You are on page 1of 45

CONTOH SOALAN STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN 1 (1999-2010) BAB 1

NAMA:NOR FAHMEEZAH AB LAZID KELAS:6 LPU(2) NAMA GURU:PUAN NURAENI

CONTOH SOALAN TAHUN 1999

1.a.berikan 4 faktor pengeluaran bagi perniagaan(2m) -buruh/guna tenaga,pekerja,pengusaha -modal/sumber kewangan -mesin dan peralatan -Keusahawanan/usahawan -tanah

.b.nyatakan 4 tahap yang dilalui oleh sebuah kitaran ekonomi(2m) -pertumbuhan /pemulihan -kemewahan/kemakmuran -kemerosotan -kemelesetan

2.a.huraikan proses perniagaan(3m) -proses/kitaran kepentingan bermula dari pengambilan input seperti bahan mentah -input diproses melalui kaedah tambah nilai untuk mengeluarkan input -output dijual kepada pelanggan untuk mendapatkan keuntungan

.b.jelaskan dengan ringkas mengapa perniagaan penting kepada ekonomi(7m)

-memberikan peluang pekerjaan -memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat -meningkatkan pendapatan Negara melalui kutipan cukai keuntungan perniagaan -mengeksploitasikan sumber-sumber alam -meningkatkan pembangunan insfraktuktur/prasarana -menggalakkan industri sokongan dan industri-industri lain -mencapai keseimbangan ekonomi

.c.nyatakan 5 faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan.dengan member contoh,jelaskan bagaimana persekitaran tersebut mempengaruhi perniagaan(15m) i.persekitaran ekonomi -risiko dan ketidakpastian pasaran -dinamik/perubahan pasaran -kedudukan pasaran wang -keadaan/pertumbuhan dan kemelesetan ekonomi -pusingan perniagaan Contoh:penempatan pasaraya hanya sesuai di kawasan penduduk berpendapatan tinggi dan mampu.

ii.persekitaran politik dan perundangan -keadaan politik dan polisi awam sesebuah Negara peraturan,kawalan,sokongan dan galakan kerajaan. -sistem percukaian

Contoh:cukai dinaikkan untuk pusat hiburan,kedai minuman keras dan pusat permainan video.

iii.persekitaran sosiobudaya -hubung kait nilai budaya social amalan sesuatu kaum -perlindungan dan tanggungjawab social yang dipegangsesuatu bangsa -perubahan populasi -etika perniagaan Contoh:pakaian orang melayu berbeza dengan keperluan pakaian orang cina.oleh itu tidak sesuai jual baju melayu di petaling street.

iv.persekitaran persaingan -persaingan yang dihadapi -jenis struktur pasaran(persaingan tulen,monopoli,oligopoly,monopolistic) -persaingan harga -persaingan produktiviti -persaingan antarabangsa Contoh:perniagaan makanan segera,kereta baru/kereta terpakai

v.persaingan teknologi -sebarang penggunaan sains yang membolehkan sesuatu yang baru atau membentuk tugas atau prosedur kerja yang baru dan lebih baik Contoh:teknologi computer dalam perniagaan,penggunaan e-mail,e-commerce

vi.persaingan fizikal -persaingan yang sering dikaitkan dengan tenaga(minyak,elektrik dll) -sumber semula jadi -pencemaran alam sekitar,ekologi -kemudahan pengangkutan dan perhubungan Contoh:kemudahan berdekatan pelabuhan bagi mengurangkan kos pengangkutan unntuk eksport dan import samada input/output.

CONTOH SOALAN TAHUN 2000


1.a.huraikan 3 kepentingan aktiviti perniagaan kepada masyarakat(3m) -memenuhi keperluan pengguna dengan menyediakan barang dan perkhidmatan -mewujudkan peluang pekerjaan melalui pengambilan pekerja untuk menjalankan usaha perniagaan -pembangunan masyarakat setempat dengan penyediaan peluang untuk menyertai perniagaan melalui system bekalan dan jualan

b.jelaskan maksud perniagaan tahap haluan dan berikan contoh(11/2m) -perniagaan haluan ialah perniagaan yang terlibat dalam bidang ekstraktif/pengeluaran bahan mentah Contoh:perniagaan francais KFC(asas) membuka perladangan KFC(haluan)

2.a.proses perniagaan melibatkan tiga peringkat iaitu i.membangunkan keluaran ii.menguruskan permintaan iii.memenuhi pesanan dengan memberikan contoh yang sesuai,terangkan setiap peringkat tersebut(6m) i.membangunkan keluaran -kenalpasti apakah keluaran yang hendak dikeluarkan supaya ia dapat member kepuasan kepada pengguna -buat inovasi terhadap keluaran sedia ada supaya mutu keluaran dan fungsi penggunaan dapat di tingkatkan

