mampu memberi satu persepsi yang baik kepada pembaca sasaran bagi membantu peranan watak utama dalam perkembangan cerita. Sebaliknya pengkaji berpendapat penyesuaian yang lain langsung tidak menyumbang ke arah pengalihan budaya teks sumber. Kadang-kala penyesuaian budaya ini seolah-olah terpesong dan tidak menyumbang kepada pengalihan budaya. Contohnya unsur budaya LM 16 di mana kelambu diterjemah kepada ins Bett. Ini adalah sesuatu yang amat berbeza, ins Bett bermakna masuk ke tempat tidur. Perbincangan yang terperinci telah pun dilakukan dalam Bab Empat. ii. Pak Belalang Pengkaji telah mengenalpasti lapan unsur budaya dalam teks sumber yang dialihkan dengan pelbagai teknik oleh penterjemah kepada teks sasaran iaitu Vater Heuschreck. Daripada lapan unsur ini hanya dua unsur iaitu PB 01 dan PB 02 yang dikekalkan. Jadual 5.2: Unsur yang dikekalkan (PB) Teks Sumber Teks Sasaran No. Rujukan cakar ayam Krhenf_e PB 01 chur Tschur PB 02 94 Pengekalan unsur budaya PB 01, telah membantu pemahaman pembaca sasaran tentang gelagat Pak Belalang, kerana penterjemah telah berjaya mencari persamaan simpulan bahasa yang digunakan dalam bahasa sumber. Pada unsur PB 02, penterjemah menggunakan unsur bunyi Tschur seterusnya membuat kaitan dengan aktiviti memasak, iaitu ketika memasukkan tepung ke dalam minyak. Gambaran ini akan dapat dikesan oleh pembaca sasaran, kerana aktiviti memasak adalah merupakan sesuatu yang universal. Walau bagaimanapun ianya tidak dapat membantu dalam pengalihan budaya yang sebenar, iaitu cara pemakanan dan penyediaan makanan masyarakat Melayu. Teknik penyesuaian semula seperti dalam jadual di bawah, bagi unsur budaya

PB 07 dan PB 08 juga tidak membantu ke arah pengalihan budaya. Impikasinya pembaca sasaran tidak memperoleh gambaran budaya teks sumber iaitu masyarakat Melayu yang sebenar. Jadual 5.3: Penyesuaian semula unsur budaya (PB) Teks Sumber Teks Sasaran No. Ruj. dititahkan oleh baginda memukul canang segenap pekan Er lie_ berall im Land nach einer Person fragen, die PB 07 Maka tepung ini perbuatlah roti direndangnya sebijibiji.. Dann lie_ er sich von seiner Frau Kuchen backen. Einen Teig nach dem anderen lie_ sie PB 08 95 Canang adalah suatu alat bunyian berupa gendang, digunakan pada masa lampau, paluan akan dibuat jika sesuatu berita hendak dikhabarkan. Penerangan atau kesepadanan terhadap unsur yang sehampir mungkin tidak dilakukan penterjemah, sebaliknya suatu penyesuaian yang agak longgar telah dibuat iaitu berlari ke sana-sini dan bertanya setiap orang, perbincangan yang terperinci telah dilakukan dalam Bab Empat (m.s 83). Begitu juga PB 08, perkataan roti disesuaikan mengikut pemakanan masyarakat Jerman Kuchen yang bermaksud kek. Jadual di bawah menunjukkan data rumusan kepada perbincangan di atas. Jadual yang sama telah dikemukakan di dalam Bab Empat (m.s 88), namun jadual ini dilengkapi dengan peratus bagi setiap kategori terjemahan budaya yang ditemui. Jadual 5.4: Rumusan keseluruhan Bil. Nombor Rujukan Kategori Jumlah Peratus 1 LM 01, LM 02,

PB 01, PB 02 Unsur budaya dikekalkan 4 15% 2 LM 03, LM 04, LM 05, LM 06, LM 07, LM 08, LM 09, LM 10, LM 11 PB 03, PB 04, PB 05, PB 06 Unsur budaya dihilangkan 13 48% 3 LM 12, LM 13, LM 14, LM 15, LM 16 PB 07, PB 08 Unsur budaya disesuaikan semula 7 26% 4 LM 17, LM 18, LM 19 Salah terjemahan 3 11% Jumlah 27 27 100% 96 Bagi memudahkan perbincangan terhadap kesimpulan yang dibuat, di bawah ini diperincikan hasil dapatan kajian : Kategori Satu : Unsur budaya dikekalkan 4 unsur budaya dikekalkan 4/27 X 100% = 15% 1 unsur berkesan (PB 01) 1/27 X 100% = 4% * 3 unsur tidak berkesan 3/27 X 100% = 11% (Huraian terperinci dalam Bab Empat, m.s 59-64) Kategori Dua : Unsur budaya dihilangkan *13 unsur budaya dihilangkan 13/27 X 100% = 48% (Huraian terperinci dalam Bab Empat, m.s 64-76) Kategori Tiga : Unsur budaya disesuaikan 7 unsur budaya dikekalkan 7/27 X 100% = 26% 1 unsur berkesan (LM 12) 1/27 X 100% = 4% * 6 unsur tidak berkesan 6/27 X 100% = 22% (Huraian terperinci dalam Bab Empat, m.s 76-84) Kategori Empat : Salah terjemahan *3 unsur budaya salah 3/27 X 100% = 11% terjemahan (Huraian terperinci dalam Bab Empat, m.s 85-87) 97 Berdasarkan kepada perincian dapatan di atas, jumlah yang tidak berjaya, tidak berkesan dan salah terjemahan dianggap sebagai tidak berjaya diterjemahkan (bertanda

*). Daripada 27 unsur budaya yang dikenalpasti dalam kedua-dua teks yang dijadikan bahan kajian, sebanyak 25 unsur (bertanda : *) iaitu 93% unsur budaya telah gagal diterjemahkan. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan yang besar kepada pembaca teks sasaran dalam memahami budaya masyarakat Melayu yang secara tidak langsung memberi implikasi kepada teks yang dibaca. Kesimpulannya pengkaji mendapati sejumlah 25 unsur daripada 27 unsur budaya yang dikenal pasti iaitu mencapai 93% unsur budaya Melayu yang terdapat dalam teks terjemahan Lebai Malang dan Pak Belalang telah gagal dialihkan ciri-ciri budayanya kepada teks bahasa Jerman iaitu Der Unglcks-Geistliche dan Vater Heuschreck . 5.1.2 Adakah pengalihan budaya merupakan masalah dalam penterjemahan yang dilakukan? Dapatan menunjukkan bahawa sejumlah besar unsur budaya Melayu, iaitu 93% dari teks sumber telah gagal dialihkan oleh penterjemah ke dalam bahasa sasaran iaitu bahasa Jerman, walau pun dalam kajian yang dilakukan menunjukkan terdapat usahausaha pengalihan yang cuba dilakukan oleh penterjemah. Contohnya, unsur budaya LM17, di mana perkataan kenduri telah diterjemahkan kepada Gebetversammlung, yang bermaksud perhimpunan sembahyang atau dari segi semantik ianya bermaksud berhimpun untuk bersembahyang. 98 Dari penjelasan di atas dapat dilihat dengan jelas, bagaimana unsur budaya masyarakat Melayu tentang kenduri itu tidak langsung terpancar dalam terjemahan yang dilakukan untuk pembaca yang berbahasa Jerman. Kemungkinan pembaca yang berbahasa Jerman akan membayangkan suatu suasana di mana orang berkumpul di gereja untuk bersembahyang. Kenapa pengalihan budaya sebegini rupa berlaku? Contoh kedua dapat dilihat pada unsur budaya LM 18 : Jika aku pergi

kepada orang mati tentu mendapat sedekah kain putih telah diterjemahkan menjadi Bei der Beerdigung wurde ihm ein wei_es Gewand Apa yang dapat diperkatakan ialah kenapa objek yang mudah diterjemahkan iaitu kain putih telah disalah terjemah atau dipesongkan terjemahannya dengan menggantikannya dengan ein wei_es Gewand yang bermaksud sehelai jubah putih. Ini menyebabkan hilangnya perkaitan antara fungsi kain putih dengan kematian dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam. Persoalan yang timbul, adakah penterjemah kurang menitik beratkan pengalihan unsur budaya ini atau pun penterjemah menghadapi permasalahan lain dalam usaha pengalihan budaya yang dilakukannya? Persoalan inilah yang ingin disingkap oleh pengkaji dalam objektif kajian yang kedua ini. Pengkaji dapat merasakan bahawa budaya telah menimbulkan atau menjadi permasalahan kepada penterjemah dalam usahanya menghasilkan teks sasaran yang berkualiti dan berfungsi seiring dengan teks sumber. Secara umumnya pemasalahan ini dapat dilihat dari dua sudut yang berlainan. Pertama dari aspek penterjemah sendiri dan kedua dari aspek yang lebih global iaitu hubung kait antara bahasa Melayu dan bahasa 99 Jerman yang lahir dari dua rumpun yang berbeza dan membawa kepada jurang perbezaan kebudayaan yang tinggi. Kekurangan pengetahuan tentang ilmu terjemahan, samada dari segi teori mahupun perkaedahan berkemungkinan telah menyebabkan penterjemah melakukan kesilapan dalam usaha menterjemah teks sastera Melayu ini, terutamanya terhadap pengalihan unsur budaya. Penterjemahan budaya ini bukan saja memerlukan ilmu dan kepakaran yang tinggi tetapi juga daya kreativiti penterjemah. Kekurangan-kekurangan ini telah mengarahkan kepada permasalahan dalam terjemahan, yang secara langsung

menjejaskan kualiti mesej teks sumber. Di samping itu mungkin penterjemah kurang arif tentang budaya masyarakat Melayu yang beragama Islam. Di mana segala tindak-tanduk mereka adalah berlandaskan amalan agama. Pengetahuan yang diperolehi secara teori tanpa diseimbangkan dengan pengalaman boleh menyebabkan seseorang itu sukar memahami bidang yang diceburi. Apatah lagi untuk mengaitkan corak hidup dan kepercayaan sesebuah masyarakat asing. Justeru itu dalam kajian yang dilakukan, banyak hal-hal yang berkaitan dengan prinsip hidup orang Melayu dan agama Islam telah diterjemahkan dengan cara yang salah. Contohnya dalam LM 05, berkaitan dengan hal pengurusan jenazah iaitu dimandikan, disembahyangkan dan ditanamkan hanya diterjemahkan menjadi dikebumikan. LM 06 iaitu perkataan berkhatam dialihkan menjadi Fest iaitu majlis keraian. Manakala LM 08 perkataan sabda junjungan langsung dilenyapkan, 100 sepatutnya hal ini tidak harus diabaikan kerana ianya merupakan sesuatu yang penting dan melibatkan soal kepercayaan agama. Semangat untuk menghasilkan sesuatu yang dipelajari dengan kadar yang segera memungkinkan penterjemah mengambil jalan pintas dan mudah tanpa mempertimbangkan soal-soal kebudayaan yang memerlukan penelitian dalam proses melakukan terjemahan. Kelemahan ini menghasilkan teks sasaran yang begitu longgar. Apatah lagi ditambah dengan jurang perbezaan bahasa yang begitu besar. Bahasa Melayu dari rumpun Austronesia dan bahasa Jerman dari keluarga Jermanik langsung tidak mempunyai ikatan kekeluargaan, sudah tentu mempunyai ciriciri bahasa yang amat berbeza (sila rujuk m.s 1318). Bahasa adalah merupakan indeks budaya, secara tidak langsung perbezaan bahasa adalah juga merupakan perbezaan budaya. Perbezaan bahasa juga telah menimbulkan permasalahan kepada pengalihan

budaya teks sasaran. Selain daripada mengetahui isi kandungan teks sumber, penterjemah juga perlu menguasai kedua-dua bahasa, harus juga berkebolehan menulis dengan cekap, menggunakan bahasa dengan indah dan halus, berimaginasi dengan pemilihan perkataan yang tepat serta pakar menggunakan segala jenis struktur bahasa dan memiliki perbendaharaan kata yang luas bagi membolehkan isu budaya diterjemahkan dengan baik dan tidak menganggu proses serta hasil terjemahan. Dapatan menunjukkan bahawa kata-kata idiomatik atau peribahasa yang mengambarkan ciriciri budaya kurang difahami dan tidak dapat dipindahkan dengan baik. Contohnya putihlah 101 matanya, beralih matahari begitu juga dengan penjodoh bilangan secupak, sebungkus dan lain-lain. Berlandaskan kepada pengetahuan yang lengkap dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran termasuk pengetahuan berkaitan dengan teks serta merangkumi kebolehan menyepadukan penguasaan kedua-dua bahasa di tahap yang lebih tinggi iaitu di tahap teks, penterjemah dapat menghasilkan sebuah teks terjemahan yang memenuhi keperluan pembaca sasaran dan seterusnya sebuah teks yang berkualiti. Apatah lagi, apabila melibatkan penterjemahan teks sastera khususnya sastera rakyat, maka kepakaran diperlukan supaya boleh menterjemahkan segala lapisan maksud, cita rasa, kepekaan dan budaya penulis teks asalnya. 5.1.3 Apakah fungsi atau kesan teks terjemahan sama seperti fungsi sebenar Cerita Jenaka Melayu ? Tujuan terjemahan adalah untuk menghasilkan kesan yang hampir sama kepada pembacanya dengan kesan yang terhasil pada pembaca teks asal. Seperti yang telah dibincangkan dalam Bab Satu, sastera Melayu dari genre cerita jenaka mempunyai

pelbagai fungsi kepada masyarakat Melayu tradisi. Antaranya selain dari hiburan, ia juga berperanan untuk memberi sindiran dan tauladan kepada masyarakat ketika itu. Berpegang kepada prinsip di atas, dapatan kajian menunjukkan bahawa selain dari hiburan, teks sasaran Der Unglcks-Geistliche dan Vater Heuschreck tidak mampu berfungsi sebagaimana yang diharapkan oleh teks sumber. Situasi ini timbul kerana kaedah terjemahan yang digunakan tidak membantu ke arah pengalihan budaya yang 102 menjurus kepada penyampaian mesej yang berkesan. Pengkaji juga berpendapat teks sasaran ini hanyalah berfungsi sebagai sebuah cerita biasa yang juga tidak memaparkan nilai dan corak kehidupan masyarakat Melayu tradisi. 5.1.4 Dapatkah satu panduan diperoleh untuk membantu mereka yang ingin berkecimpung dalam bidang penterjemahan teks seperti ini ? Pengalaman mengajar seseorang menjadi lebih matang. Justeru timbullah pandangan-pandangan yang menyatakan bahawa teks terjemahan akan sentiasa bermutu lebih rendah daripada teks asalnya serta pengecaman hasil penterjemahan sebagai second rate. Ini adalah kerana ada yang sering menyatakan bahawa teks terjemahan pada hakikatnya bermutu rendah daripada karya asal dan merupakan hanya tiruan atau bayangan kepada karya asalnya. Penghasilan teks terjemahan yang berkualiti memerlukan penelitian, kepakaran, etika serta garis panduan tertentu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebenarnya terdapat beberapa panduan yang boleh dikuti dalam menghasilkan teks terjemahan kesesusasteraan genre cerita jenaka yang baik. Panduan-panduan ini secara umumnya dapatlah dibahagikan kepada tiga tahap iaitu sebelum, semasa dan selepas proses terjemahan. i. Sebelum Terjemahan a. Penguasaan Bahasa Penterjemah haruslah mempunyai penguasaan bahasa yang kukuh dalam

kedua-dua bahasa sasaran dan bahasa sumber. Penguasaan bahasa sumber dari segi morfologi, sintaksis, semantik mahupun pragmatik amatlah penting bagi 103 menjamin apa yang terdapat dalam teks sumber benar-benar difahami. Bukan sekadar memperoleh maklumat yang tersurat pada teks sumber, malah lebih dari itu bagi menggarap kandungan isi tersirat yang dilafazkan melalui bahasa-bahasa yang idiomatik dan puitis yang sering menjadi penghalang kepada penterjemah dalam proses pengalihan maklumat, terutamanya yang berkaitan dengan budaya sesbuah masyarakat. Jika bahasa teks asal itu kelihatan kabur berbelitbelit atau susah difahami, maka penterjemah harus memperkemaskan bahasa dalam terjemahannya. Pemahaman yang tinggi terhadap teks sumber dan penguasaan bahasa sasaran yang baik akan membantu penterjemah menggunakan bahasa, laras dan gaya yang betul dalam penterjemahannya. Ini juga turut menjurus kepada penyampaian yang jelas dan tepat. Bahasa yang digunakan oleh penterjemah mempengaruhi keberkesanan dan kualiti terjemahan. b. Penguasaan Bidang Yang Diterjemah Setiap bidang mempunyai larasnya tersendiri, sendiri seperti bidang undangundang, perubatan, lingusitik, kesusasteraan, keagamaan dan sebagainya. Tidak memadai jika seorang penterjemah hanya mengenali sesuatu bidang itu sekadar mengetahui laras sahaja, sebaliknya perlu menguasai dan menceburi bidang yang diterokainya dengan sebaik mungkin, Hanya jauhari yang mengenal manikam. Ini merupakan faktor yang penting dalam penguasaan mesej teks. Selain itu sebaik-baiknya penterjemah menganalisis lapisan maksud teks dan mengemukakannya kembali dalam bahasa sasaran dengan jelas tanpa terpesong 104 dari makna dan tujuan teks asal dan tidak meninggalkan bahagian teks asal yang

sukar untuk diterjemah. c. Kenali Budaya Teks Sumber Teks-teks yang berbentuk kesusasteraan pada amnya secara tidak langsung melibatkan budaya masyarakat teks sumber. Justeru sebagai seorang penterjemah yang ingin berkecimpung dalam bidang ini seharusnya mengenali dan memahami budaya masyarakat ini sebaik mungkin seperti membuat kerja lapangan bagi membolehkan pengalihan bahasa teks sumber untuk menghasilkan sebuah teks sasaran yang berkualiti. Sikap ambil mudah terhadap isu ini akan mengakibatkan penghasilan teks sasaran yang tidak berkualiti dan banyak menimbulkan kekeliruan serta kekaburan. d. Rujukan Segan bertanya sesat jalan, begitulah juga dalam bidang keilmuan, seandainya sesuatu permasalahan timbul janganlah kita merasa rendah diri untuk bertanya kepada orang yang lebih mahir. Tidak semua ilmu dapat diperoleh melalui pembacaan, sebaliknya kadang kala pengalaman perlu diambil kira. Sebagai seorang penterjemah yang menyelami budaya dan bahasa lain, pengkaji berpendapat bahawa satu cara terbaik bagi meyelesaikan permasalahan yang timbul memerlukan rujukan yng ekstensif. Penyelesaian boleh dibuat dengan merujuk kepada individu ataupun masyarakat setempat yang mahir dalam bidang yang diceburi penterjemah mahupun penulis asal. 105 e. Ilmu Terjemahan Bidang terjemahan merupakan cabang linguistik, dan sebagai seorang penterjemah semestinya mempunyai ilmu pengetahuan penterjemahan yang baik tentang teori, prinsip, kaedah, etika dan sebagainya bagi penghasilan teks yang baik. f. Tujuan Terjemahan Penterjemah haruslah jelas tentang tujuan atau pun objektif kerja-kerja terjemahan yang dilakukannya. Contohnya, untuk tujuan hiburan, pemindahan

