P. 1
teater dalam pendidikan

teater dalam pendidikan

|Views: 384|Likes:
Published by Syukur Kamaruddin

More info:

Published by: Syukur Kamaruddin on Apr 19, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/03/2014

pdf

text

original

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

1.0 Pendahuluan Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Manakala Abdullah Hasan (2006), menyatakan bahawa sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu begaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar. Kesimpulannya, sintaksis merangkumi tiga bidang kajian iaitu:  Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.  Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat.  Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat. Definisi Ayat Menurut Za‟ba melalui bukunya Pelita Bahasa Melayu, Penggal 1 Dalam Permulaan Nahu Melayu, beliau berpendapat bahawa ayat ialah susunan perkataan yang sekumpul-sekumpul dengan tentu hujung pangkalnya dan tempat berhentinya serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap sekumpul kata yang dikatakan itu. Maka tiap-tiap sekumpul perkataan itu ialah susunan yang sempurna maksudnya. Melalui maksud ayat yang diberi oleh Za‟ba maka boleh dibuat kesimpulan bahawa ayat bermaksud susunan yang mempunyai hujung dan pangkal ayat yang boleh difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan kumpulan perkataan yang telah sempurna maksud. Manakala Nik Safiah Karim dalam bukunya yang berjudul Tatabahasa Edisi Dewan Baharu yang dikarang secara bersama dengan Farid M.Onn,Hashim Musa dan Hamid Mahmood pula mendefinisikan ayat sebagai unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.
1

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

Jika kita lihat beberapa pendapat yang dinyatakan di atas, dapat disimpulkan bahawa ayat merupakan susunan yang tertinggi dalam strata tatabahasa Melayu yang boleh terdiri dari dua atau lebih patah perkataan yang mana dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan. Binaan Ayat Ayat terdiri daripada dua unsur utama iaitu subjek dan predikat. Dalam huraian tatabahasa, subjek adalah sebahagian ayat yang diterangkan manakala predikat adalah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Contohnya: Subjek bangunan itu adik pengarang itu Predikat tinggi menangis menulis novel

Ayat-ayat bahasa Melayu boleh digalurkan kepada dua kategori dengan membenarkan dua aspek iaitu struktur dan intonasi. Struktur merujuk kepada susunan dan binaan unsur-unsur yang terkandung dalam sesuatu ayat, contohnya ayat tunggal, ayat majmuk dan sebagainya. Manakala intonasi pula merujuk kepada nada suara yang tinggi atau rendah semasa mengujarkan sesuatu ayat itu, contohnya ayat penyata dan ayat tanya. Pola Ayat Dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa. Daripada pola itulah terbit ayat yang lain , sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya.

2

Ayat Seru a) Ayat Perintah Ayat yang digunakan untuk menyatakan maklumat dan dalam ayat penyata ada maklumat ditekankan. Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu iaitu: i. Ayat ini diucapkan tanpa mengharapkan jawapan atau gerak balas sama ada yang bersifat kebahasaan atau yang bersifat perbuatan. membuat pertanyaan. Dalam ayat lisan. memberi arahan.Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A Pola Pola 1 Subjek (frasa nama) Osman Predikat (frasa nama) kerani (frasa kerja) mengembang (frasa adjektif) aktif (frasa sendi nama) di bawah Pola 2 (frasa nama) Bunga matahari Pola 3 (frasa nama) Adik Pola 4 (frasa nama) Surau Jenis-Jenis Ayat Dalam Bahasa Melayu Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat Perintah iv. Ayat Penyata ii. Ayat ini boleh terdiri daripada daripada sebuah klausa atau lebih. Asmah Haji Omar pula membahagikan bentuk ayat penyata kepada dua iaitu:   Ayat penyata perbuatan Ayat penyata keadaan/statif 3 . Ayat Tanya iii. Jenis ayat ini dihuraikan berdasarkan intonasi dan tujuan. ayat penyata diakhiri dengan nada turun sebelum kesenyapan. dan menunjukkkan perasaan. Intonasi dapat menentukan jenis ayat dan dapat membezakan bahagian subjek dan predikat dalam ayat. Ayat digunakan bagi menyatakan maklumat.

