You are on page 1of 34

1

1.0

SEJARAH GAMELAN

Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali danLombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan. Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukulataupun tukul. Gamelan Pahang diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan SultanAhmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan keTerengganu. Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan. Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri. Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri. Berbagaibagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab

menukarkan nama "Joget Pahang"kepada "Joget Gamelan Terengganu".

2 Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawaryang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan. Apa yg pasti Gamelan Melayu (Pahang & Terengganu) yang terdapat kini di Malaysia yang juga asalnya dari warisan Kerajaan Riau Lingga adalah tersendiri dan tidak banyak berubah dari sejak kemasukkannya dulu, ini jelas kita lihat dari segi alatnya dan jumlah alatnya. Cuma, masa kini beberapa tambahan telah dilakukan (penggunaan kempol dan beberapa alatan lain) sebaliknya Gamelan Bali dan Jawa serta Sunda mungkin lebih maju, terutamanya Gamelan Jawa. Dari sejak kemasukan Gamelan ke Tanah Melayu pada 1811 bersempena majlis perayaan persandingan Wan Esah (adik Bendahara Pahang) dgn Tengku Hussain (Putera Sultan Lingga) kemudiannya berkembang seketika di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Pahang seterusnya berpindah ke Terengganu kerana melalui proses yang sama (perkahwinan antara Tg Mariam dgn Tg Sulaiman) corak dan cara permainannya kekal sehingga sekarang. Tiada perubahan pun berlaku. Gamelan Pahang atau Trengganu, memang berasal dari Jawa, hanya dari segi lagu dan cara permainannya mengalami perubahan. Hal ini dapat dikesan dari nama-nama lagu seperti Beber Layar, Ayak, Ketawang, Geliyung, Barong, Topeng dan beberapa lainnya. Gamelan tersebut adalah merupakan koleksi istana Kerajaan Lingga yang didatangkan lengkap dengan pemain dan penarinya yang kemudian dibawa oleh Putri raja Lingga kerana menikah dengan putra raja Pahang. Gamelan tersebut sekarang berada di Muzium Pekan. 2.0 JENIS-JENIS GAMELAN Gamelan Jawa Gamelan Bali Gamelan Sunda

3 Gamelan Banyuwangi Gambang Kromong Gamelan Amerika

3.0

CIRI-CIRI GAMELAN Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan. Muzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Tuning dan pembuatan orkes gamelan adalah suatu proses yang kompleks. Gamelan menggunakan empat sistem tuning, iaitu slndro, plog, "Degung" (khusus daerah Sunda, atau Jawa Barat), dan "madenda" (juga dikenali sebagai diatonis, sama seperti skala minor asli yang banyak dipakai di Eropah.

4 4.0 ALAT MUZIK GAMELAN Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, Gambang serta Kenong. Pengenalan Alat-Alat Muzik Gamelan Gamelan Melayu terdiri daripada 7 alat utama: 1. Bonang Dikenali juga sebagai Keromong. Diistilahkan sebagai gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'. Merupakan alat melodi utama. Mengandungi 2 oktaf yang berlaras "anhemitomik pentatonik" dan disongsangkan. Secara fizikalnya alat ini mempunyai bentuk seperti kendi dan sifat bunyinya "dengung". Dalam bahasa jawa bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai "Wedok" manakala yang beroktaf tinggi dikenali sebagai "Lanang".Ianya menggunakan sistem notasi angka yang dikenali sebagai "French Cheve System" sempena nama pengasasnya iaitu Dr Emile Cheve dari Peranchis. 2. Gambang

Terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur di atas kotak kayu yang berfungsi sebagi Kotak Gema (resonator). Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Ia mengandungi beberapa oktaf yang dijadikan sebagai alat melodi. Menggunakan 2 bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi. 3. Saron Pekin

Dikenali juga sebagi saron penerus. Sebagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok.Dalam permainan ini teknik perdam dan cincang sering digunakan dan mampu menghasilkan suara yang lantang dan nyaring. Alat pemukul diperbuat daripada tanduk kerbau.

5 4. Saron Barong

mempunyai bentuk yang hampir sama dengan saron penerus. Juga berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan cincang. Alat pemukul diperbuat dari jenis kayu yang lembut. 5. Kenong.

Diperbuat daripada perunggu dan sebagai alat kolotomik yang dominan dalam rangkaian Gamelan Melayu di Malaysia. 6. Gendang

Berperanan sebagai peyokong irama. Merupakan jenis gendang dua muka seperti tempayan. Ia dipukul dengan kedua belah tangan dan mampu menghasilkan suaramnemonik asas seperti "doh" pada permukaan besar dan mnemonik "tak'pada permukaan kecil 7. Gong

Dalam Muzik Gamelan Melayu terdapat 2 buah gong digunakan iaitu gong Agung dan gong Suwukan. Dalam konteks muzik di Asia Tenggara perkataan gamelan boleh dilihat dalam dua konteks yang berbeza. Perkataan gamel iaitu dalam perkataan Jawa bererti dipukul, diketuk atau ditabuh. Oleh itu, perkataan gamelan boleh diertikan beberapa alat muzik yang diketuk, dipukul atau ditabuh untuk mengeluarkan suara-suara muzik. Walau bagaimanapun dalam pengertian yang lebih mendalam perkataan gamelan bererti satu orkestra yang mengandungi alat-alat muzik berbentuk gong dan bilahan yang diperbuat daripada gangsa dan alat-alat ini dipukul, diketuk atau ditabuh untuk mengeluarkan bunyi. Pengertian ini menggambarkan penggunaan utama perkataan gamelan dalam konteks muzik di Asia Tenggara. Orkes Gamelan telah mencapai tahap perkembangan yang sophisticated dalam tradisi di istana Jawa Tengah terutama di istana-istana Jogjakarta dan Surakarta.

