You are on page 1of 29

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1.0

PENGENALAN Bagi tugasan PRA 3111 ( Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-

kanak) ini, kami diminta membuat sebuah kerja kursus projek berkaitan penaksiran dan penilaian. Dalam bahagian satu ini, kami akan membincangkan konsep penaksiran dan penilaian kanak-kanak, objektif penaksiran dan penilaian kanak-kanak, prinsip-prinsip penaksiran dan penilaian serta teknik-teknik atau instrumen-instrumen yang boleh digunakan dalam penaksiran dan penilaian. Penaksiran dan penilaian merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam pendidikan. Dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, penaksiran dan penilaian membolehkan seseorang guru atau pendidik mendapatkan maklumat tentang seseorang kanak-kanak, melihat keberkesanan pembelajaran, kurikulum, pentadbiran dan mengenalpasti aspek-aspek yang boleh diperbaiki (Lihanna Borhan). Penaksiran dan penilaian juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap pengajaran. Jika penaksiran dan penilaian yang sistematik hanya dilakukan pada satu-satu aspek tertentu sahaja, contohnya aspek kognitif dinilai melalui ujian dan peperiksaan bertulis, maka aspek itulah kelak yang akan menjadi fokus dan strategi pengajaran (Meisels, 1995). Aspek yang tidak dinilai akan diberi perhatian superficial atau secara tidak mendalam. Sekiranya ini berlaku, falsafah pendidikan yang seringkali merujuk kepada perkembangan keseluruhan individu seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi tidak relevan. Oleh itu, penaksiran dan penilaian perlu diberikan perhatian yang serius sejak dari mula lagi, terutamanya ke arah pembentukan insan yang seimbang dari semua aspek dapat dipenuhi. 1.1 KONSEP PENAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK. Penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
1

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Secara keseluruhannya penaksiran dan penilaian bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil penaksiran dan penialain membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu proses yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkahlangkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu proses yang pertama adalah merancang, proses kedua melaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga adalah merekod maklumat. Dalam proses pertama iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslah diambil kira agar penilaian dan penaksiran yang hendak dibuat berjalan dengan lancar dan sistematik. Perkara-perkara berikut adalah yang pertamanya mengenal pasti murid yang hendak dinilai, yang kedua menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, yang ketiga menentukan instrumen yang hendak digunakan, dan yang seterusnya adalah menentukan aspek yang hendak diperhatikan, menentukan tempoh masa pemerhatian dan yang terakhir menentukan waktu sesuatu penaksiran dan penilaian hendak dijalankan. Selain itu, dalam proses merancang juga pembinaan instrumen perlu dititikberatkan. Instrumen yang dibina seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti tujuan yang jelas, menepati apa yang hendak dinilai, item yang boleh diukur dan perlu diingatkan bahawa setiap item hanya boleh mengukur setiap satu kemahiran sahaja. Dalam proses kedua iaitu proses melaksanakan penaksiran dan penilaian pula, perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana penaksiran dan penilaian
2

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

dilaksanakan. Penaksiran dan penilaian dalam pendidikan prasekolah hanya dapat dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses pengamatan terhadap segala pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian dan penaksiran, pemerhatian merupakan satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat agar dapat merekodnya dengan tepat kelak. Terdapat tiga langkah pemerhatian yang boleh digunakan dalam proses penaksiran dan penilaian iaitu pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku murid, pemerhatian melalui perbualan atau interaksi antara murid dengan guru atau murid dengan murid dan yang ketiga pemerhatian terhadap hasil kerja murid. Untuk pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru bolehlah membuatnya ketika kanak-kanak melakukan aktiviti seperti menyusun blok bersama rakan-rakan, membuat aktiviti kumpulan, mewarna atau melakukan aktiviti fizikal. Melalui interaksi lisan murid pula bolehlah dinilai melalui aktiviti seperti main peranan, bersoal jawab, bacaan atau nyanyian. Di antara contoh hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai oleh guru adalah melalui lukisan, buku skrap atau kraf tangan yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Proses yang ketiga iaitu proses terakhir dalam penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak adalah merekod maklumat yang diperoleh. Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Antara contoh-contoh rekod yang boleh digunakan adalah Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan.

1.2

OBJEKTIF PENAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK.

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Tujuan atau objektif penaksiran dan penilaian haruslah difahami dengan jelas oleh guru dapat memastikan bentuk penaksiran dan penilaian yang wajar digunakan. Secara umumnya, Katz (1997) berpendapat penaksiran dan penilaian di prasekolah betujuan untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama, membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibubapa dan menolong kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri. Secara khususnya, antara objektif penaksiran dan penilaian yang penting adalah ianya dapat mengesan perkembangan seseorang murid itu serta mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Ianya juga dapat digunakan untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa. Guru juga dapat mengesan keberkesanan sesuatu pengajrannya melalui proses penaksiran dan penilaian. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Menurut Lihanna Borhan, dari tujuan penaksiran dan penilaian berdasarkan garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan dalam pendidikan prasekolah, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan penilaian berbentuk ujian atau peperiksaan bertulis bukanlah satu kaedah yang sesuai di tahap ini. Sebaliknya, guru prasekolah seharusnya mengubah perhatian mereka ke arah penggunaan sistem penilaian yang lebih 1.3 PRINSIP PENAKSIRAN DAN PENILAIAN. James H. McMillan (2000) telah menyatakan terdapat tiga utama prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Prinsip yang pertama adalah maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian itu haruslah jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus. Prinsip yang kedua pula adalah penaksiran dan
4

autentik.

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

penilaian seharusnya boleh dipercayai dan konsisten. Prinsip yang terakhir pula adalah penilaian haruslah inklusif dan adil. Surayah dan Haslinda (2009) pula menyatakan terdapatnya enam prinsip penaksiran dan penilaian. Prinsip yang pertama adalah penaksiran dan penilaian seharusnya dijalankan secara berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Hal ini adalah selari dengan sifat perkembangan kanak-kanak itu sendiri iaitu perkembangan adalah satu proses yang berterusan. Oleh itu, guru tidak seharusnya menjalankan proses penaksiran dan penilaian hanya sekali atau dua sahaja. Ini adalah supaya maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak itu jelas, boleh dipercayai dan telus (James H. McMillan). Prinsip yang kedua adalah penaksiran dan penilaian haruslah mempunyai perancangan, strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan penilaian dan hasil pembelajaran. Prinsip ini adalah menepati langkah melaksanakan penaksiran dan penilaian yang iaitu langkah yang pertama adalah proses merancang, langkah kedua melaksanakan penaksiran dan langkah yang ketiga adalah merekod maklumat ke dalam instrumen peaksiran dan penilaian yang bersesuaian dengan aspek perkembangan yang ingin dikaji. Sebagai contoh, Rekod Berterusan dapat digunakan untuk merekod perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Senarai Semak pula merupakan instrumen yang terbaik digunakan kerana ianya mudah dan praktikal untuk dikendalikan di samping banyak kemahiran-kemahiran lain yang boleh dimasukkan secara serentak. Prinsip penaksiran dan penilaian yang ketiga adalah ia perlulah mempunyai kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran. Prinsip yang seterusnya adalah ianya harus memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman harian kanak-kanak. seterusnya, penaksiran dan penilaian juga hendaklah dilaksanakan secara tidak formal, iaitu semasa kanka-kanak mengalami proses pembelajaran. Ini adalah untuk mendapatkan hasil yang autentik dan tidak hanya seperti sebuah sandiwara. Prinsip yang terakhir pula adalah proses penaksiran dan
5