siapa. Jenis-jenis ayat tanya ialah: 1. dan lain-lain lagi.Iaitu ayat tanya yang meminta jawapan yang tegas iaitu ya atau tidak. Jawapan boleh berupa penjelasan atau pilihan sama ada ya atau tidak.Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A b) Ayat Tanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu dengan tujuan mendapatkan jawapan. Ayat Tanya Tertutup . bagaimana. Contoh : Badan budak itu panas. mungkin memberi perintah ”berhenti ”. Ayat asalnya “kamu berhenti. Sekiranya seorang pengawal yang berkawal pada waktu malam melihat orang berjalan-jalan. (ayat penyata) Adakah badan budak itu panas? (ayat tanya) 2. Ayat Tanya Retorik atau Tempelen . Contoh : Apakah yang dibeli oleh emak? 3. Ayat tanya ini terbentuk melalui proses campuran antara ayat dasar dengan kata nafi. mengapa. Letak kata tanya boleh berpindah sama ada di awal atau akhir ayat. Ayat Tanya Terbuka . bukan? c) Ayat Perintah 1. Contoh: Dia sepupu kamu. Contoh : Kaumahu ikut atau tidak? . Dalam penggunaan ayat perintah biasa bagi orang kedua. Ayat tanya ini ditandai dengan adanya kata tanya seperti apa. walaupun tidak mempunyai subjek.” 4 .Ayat tanya ini tidak memerlukan jawapan dan hanya digunakan apabila penanya ingin memastikan jawapan yang sebenar telah diketahui. subjek pelakunya lazimnyaa tidak timbul pada struktur permukaannya.Ayat penyata dapat dijadikan ayat tanya tertutup dengan menambahkan kata tanya pada ayat penyata dengan intonasi naik pada akhir ayat.Ayat tanya terbuka mengkehendaki jawapan yang berupa penerangan. Ayat Perintah Biasa Abdullah Hassan menyatakan ayat perintah biasa. tetapi pada struktur dalamnya memang ada.

Ayat Ajakan Ayat ini juga mempunyai subjek yang terdiri dari orang pertama. Contoh: Usah pergi. Contohnya: Sedang membaca majalahlah Aiman. takjub. Susunan biasa ialah binaan ayat yang subjeknya terletak di hadapan ayat. diikuti oleh predikat. minta. 5 . Contoh: Sila duduk. sakit. Ayat Larangan Larangan adalah ayat perintah negatif dengan menggunakan kata larangan seperti jangan. Susunan songsang ialah binaan ayat yang predikatnya dikehadapankan.usah.Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A 2. dilarang. Ayat Sila Berlainan daripada perintah biasa kerana golongan ini lebih halus cakupannya. jamak tetapi di gugurkan. sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. iaitu susunan biasa dan susunan songsang. dan lain-lain lagi. Contoh: Mari bermain. Contohnya: Cantiknya! Susunan Ayat Bahasa Melayu Susunan ayat bermaksud kedudukan subjek dan predikat dalam ayat. tak usah dan ditegah. manakala subjek dikebelakangkan. d) Ayat Seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut. Ayat ini menggunakan kata seperti sila. tolong. Intonasi seruan ini digambarkan dengan tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat. marah. Setiap ayat terdiri daripada binaan subjek dan predikat. 2. Contohnya: Aiman sedang membaca majalah. bolehkah. geram. dan sebagainya. Susunan ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua. 1. 4. 3.

