You are on page 1of 23

CTU553

Biseksual dan Transgender : Cabaran Jati Diri Malaysia

Ahli Kumpulan 1.Muhammad Athari bin Ismail 2.Muhamad Jaliluddin bin Mazlan 3.Nur Lyana binti Harbit Hussain 4.Nur Anis Salwani binti Rosly

Nombor UiTM 2011370607 2011766671 2011792087 2011326951

CS2233A

Penilaian Markah Pendahuluan Isi dan huraian Cadangan dan kesimpulan Etika dan pengajaran Rujukan dan lampiran

Markah

Penghargaan

1. Pendahuluan 1.1. Pengertian Biseksual Menurut Krafft-Ebing, salah seorang seksologis Jerman mengistilahkan

biseksual sebagai psychosexual hermaphroditism iaitu kewujudan dua keinginan seks yang berbeza dalam satu jantina atau kejadian wujudnya ciri-ciri lelaki dan wanita dalam satu tubuh (Bowie dalam Storr, 1999). Ellis (dalam Storr, 1999). Dalam pengertian umumnya, biseksual adalah orientasi seksual yang

mempunyai ciri-ciri berupa tarikan dari segi seksual, cinta mahupun keinginan hawa nafsu terhadap lelaki dan perempuan. Menurut Masters (1992), biseksual adalah istilah untuk orang yang tertarik secara seksual baik terhadap lelaki mahupun perempuan. Biseksual juga didefinisikan sebagai orang yang memiliki ketertarikan secara psikologi, emosional dan seksual kepada lelaki dan perempuan (Robin & Hammer, 2000 dalam Matlin, 2004). Dari beberapa pengertian di atas, dapat disimpulkan bahawa biseksual adalah istilah bagi seseorang yang mempunyai orientasi seksual yang memiliki ketertarikan terhadap kedua-dua jantina baik dari segi, psikologi, emosional dan seksual. 1.2. Pengertian Transgender Transeksual atau transgender ialah satu keadaan di mana seseorang cenderung mengenalpasti diri mereka dengan gender yang tidak konsisten dengan jantina biologi mereka, dan biasanya mereka akan melakukan beberapa usaha perubatan untuk menukar keadaan fizikal mereka supaya menyerupai jantina berlawanan. Menurut beberapa pengkaji, golongan transeksual mengalami kecelaruan gender iaitu merasai dirinya terperangkap dalam tubuh yang salah, di mana mereka berkeinginan untuk memiliki jantina yang berlawanan dari yang ditentukan kepada mereka sejak lahir (Ismail Tambi, 2007; Hamdan Abd. Kadir, 2007; Teh, 2001; Benjamin, 1999; Ekins dan King,

1997; Wan Azmi Ramli, 1991). Kecelaruan gender yang dialami oleh mereka, terutama di kalangan lelaki, menjadi isu yang sering diperkatakan dalam perbincangan umum dan kajian akademik di Malaysia lantaran kewujudan mereka yang semakin menonjol pada hari ini (lihat umpamanya tulisan Hafizahril Hamid 2010; Hamdan Abdul Kadir et al., 2007; Zulhizzam, 2005; Teh, 2002, 2001). Fenomena transeksualisme telah dikesan dalam ketamadunan di seluruh dunia termasuklah di Malaysia sejak lama dahulu, dengan pelbagai gelaran tempatan diberikan kepada golongan ini. Kepesatan globalisasi budaya ekoran kemajuan dalam sistem teknologi komunikasi kini menjadi penyumbang kepada sebaran budaya ini (lihat Suriati Ghazali, Azilah Mohamad Nor dan Jabil Mapjabil, Narimah Samat dan Jas Laile Suzana Jaafar, 2010). Di samping itu, persekitaran yang mempunyai infrastruktur komuniti serta sistem sokongan sosial baik, telah menjadi penyumbang kepada pengukuhan identiti golongan ini (Nash, 2005; Ringo, 2002; Teh, 2002, 2001; Binnie dan Valentine, 1999; Bell dan Valentine, 1995; Nanda, 1999; Grimaldi dan Jacobs, 1996). Kini masyarakat di Malaysia seperti semakin menerima fenomena transeksualisme, dan gaya hidup transeksual semakin menjadi kelaziman kepada masyarakat. Di Malaysia ianya merupakan satu cabaran jati diri, kecelaruan lelaki yang ingin berpenampilan seperti wanita kerap diperkatakan, dan fenomena ini seperti mendapat sambutan dalam kalangan lelaki di Malaysia. Walaupun tiada pengiktirafan diberikan oleh masyarakat, agama dan undang-undang terhadap golongan ini (lihat umpamanya dalam Zulkifli al-Bakri, 2007; Teh, 2002, 2001; Wan Azmi Ramli, 1991), namun landskap seharian menunjukkan identiti lelaki transeksual semakin kukuh dengan keberanian mereka berpenampilan silang (cross dress) ketika berhadapan dengan masyarakat umum. 1.3. Pengertian Jati Diri Jati diri ialah unsur-unsur kehidupan yang mencerminkan lahiriah individu atau masyarakat. Dalam pengertian sahihnya, jati diri ialah identiti individu, masyarakat dan negara bangsa yang punya sifat-sifat keutuhan yang dibanggakan. Sebagai contoh kaum Melayu terkenal dengan adat istiadatnya yang unik ini kerana jati diri dalam setiap diri orang Melayu yang membawa watak tersebut. Orang Melayu diertikan sebagai