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

penilaian perlu dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi untuk membuktikan kesasihannya. 1.4 TEKNIK PENAKSIRAN DAN PENILAIAN. Segala maklumat yang diperolehi hasil daripada proses penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak perlulah dicatat dan direkod dengan jelas dan sistematik. Terdapat beberapa teknik merekod maklumat yang diperoleh secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid iaitu dengan menggunakan Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan juga Rekod Berterusan. Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas. Senarai semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal. Terdapat beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan Senarai Semak iaitu penggunaannya mudah dan praktikal. Selain itu, orang yang tidak mahir dan menilai juga dapat menggunakannya dengan selesa. Ianya dapat digunakan di hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya dengan hanya mengingati tingkah laku yang sudah diperlihatkan. Selain itu, dengan menggunakan Senarai
6

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu masa. Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam merancang kurikulum untuk kanak-kanak. Di sebalik kebaikan-kebaikan yang telah dinyatakan, terdapat juga beberapa kelemahan penggunaan Senarai Semak. Di antaranya adalah ianya mengandungi kurang informasi dan deskripsi berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan tingkah laku atau kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian menggunakan instrumen Senarai Semak juga hanya melihat pada tingkah laku tertentu shaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru akan terlepas pandang daripada melihat dan memehatikan tingkah laku yang lebih signifikan. Selain itu juga, data atau maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku yang dipamerkan oleh kanak-kanak sahaja. Rekod Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru menilai kemahiran atau amalan murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred. Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan penggunaan Skala Kadar. Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua tunjang. Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku. Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu peristiwa berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif. Dalam Rekod Anekdot, maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah murid.
7

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau "narrative" yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan minit dan ianya juga boleh berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu sekitar dua puluh lima minit sehingga tiga puluh minit. Prosedur prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah pertamanya guru perlu memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan. Seterusnya, item yang akan difokuskan semasa pemerhatian perlu dipastikan. Langkah ketiga adalah dengan merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci. Rekod yang dicatat hendaklah tepat dan padat. Prosedur terakhir perlu diambil perhatian adalah mencatatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan. Antara kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat memberi gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan (Surayah dan Haslinda, 2009). Yang keduanya, Rekod Berterusan yang turut dikenali sebagai Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga, kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan dalam apa jua situasi dan tujuan. Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah ia dapat menyebabkan kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu juga, penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana seseorang gruru itu perlu memberi lebih tumpuan pada proses perekodan. Tugasan dlam bahagian seterusnya pula akan menghuraikan dapatan-dapatan yang telah kami perolehi daripada dua buah jurnal yang kami kaji. Kami memilih dua buah jurnal berkenaan adalah kerana ianya sangat signifikan dengan perkembangan yang ingin kami kajia iaitu perkembangan sosioemosi ke atas subjek yang kami pilih.
8

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

2.0

Kajian Literatur. Untuk tugasan dalam bahagian ini, kami telah sepakat untuk memilih sebuah

jurnal oleh Profesor Madya Anna Christina Abdullah untuk dijadikan bahan kajian. Jurnal yang bertajuk Tingkah Laku Prososial Kanak-kanak Prasekolah : Mensasarkan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Interpersonal ini menjadi pilihan kami kerana ianya dilihat signifikan dengan perkembangan yang ingin kami kaji iaitu perkembangan sosioemosi. Kami juga menggunakan sebuah lagi jurnal dari Surakarta, Indonesia yang bertajuk Keterampilan Sosial Anak Prasekolah Ditinjau dari Interaksi Guru-Siswa Berdasarkan Model Mediated Leraning Experence. 2.1 Kemahiran Sosioemosi Pada Kanak-kanak. Hurlock (1997) menyebut masa atau usia tahun-tahun awal kanak-kanak sebagai The Golden Age di mana terdapat enam perkembangan kanak-kanak yang dapat dilihat pada tahap ini tetapi perkembangan yang paling sukar bagi kanak-kanak adalah perkembangan sosioemosi di mana mereka berhadapan kesukaran untuk bergaul dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan atau orang lain. Menurut Elksnin dan Elksnin, 1995 menyatakan anak-anak yang memiliki ketrampilan sosial yang baik akan lebih mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih berani mengekspresikan diri, lebih mudah diterima oleh rakan-rakan sebaya dan akan lebih berjaya dalam akademiknya. Ibubapa serta guru perlu sedar dan memainkan peranan penting dalam menyuburkan dan memupuk perkembangan kognitif, emosi, sikap dan tingkah laku yang positif di kalangan kanak-kanak. Program pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti harus merangkumi perkembangan sosioemosi kanak-kanak di samping peluang-peluang pengayaan pembelajaran kognitif dan berbahasa. Tidak dinafikan bahawa pendidikan prasekolah harus menyediakan kanak-kanak untuk permulaan pendidikan formal di sekolah rendah dengan membekalkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran berfikir.
9

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa kekurangan kemahiran sosial semasa zaman kanak-kanak akan berterusan sehingga kanak-kanak itu menjadi dewasa (Farrington 1990; Kagan & Moss 1982). Terdapat bukti bahawa orang dewasa yang mengalami penyakit psikiatri, terutama yang dalam keadaan bimbang, yang mengalami gangguan emosi dan mempunyai personaliti yang tidak baik juga turut mempunyai masalah dalam bersosial (Shaffer 1979). Beberapa kajian telah dilaporkan menunjukkan program prasekolah yang mensasarkan kemahiran sosial telah menghasilkan kesan jangka panjang dari aspek pengurangan tingkah laku anti-sosial seperti mencuri, merosak kemudahan awam, berbohong dan pergaduhan (Barnett 1992; Berrueta-Clement, Schweinhart & Barnett, 1984). 2.1 Punca Salah Laku Sosial Di Kalangan Kanak-kanak. Semua kanak-kanak memerlukan kawan, bukan sahaja untuk berseronok dan bermain, tetapi untuk mempelajari erti kerjasama, empati dan ciri-ciri lain yang mereka perlu memiliki untuk membentuk pertalian yang erat apabila mereka dewasa kelak. Persahabatan semasa zaman kanak-kanak bagaikan asas yang akan menentukan bagaimana sifat dan sahsiah seseorang kanak-kanak itu apabila mereka dewasa nanti. Proses tolak ansur dan rundingan yang berterusan yang dilakukan oleh kanak-kanak semasa bermain dapat memupuk perkembangan sosial mereka serta meningkatkan harga diri mereka. Sebagai orang dewasa, kita semua perlu tahu cara mendampingi orang lain dan menyelesaikan konflik. Latihan dalam proses ini sebaik-baiknya bermula dari zaman kanak-kanak lagi. Erikson (1982) mempercayai manusia perlu berkembang melalui lapan peringkat pertumbuhan emosi sebelum mereka dapat berasa berkeupayaan dan menikmatikepuasan diri (self-fulfilled) dalam kehidupan mereka. Tiap-tiap peringkat bercirikan oleh satu pertempuran antara dua keadaan dalaman yang berlawanan, satu negatif dan satu lagi positif. Semasa tahun-tahun prasekolah, pertempuran ialah antara
10

