You are on page 1of 11

Kaum kadazan-dusun merupakan sebuah etnik peribumi yang menetapkan di pantai barat sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya.

Kaum kadazan-dusun sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama Sabah iaitu Kadazan dan Dusun namun disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kaum Kadazan dengan kaum Dusun satu istilah baru telah terbentuk untuk menyatukan kedua-dua kaum ini iaitu KadazanDusun. Kaum Kadazan-Dusun membentuk etnik terbesar di Sabah. Terdapat pelbagai suku kaum di dalam kaum Kadazan-Dusun antaranaya ialah bisaya, bonggi, bunddu, dumpas, gana ,garo, idaan, kedayan, kimarang dan kuijau. Oleh yang demikian kerana kaum Kadazan-dusun merupakan kaum yang kaya dengan pelbagai budaya dan adat istiadat yang merupakan warisan secara turun-turun oleh nenek moyang mereka dan melambangkan keindahan adat dan budaya mereka sebagai kaum terbesar di Sabah. BUDAYA MASYARAKAT KADAZAN-DUSUN Pakaian tradisional Kadazan-dusun terkenal dengan kaum yang mempunyai banyak sub-etnik yang kaya dengan budaya mereka sendiri. Oleh itu, setiap kaum dalam kadazan-dusun mempunyai perbezaannya pakaian tradisionalnya yang tersendiri. Contohnya pakaian tradisi bagi etnik dusun bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum kadazan-dusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pakaian ini biasanya dipakai dimusim perayaan seperti pesta kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan. Kebiasaannya para gadis dari kaum Kadazandusun akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya pertandingan unduk

ngadau kaamatan di peringkat negeri Sabah. Antara perbezaan pakaian suku kaum kadazan-dusun ialah seperti berikut: Suku kaum rungus kudat Kaum rungus merupakan kaum kadazan dusun yang tinggal di kawasan kudat. Kaum ini mempunyai perbezaan cirri-ciri pakaian mereka antaranya ciri-ciri pakaian tradisi kaum rungus di kudat ialah mempunyai blaus berwarna hitam bercorak yang dipakai aras dada ke pinggang dipanggil Banat Tondu. Terdapat juga sarong yang dipanggil tapi rinugading selalunyadi pakai hingga paras lutut sahaja. Kain hitam yang berukuran lebar 28-30 sm pula akan disarungkan keleher hingga ke bahu dan berjuntai ke lengan dan terbentuklah pakaian berlengan. Baju kemeja berlengan pendek atau panjang hanya dikhususkan untuk golongan lelaki sahaja terdapat juga siga untuk mengemaskan pakaian tersebut. Selain itu, barangan kemas pula menjadi pelengkap pakaian tradisional kaum kudat,contohnya pemakaian rantai leher atau dipanggil sanadang yang diperbuat daripada kulit kerang atau kima berwarna putih berkilauan dan tulang haiwan. Terdapat juga sanggul atau dipanggil titimbok oleh masyarakat rungus yang dipakaikan kepada pemakai pakaian tersebut. Berabun dan Giring pula merupakan barang kemas antic yang diperbuat daripadalogam emas berbentuk loceng turut melengkapkan pemakaian tersebut. Pemakaian barang kemas adalah satu kemestian bagi kaum dalam kadazan dusun,termasuk dengan kaum papar juga kerana mereka mengenakan barang kemas terhadap pakaian yang dipakai oleh mereka. Suku kaum kadazan dusun penampang Merupakan kaum utama dalam kaum kadazan dusun.suku kaum ini tinggal di kawasan penampang di pantai barat sabah. Suku kaum kadazan penampang juga mempunyai ciri-ciri pakaian tradisi mereka yang tersendiri menjadikan mereka salah satu daripada

suku kaum yang unik dalam kaum kadazan dusun.Antara cirri pakaian tradisional mereka ialah mempunyai blaus tidak berlengan yang berwarna hitam atau baldu untuk kaum wanita mereka dipanggil sinuangga. Blaus berlengan pendek,berwarna hitam atau baldu pula dikhususkan untuk wanita pertengahan umur atau

