You are on page 1of 4

Kitaran Air

Matahari, yang menggerakkan kitaran air, memanaskan air dalam lautan, yang tersejat sebagai wap ke dalam udara. Air juga tersejat dari permukaan daun tumbuhtumbuhan melalui transpirasi. Arus udara yang naik akan membawa wap-wap ke atas atmosfera, di mana suhu sejuk akan menyebabkan wap-wap tersebut terpeluwap/kondensasi menjadi awan. Arus udara memindahkan awan-awan mengelilingi bumi, dan titisan-titisan awan akan berlaga, berkembang besar, dan kemudian jatuh keluar dari awan sebagai kerpasan/pemendakan. Sebahagian kerpasan/pemendakan jatuh sebagai salji dan kemudian berlonggok sebagai kemuncak ais dan glasier. Salji di iklim lebih panas akan cair apabila musim bunga tiba, dan air yang tercair itu mengalir di atas permukaan bumi sebagai air larian cairan salji. Hampir semua kerpasan akan jatuh semula ke lautan atau daratan, dan akibat tarikan graviti, ianya akan mengalir di permukaan bumi sebagai air larian permukaan. Tetapi bukan semua daripada air larian ini akan mengalir ke dalam sungai kerana sebahagian besar daripadanya akan menyerap ke dalam tanah sebagai infiltrasi. Sebahagian daripada air ini akan berada berdekatan dengan permukaan bumi, dan akan menyerap ke dalam sumber-sumber air permukaan serta lautan sebagai 'luahan'air tanah. Terdapat juga air yang akan dipancut keluar sebagai 'matair'daripada celah-celah permukaan bumi. Air permukaan yang cetek pula diserap oleh akar-akar tumbuhan dan akan disingkirkan dari permukaan daun melalui proses transpirasi tumbuhan. Sedikit sebanyak daripada air ini akan diserap semakin mendalam ke dalam tanah dan akan mengisi 'Akuifer' (batuan sub-permukaan) yang dapat menyimpan air dalam kuantiti yang besar untuk jangka masa yang lama. Kitaran air berulang lagi dengan sejatan dan tidak akan tamat.

Proses-proses yang berkaitan dengan kitaran air


a. Proses sejatan b. Proses pemeluawapan/ kondensasi c. Kerpasan/Pemendakan d. Penyusupan

A. SEJATAN

Sejatan adalah penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap air. Merupakan proses asas dan pertama dalam kitar air. Berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam atmosfera yang belum sampai ke peringkat tepu.

Memerlukan bekalan haba yang mencukupi untuk memanaskan permukaan air sama ada daripada lautan, sungai, tasik, kolam dan lain-lain.

Kadar sejatan yang paling tinggi berlaku di permukaan air yang terdedah seperti laut, sungai, tasik, kolam, paya dan sebagainya.

Proses sejatan semula jadi akan berlaku sekiranya tekanan wap bagi udara sekitar kurang daripada tekanan wap pada permukaan air yang tersejat.

Proses sejatan juga berlaku dari permukaan tanah yang lembap dan melalui transpirasi tumbuh-tumbuhan.

B. PEMELUWAPAN/ KONDENSASI

Menghasilkan kelembapan udara seterusnya membentuk awan setelah ia mengalami proses pemeluwapan

Satu proses penukaran wap-wap air kepada cecair seperti hujan atau pepejal seperti salji.

Terjadi akibat kejatuhan suhu dalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi dalam atmosfera,

Jisim udara menjadi sejuk dan penyejukan berlaku. Penyejukan berlaku melalui sentuhan apabila dua kumpulan udara yang berlainan suhu (panas dan sejuk) bertemu di mana jisim udara yang panas akan disejukan oleh jisim udara yang sejuk

Bermula dengan proses pemeluwapan, setiap bintik air yang terbentuk akan membesar dan bercantum antara satu sama lain. Bintik-bintik air ini akan terapung-apung sebagai awan.

C. KERPASAN / PEMENDAKAN

Didefinisikan sebagai lembapan yang terpeluwap dan jatuh semula ke permukaan bumi sebagai cecair ataupun pepejal.

Sebelum berlakunya kerpasan maka terlebih dahulu mesti berlakunya proses pemeluwapan.

Menurut teori Bergeron-Findiesen menerangkan bahawa pembentukan kerpasan berlaku apabila suhu atmosfera jatuh dengan cepat di bawah takat beku.

Teori pelanggaran perlu mengemukakan bahawa berlaku pelanggaran hablurhablur ais atau bintik-bintik air semasa jatuh dari awan sehingga menyebabkan percantuman antara bintik-bintik air tersebut.

Jenis-jenis kerpasan

Hujan Salji Hujan beku Hujan batu Embun beku (rime)

D. PENYUSUPAN Penyusupan berlaku apabila lembapan meresap ke dalam tanah.

Ia bergantung kepada kebolehtelapan permukaan tanah.

Kebolehtelapan adalah ukuran bagaimana mudahnya sesuatu mengalir melalui sesuatu bahan.

Lebih banyak kebolehtelapan, maka lebih banyak lembapan menyerap ke dalam tanah.

Jika pemendakan berlaku lebih pantas daripada kebolehtelapan menyusup ke dalam tanah, ia menjadi air larian.

Sisa air larian di permukaan akan mengalir ke sungai, tasik atau laut.

Penyusupan air bawah tanah bergerak serentak dan ia mengalir ke sungai seterusnya ke kawasan air yang lebih luas.

You might also like