pengetahuan, rujukan, dan sebagainya. Objektif yang jelas akan memandu penterjemah ke jalan yang betul dari segi pemilihan teknik terjemahan dalam penghasilan teks sasaran yang sempurna dan menepati objektif. g. Pembaca Sasaran Penterjemah harus jelas siapa pembaca sasaran agar corak pemilihan kata, gaya penyampaian dan struktur ayat yang digunakan dalam penterjemahan dapat disesuaikan dengan mereka. ii. Semasa Terjemahan a. Amanah Prinsip amanah terhadap teks asal adalah perlu kepada seseorang penterjemah, samada kepada penulis asal mahu pun teks sumber. Penterjemah mesti sedar bahawa teks yang diterjemahkannya adalah hak kepunyaan orang lain. Dia juga tidak sepatutnya melakukan perubahan sewenang-wenangnya apatah lagi menukar atau meninggalkan isi-isi teks sumber demi kepentingan diri. Jadilah seorang 106 penterjemah yang beretika dan berkualiti. Tumpukan perhatian terhadap kerja yang dilakukan, jangan terlalu ghairah. b. Bantuan Dapatkan bantuan samada melalui kamus, glosari mahupun orang perseorangan jika memerlukan bantuan untuk mengalihkan unsur budaya dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain. c. Proses Pemindahan Maklumat Pemindahan maklumat terutama yang berkaitan dengan hal kebudayaaan boleh dilakukan dengan cara: Mencari kesepadanan dengan teks sasaran jika ada. Menterjemah dengan membuat penggantian terhadap sesuatu unsur lain yang mempunyai maksud yang sama. Melakukan perbandingan yang dapat menimbulkan kesan yang sama. Melakukan penerangan jika perlu. Penterjemah perlu membuat penjelasan tambahan (seperti nota kaki) supaya perkara-perkara yang tidak boleh

diterjemahkan secara biasa (akibat daripada perbezaan besar antara kebudayaan penulis teks asal dan pembaca terjemahan) akan lebih senang difahami. Mungkin juga dapat menggunakan gambar mahupun ilustrasi. 107 iii. Selepas Terjemahan a. Penilaian Semakan semula dan pengawasan mutu selepas kerja-kerja terjemahan adalah penting dilakukan. Tindakan ini dilakukan bagi mengawal mutu hasil terjemahan serta menggelakkan berlakunya masalah kekaburan penulisan bahan yang diterjemah, mungkin akibat daripada penggunaan bahasa, pemilihan kaedah, gaya penulisan dan sebagainya. b. Perbincangan Berbincanglah dengan penulis asal ataupun soal selidik ke atas kumpulan pembaca sasaran boleh dilakukan untuk mendapatkan timbal-balik. Perbincangan dengan penterjemah lain juga digalakkan. Penterjemah harus berfikiran terbuka dan menerima sebarang komen dengan tujuan untuk meningkatkan mutu hasil terjemahannya. 5.2 Penutup Sebagai rumusan, pengkaji berpendapat bahawa jika penterjemah ingin menghasilkan sebuah teks terjemahan yang berfungsi dengan baik dan berkesan, penterjemah harus melakukan penelitian terhadap teks yang akan diterjemahkan sebelum memulakan proses penterjemahan. Umumnya teks asal dan tujuan terjemahan serta pembaca sasaran sering diketepikan dan tidak diberikan perhatian yang wajar dalam kerja penterjemahan. 108 Penterjemah bertanggung jawab memastikan ciri-ciri teks asal termasuk konteks situasi dan konteks budaya diambil kira semasa menterjemahkan sesuatu teks. Samada penterjemah mahu membuat pengekalan atau penyesuaian terpulanglah kepadanya. Apa yang penting penterjemah perlu sentiasa menimbangkan kehadiran ciriciri tersebut bagi

menghasilkan sebuah teks terjemahan yang berkualiti dan memanfaatkan pembacanya. Jurang perbezaan budaya yang besar berkehendakkan maklumat tambahan bagi meningkatkan tahap kefahaman pembaca teks sasaran. Penjelasan yang diberi harus seimbang dengan apa yang tidak diketahui oleh pembaca. Tanpa pengalihan budaya yang baik terutamanya ke atas teks cerita jenaka, mesej yang hendak disampaikan akan terhalang akibat daripada tiadanya kesepaduan antara budaya yang menjadi latar bagi penyampaian mesej. Ini amat penting terutamanya apabila melibatkan penyampaian mesej yang tersirat. Semakin banyak unsur budaya yang terdapat dalam sesebuah teks, semakin sukarlah ianya diterjemahkan. Keupayaan bahasa sasaran untuk menyampaikan sesuatu konsep atau maklumat budaya juga merupakan faktor penting dalam terjemahan budaya. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, dapat dirumuskan bahawa pengalihan unsur budaya genre cerita jenaka ini adalah sesuatu yang mencabar. Di samping itu ilmu, pengalaman dan daya kreativiti penterjemah amatlah diperlukan agar pemindahan unsur jenaka seiring dengan pengalihan budaya. 109 BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Nawas et al. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid. Abdullah Hassan (2003). Terjemahan Dalam Bidang Pendidikan. Himpunan Kertas Kerja Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-9. Ainon Mohd dan Adullah Hassan (2005). Teori Dan Teknik Terjemahan. Edisi Ketiga Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ainon Muhammad (1985), Panduan Menterjemah . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka. Allen, Robert (1989): 'Bursting bubbles: "Soap opera" audiences and the limits of genre'. In Ellen Seiter, Hans Borchers, Gabriele Kreutzner & Eva-Maria Warth (Eds.):

Remote Control: Television, Audiences and Cultural Power. London: Routledge, pp. 44-55 Arnold, Matthew (1869). Culture and Anarchy. New York: Macmillan. Asmah Hj. Omar, Language And The World-View Of The Malay Peasants dalam Malaysian World-View. Mohd. Taib Osman, ed. (1985). Southeast Asian Studies Program. Bach, Adolf (1971). Geschichte der Deutschen Spracher. 9th ed. Heidelberg. Berthold Damshuser et.al. (ed) (2004). Antologi Puisi Jerman-Melayu Trumerie in Hellblau / Impian dalam Biru Muda. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Brislin, Richard W. (1976). Translation : Application and Research. New York : Gardner Press. Cambridge Encyclopedia of Language (1987) Cambridge Encyclopedia of Language , (1987). Cambridge, New York : Cambridge University Press. Catford, J.C. (1996). Teori Linguistik. Diterjemahkan oleh Uma a/p Iyavoo dan Koh Chung Gaik (1996), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. ______________(1965). A Linguistic Theory of Translation. London: Oxford University Press. 110 Comrie, Bernard (1998). Ensaiklopedia Bahasa Utama Dunia.(Aishah Mohd. ed.) Kuala Lumpur :DBP Geertz, Clifford. (1973). The Interpretation of Cultures: Selected Essays. New York. Goodenough, W. H. (1957). Cultural anthropology and linguistics. dalam Report of the seventh annual round table meeting on linguistics and language study. (P. L. Garvin ed.), Washington, DC: Georgetown University. ______________(1964). "Cultural Anthropology and Linguistics" dalam Language in Culture and Society. A Reader in Linguistics and Anthropology. (D. Hymes, ed.).New York: Harper & Row. Hariyanto, Sugeng. (1997). An Evaluation of the English translation of An Indonesian

Novel: A Case Study on the Translation of Manguwijayas "BurungBurung Manyar". Singapore: Unpublished Project Report for Diploma in Applied Linguistics, SEAMEO RELC Singapore. Hariyanto, Sugeng. (1997). The Implication of Culture on Translation Theory and Practice. ELE Journal 2:1, 91-104. Herskovit, M. J. (1959).Continuity and Change in African Culture. Pp. ix, 309. Chicago: University of Chicago Press. Hoffmann, Albert. et al. (1996), Matahari. Kuala Lumpur : Art Printing Works Sdn. Bhd. Jaafar Jambi. (2001). Terjemahan Bahasa Kiasan Dalam Novel Kokoro Dari Bahasa Jepun Ke Bahasa Melayu : satu analisis. Jihaty Abadi et al. (1979). Sari Sejarah Kesusasteraan Melayu-Indonesia ( Tradisi dan Moden ). Kuala Lumpur : Penerbitan Adabi. Kamus Dewan (1992). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus Dewan(1993). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Langenscheidts Gro_wrterbuch Deutsch als Fremdsprache. Das neue einsprachige Wrterbuch fr Deutschlernende (1994). Mnchen : Langenscheidt. Larson, Mildred L. (1984).Meaning-based translation: A guide to crosslanguage equivalence. Lanham, MD: University Press of America. Mohd Asmadi Yakob. Teori dan Teknik Terjemahan: Satu Sorotan. Kertas Kerja Yang Dibentangkan Dalam Bengkel Perterjemahan. Anjuran Persatuan Ulama Malaysia. Mohd Shuib Che Din, (1976). Panduan Sastera Melayu Lama. Selangor : Penerbitan Adabi. 111 Muhammad Bukhari Lubis et al. (1998). Penerjemahan Arab Melayu, Peraturan Dan Dasar. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Newmark, Peter (1981), Approaches To Translation. Diterjemahkan oleh Zainab Ahmad dan Zaiton Ab. Rahman (1994 ), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. ____________ (1995). About Translation. Multilingual Matters. Nature Publishing

Group 1869. 5531 November 13, 1975 O Macmillan Journals Ltd 1975 Published weekly. Nida, Eugene A. (1964). Towards a Science of Translating, Leiden : E.J. Brill. ______________(1982). The Theory and Practice of Translation. Leiden: E.J. Brill. ______________(1974b).Translation dalam Current trends in linguistics ( T. Sabeok ed. ). Mouton : The Hague. Nik Safiah Karim et al. (1988). Tatabahasa dewan. 2nd ed. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Oxford Advanced Learners Dictionary (1989). 4th Edition Oxford University Press. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Sukatan Pelajaran Bahasa Jerman. Raphaelson-West, Debra S. (1989) "On the Feasibility and Strategies of Translating Humor." In Meta, Volume 34, Number 1, 1989. Special Issue on Humor and Translation, pp. 128-141. Rieu, E. V. (1953). Translation dalam Cassells Encyclopedia of Literature. Cassell : London. Samovar, Larry A., Richard E. Porter, and Nemi C. Jain.(1981). Understanding Intercultural Communication. Belmont, CA: Wadsworth. Tylor, E.B. (1974). Primitive culture : researches into the development of mythology, philosophy, religion, art and custom. New York : Gordon Press. 1st published in 1871. Ucapan Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, di Majlis Pembukaan Bengkel Terjemahaan Kali Ke-2 pada hari Rabu, 3 Safar 1428 / 21 Februari 2007 bertempat di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam. W. J. Scheik, (1974) "The Widower Narrator in Nathaniel Wards The Simple Cobler of Aggawam in America," New England Quarterly, 47, 8796. Wan Amizah Wan Mahmud, (1998). Kaedah penterjemahan sari kata dokumentari dan

komedi semasa di televisyen : satu kajian perbandingan. Disertasi (M.M.L.S) - Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, 112 Wardhaugh, Ronald. (1995). An Introduction To Sociolinguistics. 4th Edition. United Kingdom : Blackwell Publishing. Waterman, John T. (1976). A History of the German Language. Seattle : University of Washington Press Wills, W. (1981). The Science Of Translation, Problem And Methods. Tbingen :Gunter Narr Verlag . ____________ (1982). The Science of Translation. Stuttgart: Gunter Narr verlag Tubingen. Cerita rakyat Lebai Malang. [ online ]. Dilayari pada 22 Jun 2005. Laman web : <http://www.ashtech.com.my/cerita_ rakyat/lebai_malang.html> . Cerita rakyat Pak Belalang. [ online ]. Dilayari pada 22 Jun 2005. Laman web : <http://www.ashtech.com.my/cerita_rakyat/pak_belalang.html> Dilayari pada 16 Januari 2006 <http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu> Dilayari pada 16 Januari 2006 <http://faculty.unitarklj1.edu.my> Dilayari pada 16 Januari 2006 <http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/asal_usul_bahasa> Dilayari pada 16 Januari 2006 <http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/asal_usul_bahasa/ asal_usul_bahasa_melayu.htm> Dilayari pada 10 Febuari 2006 <http://faculty.unitarklj1.edu.my> Dilayari pada 5 Oktober 2006 <http://www.lib.usm.my/press/DAH/DAH.htm > Dilayari pada 5 Oktober 2006 <http://www.arabic.com.my/pdf/terjemahan+Arab-Melayu + ktn.pdf.> Dilayari pada 5 Oktober 2006 <http://id,wikipedia.org/wiki/Budaya> Dilayari pada 5 Oktober 2006 <http://www.brunet.bn/news/pelita/25apr/haluan.htm> 113 LAMPIRAN 1 Date: Tue, 04 Apr 2006 11:19:06 +0800 From:

Volker Wolf <director@kualalumpur.goethe.org> Add to Address Book Add Mobile Alert Subject: kuadl-lis: Uebersetzerworkshop im September To: Kuadl-Lis@Goethe. De <kuadl-lis@goethe.de>
Liebe KollegInnen, ich schicke hier wieder einmal einen Info Brief Deutsch als Fremdsprache (3/2006), um euch/Sie daran zu erinnern, dass man diesen Info-Brief selbst kostenlos abonnieren kann! Ausserdem moechte ich fragen, wer von Euch/Ihnen interessiert ist (und sich ausreichend kompetent fuehlt) an einem Deutsch-Bahasa Malaysia Uebersetzer-Workshop teilzunehmen? Der Workshop soll zwar erst im September stattfinden (18. Sep bis 22. Sep), aber es sollen sich mindestens 10 Teilnehmer dafuer anmelden. In diesem Workshop sollen malaysische Kurzgeschichten (Ausschnitte) unter fachlicher Anleitung von Holger Warnk (SOA Institut Frankfurt) ins Deutsche uebertragen werden; es geht dabei weniger um die unmittelbaren Ergebnisse als um ein erstes Qualifizierungsangebot fuer deutsche und malaysische Lehrer und Dozenten, die sich fuer literarische Uebersetzungsarbeit interessieren und ein kreatives, eventuell spaeter auch lukratives Betaetigungsfeld fuer sich suchen. Den TeilnehmerInnen an diesem Workshop entstehen keine Ausgaben; sollte der Workshop auf Pangkor stattfinden, wird fuer Transport, Uebernachtung und Verkoestigung gesorgt, selbstverstaendlich werden keine Honorare gezahlt. Bitte lasst mich wissen, wer von Ihnen dabei sein moechte, damit ich den Plan bald konkretisieren kann. Mit herzlichen Gruessen verabschiede ich mich in die Schulferien meiner Tochter nach Melbourne, werde mich aber Anfang Mai wieder mit den neuesten Kulturnachrichten bei Euch melden! Euer Volker

114 LAMPIRAN 2 Terjemahan Lampiran 1 Saudara-Saudari, Sekali lagi saya ingin memaklumkan maklumat tentang bahasa Jerman sebagai bahasa asing (3/2006), serta mengingatkan tuan-tuan dan puan-puan agar mendapatkan sendiri informasi bahasa Jerman secara percuma. Di samping itu, saya ingin mengetahui adakah sesiapa di antara tuantuan dan puanpuan yang berminat (mungkin berbakat) untuk menyertai Bengkel Penterjemahan Bahasa Jerman- Bahasa Malaysia? Bengkel tersebut akan diadakan pada bulan