6 Sudah beberapa abad bengkel-bengkel membuat gamelan yang utama di Asia Tenggara dapat dikesan di Jawa Tengah dan sekarang ini kawasan-kawasan inilah di Indonesia di mana pembuatan alat-alat gamelan yang bermutu tinggi dan tahan lama dapat diperolehi. Telah diperkatakan bahawa alat gong gangsa yang berpencu adalah alat muzik yang penting di Asia Tenggara. Adalah difikirkan bahawa alat gong yang awal diperbuat di kawasan antara Tibet dan Burma dan seterusnya pusat pembuatan gong berpindah dari Tanah Besar Asia Tenggara ke kawasan-kawasan Pulau di mana pada satu ketika Brunei adalah pusat pembuatan gong yang utama. Walau bagaimanapun sekarang Indonesia mengekalkan kilang-kilang pembuatan gamelan yang utama di Jawa Tengah. Beberapa tahun yang lalu gong-gong gangsa yang berukuran besar telah dibuat di kampung-kampung di Semarang sementara gong-gong dan bilahan-bilahan kecil yang lain telah dibuat dibeberapa tempat termasuk Surakarta, Kediri, Cirebon dan Jogjakarta. Hari ini kilang-kilang membuat gong dan bilahan yang utama terdapat di Jogjakarta dan Solo (Surakarta). Laporan bertulis menunjukkan bahawa gong telah dijumpai di Jawa dalam kurun yang ke-9TM. Walau bagaimanapun punca daripada kajipurba hari ini menyatakan bahawa zaman gangsa di Asia Tenggara bermula sebelum 1,000 tahun SM dan Hoabinshian sites menunjukkan bahawa pembuatan alat daripada gangsa telah dikenal pasti di Tanah Besar Asia Tenggara seawal-awalnya dalam tahun 3,0000SM sementara alat-alat tembikar dan alat-alat pertanian daripada batu dapat dikesan seawal-awalnya dalam tahun 9,700SM. Oleh itu dilihat daripada pembuatan alat-alat gangsa dalam lingkungan tahun 3,000SM dan pewujudan gendang Dongson Gangsa pada tahun 1,000SM kita dapat menyimpulkan bahawa gong gangsa adalah alat muzik yang sudah lama wujud di dalam kebudayaan Asia Tenggara. Gamelan tertua di Jawa iaitu Gamelan Monggang dan Kodok

7 Ngorek mengandungi gong-gong berpencu dalam beberapa ukuran dan bentuk. Kedua-dua alat gamelan lama ini wujud dalam abad ke- 4TM. Gamelan Melayu Sebahagian besar alat-alat dalam Gamelan Melayu di Pahang dan di Terengganu adalah alat-alat idiofon (idiophone) iaitu yang diketuk dalam beberapa cara untuk mengeluarkan bunyi. Alat-alat idiofon ini adalah diperbuat daripada gangsa dalam bentuk mangkuk yang berpencu dan meallophones (sekiranya alat zilafon diperbuat daripada keping-keping tembaga dipanggil metalofon) yang diketuk dengan beberapa jenis palu dengan cara yang tertentu. Di samping itu satu alat membranophone juga terdapat dalam orkestra ini dan alat ini adalah gendang yang mempunyai dua muka. Keterangan yang berikut tentang Gamelan Melayu diasaskan kepada alat Gamelan Melayu yang tertua di Malaysia yang terdapat dari istana Terengganu. Ia menggambarkan nilai rasa muzik dan rujukan pemain-pemain Joget Gamelan daripada tradisi istana dalam akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Hari ini alat gamelan Melayu dari istana Terengganu disimpan di Muzium Tokoh, Kuantan,

Pahang. Sungguhpun Gamelan Melayu yang digunakan pada awal tahun-tahun dalam kurun ke-19 ( Istana Pekan ) mungkin mengandungi banyak alat-alat tetapi tidak ada buktibukti bertulis untuk menguatkannya. Alat-alat gamelan yang kecil bilangannya yang terdapat di Muzium Tokoh, Kuantan itu melambangkan tradisi Istana Riau-Lingga, Pahang dan Terenggganu dan digunakan di sini sebagai asas untuk Gamelan Melayu kontemporari yang mengiringi tarian-tarian klasik dalam tradisi Joget Gamelan. Keterangan berikut tentang Gamelan Melayu dan semua ukuran peralatannya adalah didasarkan kepada Gamelan Melayu di Muzium Tokoh, Kuantan, Pahang. Untuk tujuan perbandingan rajah berikut mempamerkan jenis-jenis peralatan alat gamelan daripada Gamelan Jawa Tengah dan Gamelan Melayu Pahang dan Terengganu. Gambang dikategorikan dalam alat zilofon dan biasanya diperbuat dari kayu. Gambang kayu biasanya mengandungi 20 nada suara yang diletakkan melintang di atas

