Professional Documents
Culture Documents
i. Kontrak-kontrak sesuatu tempoh tertentu tamat pada akhir tempoh tersebut. ii. Kontrak-kontrak bagi melaksanakan sesuatu kerja tertentu tamat pada masa siapnya kerja tersebut.
Seksyen 11
iii. Kontrak Perkhidmatan boleh ditamatkan mengikut peruntukan bertulis dalam kontrak tersebut.
Seksyen 12
iv. Sekiranya tiada peruntukan sedemikian atau sekiranya penamatan berlaku kerana keadaan-keadaan berikut, maka tempoh notis yang disebutkan di bawah ini mestilah diberi:
a. Majikan telah memberhentikan atau berniat untuk berhenti menjalankan perniagaan. Majikan telah memberhentikan atau berniat untuk berhenti menjalankan perniagaan di tempat di mana pekerja itu dikontrakkan untuk bekerja. Kehendak-kehendak perniagaan tersebut bagi pekerja menjalankan kerja dari jenis tertentu telah tamat atau susut atau dijangka tamat atau susut.
b.
c.
d.
Kehendak-kehendak perniagaan tersebut bagi pekerja menjalankan kerja dari jenis kerja tertentu ditempat ia dikontrakkan untuk bekerja telah tamat atau susut atau dijangka tamat atau susut. Pekerja-pekerja enggan menerima pemindahannya ke mana-mana tempat pekerjaan, melainkan kontrak perkhidmatannya menghendaki ia menerima pemindahan tersebut.
e.
f.
Berlakunya pertukaran dalam pemilikan sesuatu perniagaan atau sebahagian dari sesuatu perniagaan.
Seksyen 12
PENAMATAN BIASA
TEMPOH NOTIS
Bekerja kurang 2 tahun Bekerja 2 tahun atau lebih hingga kurang 5 tahun Bekerja 5 tahun atau lebih
Notis penamatan tidak diperlukan jika pihak yang menamatkan kontrak itu membayar kepada pihak yang lain satu jumlah wang yang sama dengan gaji yang diterima semasa tempoh notis, atau dalam keadaan melanggar sesuatu syarat dalam kontrak oleh pihak yang lain. Seksyen 13
PENAMATAN BIASA
(b) i.
Sekiranya pekerja melakukan salahlaku, majikan boleh selepas mengadakan siasatan: a. membuangnya tanpa notis, atau
ii. Bagi maksud siasatan ke atas salahlaku dan mengadakan satu siasatan, majikan boleh menggantung kerja seseorang pekerja dengan separuh gaji bagi tempoh sehingga 2 minggu. Sekiranya pekerja itu didapati tidak bersalah, baki gaji 2 minggu itu mestilah dikembalikan kepadanya. iii. Sekiranya pekerja itu atau orang tanggungannya diancam dengan bahaya kekerasan atau penyakit, dia boleh menamatkan kontrak perkhidmatannya dengan tanpa notis.
Seksyen 14(3)
(c)
Perlanggaran Kontrak / (Breach of contract) Oleh Majikan Sekiranya ia gagal membayar gaji dalam tempoh 7 hari dari tarikh akhir tempoh gaji.
Seksyen 15(1)
Oleh Pekerja Tidak hadir bekerja melebihi 2 hari kerja berturutturur secara berterusan dengan tanpa cuti atau tanpa alasan yang munasabah dan tanpa memberitahu atau cuba memberitahu kepada majikan.
.
Seksyen 15(2)
HAK PEKERJA - FAEDAH PENAMATAN KERJA Perkhidmatan:1 tahun < 2 tahun -10 hari gaji setahun; 2 tahun < 5 tahun -15 hari gaji setahun; 5 tahun atau lebih - 20 hari gaji setahun;
Peraturan 6 (1), Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980
PEMBAYARAN FAEDAH PENAMATAN KERJA Tempoh Bayaran:Dalam tempoh 7 hari selepas penamatan dan disertakan penyata perkiraan bayaran faedah penamatan .
Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980