September ( 18 September hingga 22 September). Bilangan minima peserta mestilah sekurang-kurangnya sepuluh orang. Bengkel ini akan menterjemahkan cerita-cerita pendek bahasa Malaysia ke bahasa Jerman, di bawah bimbingan Holger Warnk (SOA Institut, Frankfurt). Tawaran ini dibuka kepada guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang berminat terhadap penterjemahan sastera serta merupakan seorang yang kreatif. Secara tidak langsung juga kepada sesiapa yang mencari aktiviti yang akan menguntungkannya kelak. Peserta tidak akan dibebani dengan sebarang kos, di mana penginapan, makanan dan pengangkutan disediakan. Tiada wang sagu hati diperuntukan. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi saya untuk tujuan perancangan bengkel terjemahan ini. Sekian, terima kasih. Jumpa lagi pada awal Mei. Volker. 115 LAMPIRAN 3 116 117 LAMPIRAN 4 Lebai Malang Al kisah, maka adalah sebuah desa. Maka didalam rantau itu adalah seorang lebai pandai mengaji dan taat ibadatnya kepada Allah ta`ala, istimewa pula perangainya tersangat adab dan santun, serta dengan tulus ikhlas hatinya kedua laki isteri. Ia itu tinggal disebuag dusun. Sekali peristiwa, datanglah seorang laki-laki kerumahnya mengajak akan dia melawat orang mati. Maka kata Pak Lebai, baiklah. Kembalilah tuan dahulu,. Dan seketika lagi datang pula seorang kanak-kanak menjemput Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian. Maka jawab Pak Lebai, yalah, baliklah engkau dahulu. Ada sekejap pula datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai keterataknya oleh hendak berdikir kenduri Maulud. Maka itu puj disanggup juga Pak Lebai, demikianlah juga

katanya. Maka ketiga-tiga mereka itu pun pulanglah kerumah masingmasing berhadirkan sekalian alatnya kerana harapkan Pak Lebai akan datang juga kerumahnya. Hatta, dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari, tiadalah juga Pak Lebai datang. Maka yang mati itu pun dimandikan serta disembahyangkan lalu ditanamkan. Dan demikian juga yang berkhatam itu pun dikhatamkan oranglah dan yang berkenduri itu pun bertampillah berdikir, masing-masing dengan pekerjaannya. Kelakian, maka tersebutlah perkataan Pak Lebai. Kemudian daripada mereka yang ketiga itu telah kembali, maka ia pun sembahyang zuhur. Sudah sembahyang lalu berfikir didalam hatinya, kemana baik aku pergi ini? Jika aku pergikepada orang mati tentu aku mendapat sedekah kain putih dan tikar. Dan kalau aku pergi kepada orang berkhatam pengajian itu, perutku tentulah kenyang, dan sedekah pula secupak daging kerbau, serta kelapa setali dan kampit beras satu. Dan jikalau aku pergi kepada orang berdikir itu perut aku tentulah kenyang makan lempeng penganan angkatan orang itu. Maka kalau begitu, 118 baiklah aku pergi kepada orang mati itu dahulu, kerana sabda junjungan dahulukan kerja wajib daripada kerja yang lain-lain. Hatta, telah Lebai Malang berfikir demikiaan, maka ia pun pergilah kerumah orang yang kematian itu. Dengan takdir Allah ta`ala Pak Lebai bertemu dengan orang-orang yang pergi menanamkan orang mati itu baru pulang sahaja dari kubur. Maka kata saudara si mati, Allah, Pak Lebai, mengapa lambat datang? Sudahlah apa boleh buat? Tiada hendak menjadi rezeki saya. Maka Pak Lebai pun pergilah pula kerumah orang berkhatam itu. Serta ia sampai kesana, orang semuanya habis hendak balik. Demi dilihat oleh orang empunya kerja itu,

katanya, ah, ah ini pun Pak Lebai baru sampai. Mengapa Pak Lebai lambat datang? Sekarang apa pun tiada lagi, semuanya telah habis, melainkan barang dimaafkan sahajalah hal saya ini, kerana semuanya telah habis sekali. Maka kata Pak Lebai, tiada mengapa, asalkan sudah selamat, sudahlah. Kemudian ia pun berjalan menuju kerumah orang bermaulud itu. Setelah ia sampai kesana, orang baru lepas berangkat saja, masing-masing orang pun hendak kembalilah. Maka apabila dilihatnya oleh tuan rumah akan Pak Lebai, maka katanya, Allah mengapa lambat datang Pak Lebai? Hingga penatlah saya menanti tiada juga Pak Lebai sampai. Kemudian diperbuatlah mana-mana yang dapat. Naiklah, Pak Lebai, nah inilah yang ada hanya sebungkus penganan saja lagi, lain semuanya sekali telah habis. Maka ujar Pak Lebai, tiada mengapa apa pula yang disusahkan saya ini. Lalu diambilnya bungkusan lempeng itu serta berjalan pulang kerumahnya. Kelakian, maka hari pun hampir petang Pak Lebai pun sampailah kekampungnya lalu teringatlah ia akan air niranya diatas pohon kabung tiada berambil lagi. Maka ia pun pergilah kepohon kabung itu dan lempengnya itu pun disangkutkannya pada singai tempat iaa memanjat pohon itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada bacuk niranya itu. Dilihatnya bacuk itu penuh berisi air nira. Dengan takdir Allah, lempengnya yang ditinggalkannya dibawah itu sudah digonggong oleh anjing, dibawanya lari. Maka setelah dilihatnya oleh Pak Lebai akan hal 119 penganannya itu digonggong oleh anjing, maka hilanglah fikirannya, lalu ia mencabut goloknya serta dipunggaikannya kepada anjing itu, tiada kena. Dan diambil bacuk nira yang penuh dengan nira itu, lalu dibalingkannya, tiada juga kena. Maka ia pun terjun dari atas pohon itu berkejar sekuatnya menghambat binatang bedebah itu.

Maka oleh tersangat pantasnya Pak Lebai mengejar anjing itu hingga terkepunglah ia, tiada tentu arahnya hendak lari lagi, istimewa pula hari sudah malam buta. Maka anjing itu pun masuklah kedalam lubang batang kayu bersembunyi membawa bungkusan kuih yang separuh sudah dimakannya sambil lari itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada tempat anjing itu menyembunyikan dirinya. Dicarinya kayu tiada, dan lain-lain benda pun tiada juga hendak disumbatkannya pada lubang itu. Maka Pak Lebai pun oleh tersangat berang hatinya, lalu menanggalkan seluar dan baju serta songkoknya, lalu disumbatkannya kepada lubang itu. Maka Pak Lebai pun tinggal bertelanjang bulat sahaja. Maka sianjing sial itu pun keluarlah lari mengikut lubang yang sebelah lagi yang tiada bertutup itu, mengonggong bungkusan itu dengan pantasnya masuk kedalam hutan lalu hilanglah sekali tiada kelihatan pada mata Pak Lebai. Maka Pak Lebai pun tercengang-cenganglah mengintai anjing itu kesana kemari. Hatta seketika lagi terbanglah dua ekor burung punai betul-betul menuju Pak Lebai, kerana pada sangka burung itu tunggul kayu, oleh Pak Lebai bertelanjang bogel, seurat benang pun tiada lekat pada tubuhnya. Setelah dilihat oleh Pak Lebai akan punai itu datang, ia pun segeralah mengadakan lengannya dan membukakan kedua ketiaknya. Maka punai itu pun betullah masuk kedalam lubang ketiaknya, seekor disebelah kiri hendak menangkap burung itu. Wah apabila dirasa oleh burung itu badanya sudah tiada terapit lagi, maka keduanya pun terbanglah naik keatas pohon kayu yang berhampiran disitu. Setelah dilihat oleh Pak Lebai punai itu terbang, putihlah matanya dengan putus asanya kerana segala pekara yang diusahakannya itu suatu pun tiada memberi faedah kepadanya. Maka ia pun mengucapkan syukurlah kepada Allah lalu ia pun kembalilah kepada lubang kayu tadi hendak mengambil kain bajunya. Sekunyung-kunyung suatu pun tiada

lagi, sudah diambil oleh orang. Maka pergi pula ia kepohon kabung mencari goloknya dan 120 bacuk niranya, semuanya telah ghaib, suatu pun tiada lagi. Wah apatah lagi, sesal Pak Lebai pun tiadalah berguna lagi, lalu teringatlah ia akan bidalan orang tua-tua, kalau secupak, takkan segantang, rezeki sudah sebanyak itu. Maka Pak Lebai pun naiklah kerumahnya. Telah dilihat oleh isterinya Pak Lebai bertelanjang bogel itu, marahlah ia, seraya katanya, kena apa awak demikian ini, seperti laku orang gila? Kemana pergi seluar dan baju awak? Maka oleh Pak Lebai diceritakannya segala hal ehwal yang telah berlaku keatas dirinya. Maka Mak Lebai pun naiklah radangnya, seraya mengambil kayu api, disesahkannya kebelakang Pak Lebai seraya berkata: Lebai nasib langkahan malang , Kehulu hilir penat berulang Celaka sial bedebah jembalang Pakaian dibuang bertelanjang pulang.' Maka Pak Lebai pun lari masuk kedalam kelambu mencari kain, lalu duduk termenung memikirkan halnya yang telah jadi, serta dengan berangnya sebab penat dan sakit kena bahan oleh kayu api Mak Lebai. Lalu ia bersyair pula: Ayuhai nasib fikir miskin, Dapat sedekah sebungkus lempeng, Habis hilang baju dan kain, Penganan habis dibaham anjing. Penat berkejar tidak terkira, Kesana kemari tersera-sera, Punah golok bersama nira, Pulang kerumah mendapat mara.' Maka demikianlah ceritanya Pak Lebai Malang itu, adanya. http://www.ashtech.com.my/cerita_rakyat/lebai_malang.html 121 LAMPIRAN 5 122 123 124 125 126

LAMPIRAN 6 Pak Belalang Al kisah, maka adalah suatu cerita, kononnya sebuah negeri nama Halban Cundung. Nama rajanya Indera Maya, cukup dengan hulubalang menterinya. Maka adalah dipeminggiran negeri raja itu seorang peladang tiga beranak, anaknya laki-laki dinamakannya Belalang, menjadi orang-orang semuanya memanggil orang tua peladang itu Pak Belalang. Maka pada suatu tahun semua orang tiada dapat padi berladang, oleh sangat kemarau. Maka yang hal sepeladang tiga beranak itu sangatlah kesusahan hendak mencari makanan, tiadalah dapat daya dan upaya lagi, melainkan dengan makanan kutip katap sahaja, ya ni terkadang makan ubi, tebu, pisang, keladi dan sebagainya. Hatta, antara beberapa lamanya didalam hal yang demikian itu, sampailah pula musim piama. Maka orang bekerja bendang pun masing-masing turun kebendangnya membuat pekerjaan, ada yang mencuci parit, membaiki batas-batas mana-mana yang patut dan rusuk, dan ada yang menengala dengan kerbau, ya ni tanah didalam petak bendang itu supaya menjadi lembut semuanya, boleh senang menanam padi, lagi pula menyuburkan pokok padi sampai kepada buahnya. Maka ada pula yang memagar dan berbuat berbagai-bagai ikhtiar supaya terpelihara daripada mara bahaya musuhnya seperti tikus, ulat dan babi. Maka didalam hal yang demikian itu semua orang membuat pekerjaan, melainkan Pak Belalang tiga beranak asyik dengan tidur siang malam dirumahnya dengan berdukacita yang teramat sangat akan kehidupannya yang akan boleh makan. Maka pada suatu hari Pak Belalang berkata kepada anaknya nama Si Belalang itu, wahai anakku, apalah sudah untung kita demikian ini. Tiadalah dapat apa-apa yang dijadikan makanan kita anak beranak. Maka jawab anaknya, apakah fikiran aki? Maka kata Pak Belalang, pada fikiranku pergilah anakku sembunyikan kerbau orang yang

menenggala dibendang itu barang dua ekor, taruh didalam semaksemak itu. Jikalau orang itu gempar 127 kehilangan kerbaunya, katakana aku tahu bertenung menentukan dimana-mana tempat kerbau itu. Sebermula, telah sudah bermesyuarat kedua beranaknya, pada waktu matahari rembang orang-orang bendang itu kelelahanlah penat. Masing-masing pun berhentilah naik kedangaunya makan minum dan setengah tidur. Maka kerbau-kerbau mereka itu ditambatkan ditepi batas yang disebelah naung, makan rumput dan setengah dilepaskan dengan tali-talinya berkubang. Arakian, Si Belalang pun, lepas bermesyuarat dengan bapanya itu, lalulah ketempat kerbau yang teramat itu dengan seorang dirinya terhendap-hendap mengintau tuan kerbau itu. Telah sampai lalu dipegangnya tali kerbau, diambilnya dua ekor, ditambatkannya kepada pohon kayu besar kira-kira sebatu jauhnya daripada tempat itu. Maka ia pun pulang kepada bapanya, habis dikabarkannya hal ehwalnya. Maka sangatlah sukacita bapanya mendengarkan perkataan anaknya oleh mengikut seperti pengajarannya. Hatta, tersebut perkataan orang-orang bendang itu. Apabila telah beralih hari, masingmasing pun turunlah kebendangnya sambil hendak mengambil kerbau. Maka dilihat dua ekor kerbaunya sudah hilang. Jenuh mencari tiada jump, sambil berkata, siapakah gerangan agaknya tahu bertenung ini? Kita hendak tenungkan kerbau yang hilang ini. Maka pada ketika itu Si Belalang sedang bermain dekat-dekat meraka itu. Maka katanya, bapaku tahu juga sedikit-sedikit bertenung. Jawabnya tahu juga. Maka kata orang bendang itu, marilah kita sekalian pergi kepada Pak Belalang minta ditenungkan. Jawab kawannya, moh la. Lalu pergilah orang-orang bendang itu kepada Pak Belalang. Maka pada ketika itu Pak Belalang pun ada dirumah

sedang memegang gobek. Lalu ditegurnya akan mereka itu seraya katanya, apakah hajat anakku sekalian ini? Jawab orang-orang itu, kita ini mendapatkan Pak Belalang minta tenungkan kerbau kita hilang, jenuh mencarinya. Maka kata Pak Belalang pun mengambil kertas yang buruk, ditulisnya bagai bekas cakar ayam sahaja, dengan tawakal diperbuatnya serta membilangbilang jarinya dan memejam-mejamkan matanya. Katanya, ayuhi anakku, kerbau itu dua yang hilang ada 128 disebelah matahari mati, ditambatkan orang dipohon kayu besar. Pada petuanya jikalau lambat dituruti nescayalah ia mati. Demi orang-orang itu mendengarkan perkataan Pak Belalang, sangatlah sukacita hatinya. Lalulah pergi setenganya mencari dan yang setengah balik pulang. Kemudian antara beberapa lamanya mereka itu pun sampailah ketempat yang ditambatkan oleh Si Belalang itu. Maka kerbau dua ekor itu hampir akan mati kerana tersangat dahaga, lalu diambilnya, dibawa pulang kerumahnya akan Pak Belalang tahu tenung. Maka singgahlah mereka itu dirumah Pak Belalang, serta membawa beberapa banyak hadiah daripada beras, padi, tembakau, gambir, ikan dan lain-lainnya adalah berharga kadar lima puluh derham. Maka sangatlah kesukaan hati Pak Belalang menerima hadiah mereka itu, dengan beberapa kesenangan ia makan anak-beranak. Kelakian, tersebutlah Raja Indera Maya didalam negeri itu. Pada suatu malam kecurianlah baginda tujuh biji peti yang berisi emas, intan, derham dan lain-lain mata benda yang mahal-mahal harganya. Maka dititahkan oleh baginda memukul canang segenap pekan didalam negeri itu, titahnya, siapa-siapa tahu bertenung raja memanggil kedalam, hendak minta tenungkan harta yang hilang kecurian tujuh buji peti semalam. Maka didengar oleh bendang yang hilang kerbau itu. Katanya, yang kita tahu, orang yang pandai bertenung, boleh dapat dengan segeranya.

Maka kata tukang canang itu, dimanakah rumahnya? Jawab orang bendang itu, itulah rumahnya. Maka pergilah tukang canang itu. Didapati Pak Belalang ada hadir dirumahnya. Lalu mereka bertanya, ayuhai Pak Belalang, iakah sungguhh tahu bertenung? Maka jawabnya, tahu juga sedikit. Maka kata tukang canang, marilah mengadap baginda, kerana baginda kecurian tujuh biji peti semalam. Maka jawab Pak Belalang, baiklah. Maka ia pun pergilah mengadap baginda bersamasama dengan tukang canang. Apabila sampai kedalam lalu ditegur oleh baginda seraya bertitah, hai Pak Belalang, tahukah engkau bertenung? Maka sembah Pak Belalang, ampun Tuanku beribu-ribu ampun, tahu juga sedikit kerana patik ditinggalkan hamba tua 129 dahulu empat peti kitab tiba dirumah patik dari hal kisah pencuri barang-barang yang hilang. Maka titah baginda, jikalau baginda beta beri tempoh didalam tujuh hari ini, beta minta tenungkan harta beta yang hilang itu. Jika tiada dapat engkau tenungkan harta itu, nescaya beta bunuh kerana membuat bohong mengatakan ada empat biji peti tib ilmu nujum. Maka sembah Pak Belalang, Daulat Tuanku titah patik junjung. Insyaallah ta`ala, berkat dengan tinggi daulat, bolehlah patik tenungkan, Tuanku. Maka Pak Belalang pun bermohon balik, dikurniakan oleh baginda seratus derham akan belanjanya. Hatta, apabila sampai kepekan, maka dibelinya beras, ikan, minyak dan tepung, dibawa balik kerumahnya, diberikan kepada isterinya. Maka tanya isterinya, dimana Pak Belalang dapat barang banyak-banyak ini? Curikah? Jawabnya, tiada aku curi, raja memberi kepada aku, disuruhnya bertenung hartanya hilanh tujuh biji peti semalam konon. Maka tepung ini perbuatlah roti. Aku teragak hendak makan roti rasanya. Maka diambil oleh perempuannya barang-barang itu diperbuat roti. Seketika nanti hari

pun malam. Lepas makan nasi tiga beranak itu, Pak Belalang pun berbaring ditengah rumahnya oleh sebab letih berjalan tadi. Maka isterinya pun masaklah roti itu didapurnya, direndangnya sebiji-biji, maka berbunyilah roti itu kena minyak didalam kuali, chur bunyinya. Maka oleh Pak Belalang dibilangnya dari tengah rumah itu, katanya, satu membilang roti itu. Maka dengan takdir Allah, berkat ia bertawakal membuat pembohong itu, tatkala ia membilang roti itu maka kepala pencuri yang mengambil harta baginda itu ada orang terdiri dihalam Pak Belalang, barulah ia keluar dari hutan, kerana jalannya pergi datang itu dekat dengan rumah Pak Belalang. Kemudian chur bunyinya sekeping roti lagi, dibilangnya, dua. Maka pencuri itu pun sudah dua berdiri dihalamannya. Kemudian tiga, maka pencuri itu pun sudah tiga orang disitu. Kemudian tujuh keping roti dibilang oleh Pak Belalang, bersetuju dengan pencuri itu telah ada disitu ketujuhtujuhnya. 130 Maka kata kepala pencuri itu, Hai kawan-kawan sekalian, ada pun kita ni sudah diketahui oleh orang tua Pak Belalang akan kita ada disini. Pada fikiranku, tentulah ia tahu kita tujuh orang ini yang mengambil harta raja itu dan sekarang baiklah kita pergi berjumpa dengan dia berkabarkan kesalahan kita yang mengambil harta raja itu. Jawab yang berenam itu lagi, baiklah mari kita pergi kabarkan supaya lepas nyawa kita mati dibunuh raja itu. Maka pencuri ketujuh itu pun pergilah mengetuk pintu Pak Belalang. Maka kata Pak Belalang siapa itu? Jawabnya, kita hendak berjumpa dengan Pak Belalang. Maka dibuka oleh Pak Belalang pintunya lalu naiklah pencuri ketujuh-tujuh orang itu seraya duduk berjabat tangan dengan Pak Belalang. Maka kata Pak Belalang, dari mana datang dan apakah hajat? Maka jawab pencuri, kami datang ini minta nyawa kepada Pak Belalang. Jangan kamu

