You are on page 1of 31

1.

0 Pendahuluan Filipina merupakan koloni Amerika Syarikat di Asia Tenggara dan juga tanah jajahan Barat yang terawal mencapai kemerdekaan iaitu pada 4hb Julai 1946. Filipina merupakan tanah jajahan Sepanyol selama lebih 300 tahun sebelum dijajah oleh Amerika Syarikat. Perang Amerika-Sepanyol yang meletus di Cuba pada 24hb April 1898, telah merebak ke Filipina.1 Kekalahan tentera laut Sepanyol di Teluk Manila pada 1hb Mei 1898 mengakhiri penjajahan Sepanyol di Filipina.2 Dalam Perjanjian Paris yang ditandatangani pada 10hb Disember 1898, Sepanyol dipaksa menyerahkan Filipina kepada Amerika Syarikat dengan bayaran sebanyak AS$20,000,000.3 Presiden McKinley tidak bercadang menjadikan Filipina sebuah koloni Amerika Syarikat kerana bertentangan dengan tradisi Amerika Syarikat yang menentang penjajahan. Walau bagaimanapun, ancaman Jerman yang ingin menjadikan Filipina sebagai koloni menyebabkan presiden McKinley bertindak menjajah Filipina sungguhpun terdapat penentangan daripada Senat Amerika Syarikat.4 Penjajahan Amerika Syarikat ke atas Filipina telah mencetuskan Perang Amerika-Filipina (1899-1913) yang telah menelan belanja yang banyak serta menyebabkan banyak kematian berbanding Perang Amerika-Sepanyol. Penangkapan Aguinaldo pada 23hb Mac 1901 telah mengakhiri penentangan terhadap Amerika Syarikat namun penentangan di bahagian lain Filipina

Mary-Ann Asico. 1999. 100 Events that Shaped the Philippines. Quezon City: National Centennial Commision. hlm 216. 2 J. S. Furnivall. Experiment in Independence: The Philippines. Manila: Solidaridad Publishing House. 1974. hlm 22. 3 Mary-Ann Asico. 1999. 100 Events that Shaped the Philippines. hlm 236. 4 History of the Philippines (2009). Diperoleh pada Julai 18, 2009 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/History of the Philippines

berterusan sehingga 1913 terutamanya di kawasan selatan yang dikuasai oleh orang Islam.5 Semasa era Perang Dunia Kedua, Filipina kekal taat setia kepada rejim Amerika Syarikat dan bersikap anti-Jepun. Filipina merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang menyokong tetap menyokong Amerika ketika Filipina dikuasai oleh Jepun. Para pemimpin politik Filipina menentang kehadiran Jepun di Filipina. Kesetiaan terhadap rejim kolonial Amerika Syarikat dan sikap anti-Jepun yang diamalkan oleh gerakan nasionalis Filipina mempunyai kaitan dengan amalan liberal dalam politik dan sosial yang diamalkan Amerika Syarikat. Faktor sosio-politik yang menyebabkan gerakan nasionalis Filipina ini amat taat setia kepada rejim kolonial Amerika Syarikat dan bersikap anti Jepun akan dibincangkan dalam aspek-aspek berikut.

History of the Philippines (2009). Diperoleh pada Julai 18, 2009 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/History of the Philippines

2.0 Faktor Politik

2.1

Pentadbiran di Filipina Dalam sesebuah negara, keperluan untuk membentuk kerajaan sendiri dan

persediaan untuk mendapatkan kemerdekaan serta pembangunan perkhidmatan awam memang dititikberatkan.6 Peralihan kepada Komanwel dan pengisytiharan Republik telah menyebabkan penduduk Filipina dilatih dalam setiap pentadbiran utama.7 Kuasa eksekutif Commander-in-Chief dipindahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Filipina yang menjadi Gabenor Awam pada tahun 1901. Dalam tahun 1905, kuasa tersebut diberi kepada Gabenor Jeneral.8 Ahli Suruhanjaya membentuk penasihat Kabinet bagi mengetuai empat jabatan iaitu Jabatan Pedalaman, Perdagangan dan Polis, Perundangan dan Kewangan, dan Penerangan. Malah, tiga rakyat Filipina diangkat ke Suruhanjaya tanpa portfolio. Di bawah Akta Filipina 1902, Presiden US dengan keizinan Senat telah menguatkan perlantikan Gabenor Jeneral, Ketua Eksekutif Jabatan dan ahli-ahli Suruhanjaya. Pada tahun 1908, orang Filipina telah dilantik sebagai Ketua Jabatan buat pertama kalinya. Keempat-empat jabatan yang asal telah dipecahkan kepada beberapa bahagian dan lebih banyak jabatan telah dikendalikan di bawah kelolaan orang Filipina. Sebelum ini, pentadbiran Filipina secara majoriti dikuasai oleh orang Amerika dan keadaan ini tidak akan membantu membentuk sebuah negara Filipina yang merdeka. Sebagai contoh, pada tahun 1913 orang Amerika telah memenuhi kebanyakan jawatan pentadbir manakala penduduk tempatan hanya berpeluang menjawat jawatan rendah sahaja.9 Semasa Francis Burton Harrison menjadi Gabenor Jeneral Filipina, beliau telah
6 7