8 penyalun kotak kayu. Ia dipalu dengan menggunakan dua alat pemukul yang berbentuk seperti piring kecil. Pemain gambang akan duduk di tengah-tengah bahagian hadapan gambang. Gendang mempunyai dua muka yang dipalu. Bentuk gendang adalah panjang dan diukir pada sebatang kayu. Saiz kedua-dua permukaan tidak sama, di mana satu permukaan mempunyai permukaan yang lebih besar daripada permukaan yang satu lagi. Biasanya kayu nangka digunakan untuk menghasilkan gendang ini. Gong-gong berpencu atau bertombol yang terbesar dalam gamelan Melayu adalah gong besar dan gong kecil. Gong-gong tembaga ini digantung kepada pemidang kayu dan dipukul ataupun ditabuh dengan pemalunya yang biasanya diperbuat daripada kayu yang panjang dengan bahagian pemalunya dibalut dengan kain. Gong-gong berpencu yang terbesar dalam Gamelan Melayu adalah gong besar dan gong kecil. Gong-gong tembaga ini digantung kepada pemidang kayu dan dipukul atau ditabuh dengan pencunya dengan sejenis pemukul. Pemukul ini yang diperbuat daripada kayu adalah bulat dan panjang dalam bentuknya dan dililit dengan kain tebal supaya apabila gong dipukul aau ditabuh kepaa pencunya pic yang lembut, panjang menahan dapat dibunyikan. Gong besar adalah yang terbesar dan pic terendah dalam gamelan. Ukuran garis pusat gong ini adalah sekurang-kurangnya 40 sentimeter dan dalam beberapa Gamelan jawa ukuran-ukuran ini boleh mencapai satu meter atau lebih. Pencunya aalah kira-kira 3.5 sentimeter tinggi. Gong kecil adalah lebih kecil sedikit dalam bentuknya dan picnya lebih tinggi daripada gong besar. Kedua-dua gong ini bertugas sebagai penanda waktu yang utama dalam sistem muzik joget Gamelan. Kedua-dua gong berukuran besar dalam gamelan ini adalah khusus kepada Asia Tenggara di mana gong-gong besar diperbuat daripada tembaga dengan dinding-dinding tebal dan bingkai yang dalam. Selain daripada itu ia mempunyai pencu menonjol keluar pada permukaan tengah

gong. Perwatakan-perwatakan ini membezakan gong-gong Asia Tenggara daripada gong-

9 gong datar dengan tidak mempunyai pencu yang dikatakan, menunjukkan pengaruhpengaruh dari China. Alat muzik gong digunakan dalam berbagai-bagai kegiatan manusia. Alat gong terdapat dalam orkestra-orkestra yang mengiringi nyanyian, tarian wayang kulit dan ritual juga digunakan untuk menghantar pesanan-pesanan dari satu kampung ke kampung lain ataupun kepada alam ghaib. Alat-alat gong juga mempunyai fungsi dalam bidang lain daripada muzik misalnya dalam bidang ekonomi, sosial dan ritual dalam masyarakat. Alat gong merupakan hasil kekayaan keluarga dan pada masa dahulu digunakan dalam hal perdagangan dan perniagaan. Alat gong juga digunakan dalam hal sosial sebagai hantaran pertunangan, perkahwinan dan upacara yang berkenaan dengan kelahiran dan

pengkebumian dan pemilikan gong menandakan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Gong dipercayai mempunyai kuasa-kuasa magis misalnya seseorang yang membasahkan diri dengan menggunakan air yang terdapat dalam gong dipercayai dapat menghasilkan kekayaan, kecantikan dan kekuatan fizikal. Fungsi-fungsi yang bersifat kejiwaan, ekonomi dan sosial membuktikan penilaian tinggi yang diberikan kepada gong dalam masyarakat tradisional. Kenong dikategorikan sebagai alat muzik idiophone. Alat set kenong dalam muzik gamelan Melayu adalah terdiri daripada satu set mengandungi tiga gong dan larasnya adalah dalam pic-pic 1, 5, 6 dalam system nada. Pencunya akan diketuk dengan pemalu kayu yang dibalut dengan kain tebal di hujungnya. Keromong merupakan satu set alat yang terdiri daripada 10 biji gong kecil yang disusun mendatar dengan pencunya mengadap ke atas. Keromong sepertimana juga kenong dan gong akan diketuk atau ditabuh dengan menggunakan pemalu kayu. Sarun dikategorikan sebagai alat muzik metallophones. Sarun merupakan alat muzik yang diperbuat daripada keping-keping tembaga yang diletakkan di atas kayu penyalun

10 secara selari. Sarun diketuk atau dipalu dengan menggunakan pemalu yang diperbuat daripada kayu Demong mempunyai fungsi yang sama dengan saron. Demong juga memiliki bentuk yang hampir sama dengan saron, tetapi saiznya lebih besar. Selain itu, satu lagi perbezaan di antara keduanya ialah bilah demong lebih lebar dan lebih nipis daripada saron. Peralatan Dalam Orkes Gamelan Jawa dan Melayu

Keterangan Bentuk Alam

Gamelan Jawa

Gamelan Melayu

Cara Memainkan Alat

Mangkuk (pencon) logam perunggu yang diterbalikkan dan disusun dalam dua baris selari atas regangan tali pada sebuah rangka kayu, tiap mangkuk terletak pada suatu petak atas rangka tersebut. Metallophone dari perunggu dibariskan di atas kotak yang berfungsi sebagai alat penyalun