sekalian dibunuh, kerana kamilah semua yang mengambil peti raja negeri ini, yang hilang tujuh biji itu. Oleh sebab jikalau tiada kita berkabarkan benar pun, Pak Belalang sudah tahu, kerana Pak Belalang di rumah, kami di tanah lagi belum nampak sudah Pak Belalang bilang. Sebermula telah didengar oleh Pak Belalang akan perkataan pencuri ketujuh itu sangatlah sukacitanya sambil berdaham. Katanya, dengan sesungguhnya aku tahu. Masa anakku di tanah tadi aku bilang di rumah ini satu hingga ketujuh. Benar atau tidak bilangan aku itu? Maka jawab pencuri itu dengan ketakutan, benar. Itulah sebabnya kami sekalian takut akan Pak Belalang berkabar kepada raja, matilah kami sekalian di bunuh oleh raja itu. Maka kata Pak Belalang, jikalau sungguh anakku sekalian berkata benar, tidaklah dibunuh oleh raja. Dimanakah harta raja itu sekarang? Jawab pencuri itu, adalah kami sekalian tanamkan disebelah selatan didalam hutan, lebih kurang ada sebatu dari sini. Kami sekalian tanamkan didalam tanah tiada apa-apa rusak, bolehlah Pak Belalang ambil harta raja itu balik. Maka kata Pak Belalang, baiklah, tetapi jangan membuat bohong. Tentu aku suruh bunuh kepada raja. Maka bersumpahlah pencuri itu mengatakan tidak bohong sekali-kali. Kemudian roti yang dimasak oleh isteri Pak Belalang itu pun dijamukannyalah kepada pencuri-pencuri 131 itu. Lepas makan mereka itu pun turunlah berjalan. Hatta, telah siang hari, Pak Belalang pun pergilah mengadap Raja Indera Maya seraya baginda bertitah, apa kabar, Pak belalang? Adakah dapat ditenungkan di dalam tib darihal itu? Maka sembah Pak Belalang, insyaallah ta`ala, dengan berkat tinggi daulat dapatlah dalam tib-tib patik itu, Tuanku. Patik peroleh satu buku, didalamnya ada tersebut bahawasanya ada pun hartanya yang hilang tujuh orang, dibawahnya kesebelah selatan,

sudah ditanamkannya didalam tanah, tetapi tiada rosak barang-barang itu lagi. Setelah menitahkan dua orang menteri dengan seratus hulubalang dan lima ratus rakyat mencari peti baginda itu dengan segeranya, maka masing-masing menyembah lalu berjala. Maka baginda pun tinggallah dengan Pak Belalang di balairong seri dihadapi oleh bentara biduanda sida-sida sekalian. Maka tersebutlah kisah menteri dengan hulubalang, rakyat pergi mencari harta itu. Selang beberapa lamanya sampailah kedalam hutan besar, ditujunya kesebelah selatan. Dengan takdir Allah subhanahu wata`ala betullah sampai mereka kepada tempat peti yang ditanamkan oleh pencuri itu, berjumpa dengan suatu lubang bekas ditimbus orang. Maka diambil oleh menteri anak-anak kayu suruh tikam kedalam tanah, lalu kenalah kepada peti itu, serta diangkat naik, dipikul oleh rakyat sekalian, dibawa balik mengadap baginda. Maka baginda pun turunlah dari atas singgahsana sambil berkata, betullah sungguh Pak Belalang ini, besar untungnya dan kebaktiannya kepada aku. Baginda bertitah itu dengan teramat sukacitanya, seraya memandang kepada muka Pak Belalang. Titahnya pula, ada pun Pak Belalang ini telah beta gelar Ahlunnujum pada hari ini, dan barangsiapa memanggil Pak Belalang, beta guntingkan lidahnya. Maka sekalian rakyat, menteri hulubalang pun mengatakan Ahlunnujum sekaliannya. Maka titah baginda, Hai ahlunnujum, beta anugerahi sebiji peti ini akan dikau, bawalah pulang kerumah, berikan kepada anak isteri engkau. Maka sembah Ahlunnujum Belalang, ampun Tuanku beribu-ribu ampun, patik mohonkan ampunlah dikurniakan 132 harta itu, kerana ayapan yang kurniai oleh dulu Tuanku dahulu itu pun cukup patik ayapi anak beranak. Maka titah baginda menyuruh juga hantarkan sebiji peti yang berisi emas, intan, ratna

mutu manikam, kerumah ahlunnujum Belalang itu. Maka ahlunnujum pun bermohon kembali pulang kerumahnya dengan sukacita sekalian anak isterinya. Hatta, antara selang tiga bulan, masuklah pula tiga buah kapal membawa anak itik baru jadi, meminta kenalkan jantan betinanya. Maka kapal itu pun sampailah kepelabuhan. Juragannya naik kedarat mengadap Raja Indera Maya. Maka ada pun tatkala itu baginda sedang dihadapi oleh menteri, hulubalang, sida-sida, biduanda sekaliannya. Maka juragan itu pun naiklah kebalai pengahadapan masuk mengadap dibawa oleh bahtera baginda. Serta baginda memandang, juragan pun bertelut kepada baginda. Sembahnya, ampun Tuanku beribu-ribu ampun, patik ini datang dari sebuah negeri kesebuah negeri membawa anak itik baru menetas, meminta kenalkan jantan dan betinanya patik persembahkan kebawah duli Tuanku kapal patik tiga buah itu dengan isinya, patik turun kain sehelai sepinggang sahaja. Tetapi jika Tuanku terkenal anak itik itu jantan betinanya, harapkan diampun beribu-ribu ampun, negeri Tuanku ini patik pohonkan supaya menjadi milik patik. Maka sahut baginda, baiklah encik Juragan, beta minta tempoh tiga hari dahulu. Kepada hari yang ketiga itu pagi-pagi bolehlah datang bawakan anak-anak itik itu, boleh beta kenalkan jantan betinanya. Maka juragan itu pun bermohon balik kekapalnya. Maka baginda pun menitaahkan seorang biduanda panggil ahlunnujum belalang. Maka biduanda pergi kepada Ahlun nujum Belalang. Tatkala itu Ahlun nujum Belalang ada dirumahnya sedang merojak sireh hendak dimakannya. Maka biduanda pun naik. Katanya, Hai Ahlun nujum , titah memanggil bersama-sama sahaya mengadap dengan segeranya. Jawab biduanda ada kapal masuk membawa anak itik baru menetas, minta kenalkan jantan betinanya. Itulah sebab Tuanku memanggil. Maka sahut Ahlun nujum Belalang,

Baiklah, lalu ia mengambil tongkat berjalan bersama-sama dengan biduanda mengadap 133 baginda kebalairong seri. Demi terpandang kepada Ahlun nujum, maka baginda pun bertitah, marilah kesini dekat dengan beta ini, hendak bermesyuarat. Maka Pak Belalang pun datanglah hampir dengan baginda seraya meyembah. Maka titah baginda, apalah hal beta ini ahlun nujum? Ada pula masuk tiga buah kapal membawa anak itik baru menetas dari telur. Juragannya meminta kenalkan jantan betinanya, kepada beta. Jika tidak kenal, negeri ini pulanglah kepadanya. Maka sekarang apakah halnya beta hendak mengenalnya itu? Setelah Ahlun nujum Belalang mendengarkan titah baginda, ia pun termenung seketika serta menyerahkan dirinya kepada Tuhan sarwa sekalian alam harapkan makbul sebarang maksudnya membuat perkataannya yang pembohong itu semuanya, Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, titah Tuanku terjunjunglah diatas otak batu kepala patik. Maka dengan berkat tinggi daulat Tuanku adalah pula buku tib itu tinggal di rumah patik, dua tiga empat peti penuh berisi dengan pasal anak itik itu sahaja. Dan harapkan ampun patik bertempuh tiga hari mencari dalam tib itu. Maka titah baginda, baiklah. Maka Pak Belalang pun bermohon balik pulang kerumahnya dengan dukacita yang teramat sangat kerana takut kalau kedapatan budi pembohongnya itu. Maka keluh kesahlah ia tiada lalu makan dan minum dan tidur, melainkan di dalam hatinya berkata, ya Allah, ya Rabbi, ya Saidi, ya Maulai. Kepada Tuhanku juga hamba menyerahkan diri, barang dimakbulkan kiranya seperti maksud dan hajat hamba ini akan mengetahui jantan betina anak itik itu dengan mudahnya. Hatta, perjanjian dengan baginda itu pun sampailah dua hari sudah. Maka sangatlah dukacita Pak Belalang akan perkara yang disanggupinya itu. Setelah sampai kepada malam ketiganya, maka dengan takdir Allah subhanahuwata`ala dibukakan hatinya

fikiran yang baik. Baiklah aku pergi bersampan berkayuh dekat-dekat kapal mendengar perkabaran itik itu. Maka ia pun berkayuhlah dengan perahunya yang pipih supaya tidak kedengaran bunyi air. Setelah Pak Belalang sampai kepada kapal yang tiga buah berlabuh itu seraya perlahan-lahan mendengarkan apa-apa percakapan orang dikapal itu. Maka dengan takdir 134 Allah subhanahu wata`ala melakukan kudrat diatas hambanya, pada ketika itu bercakaplah isteri juragan kapal itu dengan suaminya. Katanya ayuhi Encik Juragan, berapa lama sudah saya bersama-sama belayar menjajakan anak itik ini minta kenalkan jantan betinanya belum juga saya tahu bagaimana hendak mengenalnya itu. Jikalau sungguh kasih kepada saya tolonglah kabarkan supaya saya tahu. Maka jawab juragan itu, ayuhai adinda, buah hati kekanda, tiadalah dapat kekanda hendak mengabarkan hal itu, takut didengar oleh orang, kerana esok hari hendak kekanda bawa mengadap raja negeri ini minta kenalkan jantan betinanya. Jikalau tiada lalu raja itu mengenalnya negeri ini kita miliki, dan jikalau lalu pula raja itu mengenalnya, kapal yang tiga buah ini pulang kepadanya. Kita sekalian turun kain sehelai sepinggang sahaja. Tetapi oleh kasih kekanda, kabarkan. Janganlah dicakapkan kepada orang. Maka jawab isterinya, katakanlah supaya adinda dengar. Di mana pula ada orang tengah malam datang hampir kemari? Lalu dikabarkan oleh juragan kepada isterinya, katanya, jikalau hendak mengenal jantan betina anak itik itu, hendaklah dibubuh air didalam terenang. Mana-mana yang dahulu menyelam itulah betina dan yang kemudiannya jantan. Setelah didengar oleh isterinya, ia pun diam. Lalu tidur kedua laki isteri menantikan siang. Shahadan maka Pak Belalang pun sekalian hal ehwal itu semuanya didengar.

Sangatlah suka hatinya serasa mati hidup kembali, sambil berkayuh perlahan-lahan balik pulang kerumahnya. Setelah sampai lalu memanggil perempuannya emak Belalang. Maka emak Belalang pun bangun memebuka pintu. Maka kata Pak Belalang, ada \kah nasi emak Belalang? Aku lapar ini. Pergilah masak segera, apa digaduhkan masak nasi ransom? Belanja kita raja memberi. Maka jawab isterinya, sudah ada nasi. Makanlah. Maka Pak Belalang pun bersalin kainnya lalu duduk serta memakan nasi. Setelah itu, ia pun tidur dengan kesukaannya. Seketika lagi hari pun sianglah lalu ia bangun duduk sambil merojak sirehnya. Sebermula, maka tersebutlah perkataan juragan kapal. Telah hari siang pagi-pagi hari, maka juragan pun bersiaplah lalu naik kedarat diiringkan oleh anak-anak perahunya membawa anak itik itu. Maka baginda pun hadir diatas singgasana tahta kerajaan 135 dihadapi oleh sekalian menteri, hulubalang, sida-sida bentara, rakyat bala, hina dina hendak melihat temasya itu. Hatta, baginda pun menitahkan seorang biduanda memanggil ahlun nujum Belalang dengan segeranya. Maka biduanda pun menyembah lalu turun berjalan kerumah Ahlun nujum Belalang. Maka katanya titah Tuanku memanggil Ahlun nujum. Juragan dan sekalian orang telah berhimpun dibalai semuanya. Maka Ahlun nujum pun bersiapsiapkan sirehnya lalu mengadap baginda. Maka sampailah kebalairung seri. Maka titah baginda, marilah kemari. Maka Ahlun nujum Belalang pun dekatlah dengan baginda. Maka titah baginda, Apakah hal ahlun nujum hendak mengenal anak itik itu jantan betinanya? Maka sembah Pak Belalang. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, jenuh patikmencari di dalam tin patik. Maka dapatlah patik di dalam buku kecil sahaja, ada di dalam dua baris tertulis di tulis disitu mengatakan demikian, bahawasanya ada pun hendak mengenal anak itik itu

jantan betinanya, hendaklah dengan air. Maka titah baginda menyuruh ambilkan suatu terenang emas. Maka di bawa oleh dayang-dayang di persembahkan kepada baginda. Maka titahnya, inilah air, ahlun nujum. Maka sembah Pak Belalang, kemudian lepaskan seekor. Manamana yang dahulu menyelam, itulah yang betina dan yang kemudian menyelam itulah jantannya. Maka titah baginda, lepaskanlah. Sembah Pak Belalang, silakanlah Tuanku melepaskannya. Titah baginda, beta tiada tahu. Maka Pak Belalang pun bangun seraya menyembah melepaskan itik itu. Maka apabila dilepaskannya seekor dalam terenan, maka anak itik pun menyelam. Maka sembah Pak Belalang, itulah betina, tuanku. Kemudian dilepaskan pula seekor lagi, lambat menyelam. Titah baginda, lambat pula menyelan itu. Sembah Pak Belalang, yang lambat menyelam itu jantan, Tuanku. Maka baginda pun memandang kepada juragan kapal itu. Titahnya, apakah kabar Juragan? Betulkah seperti kata ahlun nujum ini, dimana hendak patik simpangkan perkataan yang sebenar itu? Maka titah baginda, jikalau begitu, baiklah perdana menteri 136 beri juragan ini tiga buah perahu dan bekalnya sampai ia balik kenegerinya. Maka perdana menteri pun menyembah dan juragan kapal pun turun bersama-sama dengan menterinya seraya menyembah baginda. Kapal itu pun diserahkan kepada bendahara dengan isi-isinya. Sebermula, tersebutlah kisah baginda itu pula memberi titah kepada Pak Belalang. Titahnya ayuhai saudara beta, ahlun nujum yang bijaksana, dengan kerelaan hati beta memberi sebuah kapal itu kepada saudara dengan isi-isinya. Maka sembah Pak Belalang, ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harapkan diampun, sebenar sangat seperti titah itu, dengan sebolah-bolehnya patik mohon ampunlah dikurniai itu,

kerana mana-mana harta yang duli Tuanku kurniakan dahulu sekarang telah sudah dihabiskan oleh didik itu bersuka ria, ampun tuanku bermain muda sahaja kerjanya. Baginda pun tertawa gelak-gelak, titahnya, tiada mengapa, budakbudak sahajanya gemar main muda itu, tiada pula menjadi kesalahan. Tetapi kawinkan dia mana-mana yang diperkenankan dan kapal ini pemberian betalah kepadanya Si Belalang itu. Maka sembah Pak Belalang, daulat Tuanku. Maka kapal itu pun disuruh hantarkan kepelabuhan Pak Belalang, adanya. Sebermula, telah selesai kisah anak itik itu, dengan takdir Allah subhanahu wa`tala, masuklah pula tujuh buah kapal membawa kayu yang teramat licin dan bulat, panjangnya kira-kira sehasta, nakhodanya itu pun naiklah mengadap baginda bermaklumkan halnya serta membawa kayu itu, dipersembahkan kepada baginda. Katanya, ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun jua kiranya. Adalah patik datang ini mengadap tuanku membawa suatu kayu bulat licin semuanya. Patik minta kenalkan kayu tentukan ujung dan pangkalnya patik persembahkan ketujuh buah kapal patik ini, patik turun sehelai sepinggang sahaja. Demi didengar oleh baginda sembah nahkoda itu, lalu titah baginda, baiklah beta minta tempoh tujuh hari kepada nakhoda. Setelah sudah, maka nahkoda kapal itu pun bermohonlah balik kekapalnya. Maka baginda pun bertitah menyuruh panggil Pak Belalang. Maka biduanda pun menyembah serta bermohon pergi mendapatkan ahlun 137 nujum Belalang itu. Katanya, titah tuanku memanggil kebalai. Jawab Pak Belalang, apa pasal memanggil aku? Lalu ia pun turun dengan segera mengadap baginda bersamasama dengan biduanda kebalai. Hatta, setelah baginda melihat Pak Belalang datang itu, baginda pun memberi titah kepadanya, ayuhai ahlun nujum, apalah ikhtiar diri sekarang? Ada seorang nakhoda

membawa kapal tujuh buah datang kepada beta, kerana ia ada membawa kayu bulat licin. Ia meminta kenalkan ujung pangkal kayu itu. Jikalau lalu terkenal oleh beta ujung dan pangkalnya, kapal yang tujuh buah itu diberikannya kepada beta. Jika tiada terkenal, maka negeri ini pulang kepadanya. Beta minta tempoh tujuh hari. Arakian, telah Pak Belalang mendengar titah baginda, maka lalu ia mengangkat tangan mendatangkan sembah, ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun, ada pun dari hal mengenal kayu, bolehlah juga patik kenalka, berkat tinggi daulat tuanku, kerana ada tujuh peti tib patik dirumah pasal mengenal kayukayu. Dan dua peti buku-buku pasal itu sahaja. Titah baginda, baiklah boleh ahlun nujum lihat didalam buku-buku itu. Maka Pak Belalang pun bermohonlah kembalilah kerumahnya. Hatta, dalam pada itu sampailah perjanjian itu tujuh hari kepada malam. Maka daripada pagi-pagi hari nakhoda kapal pun bersiaplah dengan anak perahunya hendak naik kebalairung seri membawa kayu itu. Maka pada ketika hulubalang, sida-sida, bentara, penuh sesak hendak melihat temasya itu. Maka hal Pak Belalang pada malam yang ketujuh itu turunlah ia kesampan berkayuh kekapal nahkoda itu daripada sebuah kapal kepada sebuah kapal. Hatta dengan takdir Allah subanahu wata`ala sampailah ia kekapal nahkoda yang jauh ditengah lautan sekali. Kepada masa itu nahkoda pun ada duduk sedang bermesyuaratkan darihal hendak membawa kayu itu esok harinya mengadap baginda. Maka kata sekalian anakanak perahunya itu, ayuhai Tuan nahkoda, hamba sekalian pun sangatlah ajaib bagaimanakah hendak mengenali ujung pangkal kayu itu. Maka sahut nahkoda kepada anak-anak 138 perahunya itu, janganlah kau sekalian cakapkan kepada orang rahsia ini, kalau didengar

oleh orang rosaklah kita. Maka kata sekalian anak-anak perahu itu, ya tuan nahkoda, dimana datang orang tengah malam ini? Maka kata nahkoda sekalian pun sangatlah ajaib bagaimanakah hendak mengenal ujung pangkal kayu itu, ada pun hendak mengenal ujung kayu itu dipegang sama tengahnya, diletakkan diatas air. Kemudian mana-mana dahulu yang tenggelam, disitulah pangkalnya. Telah sudah nahkoda berkabarkan rahsia itu kepada anak-anak perahunya, semuanya didengar oleh Pak Belalang perkataan itu. Ia pun balik kerumahnya. Hatta, telah hari siang, pagi-pagi hari berhimpunlah sekaliannya. Maka nahkoda kapal itu pun naiklah mengadap baginda membawa kayu itu. Maka baginda pun bertitah suruh duduk seraya memandang kepintu balai penghadapan itu menantikan ahlun nujum Belalang, lalu naik keatas balai penghadapan seraya menyembah baginda. Maka ditegur oleh baginda sambil bertitah, marilah dekat dengan beta disini. Apa kabar dalam tib ahlun nujum itu? Maka sembah Pak Belalang, ampun Tuanku beribu-ribu ampun, ada pun didalam tib patik darihal hendak mengenal ujung pangkal kayu itu hendaklah dengan air, tuanku. Maka titah baginda menyuruh ambil air kepada dayang-dayang pun mengambil air, dibubuh didalam batil emas, dibawa kehadapan baginda. Maka sembah Pak Belalang, tuanku lepaskan kayu itu. Maka titah baginda, beta tiada tahu. Ahlun nujum sendiri lepaskan. Maka Pak Belalang pun menyembah baginda seraya mengambil kayu itu. Maka ditimbangnya betul sama-sama tengah kayu, dilepaskannya didalam air itu. Maka tenggelam sebelah dahulu. Titah baginda. Apa yang dahulu temggelam itu? Maka sembah ahlun nujum Belalang, ampun Tuanku beribu-ribu ampun, yang tenggelam itu pangkalnya dan ujungnya itu kemudian tenggelam kerana ringan dan pangkalnya itu berat.