-mencipta 1 keluaran yang baru -contoh:PROTON keluarkan kereta WAJA

ii.Menguruskan permintaan -mengenalpasti keperluan dan kehendak pengguna -merangkumi penyelidikan pemasaran,promosi,pengiklanan,jualan,pembungkusan dan rangkaian -contoh:membuat pelancaran jualan secara besar-besaran dan menerima pesanan terlebih dahulu.

iii.memenuhi pesanan -merangkumi proses pengeluaran,penyimpanan,memasang dan perkhidmatan selepas jualan. -contoh:menyediakan khidmat selepas jualan bagi kereta,komputer dan lainlain.

b.persekitaran fizikal adalah merupakan salah satu faktor penting dalam pembangunan ekonomi di Malaysia.jelaskan usaha-usaha yang teleh dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memantapkan lagi persekitaran fizikal perniagaan di Malaysia.(15m) -usaha-usaha kerajaan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memantapkan persekitaran fizikal perniagaan di Malaysia: *kemudahan pengangkutan(jalan raya,jalan keretapi,udara,laut) *kemudahan awam(elektrik,apa,bekalan air,kaselamatan) *zon perdagangan(harga tanah rendah,zon perdagangan bebas) *perhubungan(MSC,telekomunikasi,pengecualian cukai)

*pelabuhan dan perundangan(sistem yang cekap dan terkini)

c.pelanggan dan pembekal merupakan dua pihak yang memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kejayaan sesebuah perniagaanjelaskan penyataan ini.(4m) *pelanggan merupakan pengguna kepada keluaran -pelanggan mahukan kepuasan dalam penggunaan barang dan perkhidmatan -pelanggan yang akan menentukan kejayaan sesebuah perniagaan kerana mereka yang akan membayar bagi barang dan perkhidmatanyang disediakan. *pembekal membekalkan keperluan perniagaan -hubungan dengan pembekal penting untuk memastikan bekalan sentiasa terjamin -pemilihan pembekal yang dapat menyediakan pelbagai kemudahan dapat membentuk perjalanan operasi perniagaan.

CONTOH SOALAN TAHUN 2001


1.a.senaraikan 6 persekitaran umum organisasi(3m) *elemen persekitaran umum -ekonomi -persaingan dan jaringan -sosiobudaya -politik dan perundangan -teknologi -fizikal

b.dari segi perundangan,bandingkan ketiga-tiga entity perniagaan yang berikut.(3m) i.perkongsian ii.syarikat sendirian berhad iii.koperasi *perkongsian-pendaftar perniagaan 2-20 org tidak terhad akta perkongsian 1961(pindaan) *syarikat sdn.bhd pendaftar syarikat 2-50 org terhad akta syarikat 1965 *koperasi jabatan pembangunan koperasi tidak kurang dari 100 org terhadakta koperasi 1948(pindaan 1993)

2.a.huraikan perkaitan antara peranan sektor swasta,sektor awam,dan badan berkanun dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi Negara.(7m)

*sektor swasta -menjalankan aktiviti perniagaan -memberi/menyediakan peluang pekerjaan

*sektor awam -pendorong dan penyokongdengan member kemudahan dan panduan kepada pihak swasta -mengurangkan lapisan birokrasi di sektor awam

*badan berkanun -mengawal selia aktiviti perniagaan supaya aktiviti berlandaskan peraturan dan perundangan -menjaga kewibawaan sektor swasta -menyediakan sumber manusia(universiti)

*peranan firma kecil dalam industry barangan elektronik -membekalkan bahan mentah kepada firma yang mengeluarkan barang siap -menyediakan kepakaran khusus seperti peralatan audio dibekalkan oleh pengeluar peralatan audio kepada PROTON -mengurangkan kos pembayaran -membuat/mengeluarkan barangan mengikut pesanan -kos pergudangan ditanggung oleh pembekal

c.huraikan 4 unsur persekitaran tugas yang mempengaruhi sesuatu perniagaan(12m) *pelanggan -merupakan pihak yang membekalkan bahan mentah kepada perniagaan. -hubungan yang baik antara perniagaan dan pembekal adalah bertujuan untuk menjamin bekalan yang berterusan pada harga yang berpatutan,serta pembayaran hutang kepada pembekal tepat pada masanya.

*kerajaan dan komuniti -kerajaan memperuntukkan peraturan dan undang-undang untuk dipatuhi oleh perniagaan. -perniagaan/syarikat tidak boleh mencemarkan alam sekitar dan tidak boleh menaikkan barangan sewenang-wenangnya. -perniagaan juga perlu menjalankan tanggungjawab social supaya mereka dapat memastikan sokongan yang berterusan dari masyarakat.

*pekerja -merupakan asset penting dalam perniagaan. -dengan itu kebajikan pekerja tidak boleh diabaikan. -perniagaan perlu sensitif kepada keperluan dan kehendak pekerja samada dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan, -selain daripada itu,pengetahuan dan kemahiran pekerja juga perlu ditingkatkan dengan member latihan-latihan tertentu. -sekiranya produktiviti pekerja menurun,ini akan menyebabkan kos pengeluaran akan meningkat.