sinompukung,manakala blaus berlengan pula digunakan oleh wanita golongan tua terutama bobohizan(kinoigan), untuk golongan lelaki pula kemeja berwarna hitam baldu dan berlengan panjang akan dipakai dan pemakaian siga yang mempunyai pelbagai pelbagai corak yang tersendiri. Pemakaian biasanya akan dihiasi dengan renda atau siling utama keemasan pelbagai corak. Kadazan dusun papar Merupakan satu daripada kaum dalam masyarakat kadazan dusun dan ciri-ciri pakaian tradisi masyarakat ini ialah memakai blaus baldu hitam berlengan panjang ataupun dipanggil siya oleh penduduk tempatan. Pemakaian baju di dalam yang berwarna putih atau blaus putih pula perlu dilakukan untuk menampakkan perbezaan pakaian kaum ini. Kaum papar juga memakai sarung atau dipanggil gonob berbeza dengan kaum rungus.terdapat juga pemakaian siga khas untuk kaum lelaki dan pemakaian baju kemeja baldu hitam berlengan panjang. Bagi kaum wanita siung digunakan untuk menentukan jenis pemakaian contohnya pemakaian berlulu binatang (burung) yang berwarna untuk wanita bujang dan pemakaian berbunga-bungaan untuk golongan wanita yang sudah berkahwin. Perhiasan pakaian bagi kaum papar terdiri daripada butang berwarna keemasan kubamban sebanyak lapan pasang didada dan siling dan labuci yang dijahit di lengan blaus juga terdapat tenunan yang dipanggil rinanakit bercorak cetusan bintang dijahit secara menegak dan melintang pada sarong (gonop) Bahasa pengantar masyarakat kadazan dusun

Bahasa kadazan dusun ialah satu daripada 50 atau lebih bahasa dan lebih daripada 80 dielet di sabah. Bahasa kadazan dusun dituturkan oleh kebanyakan populasi di Sabah terutamanya di kawasan pendalaman Kota Kinabalu,Penampang,Ranau,Keningau dan Tambunan.walaupun kadazan dusun terdiri daripada pelbagai kaum yang disatukan tetapi bahasa pengantar yang digunakan oleh kaum-kaum ini adalah sama dan hanya mempunyai sedikit perbezaan seperti bahasa melayu an bahasa Indonesia.Bahasa ini digunakan oleh kaum kadazan dusun dalam melakukan aktiviti harian seperti bertani,berdagang,berniaga, dan lain-lain. Contoh: Aku dalam bahasa kadazan dusun disebut oku. Upacara Humabot Merupakan upacara yang telah secara turun temurun dilakukan oleh kaum kadazandusun apabila mereka membina rumah baru. Upacara ini melibatkan seorang bobohizan atau dukun yang dipanggil oleh sesebuah keluarga yang ingin mendirikan rumah baru untuk menjampi tapak rumah tersebut. Bobohizan akan membaza mantera dan renjis air untuk menghalau semangat dan roh-roh jahat masyarakat kadazan dusun juga percaya akan kopizo tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik.tetapi jika sebaliknya maka tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal. Sesudah sesebuah rumah itu didirikan bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara momodu atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan membaca mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan api pada buluh yang hujungnya dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengigilingi rangka-rangka atap rumah sambil bertempik sorak atau memangkis. Ini bertujuan untuk
menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka kepada rumah mereka.