Maka baginda pun memandang kepada nahkoda kapal itu seraya bertitah, apa kabar nahkoda adakah betul seperti kata ahlun nujum beta dan tiada? Maka sembah nahkoda itu, 139 sebenarnyalah seperti kata ahlun nujum Tuanku itu. Apa hendak patik salahkan lagi? Sudah nasib patik, tuanku kerana patik dengar ahlun nujum tuanku ini arif bijaksana sangat. Inilah sebab patik mencuba kepandaiannya itu. Maka sahut ahlun nujum, dengan sebenarnya juga encik nahkoda menyembah kebawah duli yanga maha mulia itu. Jikalau ada kepandaian arif bijaksana sekali pun jika tiada rajin usaha tiada berguna juga. Maka terasalah dihati nahkoda itu teringatkan tatkala anak-anak perahunya itu bertanyakan ujung pangkal kayu dahulu agaknya barangkali Pak Belalang itu mengendapmendengarkan kisah itu, kerana ada cakapnya itu berusaha. Tetapi itu fikiran didalam hatinya sahaja, tiada dikeluarkannya. Maka titah baginda menyuruh biduanda berikan ampun kurnia kepada nahkoda itu tujuh buah perahu serta belanja makanannya. Maka nahkoda itu pun turun dari kapal sehelai sepinggang sahaja. Maka kapal tujuh buah serta dengan isinya itu pulang kepada baginda semuanya. Maka nahkoda itu pun bermohon kepada baginda naik keperahunya langsung pulang kenegerinya. Hatta, selang antara berapa lamanya, masuk pula sebuah kapal perdana menteri Askalan Rum mengadap baginda membawa surat rajanya kepada baginda. Tatkala itu baginda sedang semayam diatas takhta kerajaan dibalairung seri. Perdana Menteri itu pun naik lalu menyembah baginda dan mempersembahkan surat itu. Maka disambut oleh bentera dan dibaca dihadapan baginda. Demikianlah bunyinya: Sembah sujud serta ta`zim serta takrim daripada anakanda Raja Baharum Indera Sakti dinegeri Askalan Rum, barang disampaikan kiranya mengadap kebawah tahta paduka

ayahanda duli yang maha mulia. Ihwal anakanda maklumkan jikalau ada mudahmudahan rahim kasihan belas ayahanda, anakanda pohonkan Ahlun nujum ayahanda, minta lihatkan anakanda kehilangan isteri anakanda baru kawin tujuh hari, sedang tidur dicuri oleh jin. Maka haraplah dipohonkan bersama-sama pacal Perdana Menteri itu. Telah didengar bunyi surat itu, baginda pun menyuruh panggil ahlun nujum Belalang. Maka biduanda pun pergilah. Ada seketika lamanya, ahlun nujum Belalang pun sampailah bersama-sama dengan biduanda mengadap baginda. Maka baginda pun 140 bertitah, hai ahlun nujum, ada pun sebab beta memanggil ini kerana ada sebuah kapal masuk kemari mengadap membawa surat darihal putera baginda negeri Askalan Rum hilang isteriny, ia sedang tidur bersama-sama dicuri oleh seorang jin. Adakah dapat ahlun nujum mengembalikan balik daripada jin itu? Maka sembah ahlun nujum Belalang. Ampun tuanku beribu-ribu ampun, insya Allah ta`ala, berkat dengan tinggi daulat duli yang maha mulia, dari hal itu barangkali ada didalam tib-tib patik tangkal jin itu supaya ia takut. Maka titah baginda, baiklah boleh pergi sekarang bersama-sama Perdana menteri baginda ini. Maka sembah Ahlun nujum Belalang. Daulat tuanku, titah patik junjunglah. Patik pohon ampun pulang keteratak patik dahulu. Maka titah baginda, usahlah balik dahulu. Belanja-belanja ada beta beri. Maka sembahnya, baiklah tuanku. Lalu ia menyembahkan kepada baginda bersama-sama turun kekapal Perdana Menteri itu langsung belayar kenegeri Askalan Rum. Selang antara beberapa lamanya, sampailah kejambatan larangan. Maka disambut oleh baginda itu menteri serta dengan Ahlun nujum Belalang. Maka datanglah putera baginda itu mendapatkan Pak Belalang dengan tangisnya. Titahnya , ayuhai bapa hamba, tolonglah

hamba minta carikan isteri hamba yang telah dicuri oleh jin itu dengan segeranya. Maka sembah Pak Belalang, ampun tuanku beribu-ribu ampun, pertetapkan juga hati tuanku, Insya Allah ta`ala patik pergi mencari paduka adinda itu. Maka baginda pun berangkat dari kapal naik keistana membawa Ahlun nujum Belalang, diperjamu makan dan minum tujuh hari tujuh malam, disembelih kerbau, lembu, ayam dan itik. Hatta, lepas itu, Pak Belalang pun berdatang sembah kepada putera baginda itu. Sembahnya, ampun tuanku beribu-ribu ampun, nanti pada waktu dinihari tuanku titahkan sekalian isi negeri, rakyat bala tuanku pergi masuk kehutan sekalian isi negeri, rakyat bala tuanku pergi masuk kehutan sekaliannya mengikut patik. Tuanku pun bersama-sama berangkat. Apabila patik berhenti, tuanku sekalian rakyat pun berhenti jauh-jauh daripada patik, jangan dekat. 141 Maka putera baginda serta dengan dengan sekalian menteri, hulubalangnya pun mengakulah seperti sembah ahlun nujum itu. Telah malamlah, waktu dinihari, perdana menteri pun menyuruhkan sekalian rakyat isi negeri semua kehutan rimba belantara itu dengan terlalu amat kesusahannya. Hatta, apabila gari pun sudah cerah Pak Belalang pun berjalanlah bersama-sama dengan putera baginda itu diiringkan oleh menteri, hulubalangnya sekalian yang tiada tepermanai banyaknya. Maka antara beberapa lamanya sampailah Pak Belalang kepada sepohon kayu beringin ditengah padang , terlalu amat rendang pokoknya. Lalu berhentilah akan lelahnya teramat sangat, dan matanya pun mengantuk seperti diperekat rasanya. Ia pun berbaring dibawah kayu beringin itu lalu tertidur. Hatta, dengan takdir Allah Tuhan sarwa sekalian alam, kepada ketika itu datanglah seorang tua, janggutnya putih hingga kepusatnya, seraya berkata dengan suara yang

dahsyat. Sabdanya, hai Pak Belalang apakah pekerjaan engkau demikian ini sentiasa berbuat bohong sahaja, tiada perkataan yang sebenarnya? Maka Pak Belalang pun terkejut mendengarkan sabda orang tua itu, seraya menyembah, katanya, hamba tuan sungguhlah berbohong sahaja, kerana dengan hal mencari napakah hamba. Maka sabda orang tua itu, dengan sebenarnya engkau berbuat bohong semata-mata, tetapi bohong engkau itu diperkenankan Allah ta`ala tiada menganiayai orang sekalikali, semata-mata membuat kerana Allah memelihara raja sendiri daripada percubaan Tuhan sarwa sekalian alam keatas hambanya. Maka sekarang ini apalah pekerjaan engkau? Hendak kemana? Maka sembah Pak Belalang didalam tidurnya, hamba tuan dititahkan oleh putera baginda ini meminta carikan isterinya dicuri oleh jin konon. Inilah hamba kerjakan. Maka sabda orang tua itu, bagaimanakah hal engkau hendak mencarinya itu? Maka sembah Pak Belalang, entahlah tuan tiada hamba tahu. Apakah nama tuan hamba? Maka disahut oleh orang tua itu, betalah yang bernama nabi Allah Khidir, Kutubu`l alam menjaga hutan dan daratan dengan titah Tuhan beta. Ada pun darihal engkau hendak mengambil tuan puteri itu, inilah isim Allah ta`ala ya`ni tangkal yang ditakuti oleh jin, 142 beta ajarkan. Bacalah kepada jin itu supaya ia lari. Kemudian engkau ambilah tuan puteri itu. Maka diajarkannya suatu isim kepada Pak Belalang. Dapatlah olehnya. Maka sabda Kutubul`alam, ada pun sekarang jin itu sedang tidur memangku Tuan Puteri itu didalam suatu gua batu ditepi gunung. Segeralah pergi ketempat itu. Hatta, telah sudah berkatakata Pak Belalang pun jaga daripada tidurnya. Maka dengan tiada lengah lagi lalu berjalan menuju kegunung itu. Maka putera baginda dengan menteri, hulubalang, rakyat

pun bersama-samalah mengikuti jauh-jauh dari belakang. Dalam hal yang demikian sampailah kepada suatu gua batu. Betullah dilihatnya jin itu sedang memangku Tuan Puteri itu sedang tidur juga kedua-duanya. Maka balutlah mata Tuan Puetri itu bekas menangis. Tersangatlah belas kasihan Pak Belalang melihatnya. Maka segeralah ia membacakan isim Allah ta`alaseperti pengajaran Kutubul alam itu. Dengan berkat isim doa itu, dihembuskan oleh Ahlun nujum dikepalanya, maka jin itu pun terbanglah lari, tinggallah Tuan Puteri itu. Maka segeralah diambil oleh Pak Belalang dengan besar suaranya meminta tolong. Katanya, tolong Yuanku, segera ini adinda. Maka apabila didengar oleh putera baginda dengan menteri, hulubalangnya maka sekalian rakyat pun berhimpum mengiringkan puteri itu, diletakkan diatas geta yang keemasan, dihadapi oleh dayang-dayang, bentar, sida-sida sekalian bertunggu menjaga Tuan Puteri itu lagi pengsan tiada sedarkan dirinya. Maka diambil oelh Pak Belalang air, dibacanya isim tadi, disiramkan pada seluruh tubuhnya. Maka Tuan Puteri pun sehatlah sedikit lalu bangun duduk santap nasi. Maka putera baginda itu pun teramatlah sukacita melihat isterinya sudah didapati, lalu duduk disitu serta memuji-muji ahlun nujum itu, lalu menitahkan menteri hulubalang rakyat hina dina sekalian bersiap hendak kenduri melepaskan nazarnya, menyembelih kerbau, lembu, ayam dan itik makan minum tujuh hari tujuh malam.memberi sedekah kepada fakir miskin dengan beberapa pula hadiah kelelahan ahlun nujum Belalang itu, dikurniakan oleh baginda daripada harta emas, perak, kain baju dan hamba, dan kapal sebuah, cukup dengan isinya kapal itu. 143 Maka ahlun nujum Belalang pun mengajar putera baginda itu akan isim yang diajarkan oleh Kutubul alam itu, di perbuat tangkal Tuan Puteri itu, supaya jangan dicuri oleh jin itu balik. Maka kepada ketika yang baik, Pak Belalang pun bermohon hendak balik

kenegerinya dihantar oleh putera baginda itu kedua laki isteri hingga kekapal serta dipasangkan meriam alamat tanda kebesaran diatas ahlun nujum itu. Setelah sampai kapal. Putera baginda itu pun berpeluk bercium denga ahlun nujum Belalang, bertangistangisan. Lalu berangkat kembali keistananya. Maka ahlun nujum Belalang pun belayarlah pulang kenegerinya. 144 LAMPIRAN 7 Jadual 4.1: Analisis 1 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 117) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris No. Ruj. Pak Lebai 06 Pa Lebai 07 LM 01 Jadual 4.2: Analisis 2 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 117) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris No. Ruj. dan tikar 21 und eine Matte 12 LM 02 Jadual 4.3: Analisis 3 Teks Sumber (Lampiran 6, m/s 126) Baris Teks Sasaran (Lampiran 5, m/s 121) Baris No. Ruj. Pak Belalang pun mengambil kertas yang buruk, ditulisnya bagai bekas cakar ayam sahaja 26-27 Als die Leute bei Vater Heuschreck sa_en, holte jener ein Blatt Papier, kritzelte allerlei

Krhenf_e darauf 2-3 PB 01 Jadual 4.4: Analisis 4 Teks Sumber (Lampiran 6, m/s129 ) Baris Teks Sasaran (Lampiran 5, m/s 122 ) Baris No. Ruj. direndangnya sebijibiji , maka berbunyilah roti itu kena minyak di dalam kuali, chur bunyinya 18 Einen Teig nach dem anderen lie_ sie in den Kessel mit l fallen. Tschur machten der ersten Kuchen 22-23 PB 02 145 Jadual 4.5: Analisis 5 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 117) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris No. Ruj. kenduri berkhatam pengajian 07-08 Feier der Beendingung seiner Schulstudien 03 LM 03 Jadual 4.6: Analisis 6 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 117) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115 ) Baris No. Ruj. hingga beralih

matahari 14 jeder wartete und wartete 06-07 LM 04 Jadual 4.7: Analisis 7 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 117) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris No. Ruj. yang mati pun dimandikan serta disembahyangkan lalu ditanamkan berkhatam itu pun dikhatamkan oranglah 14-15 15 der Tote ohne ihn begraben der Knabe Feierte sein Fest ohne ihn 07-08 08 LM 05 LM 06 Jadual 4.8: Analisis 8 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 117) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris No. Ruj. secupak daging, serta kelapa setali dan kampit beras satu 22-23 Fleisch,Kokonsse und Reis 13-14 LM 07 146 Jadual 4.9: Analisis 9 Teks Sumber

(Lampiran 4, m/s 118) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris No. Ruj. sabda junjungan dahulukan kerja wajib daripada kerja-kerja yang lain 01 Die Plicht rief ihn jedoch zu dem Toten 15 LM 08 Jadual 4.10: Analisis 10 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 119) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris No. Ruj. putihlah matanya 24 - - LM 09 Jadual 4.11: Analisis 11 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 120) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s115) Baris No. Ruj. Lebai nasib langkahan malang Kehulu hilir penat berulang Celaka sial bedebah jembalang Pakaian dibuang bertelanjang pulang 10-13 - - LM 10 147 Jadual 4.12: Analisis 12 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 120) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115)

Baris No. Ruj. Ayuhai nasib fikir miskin, Dapat sedekah sebungkus lempeng , Habis hilang baju dan kain, Penganan habis dibaham anjing. 17-24 - - LM 11 Jadual 4.13: Analisis 13 Teks Sumber (Lampiran 6, m/s 126) Baris Teks Sasaran (Lampiran 5, m/s 121 ) Baris No. Ruj. Maka kata Pak Belalang, pada fikiranku pergilah anakku sembunyikan kerbau orang yang menenggala di bendang itu barang dua ekor, 22-23 ,,Geh hinber zu diesen Bauern und entfhre, ihnen heimlich die Bffel. Verstecke sie im Wald! 14-18 PB 03 Jadual 4.14: Analisis 14 Teks Sumber (Lampiran 6, m/s 127) Baris Teks Sasaran (Lampiran 5, m/s 122) Baris No. Ruj. pada ketika itu Pak Belalang pun ada di rumah sedang memegang gobek... beras, padi,

tembakau, gambir, ikan 23 09 mit Reis, Tabak und Fischen im Wert PB 04 PB 05 148 Jadual 4.15: Analisis 15 Teks Sumber (Lampiran 6, m/s 129) Baris Teks Sasaran (Lampiran 6, m/s 121) Baris No. Ruj. Insyaallah taala, berkat dengan tinggi daulat 06-07 - - PB 06 Jadual 4.16: Analisis 16 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 117) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris No. Ruj. Lebai Malang 00 Der Unglcks Geistliche 00 LM 12 Jadual 4.17: Analisis 17 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 117) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 116) Baris No. Ruj. tentulah kenyang makan lempeng penganan

24 Der Gastgeber berreichte ihm jedoch ein Pckchen mit Kuchen 1 LM 13 Jadual 4.18: Analisis 18 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 118) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 116) Baris No. Ruj. teringatlah ia akan air niranya diatas pohon kabung tiada berambil lagi 23 dass er an einer Kabong-Palme,deren Saft er abzapfte,das Gef_ mit dem Palmsaft noch nicht abgenommen hatte 03-04 LM 14 149 Jadual 4.19: Analisis 19 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 119) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 116) Baris No. Ruj. Dan diambil bacuk nira yang penuh dengan nira itu, lalu dibalingkannya 25 und warf noch das Gef_ mit Palmsaft 08 LM 15 Jadual 4.20: Analisis 20 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 120) Baris Teks Sasaran (Lampiran 4, m/s 116)

Baris No. Ruj. lari masuk ke dalam kelambu mencari kain 14 flchtete ins Bett, holte sich einen anderen Sarong 29 LM 16 Jadual 4.21: Analisis 21 Teks Sumber (Lampiran 6, m/s 128) Baris Teks Sasaran (Lampiran 5, m/s 122 ) Baris No. Ruj. dititahkan oleh baginda memukul canang segenap pekan 14 Er lie_ berall im Land nach einer Person fragen, die 11-12 B 07 Jadual 4.22: Analisis 22 Teks Sumber (Lampiran 6, m/s 129) Baris Teks Sasaran (Lampiran 5, m/s 122 ) Baris No. Ruj. Maka tepung ini perbuatlah roti direndangnya sebijibiji.. 13 Dann lie_ er sich von seiner Frau Kuchen backen. Einen Teig nach dem anderen lie_ sie 23 PB 08 150 Jadual 4.23: Analisis 23 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 117)

Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris No. Ruj. yang berkenduri itu pun bertampillah berdikir 16 die Gebetversammlung fand ohne seine Anwesenheit statt 08-09 LM 17 Jadual 4.24: Analisis 24 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 117) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 115) Baris No. Ruj. Jika aku pergi kepada orang mati tentu mendapat sedekah kain putih 21 Bei der Beerdigung wurde ihm ein wei_es Gewand 12 LM 18 Jadual 4.25: Analisis 25 Teks Sumber (Lampiran 4, m/s 119) Baris Teks Sasaran (Lampiran 3, m/s 116) Baris No. Ruj. lalu menanggalkan seluar dan baju serta songkoknya 11 nahm in seiner Wut seine schlie_lich seine Hose, Jacke und Kopftuch

12-13 LM 19 151 Jadual 4.26: Analisis Keseluruhan Bil. Nombor Rujukan Kategori 1 LM 01, LM 02, PB 01, PB 02 Unsur budaya dikekalkan 2 LM 03, LM 04 ,LM 05, LM 06, LM 07, LM 08, LM 09, LM 10, LM 11 PB 03, PB 04, PB 05, PB 06 Unsur budaya dihilangkan 3 LM 12, LM 13, LM 14, LM 15, LM 16 PB 07, PB 08 Unsur budaya disesuaikan semula 4 LM 17, LM 18, LM 19 Salah terjemahan Pengertian Budaya Budaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai Kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian anthropologi adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh sarjana-sarjana anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpul sehingga160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka menganalisis dan membuat kesimpulan.Dalam bahasa Melayu budaya itu berasal daripada perkataan budi, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaiandaya dan budi yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia.Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu.Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan.Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini

adalah hasildari berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya.Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan.

