You are on page 1of 7

Refleksi Program

Sebelum Program
1. Pelajar di kehendaki untuk menghadiri program pembangunan sahsiah pada 31 Mac 2012 yang bertujuan untuk memupuk sahsiah pelajar dengan lebih baik dan mantap berdasarkan program dan aktiviti yang akan dijalankan pda hari tersebut bagi melatih sahsiah guru yang unggul. 2. Saya berharap program yang akan di jalankan tersebut dapat memberi input dan pengajaran yang baik kepada saya untuk di aplikasikan dalam kehidupan seharian saya sebagai seorang pelajar dan seorang bakal guru kelak. 3. Program ini juga melibatkan semua pelajar mengikut pensyarah masing-masing . Pensyarah saya bagi subjek ini ialah Che Anuar bin Che Mat. 4. Pelajar yang terlibat dalam program ini adalah lebih daripada 500 orang. Saya berharap daripada jumlah seramai itu, program dan aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut dapat berjalan dengan lancar dan semua peserta mendapat sesuatu yang bernilai selepas daripada program ini.

Semasa Program
Bi Aktiviti l. 1. Pendaftaran Senaman pagi : aerobic Dikendalikan oleh fesilitator yang merupakan pelajar upsi Beberapa lagu telah dimainkan bagi senaman tersebut Memberi kecergasan dan semangat bagi melaksanakan aktiviti yang seterusnya. Refleksi

2.

Sesi pembahagian kumpulan Pelajar dibahagikan kepada kepada 20 kumpulan yang terdiri daripada 18 pelajar perempuan dan 6 orang pelajar lelaki. Sarapan mengikut kumpulan yang dibahagikan

Dapat berkenalan dengan rakan baru yang bukan daripada kos yang sama dan negeri yang berlainan.

Dapat mengeratkan hubungan dengan kenalan baru bagi mendapatkan keserasian antara satu sama lain dan memudahkan lagi untuk bekerjasama sebagai satu kumpulan dan memberi komitmen yang baik.

3.

Aktiviti Explorace Pelajar perlu menamatkan setiap checkpoint yang menguji pengetahuan dan ketahanan pelajar.

Daripada aktiviti ini pelajar akan lebih bersungguh sungguh untuk menjadi kumpulan yang pertama sampai ke tempat penamat tetapi itu bukan merupakan

objektif utama. Objektif utamanya ialah supaya pelajar dapat mengetahui 6 nilai bitara utama iaitu integriti, profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota dan bersikap kreatif dan inovatif yang di terap kepada semua warga UPSI. Menggalakkan kerjasama dan sikap bantu membantu antara satu sama lain dalam menyelesaikan sesuatu tugasan kumpulan.

4.

Aktiviti energizer Lagu orang bajau ulu apo itai-itai Setiap kumpulan akan mempersembahkan energizer tersebut di atas pentas dan kumpulan paling pantas mempersembahkan energizer tersebut akan diberikan markah tambahan (bulan).

Energizer ini menunjukkan bagaimana satu kumpulan memberi komitmen setiap ahlinya dalam merancang strategi.

Pengajaran daripada energizer ini ialah bagaimana sesorang guru itu perlu berusaha dalam menyampaikan ilmu kepada anak anak muridnya dan tedapat unsur-unsur nilai bitara yang tersirat didalam aktiviti energizer tersebut seperti bersikap kreatif dan inovatif.

5.

Setiap kumpulan perlu menghantar wakil untuk di berikan tugasan mencari barang-barang seperti yang di minta . Wakil setiap kumpulan dikehendaki menghafal barang-barang yang perlu di cari.

Menguji kekuatan ingatan . Strategi bagaimana seorang wakil / ketua menyampaikan arahan kepada ahli kumpuln yang lain

Memupuk kerjasama antara ahli

Antara barang yang perlu di cari ialah nasi, rumput,sikat perempuan, klip kertas/ klip kertas, senarai ahli kumpulan, segenggam tanah, jumlah pintu maasuk SITC, dua helai kertas kosong. 6. Membentuk gambar dengan menggunakan kad-kad yang telah di berikan kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan perlu menghantar wakil untuk melihat gambar yang akan dibentuk. -

kumpulan bagaimana untuk mencari barang-barang tersebut

Menunjukkan bagaimana sesuatu maklumat itu disampaikan dan diterima oleh wakil kepada ahli kumpulan yang lain. Menggalakkan usaha bagaimana setiap ahli kumpulan itu membentuk gambar yang dikatakan oleh wakil kumpulan dengan menggunakan kad yang di berikan. Maklumat dan teknik yang salah tidak dapat menghasilkan bentuk gambar yang di inginkan. Ini menunjukkan ingatan yang kuat dan kefahaman yang mendalam amat penting begitu juga ketika kita belajar.