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

inisiatif dan perasaan bersalah (guilt). Kanak-kanak prasekolah yang sihat dalam aspek emosi ingin mengambil tindakan dan menuntut kemahuan mereka. Mereka akan mencipta, mengambil risiko, main secara olok-olok dan menyertai aktiviti-aktiviti yang berimaginasi dan beraksi. Apabila orang dewasa menggalakkan aktiviti-aktiviti sedemikian dan elakkan teguran atau had-had yang melampau, maka inisiatif kanak-kanak akan berkembang. Sekiranya kanak-kanak diyakinkan bahawa usaha mereka adalah salah, maka mereka akan turut berasa salah. Kanak-kanak yang dihukum atau ditegur kerana usaha mereka akan lama kelamaan berhenti mencuba dan membina kepercayaan diri bahawa mereka adalah orang yang jahat. Zaman awal kanak-kanak ialah masa genting untuk pembentukan perasaan positif terhadap diri sendiri, orang lain dan dunia luar. Kanak-kanak yang mengalami layanan yang menggalakkan dan menyokong serta diterima oleh orang dewasa dan rakan sebaya akan menjadi kanak-kanak yang bersuaian secara emosional. Kanakkanak yang dianiayai, diabaikan atau disingkirkan boleh mengalami gangguan kesihatan mental dan sosial. Kanak-kanak yang sihat dari aspek emosi lebih berkebolehan menjalinkan pertalian yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya (Trawick-Smith, 2000). Kanak-kanak yang mempunyai tahap kebolehan sosial yang rendah bertindak secara tidak bertanggungjawab, ganas, tidak bekerjasama dan tidak terkawal (Knopczyk & Rhodes, 1996). Kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku sosial yang kompeten ditanggap dengan lebih positif oleh masyarakat dan justeru dilayan dalam cara yang lebih positif, kanak-kanak ini mengalami interaksi interpersonal yang lebih memuaskan dan merasa lebih bahagia dibandingkan dengan rakan sebaya mereka yang kurang berkompeten. Misalnya, kanak-kanak berumur 6 tahun yang telah menembak Kayla Roland, rakan sebayanya di Michigan, A.S., mungkin telah berfikir yang itulah caranya untuk menyelesaikan masalah interpersonalnya. Seorang pakar psikoanalyst yang ditemubual
11

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

tentang tragedi ini mengatakan bahawa kanak-kanak yang telah menembak rakan sebayanya, shows a failure, at a very significant level, to find other ways to deal with troubles, and this could come from how (he has) been treated, or how (he has) seen people being treated. (New Sunday Times 2000). Kejadian-kejadian seperti ini mencadangkan bahawa satu punca salah laku sosial ialah kekurangan dalam perkembangan sosioemosi pelajar-pelajar tersebut, dan pada peringkat yang lebih khusus lagi, melibatkan kekurangan dari aspek kognitif sosial yang dapat menyedari seseorang tentang kesan dan akibat sesuatu tindakan serta pendapat yang membolehkan seseorang memikirkan tentang penyelesaian alternatif yang tidak mempunyai unsur-unsur keganasan, sebaliknya dapat menghasilkan kesudahan yang diingini. Kognitif sosial atau kefahaman sosial ini ialah komponen penting dalam kemahiran menyelesaikan masalah sosial kanak-kanak, yang seterusnya akan mempengaruhi tingkah laku sosialnya.

http://pareonline.net/getvn.asp?v=7&n=8 3.0 Metodologi Kajian.

Bahagian ini akan membincangkan cara atau kaedah kajian yang kami gunakan sepanjang membuat pemerhatian terhadap subjek kajian kami iaitu Zaqwan. 3.1 Respondan/Subjek Kajian dan Latar Belakang Keluarganya.

Subjek yang kami pilih merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang bersekolah di Prasekolah IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu. Beliau belajar di kelas Al-Falah yang diajar oleh Cikgu Suzana dan duduk dalam kumpulan yang mempunyai 6
12

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

orang ahli. Kami telah mendapat kebenaran daripada kedua ibu bapanya untuk menggunakan nama sebenar subjek kajian kami ini dengan panggilan nama Zaqwan. 3.2 Tempat Kajian Kami telah menjalankan kajian pemerhatian ini di Prasekolah IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu. Tempat kajian pemerhatian telah dilakukan di dalam dan di luar kelas Prasekolah IPG KDRI. Selain itu, kami juga telah berkunjung ke rumah Zaqwan untuk membuat pemerhatian dengan lebih dekat bagaimana tingkahlakunya ketika berada di rumah. 3.3 Kemahiran yang dikaji Bagi menjalankan kajian ini, kami telah memilih dan menfokuskan

perkembangan Sosioemosi sebagai kemahiran kajian pemerhatian kami terhadap Zaqwan. Dalam perkembangan Sosioemosi, terdapat lima kemahiran yang akan kami fokuskan dalam kajian ini iaitu pertama memahami dan mengurus emosi diri sendiri, kedua berkomunikasi dengan berkeyakinan, ketiga membina perwatakan kendiri, keempat kebolehan mengawal diri dan kelima membina kemahiran sosial dalam interaksi dengan orang lain.

3.4

Instrumen Penaksiran Dalam kajian pemerhatian ini kami telah menggunakan instrumen Rekod

Berterusan untuk mencatat maklumat secara sistematik. Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita (narative) yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Sepanjang tempoh pemerhatian, setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat. Kelebihan menggunakan Rekod Berterusan ini antaranya pertama dapat memberi gambaran sebenar dan terperinci berkenaan situasi sebenar dalam tempoh
13

