You are on page 1of 9

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DALAM PENDIDIKAN KHAS.

KAEDAH INKUIRI Kaedah inkuiri adalah satu proses yang mencari dan menyiasat

masalah,membina hipotesis serta membentuk eksperimen dan mengumpul data serta membuat kesimpulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Definisi kaedah inkuiri juga ialah dimana proses mencari kebenaran maklumat ataupun pengetahuan melalui kaedah penyoalan. Proses ini bermula dengan mengumpul maklumat melalui deria penglihatan,pendengaran,sentuhah,rasa dan bau. WHET SCHOOL & DISNEY LEARNING PARTNERSHIP 2000 Kaedah inkuiri juga ialah merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh para pelajar dalam membina pengetahuan mereka dan memahami idea-idea sainstifik seperti kaedah yang dilakukan oleh para sainstis yang menyelidiki alam ini. Piawaian Pendidikan Sains Antarabangsa (National Research Council 1996) Di dalam kaedah inkuiri terdapat prinsip-prinsip kaedah inkuiri iaitu guru harus memilih tajuk mengikut objektif pelajaran serta kebolehan murid. Guru juga harus menyediakan alatan dan radas yang perlu digunakan untuk menjalankan kajian. Selain itu juga,guru harus berbincang dengan murid-murid mengenai tujuan kajian. Guru juga harus memastikan murid-murid telah memahami langkah-langkah dalam melaksanakan kajian. Guru menjadi pembimbing murid dalam setiap peringkat proses melaksanakan kajian serta guru harus mengelakkan daripada memberitahu jawapan atau keseimpulan yang diharapkan oleh murid. Setiap segala aktiviti kajian yang di jalankan dan dilaksanakan oleh murid sendiri, guru harus mengawasi setiap aktiviti dan pergerakan murid supaya mereka tidak menyeleweng daripada kaedah kajian yang betul. Selepas selesai kajian guru dan murid haruslah berbincang mengenai hasil dapatan daripada kajian tersebut.

Seterusnya, ciri-ciri pembelajaran berasaskan inkuiri ialah adanya unsur bermain, wujudnya interaksi guru dan murid, interaksi murid dengan alam sekitar, wujudnya sifat suka bertanya dan adanya peluang untuk murid meneroka. Kaedah inkuiri terbahagi kepada beberapa jenis. Yang pertama ialah jenis inkuri pengenalan iaitu pelajar mengesahkan prinsip-prinsip tertentu berdasarkan aktiviti penerangan oleh guru dan keputusan sesuatu penyelidikan telah diketahui terlebih dahulu. Contohnya, guru menerangkan secara keseluruhan mengenai maklumatmaklumat berkaitan dengan jenis tumbuhan berakar serabut dan tumbuhan berakar tunjang dengan menunjukkan bahan maujud. Jenis inkuiri yang kedua ialah inkuiri berstruktur iaitu pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan soalan dan langkah-langkah yang telah ditentukan oleh guru. Contohnya guru telah menyediakan langkah-langkah dan soalan-solaan bagi sesuatu topik dan murid haruslah mengikut langkah langkah tersebut dan menjawap soalan. Jenis inkuiri yang ketiga ialah inkuiri terbimbing. Jenis inkuiri ini ialah pemilihan langkah-langkah penerokaan ditentukan oleh pelajar sendiri dan pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan oleh guru. Contohnya seperti murid menyusun sendiri langkah-langkah penyelidikan berdasarkan soalan yang telah dierikan oleh guru. Jenis inkuiri yang keempat ialah inkuiri terbuka. Inkuiri terbuka ini lalah penyelidikan dilakukan oleh mereka sendiri berdasarkan langkah-langkah dan soalansoalan yang dibina mereka sendiri. Contohnya guru hanya memberikan tajuk sahaja dan mereka perlu mencari sendiri dan melakukan penyelidikan sendiri. Di dalam kaedah inkuiri ini terdapat lima langkah pengajaran iaitu yang pertama mengenalpasti topik kajian. Topik kajian ini ditentukan oleh guru dan mendedahkan topik kajian kepada murid. Guru juga berbincang dengan murid mengani topik kajian dan tujuan kajian dijalankan. Langkah kedua ialah merancang strategi penyelesaian. Murid meramal dan membuat hipotesis dan guru menentukan cara menjalankan kajian melalui aktiviti soal jawap.

