You are on page 1of 14

PENDEKATAN DAKWAH BI AL-LISAN WA KITABAH.

Oleh: Dato Hj. Abdul Majid bin Omar Timbalan Mufti Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Pendahuluan.

Berdakwah merupakan satu tugas atau tanggungjawab yang perlu kepada peraturan, disiplin (sistem) atau perancangan dalam melaksana dan menjayakannya. Tugas atau tanggungjawab ini tidak boleh diambil mudah dan ianya tidak boleh dilaksanakan secara bersahaja dan melulu. Malah ia adalah tugas yang amat sukar dan memerlukan kepada beberapa cara (uslub) dan kaedah (wasilah) atau pendekatan yang terbaik bagi membantu pendakwah agar dakwahnya itu sampai dan memberi kesan kepada golongan sasaran.

Uslub atau cara berdakwah adalah jalan yang perlu diikuti oleh pendakwah untuk menyampaikan dakwahnya kepada umat manusia, salah satu daripadanya adalah dengan melalui pendekatan dakwah bi al-lisan wa kitabah. Prinsip asas melalui pendekatan sedemikian telah dinyatakan Allah s.w.t. melalui firman-Nya: 2 yang bermaksud:

Kertas kerja ini dibentangkan pada Kursus Pendekatan Dakwah Kontemporari, 28-30 Mei 2007, Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP, Bangi, anjuran Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS). An-Nahl, ayat 125.

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Persiapan Pendakwah Dengan Pelbagai Ilmu.

Para pendakwah perlu mempersiapkan dirinya dengan pelbagai disiplin ilmu. Setelah mempelajari dan memahami isi kandungan al-Quran dan al-sunnah, pendakwah juga perlu memperlengkapkan dirinya dengan ilmu bahasa, ilmu berkaitan dengan kemanusiaan termasuklah budaya, psikologi dan sains dan ilmu-ilmu lain sebagai sumber pengetahuan pendakwah.

Ilmu adalah sumber yang paling penting bagi para pendakwah kerana berdakwah adalah perbuatan menyeru manusia agar beramal dengan ilmu yang disampaikannya. Pendakwah perlu mengetahui apa yang

didakwahkannya, tanpa ilmu tidak mungkin ia mampu dipraktikkan. Kepentingan ilmu bagi para pendakwah merangkumi dua perkara:

1.

Bagi menyusun program dakwah untuk menghadapi gerakan musuhmusuh Islam kerana mereka mempunyai rancangan yang amat rapi dan terpeinci.

2.

Bagi

mempersiapkan

kader-kader

(pelapis)

pendakwah

dalam

melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pendakwah. Oleh itu, mereka perlu mengetahui segala permasalahan dan sasaran yang tepat.

Di samping itu, pendakwah perlu menguasai prinsip asas yang terkandung dalam Islam yang berteraskan aqidah, syariah dan akhlak, serta dapat membezakan antara yang baik dan buruk, yang benar dan batil dengan sebaik-baiknya. Para pendakwah mempelajari perkara kebaikan untuk ia 2

mengamalkannya

serta

menyeru

orang

lain

untuk

turut

sama

melaksanakannya. Pendakwah juga perlu mempelajari sesuatu keburukan dengan tujuan untuk memelihara atau membenteng diri daripadanya dan menyeru orang lain agar menjauhinya. Saidina Umar al-Khattab r.a. berkata, Saya mempelajari kejahatan bukan untuk melakukannya, tetapi untuk menjauhinya dan sesiapa yang tidak mengetahui tentang kejahatan, maka ia akan terjebak (jatuh) ke dalamnya.

Pendakwah juga perlu mengetahui perkara yang melibatkan dari sudut hukum dalam Islam (ilmu fiqh) agar segala tindakan dan penyampaian dakwah yang dilakukan berdasarkan dalil dan fakta yang jelas. Setelah mendalami ilmu agama seperti ilmu fiqh, kemahiran dan penguasaan terhadap ilmu yang lain juga adalah penting seperti ilmu berkaitan dengan kemanusiaan termasuklah budaya, psikologi dan sains. Ilmu seperti ini akan membantu pendakwah mengetahui keadaan orang yang didakwahnya. Ini kerana, setiap individu itu berbeza dari segi keadaan hidup dan kefahaman mereka, maka cara untuk berdakwah juga adalah berbeza. Cara berdakwah kepada orang yang berilmu berbeza dengan cara berdakwah kepada orang yang jahil.