Petikan dari kata-kata Prof Dr Sidek Baba- Pengajian budaya sekat liberalisasi Barat Keupayaan berfikir perlu dipertingkat untuk tapis pengaruh sekular BUDAYA dalam pengertian yang luas adalah pancaran daripada budi dan daya. Seluruh apa yang difikir, dirasa dan direnung diamalkan dalam bentuk daya menghasilkan kehidupan. Budaya adalah cara hidup sesuatu bangsa atau umat. Makna budaya pada hari ini dibatasi dengan maksud lagu, muzik, tarian, lakonan dan kegiatan seumpamanya. Budaya tidak lagi dilihat sebagai pancaran ilmu dan pemikiran yang tinggi dan murni dari sesuatu bangsa untuk mengatur kehidupan berasaskan peradaban. Globalisasi yang melakukan hegemoni atau penguasaan dalam hampir semua kehidupan manusia amat besar kesannya terhadap umat Islam. Pengaruh globalisasi tidak saja subur dalam aspek maklumat tetapi juga amat luar biasa dikembangkan dalam bidang hiburan popular Barat, bidang keilmuan dan penyelidikan, aspek teknologi canggih dan dominasi sistem ekonomi kapitalis-liberal, bidang bahasa dan sistem nilai sehingga menyebabkan proses pembaratan dan pengliberalan berlaku dalam semua aspek kehidupan umat Islam. Memang ada aspek berbanding yang boleh dimanfaatkan daripada globalisasi, tetapi yang pastinya pengukuhan cara hidup sekular dan liberal semakin kuat. Umat Islam semacam menghadapi krisis identiti dan tidak mampu menawarkan corak budaya serta jalur kehidupan yang mantap berasaskan acuan sendiri. Perubahan dalam maksud yang luas tidak boleh dibatasi secara pengasingan. Perkembangan teknologi maklumat dan telekomunikasi umpamanya menjadikan dunia ini suatu daerah yang semakin kecil dan dekat. Namun begitu, upaya keilmuan dalam menghasilkan perisian dan program berasaskan acuan sendiri menjadi terbatas menyebabkan pengaruh globalisasi tidak dapat dielakkan malah meletakkan umat Islam sebagai pengguna berorientasi kebaratan. Umat Islam tidak wajar menentang Barat mahupun Timur tetapi proses pembaratan yang menghakis aspek

budaya, nilai dan pemikiran murni semakin terancam dan sebahagian besar generasi muda seakan selesa dengan proses yang sedang berlaku. Apa yang sedang berlaku kini adalah jelmaan terhadap corak kehidupan yang berlaku sebelum 1970-an iaitu ada kesedaran baru di kalangan generasi muda dan umat Islam untuk menjadikan Islam sebagai sumber budaya serta cara hidup. Ia berkembang selama lebih 30 tahun dan kini sedang menghadapi gugatan pengaruh globalisasi yang amat menekan. Walaupun ada usaha sesetengah pihak untuk memperkasa budaya tradisi, ia berlaku dalam upaya yang terbatas dan kadang-kadang boleh bersimpang siur. Memerdekakan budaya tidak harus dilihat memutar jarum jam ke belakang sebaliknya dilihat sebagai asas pengukuhan jati diri di samping tidak menolak aspek positif yang berkembang di Barat dan Timur.Acuan budaya Islam umpamanya tidak menolak faktor menyumbang dari tamadun atau budaya lain. Dengan kekuatan akidah, ilmu dan syariah orang Islam, pemahaman yang baik terhadap kekuatan tamadun silam menjadi faktor penyaring yang berkesan bagaimana kreativiti boleh berlaku dalam budaya, tetapi tetap mengekalkan jati diri Islami. Pantun sebagai genre puisi Melayu asli mengalami proses pemurnian isi dan maksud apabila elemen Islam dimasukkan ke dalamnya. Syair, gurindam, pepatah-petitih, seloka, nazam, qitah dan seumpamanya melalui proses peMelayuan dan pengIslaman.Walaupun genre puisi itu daripada sumber budaya lain tetapi ia tetap menjadi sebahagian pengucapan seni yang murni, ilmu yang memancarkan kebijaksanaan dan melambangkan pemikiran tinggi kalangan umat Melayu. Pada hari ini apabila upaya berfikir umat Islam menjadi lesu, daya kreativiti seni menjadi malap, aspek budaya tidak difahami secara tuntas, menyebabkan kemandulan budaya berlaku.Akhirnya media elektronik mempamerkan dengan gagah aspek budaya menerusi iklan komersial yang mendukung budaya Barat, drama menggambarkan konflik dan tragedi tidak berkesudahan, filem menggambarkan kekecewaan hambar dalam percintaan, rasa pasrah menyalahi takdir, adegan seks murahan merangsang nafsi.Tidak iklan yang mengambil kira budaya setempat amat kaya dengan kesantunan, drama yang merangsang ke arah keluarga bahagia dan nilai murni yang harus didukung, filem pancaran peradaban tinggi patut dikongsi, rasa kekecewaan yang tidak membawa jalan putus asas dan dorongan untuk maju dalam acuan sendiri. Di sini perlunya azam budaya (cultural will) yang tinggi

di kalangan umat memanfaatkan perkembangan teknologi media untuk menghasilkan kreativiti yang sifatnya dinamik tetapi terkandung imej jati diri yang jelas.Sekolah dan institut pengajian tinggi harus memberi fokus terhadap pengajian budaya dan seni supaya di kalangan warga umat terdedah dengan potensi pemahaman budaya secara lebih jelas. Ia bakal mendorong penghasilan kreativiti seni dan budaya yang sifatnya berkembang tetapi dalam acuan sendiri. Jika tidak, pembelenguan budaya dari faktor luar akan terus gagah dan penampilan budaya sendiri semakin terpinggir, akhirnya pemahaman budaya hanya dalam batas upacara atau majlis tertentu. Ia akan mengekalkan umat Islam sebagai umat pengguna terhadap sumber orang lain dan tidak mampu lahir sebagai umat penyumbang terhadap pembinaan budaya murni untuk umat manusia. Azam budaya memerlukan penyuburan ilmu sepadu, kreativiti tinggi dan bersifat maju. Pengertian Kebudayaan Banyak berbagai definisi tentang kebudayaan yang telah di paparkan oleh para ahli. Dari berbagai definisi dapat diperoleh kesimpulan mengenai pengertian kebudayaan yaitu sesuatu yang akan memengaruhi tingkat pengetahuan dan meliputi sistem ide atau gagasan yang terdapat dalam pikiran manusia, sehingga dalam kehidupan sehari-hari, kebudayaan itu bersifat abstrak. Kata budaya atau kebudayaan itu sendiri berasal dari bahasa Sanskerta yaitu buddhayah, yang merupakan bentuk jamak dari buddhi (budi atau akal) diartikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Secara lebih rinci, banyak hal-hal yang dapat kita pelajari tentang definisi kebudayaan. Bagaimana cara pandang kita terhadap kebudayaan, serta bagaimana cara untuk menetrasi kebudayaan yang faktanya telah mempengaruhi kebudayaan lain.

Definis Budaya Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni. Bahasa, sebagaimana juga budaya, merupakan bagian tak terpisahkan dari diri manusia sehingga banyak orang cenderung menganggapnya diwariskan secara genetis. Ketika seseorang berusaha berkomunikasi dengan orang-orang

yang berbada budaya dan menyesuaikan perbedaan-perbedaannya, membuktikan bahwa budaya itu dipelajari. Budaya adalah suatu pola hidup menyeluruh. budaya bersifat kompleks, abstrak, dan luas. Banyak aspek budaya turut menentukan perilaku komunikatif. Unsur-unsur sosio-budaya ini tersebar dan meliputi banyak kegiatan sosial manusia. Beberapa alasan mengapa orang mengalami kesulitan ketika berkomunikasi dengan orang dari budaya lain terlihat dalam definisi budaya: Budaya adalah suatu perangkat rumit nilainilai yang dipolarisasikan oleh suatu citra yang mengandung pandangan atas keistimewaannya sendiri.Citra yang memaksa itu mengambil bentuk-bentuk berbeda dalam berbagai budaya seperti individualisme kasar di Amerika, keselarasan individu dengan alam d Jepang dan kepatuhan kolektif di Cina. Citra budaya yang brsifat memaksa tersebut membekali anggota-anggotanya dengan pedoman mengenai perilaku yang layak dan menetapkan dunia makna dan nilai logis yang dapat dipinjam anggotaanggotanya yang paling bersahaja untuk memperoleh rasa bermartabat dan pertalian dengan hidup mereka. Dengan demikian, budayalah yang menyediakan suatu kerangka yang koheren untuk mengorganisasikan aktivitas seseorang dan memungkinkannya meramalkan perilaku orang lain. 2.PengertianKebudayaan Kebudayaan sangat erat hubungannya dengan masyarakat. Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski mengemukakan bahwa segala sesuatu yang terdapat dalam masyarakat ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri. Istilah untuk pendapat itu adalah Cultural-Determinism. Herskovits memandang kebudayaan sebagai sesuatu yang turun temurun dari satu generasi ke generasi yang lain, yang kemudian disebut sebagai superorganic. Menurut Andreas Eppink, kebudayaan mengandung keseluruhan pengertian nilai sosial,norma sosial, ilmu pengetahuan serta keseluruhan struktur-struktur sosial, religius, dan lain-lain, tambahan lagi segala pernyataan intelektual dan artistik yang menjadi ciri khas suatu masyarakat.

Menurut Edward Burnett Tylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang didapat seseorang sebagai anggota masyarakat. Menurut Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi, kebudayaan adalah sarana hasil karya, rasa, dan cipta masyarakat. Dari berbagai definisi tersebut, dapat diperoleh pengertian mengenai kebudayaan adalah sesuatu yang akan memengaruhi tingkat pengetahuan dan meliputi sistem ide atau gagasan yang terdapat dalam pikiran manusia, sehingga dalam kehidupan sehari-hari, kebudayaan itu bersifat abstrak. Sedangkan perwujudan kebudayaan adalah benda-benda yang diciptakan oleh manusia sebagai makhluk yang berbudaya, berupa perilaku dan bendabenda yang bersifat nyata, misalnya pola-pola perilaku, bahasa, peralatan hidup, organisasi sosial, religi, seni, dan lain-lain, yang kesemuanya ditujukan untuk membantu manusia dalam melangsungkan kehidupan bermasyarakat. 3. Cara pandang terhadap kebudayaan 3.1 Kebudayaan Sebagai Peradaban Saat ini, kebanyakan orang memahami gagasan budaya yang dikembangkan di Eropa pada abad ke-18 dan awal abad ke-19. Gagasan tentang budaya ini merefleksikan adanya ketidakseimbangan antara kekuatan Eropa dan kekuatan daerah-daerah yang dijajahnya. Mereka menganggap kebudayaan sebagai peradaban sebagai lawan kata dari alam. Menurut cara pikir ini, kebudayaan satu dengan kebudayaan lain dapat diperbandingkan; salah satu kebudayaan pasti lebih tinggi dari kebudayaan lainnya. Pada prakteknya, kata kebudayaan merujuk pada benda-benda dan aktivitas yang elit seperti misalnya memakai baju yang berkelas, fine art, atau mendengarkan musik klasik, sementara kata berkebudayaan digunakan untuk menggambarkan orang yang mengetahui, dan mengambil bagian, dari aktivitas-aktivitas di atas. Sebagai contoh, jika seseorang berpendendapat bahwa musik klasik adalah musik yang berkelas, elit, dan bercita rasa seni, sementara musik tradisional dianggap sebagai musik yang kampungan dan ketinggalan zaman, maka timbul anggapan bahwa ia adalah orang yang sudah berkebudayaan.

Orang yang menggunakan kata kebudayaan dengan cara ini tidak percaya ada kebudayaan lain yang eksis; mereka percaya bahwa kebudayaan hanya ada satu dan menjadi tolak ukur norma dan nilai di seluruh dunia. Menurut cara pandang ini, seseorang yang memiliki kebiasaan yang berbeda dengan mereka yang berkebudayaan disebut sebagai orang yang tidak berkebudayaan; bukan sebagai orang dari kebudayaan yang lain. Orang yang tidak berkebudayaan dikatakan lebih alam, dan para pengamat seringkali mempertahankan elemen dari kebudayaan tingkat tinggi (high culture) untuk menekan pemikiran manusia alami (human nature) Sejak abad ke-18, beberapa kritik sosial telah menerima adanya perbedaan antara berkebudayaan dan tidak berkebudayaan, tetapi perbandingan itu -berkebudayaan dan tidak berkebudayaan- dapat menekan interpretasi perbaikan dan interpretasi pengalaman sebagai perkembangan yang merusak dan tidak alami yang mengaburkan dan menyimpangkan sifat dasar manusia. Dalam hal ini, musik tradisional (yang diciptakan oleh masyarakat kelas pekerja) dianggap mengekspresikan jalan hidup yang alami (natural way of life), dan musik klasik sebagai suatu kemunduran dan kemerosotan. Saat ini kebanyak ilmuwan sosial menolak untuk memperbandingkan antara kebudayaan dengan alam dan konsep monadik yang pernah berlaku. Mereka menganggap bahwa kebudayaan yang sebelumnya dianggap tidak elit dan kebudayaan elit adalah sama masing-masing masyarakat memiliki kebudayaan yang tidak dapat diperbandingkan. Pengamat sosial membedakan beberapa kebudayaan sebagai kultur populer (popular culture) atau pop kultur, yang berarti barang atau aktivitas yang diproduksi dan dikonsumsi oleh banyak orang. 3.2 Kebudayaan sebagai sudut pandang umum Selama Era Romantis, para cendekiawan di Jerman, khususnya mereka yang peduli terhadap gerakan nasionalisme seperti misalnya perjuangan nasionalis untuk menyatukan Jerman, dan perjuangan nasionalis dari etnis minoritas melawan Kekaisaran AustriaHongaria mengembangkan sebuah gagasan kebudayaan dalam sudut pandang umum. Pemikiran ini menganggap suatu budaya dengan budaya lainnya memiliki perbedaan dan kekhasan masing-masing. Karenanya, budaya tidak dapat diperbandingkan. Meskipun

begitu, gagasan ini masih mengakui adanya pemisahan antara berkebudayaan dengan tidak berkebudayaan atau kebudayaan primitif. Pada akhir abad ke-19, para ahli antropologi telah memakai kata kebudayaan dengan definisi yang lebih luas. Bertolak dari teori evolusi, mereka mengasumsikan bahwa setiap manusia tumbuh dan berevolusi bersama, dan dari evolusi itulah tercipta kebudayaan. Pada tahun 50-an, subkebudayaan kelompok dengan perilaku yang sedikit berbeda dari kebudayaan induknya mulai dijadikan subyek penelitian oleh para ahli sosiologi. Pada abad ini pula, terjadi popularisasi ide kebudayaan perusahaan perbedaan dan bakat dalam konteks pekerja organisasi atau tempat bekerja.

3.3 Kebudayaan sebagai Mekanisme Stabilisasi Teori-teori yang ada saat ini menganggap bahwa (suatu) kebudayaan adalah sebuah produk dari stabilisasi yang melekat dalam tekanan evolusi menuju kebersamaan dan kesadaran bersama dalam suatu masyarakat, atau biasa disebut dengan tribalisme. 4. Penetrasi kebudayaan Penetrasi kebudayaan dapat terjadi dengan dua cara: 4.1 Penetrasi damai (penetration pasifique) Masuknya sebuah kebudayaan dengan jalan damai. Misalnya, masuknya pengaruh kebudayaan Hindu dan Islam ke Indonesia. Penerimaan kedua macam kebudayaan tersebut tidak mengakibatkan konflik, tetapi memperkaya khasanah budaya masyarakat setempat. Pengaruh kedua kebudayaan ini pun tidak mengakibatkan hilangnya unsur-unsur asli budaya masyarakat. Penyebaran kebudayaan secara damai akan menghasilkan Akulturasi, Asimilasi, atau Sintesis. Akulturasi adalah bersatunya dua kebudayaan sehingga membentuk kebudayaan

baru tanpa menghilangkan unsur kebudayaan asli. Contohnya, bentuk bangunan Candi Borobudur yang merupakan perpaduan antara kebudayaan asli Indonesia dan kebudayaan India. Asimilasi adalah bercampurnya dua kebudayaan sehingga membentuk kebudayaan baru. Sedangkan Sintesis adalah bercampurnya dua kebudayaan yang berakibat pada terbentuknya sebuah kebudayaan baru yang sangat berbeda dengan kebudayaan asli. 4.2 Penetrasi Kekerasan (penetration violante) Masuknya sebuah kebudayaan dengan cara memaksa dan merusak. Contohnya, masuknya kebudayaan Barat ke Indonesia pada zaman penjajahan disertai dengan kekerasan sehingga menimbulkan goncangan-goncangan yang merusak keseimbangan dalam masyarakat. Wujud budaya dunia barat antara lain adalah budaya dari Belanda yang menjajah selama 350 tahun lamanya. Budaya warisan Belanda masih melekat di Indonesia antara lain pada sistem pemerintahan Indonesia.