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

yang ditetapkan. Kedua, pelbagai aspek perkembangan dapat dilihat dalam satu rekod. Ketiga, data-data dapat dikumpulkan secara objektif dan tepat. Dan terakhir, rekod Berterusan ini juga memudahkan guru merekod dan mengumpulkan maklumat. Selain itu, terdapat beberapa kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini antaranya pertama, kanak-kanak akan sedar tingkahlaku mereka diperhatikan. Kedua, guru penat kerana lebih tertumpu pada proses merekod. Ketiga, guru kurang memberi tumpuan pada kanak-kanak lain kerana terpaksa fokus pada merekod dan yang terakhir ia memerlukan latihan bagi kemahiran merekod untuk mendapatkan hasil dapatan yang bersesuaian dengan kemahiran yang diperhatikan. Sepanjang pemerhatian, kami telah membuat lima kali pemerhatian Rekod Berterusan. Dua kali pemerhatian telah dilakukan di dalam dan dua kali pemerhatian dilakukan di luar kelas Prasekolah IPG KDRI dan sekali pemerhatian telah dilakukan di rumah Zaqwan. Tempoh yang kami gunakan untuk membuat pemerhatian yang terperinci terhadap Zaqwan biasaya dijalankan dalam tempoh 20-30 minit. 3.5 Kaedah Pengumpulan Data Kami mengumpulkan data-data berkaitan hasil dapatan kajian dengan

menggunakan kaedah rakaman, temubual, hasil kerja dan gambar. Sewaktu pemerhatian dijalankan, kami akan mengambil gambar tingkahlaku yang menarik dan pelik yang dilakukan oleh Zaqwan. Gambar juga menjadi sebagai bukti pemerhatian yang telah kami jalankan pada waktu yang dinyatakan contohnya ketika Zaqwan sedang melukis gambar keluarganya, tingkah lakunya semasa mengikut sesi p&p dan kunjungan temubual kami bersama ibu bapanya di rumah mereka. Rakaman juga adalah bukti bagi mengukuhkan lagi catatan pemerhatian sepanjang kajian dijalankan. Setiap apa yang terjadi ketika pemerhatian akan kami rakam bagi memastikan setiap apa yan dicatat mempunyai bukti yang sahih. Terdapat enam rakaman yang telah dibuat sepanjang pemerhatian kami ke atas Zaqwan. Rakaman ini kami gunakan untuk melihat sejauh mana perkembangan Zaqwan setiap kali melakukan sesuatu aktiviti.
14

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Selain itu, kami juga telah menemubual guru Zaqwan, ibu bapa Zaqwan dan beberapa orang rakan Zaqwan untuk memastikan dapatan pemerhatian ini dan segala maklumat yang diperolehi adalah tepat dan benar. Kami telah menemubual guru, ibu bapa dan rakan Zaqwan sebanyak sekali sepanjang pemerhatian dijalankan. Transkrip temubual kami dengan ibu bapa dan guru Zaqwan telah ditukar kepada Bahasa Melayu standart bagi memudahkan pembacaan terhadap kajian yang dijalankan. 3.6 Cara Pelaporan Kajian Dapatan kajian kami dilaporkan secara narrative. 4.0 Perbincangan 4.1 Latar belakang Subjek yang kami pilih merupakan kanak-kanak lelaki yang bernama Muhammad Hariz Zaqwan Bin Mohd Hairil. Zaqwan dilahirkan pada 27 Mac 2004 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Kini pada 2010 Zaqwan telah berumur 6 tahun. Bapanya bernama Mohd Hairil Bin Muda, berumur 33 tahun dan bekerja sebagai Pembantu Am Pejabat di SMK Tengku Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu manakala ibunya pula bernama Norhafiza Binti Alias, berumur 30 tahun dan bekerja sebagai Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Zaqwan merupakan anak sulung daripada dua beradik dan mempunyai seorang adik perempuan berumur 2 tahun. Mereka sekeluarga tinggal di rumah beralamat B-175 Kampung Desa Durian, Batu Rakit 21020 Kuala Terengganu. Zaqwan merupakan seorang kanak-kanak yang menulis menggunakan tangan kanan. Zaqwan mennggemari semua jenis makanan tetapi tidak suka pada makanan yang pedas. Meminati kuih donat dan semua jenis minuman. Aktiviti kegemarannya di rumah ialah menonton televisyen. Selain itu, Zaqwan juga seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pertuturan dan kesihatan.
15

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Sebelum ini, Zaqwan telah dihantar ke pusat tadika Taski Darul Hikmah (ABIM) di Banggol Tok Jiring seawal umur 4 tahun lagi. Tetapi walaupun telah bersekolah seawal usia 4 tahun, ibu bapanya mengakui perkembangan Zaqwan dalam membaca masih lemah dan lambat berbanding pengalamannya dengan rakan-rakannya yang lain. Ketika di rumah, ibu bapanya akan mengajarnya mengaji Al-Quran pada setiap pagi dan petang sewaktu musim cuti sekolah.

4.2 Rasional pemilihan kemahiran sosioemosial. Rasional kami memilih Zaqwan sebagai subjek kajian adalah berdasarkan cadangan daripada guru prasekolah itu sendiri iaitu Cikgu Suzana. Beliau memilih Zaqwan disebabkan Zaqwan mempunyai masalah berkaitan sosioemosi apabila kelihatan sering bertindak ganas, mempunyai imaginasi yang tinggi dan sering tidak memberi tumpuan terhadap sesi p&p. Setelah melihat dan berkenalan dengan Zaqwan, kami dapati segala apa yang ingin diperhatikan berkaitan dengan perkembangan sosioemosi dan beberapa kemahiran yang dikaji mempunyai kaitan yang bersesuaian dengan Zaqwan. 4.3 Dapatan kajian melalui pemerhatian Pelbagai kaedah telah kami gunakan untuk memastikan segala maklumat dan dapatan pemerhatian dapat dikumpul dan direkod secara sistematik. Dapatan kajian telah dijalankan secara rakaman, gambar, temubual dan hasil kerja. 4.3.1 Berkomunikasi dengan keyakinan Berdasarkan pemerhatian melalui rekod berterusan di Lampiran 1, dapat dilihat Zaqwan seorang kanak-kanak yang mudah mesra walaupun dengan orang yang baru dikenalinya. Zaqwan seorang yang mudah memberi kerjasama apabila diminta menceritkan mengenai keluarganya. Keyakinan yang ditunjukkan oleh Zaqwan juga sangat tinggi apabila dia begitu bersemangat meyakinkan kami tentang ahli keluarganya.
16

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Perkara ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian rekod berterusan di lampiran 1 yang menunjukkan Zaqwan mempunyai fantasi dan imaginasi yang tinggi untuk memiliki sebuah keluarga yang terdiri daripada kakak dan abang. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, Zaqwan menceritakan tentang kewujudan kakak dan abang khayalannya dengan penuh yakin. Ini dibuktikan dengan pengakuan Zaqwan sendiri: Ayoh dengan mok tak dok yang pandai melukisbelajar melukis dengan kakak.jawab Zaqwan ringkas. Ummmm oo ookakak Zaqwan pun pandai melukis rupanya. Ketika pemerhatian di atas dijalankan, kami tidak pasti tentang bilangan ahli keluarga Zaqwan yang sebenar. Perkara ini terbukti apabila kami mengkaji rekod-rekod peribadinya dan mendapati beliau adalah anak sulung daripada dua beradik. Ketika kami mengunjungi rumahnya juga, telah terbukti menunjukkan Zaqwan tidak mempunyai kakak dan abang seperti yang diceritakannya kepada kami. Ini dapat dibuktikan melalui gambar keluarga Zaqwan yang hanya terdiri daripada ayah, ibu, Zaqwan dan adik perempuannya. 4.3.2 Memahami dan mengurus emosi diri sendiri Zaqwan dilihat sebagai seorang kanak-kanak yang dapat mengurus emosi dirinya sendiri apabila berhadapan dengan sesuatu perkara yang mengganggunya. Perkara ini dapat dibuktikan melalui permehatian melalui rekod berterusan dalam lampiranyang menunjukkan Zaqwan tidak berminat untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Suzana. Apabila perkara seperti itu berlaku, Zaqwan tidak terus bergerak mengganggu rakan-rakan yang lain sebaliknya dia akan mengeluarkan sebuah buku khas miliknya untuk dia menconteng dan melukis. Melalui cara ini, dapat dilihat ibu bapanya telah mendisiplinkannya agar meluahkan perasaan dengan menggunakan cara yang disukainya. Ini dibuktikan melalui pemerhatian rekod berterusan di lampiran 3: Penat la nak tulispenat nak tulis banyak-banyak. Kami bertanya lagi, Kalau cikgu minta Zaqwan melukisZaqwan penat tak? Dengan pantas Zaqwan
17