Oleh yang demikian, pendakwah perlu mendalami ilmu-ilmu kemanusiaan kerana dengan pengetahuan tersebut, pendakwah dapat mengetahui cara untuk berinteraksi dengan individu yang berbeza. Ilmu mantik umpamanya, dapat membantu pendakwah mengetahui pemikiran, asal-usul dalil dan hujahnya serta mengetahui pelbagai wasilah dan cara berdakwah. Di samping itu, pendakwah juga perlu mempelajari ilmu psikologi iaitu ilmu berkenaan diri (nafs) yang dapat mendorong manusia memahami diri manusia yang lain, tabiat atau perangainya, matlamat kehidupannya, keinginan serta

kemahuannya dengan cara yang sebaik-baiknya.

Pengetahuan tentang masyarakat juga amat penting kerana pendakwah perlu mengetahui keadaan sosio-budaya sesebuah masyarakat, termasuklah perkara yang berkaitan adat resam, cara hidup dan akhlak mereka. Pengetahuan berhubung cara untuk berkomunikasi juga amat penting dan perlu dititikberatkan oleh pendakwah agar apa yang cuba disampaikan dapat 3

diterima dan difahami dengan mudah tanpa berlaku salah faham dan kekeliruan.

Pendekatan Asas Dakwah Bi al-Lisan wa Kitabah.

Pendekatan seumpama ini adalah kaedah berhubung atau berinteraksi secara langsung dengan individu yang ingin didakwah. Ia digunakan untuk menyampaikan mesej dakwah iaitu maklumat dan pemikiran secara terus tanpa menggunakan saluran penyampai atau orang tengah. Kaedah ini dilakukan antara individu dengan individu, individu dengan kumpulan atau kelompok yang kecil mahupun yang lebih besar.

Dari aspek sejarah, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat serta tabiin selepasnya telah menggunakan pendekatan dakwah bi al-lisan wa kitabah dalam usaha untuk menyampai dan menyebar-luaskan usaha dakwah. Baginda menyampaikan Islam dan menegakkan kebenarannya berdasarkan ilmu dan rasional, tidak dengan perasaan dan emosi. Kenyataan ini dapat dilihat dalam banyak perkara antaranya, baginda berdialog dengan kafir Quraisy untuk menunjukkan kebenaran al-Quran. Dalam dialog tersebut, baginda menerangkan bahawa al-Quran adalah wahyu daripada Allah s.w.t. dengan mengemukakan bukti dan alasan yang jelas. Apabila mereka tidak masih tidak mahu menerima Islam dan kebenaran al-Quran, maka baginda telah meminta supaya mereka menciptakan satu karya yang setanding dengan al-Quran, ternyata cabaran ini tidak dapat mereka laksanakan. 3

Demikian juga dialog dengan golongan Kristian, yang mana baginda mendedahkan kepada mereka tentang penyelewengan yang berlaku dalam kitab Injil berdasarkan pengumpulan dan penulisan mereka 4 (old testament dan new testament), begitu juga tentang perubahan-perubahan besar terhadap isi kandungannya seperti perubahan konsep tauhid kepada konsep trinity, konsep penjelmaan Tuhan dalam anak dan lain-lain. 5

3 4

Al-Baqarah, ayat 23-25. Al-Baqarah, ayat 75. 5 Al-Maidah, ayat 72-73.