Robert Aura Smith. 1958. Philippine Freedom 1946-1958, New York: Columbia University Press. hlm. 68. Philippine Freedom 1946-1958, hlm. 69. 8 J. S. Furnivall. 1974. Experiment in Independence: The Philippines. Hlm 28. 9 Ibid. hlm. 39.

memberi peluang kepada rakyat tempatan menceburi bidang pentadbiran manakala pentadbir Amerika digalakkan bersara.10 Pada Tahun 1929, didapati hanya 471 orang Amerika berkhidmat dalam kerajaan dan kebanyakannya sebagai guru berbanding 20,332 orang Filipina.11 Usaha beberapa Gabenor Jeneral inilah yang menyebabkan rakyat Filipina mendapat pendedahan tentang pentadbiran dan bersikap pro-Amerika. Secara rasminya, Amerika mengamalkan polisi di Filipina melalui janji untuk memberi kemerdekaan kepada Filipina, menghapuskan buta huruf dalam kalangan masyarakat serta keupayaan orang Filipina untuk membentuk kerajaan sendiri.12 Pada tahun 1916, Jones Law atau juga dikenali sebagai Akta Autonomi Filipina menjanjikan kemerdekaan kepada Filipina seperti berikut: It is, as it always has been, purpose of the people of the United States to withdraw their sovereignty over the Philipine Islands and to recognize their independence as soon as a stable government can be established therein.13

Kesungguhan pihak Amerika untuk membantu menunaikan janji mereka dapat dilihat apabila Sekretari Peperangan dalam Pentadbiran Wilson iaitu Newton D. Baker telah menyapa Presiden Wilson dengan misi kemerdekaan Filipina semasa di Eropah. Seterusnya, Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan Akta Kemerdekaan Filipina atau dikenali sebagai Akta Tydings-McDuffie yang pada dasarnya memberikan keuntungan

10

Wan Abdul Rahman Latif. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 353. 11 J. S. Furnivall. 1974. Experiment in Independence: The Philippines. hlm. 39. 12 Paul H. Kratoska (editor). 2001. South East Asia Colonial History. New York & London: Routledge. hlm. 366. 13 South East Asia Colonial History. hlm, 366.

kepada Filipina.14 Berdasarkan akta ini, sebuah Perlembagaan Komanwel cuba dirangka bagi melahirkan sebuah kerajaan Republik.

2.2

Perundangan. Pada 1933, Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Hare-Hawes-Cutting

sebagai Akta Kemerdekaan Filipina sungguhpun diveto oleh Presiden Herbert Hoover. Akta Hare-Hawes-Cutting menjanjikan kemerdekaan kepada Filipina dalam tempoh 10 tahun. Walaupun rang undang-undang tersebut dirangka dengan bantuan suruhanjaya dari Filipina namun rang undang-undang tersebut telah dibantah oleh senat Filipina iaitu Presiden Manuel L. Quezon kerana menganggap bahawa rang undang-undang tersebut tidak adil kerana beberapa sebab. Pertama, syarat undang-undang perdagangan antara Filipina dengan Amerika Syarikat hanya menguntungkan Amerika Syarikat. Kedua, perkara tentang kawalan imigrasi orang Filipina ke Amerika Syarikat ditentang. Ketiga, presiden Amerika Syarikat mempunyai hak meluluskan atau tidak meluluskan pindaan perlembagaan dan keempat, Amerika Syarikat dibenarkan menubuhkan pangkalan tentera di Filipina. Akta Hare-Hawes-Cutting telah ditolak oleh Dewan Perundangan Filipina. Tahun berikutnya, akta yang disemak semula dikenali sebagai Akta TydingsMcDuffie akhirnya diluluskan oleh Presiden Roosevelt pada 24hb Mac 1934. Menurut akta ini, kemerdekaan Filipina akan diberi dalam tempoh 10 tahun iaitu pada 4hb Julai 1946. Dalam tempoh 10 tahun, Filipina akan mendapat taraf Komanwel dan menjadi wilayah jajahan Amerika Syarikat. Oleh itu, warga Filipina akan menyatakan kesetiaan kepada kerajaan Amerika Syarikat dan warga Filipina dilayan dengan hak yang sama dengan warga Amerika Syarikat. Akta Tydings-McDuffie ini diterima sebulat suara oleh
14