bersopan santun dan bertolak ansur dan mempunyai cirri kesenian yang halus. Jati diri masyarakat melayu berpegang kepada nilai estetika budayanya sejak zaman dahulukala lagi. Selain itu jati diri boleh dikaitkan dengan bangsa dan penduduk sebuah Negara. Mereka mencerminkan identity Negara bangsa mengikut acuan masing-masing tanpa pengaruh dari luar. Dalam mengekalkan jati diri sesebuah bangsa terdapat cabarancabaran yang dialami contohnya budaya luar yang dibawa masuk sebagai contoh Biseksual dan Transgender, dimana ianya amat bertentangan terhadap adat budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia.

2. Cabaran Jati Diri dari Aspek Sosial, Undang-undang dan Agama 2.1. Penularan Penyakit Sosial Cabaran jati diri Malaysia yang seterusnya adalah berkenan dengan gejala sosial kesan daripada orientasi seksual yang bertentangan iaitu biseksual dan transgender. Antaranya adalah kewujudan golongan Mak Nyah dalam masyarakat. Mak Nyah yang juga daripada golongan transgender ataupun lelaki yang menyerupai perempuan ini juga menawarkan khidmat seks kepada pelanggannya dengan kadar perkhidmatan tertentu dan secara tidak langsung memberi kesan negatif terhadap imej masyarakat setempat. Hal ini juga akan menyebabkan berlakunya penyebaran penyakit seperti penyakit HIV/AIDS dalam masyarakat yang seharusnya dikekang penularannya. Namun begitu tidak semua golongan Mak Nyah menjadi pekerja seks cuma mereka yang mengalami kesempitan hidup dan terdesak sahaja yang melakukannya. Akan tetapi, ada diantara golongan Mak Nyah ini telah menceburi bidang profesional serta menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Ini merupakan satu cabaran jati diri di Malaysia kerana masyarakat di Malaysia seakan-akan menerima kewujudan mereka ini. Hal ini akan mewujudkan persekitaran yang tidak sihat kerana ianya boleh mempengaruhi masyarakat terutamanya golongan muda untuk terjebak dalam menyertai golongan ini. Tambahan pula, terdapat beberapa persatuan yang telah ditubuhkan untuk menjaga kepentingan golongan ini dan ianya merupakan satu cabaran terhadap jati diri masyarakat Malaysia kerana golongan ini tidak seharusnya menyebarkan agenda yang sebenarnya menjadi satu kepentingan peribadi mereka kepada masyarakat kerana dikhuatiri akan berlakunya transformasi dalam hirarki masyarakat dimana golongan ini mungkin diterima sebagai golongan gender ketiga yang diiktiraf keistimewaannya. Menurut kajian Wan Azmi Ramli (1991) turut memaparkan beberapa bentuk sokongan sosial kepada golongan ini. Antaranya melalui penubuhan Persatuan Mak Nyah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1986 yang dinaungi oleh Menteri

Kebajikan Masyarakat Malaysia pada ketika itu. Ia bertujuan menggalakkan ahli-ahlinya mengambil bahagian dalam bidang sukan dan kebajikan, agama, pelajaran serta kebudayaan supaya menimbulkan persefahaman serta meluaskan pengetahuan dan pergaulan mereka. Di samping itu ia bertujuan membantu ahli-ahlinya untuk mengurangkan bebanan masalah yang timbul, seperti bebanan dalam diskriminasi sosial dan ekonomi, dan juga menawarkan pertolongan yang munasabah. Persatuan ini juga turut mengadakan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta dalam aktivitiaktiviti yang melibatkan golongan ini. Penubuhan persatuan seperti ini merupakan satu bentuk sokongan sosial yang mengukuhkan identiti golongan ini di mata masyarakat. 2.2. Peranan Keluarga dalam Isu Biseksual dan Transgender Seterusnya adalah kes pertukaran jantina iaitu kes Mohd Ashraf Bin Hafiz Abdul pada Disember 2011. Mohd Ashraf yang secara biologinya dilahirkan sebagai lelaki telah memutuskan untuk menukar jantina asalnya kepada jantina yang bertentangan. Hal ini, telah menimbulkan banyak spekulasi dan kontroversi dalam kalangan masyarakat termasuk para ulama. Mohd Ashraf dengan alasan ingin meneruskan pelajarannya ke peringkat universiti memohon agar pihak mahkamah meluluskan pertukaran jantinanya dan penukaran namanya kepada Alisya Natasha secara sah iaitu setaraf dengan kad pengenalannya. Selain mendapat perhatian masyarakat, Mohd Ashraf juga telah mendapat sokongan padu daripada keluarganya, hal ini menunjukkan keluarga Mohd Ashraf yang berminda terbuka telah menyebabkan hal sedemikian berlaku. Ini menunjukkan cabaran jati diri dari segi keterbukaan minda masyarakat yang terlalu menyokong golongan ini termasuk daripada orang berpengaruh. Keluarga Mohd. Ashraf tidak menentang pertukaran jantinanya malahan menyokongnya, seharusnya institusi keluarga merupakan satu institusi yang penting dalam membentuk jati diri seseorang pada peringkat awal lagi. Permasalahan keluarga seperti krisis rumah tangga juga mungkin mendorong terhadap berlakunya kegiatan songsang ini. Ini kerana kurangnya perhatian daripada ibu bapa menyebabkan mereka berasa dipinggirkan dan tidak diperlukan lagi oleh keluarga dan menyebabkan mereka membuat keputusan yang salah kerana tekanan hidup.

