You are on page 1of 6

KERJA KURSUS I TUGASAN INDIVIDU Tulis satu tugasan 600-800 perkataan ( termasuk quotes ) berdasarkan mana-mana topik yang

g diberi. Rujukan hendaklah ditulis dengan jelas.

5 TONGGAK MATEMATIK.
PENGENALAN

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Subjek Matematik adalah merupakan satu mata pelajaran penting.

yang

sangat

Melalui Matematik kita mampu untuk mempelajari yang betul dalam

pengiraan. Ini kerana Matematik sentiasa berada di sekeliling kita dan banyak perkara dalam kehidupan ini menggunakan matematik. Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, terdapat lima tonggak utama yang perlu kita ketahui dan pertimbangkan iaitu: Penyelesaian masalah dalam Matematik Komunikasi dalam Matematik Penaakulan Matematik Perkaitan Matematik Aplikasi teknologi

1. PENYELESAIAN MASALAH DALAM MATEMATIK Tonggak yang pertama iaitu penyelesaian masalah dalam matematik adalah merujuk kepada penerangan mengenai bagaimana kita menggambarkan matematik itu. Masalah adalah satu kenyataan atau situasi dalam kehidupan seharian yang memerlukan penyelesaian. Manakala penyelesaian masalah pula ialah sesuatu proses yang digunakan untuk menentukan jawapan kepada sesuatu yang tertentu dengan terancang. Kemahiran di dalam penyelesaian masalah adalah satu fokus utama yang perlu diberi penekanan yang sewajarnya dalam kurikulum matematik, 1

memandangkan pelbagai masalah adalah berasaskan persekitaran dan dalam lingkungan seharian kita. Dalam menghadapi sebarang masalah baru murid dapat mengaplikasikan pelbagai strategi dan mengadaptasikan apa yang telah dipelajari dengan lebih berkesan. Dengan adanya situasi masalah yang berbeza murid juga dapat memperkukuhkan diri apabila menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian. Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dalam subjek matematik ini dapat berjalan dengan lancar, teras yang pertama ini sewajarnya diwujudkan di dalam kurikulum sekolah. George Polya ( 1945) di dalam bukunya iaitu How to Solve It ada menyatakan mengenai model peyelesaian masalah yang boleh digunakan oleh para pelajar dalam menyelesaikan semua masalah matematik. Model ini sangat mudah digunakan kerana ianya adalah ringkas dan senang difahami. Terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan atau dipertimbangkan bagi menyelesaikan masalah, antaranya mencuba kes yang lebih mudah terlebih dahulu, cuba jaya, mengenalpasti pola, membuat jadual, membuat simulasi, menggunakan analogi, melukis gambarajah dan bekerja ke belakang. Pengetahuan di dalam menyelesaikan masalah matematik ini akan membina pengetahuan yang baru dalam diri pelajar. Pemilihan permasalahan yang sesuai akan membantu

pelajar untuk menggunakan konsep dan prosedur yang telah dipelajari sebagai panduan untuk mereka menyelesaikan masalah tesebut.. Strategi-strategi

penyelesaian masalah yang pelbagai, yang digunakan dapat dikembangkan dan dihubungkaitkan masalah yang lama dengan yang baru. Secara tidak langsung, membolehkan minda murid berfikir secara kreatif dan inovatif. Jadi, jelaslah bahawa pengajaran dan pembelajaran menyelesaikan masalah ini akan memberi banyak manfaat kepada pelajar.

2. KOMUNIKASI DALAM MATEMATIK Komunikasi dalam matematik merangkumi pelbagai bentuk peluang komunikasi di dalam pelbagai persekitaran. Seperti dalam subjek bahasa, komunikasi matematik juga mencakupi aspek pembacaan, lisan dan penulisan. 2

Penggunaan pembacaan, lisan atau perbincangan serta penulisan akan meningkatkan pemahaman murid dengan lebih berkesan dalam pembelajaran matematik. Cara guru memberi penerangan dalam memberitahu sesuatu perkara mempengaruhi sesi pengajaran dan

pembelajaran. Kemahiran dalam menerangkan bahasa matematik dan mengetahui segala kosa kata matematik serta kefahaman terhadap definisi dan kesesuaian penggunaannya akan menjadikan masalah matematik itu dapat difahami dan diselesaikan dengan mudah. Terdapat empat prinsip utama komunikasi mengenai kebolehan yang sepatutnya ada pada pelajar bermula dari prasekolah sehingga ke sekolah menengah. Prinsip-prinsip tersebut adalah mengorientasi dan menguatkan pemikiran matematik mereka menerusi komunikasi, menyampaikan idea dan hasil pemikiran matematik dalam struktur yang jelas pada guru, rakan sekelas dan orang lain, menganalisis dan menilai pemikiran dan strategi matematik yang digunakan oleh orang lain dan penggunaan bahasa matematik untuk menyampaikan idea matematik dengan lebih jelas. Prinsip-prinsip ini sepatutnya menjadi pegangan kepada pelajarpelajar supaya konsep komunikasi ini dapat mereka gunakan dalam matematik. Apabila murid dapat menguasai kemahiran komunikasi ini maka mereka akan lebih berkeyakinan dan ingin mempelajari sesuatu yang baru.