frasa “pada minggu depan” merupakan frasa sendi nama yang bertugas sebagai keterangan waktu kepada predikat utama. “pemimpin parti” pula ialah kata ganti nama pelaku diri ketiga. Hal ini demikian kerana subjek ayat ini terdiri daripada frasa nama manakala predikatnya pula terdiri daripada frasa kerja pasif. Frasa nama yang terdapat di dalam subjek ayat ini ialah kata nama “kampung”. 6 . kata bantu. Ayat ini terdiri daripada satu subjek. Ayat ini berpola FN+FK. “Pemimpin” merupakan kata nama manakala “parti” pula adalah kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada perkataan “pemimpin”. Kata kerja pasif yang terdapar di dalam predikat ayat ini ialah kata kerja berimbuhan di iaitu “dikunjungi”. kita juga dapat melihat kata nama “minggu” dan kata nama arah iaitu “depan” yang bertugas sebagai penerang kepada kata nama “minggu”. Di samping itu. Subjek untuk ayat ini ialah kampung kami. Proses ini bermula dengan ayat aktif “Pemimpin parti tersebut akan mengunjungi kampung kami pada minggu depan”. kampung kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut”. Perkataan “akan” pula bertindak sebagai kata bantu di dalam predikat utama ini.Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A 2. kita dapat melihat kata sendi nama “pada”. Kemudian ayat tersebut disongsangkan pula menjadi “Pada minggu depan. kata penentu dan pelaku diri ketiga. Kemudian ayat ini dipasifkan menjadi “ Kampung kami akan dikunjingi pemimpin parti tersebut pada minggu depan”. Dalam predikat tambahan pula. Subjek ayat ini terdiri daripada frasa nama dan kata ganti nama diri pertama. satu predikat utama dan satu predikat tambahan. Analisis: Ayat di atas ialah ayat pasif songsang terbahagi pelaku diri ketiga.0 Analisis Ayat Ayat 1: Pada minggu depan kampung kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut. Dalam frasa sendi nama “ pada minggu depan”. Frasa kerja pasif yang bertindak sebagai predikat utama pula terdiri daripada kata kerja pasif. Predikat utamanya ialah “akan dikunjungi pemimpin parti tersebut” manakala predikat tambahannya ialah “pada minggu depan”. Kata nama “kampung” ini diikuti dengan kata ganti nama diri pertama iaitu “kami” yang bertindak sebagai penerang kepada kata nama “kampung”. Di dalam predikat utama ini juga terdapat kata penentu iaitu kata penentu “tersebut”.

Predikat utamanya pula ialah “berguni-guni” manakala predikat tambahannya ialah “di dalam kepuk itu”. Kata ganda ini telah menerima imbuhan ber_ untuk menjadikannya kata kerja tak transitif “berguni-guni”. kata nama “kepuk” dan kata penentu “itu”.Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A Ayat 2: Hasil padinya berguni-guni di dalam kepuk itu Analisis: Ayat di atas iailah ayat aktif tak transitif biasa di mana ayat ini terdiri daripada satu subjek. Frasa kerja sebagai predikat utama pula terdiri daripada frasa kerja. Selain itu. Bagi ayat aktif tak transitif songsang terbahagi pula adalah seperti berikut: “Berguni-guni hasil padinya di dalam kepuk itu”. Kata “hasil” ini diikuti dengan kata nama “padi” yang berfungsi sebagai penerang kepadanya. satu prediket utama dan satu predikat tambahan. Ayat aktif tak transitif songsang seluruh predikat adalah seperti berikut : “ Berguni-guni di dalam kepuk itu hasil padinya”. Subjek kepada ayat ini ialah “Hasl padinya”. Predikat ini terdiri daripada kata sendi nama “di”. Ayat ini berpola FN+FK di mana kita dapat lihat subjek ayat ini terdiri daripada frasa nama dan predikatnya pula terdiri daripada frasa kerja. predikat ini juga terdiri daripada kata nama arah “dalam”. Ayat ini boleh ditukar kepada ayat aktif tak transitif susunan songsang seluruh predikat dan ayat aktif tak transitif songsang terbahagi. Kata “-nya” dirapatkan kepda kata “padi” kerana unsur klitik. 7 . Kata ganti nama diri ketiga “-nya” juga digunakan di subjek ayat ini. Predikat tambahan pula terdiri daripada frasa sendi nama yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat utama “berguni-guni”. Frasa nama sebagai subjek di dalam ayat ini terdiri daripada kata nama “hasil”. Frasa kerja ini terdiri daripada kata kerja tak transitif yang dibentuk oleh kata nama ganda seluruh iaitu “guni-guni”.