Rasulullah s.a.w. mengemukakan Islam dan mempertahankannya dengan menggunakan cara berkomunikasi yang baik, mudah difahami serta pendekatan yang mudah diterima. Dengan erti kata yang lain, penyampaian dakwah bi al-lisan yang berdasarkan hujah daripada al-Quran adalah berasaskan keilmuan, pemikiran dan perkara yang menyentuh persoalan yang sedang berlaku dalam masyarakat. Begitu juga dengan proses pengumpulan al-Quran yang dilaksanakan pada zaman para sahabat serta penulisan kitab yang bermula pada zaman tabiin yang terus bersemarak hingga ke hari ini. Faktor seperti ini dilihat memberikan kesan yang baik terhadap pendekatan usaha dakwah bi al-lisan wa kitabah dan

perkembangannya yang berterusan merentasi tempat dan zaman.

Dalam masa yang sama, aspek utama yang perlu diberikan perhatian dalam pendekatan dakwah bi al-lisan ini adalah penggunaan bahasa. Bahasa merupakan alat terpenting dalam aspek komunikasi dakwah baginda terhadap masyarakat Arab ketika itu. Baginda dibekalkan oleh Allah s.w.t. dengan kemampuan menggunakan bahasa yang betul dan indah dan kemampuan untuk berhujah. Hal ini amat penting dalam menghadapi masyarakat Arab yang ketika itu sedang memuja keindahan bahasa melalui syair yang diungkapkan, tetapi ternyata bahasa al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai asas untuk berdakwah, lebih tinggi dan indah bahasanya daripada apa yang pernah mereka dengar dan ciptakan ketika itu.

Lantaran dirasakan bahasa al-Quran itu terlalu indah dan mereka takjub dan terpesona dengannya, justeru itu mereka dengan mudah menuduh Rasulullah s.a.w. sebagai tukang sihir 6 kerana mereka berasa lemah dalam menghadapi ayat-ayat al-Quran yang dibaca dan disampaikan oleh baginda.

Selain daripada keindahan bahasa yang dibawa oleh al-Quran, Rasulullah s.a.w. juga menyampaikan seruan Islam dalam pelbagai bidang keilmuan yang dapat dilihat dengan jelas tentang ketinggian dan keindahan bahasanya.

Saad, ayat 4.

Dalam menjalankan usaha dakwah, baginda tidak menggunakan kata-kata yang kesat, tetapi menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan sasaran dakwahnya. Baginda sangat menjaga lidah dan emosinya, sehingga dalam keadaan cemas dan genting sekalipun baginda masih dapat bertenang ketika menghadapi situasi tersebut. 7

Sebarang bentuk kata-kata keras yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. adalah ketika menerima wahyu daripada Allah s.w.t. bagi mengutuk serta mengecam mereka yang menghalang kebenaran yang disampaikan, seperti yang terkandung dalam surah al-Lahab, 8 tetapi dalam keadaan biasa baginda tidak mengungkapkan sebarang bentuk kata-kata yang keras, kesat dan kasar semasa menyeru manusia ke arah kebenaran. Sebaliknya baginda sentiasa menggunakan bahasa dan kata-kata yang penuh berhikmah, indah dan sarat dengan idea serta pengajaran yang tinggi.

Rasulullah s.a.w. ketika menjalankan kegiatan dakwahnya tidak hanya sekadar dengan berucap dan bercakap, malah ia lebih daripada itu. Baginda dengan sifat at-tabligh, juga menyampaikan seruan dakwah melalui penulisan yang ditulis oleh para sahabatnya. Banyak surat baginda yang dihantar kepada pemimpin negara-negara lain untuk menyeru mereka kepada Islam, begitu juga perjanjian-perjanjian bertulis yang telah dimeterai oleh baginda. 9 Sungguhpun baginda seorang yang ummi, tetapi kepentingan berdakwah melalui penulisan ini telah dimulakan dan dititikberatkan oleh baginda sejak awal lagi dalam konteks perhubungan antarabangsa dan para sahabat telah dilatih untuk melaksanakan tugas tersebut. Pemindahan maklumat dan penyebaran dakwah Islam kepada generasi selepas itu terutamanya pada zaman tabiin lebih banyak dilakukan melalui penulisan. Ini terhasil daripada asuhan dan didikan Rasulullah s.a.w. yang pemikirannya sentiasa mendahului zaman, ianya terkesan dan dinikmati generasi hari ini seperti penulisan kitab-

Rasulullah s.a.w. pernah menghadapi cubaan bunuh daripada seorang kafir secara bedepan/bersemuka tetapi baginda sempat mengambil senjatanya, namun begitu baginda memaafkan lelaki tersebut. 8 Al-Lahab, ayat 1. 9 Prof. Muhammad Hamidullah, Majmuat al-Rasail.

kitab tafsir, hadis, fiqh, tasawuf, falsafah dan sebagainya yang dikarang oleh para ulama terdahulu masih kekal pada hari ini.