Refferensi Wikipedia.org

ADAT

DALAM

MASYARAKAT

MALAYSIA

DAN KEPENTINGANYA
Aspek Adat Dalam Masyarakat Malaysia dan Kepentinganya Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama. Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu.

Kerana dua entiti ini terlalu berkait sifatnya, kita pada hari ini selesa menjadikan adat dan budaya itu sebagai satu benda yang sama. Yang berbeza cuma cara sebutannya. Budaya yang difahami dan dilihat, hakikatnya ialah adat. Budaya bersifat tidak tetap iaitu boleh berubah, Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden, ini menunjukkan budaya lama dan budaya hari ini tidak sama, maka ia jelaslah boleh berubah. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah, oleh itu bolehlah kita katakan adat sebagai budaya yang asal. Justeru dalam membicarakan kepentingan adat dalam membentuk budaya Malaysia pada hari ini, kita akan membicarakan tentang kepentingan budaya asal yang diubah untuk dijadikan budaya bersama rakyat Malaysia bagi mewujudkan identiti dan peribadi rakyat majmuk yang bersifat seragam. Masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat majmuk dan pelbagai. Ia juga disebut sebagai masyarakat Jawi iaitu masyarakat yang bercampur dari pelbagai latar belakang. Kerana masyarakat Malaysia itu masyarakat Jawi, iaitu yang pelbagai latar belakangnya, maka setiap bangsa atau ras didalam sistem sosial Malaysia pastinya berbeza satu sama lain dari segi latar belakangnya. Tidak terkecuali berbeza dari segi adat dan budaya. Adat bagi setiap kaum di Malaysia pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza. Martabat adat itu sendiri berbeza kedudukanya bagi masyarakat Malaysia pada hari ini. Bagi masyarakat Minangkabau sebagai contoh, adat dianggap sebagai sebuah tradisi lisan yang tinggi sekali martabatnya dalam kehidupan mereka. Adat dalam konteks Minangkabau bukan sekadar cara bersanding, cara menyantap hidangan makanan, cara pertabalan Luak dan sebagainya, tetapi adat ialah suatu peraturan hidup yang perlu dipegang kuat oleh generasi mereka sehingga ke hari ini. Justeru tidak hairanlah jika didalam masyarakat mereka wujud istilah-istilah seperti undang-undang adat, mahkamah adat, ketua adat dan sebagainya. Begitu juga dengan lain-lain kaum di Malaysia, aspek adat masih lagi dianggap sebagai suatu pengungkap identiti bangsa dan terus dipertahankan walaupun ia sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan perlaksanaanya suatu ketika dahulu. Dalam membicarakan fokus esei ini iaitu kepentingan aspek adat yang menjadi penyatu bagi mewujudkan peribadi dan identiti kebangsaan, kita seharusnya mengetahui dahulu berkenaan aspek adat yang menjadi identiti masyarakat yang pelbagai di Malaysia. Bagi

maksud itu, didalam bahagian ini kita akan melihat aspek adat yang mencerminkan identiti tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Masyarakat Melayu ialah masyarakat asal di Tanah Melayu. Walaupun ada sesetengah sejarawan khususnya sejarawan Barat era kolonial mendakwa masyarakat Melayu juga masyarakat pendatang, namun ianya dapat dinafikan dengan mengetengahkan konsep merantau yang menjadi amalan masyarakat Melayu di Nusantara ketika itu. Bercakap berkenaan adat didalam masyarakat Melayu, ramai sarjana mengatakan bahawa adat Melayu merupakan adat jawi iaitu adat yang bercampur. Ini sesuai dengan pemahaman kita berkenaan proses pembentukan Melayu itu sendiri yang merupakan cantuman ras-ras kecil yang beragama Islam, maka wujudlah apa yang dipanggil Melayu itu. Ini menunjukkan pelbagai percampuran dalam pembinaan adat Melayu. Dalam soal pembinaan adat Melayu, kita dapat melihat tiga bentuk pengaruh yang besar dalam proses pembinaan adat Melayu. Pertamanya ialah adat yang dipengaruhi adat Hindu dan Buddha, yang kedua ialah adat yang dipengaruhi zaman Hindu/Buddha dan Islam, yang ketiga ialah adat yang berteraskan Islam. Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha yang diperolehi melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Ketika adat ini diamalkan, Islam masih belum sampai ke Nusantara. Ada diantara adat-adat dalam period Hindu dan Buddha ini masih diamalkan sehingga ke hari ini. Pastinya kita pernah melihat upacara persandingan didalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Ini merupakan salah satu contoh adat-adat Hindu yang ditiru oleh masyarakat Melayu dahulu. Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu juga merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu Dan Buddha dalam masyarakat Melayu bahkan perkataan Raja itu sendiri pun sudah memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal. Begitu juga dari aspek pertabalan dan adat istiadat Istana Melayu, terlihat lagi kekuatan unsur Hindu dan Buddha dalam mencorakkan adat Melayu itu. Period atau peringkat yang kedua ialah pengaruh unsur campuran Hindu/Buddha dan Islam. Pada zaman ini Islam sudah datang ke Nusantara dan majoriti orang Melayu pun sudah beragama Islam. Namun pengaruh adat lama yang berteraskan Hindu dan Buddha masih diamalkan. Justeru zaman ini digelar zaman campuran adat Hindu/Buddha dan Islam dalam masyarakat Melayu. Pada zaman ini, walaupun masyarakat Melayu sudah Islam,

namun mereka mengamalkan adat-adat yang dianggap menyimpang dari ajaran Islam. Sebagai contoh masyarakat Melayu mengamalkan adat mandi Safar yang dianggap sebagai suatu usaha untuk membuang sial bulan Safar dalam kehidupan mereka. Ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menganggap perbuatan itu sebagai khurafat. Begitu juga adat puja kampung, puja pantai dan sebagainya. Ia jelas bertentangan dengan Islam, tetapi tetap diamalkan dengan meluas didalam masyarakat Melayu yang masih tebal dengan pengaruh Hindu dan Buddha ketika itu. Pengaruh unsur luar yang ketiga didalam masyarakat Melayu ialah pengaruh Islam iaitu pengaruh yang paling kuat sekali dalam kebudayaan dan adat Melayu. Bagi masyarakat Melayu, adat ialah kepatuhan yang kedua selepas agama mereka iaitu Islam. Kepatuhan kuat orang Melayu kepada agama Islam diakui oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas yang mengatakan Islam telah mentamadunkan masyarakat Melayu. Perlembagaan Malaysia sendiri telah mendefinisikan Melayu sebagai mereka yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Ini menunjukkan betapa kuatnya Islam didalam hidup orang Melayu. Apa yang ingin dijelaskan disini ialah betapa pentingnya agama Islam kepada orang Melayu. Kerana kepentingan itu, pada zaman pengaruh Islam yang kuat ini, masyarakat Melayu menjadikan Islam sebagai teras kepada pembentukan adatnya. Adat-adat yang bertentangan dengan ajaran Islam semakin tidak popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan semakin dikurangkan penggunaanya. Namun pada zaman Islam ini, adat-adat lampau yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam tetap diteruskan pengamalanya. Adat-adat Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat ketika seseorang dilahirkan, seseorang meningkat remaja, dewasa, adat dalam kehidupan sehari-hari dan adat ketika seseorang itu meninggal dunia. Adat-adat yang diamalkan ini sebenarnya merupakan apa yang disebut sebagai perkara sunat didalam ajaran Islam. Sebagai petunjuk kepada pengaruh Islam didalam adat Melayu ialah adat ketika seseorang itu baru dilahirkan. Antaranya ialah adat bercukur, melaungkan azan dan iqamat ke telinga bayi dan adat membelah mulut. Bercukur ialah perbuatan mencukur rambut asal bayi sehingga botak, ianya biasa diadakan pada hari-hari ganjil seperti hari ketiga, ketujuh, kesembilan dan seterusnya. Bercukur bertujuan membuang rambut asal bayi yang dianggap

kotor dan tidak akan tumbuh dengan baik. Ia sesuai dengan ajaran Islam yang mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan. Azan dan Iqamat pula merupakan tuntutan Islam untuk memulakan pendengaran seseorang yang baru dilahirkan itu dengan kalimat-kalimat yang mulia. Ada juga golongan tua Melayu mengatakan ianya merupakan simbolik kepada singkatnya hidup didunia ini iaitu sesingkat masa yang diambil antara iqamat dan solat yang akan didirikan. Ketika dilahirkan kita diazan dan diiqamatkan, dan apabila kita meninggal dunia, kita disolatkan dengan solat jenazah. Adat membelah mulut pula menjadi tradisi masyarakat Melayu dengan melalukan manisan ke bibir bayi yang baru dilahirkan. Adakalanya juga digunakan emas bagi maksud itu. Adat membelah mulut ini biasanya dilaksanakan oleh orang-orang yang dianggap alim oleh masyarakat. Ada masa-masanya, ia juga dilakukan oleh bidan yang menyambut kelahiran bayi itu. Ia bertujuan supaya bayi yang dibelah mulutnya akan mengikut perangai orang yang membelah mulutnya apabila sudah dewasa nanti. Masyarakat Cina di Malaysia juga seperti masyarakat-masyarakat lain yang mempunyai adat dan cara hidupnya sendiri. Secara teorinya, dapat kita katakan bahawa adat kaum Cina di Malaysia ialah warisan daripada negara China. Ini memandangkan berlaku proses kemasukan besar-besaran kaum Cina ke Tanah Melayu pada awal abad ke 19 dahulu, kemasukan kaum Cina ke Tanah Melayu ketika itu secara tidak langsung telah membawa sekali segala adat istiadat mereka. Kaum Cina di Malaysia mempunyai beberapa pegangan dalam menjalankan proses kehidupan mereka, seperti juga lain-lain kaum, masyarakat Cina juga mempunyai adat tentang perkahwinan, kematian, dan sebagainya. Apa yang menarik berkenaan adat kaum Cina ialah suatu bentuk adat dan petua untuk kehidupan yang mereka namakan Feng Shui, yang mana pengaruhnya masih menebal dalam kalangan mereka pada hari ini. Lazimnya adat istiadat Cina dipengaruhi oleh unsur Buddha yang menjadi pegangan kebanyakan ahli dalam masyarakat Cina. Falsafah lampau juga banyak mempengaruhi adat istiadat Cina sehingga menyebabkan mereka mempunyai pelbagai acara-acara dan pantang larang yang berorientasikan adat. Seperti juga masyarakat majoriti Melayu dan Islam, masyarakat Cina juga mementingkan nasab keluarga dari sebelah lelaki. Nama pangkal seseorang iaitu nama keluarga didalam

masyarakat Cina ialah nama keluarga disebelah lelaki. Sebagai contoh, nama Prof. Dr. Teo Kok Seong dan Prof. Wang Gunwu, nama pangkal mereka iaitu Teo dan Wang itu ialah nama warisan keluarga ayah mereka yakni nama keluarga sebelah lelaki. Ini merupakan salah satu aspek adat yang menjadi amalan masyarakat Cina. Kaum lelaki Cina juga seperti kebanyakan lelaki bangsa lain, dilantik menjadi ketua keluarrga dan merupakan waris utama pusaka keluarga. Kepentingan meneruskan kesinambungan keluarga didalam masyarakat Cina menyebabkan perkahwinan seorang lelaki didalam keluarga adalah amat penting. Secara tradisi, perkahwinan tersebut akan mengikuti beberapa upacara yang bermula dengan merisik oleh seorang perantara hinggalah perkahwinan. Namun, pada zaman yang lebih moden ini, hanya pendaftaran menurut undang-undang saja yang diperlukan dan akan diadakan majlis keraian yang mewah di restoran. Kelahiran anak mengikut adat dan pantang larang Cina ialah sangat penting. Justeru kesihatan si ibu dan kandunganya adalah amat dititik beratkan. Si ibu digalakkan tidur dan makan dengan baik, membaca buku yang baik dan melihat benda-benda yang cantik. Apabila anak itu dilahirkan, anak itu dibersihkan dan akan dibedung. Pada hari ke 29 kelahiran, rambut si anak dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain merah. Rambut itu akan digantung berdekatan bantalnya selama 100 hari dan kemudian rambut itu dibuang ke sungai. Anak itu diharap akan menjadi berani pada masa hayatnya. Setelah sebulan kelahiran anak itu, upacara Bulan Penuh akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahiran seseorang kaun Cina tidak akan diperingati, kecuali diperingati oleh anaknya apabila seseorang itu sudah tua dan ianya akan diadakan secara besar-besaran. Kematian ibu bapa dalam masyarakat Cina adalah upacara yang amat berharga dan mahal kosnya yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak. Keranda yang baik, tanah kuburan yang baik dan pakaian kematian yang bagus pastinya memerlukan belanja besar. Bagi masyarakat Cina inilah hadiah terbaik seorang anak kepada ibu bapanya. Jika si anak tidak mampu, masyarakat sekeliling pasti akan membantu. Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama memastikan upacara mandi, memberi makan, kafan dan bertanggungjawab memasukkan mayat ke dalam keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Keranda tersebut akan dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang seterusnya akan dikebumikan pada satu hari yang ganjil.

Didalam masyarakat Cina, upacara pengkebumian adalah acara yang amat meriah dengan dipenuhi dengan peraturan dan adat tertentu. Selepas pengkebumian mayat, akan diadakan pelbagai upacara lain terutama adat pembakaran colok dan alatan yang diperbuat daripada kertas sebagai bekalan hidup si mati di alam akhirat. Upacara ini biasanya akan diketuai oleh seorang Sami yang diamanahkan oleh keluarga si mati. Oleh kerana adat kematian ini dianggap terlalu penting dalam masyarakat Cina, banyak kepercayaan dan pantang larang mesti diperhatikan dan dipatuhi apabila berlaku sesuatu kematian. Sepanjang tahun dalam kehidupan masyarakat Cina, banyak sekali perayaan yang diikuti dan diraikan oleh orang Cina. Setiap bulan, pasti ada kegiatan dan upacara tertentu serta dewanya yang berlainan untuk dipuja. Adat resam masyarakat Cina amat banyak dan ianya akan diamalkan mengikut perubahan musim pertanian dan negeri China. Antara upacara-upacara yang diraikan masyarakat Cina selain dari Tahun Baru Cina dan Chap Goh Meh ialah adat Ulang Tahun Kematian, adat Puja Kampung, adat Mencuci Kubur, Sembahyang Hajat dan Menjamu Keramat. Adat-adat ini tampak seumpama perbuatan-perbuatan yang menjadi amalan masyarakat Melayu. Namun ianya pastilah berbeza dan dijalankan dengan cara dan matlamat yang berbeza bagi mewujudkan identiti masyarakat Cina yang tersendiri. Seperti juga kaum Cina, kaum India juga bukanlah penduduk asal Malaysia. Kemasukan masyarakat India ke Tanah Melayu sudah berlaku sejak sekian lama. Samada kemasukan itu suatu bentuk penghijrahan atau sekadar merantau untuk mencari rezeki, hakikatnya kemasukan ini sudah berlaku sejak sekian lama. Apabila Melaka muncul sebagai pusat perdagangan serantau menjelang abad ke 15,masyarakat India yang terdiri daripada golongan pedagang, sami Buddha dan Hindu, tukang dan sebagainya tidak terlepas pandang untuk memasuki Tanah Melayu dengan pelbagai kepentingan. Kemasukan mereka ini juga sudah pasti membawa bentuk adat istiadat mereka yang tersendiri. Masyarakat India biasanya mengikuti adat resam yang berteraskan agama Hindu meskipun ramai orang India pada hari ini beragama lain. Seperti kaum-kaum lain di Malaysia, mereka juga mempunyai budaya berkunjung ke rumah rakan dan sanak saudara serta turut bersedia menerima kunjungan dari jiran tetangga. Didalam masyarakat India, jika kita ingin berkunjung kerumah tetamu, amatlah digalakkan membawa buah tangan sebagai tanda

terima kasih kepada tuan rumah. Mereka juga biasanya melangkah kedalam rumah dengan kaki kanan dahulu. Kaum India juga mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri. Mereka menyapa dengan sebutan vanakam dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya antara rakan dan sanak saudara mereka. Apabila tetamu bertandang ke rumah mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman atau makanan dan tetamu mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Didalam masyarakat India juga, jika menerima sesuatu, dimestikan menggunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran. Keluarga amat penting dalam masyarakat India. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah institusi yang paling dihormati dan dianggap mulia, Ibu adalah umpama Tuhan dan anak perempuan juga dipanggil amma seperti seorang ibu didalam tradisi India. Oleh itu, penjagaan anak perempuan amat dititik beratkan terutama ketika mereka masih dara. Seorang suami pula didalam masyarakat India adalah Tuhan bagi isterinya dan mesti sentiasa dihormati. Oleh kerana itu, proses perkahwinan India mesti ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta keserasian pasangan yang akan berkahwin. Masa perkahwinan yang dianggap bertuah amatlah penting bagi menjalankan segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya malapetaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk, maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau waktu matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan itu. Seperti juga adat kaum-kaum lain, kelahiran seorang bayi adalah acara yang penting kepada keluarga dan masyarakat India. Semua saudara mara akan dimaklumkan apabila lahirnya seorang bayi. Selama 16 hari selepas kelahiran bayi, ahli keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 kelahiran, upacara penting diadakan untuk menamakan anak. Ketika ini rumah dan buaian akan dihias cantik dan jiran-jiran dijemput bersama meraikan upacara tersebut.

