You are on page 1of 1

Laporan Akhir Tahun Kelas Pemulihan Khas Tahun 2010 1. Program Mari Ke Taman Bacaan a.

Program Mari Ke Taman Bacaan telah dapat dijalankan dan didapati keberkesanannya . Ia dapat dilihat dengan kebolehan sebahagian kecil murid yang dapat membaca bahan-bahan bacaan yang disediakan dengan baik. b. Program ini telah dapat membantu murid dalam menguasai asas kemahiran membaca mengikut pemeringkatan kemahiran yang sesuai dan berkesan.Bahanbahan bacaan dan bahan-bahan Permainan Bahasa yang ada sangat effektif . Murid-murid didapati lebih seronok dan berkeyakinan dengan aktiviti-aktiviti sebegini. 2. Pertandingan Pertandingan Mewarna untuk Tahun 2 dan pertandingan Mengisi Silang Kata untuk Tahun 3 berjaya dijalankan. 3. Akademik a. Pencapaian akademik murid-murid kelas pemulihan sepanjang tahun diukur daripada ujian-ujian pencapaian menggunakan instrumen IPP2M bagi Bahasa Melayu dan IKAM bagi Matematik. b. Hasil ujian Pencapaian IPP2M seramai 5 daripada 11 orang murid-murid Tahun 3 telah lulus .Bagi Tahun 2 pula hanya 2 orang murid telah lulus. c. Bagi Ujian IKAM pula, 1 daripada 2 orang murid-murid Tahun 3 telah lulus. Sementara bagi tahun 2 pula kesemua 8 orang murid-murid tidak mencapai skor yang diperlukan untuk lulus. d. Pemantauan ke atas murid-murid yang kembali ke kelas normal akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan prestasi mereka. 4. Kelas LINUS Pemulihan Kelas LINUS Pemulihan bermula pada akhir September. Terdapat seramai 10 orang murid terdiri daripada 8 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan LINUS Tegar mengikuti Program Kelas Pemulihan Khas.. 5. Murid-murid pemulihan adalah murid-murid yang perlu kepada bimbingan dan perhatian daripada bukan sahaja guru-guru tetapi juga daripada ibu bapa mereka. Lantas kedua-dua pihak patut bekerjasama dalam memberi perangsang,dorongan dan sokongan moral agar mereka lebih berkeyakinan. 6. Adalah diharapkan murid-murid pemulihan yang masih kekal di kelas pemulihan supaya bersungguh-sungguh memanfaatkan program pemulihan khas yang dijalankan di sekolah ini. Laporan oleh: Hjh.Rahimah Hj. Mohamad Guru Pemulihan Khas

You might also like