Untuk langkah ketiga iaitu mengumpul maklumat yang berkaitan. Murid mengumpul maklumat melalui cara memerhati,menyukat, melakukan eksperimen atau membuat rujukan. Murid juga harus mencatat maklumat yang telah dikumpul. Langkah keempat di dalam kaedah inkuiri ini ialah menganalisis dan mengkaji maklumat yang dikumpul. Murid akan mengelaskan dan menjadualkan maklumat. Mereka juga harus menginterpretasi dan mentafsir maklumat. Dan langkah terakhir ialah membuat generalisasi atau rumusan.langkah yang terakhir ini murid harus membuat generalisasi atau rumusan berdasarkan daripada hasil pentaksiran dan merekod generalisasi atau rumusan didalam buku nota. KAEDAH EKSPERIMEN Eksperimen merupakan satu kaedah yang biasa dijalankan dalam pelajaran

sains. Kaedah eksperimen ialah di mana murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Di dalam kaedah eksperimen kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen di jalankan. Kemahiran berfikir,kemahiran proses dan kemahiran manipulatif digunakan ketika menjalankan eksperimen. Pembelajaran melalui eksperimen atau kaedah amali lebih cepat berlaku kerana pelajar menjalankan sendiri penyiasatan bagi memperoleh maklumat melalui bahan yang sebenar. (ogunniyi 11983: Yusup 1997 :Berg 2003) Kaedah amali biasanya dijalankan dalam bentuk kumpulan kerana ia dapat menerapakan nilai saintifik dan nilai murni seperti bekerjasama,sistematik dan yakin. Ia juga dapat menerapkan sifat kejujuran dalam merekod data. (Christensen & McRobbie 1994 : KPM 2002,2005) Terdapat tiga teknik pengajaran yang berbeza dalam kaedah amali iaitu teknik (Hoftein & Lunetta 2003 : Marzano 1992 : Smith 1971 : Tamir 1977.)

penerangan,teknik penyiasatan dan teknik perbincangan.

Kaedah amali mengandungi tiga teknik pengajaran iaitu pre-lab,lab work dan post-lab. Teknik pengajaran pre-lab ialah teknik yang di panggil sebagai mini pengajaran iaitu pada tahap prapenyiasatan, perancangan dan reka bentuk. Kemahiran pembelajaran yang jangkaan, merancang penyiasatan dan mengenal pasti prosedur. Teknik pengajaran lab work ialah teknik penyiasatan iaitu pada tahap penyiasatan yang melibatkan kemahiran pembelajaran iaitu mengenalpasti komponen utama penyiasatan,menjalankan penyiasatan dan berinteraksi antara guru dan pelajar dan bahan. Teknik pengajaran post lab ialah teknik perbincangan iaitu pada tahap menganalisis dan mengintrepretasi. Ia melibatkan kemahiran pembelajaran menganalisi data,menganalisis keputusan dan menginterpretasi maklumat. Terdapat sembilan langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen : 1. Mengenal pasti masalah 2. Membuat hipotesis Merancang eksperimen mengawal pemboleh ubah menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan menentukan langkah menjalankan eksperimen, terlibat ialah mengenalpasti masalah, mengaplikasi pengetahuan sedia ada, menghipotesis dan membuat

3- Kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data

4- Melakukan eksperimen 5- Mengumpulkan data 6- Menganalisis data 7- Mentafsirkan data 8- Membuat kesimpulan 9- Membuat laporan. Dalam melaksanakan eksperimen kemahiran bersepadu wujud iaitu adanya pemerhatian,pegelasan dan meramal. Terdapat dua kriteria eksperimen iaitu murid

harus mempunyai idea mengenai apa yang hendak diuji dan membuat hipotesis. Murid juga mengenal pemboleh ubah dan murid hanya mengubah satu syarat pada satu masa dan membanding objek yang di ubah dengan objek yang sepadan yang tidak boleh diubah.

SIMULASI Simulasi adalah satu kaedah pengajaran yang menarik. Ia melibatkan aktiviti yang dijalankan menyerupai situasi yang sebenarnya. Ia juga ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Simulasi adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan latihan untuk memudahkan murid memahami dan menyelesaikan masalah Melalui teknik simulasi, pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Pelajar juga digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Contohnya guru meminta murid membuat simulasi mengenai peredaran darah dalam tubuh badan manusia.Ia menwujudkan pelabagi aktiviti menarik dan murid bermotivasi untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat dua jenis kaedah simulasi Sosiodrama

yang biasa di gunakan dalam

aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah iaitu sosio drama dan main peranan. adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama adalah

merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang disediakan lebih awal, muridmurid dapat di memahami terlebih awal.Contohnya murid membuat simulasi kaedah sosio drama mengenai haiwan di hutan yang berkaki empat. Kaedah kedua ialah kaedah main peranan. Main peranan merupakan satu lakonan yang sepontan yang melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip, ianya adalah merupakan lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pada ketika itu. Biasanya, di dalam aktiviti main peranan pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan situasi yang di bayangkan tadi dengan cara sepontan.Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan ditimbulkan oleh guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini pada kebiasaannya keterangan yang ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akan dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringakas,barulah guru memilih murid untuk melakonkan situasi tersebut. Oleh kerana aktiviti main peranan ini merupakan satu lakonan yang di lakukan secara spontan masa yang di berikan pendek sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja. Setelah selesai, penilaian dibuat didalam bilik darjah. Langkah-langkah perlaksanaan main peranan. o Reka situasi secara terperinci dan teratur sebelum diperkenalkan kepada muridmurid. o Adakan perbincangan dengan murid tentang situasi ini. o Terangkan peranan kepada murid-murid yang terlibat. o Pilih murid-murid yang terlibat secara suka rela. o Berikan masa untuk mereka membincangkan tentnag masalah yang ada. Pemerhati-pemerhati hendaklah menulis nota tentang watak-watak agar dapat membuat pandangan tentang peranan itu disampaikan.
o

Setelah selesai sesi main peranan, peniaian peserta hendaklah dibuat.

Sebahagian daripada main peranan boleh diulangi serta dibaiki sekiranya ada kekurangan dan jika perlu. Sekiranya ada emosi yang sukar untuk dikawal bole menukar kepada peranan pelakon. Wujudkan suasana kebebasan serta keselamatan.

Pelaksanaan sesi main peranan juga memuatkan tiga peringkat iaitu peringkat sebelum sesi main peranan, peringkat semasa main peranan, dan peringkat selepas main peranan.
1- Peringkat sebelum main peranan.

o Guru menentukan tajuk yang sesuai untuk sesi main peranan. o Guru memaklumkan apa yang perlu dilakonkan.
o

Guru memilih peserta serta berbincang dengan murid mengenai watak yang ditentukan. Guru menentukan murid-murid lain sebagai pemerhati. Guru memberitahu aspek-aspek yang perlu diberi perhatian.

o o

2- Peringkat semasa sesi main peranan.

o Perbincangan dijalankan sama ada dalam kumpulan.


o

Lakonan semula diadakan jika perlu untuk memperbaiki aspek-aspek lakonan yang tertentu.

3- Peringkat selepas sesi main peranan. o o

Guru menjalankan perbincangan dengan murid-murid. Guru akan bertanyakan kepada murid yang lain watak siapa yang paling banyak memainkan peranan. Guru memberikan taklimat semula dengan tujuan:

4- Menganalisis kesan main peranan.

o Membaiki kelemahan jika ada. o Menerangkan apa yang berlaku dalam keadaan sebenar, o Membantu murid membuat renungan dan mengembangkan satu-satukemahiran.
o

Membantu murid-murid membuat rumusan tentang perlakuan mereka dalam main peranan.

Perlaksanaan aktiviti simulasi ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat sebelum simulasi, peringkat perlaksanaan simulasi, dan peringkat selepas simulasi. Peringkat sebelum simulasi : 1- Objektif pembelajaran.
o

Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran yang hendak dicapai.

o Guru mengenal pasti kemahiran yang menjadi fokus. o Penyerapan nilai. 2- Penilaian
o o o

Guru menentukan jenis penilaian yang akan di gunakan. Guru menentukan jenis penilaian yang akan digunakan dalam simulasi. Pengukuhan dan pengayaan.

o Guru perlu memikirkan jenis aktiviti pengukuhan dan pengayaan. 3- Alatan. o Guru memastikan bahawa semua alatan yang dipelukan telah disediakan. Peringkat perlaksanaan simulasi.
o o

Set induksi yang menarik minat murid. Arahan jelas.

o Pecahkan kelas kepada beberapa kumpulan.


o o

Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian. Minta murid cuba memahmi tugas yang diberikan kepada mereka.

o o

Setiap kumpulan menjalankan simulasi berkenaan. Murid yangh lain akan mencatatkan dan memerhatikan aktiviti simulasi yang diadakan.

o Diakhir simulasi penilaian dijalan kan. 4- Peringkat selepas simulasi. o Guru berbincang dengan murid tentang masalah yang dikemukakan.
o

Menulis laporan tentang masalah yang dihadapi.

o Menulis semula dialog yang digunakan dalam simulasi.


o

Menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang ditonjolkan.

You might also like