Wan Abdul Rahman Latif. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. hlm. 355.

Perundangan Filipina pada 1hb Mei 1934. Akta ini lebih kurang sama dengan Undangundang Hare-Hawes-Cutting tetapi memberi peruntukan yang lebih menguntungkan pihak Filipina. Akta ini memberi kuasa kepada orang Filipina melalui konvensyen perlembagaan yang terdiri daripada 200 orang ahli melantik anggota sebuah Kongres yang akan bertanggungjawab merangka sebuah Perlembagaan Komanwel ini bakal mewujudkan kerajaan Republikan.15 Komanwel yang dibentuk ini memiliki

perlembagaan sendiri serta berkerajaan sendiri. Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat masih bertanggungjawab dalam hal-ehwal Filipina seperti polisi luar, mata wang, perdagangan, imigrasi serta pembetukan undang-undang tertentu memerlukan

pengesahan daripada presiden Amerika Syarikat. Perlembagaan Filipina dirangka dan diluluskan oleh persidangan pada 8hb Februari oleh Presiden Roosevelt pada 23hb Mac 1935. Pada 14hb Mei 1935, warga Filipina dibenarkan mengundi untuk mengesahkan perlembagaan tersebut dan kerajaan Filipina dibentuk atas prinsip yang sama dengan perlembagaan Amerika Syarikat. Pada September 1935, pilihan raya pemilihan presiden diadakan dan Manuel L. Quezon dipilih sebagai Presiden Filipina dan Sergio Osmena sebagai Timbalan Presiden. Secara ringkasnya, Komanwel menyediakan Filipina ke arah kemerdekaan sebenar.

2.3

Pemodenan Filipina Kemasukan pegawai-pegawai Amerika, tentera, guru dan peniaga-peniaga di

bandar telah mempercepatkan pembinaan semula negara dan perkembangan kemudahan infrastruktur. Jalan raya, jambatan baru mula dibina dan pelabuhan Manila
15

Wan Abdul Rahman Latif.2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. hlm. 355.

dimodenisasikan. Pembinaan taman-taman, kawasan rekreasi awam, kelab sosial, bar dan segala amalan yang biasa bagi orang-orang Amerika terdapat di Filipina. Perkembangan ini telah membawa kepada perubahan landskap di Filipina. Bangunan-bangunan kerajaan yang baru seperti hospital kerajaan, makmal kerajaan, pejabat percetakan kerajaan dan institusi yang lain telah dibina. Kemudahan awam seperti Syarikat Keretapi dan Elektrik Manila mula beroperasi dan lebih banyak kenderaan awam (tarmcars) dan lampu elektrik dibawa ke Filipina. Sistem komunikasi seperti telefon, telegraf dan radio mula digunakan di Filipina. Pada tahun 1911, kapal terbang telah diperkenalkan buat pertama kalinya.16 Pemodenan di Filipina turut meningkatkan kemasukan peniaga-peniaga Amerika. Peningkatan jumlah sekolah rendah dan menengah serta pembinaan Universiti Filipina pada 1908 telah menjadikan Manila sebagai bandar pusat pendidikan. Sokongan kerajaan kolonial terhadap sekolah rendah memberi peluang kepada permintaan pendidikan yang lebih tinggi. Keadaan ini telah menyuburkan lagi pertumbuhan sekolah menengah persendirian, kolej dan universiti. Perkembangan populasi yang cepat terutamanya sekitar tahun 19181939 membawa kepada modenisasi. Peningkatan populasi ini menyebabkan perlunya perkhidmatan kesihatan, bekalan air, pengutipan sisa buangan dan pelupusan.17 Pemodenan yang dibawa oleh Amerika ini telah menyebabkan masyarakat Filipina bersikap pro-Amerika. Masyarakat Filipina telah menikmati keselesaan yang dibawa oleh Amerika dalam membangunkan Filipina ke arah berkerajaan sendiri.