Terdapat ramai dalam kalangan sarjana Islam yang memperakui bahawa pendekatan dakwah bi al-lisan wa kitabah ini mempunyai pelbagai kelebihan kerana ia memberi kesan yang lebih baik dan terdapat hubungan yang baik antara pendakwah dengan orang yang didakwahnya. Melalui kaedah ini juga, pendakwah boleh mengetahui reaksi atau tindak balas orang yang didakwah secara serta merta. Dalam usaha menyebarkan dakwah secara langsung, kaedah yang boleh digunakan adalah melalui khutbah, ceramah, usrah, halaqah, kuliah, syarahan, perdebatan, seminar, persidangan dan

sebagainya. Seseorang pendakwah perlu mengetahui kaedah-kaedah ini agar sesuai dengan keadaannya.

1.

Khutbah.

Khutbah terdiri daripada khutbah Jumaat atau selainnya adalah berupa nasihat, peringatan atau pengetahuan pendakwah yang disampaikan melalui pertemuan dengan kumpulan manusia yang ramai. Para pendakwah perlu mengetahui dan mahir cara untuk berkhutbah dan gaya penyampaiannya perlu mengambil kira tajuk, lafaz dan ibarat yang sesuai dengan jamaah yang hadir. Pendakwah juga perlu mempelajari bagaimana cara yang paling ringkas dan mudah untuk menyampaikan khubahnya agar ianya menarik dan mudah difahami. Berkhutbah merupakan satu seni berbicara yang boleh meyakinkan serta menarik perhatian para pendengar. Ia boleh dipelajari melalui kemahiran berkomunikasi dan latihan yang berterusan. Berkhutbah bukan hanya sekadar menyampaikan dan menggambarkan sesuatu

kebaikan, tetapi khatib perlu kreatif dengan mempelbagaikan kaedah dan gaya penyampaian agar ia dapat menarik perhatian orang yang

mendengarnya terhadap mesej yang hendak disampaikan. Khutbah yang baik seharusnya mengandungi perkara yang berkaitan isu semasa, permasalahan dan penyelesaiannya.

Khutbah seorang pendakwah tidak sempurna sekiranya tidak mengandungi ciri-ciri seperti berikut: 7

i.

Mempunyai tajuk dan mesej yang sesuai dengan keadaan, masa dan tempat.

ii.

Mempunyai muqaddimah yang bersangkutan dengan subjek atau perbincangan khutbah supaya ia dapat membuka jalan dan pemikiran pendengar dan mudah untuk memahaminya.

iii.

Mempunyai ringkasan terhadap isi kandungan, tidak meleret-leret, fakta yang jelas dan tepat serta penggunaan bahasa yang mudah difahami agar ia dapat memberi gambaran yang jelas dan berkesan.

iv. v.

Mempunyai gaya penyampaian yang jelas. Mempunyai penutup dengan kesimpulan yang boleh memberi kesedaran dan keinsafan.

2.

Ceramah. melalui ceramah umum atau

Ceramah boleh dilakukan sama ada

disampaikan sempena sambutan hari kebesaran Islam yang lain. Perkara yang harus diberikan perhatian dalam menyampaikan ceramah adalah mesej yang disampaikan itu perlulah jelas dan memberi manfaat kepada pendengar. Ceramah tidak boleh digunakan sebagai platform untuk menabur fitnah, menceritakan keburukan orang lain, mendatangkan keaiban kepada pihak tertentu dan sebagainya. Pendakwah perlu ikhlas dalam meyampaikan dakwahnya melalui pentas ceramah dengan mematuhi adab dan akhlak yang baik.