*pesaing -merupakan perniagaan yang lain dalam industri yang sama yang menawarkan barangan hampir sama. -syarikat perlu bersaing untuk mendapatkan syer pasaran bagi syarikatnya dan mendapatkan tapak yang kukuh dalam pasaran. -namun begitu persaingan perlulah adil supaya tiada syarikat yang melanggar etika perniagaan dan peraturan perniagaan. -pesaing akan meningkatkan kecekapan dan member manfaatkepada pengguna.

CONTOH SOALAN TAHUN 2002

1.a.huraikan 3 kepentingan aktiviti perniagaan kepada ekonomi Negara.(3m) -membantu meningkatkan pendapatan kerajaan melalui kutipan cukai dari perniagaan yang mendapat untung. -mewujidkan petempatan baru/Bandar baru. -meningkatkan ekonomi Negara.

b.nyatakan 3 perbezaan selain daripada faktor perundangan antara organisasi perniagaan dengan organisasi bukan perniagaan.(3m) Organisasi perniagaan Matlamat utama adalah keuntungan Sumber kewangan adalah daripada modal dan keuntungan syarikat. Aktiviti utama organisasi ialah penjualan barangan dan perkhidmatan. Organisasi bukan perniagaan Matlamat utama adalah kebajikan sosial ahli Sumber kewangan adalah daripada yuran ahli dan sumbangan masyarakat. Aktiviti utama organisasi ialah bercorak kemasyarakatan.

2.a.terangkan 4 persekitaran umum dan bincangkan bagaimana setiap persekitaran tersebut mempengaruhi prestasi perniagaan.(12m) i.persekitaran ekonomi -risiko dan ketidakpastian pasaran. -dinamik/perubahan-perubahan pasaran -kedudukan pasaran wang

-keadaan/pertumbuhan atau kemelesetan ekonomi -pusingan perniagaan Contoh:penempatan pasaraya hanya sesuai di kawasan penduduk berpendapatan tinggi dan mampu.

ii.persekitaran politik dan perundangan. -keadaan politik dan polisi awam sesebuah Negara -peraturan,kawalan,sokongan dan galakan kerajaan -sistem percukaian Contoh:cukai dinaikkan untuk pusat hiburan,kedai minuman keras dan pusat permainan video.

iii.persekitaran sosiobudaya -hubungkait nilai budaya sosial amalan sesuatu kaum. -perlindungan dan tanggungjawab sosial yang dipeggang sesuatu bangsa -perubahan populasi Contoh:pakaian orang melayu berbeza dengan keperluan pakaian orang cina.oleh itu,tidak sesuai jual baju melayu di petaling street.

iv.persekitaran persaingan -persaingan yang dihadapi -jenis struktur pasaran(persaingan tulen,monopoli,oligopoly,monopolistic) -persaingan harga -persaingan antarabangsa

Contoh:perniagaan makanan segera,kereta baru/kereta terpakai

v.persaingan teknologi -sebarang perubahan penggunaan sains yang membolehkan manusia melakukan sesuatu yang baru atau membentuk tugas atau prosedur kerja yang baru dan lebih baik. Contoh:teknologi computer dalam perniagaan,penggunaan email,ecommerce.

vi.persaingan fizikal -persaingan yang sering dikaitkan dengan tenaga -sumber semulajadi -pencemaran alam sekitar,ekologi -kemudahan pengangkutan dan perhubungan Contoh:kemudahan berdekatan pelabuhan bagi mengurangkan kos pengangkutan untuk eksport dan import samada input/output.

b.bincangkan proses perniagaan bagi sebuah kilang membuat basikal.(13m)

*input -faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan keluaran iaitu buruh,tanah,modal dan usahawan. -bahan mentah seperti besi,tayar,cat dan lain-lain. -peralatan seperti mesin pemasangan. -sumber kewangan yang diperlukan untuk membiayaiaktiviti perniagaan dan membeli alatan.

*proses transformasi. -transformasi adalah aktiviti tambah nilai dalam proses pengeluaran -input ditukar kepada output dengan menggunakan manusia,bahan,pengetahuan,dan teknologi.

*output -merujuk kepada hasil daripada proses pengeluaran. -dalam kes ini,basikal adalah outputnya.pemasar akan menjalankan fungsinya untuk mewujudkan ciri-ciri basikal seperti saiz,dan lain-lain.

*proses pemasaran. -ialah urusniaga yang berlaku antara pengeluar dengan pelanggan. -jabatan pemasaran akan menetapkan harga basikal berdasarkan aktiviti tambah nilai yang dilakukan.

*untung atau rugi -untung adalah kelebihan hasil daripada kos. -rugi adalah kurangan hasil berbanding kos. -untung merupakan ganjaran kepada usahawan.