2.3. Kelemahan Sistem Perundangan Di Malaysia, "Tiada peruntukan undang-undang atau mana-mana agama di negara ini yang membenarkan hubungan sejenis, seks bebas dan perkahwinan sejenis," (Jamil Khir, 15 Disember 2011). Undang-undang sivil di Malaysia tidak menyatakan secara jelas berkenaan dengan pengharaman biseksual dan transgender akan tetapi terdapat akta yang mengharamkan kegiatan songsang ini iaitu Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559), dan peruntukan yang berkaitan dengan akta ini adalah: 2.3.1 Seksyen 21 (kesalahan pelacuran);

(1) Mana-mana orang perempuan yang melacurkan dirinya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. (2) Mana-mana orang yang: (a) melacurkan isterinya atau kanak-kanak perempuan dalam peliharaannya; Atau (b) menyebabkan atau membenarkan isterinya atau kanak-kanak perempuan dalam peliharaannya melacurkan diri, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

2.3.2. Seksyen 25 (kesalahan liwat); Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. 2.3.3. Seksyen 26 (kesalahan musahaqah atau perhubungan sejenis sesama perempuan); Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. 2.3.4. Seksyen 28 (lelaki berlagak perempuan) dan; Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. 2.3.5. Seksyen 29 (perbuatan tidak sopan di tempat awam); Mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan Hukum Syarak di mana-mana tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Ternyata peruntukan undang-undang syariah telah menetapkan bahawa liwat dan musahaqah merupakan satu kesalahan berat yang termaktub dibawah kesalahan syariah dan boleh dikenakan denda atau penjara jika didapati bersalah. Oleh hal yang

demikian, undang-undang ini hanya diperuntukkan kepada orang Islam sahaja serta tidak menyeluruh dan penguatkuasaannya hanya boleh dilakukan kepada masyarakat Islam di Malaysia sahaja. Oleh kerana tiadanya peruntukkan undang-undang berhubungan dengan seksualiti bagi kaum dan agama lain di Malaysia, hal ini telah menyebabkan ada diantara mereka mengambil kesempatan memohon kerajaan untuk melaksanakan undang-undang bagi mengiktiraf golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender di Malaysia. Ini menunjukkan undang-undang Islam lebih menyeluruh perlaksanaannya bagi mengelakkan kegiatan seperti ini berlaku akan tetapi kemajmukan masyarakat di Malaysia membataskan perlaksanaan undang-undang syariah untuk diimplementasikan ke atas kaum lain. Ini menunjukkan cabaran dari segi kelemahan sistem perundangan yang tidak menyeluruh dengan tidak menetapkan hukuman bagi pesalahlaku seksual. Ini merupakan salah satu cabaran jati diri yang melibatkan sistem perundangan dan perlembagaan di Malaysia, dimana jati diri manusia juga dibentuk melalui undang-undang dan manusia perlu patuh kepadanya untuk memastikan tiada berlakunya kacau bilau dan masalah. 2.4. Perkahwinan Sesama Jantina

Perkahwinan sesama jantina merupakan cabaran jati diri Malaysia yang seterusnya. Ternyata sekali perkahwinan sejenis bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia termasuk juga dengan hukum agama dan adat istiadat sesuatu kaum. Tiada agama yang mengiktiraf perkahwinan sejenis di muka Bumi ini kerana ia merupakan sesuatu yang melanggar syarak dan haram disisi agama Islam contohnya. Walaupun begitu, hal ini telah berlaku kepada seorang rakyat Malaysia di Republik Ireland yang juga merupakan seorang pelajar perubatan tajaan Petronas. Dia telah mengahwini seorang lelaki yang juga merupakan rakyat Ireland dan telah disahkan perkahwinan mereka pada satu upacara majlis perkahwinan mengikut adat Ireland akan tetapi pelajar yang berkerakyatan Malaysia tersebut telah mengenakan pakaian tradisional Melayu iaitu baju melayu hitam dan tanjak songket emas semasa upacara perkahwinannya di Ireland secara tidak langsung mencerminkan adat budaya Melayu dan boleh menggugat imej dan jati diri orang Melayu itu sendiri.