3.

Usrah, halaqah, kuliah dan syarahan.

Kaedah ini boleh dilaksanakan melalui pengajian berkitab dalam pelbagai disiplin ilmu yang dilaksanakan secara berkala dan konsisten. Para pendakwah perlu bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri, orang yang mendengar serta apa yang disampaikannya. Pengajian yang dilaksanakan itu hendaklah bersifat mendidik, memberi kefahaman serta penerapan nilai-nilai yang baik terhadap mereka yang didakwahnya.

4.

Perdebatan.

Perdebatan boleh dilakukan antara pendakwah dengan individu yang ingin didakwahnya dengan tujuan untuk menunjukkan jalan kebenaran kepadanya. Dalam sejarah dakwah Islamiah, banyak perdebatan telah berlaku antara Rasulullah s.a.w. dengan orang yang ingin didakwahnya yang akhirnya Allah s.w.t. memberi hidayah dan petunjuk kebenaran kepada mereka. Oleh itu, para pendakwah perlu mengulangkaji sejarah Islam dan sirah nabawiah bagi mempelajari kaedah atau cara perdebatan yang baik dengan mengetahui pelbagai uslub serta asas perdebatan untuk menyakinkan orang yang didakwahnya.

5.

Seminar dan persidangan.

Seminar dan persidangan adalah satu perhimpunan besar yang memerlukan setiap individu yang menghadirinya sama ada sebagai panel atau peserta berperanan untuk sama-sama berkongsi maklumat dan bercambah fikiran. Seminar atau persidangan perlu fokus terhadap tema yang dibincangkan dan sebarang bentuk cadangan atau buah fikiran perlu diterima dengan berlapang dada sebagai adab al-ikhtilaf. Pendakwah yang menghadiri seminar atau persidangan mungkin terdiri daripada mereka yang pakar dan diperakui keilmuannya seperti ahli fiqh, pakar perubatan, ahli ekonomi, saintis, jurutera, pakar perundangan atau ahli akademik yang lain. Oleh itu, ia perlu bijak untuk melibatkan diri dan memainkan peranan agar ia dapat menyumbangkan idea atau pemikirannya demi membawa manfaat kepada majlis ilmu tersebut.

Pendekatan Semasa Dakwah Bi al-Lisan wa Kitabah.

Kaedah berdakwah kepada orang ramai pada zaman ini perlu disesuaikan dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, di samping mengguna dan memanfaatkan medium media cetak dan elektronik kerana kaedah yang digunakan oleh para pendakwah dilihat masih belum mencukupi sekiranya meminggirkan kecanggihan teknologi yang sedang berkembang pesat dan bersifat global. Pendakwah perlu bijak menggunakan kaedah moden agar usaha dakwahnya tersebar secara meluas dan berkesan.

Di samping itu, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi juga dapat membantu para pendakwah untuk menangkis segala maklumat palsu serta pendapat yang boleh mendatangkan kekeliruan hingga membawa kepada perpecahan dalam masyarakat. Musuh-musuh Islam terutamanya para orientalis Barat dan missionari Kristian sentiasa berusaha secara berterusan dan konsisten untuk menjauhkan umat Islam dari agamanya dan

melalaikannya dengan menggunakan medium dakwah seperti ini.

1.

Teknologi maklumat dan komunikasi.

Dakwah adalah tugas yang perlu dijalankan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun. Apa yang jelas adalah teknologi, khususnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), boleh membantu golongan pendakwah untuk menjalankan tugas dakwah ini sepanjang masa.

Sehubungan dengan itu, adalah sesuatu yang difikirkan wajar agar teknologi dimanfaatkan supaya dakwah Islamiah akan terus tersebar ke seluruh penjuru dunia.

