You are on page 1of 12

PSIKOMOTOR

Psikomotor adalah kemahiran berkaitan

pergerakan anggota fizikal seseorang. Guru-guru pendidikan jasmani memberi sentiasa memberi tumpuan kepada pengawalan pergerakan anggota dalam pengajaran dan latihan

7 PERINGKAT DOMAIN PSIKOMOTOR


Persepsi

Persediaan

Pergerakan Terkawal,

Pergerakan Suaian

Pergerakan Kompleks,

Pergerakan Mekanistik,

Pergerakan Ciptaan

1) Persepsi
seseorang itu mempersepsikan satu pergerakan tertentu

apabila pelajar melihat pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar, dia akan ingat cara bagaimana pemain melakukan rejaman tersebut.

akan dapat mengingat pergerakan motor (motor movement) berkaitan dengan pergerakan yang dilihat

2) Persediaan
seseorang itu bersedia secara mental, emosi dan fizikal untuk melakukan sesuatu pergerakan pelajar dapat mengingat pergerakan tersebut (persediaan mental) dan dengan itu bersedia untuk melakukannya

3) Pergerakan Terkawal
seseorang itu dapat melakukan pergerakan awal berkaitan kemahiran yang ingin dipelajari.

Pergerakan ini biasanya dilakukan secara peniruan dan cuba jaya.

Misalnya, pelajar meniru bagaimana pemain melakukan pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar.

4.Pergerakan Mekanistik
seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan yang ingin dipelajari secara mahir dan yakin.

Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar seperti yang perhatikan, iaitu berjaya meniru pergerakan pemain.

5. Pergerakan Kompleks

seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan yang kompleks secara cekap dan licin.

Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin, iaitu berjaya melakukan pergerakan ini sendiri, tanpa meniru pemain

6. Pergerakan Suaian
Seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin semasa bola rendah.

7. Pergerakan Ciptaan
Bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan baru secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu.

Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan rejaman baru dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin semasa bola rendah.

PERBANDINGAN DOMAIN AFEKTIF DAN DOMAIN PSIKOMOTOR

CIRI-CIRI DEFINISI

DOMAIN PSIKOMOTOR

DOMAIN AFEKTIF

Kemahiran berkaitan Melibatkan perkembangan pergerakan anggota fizikal sikap dan nilai pelajar. seseorang. Tumpuan kepada pengawalan pergerakan anggota dalam pengajaran dan latihan. Mudah kepada sukar 1. 2. 3. 4. 5. Persepsi Persediaan Respon terpimpin Mekanisme Respon tampak yang kompleks 6. Penyesuaian 7. Penciptaan Penilaian tentang penguasaan kemahiran. Boleh diukur. Mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai. Mudah kepada sukar 1. 2. 3. 4. 5. Perwatakan Organisasi Penilaian Gerak balas Penerimaan

FOKUS

OBJEKTIF PENGAJARAN HIERARKI

PENILAIAN

Penilaian tentang perubahan sikap murid. Tidak boleh diukur.

You might also like