3.

Cabaran Jati diri dari Segi Dominasi Jantina Keperibadian bermaksud peribadi atau personaliti seseorang. ketara antara keperibadian wanita zaman dahulu dan zaman sekarang. Terdapat perbezaan yang agak ketara di antara wanita zaman dahulu atau lebih dikenali sebagai wanita tradisional dan wanita zaman sekarang iaitu wanita moden. Lumrahnya, perempuan atau wanita melayu terkenal dengan peribadi dan nilai-nilai ketimuran. Antaranya ialah kesopanan tutur kata, lemah lembut, hormat-menghormati dan sebagainya. Wanita adalah kaum yang sangat menjaga akan kehormatan maruahnya, kerana maruah seseorang wanita itu dianggap seperti mutiara di lautan, yang sukar untuk dimiliki tetapi perlu dijaga dengan rapi apabila sudah dimiliki. Dalam masyarakat tradisional, peranan kaum wanita adalah terhad kepada peranan pembantu kepada kaum lelaki. Ini dapat dilihat daripada jenis-jenis tugas yang mereka lakukan, umpamanya peranan mereka dalam pekerjaan sawah adalah untuk membantu suami mereka seperti menyemai, mengubah dan menuai. Dalam membangunkan keluarga masing-masing, wanita zaman tradisional menjalankan tugas seperti mencucuk atap, membela ayam itik dan lain-lain sebagai membantu peranan lelaki yang lebih besar dan pokok dalam kehidupan keluarga dan masyarakat keseluruhannya. Berlainan pula dengan wanita moden kini. Mereka sudah menjadi semakin maju, tidak lagi seperti wanita zaman tradisional yang berperanan sebagai pembantu. Pada era globalisasi kini, wanita terlibat secara langsung dalam hal ehwal kepimpinan dalam negara dan luar negara, mahupun dalam sekecil-kecil kumpulan sehingga sebesar-besar organisasi dunia. Antaranya ialah Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Azalina Othman sebagai ahli parlimen kawasan masing-masing. Kini, bilangan pelajar wanita yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti di IPTA atau IPTS jugak melebihi bilangan pelajar lelaki. Personaliti pula

bermaksud ciri-ciri tingkah laku dan perwatakan seseorang. Terdapat perbezaan yang

Wanita zaman moden kini semakin rakus berlumba dengan kaum lelaki bagi memonopoli sesuatu bidang. Antaranya ialah semakin ramai wanita yang meminati dan melibatkan diri dalam sukan lasak yang dahulunya di dominasi oleh kaum lelaki. Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengeluarkan kenyataan bahawa sektor awam kini dikuasai oleh wanita sebanyak 63% berbanding lelaki sebanyak 37%. Manakala kaum lelaki kini pula ramai yang mendominasi bidang kulinari atau masakan dan fesyen yang sepatutnya dimonopoli oleh kaum wanita. Wanita kini bukan saja mendominasi bidang kerjaya lelaki,malah nilai-nilai ketimuran dalam diri mereka juga semakin terhapus. Situasi ini telah membawa kepada berlakunya konflik percanggahan diantara kaum lelaki dan wanita. Percanggahan ini dapat kita lihat terutamanya dari segi tingkah laku. Seperti yang telah dinyatakan di atas, kaum wanita zaman tradisional berperwatakan lemah lembut, sopan satun dan penuh nilai-nilai ketimuran. Berbeza dengan kaum wanita zaman moden, dimana terdapat segelintir daripada mereka yang berperwatakan seperti lelaki. Tingkah laku mereka mirip dengan tingkah laku seorang lelaki. Malah, mereka juga turut berpakaian seperti lelaki dari kepala hingga ke kaki. Golongan wanita berperwatakan lelaki ini digelar sebagai tomboy kerana membawa imej lelaki, manakala pengkid pula golongan wanita dengan imej, penampilan dan perwatakan lelaki. Golongan tomboy berbeza dengan pengkid. Mereka hanya menampilkan imej kelelakian daripada sudut fizikal atau luaran sahaja seperti memakai jeans, t-shirt, bertopi dan berambut pendek sedangkan daripada sudut naluri dan perasaan, mereka tetap sama seperti perempuan normal. Pengkid merujuk kepada gadis yang mempunyai penampilan fizikal mirip lelaki seperti berambut pendek dengan mengenakan jeans dan t-shirt. Daripada sifat pula, nyata terserlah sifat kelakian (kejantanan) pada golongan ini dengan imej macho sehingga ada yang merasakan bahawa diri mereka benar-benar seorang lelaki sejati. Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki. Yang nyata, golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma biologi dan sosial yang mereka miliki. Fenomena ini semakin menular dan berleluasa malah telah menjadi satu fenomena global di seluruh dunia walaupun sudah terang lagi bersuluh bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai

wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. Sabda Rasulullah SAW : :

Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.

4.