- Bonang Barung - Bonang Penerus

Keromong

Diketuk

- Saron Demong - Saron Barong - Saron

- Saron Besar - Saron Kecil

Dicincang

11 (resonator) Xylophone daripada bilah-bilah kayu yang tersusun di atas kotak bentuk trongu yang berfungsi sebagai penyalun. Pencon besar dari perunggu yang digantung pada rangka kayu. - Gong Agong - Gong Suwukan Kempul Mangkuk (pencon) besar daripada penunggu terletak di atas regangan tali bersilang pada permukaan kayu empat segi. Alat metallophone daripada perunggu. Bilahbilah ini diregangkan pada permukaan kotak kayu dengan di bawahnya - Gender Diketuk - Kenong - Kenong Diketuk - Gong Besar - Gong Kecil Dipalu Peking - Gambang - Gambang Diketuk

12 diletakkan alat penyalun yang dibuat daripada logam satu alat salun untuk tiap bilah mata. Alat metallophone daripada perunggu. Bilahbilah ini diregangkan pada permukaan kotak kayu. Mangkuk perunggu seperti Bonang. Ketuk adalah tunggal lebih besar daripada Bonang tetapi kecil daripada Kenong.Diketuk di atas regangan tali pada sebuah kotak kayu empat segi. Alat membronophone daripada selaput kulit yang - Gendang Gede - Gendang Ciblo - Gendang Diketuk - Ketuk Diketuk - Slentem Diketuk

13 diregangkan pada tabung kayu dikedua-dua hujung tabung tersebut. - Gendang Ketipung

GAMELAN Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Dalam konteks muzik di Asia Tenggara perkataan gamelan boleh dilihat dalam dua konteks yang berbeza. Perkataan gamel iaitu dalam perkataan Jawa bererti dipukul, diketuk atau ditabuh. Walau bagaimanapun dalam pengertian yang lebih mendalam perkataan gamelan bererti satu orkestra yang mengandungi alat-alat muzik berbentuk gong dan bilahan yang diperbuat daripada gangsa dan alat-alat ini dipukul, diketuk atau ditabuh untuk mengeluarkan bunyi. Pengertian ini menggambarkan penggunaan utama perkataan

gamelan dalam konteks muzik di Asia Tenggara. Orkes Gamelan telah mencapai tahap perkembangan yang sophisticated dalam tradisi di istana Jawa Tengah terutama di istanaistana Jogjakarta dan Surakarta. Sudah beberapa abad bengkel-bengkel membuat gamelan yang utama di Asia Tenggara dapat dikesan di Jawa Tengah dan sekarang ini kawasankawasan inilah di Indonesia di mana pembuatan alat-alat gamelan yang bermutu tinggi dan tahan lama dapat diperolehi. Telah diperkatakan bahawa alat gong gangsa yang berpencu adalah alat muzik yang penting di Asia Tenggara.

14 Adalah difikirkan bahawa alat gong yang awal diperbuat di kawasan antara Tibet dan Burma dan seterusnya pusat pembuatan gong berpindah dari Tanah Besar Asia Tenggara ke kawasan-kawasan Pulau di mana pada satu ketika Brunei adalah pusat pembuatan gong yang utama. Walau bagaimanapun sekarang Indonesia mengekalkan kilang-kilang pembuatan gamelan yang utama di Jawa Tengah. Beberapa tahun yang lalu gong-gong gangsa yang berukuran besar telah dibuat di kampung-kampung di Semarang sementara gong-gong dan bilahan-bilahan kecil yang lain telah dibuat dibeberapa tempat termasuk Surakarta, Kediri, Cirebon dan Jogjakarta. Hari ini kilang-kilang membuat gong dan bilahan yang utama terdapat di Jogjakarta dan Solo (Surakarta). Laporan bertulis menunjukkan bahawa gong telah dijumpai di Jawa dalam kurun yang ke-9TM. Walau bagaimanapun punca daripada kajipurba hari ini menyatakan bahawa zaman gangsa di Asia Tenggara bermula sebelum 1,000 tahun SM dan Hoabinshian sites menunjukkan bahawa pembuatan alat daripada gangsa telah dikenal pasti di Tanah Besar Asia Tenggara seawal-awalnya dalam tahun 3,0000SM sementara alat-alat tembikar dan alat-alat pertanian daripada batu dapat dikesan seawal-awalnya dalam tahun 9,700SM. Oleh itu dilihat daripada pembuatan alat-alat gangsa dalam lingkungan tahun 3,000SM dan pewujudan gendang Dongson Gangsa pada tahun 1,000SM kita dapat menyimpulkan bahawa gong gangsa adalah alat muzik yang sudah lama wujud di dalam kebudayaan Asia Tenggara. Gamelan tertua di Jawa iaitu Gamelan Monggang dan Kodok Ngorek mengandungi gong-gong berpencu dalam beberapa ukuran dan bentuk. Kedua-dua alat gamelan lama ini wujud dalam abad ke- 4TM. GAMELAN MELAYU Sebahagian besar alat-alat dalam Gamelan Melayu di Pahang dan di Terengganu adalah alat-alat idiofon (idiophone) iaitu yang diketuk dalam beberapa cara untuk mengeluarkan bunyi. Alat-alat idiofon ini adalah diperbuat daripada gangsa dalam bentuk mangkuk yang berpencu dan meallophones (sekiranya alat zilafon diperbuat daripada keping-keping