CONTOH SOALAN TAHUN 2003

1.a.galurkan hubungan antara perkembangan ekonomi Negara dengan pelanggan.(12m) -apabila ekonomi berkembang,aktiviti perniagaan akan meningkat,ia akan meningkatkan peluang pekerjaan. -seterusnya akan meningkatkan pendapatan pelanggan dan akan meningkatkan pembelian/dapat meningkatkan permintaan.

b.huraikan 3 sumbangan sektor swasta kepada Negara.(3m) -mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dengan membuka kilang/perniagaan/industry. -meningkatkan hasil Negara melalui kutipan cukai. -memberi kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan produktiviti/pembangunan sumber manusia kepada masyarakat melalui latihan/teknologi yang dibawa masuk. -memberi sumbangan kepada Negara seperti derma. -membangunkan insfraktuktur/fizikal seperti membina jalan/tempat menunggu bas kepada masyarakat. -memindahkan teknologi luar ke dalam Negara iaitu membawa teknologi baru/R&D.

2.a.jelaskan kepentingan perniagaan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.(5m) i.maksud keperluan dan kehendak. -kehendak manusia adalah tidak terbatas serta mempunyai keinginan yang banyak dan pelbagai. -keperluan asas merupakan sesuatu yang perlu ada seperti makanan,pakaian dan pelbagai. -keperluan sampingan merupakan sesuatu untuk tujuan keselesaan seperti pendidikan.

ii.kepentingan. -menghasilkan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. -mengagihkan/mengedarkan barang dan perkhidmatan untuk sampai ke tangan pengguna pada harga dan kos yang berpatutan,kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna dan tepat pada masanya. -menyediakan barang yang berkualiti/bernilai tinggi,selamat digunakan dan tiada pencemaran.

b.bincangkan peranan pengurusan permintaan kepada sesebuah perniagaan.(8m) peranan: -mengenalpasti keperluan dan kehendak manusia. -ia bertujuan mewujudkan permintaan bagi keluaran baru. -mengekalkan permintaan bagi keluaran sedia ada.

-adalah untuk member kepuasan kepada pengguna. Aktiviti yang dijalankan: i.membuat penyelidikan pemasaran -memastikan keluaran yang dihasilkan memang diperlukan oleh pengguna. -mengenalpasti citarasa pengguna menerusi cirri-ciri produk. -menentukan sasaran pasaran

ii.mengadakan promosi(pengiklanan) -memastikan pengguna diberikan maklumat yang lengkap. -mewujudkan permintaan dengan cara memujuk. -mengekalkan permintaan terutama bagi keluaran yang sedia ada.

iii.mengadakan aktiviti penjualan yang berkesan -tempat yang sesuai iaitu mudah didatangi/selesa. -masa yang sesuai/berterusan. -harga yang berpatutan -mempunyai faedah sampingan.

c.jelaskan kesan persekitaran umum perniagaan yang berikut terhadap industri komputer di Malaysia. i.politik dan perundangan. ii.sosial. iii.ekonomi. iv.teknologi(12m)

i.politik dan perundangan. -sistem politik yang diamalkan contohnya komunis/kapitalis dari segi kebebasan mandapatkan maklumat. -undang-undang yang ketat dalam member perlindungan hak cipta -galakan dari kerajaan menerusi prosedur percukaian. -menggalakkan usaha peningkatan teknologi

ii.dari segi sosial. -budaya masyarakat yang celik komputer menggalakkan penerokaan dalam bidang ini. -taraf pendidikan masyarakat contohnya masyarakat berpengetahuan -sikap iaitu minat dan kesedaran tentang kepentingan komputer -komposisi penduduk contohnya dari segi usia(muda/tua) -taraf hidup penduduk

iii.dari segi persekitaran ekonomi.

-sistem ekonomi kapitalis menggalakkan pelaburan dengan pemilikan harta dan hak keatas keuntungan. -sistem ekonomi campuran terdapat sedikit campur tangan kerajaan -peningkatan pendapatan penduduk menyebabkan mereka mampu memiliki komputer. -persaingan tulen boleh menurunkan harga,meningkatkan mutu/kualiti komputer.

iv.dari segi teknologi. -dari segi teknik kemahiran,penguasaan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh masyarakat sesebuah Negara. -dari segi kepelbagaian software. -dari segi peralatan hardware yang canggih seperti teknologi robotik dan teknologi maklumat. -memudahkan pelaksaan kerja.