MELAYU

MELAYU ANAK JATI

Suku Melayu Johor Orang Siam Asli Orang Laut - Orang Biduanda Kallang dan Orang Sabimba Suku Melayu Kedah Orang Gergasi Orang Sakai Laut Suku Melayu Kelantan Suku Melayu Melaka Suku Melayu Palembang Orang Laut - Orang Selat Suku Melayu Pahang Suku Melayu Patani Suku Melayu Perak Suku Melayu Terengganu

MELAYU ANAK DAGANG

Aceh Ambon Banjar Batak Mandailing Bawean / Boyan Bugis Cham Utsul Jawa Melayu (Sumatera) Melayu Deli Melayu Jambi Melayu Palembang Melayu Riau Melayu Siak

Minangkabau / Minang Kerinci Nias Ocu / Kampar Rao / Rawa

MELAYU KACUKAN Peranakan Cina Jawi Peranakan / Jawi Pekan / Peranakan Kling Peranakan Arab Peranakan Turki Peranakan Parsi Samsam / Sam-sam

[sunting]ORANG

ASLI

Semang


Senoi

Bateq Jahai Kensiu Kintak Lanoh Mendriq

Che Wong Jah Hut / Jah Het Mahmeri / Mah Meri Semai Semoq Beri Temiar

Melayu Proto Jakun Orang Kanaq Orang Kuala Orang Seletar Semelai

Temuan

[sunting]SERANI [sunting]SIAM [sunting]Kaum

Bumiputra di Sabah

Suluk

[sunting]KADAZANDUSUN

MURUT

Bisaya Bonggi Bundu Dumpas Gana Garo Idaan / Ida'an / Idahan

Bagahak Idahan Sungai / Sungei / Orang Sungai

Kadayan / Kedayan (Melayu Kedayan) Kimaragang (Dusun Kimaragang) Kolobuan Kuijau / Kwijau Lingkabau Liwaan / Liwan (Dusun Liwan) Lobu / Lobou Lotud (Dusun Lotud) Lundayo / Lundayeh Makiang Malapi Mangkaak Melayu Brunei Minokok Murut

Baukan Gana' Kalabakan Murut Beaufort Murut Keningau Okolod Paluan


Ngabai Paitan Pingas

Serudung Sulangai / Selungai Tagal / Tagol Timugon

Rumanau Rungus Sinobu Sinorupu Sonsogon Sukang Tangara Tatana (Dusun Tatana) Tidong / Tidung Tindal (Dusun Tindal) Tobilung (Dusun Tobilung) Tolinting Tombonuo (Dusun Tambanuo) Tuhawon Tutung

[sunting]BAJAU

Sama' (Semporna, kunak, Lahad Datu) Banadan / Binadan Banguingui Palau Samah (Bajau Kota Belud, Tuaran, Papar) Sikubung Simunul Tabawan Tando' Bas Tolen Ubian Ungus Matata Kagayan Ungus Matata

[sunting]Kaum

Bumiputra di Sarawak

Dayak

Iban (Dayak Laut) Sebuyau (Iban Sebuyau)


Melayu Sarawak

Remun (Iban Remun) Balau (Iban Balau) Saribas (Iban Saribas) Iban Ulu Ai Iban Undup Iban Rajang Bidayuh (Dayak Darat) Biatah - Padawan Bukar/Sadong - Serian Jagoi/Singai - Bau Selakau/Lara - Lundu


Melanau

Brunei (Melayu Brunei) Dayak Muslim Melayu Sumatera

Melanau Mukah Melanau Dalat Melanau Oya Melanau Matu-Daro-Rejang Melanau Ba'ie (Bintulu) Melanau Balingian Melanau Miri Melanau Igan

Orang Ulu:Kayan Kenyah Kajang Kejaman Punan Ukit Penan Lun Bawang Lun Dayeh


Bisaya Kedayan

Murut Berawan Kelabit

[sunting]Kaum

Bukan Bumiputra

Cina


India

Suku Hokkien Suku Hakka Suku Yue (Kantonis) Suku Hainan Suku Hoklo Suku Hui Suku Henghua Suku Peranakan Suku Teochew Suku Lu

Suku Tamil Suku Bengali Suku Gujerati Suku Malayali Suku Sinhala Suku Telugu Suku Punjabi

Kaum Peranakan


[sunting]Kaum

Baba dan Nyonya Chetty

Bukan Bumiputra di Sabah

Filipino Cina Jawa

Pakistan

[sunting]Kaum-Kaum

lain

Yahudi Malaysia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Daftar_kaum_di_Malaysia

You might also like