Kemudian ayat ini dipasifkan menjadi “Perintah yang kami terima itu kami laksanakan dengan segera”. Frasa sendi nama pula terdiri daripada kata sendi nama “dengan” kata keterangan masa “segera”. Kemudian ayat ini disongsangkan pula menjadi “Dengan segera kami laksanakan perintah yang kami terima itu”. Proses pembentukan ayat ini bermula dengan ayat “Kami melaksanakan perintah yang kami terima itu dengan segera”. iaitu kata ganti namadiri ketiga. “yang” berfungsi sebagai kata sandang. Ayat di atas berpola Fn+Fk di mana kita dapat melihat subjek kepada ayat ini subjek ayat ini terdiri daripada kata nama “perintah”. Ayat ini terdiri daripada saru subjek dan satu predikat. Kata kerja ini telah menerima imbuhan __kan. 8 . Frasa kerja pasif terdiri daripada perkataan “kami”. Perkataab “kami” ini diikuti dengan kata kerja pasif iaitu “laksanakan”. Analisis : Ayat ini ialah ayat pasif songsang seluruh predikat pelaku diri pertama. Subjek bagi ayat ini ialah “perintah yang kami terima itu”. Perkataan “kami” pula ialah kata ganti nama diri ketiga.Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A Ayat 3 : Dengan segera kami laksanakan perintah yang kami terima itu. Frasa kerja sebagai predikat pula terdiri daripada frasa kerja pasif dan frasa senda. Perkataan “terima” pula ialah kata kerja dan perkataan “itu” menjadi kata tunjuk. Frasa “dengan segera” ini telah menjadi keterangan kepada kata kerja pasif “laksanakan”. Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat aktif transitif iaitu “ Kami melaksanakan perintah yang kami terima itu dengan segera”. Predikatnya pula terdiri daripada predikat utama “ kami laksanakan” dan predikat tambahan “dengan segera”. “yang kami terima itu” pula telah menjadi penerang kepada kata nama “perintah” tersebut.

Ayat ini terdiri daripada satu subjek. Subjek bagi ayat ini ialah “orang”.an iaitu „kenaikan‟ dan kata nama „harga minyak‟.. Kata nama “minyak” juga berfungsi sebagai penerang kepada kata nama “harga”. Manakala predikat sampingannya ialah “di seluruh negara”.. 9 . Frasa sendi nama “di seluruh negara” berfungsi sebagai penerang kepada frasa nama “kenaikan harga minyak”.Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A Ayat 4 : Di seluruh negara orang sibuk memperkatakan kenaikan harga minyak. Kata bantu ini hadir sebelum kata kerja berimbuhan mem.. Ayat ini boleh ditukar kepada ayat aktif transitif susunan biasa seperti yang berikut : “Orang sibuk memperkatakan kenaikan harga minyak di seluruh negara”. satu predikat utama dan satu predikat tambahan.. kata nama berimbuhan apitan ke. Ayat di atas berpola Fn+Fk di mana kita dapat melihat subjek bagi ayat di atas merupakan kata nama iaitu “orang”. kata bilangan tak tentu “seluruh” yang bertindak sebagai kata bantu kepada kata “negara” dan kata nama “negara”. Predikat utama ayat ini pula terdiri daripada kata adjektif „sibuk‟ dan frasa kerja transitif „memperkatakan kenaikan harga minyak‟. Kata adjektif „sibuk‟ berfungsi sebagai kata bantu kepada kata nama „orang‟. Predikat utamanya pula ialah “sibuk memperkatakan kenaikan harga minyak”. Analisis : Ayat di atas ialah ayat aktif transitif songsang terbahagi.per iaitu „memperkatakan‟. „Harga minyak‟ berfungsi sebagai penerang kepada kata nama „kenaikan‟. Frasa sendi nama pula terdiri daripada kata sendi nama “di”.. frasa nama “kenaikan harga minyak” menjadi objek kepada kata transitif „memperkatakan‟.