7.

Melukis gambar mengikut arahan ketua Setiap kumpulan diberikan sehelai kertas majong untuk melukis gambar yang diarahkan oleh ketua tanpa membantah dan bertanya.

Maklumat yang di sampaikan selalunya tidak 100% tepat kecuali seseorang itu betul-betul peka terhadap arahan yang diberikan. Oleh sebab itu pentingnya seseorang pelajar peka dan mengambil tahu isu isu semasa supaya kita tidak tertipu atau menerima maklumat yang salah atau khabar angin.

Menunujukkan bagaimana seseorang bertindak terhadap arahan yang diberikan kepadanya .

8.

Penutup program

Tujuan utama datang ke UPSI adalah

Pelajar ditayangkan beberapa video klip Ucapan, nasihat dan peringatan daripada pensyarah -

untuk belajar dan menuntut ilmu. Niat kita mestilah betul supaya apa yang kita inginkan tercapai. Hargai pengorbanan ibu bapa yang bersusah payah menghantar kita belajar supaya kita berjaya dan menjadi orang yang berguna. Terapkan nilai nilai bitara dalam diri kita supaya kita boleh menjadi guru keluaran UPSI yang berkualiti. Mengaplikasikan nilai bitara dalam kehidupan seharian. Menjadi guru yang sentiasa peka kepada masalah pelajar dan mengunakan cara yang bijak untuk menyelesaikan masalah pelajar . Menjadi guru yang bertanggungjawab kepada pelajarnya dalam menyamppaikan ilmu.

Selepas Program
1. Semua aktiviti yang dijalankan berkaitan degan nilai bitara UPSI dimana kita perlu menerapkan nilai tersebut untuk menghasilkan sahsiah yang unggul. 2. Sahsiah yang baik boleh dibentuk tetapi ia juga bergantung kepada diri sendiri. 3. Bitara membawa maksud unik, unggul, tiada tolok bandingannya dan lain dari yang lain. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggariskan 6 nilai yang

membentuk personaliti Bitara yang mesti dimiliki oleh staf dan juga para pelajarnya. Nilai yang telah dinyatakan tadi ialah: integriti, profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota dan bersikap kreatif dan inovatif. 4. Integriti adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip moral tinggi atau tahap profesionalisma. Ianya merupakan satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan Sebagai ahli akademik dan guru, personaliti Bitara memainkan peranan penting untuk menjamin masa depan yang cemerlang 5. Profesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta melibatkan kemahiran dan kecekapan. Nilai ini membawa maksud melatih diri agar mencapai tahap kompetensi yang dikehendaki. Kita haruslah menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dengan sepenuhnya. Hasil tugasan perlu meningkat secara berterusan. Guru perlu melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati tanpa mengira masa. 6. Semangat berpasukan adalah sekelompok modal insan yang bekerja tolong-menolong di bawah satu kepimpinan, untuk mencapai suatu matlamat dalam jangka masa tertentu dan menggunakan kaedah tertentu. Amalkan sikap bekerjasama dalam membuat sesuatu keputusan dan bertolak-ansur antara ahli kumpulan Segala arahan dan peraturan daripada pihak institusi haruslah dipatuhi dan anda mestilah bertanggungjawab ke atas kesalahan yang dilakukan oleh diri sendiri dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.

7. Kita juga digalakkan menyampaikan ilmu dan kemahiran baru kepada rakan sekerja
dan murid-murid. Dengan menganggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri, ianya menjadi mudah untuk menegur secara hikmah rakan yang terpesong daripada norma kumpulan. Kita juga perlu mengingati setiap kebaikan rakan kumpulan dan sumbangan yang mereka berikan. Menghormati hak dan keistimewaan orang lain adalah sikap utama yang dapat menangani masalah konflik dan salah faham di dalam kumpulan.

You might also like