Cabaran Jati Diri dari segi Keberanian Remaja Masa Kini Menyuarakan Pendapat Remaja masa kini sangat berbeza dengan remaja di zaman dahulu kala. Tidak kira lelaki atau perempuan, remaja masa kini yang sering terdedah dengan unsur-unsur negative melalui media massa, filem-filem dan sebagainya amat membimbangkan pelbagai pihak. Apatah lagi, remaja masa kini yang kita sendiri ketahui dari golongan cerdik pandai kerana mereka semua bersekolah atau berpendidikan. Amat menyedihkan apabila kepandaian mereka disalahgunakan dengan menyuarakan pendapat-pendapat yang tidak rasiaonal sekaligus tidak bertepatan atau bercanggah dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W Bagai menegakkan benang yang basah , perumpamaan ini sangat sesuai digunakan untuk remaja masa kini yang keras hatinya. Sungguhpun mereka tahu sesuatu perkara itu sedia salah dan tidak bertepatan dengan Islam, namun mereka masih mempertahankan jua ideologi-ideologi sesat mereka. Mereka lebih suka mengikut kehendak hati daripada berfikir mengikut kebenaran rasional akal fikiran. Remaja sering dikaitkan dengan golongan yang sering memberontak kerana diusia yang sangat mentah, mereka bergaul dengan rakan-rakan yang berbeza kerenahnya. Sikap remaja diusia ini yang sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baru jelas memerlukan perhatian dan bimbingan pihakpihak berkenaan seperti ibu bapa, guru-guru dan sebagainya. Bagi remaja yang bersekolah dan tinggal di asrama, mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawan daripada bersama ibu bapa dan adikberadik. Pergaulan lebih bersama kawan-kawan bukanlah sesuatu yang tidak elok jika kita memilih kawan yang baik perilakunya. Namun, apa yang membimbangkan ialah,minat mereka terhadap kaum sejenis meningkat kerana mereka sering bersama dalam segala hal tidak kira lelaki atau perempuan. Ini yang kita katakan sebagai gay atau lesbian. Atau dengan nama lainnya golongan transgender dan biseksual. Meskipun pandangan antara Islam dan barat begitu berbeza, namun dari sudut pentakrifan perkahwinan, kedua-dua sama mengiktiraf bahawa perkahwinan hanya berlaku antara seorang lelaki dengan wanita, dan bukan selainnya.Hal ini secara langsung menafikan perkahwinan antara sesama jenis atau jantina. Justeru, perjuangan golongan biseksual dan transgender untuk mendapatkan pengiktirafan undang-undang terhadap perkahwinan mereka kononnya atas dasar kesamaam adalah tidak berasas sama sekali.

Ini disebabkan tindakan mereka jelas mencabuli dan mencemarkan maksud perkahwinan yang telah diterima dalam semua budaya serta tamadun dunia sejak sekian lama. Perjuangan golongan ini yang berasaskan fahaman liberalisme tidak menghairankan berlaku dalam masyarakat barat yang menolak atau meninggalkan agama. Hal yang demikian berlaku tidak lain kerana agama yang dianuti tidak mampu sama sekali untuk memberikan keyakinan, bimbingan dan panduan dalam kehidupan mereka. Justeru kita melihat prinsip moral, undang-undang dan sebagainya tidak diasaskan pada agama. Sebaliknya ia berdasarkan pandangan sekular yang tidak memiliki asas yang tetap dan teguh, malah sentiasa sahaja berubah-ubah. Lantaran itu juga perjuangan mereka khususnya dalam tuntutan hak seperti berkahwin dan membina keluarga, bebas daripada amalan diskriminasi berasaskan orientasi seksual, selain hak terhadap privasi hanya berdasarkan pertimbangan akal dan kehendak yang dibimbing hawa nafsu sematamata. Hujah yang diberikan terhadap tuntutan seumpama ini hanyalah disebabkan kedudukan dan kemuliaan mereka sebagai manusia. Namun hakikatnya, sebagaimana digambarkan sifatnya oleh Al-Quran, hawa nafsu sentiasa sahaja mendorong manusia terjerumus dalam kejahatan, kekejian dan kebinasaan(Surah Yusuf 12 :53). Perjuangan golongan biseksual dan transgender kelihatan memperoleh sokongan di beberapa buah Negara tertentu, antaranya Belanda, Negara terawal yang meluluskan perkahwinan sivil sesama jenis, iaitu pada tahun 2001. Undang-undang yang diluluskan itu memberi hak, perlindungan, dan manfaat yang sama kepada pasangan sejenis yang terlibat, sebagaimana yang diberikan kepada perkahwinan heteroseksual, termasuklah hak pengambilan anak angkat. Langkah yang diambil Belanda disusuli Belgium pada tahun 2003, Kanada dan Sepanyol pada tahun 2005, Afrika Selatan pada tahun 2006, Norway dan Sweden pada tahun 2009, dan Portugal, Iceland, serta Argentina, ketigatiganya pada tahun 2010. Bersesuaian dengan gaya hidup golongan ini yang bersifat di luar tabii, maka kemudaratan yang di bawa olehnya juga bersifat diluar batasan atau melampaui kebiasaan. Golongan transgender dan biseksual ini bukan sahaja mencemarkan kesucian dan meruntuhkan institusi keluarga tetapi juga pada masa yang sama, mengundang pelbagai kemudaratan terhadap struktur masyarakat serta negara amnya. Kebiadaban, kegilaan, dan pencerobohan yang dilakukan mereka terhadap keutuhan institusi kekeluargaan dan kehidupan bermasyarakat perlu ditangani dengan tegas, Amat malang jika ada antara kita