Pola ayat ini ialah FN+FK. Subjek ayat ini ialah “pengedar dadah itu” manakala predikat ayat pula ialah “terus diburu polis ke mana-mana sahaja. Analisis : Ayat di atas ialah ayat pasif songsang sebahagian predikat.” Frasa “ke mana-mana sahaja” berfungsi sebagai keterangan tempat.” Ayat ini boleh ditukar kepada ayat ayat aktif transitif susunan biasa “polis terus memburu pengedar dadah itu ke mana-mana sahaja.” Kata “dadah” berfungsi sebagai penerang kepada kata “pengedar” yang menunjukkan objek yang diedarkan.” yang menunjukkan polis berterusan memburu pengedar dadah itu. Frasa kerja sebagai predikat terdiri daripada kata bantu “terus.” Frasa nama yang mewakili subjek terdiri daripada kata nama “pengedar” dan kata nama “dadah” dan kata penentu “itu. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama “ke.” 10 . Kata kerja pasif “diburu” dan diikuti kata nama “polis” serta frasa sendi nama.” Manakala jika dikehadapankan pula akan membentuk “ke mana-mana sahaja pengedar dadah itu terus diburu polis. Frasa ini boleh dikedepankan atau dikebelakangkan contohnya apabila dikebelakangkan “pengedar dadah itu terus diburu polis ke mana-mana sahaja.Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A Ayat 5 : Ke mana-mana sahaja pengedar dadah itu terus diburu polis.” kata ganti nama tak tentu “mana-mana” dan kata nama “sahaja.

Analisis : Ayat di atas ialah ayat majmuk pancangan komplemen. Frasa nama yang mewakili objek telah dipasifkan dan diletakkan dalam kedudukan bersusunan songsang.Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A Ayat 6 : Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya. Pola ayat ini ialah FN+FK.” 11 .” kata kerja pasif “jelaskan. Subjek ayat ialah klausa “bahawa pemimpin itu tidak amanah.” kata nama “pemimpin.” Frasa adjektif sebagai predikat ayat komplemen pula terdiri daripada kata nafi “tidak” dan kata adjektif “amanah.” kata sendi nama “kepada” dan kata ganti nama diri ketiga “-nya. terdapat satu subjek dan satu predikat.” Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat majmuk pancangan komplemen susunan biasa atau ragam aktif transitif “saya menjelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah.” Frasa kerja sebagai predikat pula terdiri daripada kata ganti nama diri pertama “saya.” dan kata penentu “itu. Dalam ayat komplemen. Subjek ayat komplemen terdiri daripada kata hubung komplemen “bahawa. Manakala predikat ayat ialah “saya jelaskan kepadanya.” Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada ayat komplemen.” Subjek dalam klausa ini adalah “pemimpin itu” dan predikatnya terdiri daripada “tidak amanah terhadap rakyatnya” dan dihubungkan dengan kata hubung komplemen “bahawa” menjadikan ia sebagai klausa pancangan komplemen.

” Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat tanya songsang sepenuhnya subjek dan predikatnya.” diikuti kata ganti nama diri ketiga “-nya” dan kata penentu “itu.” Kata nama “kediaman” pula berfungsi sebagai penerang kepada kata nama “kawasan. “bagaimana keadaan kawasan kediamannya itu.” Kata ganti diri “-nya” pada kata “keadaan” boleh digugurkan kerana kata itu berulang dalam ayat. Pola ayat ialah FN + FN. Subjek ayat ini ialah “kawasan kediamannya itu” manakala predikat ayat ialah “bagaimana keadaannya?” Frasa nama sebagai subjek mengandungi kata nama “kawasan.” Predikat ayat ini terdiri daripada klausa “bagaimana keadaannya.” Manakala subjek bagi klausa ini adalah kata nama “keadaan” yang ikuti “-nya” sebagai kata ganti diri ketiga manakala predikatnya terdiri daripada kata tanya “bagaimana.Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A Ayat 7 : Kawasan kediamannya itu bagaimana keadaannya? Analisis : Ayat di atas ialah ayat tanya bersusunan biasa. Ayat ini mengandungi klausa sebagai predikat. 12 .