CONTOH SOALAN TAHUN 2004

1.a.jelaskan maksud perniagaan tahap tertiar dan berikan contoh perniagaan tersebut.(3m) *perniagaan tahap tertiar ialah perniagaan yang melibatkan perkhidmatan atau produk tidak ketara yang tidak boleh diproses lagi. Contoh perniagaan tahap tertiar: -perkhidmatan langsung seperti doctor dan pendandan rambut. -perkhidmatan penghantaran dan pengangkutan seperti DHL. -perkhidmatan bank seperti pinjaman oleh maybank Malaysia berhad. -perkhidmatan insurans seperti perlindungan risiko yang disediakan oleh great eastern assurance bhd. -perkhidmatan perhotelan seperti penginapan yang disediakan oleh sherwood marina cove. -perkhidmatan telekomunikasi seperti perkhidmatan internet disediakan oleh telekom Malaysia berhad.

b.dengan menggunakan industri minyak kelapa sawit,jelaskan bagaimana proses tambah nilai berlaku.(21/2) -input(buah kelapa sawit)diproses untuk dijadikan minyak kelapa sawit yang seterusnya menjadi output lain iaitu produk berasaskan kelapa sawit. -proses tambah nilai berlaku dengan aktiviti pembungkusan/penjenamaan/pelabelan/pewarnaan/pengawetan/pewangi an.ini menyebabkan harga minyak sawit dinaikkan.

2.restoran nasi kandar pak teh merupakan sebuah perniagaan yang sedang berkembang pesat.pak teh sedang menghadapi masalah untuk mengekalkan perniagaannya secara milikan tunggal.oleh sebab pertambahan pelanggan yang begitu pesat,pak teh memikirkan untuk mengembangkan perniagaan restorannya dengan menubuhkan beberapa cawangan.beliau memikirkan untuk menubuhkan syarikat sendirian berhad tetapi tidak pasti akan keberkesanannya. a.jelaskan kelemahan perniagaan pemilikan tunggal yang mungkin dihadapi oleh pak teh.(10m) *pemilikan tunggal -liabiliti tidak terhad -modal terhad -pemilik tiada kemahiran -beban pengurusan -perniagaan jarang kekal dalam jangka panjang

*kelebihan syarikat sendirian berhad -modal besar -liabiliti terhad -operasi dapat mengembangkan perniagaan -jangka hayat perniagaan lebih panjang

*kelemahan syarikat sendirian berhad -penguasaan cenderung kepada pemengang saham utama

-kos penubuhan sangat tinggi dan pembubaran yang kompleks -konflik kepentingan dalam pengurusan -laporan kewangan mengikut akta syarikat 1965,perlu diaudit -keputusan dibuat lambat kerana perlu mendapat persetujuan daripada pemengang saham.

b.berikan nasihat anda kepada pak teh tentang cadangan beliau untuk menubuhkan syarikat sendirian berhad bagi mengendalikan rantaian restorannya.(15m) -nasihat kepada pak teh(kaitan sokongan penubuhan syarikat sendirian berhad) Alasan/kaitan -pelanggan/pasaran semakin besar -menubuhkan beberapa cawangan -mengembangkan perniagaan -liabiliti pak teh sebagai pemilik

CONTOH SOALAN TAHUN 2005


1.a.nyatakan 4 konsep asas perniagaan(2m) -barangan dan perkhidmatan -pertukaran nilai -keuntungan perniagaan -memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

b.nyatakan dua sebab mengapa seorang peniaga keempunyaan tunggal sanggup menggunakan lebih masa dan usaha untuk mengurus perniagaannya.(2m) -motivasi yang tinggi untuk menjayakan 1 perniagaan yang diasasnya sendiri. -menanggung liability tidak terhad di mana harta peribadi boleh dituntut untuk membayar hutang jika perniagaan muflis.

2.a.jelaskan mengapa entity perniagaan berbentuk keempunyaan tunggal dianggap sesuai bagi perusahaan kecil.(5m) i.mudah ditubuhkan. -peniaga perlu mendaftar dengan pejabat pendaftaran perniagaan dengan melengkapkan borang A dan membayar yuran pendaftaran. -peniaga juga perlu dapatkan lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan dan terus berniaga.

ii.kos penubuhan yang rendah. -peniaga tidak perlu bayar cukai perniagaan yang tinggi tetapi hanya bayar cukai pendapatan individu. iii.keputusan dibuat sendiri. -peniaga tidak perlu dapatkan persetujuan pihak lain dalam membuat keputusan perniagaan. -peniaga mudah mengembangkan perniagaan atau membubarkannya.

b.dengan memberikan contoh,huraikan pengaruh persekitaran terhadap tugas perniagaan.(12m) persekitaran tugas meliputi pihak-pihak yang berkepentingan dalam perniagaan.berdasarkan contoh pendandan rambut. *pelanggan -pihak yang mengunjungi salun tersebut -salun perlu pastikan perkhidmatannya memenuhi kehendak pelanggannya. -membekalkan perkhidmatan yang berkualiti,harga yang berpatutan dan layanan yang baik. *pemodal dan pembiaya -pihak yang membekalkan modal kepada salaun seperti bank,saudara mara atau orang perseorangan. -peniaga perlu menggunakan modal ini secara bertanggungjawab supaya dapat membayar balik pinjaman beserta faedahnya kepada pemodal dan pembiaya. *pembekal -pihak yang membekalkan segala keperluan salun/perniagaan seperti losyen rambut,syampu dan alat-alat yang berkaitan.