15 tembaga dipanggil metalofon) yang diketuk dengan beberapa jenis palu dengan cara yang tertentu. Di samping itu satu alat membranophone juga terdapat dalam orkestra ini dan alat ini adalah gendang yang mempunyai dua muka. Keterangan yang berikut tentang Gamelan Melayu diasaskan kepada alat Gamelan Melayu yang tertua di Malaysia yang terdapat dari istana Terengganu. Ia menggambarkan nilai rasa muzik dan rujukan pemain-pemain Joget Gamelan daripada tradisi istana dalam akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Hari ini alat gamelan Melayu dari istana Terengganu disimpan di Muzium Tokoh, Kuantan,

Pahang. Sungguhpun Gamelan Melayu yang digunakan pada awal tahun-tahun dalam kurun ke-19 ( Istana Pekan ) mungkin mengandungi banyak alat-alat tetapi tidak ada buktibukti bertulis untuk menguatkannya. Alat-alat gamelan yang kecil bilangannya yang terdapat di Muzium Tokoh, Kuantan itu melambangkan tradisi Istana Riau-Lingga, Pahang dan Terenggganu dan digunakan di sini sebagai asas untuk Gamelan Melayu kontemporari yang mengiringi tarian-tarian klasik dalam tradisi Joget Gamelan. Keterangan berikut tentang Gamelan Melayu dan semua ukuran peralatannya adalah didasarkan kepada Gamelan Melayu di Muzium Tokoh, Kuantan, Pahang. Untuk tujuan perbandingan rajah berikut mempamerkan jenis-jenis peralatan alat gamelan daripada Gamelan Jawa Tengah dan Gamelan Melayu Pahang dan Terengganu. 5.0 SEJARAH GAMELAN MELAYU DI MALAYSIA

Gamelan di Malaysia mula bertapak di Riau Lingga di Johor dan kemudian ke Pahang dan akhir sekali ke Terengganu. Gamelan yang mula berkembang di Pahang dalam lingkungan tahun 1800 sama seperti yang terdapat di istana Yam Tuan Muda Riau di Pulau Penyengat. Keadaan demikian berlaku kerana dalam masa yang berkenaan daerah Johor, Pahang, dan Terengganu berada di bawah pengaruh Riau Lingga dan Johor. Sultan Terengganu yang perta,an Sultan Zainal Abidin 1(memerintah dalam tahun 1726-1734) ialah keturunan Bendahara Johor Paduka Raja Tun Habib Abdul Majid. Bendahara Johor yang ke 19 mangkat dalam tahun 1969 dan saudaranya yang sulung

16 kemudiannya diangkat menjadi raja dalam pemerintahan Bendahara mulai dari bendahara Tun tahir dari Johor hinggalah kepada Wan Ahmad yang kemudiannya mengangkat dirinya menjadi Sultan Pahang memerintah 1863-1914. Dua dari Putera Sultan Ahmad telah berkahwin dengan dua orang Raja dari Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III(1881-1918) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Pada tahun 1972 kerajaan negeri Terengganu telah mengambil berat akan perkembangan Gamelan dan berhasrat menjadikan keseniaan ini sebagai sebahagian daripada kegiatan kerajaan. Satu kumpulan telah ditubuhkan dengan nama Joget Gamelan Setia Usaha Kerajaan Terengganu (SUKTRA) yang dipengerusikan oleh dato Setiausaha kerajaan Terengganu. Pada tahun 1980, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil Muzik Gamelan sebagai anak angkat untuk mengekalkan keseniaan dan tradisi tersebut bagi generasi akan datang. Setiap upacara rasmi seperti Konvokesyen dari lain-lain Muzik Gamelan adalah kesenian utama yang dipersembahkan dalam majlis tersebut. Bagi para pelajar UKM yang mengikuti kursus ko-kurikulum Muzik Gamelan salah satu kursus yang perlu diikuti.

17 6.0 ALAT-ALAT GAMELAN MALAYSIA

BONANG

Bonang mengandungi 2 oktaf yang berlaras 'anhemitonic pentatonic'. Sifat bunyi berprinsip kepada dengung secara dikotomi 'bonang' yang beroktaf rendah dikenali sebagai 'wedok'(perempuan) dan yang beroktaf tinggi sebagai 'lanang' (lelaki) mengikut bahasa Jawa.Bonang merupakan alat terpenting dalam essemble yang menvariasikan melodi pokok ataupun satu melodi pendek yang juga berfungsi sebagai intro lagu khususnya untuk gendhing bonang (penghias lagu).Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut. Bonang membunyikan bunga-bunga melodi dan dimainkan secara oktaf, ketukan bergilir nod pertama diketuk sebelum rentak dan kedua selepas rentak. Bonang mempunyai 2 rancak, satu rancak adalah untuk bonang laras slendro yang berisi 12 pencon dan satu lagi adalah untuk laras pelog yang berisi 14 pencon. Slendro mempunyai 10 buah pencon yang setiap satunya berbeza nada yang diapung di dalam ruang rak segiempat di atas dan mempunyai 2 baris atas(nada tinggi) dan bawah (nada rendah). Ia dimainkan menggunakan 2 belah tanga, masing-masing memgang alat pemukul.