Dalam aspek pemberian nama anak, nama seorang anak diperolehi dari almanak Hindu mengikuti bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan dirujuk untuk mencari nama bertuah mengikuti aksara bintangnya. Ketika menamakan itu, bayi dipangku oleh orang tua satu persatu sambil dinyanyikan doa agama oleh kaum wanita mereka. Dari aspek perayaan, terdapat banyak perayaan di kalangan masyarakat India. Di sepanjang tahun, mengikut kalendar Hindu mereka akan mengadakan pelbagai upacara sembahyang berkaitan musim dan perubahan tahun seperti di negeri India. Masyarakat Hindu akan bersembahyang sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengahari dan petang di tempat tertentu di rumah. Mereka juga pergi ke kuil untuk bersembahyang ataupun mengadakan upacara agama. Perayaan kaum India diadakan dengan mengikuti peredaran bulan dan setiap bulan ditandakan oleh bulan mengembang dan bulan menirus. Terdapat 21 jenis perayaan didalam adat masyarakat India. Perayaan-perayaan itu termasuklah Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal. Deepavali ialah perayaan cahaya sebagai tanda kejayaan cahaya ke atas gelap atau ilmu ke atas kejahilan ataupun keadilan mengatasi kezaliman. Inilah perayaan paling utama bagi masyarakat India. Pada hari ini sembahyang akan diadakan terutama untuk mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal dunia. Thaipusam pula adalah perayaan bulan Thai untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, kavadi yang berisi buah-buahan, susu dan akan dibawa pelbagai persembahan. Thaiponggal pula merupakan perayaan menuai dan masak padi baru serta memuja semangat padi. Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinan dan upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ponggal pula akan dimasak di dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga. Melanjutkan perbicaraan terdahulu berkaitan adat atau disebut juga budaya masyarakatmasyarakat utama Malaysia, apa yang cuba digambarkan bukanlah bagaimana bentuk adatadat tradisi masyarakat di Malaysia semata-mata, tetapi kita berusaha untuk melihat bagaimana setiap kaum itu mempunyai adat dan kepercayaanya yang membentuk identiti

dan keperibadian mereka yang tersendiri. Secara tidak langsung juga didalam bahagian itu kita telah membicarakan kepentingan adat kepada kaum-kaum tersebut. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, namun jika diteliti, kita pasti akan memahami akan kepentingan adat-adat itu sekurang-kurangnya sebagai perlambangan identiti dan peribadi masyarakat mereka. Bercakap berkenaan identiti dan keperibadian masyarakat. Kita sedia memaklumi bahawa di Malaysia, kita tidak hanya mempunyai satu bangsa sahaja. Malaysia merupakan sebuah negara yang bangsa-bangsa didalamnya adalah bercampur ataupun dalam istilah yang lebih mudah, masyarakat yang majmuk. Justeru apa yang ingin dijadikan topik disini ialah bagaimana kepelbagaian adat didalam masyarakat Malaysia yang membentuk identiti masing-masing ini mampu disatukan dan dijadikan sebagai cerminan peribadi dan identiti kepelbagaian itu secara menyeluruh dan bersifat nasional. Maknanya kita perlu membicarakan tentang bagaimana kepelbagaian adat di Malaysia itu dapat disatukan dan dijadikan sebagai adat yang satu bagi menjadi lambang identiti dan peribadi nasional. Perlu dibincangkan juga ialah apakah aspek teras yang menjadi garis panduan budaya nasional ini. Dalam mengungkap permasalahan ini, kita sebenarnya hanya perlu mencari aspek adat yang menjadi teras kepada pembentukan adat nasional yang menjadi perlambangan identiti dan keperibadian seluruh rakyat Malaysia dan apakah kepentingan aspek adat itu serta kepentingan identiti dan keperibadian kebangsaan itu sendiri. Aspek adat yang menjadi teras kepada pembentukan identiti nasional lebih mudah kita fahami melalui pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang digubal pada 1971. Dasar ini diputuskan melalui Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak dan ianya dihadiri oleh wakil-wakil dari setiap kaum di Malaysia. Melalui pembentukan ini, secara rasmi telah digariskan beberapa perkara yang menjadi teras kepada pembentukan identiti dan keperibadian seluruh rakyat Malaysia. Justeru melalui kewujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang memang digagaskan bagi maksud itu, kita akan dapat mengungkap aspek adat yang menjadi teras kepada pembentukan identiti nasional yang menjadi fokus tulisan ini.

Antara aspek teras dalam pembentukan identiti dan peribadi nasional ialah identiti dan kepribadian Malaysia haruslah berteraskan adat asal rantau ini. Definisi geografi berkaitan rantau ini ialah kawasan yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand, Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik iaitu Polynesia, Melanesia, Oceania sehingga ke Madagascar. Rantau ini adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan warisan adat masyarakat Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa yang juga dipanggil sebagai linguafranca. Adat serantau ini juga digambarkan melalui persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu iaitu Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Justeru dalam aspek Malaysia, secara mudahnya, aspek adat yang menjadi teras kepada pembentukan identiti nasional ialah adat masyarakat Melayu. Hal ini tidak dapat dipertikaikan oleh masyarakat lain kerana adat atau budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Maka apabila dipersetujui adat masyarakat asal serantau dijadikan identiti Malaysia, pastilah di Malaysia, adat Melayu yang paling layak diletakkan didalam kategori itu. Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim sendiri, walaupun berbangsa Cina, turut mengakui bahawa masyarakat Melayu ialah nuklius ataupun teras dalam masyarakat Malaysia. Justeru adat Melayu dijadikan teras identiti semua kaum di Malaysia adalah sangat berpatutan ataupun dalam istilah arab dipanggil adil. Aspek teras pembentukan identiti yang kedua ialah menggunakan unsur-unsur adat dan kebudayaan luar yang sesuai dan wajar untuk diterima sebagai identiti Malaysia. Aspek ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai adat dan budaya. Dengan itu unsur-unsur adat Cina, India, Kadazandusun, Arab, Barat dan lain-lain unsur adat yang sesuai, boleh diberi pertimbangan untuk diterima dan dijadikan sebagai identiti kebangsaan.

Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada kerelevenannya yang pasti tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan, prinsip-prinsip Rukun Negara, kepentingan nasional, asas-asas moral serta kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya. Dalam penerimaan teras kedua ini, kita melihat berlaku tolak ansur sesama kaum di Malaysia dalam soal pembentukkan keperibadian dan identiti kebangsaan. Bukan sahaja identiti Melayu diangkat sebagai identiti kebangsaan, tetapi juga identiti kaum-kaum lain di Malaysia. Ia juga diterima kerana terdapat unsur-unsur adat yang sama dan seiring dengan adat teras iaitu adat dan kebudayaan Melayu. Namun, hal ini juga tidak boleh dijadikan isu samada identiti kebangsaan itu orientasinya adalah daripada warisan adat kaum yang mana. Ini kerana pembentukkan identiti dan keperibadian kebangsaan itu bukanlah bertujuan untuk mempromosikan adat masingmasing untuk digunakan oleh semua rakyat Malaysia, sebaliknya ia jelas berperanan untuk menyeragamkan identiti masyarakat yang pelbagai untuk dijadikan identiti Malaysia yang satu. Namun identiti bangsa juga masih boleh dikekalkan dan dipelihara kelangsunganya. Aspek ketiga yang menjadi teras kepada pembentukkan keperibadian dan identiti kebangsaan ialah agama Islam. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting didalam proses pembangunan dan perpaduan negara. Agama juga perlu bagi merealisasikan pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal. Kerana itu ia patut dijadikan unsur yang penting dalam pembentukan identiti kebangsaan. Ini juga memandangkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara. Di samping itu, telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini sejak dahulu lagi. Bercakap pula tentang kepentingan aspek-aspek adat yang dijadikan teras kepada pembentukan identiti dan keperibadian kebangsaan, aspek teras yang disenaraikan seperti adat masyarakat rantau ini, adat luar yang sesuai dan adat yang berpandukan Islam pasti mempunyai kepentingannya yang tertentu. Yang pertama, kepentingan adat Melayu dijadikan sebagai teras dalam pembentukan identiti nasional ialah untuk memastikan kestabilan sosial dan politik di Malaysia terus

terpelihara. Harus kita fahami apabila kita bercakap berkenaan Malaysia, majoriti penduduknya ialah orang Melayu. Kerana orang Melayu ialah majoriti didalam masyarakat Malaysia, adalah penting untuk menjadikan adat kaum yang majoriti sebagai ikutan kepada kaum-kaum lain yang lebih kecil populasinya. Ini bagi memastikan tidak berlaku pertikaian kepada masyarakat lain di Malaysia khususnya kepada masyarakat Melayu sendiri sebagai entiti yang terbesar dan bertaraf peribumi di Malaysia. Kedudukan masyarakat Melayu yang dianggap nuklius didalam sistem sosial di Malaysia juga merupakan kepentingan yang perlu diambil berat sesuai dengan kedudukan istimewanya yang dijamin Perlembagaan. Kedudukan Raja-Raja, Yang Dipertua Negeri dan Yang Dipertuan Agong juga merupakan aspek yang penting untuk menjadikan adat Melayu sebagai pemangkin identiti nasional. Raja-Raja dan Yang Dipertuan Agong merupakan tuan kepada negeri-negeri dan negara Malaysia sendiri. Mereka juga merupakan orang Melayu. Kedudukan mereka yang menjadi lambang perpaduan negara ini menyebabkan adat istiadat mereka iaitu adat istiadat Melayu diterima sebagai suatu unsur teras dalam melaksanakan identiti Malaysia secara bersama. Justeru untuk memastikan Institusi Raja-Raja Melayu terus dilindungi dan dihormati, maka dalam usaha untuk membentuk identiti dan peribadi kebangsaan, adat Melayu tidak boleh dikesampingkan. Kita juga harus melihat kepentingan untuk menerima mana-mana unsur adat dan budaya luar untuk dijadikan adat dan budaya kebangsaan. Walaupun telah dipersetujui bahawa adat Melayu merupakan adat teras yang dijadikan ikutan setiap rakyat Malaysia, namun ketetapan itu tidak bermaksud hanya itu sahaja adat yang akan diterima kearah pembentukan identiti yang seragam dalam masyarakat Malaysia. Adat dan budaya kaum lain yang sesuai juga dapat dipraktikkan asalkan ianya tidak bertentangan dengan semangat Perlembagaan dan Rukun Negara. Ini bagi memastikan tiada suara-suara yang mempertikaikan tindakan kerajaan yang menggariskan unsur-unsur penting kearah membentuk budaya kebangsaan. Pendek kata, penerimaan unsur-unsur asing ini ialah supaya keharmonian kaum di Malaysia akan terus berlangsung dengan jayanya. Unsur-unsur adat dan budaya luar juga penting untuk dijadikan adat dan budaya kebangsaan kerana bagi menghasilkan budaya kebangsaan yang tidak terlalu stereotaip dengan adat dan budaya Melayu, adat lain juga perlu disenaraikan. Budaya kebangsaan

diwujudkan untuk menunjukkan peribadi dan identiti masyarakat Malaysia yang pelbagai, bukan hanya untuk melambangkan budaya dan adat Melayu semata-mata. Dengan adanya unsur-unsur yang diluar daripada adat dan budaya Melayu yang sesuai, maka akan terhasil suatu modul identiti masyarakat yang pelbagai dan bersifat luwes. Unsur Islam yang dijadikan teras kebudayaan kebangsaan juga penting bagi menjamin kedudukannya yang merupakan agama rasmi Malaysia. Islam tidak boleh dan tidak dapat disamakan dengan agama-agama lain kerana ia merupakan agama yang sebenar. Maka dalam usaha menerapkan identiti kebangsaan, Islam tidak boleh dikesampingkan. Selain kerana kedudukan Islam sebagai agama rasmi, ia juga penting kerana Islam merupakan tunjang kepada kehidupan masyarakat Melayu iaitu masyarakat peribumi dan majoriti di Malaysia. Walaupun identiti dan peribadi kebangsaan adalah berteraskan Islam, namun agama-agama lain bebas untuk dilaksanakan dengan syarat amalan agama-agama lain tidak akan menggugat kedudukan agama Islam sebagai agama utama di Malaysia. Masyarakat Malaysia sudah mempunyai adat yang tersendiri, tetapi kenapa kerajaan masih berkehendak supaya diwujudkan suatu adat dan budaya baru bagi mencerminkan identiti dan keperibadian Malaysia yang seragam? Adakah dengan budaya dan adat kaum-kaum yang sedia ada di Malaysia tidak cukup untuk mencerminkan identiti negara? Bagi mewujudkan identiti yang seragam seiring dengan kesanggupan pelbagai kaum untuk hidup bersama di Malaysia, tidak dapat tidak, penyeragaman identiti dan keperibadian kebangsaan ini perlu dilakukan. Antara kepentingan masyarakat Malaysia disatukan melalui adat dan budaya kebangsaan ialah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa, agama, budaya dan bahasa pertuturan tetapi dapat hidup berdampingan, berganding bahu, bertimbang rasa dan penuh dengan sikap toleran. Penyeragaman identiti dan keperibadian berbagai-bagai etnik adalah perlu untuk rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan aman daripada persengketaan serta kucar-kacir. Dalam erti kata yang lain, identiti dan keperibadian yang seragam ini akan membolehkan perpaduan nasional berlangsung dengan lebih utuh lagi. Identiti dan kepribadian kebangsaan juga berkepentingan untuk menghindarkan masyarakat dari me1akukan perkara-perkara yang menyalahi norma-norma dan garis panduan dalam kehidupan bermasyarakat. Budaya kebangsaan ini penting ke arah melahirkan satu negara bangsa Malaysia yang maju, progresif, saintifik dan bersatu padu tanpa ada unsur-unsur

negatif dalam kehidupan seharian sesama sendiri. Tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang mengamalkan kebudayaan, adat resarn, agarna dan bahasa masing-masing diharap akan dapat bersatu melalui usaha bersama yang murni ini. Kebudayaan dan adat ahli masyarakat Malaysia walaupun berbeza, namun mempunyai asas yang sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu ke arah yang lebih baik. Melalui usaha membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan, ia membolehkan masyarakat negara kita berinteraksi dengan lebih baik di antara satu sama dalam melaksanakan matlamat yang sama iaitu untuk membentuk masyarakat Malaysia yang bepegang teguh dengan ajaran agama masing-masing dan mementingkan nilai-nilai murni yang diajar didalarn agama mereka. Interaksi antara kaum ini penting untuk menghindari masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi normanorma kehidupan. Interaksi antara kaum yang baik juga adalah merupakan satu jalan kearah perpaduan nasional dan mencetuskan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu. Budaya yang seragam bagi rakyat Malaysia juga penting bagi memastikan perancangan dan tindakan kerajaan untuk menerap serta menanam nilai-nilai murni ke dalam akal fikiran, hati budi serta perilaku masyarakat Malaysia di pelbagai lapisan masyarakat dapat direalisasikan. Amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni yang merupakan perkara penting dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan seharusnya ditegaskan sebagai sebahagian dari proses pembangunan identiti untuk mencapai tahap keutuhan peribadi dan perilaku yang mulia dan berbudi bahasa. Maka identiti dan keperibadian kebangsaan ini diharap akan meneguhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri masyarakat. Segala tindakan idealisme kebangsaan ini juga adalah suatu usaha untuk membina bangsa Malaysia melalui semangat Rukunegara. Perisytiharan Rukunegara dengan jelas meletakkan negara di atas cita-cita perpaduan, kehidupan demokratik, keadilan, tradisi budaya serta masyarakat progresif. Oleh itu, budaya dan identiti seragam ini penting untuk memastikan cita-cita tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya. Berbagai usaha telah dijalankan bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan identiti dan keperibadian kebangsaan. Secara umumnya pencapaian matlamat dan objektif hasrat ini telah menunjukkan kejayaan yang boleh dibanggakan. Perlu diingat bahawa didalam pembentukan dan pewujudan satu kebudayaan kebangsaan, proses penyerapan dan

penerimaannya akan mengambil masa yang lama dan mungkin melangkaui satu generasi ke satu generasi yang lain. Penggubalan dan pelaksanaan dasar ini, meskipun masih lagi baru usianya namun pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam telah pun dilaksanakan. Adalah didapati bahawa pencapaian ke arah ini telahpun jelas kelihatan semenjak ia mula diterapkan. Identiti kewarganegaraan dan adat Malaysia pada hari ini boleh didapati didalam perayaan-perayaan antarabangsa dan juga di dalam kegiatan seni sukan dan perayaan pelbagai kaum di Malaysia sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Secara ringkas bolehlah dikatakan aspek adat yang menjadi teras identiti dan keperibadian negara Malaysia telah dapat diterima dan diikuti secara beransur-ansur oleh setiap golongan rakyat Malaysia. Namun demikian pelaksanaannya pasti rumit dan tidak akan dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu mencapai hasrat dan cita-cita pelaksanaan ini kerana dengan keinsafan itu sahaja adat yang membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan akan dapat dibezakan dengan adat yang bersifat kesukuan atau perkauman. Identiti dan keperibadian yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan akan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah. BIBLIOGRAFI ___________________, Lumpur.KEKKWA. A.Aziz Deraman, 2001, Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia(Edisi Baharu),K.Lumpur,DBP. Anwar Din(Penyunting), 2008, .Asas Kebudayaan Dan Kesenian Melayu,Bangi,Penerbit UKM. Gullick. J , 1981, Malaysia:Economic Expansion and National Unity, ,London,Westview Press. Hanapi Dollah,1986, Asimilasi Budaya:Kajian Kes Komuniti Cina Di Kelantan,Bangi, Penerbit Fajar UKM. Bakti. M.Rajantheran & S.Manimaran,1994, Perayaan Dan Keraian Orang India,K.Lumpur, 2004, Buku panduan Budi Bahasa Budaya Kita,K.

Mohd. Taib Osman, 1983, Bunga Rampai Kebudayaan Melayu,K.Lumpur,DBP. Puti Reno Raudha Thaib,1989, Peran Adat Dalam Pengembangan Aksara. Jab. Pengajian Melayu,UMalaya. Kepariwisataan,Jakarta,Pustaka Kebangsaan, K.Lumpur,

Wan Abd. Kadir Yusoff & Zainal Abidi Borhan, 1985, Idealogi dan Kebudayaan Wan Ramli Wan Muhd & Hanapi Dollah, 1999, Pantang Larang Orang Melayu Tradisional, K.Lumpur.Utusan Publications.

Share this:

StumbleUpon Digg Reddit

Tinggalkan Jawapan
Enter your comment here...

You might also like