-peniaga perlu menjalin hubungan baik drngan pembekal dan bayar tepat pada masanya.

*pesaing -salun dandanan rambut lain yang sama-sama bersaing dalam perniagaan ini. -peniaga salun perlu mengkaji kelebihan dan kelemahan pesaing. -kemudian mengatur strategi yang sewajarnya seperti promosi diskaun. *kerajaan. -peniaga perlu pastikan undang-undang dipatuhi. -jika tidak,peniaga akan didakwa dan perniagaannya akan terjejas. *pekerja. -terdiri daripada pendandan rambut yang digajikan oleh peniaga salun. -peniaga perlu pastikan pekerja diberi gaji yang berpatutan dan tempat kerja yang selesa.

c.huraikan kepentingan persekitaran fizikal terhadap pembangunan perniagaan.(8m) *input kepada perniagaan. -persekitaran fizikal termasuklah segala sumber alam yang terdapat di sesuatu kawasan -ia merangkumi sumber air,udara,tanih,galian,hutan,laut dan lain-lain. -semua ini input kepada perniagaan. *bekalan sumber yang berterusan

-jika ada sumber yang berterusan memastikan perniagaan dapat menjalankan pengeluaran tanpa gangguan. -jika berlaku gangguan bekalan,pengeluaran akan terjejas.

*kehausan sumber yang tidak dapat diperbaharui -akan menjejaskan perniagaan seperti sumber galian. -peniaga terpaksa membayar kos yang tinggi untuk mendapatkannya -kos pengeluaran akan meningkat.

*pemeliharaan alam sekitar -usaha menerokai alam yang perlu diimbangi dengan memelihara alam sekitar. -ada perniagaan yang mengabaikan tanggungjawab ini. -contohnya tumpahan minyak,pencemaran udara,jerebu dan lain-lain.

CONTOH SOALAN TAHUN 2006

1.a.jelaskan maksud jaringan perniagaan.(2m) -pakatan strategi atau hubungan perjanjian formal. -yang dibentuk oleh perniagaan dengan pembekal,pengilang,atau pengedar untuk menghasilkan produk atau memasarkannya di pasaran.

b.dengan menggunakan pisang sebagai contoh,nyatakan perbezaan antara barangan consumer dengan barangan industri.(3m) -dimensi barangan consumer barangan industry. -kategori pembeli dibeli oleh pengguna akhir dibeli oleh pengilang. -tujuan dibeli digunakan untuk dimakan/digoreng untuk isi rumah diproses untuk dijual semula kepada pengguna akhir. -produk akhir pisang,pisang goreng,kerepek pisang,kek pisang,jem pisang. -ciri produk-produk akhir input kepada produk seterusnya.

2.a.huraikan 5 cabaran yang akan dihadapi oleh aktiviti perniagaan pada masa hadapan.(10m) Globalisasi/dunia tanpa sempadan.

-persaingan sengit(kualiti,harga,penyampaian),mobility pekerja/modal,celaru budaya.

Peningkatan kemajuan teknologi. -perubahan produk,tempoh ke pasaran kemahiran teknologi,perlu modal tinggi. Peningkatan tanggungjawab sosial -batasan aktiviti komersial,desakan/tekanan pihak NGO,kerajaan,pihak berkepentingan:buruh kanak-kanak;perihatin terhadap OKU. semakin pendek,perlu

Peningkatan sistem perniagaan islam(perbankan islam) -pematuhan syariah.

Kewujudan blok-blok perdagangan. -ketumpuan pasaran,persaingan sengit,batasan perdagangan.

Sumber semakin berkurangan. -batasan pengeluaran,perlukan inovasi dan kreativiti yang tinggi,meningkatkan produktiviti(meningkatkan kecekapan penggunaan sumber)

Perubahan struktur demografi -kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran memerlukan kemudahan atau suasana kerja yang berbeza daripada suasana biasa.hayat semakin panjang-ramai pekerja yang sudah MATANG.

b.huraikan bagaimana faktor yang berikut dapat menggalakkan industri pelancongan di Negara kita. i.sosiobudaya ii.ekonomi iii.kerajaan iv.fizikal(10m)

i.SOSIOBUDAYA -nilai-nilai bersama yang dikongsi oleh 1 kumpulan masyarakat. -budaya unik(kepelbagaian agama,adat resam,perayaan,dll) -rakyat mudah mesra dan beradab -gabungan gaya hidup moden dan nilai tradisional

ii.EKONOMI -keadaan/persekitaran ekonomi,kuasa beli,harga barangan. -barang murah dan pelbagai -kadar pertukaran matawang menarik -sistem kewangan yang efisien -peniaga beretika