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

mengeluarkan buku contengan khas untuk dia melukis dan tanpa disuruh Zaqwan dengan pantas melukis apa sahaja yang difikirkannya di dalam buku itu. Zaqwan dilihat dapat mengurus emosi diri sendiri melalui lukisan dan contengan yang dibuatnya. Melalui pemerhatian kami, ini mungkin disebabkan oleh cara didikan yang diberikan oleh keluarganya yang memberi pendedahan awal agar tidak menjadi kebiasanya menconteng dan meluahkan perasaan pada tempat yang tidak sepatutnya. Ini dapat dibuktikan berdasarkan temubual kami bersama ibu bapa Zaqwan di rumah mereka: Hehesebelum ini di rumah lama kami banyak juga yang Zaqwan conteng..tetapi kami telah mendidiknya selepas itu dan sentiasa membelikanya buku mewarna, melukis, dan juga buku kosong untuk dia menconteng dan lama kelamaan Zaqwan dengan sendiri mengikuti disiplin itu.

Berdasarkan transkripsi temubual kami bersama ibu bapa Zaqwan, ada ketika itu Zaqwan tiba-tiba menyampuk dan mengeluarkan kata-kata yang agak ganas bagi pemikiran seorang kanak-kanak sepertinya: Zaqwan : Nanti Zaqwan dah besar, Zaqwan nak bunuh adik.nak rotan ayah pulak..(dengan nada penuh keyakinan). Bapa Zaqwan : Zaqwan.. tak baik cakap macam tu depan cikgu ni.. macam itulah cikgu..saya cuma risaukan kalau dia suatu hari nanti dah bersekolah..takut dia menganiaya kawan-kawan. Melalui pemerhatian ini dapat kami lihat, Zaqwan seorang kanak-kanak yang mempunyai sikap pendendam. Dia juga seorang yang berani melafazkan apa sahaja yang terlintas di fikirannya. Kata-kata Zaqwan itu dengan pantas ditegur oleh bapanya dan Zaqwan terus terdiam kerana menghormati bapanya dan tetamu yang datang. Ini

18

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

menunjukkan Zaqwan masih mampu mengawal emosinya walaupun hakikatnya dia tidak mengetahui apa yang dilafazkan ketika itu. 4.3.3 Membina perwatakan kendiri Berdasarkan transkripsi temubual dengan ibu bapa Zaqwan di rumah mereka, kami dapati Zaqwan seorang kanak-kanak yang mempunyai keyakinan iaitu percaya bahawa dia boleh melakukan apa sahaja yang diingininya. Kanak-kanak pada tahap umur Zaqwan ini adalah seorang pemerhati yang baik dan sentiasa percaya bahawa mereka juga mampu melakukan apa sahaja yang mereka inginkan. Ini terbukti berdasarkan temubual kami bersama ibu bapa Zaqwan di rumah mereka: Ibu Zaqwan : Hmmm..Zaqwan ni jenis nak kena suruh baru nak buat. Tetapi ada kalanya dia juga boleh diharap seperti membantu saya membuat kerja-kerja di dapur seperti memotong bawang dan membancuh air dan saya masih perlu mengawasi tingkahlakunya ketika berada di dapur. Melalui dapatan kajian ini, kami dapati ibu Zaqwan bertindak secara positif apabila menggalakkan Zaqwan membuat perkara yang disukainya seterusnya dapat membantu anaknya mengawal emosi dan meningkatkan kendirinya. 4.3.4 Kebolehan mengawal diri Berdasarkan pemerhatian kami melalui rekod berterusan pada lampiran, kami mendapati Zaqwan seorang kanak-kanak yang dapat mengawal diri dan mendengar arahan apabila ditegur. Walaupun kadangkala Zaqwan dilihat tidak selesa dengan keadaan yang sedang dilaluinya, tetapi dia masih boleh mengawal diri dan tidak berkelakuan negatif sehingga mendatangkan masalah kepada orang lain. Ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian rekod berterusan di lampiran 2: Apabila ustazah meminta semua murid menyebut ejaan di hadapan papan putih dengan bimbingannya, Zaqwan dilihat tidak peka dengan arahan ustazah dan dia juga duduk dalam keadaan berpeluk tubuh dan bermain-main mengusik kawankawan disekitarnya. Sekali lagi Zaqwan ditegur oleh Ustazah agar tidak mengulanginya
19

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

lagi.Tiba-tiba Zaqwan dilihat bangun dari barisan dan berjalan ke tempat duduknya. Dengan langkah yang bersahaja Zaqwan mengeluarkan patung mainan dari beg sekolahnya. Dia meletakkan patung mainan itu dan meninggalkannya di atas mejanya. Setelah itu dia kembali duduk di dalam barisannya. Apabila ditegur oleh ustazah sebanyak dua kali, Zaqwan dilihat tidak menghiraukan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung dan melakukan sesuatu perkara yang tidak ketahui oleh kami. Secara tiba-tiba Zaqwan bertindak mengeluarkan patung mainannya. Tetapi tindakan Zaqwan itu tidak mendatangkan tingkahlaku yang mengganggu terhadap proses pengajaran dan pembelajaran ustazah. Selain daripada proses pengajaran dan pembelajaran di kelas ustazah, pemerhatian rekod berterusan ketika Zaqwan melakukan aktiviti di luar bilik darjah juga telah menunjukkan dia seorang kanak-kanak yang dapat mengawal diri. Ini berdasarkan pemerhatian rekod berterusan di lampiran 4: Terdapat juga beberapa kawan-kawan Zaqwan yang bermain di sekitarnya. Mereka juga berminat bermain kiub bongkah bersama-sama dengan Zaqwan. Di awalnya Zaqwan dilihat tidak berkira untuk berkongsi kiub bongkah untuk bermain bersama-sama tetapi diakhirnya dia sudah tidak mahu berkongsi. Melalui dapatan kajian ini, kami mendapati walaupun pada akhirnya Zaqwan dilihat tidak mahu berkongsi kiub dengan kawan-kawannya yang lain, Zaqwan masih bermain bersama-sama mereka tetapi dia ingin bermain secara sendirian. Ketika pemerhatian, kami sentiasa menasihati Zaqwan dan kawan-kawannya agar bermain bersama-sama bagi menggalakkan mereka membina kemahiran sosial dan emosi melalui peraturan yang tertentu. Berdasarkan temubual dengan ibu bapa Zaqwan, kami mendapati bapanya amat risau dengan tingakahlaku Zaqwan yang kadangkala terlampau ganas dan memerlukan pengawasan yang berterusan. Melalui pengakuan ibunya, mereka telah mencuba pelbagai cara bagi mengurangkan tingkahlaku agresif pada Zaqwan:
20