” Frasa kerja sebagai predikat dalam ayat komplemen terdiri daripada kata bantú “telah.” Kata nama “polis” berfungsi sebagai penerang kepada kata nama “pihak. namun di dalam kamus dewan ada menyatakan bahawa klausa komplemen boleh berdiri sebagai penyambut atau objek kepada kata kerja aktif transitif dan menjadikan ayat ini sebagai ayat majmuk pancangan komplemen.” kata nama “asing” dan kata penentu “itu. Frasa nama sebagai subjek dalam klausa komplemen terdiri daripada kata hubung komplemen “bahawa.” Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama “pihak” dan kata nama “polis.” kata kerja “melarikan” dan kata nama “diri.Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A Ayat 8 : Pihak polis menerangkan bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri. Objek terdiri daripada klausa komplemen menjadikan ayat ini sebagai ayat majmuk pancangan komplemen.” Pada asasnya kata kerja transitif memerlukan objek yang terdiri daripada kata nama sebagai penyambutnya. Subjek ayat ini ialah “pihak polis” manakala predikat ayat ialah “menerangkan” dan objeknya adalah klausa iaitu “bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri. Analisis : Ayat di atas ialah ayat aktif transitif susunan biasa.” Frasa kerja sebagai predikat terdiri daripada kata kerja aktif transitif “menerangkan” dan klausa komplemen sebagai objek.” kata nama “pendatang. Pola ayat ialah FN+FK.” Ayat ini boleh ditukarkan menjadi ayat majmuk pasif susunan songsang seluruh predikat telah melarikan diri diterangkan oleh pihak polis.” “bahawa pendatang asing itu 13 . Klausa komplemen menjadi objek kepada ayat ini kerana hadir selepas kata kerja aktif transitif “menerangkan.” Kata “asing” ialah penerang kepada kata “pendatang.

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A Ayat 9 : Penduduk di situ berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat.” Frasa kerja sebagai predikat terdiri daripada kata kerja “berpendapat” dan klausa komplemen sebagai objek kepada kata kerja aktif transitif “berpendapat.” kata nama “kediaman” dan kata ganti nama diri kedua “mereka. Klausa komplemen mempunyai satu subjek dan satu predikat. Analisis : Ayat di atas ialah ayat aktif transitif dengan klausa pancangan komplemen sebagai objek.” Frasa nama sebagai predikat dalam ayat komplemen terdiri daripada kata nafi “bukan” dan kata nama “selamat.” Secara umumnya penerangan tentang objek ini adalah sama dengan ayat yang kelapan.” Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat majmuk aktif susunan songsang “berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamatlah oleh penduduk di situ.” kata sendi nama “di” dan kata tunjuk “situ. Frasa nama sebagai subjek dalam klausa komplemen terdiri daripada kata hubung komplemen “bahawa. Pola ayat ini ialah FN+FK. Subjek ayat ialah “penduduk di situ” manakala predikat ayat ini ialah “berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat.” Frasa “di situ” berfungsi sebagai penerang kepada kata “penduduk.” 14 .” Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama “penduduk. Hal ini menjadikan ayat ini sebagai ayat majmuk pancangan komplemen.