iii.KERAJAAN -sistem pemerintahan(institusi,penguatkuasaan),gaya kepimpinan. -galakan kedatangan pelancong.cth;program homestay,2nd home. -kemudahan perjalanan(visa,pas lawatan,kurang birokrasi) iv.FIZIKAL -merujuk kepada kemudahan fizikal(bangunan,jalanraya,perhubungan) -tempat penginapan yang banyak,selesa dan selamat -keindahan alam semula jadi/tempat lawatan yang menarik -kebersihan dan kesihatan(bebas penyakit) -sistem pengangkutan/perjalanan/perhubungan -sistem komunikasi

c.jelaskan kepentingan untung kepada perniagaan(5m) -merupakan ganjaran kepada pengusaha kerana kesanggupan menanggung risiko.contoh:dividen. -sumber modal bagi pembesaran dan penerusan/kelangsungan perniagaan(survival)-pelaburan semula keuntungan. -tahap keuntungan melambangkan imej/kecemerlangan syarikat -keyakinan atau dorongan kepada pelabur

CONTOH SOALAN TAHUN 2007

1.a.nyatakan kepentingan persaingan dan sosiobudaya kepada organisasi perniagaan.(2m) Kepentingan persaingan -melakukan inovasi terhadap produk dan perkhidmatan -meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos -meningkatkan kualiti -mengurangkan kos Kepentingan sosiobudaya -demografi/populasi penduduk menentukan pasaran dan permintaan -perubahan gaya hidup mengubah reka bentuk produk -kepercayaan/agama/adat/nilai mempengaruhi produk yang ditawarkan.

b.Jelaskan maksud perniagaan berasaskan pengeluaran barangan industri dan berikan contoh(3m) -maksud:perniagaan barangan industry adalah perniagaan yang melibatkan pembuat menjual barangan/keluarannya kepada pembuat

lain dan barangan tersebut seterusnya(tambah nilai)bagi menghasilkan produk akhir. -contoh:papan yang dihasilkan oleh kilang papan dibeli oleh kilang perabot untuk diproses seterusnya kepada produk berasaskan kayu seperti perabot,pintu dan sebagainya.

2.a.huraikan maksud perniagaan domestic dan sumbangannya kepada Negara.(13m) Maksud: -perniagaan yang berpotensi dalam Negara -menggunakan sumber input yang terdapat dalam Negara -pasaran dalam Negara Peranan: -memberi pendapatan cukai kepada Negara -mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan -menggunakan sumber/input dalam Negara dan meningkatkan kegiatan perusahaan haluan -mewujudkan perusahaan lain yang menyokong perusahaan asas(pengangkutan,makanan) -menjimatkan pertukaran asing -memberikan kemahiran asas kepada tenaga kerja tempatan

b.jelaskan perbezaan antara syarikat sendirian berhad dengan syarikat awam berhad.(12m)

-bilangan pemilik sekurang-kurangnya 2 orang dan maksimum 50 orang pemengang saham sekurang-kurangnya 2 orang pemegang saham tetapi tiada jumlah maksimum(terhad kepada bilangan saham berbayar) -penjualan dan pembelian syer pemilikan syer terbuka kepada sekumpulan orang persendirian saja.pemilikan syer terbuka kepada orang ramai melalui pasaran saham/bursa saham. -laporan kewangan tidak perlu diumumkan kepada orang ramai.laporan kewangan perlu diumumkan hanya melalui akhbar. -pendaftaran dan nama syarikat perkataan sdn bhdperlu dimasukkan sebagai sebahagian daripada nama syarikat . -pengurusan lembaga pengarah mesti dilantik daripada pemengang syer.sekurang-kurangnya seorang pengarah akan menguruskan syarikat. -sumber modal adalah terhad dan mudah mendapat modal yang besar daripada ramai pemegang saham. -pemindahan saham terhad dan perlu ada persetujuan daripada ahli-ahli dan pemindahan saham adalah bebas.

CONTOH SOALAN TAHUN 2008


1.a.nyatakan 3 kepentingan agensi kerajaan kepada perniagaan.(3m) -perniagaan dapat beroperasi secara sah -mendapat kemudahan insfraktuktur -mendapat kawasan atau lokasi perniagaan -mendapat sumber pembiayaan -mendapat garis panduan menjalankan aktiviti perniagaan

b.nyatakan perbezaan antara fungsi persekitaran umum dengan fungsi persekitaran tugas.(2m) dimensi persekitaran umum persekitaran tugas -liputan faktor yang luas san menyeluruh faktor yang khusus melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan terhadap perniagaan. -kesan terlibat secara tidak langsung dengan operasi perniagaan/semua industri -terlibat secara langsung dalam setiap tindakan pengurusan perniagaan

-kawalan faktor yang sukar dijangka/dikawal oleh pihak pengurusan organisasi faktor yang boleh dijangkakan/dikawal oleh pihak pengurusan organisasi.