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Ibu Zaqwan : Ada juga kami carikan Zaqwan air penerang hati melalui rawatan Islam ni..kami cuma berharap agar hati Zaqwan mudah diterangkan dan dilembutkan dan tidak lagi terlampau agregsif. Melalui dapatan kajian ini, kami mendapati ibu bapa Zaqwan amat mengambil berat tentang kebajikan anak mereka. Mereka juga lebih mengenali tingkahlaku Zaqwan dan berharap Zaqwan tidak bertindak ganas diluar jangkaan mereka. 4.3.5 Membina kemahiran sosial dalam interaksi dengan orang lain. Berdasarkan pemerhatian melalui rekod berterusan pada lampiran 5, kami dapati Zaqwan dapat membina kemahiran sosial yang baik dengan orang lain khususnya dengan kami yang baru dikenalinya. Ini dapat dibuktikan melalui dapatan pada rekod berterusan semasa kami membuat pemerhatian ke atasnya: Semasa menemubual ibu bapa Zaqwan, dia juga berada bersama-sama kedua ibu bapanya. Sepanjang pemerhatian kami melihat tingkahlaku Zaqwan di rumah, dia kelihatan mesra dengan ibu bapanya. Kedatangan kami juga telah dimaklumkan oleh Zaqwan kepada ibu bapanya. Melalui dapatan kajian ini, kami mendapati Zaqwan seorang kanak-kanak yang mudah mesra dan sentiasa mengalu-alakan kedatangan tetamu kerumahnya. Ibu bapanya juga sangat ramah melayani kunjungan kami ke rumah mereka. Semasa di rumah, kami juga mendapati Zaqwan telah dididik agar menghormati tetamu seperti bersalaman dan sentiasa mendengar teguran yang diberikan oleh bapanya.

Nabilah Binti Jumal (880312565210) Bersyukur saya kehadat Allah s.w.t kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan tugasan PRA 3111 ini. Pada semester 6 kali ini, saya telah mempelajari tentang tajuk berkaitan dengan Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-Kanak dalam Prasekolah. Tugasan ini memerlukan saya melakukan pemerhatian terhadap
21

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

kanak-kanak Prasekolah dan melihat perkembangan mereka melalui pelbagai aspek dan kemahiran. Dalam tugasan saya ini. aspek yang diperhatikan adalah perkembangan sosioemosi. Menurut Widmer (1970) menunjukkan kanak-kanak memerlukan banyak peluang untuk bertindak balas dalam persekitarannya mengikut perbezaan individu untuk membuat pilihan, bertindak dan bergerak balas dalam persekiatran yang mengambil berat mengenai mereka termasuk perkembangan minat dan keupayaan. Melalui kajian pemerhatian yang telah saya lakukan, pelbagai aspek kemahiran telah dinilai bagi memastikan kanak-kanak dapat mencapai tahap perkembangan sosioemosi yang sesuai dengan peringkat perkembangan umur mereka. Kami berdua telah membuat perancangan bagi memastikan tugasan ini dapat berjalan lancar dan sistematik. Pada permulaan, kami memulakan tugasan dengan mencari dan mengumpul maklumat mengenai penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Seterusnya kami mencari maklumat berkaitan dengan jurnal yang selari dengan perkembangan sosioemosi yang ingin kami kaji. Setelah selesai mencari dan mengumpulkan maklumat berkaitan dengan konsep, objektif, prinsip, teknik penaksiran dan kajian literatur, kami memulakan langkah kedua iaitu membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak yang dikaji. Pada setiap minggu jika mempunyai kelapangan masa, kami akan ke Prasekolah IPG Kampus Dato Razali Ismail untuk menjalankan kajian ke atas kanak-kanak yang telah dipilih. Selain daripada instrumen rekod berterusan yang kami gunakan, kami juga membuat kajian melalui pengumpulan data seperti gambar, rakaman, hasil kerja, dan temubual. Kesemua kaedah ini amat membantu kami dalam mendapatkan maklumat yang tepat sekaligus sahih berkaitan dengan kanak-kanak yang diperhatikan. Setelah selesai membuat pemerhatian, kami berdua membuat perbincangan dalam melengkapkan laporan. Mengikut Rohaty (1992) pandangan kendiri yang positif adalah merupakan asas kejayaan kepada kanak-kanak. Dengan adanya keinginan ini maka dengan sendirinya kanak-kanak akan mengasah bakat kreatifnya. Perkara ini terbukti melalui dapatan kajian pemerhatian saya ke atas kanak-kanak yang dikaji
22

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

menunjukkan beliau mempunyai imaginasi yang tinggi dalam membayangkan sesuatu perkara seperti mempunyai keluarga khayalan walaupun hakikatnya perkara itu tidak wujud dalam kehidupan sebenarnya. Selain itu, pergaulan melalui persekitaran juga amat membantu kanak-kanak dalam membina kendiri yang positif atau negatif. Bedasarkan kajian kanak-kanak yang diperhatikan, saya berpendapat guru prasekolah tersebut perlu mewujudkan suasana kelas yang dapat mempertingkatkan tahap kreativti kanak-kanak yang mempunyai imaginasi yang tinggi. Melalui aktiviti kreativiti, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan melalui lukisan dan pelbagai lagi cara bagi menggalakkan pemikiran mereka yang mempunyai sifat ingin tahu dan berani mencuba sesuatu perkara yang baru. Guru dan juga ibu bapa perlu sedar tanggungjawab mereka dalam mengenal pasti kebolehan dan tahap keupayaan kanakkanak agar mereka dapat menyalurkan bakat semulajadi yang ada alam diri melalui cara yang lebih efektif. Kelebihan tugasan ini antaranya yang pertama ia telah melatih dan memahirkan saya dalam kemahiran merekod terutamanya dalam membuat rekod berterusan. Selain itu, rekod dan maklumat yang dikumpul amat memudahkan saya membuat rujukan tentang tingkahlaku kanak-kanak yang dikaji. Segala maklumat dan dapatan yang diterima adalah sebagai bahan bukti yang sahih bagi memastikan kajian yang dibuat mengikut spesifikasi yang tepat. Kedua, tugasan ini juga telah memberi pengalaman yang amat bermakna kepada saya dalam membuat pencarian jurnal daripada pelbagai maklumat. Ini juga adalah pengalaman pertama saya sepanjang membuat tugasan di IPG. Segala jurnal yang dikumpulkan adalah selari dan berkaitan dengan perkembangan dan kemahiran yang dikaji. Kelebihan ketiga pula ialah saya dapati tugasan ini telah mendekatkan saya dengan masyarakat sekeliling terutamanya dalam membina hubungan yang positif dengan ibu bapa, keluarga, guru, pembantu prasekolah dan juga kanak-kanak prasekolah. Pengalaman berinteraksi dengan masyarakat memberi peluang kepada saya membina keyakinan diri dalam bersosial dengan orang lain. Saya sebagai bakal guru prasekolah perlu mempersiapkan diri dalam membina hubungan yang mesra dan rapat dengan ibu bapa terutamanya bagi memastikan setiap aktiviti yang berkaitan dengan prasekolah mendapat sokongan dan kerjasama daripada ibu
23