Mungkin akan ada yang beranggapan bahawa istilah tekno-da'ie adalah seorang individu yang mempunyai pengetahuan agama (pendakwah) di samping memiliki kemahiran dan pengetahuan tentang teknologi, tetapi ia tidak semestinya demikian. Namun begitu sekiranya mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian, ia adalah sangat baik. Golongan tekno-da'ie dalam konteks abad ke-21 ini berkemungkinan besar merupakan gabungan satu kumpulan individu atau jamaah yang mempunyai kepakaran mereka yang tersendiri.

Dalam jamaah tekno-da'ie tersebut, terdapat seorang yang mempunyai pengetahuan dalam bidang agama yang akan menjadi orang di hadapan tabir menyampaikan mesej amar makruf nahi mungkar. Ia akan disokong oleh beberapa individu lain di belakang tabir yang mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi yang akan menyediakan bahan dakwah dalam bentuk yang inovatif, interaktif dan menarik untuk disampaikan kepada orang ramai menggunakan teknologi terkini.

10

Dalam perkataan lain, jamaah tekno-da'ie ini sebenarnya adalah sekumpulan individu yang mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang satu iaitu ingin menegakkan syiar dan syariat Islam yang mengajak manusia ke jalan kebenaran. Ringkasnya, wujud kerjasama pintar dan sinergi di antara golongan agama dengan golongan teknologis.

Dalam konteks perbincangan mengenai tekno-da'ie, ia memberikan satu peluang kepada mereka yang mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi untuk berdakwah dan bekerjasama dengan golongan pendakwah dalam menjalankan kerja-kerja dakwah. Golongan teknologis berperanan dalam membuat pakej dengan menggunakan teknologi terkini supaya Islam akan dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan cekap.

Golongan pendakwah pula menyediakan bahan kandungan yang amat diperlukan bagi tujuan dakwah. Perlu disedari bahawa cabaran yang menanti umat Islam hari ini ialah ketandusan dan kekurangan bahan-bahan Islam yang menggunakan ICT. Justeru, bahan-bahan Islam yang menggunakan ICT ini perlulah diperbanyak dan diperkayakan.

Bagi menjayakan matlamat ini, perlu ada kerjasama di antara golongan pendakwah dengan golongan teknologis. Gabungan kedua-dua inilah yang akan mencetuskan dan merealisasikan jamaah tekno-da'ie.

Tidak dinafikan bahawa pendekatan dakwah konvensional dan tradisional adalah penting. Bagaimanapun, perlu diwujudkan satu golongan pendakwah yang mampu menggunakan ICT bagi tujuan murni ini. Ini kerana rata-rata generasi hari ini adalah generasi yang celik ICT dan techno-savvy. Untuk menghampiri mereka ini, perlulah digunakan pendekatan yang terkini dan moden.

Justeru, perlu ada satu golongan tekno-da'ie yang bijak dan selesa menggunakan ICT untuk berdakwah. ICT dapat dimanfaatkan oleh

pendakwah menerusi dua cara iaitu untuk mencari maklumat bagi memperkayakan ilmu pengetahuan pendakwah dan untuk menyampaikan 11

mesej dakwah kepada orang ramai. Kebijaksanaan pendakwah adalah diperlukan bagi tujuan ini dalam memilih platform dan aplikasi ICT yang terbaik untuk menyampaikan dakwah, baik menerusi e-mel, laman web, blog, aplikasi perbualan seperti IRC dan ICQ, penggunaan SMS, telefon mudah alih, animasi, power point dan sebagainya.

Pihak masjid boleh memainkan peranannya sebagai pusat kegiatan golongan tekno-da'ie ini dengan menyediakan prasarana yang diperlukan seperti komputer dan internet. Di dalam era ICT yang penuh dengan pelbagai cabaran yang tidak pernah terbayang oleh manusia sebelum ini, adalah penting bagi institusi masjid dan surau memainkan peranannya secara berkesan dengan strategi-strategi yang teratur dan tersusun.

Ini adalah penting bagi menyediakan umat Islam dengan persiapan-persiapan yang sewajarnya untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran getir ini. Hakikatnya, masih ramai di kalangan umat Islam yang masih tidak sedar akan kepentingan ICT dalam kehidupan hari ini. Ini kerana ICT hanya dipandang dari aspek negatif semata-mata, walhal ICT adalah satu alat atau wadah yang jika digunakan dengan betul dan bijaksana mampu membawa manusia kepada kebaikan dan kejayaan.