yang jahil dan terkeliru atau juga cuai dan leka, sedangkan mereka tidak pernah berhenti menyusun agenda dan bertindak dengan berani. Lihat sahaja kepada susulan larangan penganjuran Seksualiti Merdeka oleh NGO tempatan yang diadakan sejak 2008 bagi menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang seperti transgender dan biseksual untuk mengamalkan gaya hidup mereka secara sah dan terbuka. Larangan tersebut sama sekali tidak meninggalkan sebarang kesan, peringatan, mahupun pengajaran apatah lagi kesedaran terhadap pihak penganjur. Malah mereka telah mengambil tindakan susulan dengan memajukan aduan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersattu berhubung dengan dakwaan diskriminasi terhadap golongan minority ini, dan megheret Negara untuk memberikan penjelasan terhadap penafian hak mereka. Penyertaan Malaysia dalam sesi persidangan ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia, PBB yang berlangsung mulai 5 Mac 2012 di Geneva , Switzerland merupakan sesuatu yang amat membimbangkan. Dengan meniliti tindak balas kumpulan yang memperjuangkan hak hak transgender dan biseksual ini memberikan kita kesimpulan bahawa ia pasti dijadikan landasan teguh untuk mengambil kesempatan demi merealisasikan cita-cita keji mereka. Hal ini khususnya melalui tekanan yang dikenakan terhadap Malaysia untuk tunduk terhadap apa yang kononnya dikatakan sebagai International Standards and Laws. Langkah seterusnya pula ialah mendesak negara membenarkan amalan orientasi seksual dan identity gender yang songsang serta bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam, nilai tradisi masyarakat negara ini dan semangatt Perlembagaan Persekutuan. Bagi umat Islam, segala perkara yang menyelubungi kehidupan dan menimpa masyarakat Barat seharusnya dijadikan sempadan dan pengajaran. Betapa apabila agama tidak lagi dijadikan panduan dalam membimbing diri, keluarga, dan masyarakat, kecelakaan jualah yang menjadi akibatnya. Namun mengambil kira sikap masyarakat barat yang sentiasa gigih menyebarkan fahaman dan gaya hidup mereka kepada bangsa-bangsa lain, ia seharusnya mencetuskan kebimbangan besar bagi kita kerana umat Islam pastinya tidak terkecuali. Malah melihat kepada keadaan diri dan peribadi umat Islam hari ini sudah cukup membuktikan bahawa kegigihan usaha masyarakat barat menyebarkan dakyah, fahaman serta budaya hidup mereka telah pun menampakkan hasilnya. Sesungguhnya tiada jalan

kain yang apat dijadikan perisai dan penawar bagi ummah melainkan keimanan yang teguh serta ilmu yang tersemat kukuh dalam jiwa. Dalam hubungan ini, tepat sekali apa yang digambarkan oleh Prof. Syed Muhammad Naquib Al- Attas dalam serangkap pantun beliau ( Risalah untuk Kaum Muslimin,2001), Muslim tergenggam belenggu kafir, Akhirat luput, dunia tercicir, Budaya jahil luas membanjir, Banyak yang karam tiada tertaksir.

5.

Kesimpulan dan Cadangan Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa gejala biseksual dan transgender sudah semakin meruncing dan menjadi-jadi di negara kita, Malaysia. Masalah ini bukan sahaja berlaku di ibu-ibu negara, kota metropolitan mahupun bandar-bandar besar, malah sudah merebak ke kawasan-kawasan perkampungan atau bandar-bandar kecil yang dahulunya kuat berpegang kepada adat dan mengamalkan cara hidup sebenar orang Melayu. Oleh itu, kita haruslah segera mengambil langkah-langkah untuk membendung gejala yang tidak sihat dan merosakkan serta memalukan agama, bangsa dan negara ini. Semua pihak haruslah berganding bahu bagi menyelesaikan masalah ini. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Antara langkah yang perlu diambil ialah kerajaan haruslah merangka undang-undang baru,mengetatkan dan melaksanakan undangundang yang telah sedia ada. Janganlah seperti melepaskan batuk di tangga, undangundang digubal tetapi tidak dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Selain daripada itu, masyarakat juga mempunyai peranan yang penting dalam membendung gejala ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah saling mengambil berat antara satu sama lain. Tetapi ianya bukanlah bermaksud kita harus menjaga tepi kain orang semata-mata. Dalam situasi ini, jika terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai perwatakan sebegini, kita janganlah mengutuk atau mencaci mereka. Kita seharusnya membantu mereka kembali ke jalan yang lurus. Ibu bapa yang sibuk mencari rezeki dan tidak menumpukan perhatian terhadap kualiti kehidupan sekeluarga dan anak-anak telah mengabaikan pembentukan sahsiah diri anak mereka. Anak-anak yang ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan akan melakukan jenayah dan kegiatan tidak sihat di rumah seperti menonton video lucah dan sebagainya. Masalah yang berlaku dalam rumah juga memberi kesan kepada jiwa anak-anak seperti ibu bapa yang bercakaran di hadapan mereka. Anak-anak yang kekurangan kasih sayang membentuk kerapuhan diri dan jiwa anak-anak akan mudah terdedah dengan tarikan sosial negatif di luar. Oleh itu, ibu bapa perlu tahu akan peranan mereka dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak- anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Mereka seharusnya memainkan peranan penting dalam memberi didikan agama dan sosial dari

