You are on page 1of 12

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN DUA SMK DAMANSARA DAMAI 1 PETALING JAYA, SELANGOR.

Tajuk Kajian: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID DALAM MENTERJEMAH OBJEK KE DALAM LUKISAN UNJURAN ORTOGRAFIK DENGAN MENGGUNAKAN MODEL OBJEK

Disediakan oleh: Puan Noor Azizah Zakaria Puan Yusniza Mohamed Yusuf Puan Nooraihan Rasip

2. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

ISI KANDUNGAN Muka surat hadapan Isi Kandungan Penghargaan Abstrak Refleksi P&P yang lalu Fokus Kajian Objektif Kajian Kumpulan Sasaran Pelaksanaan Kajian Cadangan kajian akan datang Bibliografi dan lampiran 1 2 2 3 3 3 4 4 9 10

3.

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini kepada :

Pn. Megawati Binti Hasbullah (Pengetua) Pn. Mazlinda (Ketua Panitia) Guru-Guru Kemahiran Hidup (ERT, KT, PK) 4. ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid dalam menterjemah objek ke dalam lukisan unjuran ortografik dengan menggunakan model objek. Kajian ini akan melibatkan seramai 36 orang murid yang diambil secara rawak daripada Tingkatan 2 Cendekia dan 2 Hikmah di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Damai 1, Petaling Jaya, Selangor. Model objek akan digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pemahaman murid. Jika hanya ditunjukkan secara visual sahaja agak rumit untuk diterangkan kepada murid. Beberapa contoh model digunakan daripada yang asas hingga yang kompleks bagi memperlihatkan peningkatan murid. Perbandingan antara murid lelaki dan perempuan juga dibuat untuk melihat kecekapan murid kerana tajuk ini agak susah bagi murid perempuan jika dibandingkan dengan murid lelaki. 5. REFLEKSI P&P YANG LALU

Sepanjang beberapa tahun pengajaran kami dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, ketika pengajaran tajuk Lukisan Teknik, kami akan memberi beberapa contoh objek untuk murid menterjemah dan melukis tiga sudut pandangan iaitu pandangan atas/pelan, pandangan hadapan dan pandangan sisi. Apabila diberi objek yang asas, murid tidak menghadapi masalah yang besar untuk melukis tetapi apabila ditunjukkan objek yang agak rumit, mereka tidak dapat melukis dan menterjemah dengan betul. Masalah ini amat jelas dilihat semasa mereka menjawab latihan, soalan peperiksaan dan ketika proses dokumentasi kerja kursus Tingkatan 2.

6.

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan refleksi P&P yang lalu, kami akan memfokuskan kepada cara menguasai tajuk Lukisan Ortografik kerana mereka tidak boleh menterjemah objek yang diberi ke dalam sudut pandangan ortografik.

7.

OBJEKTIF KAJIAN 7.1 Objektif am

Meningkatkan pencapaian murid (markah dan kemahiran) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. 7.2 i. ii. iii. iv. v. Objektif Khusus Untuk menarik minat murid mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup Untuk meningkatkan kemahiran murid Membantu murid menguasai kemahiran lukisan ortografik Membantu murid mengusai kemahiran menterjemah lukisan ortografik Membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas

8.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini akan melibatkan seramai 36 orang murid yang diambil secara rawak daripada Tingkatan 2 Cendekia dan 2 Hikmah di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Damai 1, Petaling Jaya, Selangor.

9.

PELAKSANAAN KAJIAN 9.1 Tinjauan masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, kami telah meninjau masalahmasalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai tajuk lukisan unjuran ortografik dan telah membuat analisis terhadap masalah ini. Kami menggunakan pendekatan pemerhatian, soal selidik, temu bual dan menganalisis dokumen dalam membuat kajian ini. 9.1.1 Pemerhatian

Kami telah membuat pemerhatian semasa pembelajaran dan hasil kerja latihan yang murid berikan. Rata rata murid tidak dapat melukis dan menterjemah lukisan ortografik dengan betul. Murid hanya dapat menterjemah objek asas sahaja berbanding objek yang lebih kompleks.

9.1.2

Soal Selidik 5

Kami membuat borang soal selidik dan memberikannya kepada murid sebelum dan setelah selesai menjalankan kajian tindakan. Soal selidik ini berkaitan dengan minat tentang tajuk lukisan teknik, kefahaman dalam pembelajaran, keupayaan menterjemah dan melukis, pencapaian mendapat markah yang tinggi dan keinginan mendapatkan kemahiran belajar. Dengan ini, kami dapat membuat perbandingan tentang keberkesanan kaedah yang diperkenalkan. 9.1.3 Temu Bual

Temu bual kami lakukan ketika murid ingin menterjemah objek kepada lukisan unjuran ortografik untuk membuat kerja kursus. Sekiranya murid dapat menterjemah objek yang diberi, barulah mereka boleh melakukan amali kerja kursus. Oleh itu, kami dapat mengetahui minat dan tajuk yang selalu mereka ulangkaji. 9.1.4 Dokumen

Melalui dokumen pula, kami bersandarkan kepada ujian pra dan pos. Cara ini dapat mengesan pencapaian murid mengenai tajuk lukisan teknik. Dengan menggunakan soalan yang sama dalam jangka masa yang berbeza. Saya tidak memaklumkan kedua-dua hasil pencapaian murid. Dengan ini kesahan kaedah imaginasi ini dapat diukur kejayaan atau kelemahannya.