” Klausa komplemen “bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan” bertindak sebagai penerang kepada predikat.” kata nama “pejabat” dan kata penentu “itu. Klausa komplemen mempunyai satu subjek dan satu predikat.” Frasa kerja sebagai predikat terdiri daripada kata kerja transitif “mendapat.” kata adjektif “baharu” dan kata penentu “itu.” Kata nama “tempatan” berfungsi sebagai penerang kepada kata nama “orang. Pola ayat ini ialah FN+FK.” Kata nama “pengesahan” pula bertindak sebagai objek kepada kata kerja transitif “mendapat.” Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama “kakitangan.” Kata nama “pejabat” berfungsi sebagai penerang kepada kata nama “kakitangan.” Frasa nama sebagai predikat dalam klausa komplemen terdiri daripada kata nafi “bukan. Frasa nama sebagai subjek dalam ayat komplemen terdiri daripada kata hubung komplemen “bahawa.Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A Ayat 10 : Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan Analisis : Ayat di atas ialah ayat aktif transitif.” kata nama “orang” dan kata nama “tempatan. Subjek ayat pula ialah “kakitangan pejabat itu” manakala predikat ayat ialah “mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan.” kata nama “pengarah.” Kata adjektif “baharu” berfungsi sebagai penerang kepada kata nama “pengarah. Klausa komplemen berfungsi sebagai penerang kepada objek “pengesahan” menjadikan ayat ini ayat majmuk pancangan komplemen.” 15 .” Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat majmuk pasif susunan biasa pelaku diri ketiga dengan klausa sebagai penerang “pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukanlah orang tempatan didapati oleh kakitangan pejabat itu.

melibatkan kajian tentang bentuk. 16 . Justeru itu.Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A Penutup Begitulah analisis 10 ayat yang berbeza bentuk dan jenisnya. kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat. Selain itu. struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat. penganalisisan seperti ini dapat merungkai segala peranan yang dimainkan oleh sesuatu perkataan sehingga mempengaruhi maksud keseluruhan ayat. Bertepatan dengan definisi sintaksis itu sendiri yang merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Ini menunjukkan betapa pentingnya bidang ini dalam mengenal pasti sama ada ayat tersebut telah pun mengikut rumus tatabahasa yang betul mahupun sebaliknya.

Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu.com/2009/09/pengenalan-ayat-ialah-unit-pengucapan. Encik Razali bin Saad. Dipetik pada 28 Februari 2012. Daftar Kata Bahasa Melayu : Cetakan Pertama 2001. Tatabahasa Dewan.htm 17 . Dipetik pada 28 Februari 2012.al (2008). Nik Safiah Karim. Daripada http://miskirana. Dewan Bahasa dan Pustaka : Hajah Noresah M. Kuala Lumpur : Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia. Haji Mohd Asraf Bin Haji Abdul Wahab (2007). Sintaksis. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn Bhd.my/tutor/dunia.asp?y=2010&dt=0414&pub=DuniaPendidikan&s ec=Munsyi_Bahasa&pg=mb_01. Daripada http://www. Dipetik pada 28 Februari 2012.com. Seri Lanang Jaya Rohani etc (2006). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jenis Ayat.blogspot. Susunan Ayat.blogspot.com/2011/02/apakah-definisi-ayat-dalam-bahasa. Onn et. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd. Aziah Tajudin (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.tutor.Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A Rujukan Buku Abdullah Hassan. Definisi ayat. Tuan Haji Abdul Jalil bin Haji Anuar.html Miskirana. Encik Amir Bin Md. Wal. Internet Diniah Falahiah. Daripada http://diniahfalahiah.A( Birmigham) Modul tatabahasa terkini (2007).html Tutor.com. Kamus Pelajar Bahasa Malaysia : Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Farid M. Kamus Dewan – Edisi Ketiga : Cetekan Ketiga 2000.

