You are on page 1of 1

Murid berkeperluan khas belajar bersama-sama dengan rakan arus perdana di dalam bilik darjah biasa ( inklusif ) Saya

berpendapat memang perlu murid berkeperluan khas belajar bersamasama dengan rakan arus perdana di dalam bilik darjah biasa ( inklusif ). Ini kerana, pendidikan inklusif bermaksud " mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa.Akan tetapi mereka perlu diasingkan di kelas khas.

Memandangkan murid berkerperluan khas memerlukan penjagaan yang berlainan daripada murid-murid yang normal. Lagipun di dalam kelas biasa ada bilangan murid yang banyak, guru tidak berupaya untuk menjaga murid khas pada masa yang sama. Subjek yang dipelajari adalah sama dengan pelajar arus perdana. Tetapi murid berkeperluan khas akan diberi peluang belajar bersama-sama dengan pelajar arus perdana pada sesuatu matapelajaran tertentu. Misalnya, pengajaran Pendidikan

Jasmani , Pendidikan Moral dan Seni Visual dan Muzik, supaya murid berkeperluan khas berpeluang berinteraksi dengan murid-murid yang normal . Lagipun murid

berkeperluan khas bermasalah pembelajaran yang diinklusifkan adalah murid yang mampu mengurus diri dan tidak memerlukan penjagaan yang intensif daripada murid dan guru dari aliran perdana.Murid ini hanya perlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari guru bagi membolehkan mereka meningkatkan potensi diri.

You might also like