9.2

Analisis Tinjauan Masalah 6

Berdasarkan kepada instrumen yang dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai tajuk lukisan unjuran ortografik, maka kami membuat analisis seperti yang terkandung dalam jadual di bawah. BIL 1 2 3 4 5 6 9.3 MASALAH Kurang tumpuan. Sikap malas. Tidak memahami arahan. Kurang keyakinan diri. Melakar/melukis tanpa meneliti objek Tiada bimbingan di rumah. Tindakan yang dijalankan Model objek akan digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pemahaman murid. Jika hanya ditunjukkan secara visual sahaja agak rumit untuk diterangkan kepada murid. Beberapa contoh model digunakan daripada yang asas hingga yang kompleks bagi memperlihatkan peningkatan murid. Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang saya jalankan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka juga boleh berjaya sekiranya ada kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian. Tindakan seterusnya ialah : i) Menunjukkan model objek yang asas seperti kubus dan kuboid. Murid akan melukis lukisan unjuran ortografik berdasarkan model objek yang dipamerkan. ii) Sekiranya murid melepasi ujian yang pertama, kami akan menunjukkan model objek yang sederhana kompleks seperti seperti kon, sfera, 7 JUMLAH 18% 7% 11% 5% 77% 14%

silinder ortografik berdasarkan ii)

dan piramid. Murid akan melukis lukisan unjuran model objek yang dipamerkan.

Apabila murid telah melepasi kedua-dua ujian, kami akan menunjukkan model yang lebih kompleks seperti kerusi, meja, rumah dan kereta. Murid akan melukis unjuran ortografik berdasarkan model objek yang dipamerkan.

9.4

Dapatan kajian Setelah semua aktiviti mengikut ujian yang dijalankan, kami dapati peningkatan dalam menguasai kemahiran imaginasi pelajaran dalam melukis lukisan unjuran ortografik amat memuaskan terutamanya untuk ujian 1 dan 2. Berikut adalah dapatan daripada ujian yang telah dijalankan.

Ujian Tingkatan 2C Ujian Pra Ujian 1 Ujian 2 Jumlah 18 Murid Lulus Gagal 15 3 15 10 5 10 7 3 18 16 2 16 13 3 13 10 3 Ujian Pos Ujian 2

Ujian 3

Ujian 1

Ujian 3

Ujian Tingkatan 2H Ujian Pra Ujian 1 Ujian 2 Jumlah 18 Murid Lulus Gagal 9.5 12 6 12 7 5 7 3 4 18 14 4 14 9 5 9 7 2 Ujian Pos Ujian 2

Ujian 3

Ujian 1

Ujian 3

Refleksi Kajian Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga menunjukkan peningkatan yang positif. Hasil daripada ujian pra dan pos juga menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan dalam kalangan murid. Murid juga telah menunjukkan peningkatan mereka semasa melaksanakan kerja kursus dengan menepati masa dan piawaian yang telah ditetapkan. Selain itu, keputusan peperiksaan pertengahan tahun juga menunjukkan peningkatan kadar lulus dan gred bertambah.

10.

CADANGAN KAJIAN AKAN DATANG

Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang kami jalankan ke atas murid-murid berkenaan. Kami bercadang untuk meneruskan program ini di samping berkongsi idea bersama guru Kemahiran Hidup yang lain. Kaedah ini juga boleh kami gunakan untuk tajuk Lukisan Teknik Elektif Kemahiran Teknikal.

11.

BIBLIOGRAFI DAN LAMPIRAN

Mohd. Sharani Ahmad & Zainal Moadon (2003). Tip Pandai Belajar, PTS Publications & Distributor Sdn Bhd, Bentong, Pahang.

Abd. Rahim M. Ali (2001). Ilmu Pendidikan DPM, Pendidikan di Malaysia & Psikologi Pendidikan, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Mohd Sahandri Ghani bin Hamzah (1995). Kajian pertalian antara pencapaian akademik dengan penguasaan kemahiran kerja praktik dan konsep kendiri akademik di kalangan Kemahiran Hidup Bersepadu.Thesis (Sarjana Pendidikan). Universiti Bangi, Selangor. pelajar

Kebangsaan Malaysia,

10

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia. (1993). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah: Kemahiran Hidup Tingkatan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

CONTOH MODEL OBJEK YANG DIGUNAKAN

11

12

You might also like