18 .Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A Refleksi NAMA : ABDUL SYUKUR SOBRI BIN KAMARUDDIN KUNPULAN : PISMP 5A NO. I/C : 900702-11-5413 Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnia-Nya dapat saya siapkan tugasan bagi mata pelajaran Sintaksis Bahasa Melayu ini mengikut masa yang telah ditetapkan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas saya terutamanya kepada Mohamad Dzulkifli bin Abd Halim kerana banyak membantu saya melengkapkan tugasan ini dengan sempurna. Supian Mohamad Noor kerana telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. „yang‟ pada awal ayat biasanya digunakan untuk mengubah jenis kata yang lain kepada kata nama kerana subjek ayat mesti didahului dengan kata nama. Hal ini kerana. ramai guru masa kini hanya menilai sesuatu ayat berdasarkan logik akal mereka tanpa mengambil kira hukum-hukum tatabahasa yang sebenar. Penggunaan „yang‟ pada awal ayat sama sekali tidak salah. Kemahiran ini sangat penting bagi seorang bakal guru terutamanya guru bahasa Melayu kerana seorang guru bahasa Melayu perlu memahami sesuatu ayat bahasa Melayu itu dengan betul sebelum mengatakan sama ada sesuatu ayat itu salah ataupun betul. Hj. Sebagai contoh. Hal ini demikian kerana. ada dalam kalangan guru masa sekarang mengatakan penggunaan „yang‟ pada awal ayat adalah salah. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pebimbing saya iaitu Dr. Hal ini memberi kesan buruk kepada murid mereka kerana murid akan menerima seratu peratus apa yang diberikan oleh guru. Tugasan Sintaksis Bahasa Melayu ini memberi banyak input yang membantu saya memahami bagaimana cara mengenal kegramatisan ayat dan cara untuk menganalisis ayat melaui unsur-unsur pembentukan ayat tersebut.

kita akan memandang sesuatu itu sebagai sesuatu yang tidak penting walaupun ia sangat penting. Tugasan seperti ini memerlukan masa yang agak panjang untuk disiapkan. Saya berharap dengan adanya ilmu berkaitan dengan subjek ini dapat membantu saya dalam merancang sebuah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih tersusun dan menarik kelak. 19 . saya juga seorang yang suka mengambil mudah akan sesuatu perkara. sekali lagi saya ingin kalungkan ucapan terima kasih kepada pensyarah. Hal ini menyebabkan tugasan saya ini sentiasa tertangguh. Memandang sewaktu proses menyiapkan tugasan ini saya menjalani praktikum fasa pertama. Kerja yang dilakukan secara tergesa-gesa sudah pasti akan membuahkan hasil yang kurang memberangsangkan. maka banyak masa saya tumpukan kepada praktikum. Sikap saya yang suka menangguh kerja telah banyak memberi kesan negatif kepada saya dan rakan seperjuangan saya. Jadi saya akan berusaha untuk mengubah sikap saya ini pada masa mendatang. Berjuta kemaaffan saya hulurkan kepada rakan seperjuangan saya kerana sikap saya ini.Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A Tugasan ini juga mengajar saya supaya lebih peka akan kepentingan menghargai masa. Sekian. rakan-rakan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung membantu saya menyiapkan tugasan ini. InsyaAllah. Sikap negatif ini juga perlu dielak kerana jika dibiarkan. Antara kekangannya adalah saya dan rakan-rakan yang lain telah menerima banyak tugasan yang lain seperti tugasan untuk menganjurkan kejohanan sukan. Saya juga menerima beberapa kekangan sewaktu menyiapkan tugasan ini. Di kesempatan ini. Selain itu.

20 Feb 2012 Perbincangan pensyarah bersama 05 Mac 2012 Perbincangan pensyarah bersama 09 Mac 2012 Perbincangan pensyarah bersama 20 .DR HJ SUPIAN MOHAMAD NOOR TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN KOMEN T/TANGAN PENSYARAH T/TANGAN PELAJAR 10 Feb 2012 Perbincangan pensyarah bersama tentang pelaksanaan tugasan. MATRIK KUMPULAN MATA PELAJARAN : Abdul Syukur Sobri Bin kamaruddin : PISMP 71483879 : 5A SEMESTER/PERINGKAT: PISMP : SINTAKSIS BAHASA MELAYU PENSYARAH PEMBIMBING: . 16 Feb 2012 Perbincangan bersama pensyarah tentang analisis ayat.Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS NAMA PELAJAR NO.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->