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

bapa. Kelebihan terahkir dalam tugasan ini ialah ia telah menggalakkan saya mempelajari dan memahirkan lagi tentang perkembangan yang terdapat pada kanakkanak. Melalui perkembangan sosioemosi ini, dapat saya rumuskan perkembangan emosi dan sosial yang sihat sangat penting dalam kehidupan seseorang dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka. Kelemahan tugasan ini antaranya, pertama kami tidak mempunyai banyak masa untuk menjalankan kajian terhadap kanak-kanak yang dikaji. Ini disebabkan oleh kekangan masa untuk menghadiri kelas pada waktu pagi dan prasekolah hanya bersekolah pada waktu pagi juga. Tugasan ini mungkin akan lebih bermakna jika ianya diberikan lebih awal dan masa kajian boleh dilakukan lebih lama contonhnya tugasan ini diberikan semasa praktikum selama dua bulan yang lalu. Permerhatian dan dapatan kajian mungkin lebih teratur dan tidak terlampau singkat seperti yang dialami kini. Kelemahan kedua pula ialah kesukaran mencari jurnal yang sesuai untuk dijadikan kajian literatur. Keterbatasan pengalaman menyebabkan pencarian jurnal dilihat sukar dan bebanan pada permulaan tugasan dirasakan amat berat untuk memahami apa yang tersirat di dalam maklumat jurnal yang dicari. Kelemahan ketiga pula ialah saya tidak dapat memahirkan diri dalam membuat catatan rekod-rekod yang lain kerana hanya menfokuskan pada tugasan rekod yang diberikan sahaja. Rekod yang diperhatikan hanyalah satu sahaja dan saya tidak berpeluang melatih dan memahirkan diri untuk membuat catatan rekod yang lain. Manakala kelemahan yang terakhir pula ialah saya dapati penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah tidak disempurnakan oleh guru prasekolah. Sebagai bukti tiada maklumat mengenai rekod berterusan yang saya kaji boleh dijadikan bahan rujukan daripada guru prasekolah. Sebagai bakal guru prasekolah, aspek penaksiran dan penilaian terhadap perkembangan kanak-kanak terhadap perkembangan mereka tidak patut diabaikan. Kesemua perkembangan termasuk kognitif, bahasa, emosi dan sosial perlu diperhatikan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab. Menurut Almy (1975) berpendapat matlamat mana-mana program untuk kanak-kanak yang dikehendakinya sepatutnya menyediakan persekitaran fizikal dan sosial yang akan meninggikan imej

24

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

diri kanak-kanak. Oleh itu guru perlu menyediakan segala kemudahan yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Sebagai kesimpulan, tugasan ini memberi pengalaman kepada saya sebagai bakal guru prasekolah pada masa hadapan untuk menentukan penilaian dan penaksiran yang sesuai digunakan ketika berada di prasekolah. Segala penilaian dan penaksiran yang dijalankan adalah rekod, bukti dan maklumat yang dapat digunakan bagi memastikan perkembangan kanak-kanak mempunyai peningkatan dari pelbagai aspek perkembangan yang terdapat dalam kurikulum prasekolah kebangsaan.

5.0

Rumusan dan Cadangan.

Bahagian ini akan membincang dan menghuraikan rumusan keseluruhan daripada hasil dapatan kajian kami serta cadangan-cadangan untuk kajian seterusnya. 5.1 Rumusan.

Hasil kajian kami mendapati secara keseluruhannya Zaqwan masih belum dapat mengawal emosinya dengan baik. Subjek yang kami pilih ini juga masih belum sepenuhnya mempunyai kebolehan untuk menilai sama ada sesuatu idea itu baik atau kurang baik. Selain itu juga, Zaqwan masih belum mampu membina kemahiran emosi untuk memahami diri dengan orang lain dan juga masih belum mengamalkan tingkah laku yang baik seperti yang sepatutnya. Hal ini dapat dibuktikan sepanjang pemerhatian kami terhadap subjek. Sebagai contoh, situasi di mana subjek menconteng muka adiknya dengan menggunakan pen kerana adiknya ingin berkongsi pensil warna dan situasi di mana Zaqwan berlari-lari di atas tembok tanpa memikirkan bahaya dan tanpa menghiraukan larangan ibu dan bapanya.

25

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Ini bertentangan dengan hasil kajian Profesor Madya Anna Christina Abdullah dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia yang menyatakan kanak-kanak semuda 4 tahun sudah dapat memahami yang tingkah laku mereka ada punca-puncanya bahawa setiap orang mempunyai perasaan dan bahawa terdapat lebih dari satu penyelesaian kepada setiap masalah. Selain itu, beliau juga ada menyatakan kanak-kanak dalam peringkat umur tersebut sudah mempunyai kemahiran untuk menilai sama ada sesuatu idea itu baik atau kurang baik.

Berdasarkan pemerhatian yang telah kami jalankan, hanya terdapat satu cara di mana Zaqwan dapat menguruskan emosinya sendiri dengan baik dan bagaimana cara untuk menstabilkan emosinya iaitu melalui terapi lukisan. Kami telah cuba memerhatikan Zaqwan semasa beliau melukis. Beliau akan memberi sepenuh perhatian dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Pada pendapat kami ini juga adalah merupakan salah satu cara terbaik untuk melatih beliau memberi tumpuan terhadap sesuatu pekerjaan lain yang dilakukan. Melalui sikap yang ditunjukkannya itu, kami membuat beberapa pembacaan dan rujukan mengenai terapi emosi melalui seni atau lukisan. Kami juga pernah mengikuti satu Kem Terapi Emosi pada semester dua. Melalui rujukan yang dan hasil daripada kem tersebut, kami dapat memahami bahawa lumrah kanak-kanak suka melukis. Bermula daripada contengan, kepada garis senget, bulatan, orang lidi sehingga mereka pandai melakar bentuk tertentu, mereka akan melakukannya dengan tekun dan sepenuh hati. Melukis bukanlah suatu kerja yang sia-sia walaupun lukisan seseorang kanak-kanak itu kelihatan seperti cakar ayam. Justeru, minat kanak-kanak terhadap lukisan tidak seharusnya dihalang kerana ia banyak memberi manfaat dan memberi sumbangan besar terhadap perkembangan emosi, minda, intelek dan merangsang kemahiran tangan kanak-kanak. Melukis boleh merangsang pembentukan minda kreatif kanakkanak selain menggerakkan otak kanan untuk berfikir. Kebanyakan aktiviti seperti percakapan, analisis (mentafsir), rasional, logikal, belajar bahasa dan mengira (termasuk mengenal abjad dan huruf) menggunakan otak kiri. Manakala otak kanan pula digunakan dalam aktiviti kreatif yang tidak membabitkan perkataan seperti lukisan, kraf dan muzik. Mungkin tidak ramai ibu bapa sedar, melukis adalah aktiviti menggembirakan dan boleh menenangkan perasaan anak. Keinginan ibu bapa melihat anak mereka pandai dalam bidang akademik (termasuk membaca dan mengira) pada usia sangat muda boleh
26