2.a.dengan merujuk kepada perniagaan di Malaysia,jelaskan kepentingan perniagaan kepada pihak yang berkepentingan.(15m) Pelanggan membeli produk yang dikeluarkan oleh syarikat-mendapat barang yang berkualiti. -mendapat pelbagai pilihan produk. -mendapatkan produk yang selamat digunakan -mendapat produk pada harga yang berpatutan. Mendapat kuantiti barangan yang mencukupi.

Tenaga pekerja yang memberikan sumbangan mental dan fizikal kepada syarikat. -mendapat gaji dan upah. -mendapat faedah pekerjaan -dapat meningkatkan kemahiran dan pengalaman -mewujudkan jalinan sosial/kumpulan kerja.

Pihak yang membekalkan bahan mentah/input kepada perniagaan

-mendapat untung -mendapat bayaran tepat pada masanya -dapat terus beroperasi sebagai pembekal -mendapat maklumat daripada perniagaan untuk meningkatkan kualiti produk

Pemodal/pembiaya pemodal(pihak yang melabur dalam syarikat) Pembiaya(pihak yang member pinjaman kepada syarikat) -mendapat dividen atau keuntungan -mendapat peluang pelaburan yang menguntungkan -menambah kekayaan

Pihak kerajaan yang berkuasa menentukan undang-undang dan peraturan -mendapat hasil/cukai daripada keuntungan perniagaan -mengatasi masalah pengangguran/masalah sosial -mengurangkan perbelanjaan pembinaan insfraktuktur -menggalakkan pertumbuhan ekonomi

Pesaing firma lain dalam industri/pasaran yang sama. -menggalakkan inovasi produk -sumber idea -menjadi penanda aras harga dan kualiti -strategi pemasaran yang dapat bersaingan

b.dengan memberikan contoh,jelaskan bagaimana faktor persekitaran umum,iaitu teknologi dan sosial dapat menyumbang kepada perkembangan dan pertumbuhan industry perbankan islam di Malaysia.(10m) -teknologi peralatan/pengetahuan/kaedah menukarkan input kepada output internet telebanking -ATM:peluang mewujudkan dan menawarkan produk baru. -peluang untuk memperluaskan pasaran/promosi. -peluang untuk meningkatkan bilangan pengguna. -peluang untuk meningkatkan cara penyampaian produk yang lebih berkesan. -produk mengikut syariah. -tanpa riba. -perkongsian untung. -perbankan islam(menawarkan produk) -meluaskan pasaran. -meningkatkan bilangan pelanggan

-cara penyampaian.

CONTOH SOALAN TAHUN 2009

1.a.nyatakan 4 isu perniagaan yang perlu ditangani oleh para pengurus pada masa hadapan.(2m) -manusia -bentuk pemilikan perniagaan -tenaga kerja -konsep perniagaan antarabangsa -pekerjaan jarak jauh -perkembangan teknologi -tanggungjawab sosial -sistem perniagaan islam -blok perdagangan -sumber yang semakin berkurangan

b.apakah yang dimaksudkan dengan persekitaran teknologi dan sejauh manakah persekitaran teknologi dapat memberikan impak positif kepada perniagaan.(10) -teknologi merujuk kepada kaedah baru untuk melakukan sesuatu kerja.teknologi sering dikaitkan dengan penciptaan kaedah baru melalui kegiatan penyelidikan dan pembangunan(R&D). -penggunaan teknologi baru dapat membantu untuk meningkatkan produktiviti,menjimatkan masa pengeluaran dan mengurangkan kos perniagaan.

-perniagaan harus peka terhadap perkembangan teknologi dan menggunakan teknologi yang dapat membantu untuk meningkatkan prestasi perniagaan mereka.penggunaan teknologi yang canggih dapat meningkatkan kemampuan daya saing sesebuah perniagaan.

2.a.jelaskan aktiviti pengeluaran pada tahap perniagaan primer,sekunder dan tertier bagi penghasilan produk kasut sukan.(15m) PRIMER -melibatkan pengestrakkan sumber semula jadi dan bahan mentah dari perut bumi tanpa mengubah bentuk asalnya.aktiviti perniagaan yang dijalankan pada tahap primer akan memberikan nilai tambah terhadap hasil yang diperolehi pada peringkat seterusnya. SEKUNDER -melibatkan pemprosesan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap atau barang separuh siap.nilai tambah yang dihasilkan pada tahap ini lebih tinggi berbanding pada tahap primer. TERTIAR -merujuk kepada perniagaan yang melibatkan produk tidak ketara atau perkhidmatan yang tidak perlu diproses lagi..misal nya dalam memproses kasut sukan yang dibuat daripada getah ataupun kain akan dianggut ke kilang proses kasut dan barang siap perlu dipasarkan kepada pengguna akhir.dalam situasi perkhidmatan,penggangkutan diperlukan untuk melancarkan aktiviti tersebut.

You might also like