18 GENDANG

Gendang merupakan salah satu alat yang perlu dimainkan dalam setiap persembahan gamelan.Tanpa pukulan gendang, irama gamelan akan menjadi tidak lengkap malah pincang. Gendang dalam gamelan mempunyai fungsi tersendiri yang sifatnya tiada pada alat-alat lain. Gendang merupakan alat membraphone. Membraphone merupakan alat muzik yang terdiri daripada selaput-selaput kulit. Alat-alat membraphone dimainkan dengan cara tabuhan.. Oleh itu gendang merupakan alat tabuhan yang istimewa yang mempunyai sejarah pembuatan yan lama dan berkembang kepada variasi alat-alat tabuhan istimewa dan pelbagai. Gendang adalah alat penting di dlaam memimpin rentak bunyian baik rendah ataupun tinggi. Ia dianggap alat yang paling sukar dimainkan, dan memerlukan kemahiran yang tinggi di dalam permainan lantaran tidak mudah untuk diberi notasi.

19 GAMBANG

Gambang adalah sejenis alat muzik 'metallaphone' yang diperbuat daripada kayu keras seperti cengal, medang atau dari batang nibong.Gambang mempunyai 4 oktaf panjang dan mempunyai 21 keping kayu berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza panjangnya dan tebalnya. Kepingan kayu ini terletak di atas kotak kayu panjang yang diasingkan setiap bilahnya dengan sebatang paku. Gambang biasanya dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Pemain memerlukan 2 bilah pengetuk yang diperbuat daripada tanduk kerbau ( pemegang) dan bahagian pemukulnya berbentuk bulat pipih dengan tepinya disalut dengan lilitan kain.Alat pemukul ini juga dikenali sebagai 'mallet'.Cara permainannya ialah dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan secara serentak mengikut not-not lagu Bunyi gambang berbeza daripada alat lain kerana bunyinya adalah paling rendah berbanding alatan lain yang diperbuat daripada logam.

20 SARON PEKIN & SARON BARONG

Alat idiofon yang berbentuk bilahan ataupun 'slap-type' yang diperbuat daripada perunggu. Bilah-bilah tadi disusun di atas tapak kayu dan disokong oleh bahan pengalas sebagai memenuhi prinsip ekustiknya. Pada tapak berkenaan satu ruang udara telah dibuat bagi mengimbangi suaranya dan sekaligus bertindak sebagai ruang gema bagi alat saron berkenaan. Bilahan bagi alat saron lazimnya dibuat daripada besi yang menggunakan teknik kikir dan tempa. Alat ini pula merupakan alat penambahan baru bagi essemble Gamelan Melayu. Teknik perdam juga diamalkan dalam konteks pemakaiannya dan ianya mempunyai oktaf tertinggi dalam keluarga saron serta mampu menghasilkan suara lantang dan nyaring. Dari segi fizikalnya, saron pekin mempunyai bilah yang berukuran lebih kecil tetapi lebih menebal jika dibandingkan dengan bilah yang ada pada saron penerus. Alat pemukul bagi saron pekin juga berbentuk penukul yang diperbuat daripada tanduk kerbau.

21 GONG

Gong adalah sejenis alat muzik 'idiophone' berasal dari Asia Timur Selatan. Gong penting berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan. Alat ini terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh Malaysia sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional. Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, Filipina dan Brunei. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.

22 7.0 FESTIVAL GAMELAN

Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan. Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu. Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemudapemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan. Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri. Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri. Berbagaibagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong, togok, gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab

menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu". Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan

23 membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan. Festival Gamelan Sedunia Kedua merupakan usaha berterusan yang dilakukan selepas Festival dan Simposium Gamelan Pertama yang diadakan pada tahun 2008. Festival ini di harap dapat dijadikan pemangkin dan dapat memberikan suatu ruang maklumat dan juga hiburan ( edutainment) yang bermutu tinggi kepada masyarakat setempat khususnya dan para pencinta serta pendokong seni gamelan seluruh negara umumnya. Juga menjadi hasrat agar, para pelancong luar negara turut dituntut untuk datang bersama bagi mengenali, menghayati dan sekaligus mengetahui tentang selok belok serta sejarah dan perkembangan seni warisan gamelan setempat yang mempunyai pertalian rapat dengan seni gamelan dari luar negara, khususnya gamelan dari Indonesia. Festival Gamelan Sedunia Kedua juga dijadikan satu platform dalam usaha kerajaan bagi mengenengahkan lagi seni gamelan Terengganu ( Malaysia) kepada seluruh aktivis gamelan dari seluruh dunia. Produk akhirnya ialah menjadikan satu hasrat agar gamelan Terengganu mampu mencipta nama di seluruh pelusuk dunia sebagaimana gamelan Jawa dan gamelan Bali yang telah berjaya menakluki benua Amerika dan juga benua Eropah. Festival Gamelan Sedunia Kedua juga merupakan satu ruang untuk mendedahkan penggiat gamelan tempatan; atau kumpulan gamelan seperti Kumpulan Warisan Terengganu, Kumpulan Akademi Seni Negeri (ASENI) serta beberapa kumpulan tempatan lain bersama-sama berganding bahu dan mendapatkan pengalaman yang maksimum daripada pemuzik serta pencinta gamelan seluruh dunia yang telah lama mencipta nama di persada dunia.