kecil lagi kerana ibu bapalah yang bertanggungjawab membentuk sahsiah atau keperibadian anak-anak mereka. Akhir sekali, diri sendiri memainkan peranan yang sangat penting bagi menangani gejala ini. Perkara utama atau pucuk pangkal berlakunya perkara seperti ini adalah hati kita sendiri. Hati yang kuat mampu mengatasi apa jenis masalah yang berlaku. Untuk mempunyai hati yang kuat dan teguh, seseorang itu haruslah mempunya pegangan agama yang kukuh serta mengamalkannya. Selain daripada itu, selalulah muhasabah diri sendiri. Manusia yang sentiasa mencari salah dan kelemahan orang lain sentiasa lalai daripada melihat keaiban diri sendiri. Ia bagai pepatah yang mengatakan, kuman di seberang laut pun kelihatan, tetapi gajah di hadapan mata sendiri pula tidak kelihatan. Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. berkata, "Orang yang sentiasa muhasabah dirinya, sentiasa berusaha untuk menjauhi dirinya daripada jalan-jalan yang membawa kepada kemaksiatan, dan sentiasa menyibukkan dirinya dengan ketaatan." [Haqo'iq 'ani AtTasawwuf, hlm 235]. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mencegah, mengatasi dan menangani masalah ini. Semoga diri kita semua dirahmati. InsyaALLAH.

6.

Etika dan Pengajaran 8.1. Peranan Keluarga dalam Menjaga Etika Keluarga merupakan pembimbing ataupun pendidik terdekat khususnya anakanak. Ibu bapa haruslah memainkan peranannya sebagai pembimbing dalam membentuk jati diri anak-anak dengan memberikan didikan dan ajaran yang sempurna dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi, dan bukan menggalakkan aktiviti dan gejala yang tidak sihat yang bertentangan dengan norma kehidupan seorang manusia. Dalam mendidik anak-anak terutamanya ibu bapa perlulah menjaga batas pergaulan anak-anak sebagai contoh memisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila umur mereka mencecah tujuh tahun. Selain, ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak-anak sebagai contoh anak lelaki tidak seharusnya bermain anak patung dan tidak boleh dipakaikan pakaian seperti perempuan kerana ini mungkin mempengaruhi minda anak tersebut. Ibu bapa juga perlulah memberi perhatian dalam mendidik anak dengan meluangkan masa bersama mereka dan mengetahui permasalahan mereka secara mendalam bagi mengelakkan kekeliruan. Cabaran ibu bapa bermula apabila anak meningkat remaja ataupun akil baligh ini kerana mereka perlu dibimbing bagi membentuk identity mereka supaya mereka tidak celaru dan sentiasa mendapat sokongan dan motivasi daripada keluarga. Islam sangat memandang berat soal pendidikan kanak-kanak dan member hakhak yang sepatutnya kepada mereka. Islam telah menggariskan panduan yang tertentu serta cara dalam mendidik anak-anak sejak ia di dalam kandungan ibunya lagi malahan lebih awal daripada itu.Islam menggalakkan umatnya apabila memilih suami atau isteri hendaklah seorang yang mempunyai keperibadian yang mulia.Anak merupakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan merupakan perhiasan dalam kehidupan manusia. Orang yang telah diberi nikmat ini sudah tentu memelihara dan mendidik dengan pendidikan Islam sebagai mensyukuri nikmat tersebut. Anak merupakan salah satu di antara anugerah Allah swt kepada hamba-hambaNya serta menjadi salah satu punca rezeki dan mendatangkan kenikmatan serta kegembiraan kepada manusia.