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

membuat anak tertekan. Keadaan menjadi lebih sukar kerana kanak-kanak tidak tahu untuk memberitahu mereka berasa tertekan. Lukisan juga boleh menjadi medium untuk seseorang meluahkan perasaan. Kanakkanak lebih besar seperti prasekolah pandai menyatakan emosi atau apa terjadi kepada mereka melalui lukisan wajah sedih, marah, gembira atau takut. Mereka juga melukis apa yang ingin dimiliki atau dilakukan. Ini juga sebabnya lukisan dijadikan terapi (dikenali sebagai terapi seni) ke atas kanakkanak yang alami masalah psikiatri atau melalui trauma. Terapi seni digunakan untuk membantu kanak-kanak yang mengalami trauma dengan kematian ibu bapa dan hilang tempat tinggal seperti insiden taufan, gempa bumi atau peperangan. Namun, terapi seni bukan hanya untuk kanak-kanak bermasalah saja. Seni sama ada lukisan, kraf, kolaj atau yang menggunakan tanah liat juga mempunyai kesan terapeutik kepada semua golongan. Kini ramai ibu bapa moden, terutama yang tinggal di bandar, mula menghantar anak ke kelas seni dan kraf selepas menyedari manfaatnya, terutama dalam membantu perkembangan minda serta terbukti dapat meningkatkan daya tumpuan ketika belajar. Melukis juga cara anak meluahkan pemikiran dan perasaan. Oleh kerana penguasaan bahasa terhad, kebanyakan kanak-kanak tidak tahu menceritakan apa yang ada dalam fikiran mereka. Ibu bapa boleh menjadikan lukisan anak sebagai perantara untuk berkomunikasi dengan si kecil. Beri rangsangan kepada anak dengan memuji lukisan mereka cantik, walaupun pada pandangan anda ia hanya corengan. Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Ia juga proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi pesakit. Ini berdasarkan kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik individu membantu mereka menyelesaikan konflik dan masalah, membangunkan kemahiran dalaman, menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan, meningkatkan jati diri. Presiden Persatuan Pskiatri Malaysia sendiri iaitu Dr Yen Teck Hoe ada mengatakan bahawa seni asasnya adalah produk pemikiran dan emosi. Ia juga boleh diklasifikasikan sebagai perangkap persepsi yang mewakili minda pada satu-satu masa. Walaupun hanya satu garisan, ia adalah luahan emosi pelukis. Dr Yen berkata, di Malaysia sekurang-kurangnya seorang daripada sembilan pesakit gangguan psikotik berhadapan dengan masalah tekanan, kekacauan bipolar dan skizofrenia. Mereka kerap tidak difahami dan kadangkala tidak diberi peluang untuk pulih. Beliau menambah, proses perubatan itu hanya bersifat holistik. Ubat saja tidak
27

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

boleh mengubati masalah berkaitan komunikasi atau sosial dengan orang lain bagi mereka yang sakit mental. Namun, terapi seni lukisan, malah muzik dan tarian boleh membantu mereka meluahkan perasaan tanpa bercakap. Dengan cara itu katanya, ia dapat mengurangkan tekanan, ketakutan dan kebimbangan sebaliknya memberikan mereka satu bentuk kebebasan dalam pemikiran. Proses kreatif ini melonjakkan harga diri mereka, membantu proses pemikiran dan membolehkan mereka meneroka persoalan peribadi. Apa yang dapat kami simpulkan adalah ibubapa tidak seharunya membuat tafsiran sendiri kerana mereka tidak tahu apa yang ada dalam fikiran anak, sebaliknya ibubapa perlu meminta anak-anak bercerita mengenai lukisan mereka. dengan cara ini, ibubapa sekaligus dapat menggalakkan menggalakkan anak-anak untuk berfikir iaitu bermula daripada proses melukis hinggalah kepada bercerita. Sesetengah kanak-kanak sukar diajak berkomunikasi, terutama jika mereka seorang yang pendiam. Sebenarnya komunikasi perlu berlaku dalam dua hala dan lukisan boleh menjadi medium untuk berinteraksi dengan anak-anak. Kami telah membuat rujukan di sebuah blog di mana penulisnya, mengatakan bahawa komen positif terhadap hasil kerja kanak-kanak seperti lukisan akan membuatkan mereka gembira. Beliau juga menyatakan biasanya dalam keadaan gembira kanakkanak lebih mudah berinteraksi dan bercerita. Hal ini dapat kami lihat sendiri dengan jelas pada Zaqwan, di mana beliau sebenarnya adalah seorang yang agak sukar untuk bergaul dengan orang lain kecualilah saudara terdekat dan rakan-rakan dari jantina yang sama sahaja. Tetapi, apabila kami meminta beliau untuk melukis beliau akan menunjukkan minat yang tinggi dan senang untuk bercerita mengenai lukisannya. Lebih banyak ibubapa terbabit dalam aktiviti ini, anak-anak akan berasa lebih seronok. Malah, ibubapa boleh melukis bersama dengan anak yang secara tidak langsung bukan saja dapat mengeratkan hubungan, tetapi menghabiskan masa berkualiti bersama kanakkanak. Mungkin ada ibu bapa tidak tahu bagaimana hendak memberi rangsangan tambahan kepada anak selain membeli alat melukis dan meluangkan masa bersama mereka. Sebenarnya, banyak usaha lain yang boleh dilakukan seperti menyediakan tempat atau bilik khas untuk mempamerkan lukisan anak-anak. Sebagai contoh, sekiranya sesebuah rumah itu sempit, ibubapa boleh membuat ampaian khas untuk menggantungkan lukisan anak-anak dengan hanya menggunakan tali dan penyepit. Ini memudahkan ibubapa menukar lukisan baru apabila kanak-kanak menghasilkan karya baru. Kaedah mudah begini memberi galakan kepada anak meluahkan kreativitinya di atas kertas dan ibubapa juga dapat membantu tugas guru dalam mengesan perubahan emosi kanak-kanak bagi memastikan perkembangan sosioemosi yang positif dan sihat di kalangan kanak-kanak. http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/01/lukisan-luahan-jiwa.html
28

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

5.2 5.3

Cadangan. Manfaat Penaksiran dan Penialain Perkembangan Kanak-kanak.

www.scribd.com/.../Penaksiran-dan-Penilaian-Perkembangan-Kanak-kanak

29

You might also like