24 8.0 JOGET GAMELAN

Di negara Malaysia, terdapat dua tradisi Joget Gamelan iaitu Joget Gamelan Jawa atau Joget Gamelan Johor danJoget Gamelan Melayu atau dikenali juga dengan Joget Gamelan Terengganu atau Joget Gamelan Pahang.

Walau bagaimanapun, KDYMM Sultan Pahang pada awal 2008 telah mengisytiharkan bahawa Joget Gamelan Melayu kini dikenali sebagai hanya Joget Gamelan Pahang.

Joget Gamelan Jawa dan Joget Gamelan Pahang adalah dua tradisi gamelan yang agak berbeza dari pelbagai aspek. Gamelan dipercayai diambil dari perkataan Jawa iaitu Gamel yang bermaksud ditabuh atau dipukul kerana permainannya memerlukan alat diketuk atau dipukul. Jika kita bermain Gamelan, ia bermaksud bermain dan bukan mengetuk. JOGET GAMELAN JAWA Sejarah Asal-usul Joget Gamelan Jawa atau Johor di Malaysia agak berlainan dengan Joget Gamelan Jawa di Indonesia kerana disana ia bersifat Royal Regalia atau Keistanaan dan hak mutlak Kraton Jawa. Joget gamelan ini dibawa masuk oleh orang-orang Jawa ke Tanah Melayu dipercayai pada awal abad ke-20. Joget Gamelan Jawa biasanya mengiringi wayang purwa, tarian barongan dan dramatari cerita-cerita panji. Joget Gamelan ini dimonopoli oleh suku Jawa di Johor dan Selangor. Namun terdapat juga etnik Jawa di Hulu Pahang dan sekitar Sarawak meneruskan tradisi ini.

Peranan Muzik Dalam Masyarakat Joget Gamelan Jawa pada awalnya hanyalah sebagai hiburan masyarakat dan ritual masyarakat Jawa. Namun kini, ia juga berfungsi sebagai mengiringi acara-acara

persembahan kebudayaan, aktiviti kemasyarakatan seperti kenduri kahwin dan majlis-majlis rasmi; contohnya mengiringi perarakan masuk VIP. Joget Gamelan Jawa juga berfungsi sebagai alat penyatuan masyarakat terutamanya Jawa, dalam kalangan orang muda dan tua.

25 Alat-Alat Muzik Yang Terlibat Idiofon Alat-alat idiofon dalam Joget Gamelan Jawa ialah Bonang Barong, Bonang Penerus, Kenong, Mong/Kethuk, Slentem ,Gambang, Kempul, Saron Demong, Saron Pekin, Saron Baron, Gong, dan Angklung (tambahan). Membranofon Alat membranofon yang terlibat ialah Kendang atau Gendang yang terdiri daripada tiga jenis iaitu Bem, Ketipung dan Jiblon. Kordofon Alat kordofon yang terlibat ialah Rebab dan alat ini hanyalah sebagai alat tambahan. Aerofon Alat aerofon yang terlibat ialah Suling dan alat ini juga hanyalah alat tambahan.

Peranan Ahli Dalam Kumpulan Muzik Ahli yang menjadi ketua biasanya pemain bonang. Terdapat pembahagian kepada 4

kumpulan utama yang mempunyai tugas tertentu: Alat memainkan melodi [saron,slentem], Alat dekoratif [bonang, gender, gambang], Mengawal tempo [kendang, kethuk], Memberi tanda frasa [gong, kempul].

Ciri-ciri Muzik Ciri-ciri muzik Joget Gamelan Jawa ada sedikit persamaan dengan muzik Joget Gamelan Pahang iaitu: 1. Repetetive (Pengulangan) 2. Colotomic (Bertingkah) 3. Interwoven (Bersulaman) 4. Decorative (Dekoratif/Bunga)

26 Lagu-lagu didalam Joget Gamelan Jawa biasanya dimulakan dengan perkataan Lancaran atau Ladrang. Contoh: Lancaran Manyak Serowo. Perkataan ini membezakan lagu bagi Joget Gamelan Jawa dengan Joget Gamelan Pahang.

Konsep Muzik Irama Gamelan Jawa banyak menggunakan not minim, krocet dan kuaver bergantung kepada lagu. Selain itu terdapat juga unsur sinkopasi dan rentak tersendiri pada permainan Kendang. Harmoni Gamelan Jawa menggunakan skel gamelan tersendiri iaitu Pelog. Harmoni juga terbentuk apabila setiap alat memainkan not-not tersendiri yang membentuk triad. Tekstur Tekstur bagi lagu Joget Gamelan Jawa biasanya Polifoni, iaitu 2 atau lebih melodi bergerak pada masa yang berlainan dengan iringan. Bentuk Bentuk lagu bagi Gamelan Jawa ialah terdapat intro dan koda bagi setiap lagu. Ekspresi Lagu Gamelan Jawa mempunyai dinamik. Dinamik yang pelbagai menambah keindahan muziknya.