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). (Ali-Imran : 14) Anak merupakan harta yang sangat berharga serta turut menjadi bekalan di dunia dan di akhirat apabila anak yang soleh dapat medoakan ibubapanya dan memberikan pertolongan kepada mereka di saat-saat memerlukan. Oleh kerana itu untuk melahirkan tabiat manusia yang baik, maka perlu bagi setiap muslim memperhatikan bagaimanakah mereka mendidik anak-anak serta melihat dan mengawasi tumbesaran anak-anak mereka agar selari dan selaras dengan kehendak Islam. 8.2. Pengajaran dari Kaum yang Terdahulu Fenomena lelaki transeksual atau lebih popular dengan gelaran mak nyah sudah wujud sejak lama dahulu. Fenomena ini telah dikesan dalam ketamadunan di seluruh dunia dan ia bukan unik kepada negara-negara tertentu, termasuklah di Malaysia sendiri (Mohd. Yusman et.al, 2004, MASSA: 32). Kewujudan golongan mak nyah mencetuskan kontroversi terutamanya di kalangan umat Islam. Fenomena ini perlu diberi perhatian serius dan masyarakat tidak harus membiarkan golongan ini terus hanyut, leka dan alpa dalam pentas kehidupan yang mereka ciptakan. Manusia telah dilahirkan dengan sifat semulajadinya mengikut kehendak dan ketentuan Allah S.W.T. Allah telah menceritakan proses kejadian manusia dalam surah Al Mukminun ayat 12-14, bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada tempat penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku; Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; Kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya.

Maka mereka wajib menerima seadanya segala apa yang telah ditentukan Allah. Allah melaknat sesiapa sahaja yang mengubah kejadian asal dirinya. Di tengahtengah kesibukan melayari kehidupan di dunia hari ini, adakalanya manusia terlupa akan batas-batas kehidupan sebagai seorang manusia dan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Kealpaan itu menyebabkan ada insan yang tidak mensyukuri nikmat kehidupan itu sendiri. Sebaliknya, membiarkan diri dikuasai syaitan durjana dan tuntutan hawa nafsu semata, seterusnya membawa kepada perlakuan tidak bermoral dalam kehidupan masyarakat. Perlakuan tidak bermoral yang dimaksudkan di sini ialah perbuatan yang melawan fitrah diri sendiri dan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan tabii asal yang dianugerahkan Allah kepadanya. Larangan tersebut boleh dirujuk sepertimana dalam sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud; Ada empat golongan manusia yang mendapat murka dan amarah Allah. Abu Hurairah bertanya, Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Beliau menjawab, kaum lelaki yang meniru kaum wanita, kaum wanita yang meniru-niru kaum lelaki, orang yang mendatangi (berzina dengan haiwan) dan orang yang mendatangi lelaki (homoseksual) (hadis riwayat Al-Thabrani dan Al-Baihaqi) Hadis tersebut jelas sekali menerangkan pergaulan yang dilarang Allah. Salah satu larangan tersebut ialah fenomena transeksual yang kini begitu hangat diperkatakan oleh masyarakat dunia. Oleh itu, pendedahan yang berterusan perlu dilakukan dan dibendung di peringkat awal lagi. Seharusnya kita mengambil pedoman dan iktibar dari kaum Luth. Kaum Nabi Luth telah menerima bala dan seksaan daripada Allah di atas perbuatan yang telah mereka lakukan. Allah telah mengutuskan Nabi Luth untuk membimbing dan menolong mereka supaya tidak terpesong dari ajaran Allah, tetapi ajaran dan nasihat Nabi Luth tidak sedikit pun mereka hiraukan malah semakin menjadi-jadi. Akhirnya disebabkan oleh perbuatan terkutuk mereka yang langsung tidak mengendahkan nasihat dan teguran Nabi Luth, maka Allah telah mengazabkan mereka (kaum Nabi Luth) dengan bala yang sangat dahsyat. Allah telah

menenggelamkan segala isi bumi ke dalam tanah dan disertakan hujan batu. Kini ia dikenali dengan Laut Mati.

9. Rujukan dan Lampiran 1) Md Ali Sabrini. (2002). Fenomena Transeksual dari Pandangan Islam. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Transeksualiti di Institusi Pengajian Tinggi, Century Mahkota Hotel Melaka 2) Aziz Deraman, 2001, Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia (Edisi Baharu),K.Lumpur,DBP. 3) Amer Shakir Zainol. (2003). Konsep Kendiri. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/kaunseling/kkendiri.htm. (18.4.2012) 4) Yik Koon Teh. (2001). Mak Nyahs (male transsexuals) in Malaysia: The Influence of Culture and Religion on Their Identity. http://www.symposion.com/ijt/ijtvo05no03_04.htm. (18.4.2012) 5) Rachlin, K. (2002). Transgender Individuals Experiences of Psychotherapy. http://www.symposion.com/ijt/ijtvo06no01_04.htm. (19.4.2012) 6) Abdul Halim Yusoff (2011). Mahkamah Tolak Tukar Status Jantina 7) http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mahkamahtolaktukarstatusjantina/Article (19.4.2012) 8) Sharilfuddin Saar (2011). Pelajar Perubatan Hilang di Dublin 9) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1213&pub=Utusan_Malaysia&s ec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm (19.4.2012) 10) http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-wanita-menyerupai-lelaki-pengkid-danhukum-lelaki-menyerupai-perempuan-pondan-dan (19.4.2012) 11) http://www.nasnur.com/2011/08/kerja-kursus-kdkb-113-kepimpinan-wanita.html (19.4.2012)

You might also like