3. PENAAKULAN MATEMATIK Penaakulan adalah tekaan atau telahan dalam menentukan sesuatu penemuan atau penyelesaian. Penaakulan merupakan asas di dalam memahami matematik. Ia berkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid. Penaakulan matematik ini perlu ditekankan kepada murid supaya mereka dapat mengembangkan pemikiran secara logik dan dapat berfikir secara lebih kritis. Terdapat empat ciri utama yang sangat penting dalam penaakulan matematik ini iaitu mengecam penaakulan sebagai perkara penting dalam matematik, membuat dan menyiasat masalah matematik, memperkembangkan penaakulan dan bukti dalam permasalahan dan memilih serta menggunakan pelbagai cara penaakulan.

Dalam proses penaakulan, beberapa perkara boleh dilakukan oleh seorang guru. Melalui fakta-fakta, ciri-ciri atau model-model yang diberikan, murid boleh membuat hubungkait, membuat penyiasatan dengan tekaan atau telahan. Murid juga hendaklah dilatih untuk memberi penerangan mengikut logik akal dengan cara menganalisis, membuat pertimbangan, menilai dan membuat justifikasi terhadap semua aktiviti yang dilaluinya. Guru seharusnya menggalakkan penemuanpenemuan baru dalam konsep penaakulan dan pembuktian ini supaya mereka dapat memahami konsep penaakulan. 4. PERKAITAN MATEMATIK Dalam Kurikulum Matematik, perkaitan matematik perlu diwujudkan supaya murid dapat mengaitkan pengetahuan yang dipelajari dengan kehidupan seharian mereka. Ini kerana, Matemetik berada di sekeliling mereka. Oleh kerana kurikulum matematik terdiri daripada beberapa bidang yang saling berkait, maka dengan adanya perkaitan ini mereka tidak perlu banyak mengingat dan memahami konsep dan kemahiran secara berasingan. Terdapat 3 jenis perhubungan yang membina pengetahuan matematik iaitu perhubungan antara pelbagai konsep dan idea dalam matematik, perhubungan antara pelbagai benda yang berkaitan dengan matematik dan perhubungan matematik dan konteks-konteks lain sama ada dalam akademik mahu pun dunia luar. Tiga standard utama perhubungan dalam matematik iaitu mengenal dan

menggunakan perhubungan antara semua idea matematik, menggunakan konsepkonsep ini dengan menghubungkaitkan dengan matematik dan yang terakhir adalah mengenal dan menggunakan konsep matematik dalam konteks lain. Seseorang

Pelajar yang mampu menghubung kaitkan pelbagai konsep matematik adalah mereka yang memahami matematik dengan mendalam tersebut dan menjadikan pelajar

sangat mahir dalam penyelesaian masalah matematik. Maka jelaslah

bahawa perhubungan dalam matematik akan menjadikan pelajar lebih memahami perkara-perkara baru yang berkaitan dengan matematik. Secara tidak langsung, mereka akan belajar sesuatu yang lebih bermakna.

5. APLIKASI TEKNOLOGI Aplikasi teknologi dalam matematik juga menjadi teras dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Penggunaan teknologi akan membantu murid dalam

memahami dan menyelesaikan masalah matematik. Contohnya, penggunaan komputer, kalkulator, dan internet secara tidak langsung akan menjadikan murid celik ilmu. Aplikasi teknologi ini dapat membantu murid memahami konsep-konsep matematik secara jelas, tepat dan lebih mendalam. Murid juga boleh meneroka ideaidea matematik yang baru. Aplikasi matematik juga dapat membantu pelajar menambah ilmu pengetahuan dalam bidang-bidang lain selain daripada matematik.

KESIMPULAN Keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa setiap tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematik ini banyak memberi manfaat kepada

pelajar. Ianya juga dapat membantu pelajar memahami matematik secara menyeluruh serta dapat menggunakannya dalam kehidupan harian.

BIBLIOGRAFI

1. WWW.SCRIBD.COM - Teras dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik 2. WWW.4SHARED.COM Lima tonggak dalam matematik 3. http://jmat.ipgmksm.edu.my/pdf/toggak.pdf 4. Modul BPG MTE 3102

You might also like