Selepas peristiwa 11 September 2001 pula, ICT digunakan oleh mereka yang memusuhi Islam untuk menjatuhkan imej Islam dengan mengetengahkan dakyah-dakyah palsu mengenai Islam. Media massa dan internet digunakan dengan meluas untuk memerangi Islam. Atas dasar itu, penguasaan dalam bidang teknologi adalah amat penting dalam mempertahankan kedaulatan negara kita.

Kekuatan tamadun-tamadun Islam sehingga kurun ke-13 Masihi sebenarnya bukan terletak semata-mata kepada kekuatan ketenteraan, sebaliknya banyak bergantung kepada kekuatan penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi yang diperkukuhkan dengan keimanan dan ketakwaan. Justeru, umat Islam perlu menyedari akan hakikat ini dan merebut peluang yang disediakan oleh ICT untuk mengejar kembali mereka yang telah lama maju. 12

Dalam hal ini, wajar sekali golongan yang bergelar tekno-da'ie ini menjadi tonggak ke arah penguasaan kembali umat Islam ke arah mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Mereka inilah yang perlu memikul tanggungjawab untuk memperbetulkan imej Islam yang telah diwarnai dengan salah faham dan salah tanggap, di samping pada waktu yang sama menyebarkan kefahaman yang sebenar tentang Islam.

2.

Media cetak dan elektronik.

Kitab atau buku merupakan salah satu antara sumber yang utama dan penting bagi menyebarkan ilmu pengetahuan dan idea-idea baru pada zaman ini kerana banyak kemajuan telah berlaku dalam industri percetakan dan penjilidan. Kini, berjuta-juta buah kitab atau buku boleh dicetak dalam satu masa dan boleh disebarkan ke seluruh pelusuk dunia.

Para pendakwah hendaklah menggunakan sepenuhnya peluang ini dengan menulis atau mengarang sebarang bentuk buku atau kitab yang bermanfaat dan berfaedah bagi memperluas dan mempelbagaikan lagi usaha dakwah. Dalam masa yang sama, para pendakwah perlu mempersiapkan diri bagi memerangi atau menyanggah buku-buku yang bercorak menentang Islam dengan menulis buku-buku yang dapat membalas serta mematahkan hujahhujah tersebut secara ilmiah agar masyarakat tidak mudah terkeliru dan terpengaruh dengan dakyah yang palsu dan menyeleweng.

Begitu juga dengan peranan akhbar dan majalah, ia merupakan media cetak yang amat berpengaruh dan tersebar luas dengan lebih cepat berbanding penulisan yang lain. Dengan itu, para pendakwah perlu bersedia dengan memanfaatkan peranan akhbar dan majalah melalui penulisan artikel, soal jawab kemusykilan agama, penyelesaian masalah dan sebagainya.

Televisyen dan radio juga merupakan salah satu kaedah yang dapat menyebarkan maklumat dengan cepat. Ia disebabkan segala bentuk berita dan maklumat dapat disebarkan kepada orang ramai di seluruh negara dengan mudah. Para pendakwah hendaklah mengkaji kedua-dua saluran ini 13

dengan cara untuk mendapatkan kerjasama pihak media dalam menerbitkan rancangan dan mewujudkan pelbagai program yang berunsur dakwah seperti program bual bicara, drama, dokumentari dan sebagainya.

Penutup.

Sesungguhnya seruan dakwah Islamiah pada masa kini dan akan datang memerlukan para pendakwah yang mampu membawa ajaran Islam dengan baik. Pendakwah mestilah memiliki ilmu pengetahuan sebagai senjata untuk menyebarluaskan kesyumulan Islam. Pendakwah perlu memahami keadaan semasa termasuk segala permasalahan ummah pada masa kini bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan praktikal, di samping sanggup menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan yang datang dari segenap sudut dan aspek.

14

You might also like