JOGET GAMELAN PAHANG Sejarah Asal-usul Joget Gamelan Pahang berasal dari Istana Kerajaan Riau-Lingga di Pulau Penyengat, Riau. Dibawa masuk ke Tanah Melayu (Pahang) pada kurun ke-17. Pertama kali dipersembahkan di Pekan, Pahang pada tahun1811 semasa perkahwinan Tengku Hussin, anakanda Sultan Abdul Rahman, Riau dengan Wan Esah, adinda Bendahara Ali, Pahang. Joget Gamelan Pahang menempuhi zaman kegemilangannya di Pahang pada kurun ke-19 di zaman Sultan Ahmad, Pahang. Ini dibuktikan dengan wujudnya tiga kumpulan tari yang

27 berbeza pimpinan Permaisuri dan isteri-isteri Sultan Ahmad. Kumpulan pertama pimpinan Tengku Ampuan Fatimah, kumpulan kedua pimpinan Cik Besar dan kumpulan ketiga pimpinan Cik Zubaidah yang mana masing-masing adalah isteri baginda Sultan, [Mohd. Mokhtar Abu Bakar (1982)]. Kumpulan yang paling aktif ialah kumpulan pimpinan Cik Zubaidah yang mana turut disertai puteri baginda Sultan, Tengku Mariam (Tengku Ampuan Mariam). Kemangkatan Sultan Ahmad pada 1914 menyebabkan gamelan agak tenggelam kerana pewaris takhta selepas itu, Sultan Mahmud dan Sultan Abdullah kurang meminati Joget Gamelan Pahang. Akhirnya, Tengku Mariam telah membawa set alat gamelan tersebut ke Istana Kolam di Terengganu setelah berkahwin dengan Tengku Sulaiman (Sultan Sulaiman), anakanda kedua Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Baginda juga membawa jurutunjuk gamelan, Encik Mohd Salleh dan jurutari, Chik Yang Khoja [Mohd. Mokhtar Abu Bakar (1982)] dari Pahang bersama-sama baginda untuk mengembangkan kesenian ini di Terengganu. Baginda juga sempat mengarang kitab bertajuk Joget Gamelan Pahang semasa di Pahang dan turut membawanya ke Terengganu. Oleh kerana Joget Gamelan Pahang berkembang pesat di Terengganu dan turut dinaungi Sultan Terengganu, maka ditukar namanya kepada Joget Gamelan Terengganu dan kumpulan pemuzik gamelan ditauliahkan menjadi Orkes Gamelan Diraja Terengganu . Semasa Sultan Sir Abu Bakar, Pahang menjadi Tengku Mahkota Pahang pada tahun 1930, baginda menampakkan usaha untuk menghidupkan kembali joget gamelan ke dalam Istana Pahang. Baginda meminta Dato Maharaja Perba Jelai Wan Tanjung bin Wan Mohamed (Orang Besar Berempat) di Kuala Lipis, Pahang agar membawa kumpulan Joget Gamelan Jawa dalam tanah jagaan beliau membuat persembahan di istana yang mana pada ketika itu, hanya kumpulan tersebut yang memainkan Joget Gamelan di Pahang. Akhirnya, pada tahun 1973, Sultan Sir Abu Bakar telah meminta kembali set gamelan dalam jagaan Tengku Ampuan Mariam di Istana Kolam, Terengganu dengan bayaran saguhati sebanyak $25, 000.00 untuk dihidupkan kembali joget gamelan di dalam Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang. Dan pada awal 2008, Sultan Haji Ahmad Shah,Pahang anakanda kepada Sultan Sir Abu Bakar telah mengisytiharkan Joget Gamelan Terengganu ditukar kembali sebagai Joget Gamelan Pahang dan digelarkan oleh baginda sebagai Gamelan Pahang Diraja [Metra

28 Syahril Mohamed (2008)] yang kini dipertanggungjawabkan kepada Lembaga Muzium Negeri Pahang untuk pemuliharaan alat dan keseniannya serta persembahan ketika acara rasmi dan adat-istiadat. Joget Gamelan ini mula dibawa keluar dari Istana dan diperkenalkan kepada umum pada tahun 1970 oleh Tan Sri Mubin Sheppard. Pada masa itu, Joget Gamelan dipersembahkan oleh Orkes Gamelan Diraja Terengganu dan telah menyebabkan khalayak umum yang menyaksikan terpegun dengan keasyikan bunyi gamelan yang belum pernah mereka saksikan.

Kesimpulan Kesimpulannya, setiap tradisi gamelan mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Bentuk muziknya juga telah mengalami perubahan, penyerapan dan penyesuaian dengan budaya tempatan dan telah diterima sebagai muzik tradisional Melayu. Selain itu, langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan perlu diambil segera. Pada masa kini, amat sukar untuk mendapatkan pemain gamelan yang benar-benar mengikut tradisi permainan asal terutama Joget Gamelan Pahang. Pemuzik masa kini lebih menumpukan gamelan kontemporari sedangkan lagu dan teknik permainan asal diabaikan. Jika keadaan ini berterusan, penulis merasakan keaslian dan unsur majestic gamelan itu akan pudar.

29

LAMPIRAN A Gambar-Gambar Joget Gamelan Jawa

Gambar A1: Alat-alat Joget Gamelan Jawa

Gambar A2: Cara Penulisan Lagu Joget Gamelan Jawa

30

Gambar B1: Alat-alat Gamelan Pahang

31

Gambar B2: Alat-alat Gamelan Pahang

32

33

34

Bibliografi http://askwhat-24.blogspot.com/2011/08/gamelan-melayu.html?zx=7922787eb66d3026 http://gamelan.terengganu.gov.my/

You might also like