3.0 FAKTOR EKONOMI


16

Manuel A. Caoili. 1999. The Origins of Metropolitan Manila. Quezon City: University of The Philippines Press. 1999. Hlm. 48. 17 Manuel A. Caoili. 1999. The Origins of Metropolitan Manila. hlm. 49.

Ketaatsetiaan gerakan nasionalis Filipina kepada rejim kolonial Amerika adalah kerana sumbangan dan usaha Amerika Syarikat kepada peningkatan ekonomi di Filipina. Amerika Syarikat telah memperkenalkan dasar ekonomi di Filipina yang bertujuan untuk melindungi hak milik tanah rakyat.18 Filipina telah memperoleh banyak keuntungan kesan daripada campur tangan Amerika Syarikat. Ramai pemodal Amerika telah datang ke Filipina untuk menanam modal terutama dalam perusahaan perlombongan bijih besi dan perusahaan simen. Selain itu, perusahaan tradisi Filipina seperti gula, tembakau, tali dan minyak kelapa juga meningkat dengan pesatnya. Semua bahan keluaran Filipina ini dieksport ke Amerika Syarikat.19 Sebagai buktinya, dalam masa pemerintahan Amerika Syarikat (yakni sehingga tahun 1941), pengeluaran gula telah meningkat enam kali ganda dan menjelang tahun 1930-an kedudukan gula kukuh sebagai bahan eksport yang utama di Filipina, dengan nilai dua kali ganda lebih dari nilai tembakau, kelapa dan abaka. Perusahaan gula di Filipina membangun dengan pesat hasil perlindungan yang diberikan oleh Amerika Syarikat kepada Filipina melalui tarif yang dikenakan iaitu dengan menyediakan pasaran yang terjamin di Amerika Syarikat kerana harganya adalah jauh lebih tinggi dari peringkat purata harga dunia. Menjelang akhir tahun 1920-an, hampir keseluruhan gula Filipina dieksport ke Amerika Syarikat dan menjadikan ekonomi kepulauan Filipina bergantung kepada kuasa penjajah.20 Pergantungan ekonomi Filipina terhadap pasaran Amerika Syarikat ini dibuktikan dengan kenyataan Onofre D. Corpus iaitu:

18 19

Wan Abdul Rahman. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Hlm 316 Ibid. Hlm 350 20 Tate. 1980. D.J.M. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara. Penerbit Fajar Bakti. Hlm 505

..pertanian Filipina berkembang hanya untuk membekalkan bahan mentah bagi kilang-kilang Amerika, dan dalam mana Filipina tidak lebih daripada merupakan sebuah pasar untuk menyerap barang-barang buatan Amerika, iaitu daripada jarum peniti dan paku hinggalah kepada sepatu serta daging lembu dalam tin.Perubahan ini dapat dibayangkan dari jumlah import-eksport yang berikut. Tujuh puluh satu peratus (71%) daripada eksport Filipina dalam tahun 1849 ialah ke Amerika Syarikat dan dua puluh sembilan peratus (29%) ke negara-negara lain..21

Asas industri moden pula bermula dengan kedatangan orang-orang Amerika ke kepulauan Filipina. Dalam tahun 1935, terdapat sejumlah 120,000 buah kilang moden yang kebanyakannya terdiri daripada kilang-kilang padi, kilang papan dan kilang pembersihan gula atau minyak kelapa atau abaka dan pengeluaran kelapa kering. Keadaan ini telah memajukan ekonomi di Filipina yang bergantung kepada usaha Amerika Syarikat sehingga gerakan nasionalis Filipina memberikan taat setianya kepada Amerika Syarikat. Pengambilalihan pentadbiran oleh Amerika Syarikat telah

menghidupkan semula dan memperkembangkan industri pertukangan dan industri lain tempatan pada awal abad ke-20. Atas dasar sokongan ini, dalam tahun 1930-an, golongan nasionalis Filipina berusaha untuk mengembangkan lagi ekonomi yang dimajukan Amerika Syarikat. Beberapa kumpulan nasionalis atau yang dianjurkan oleh golongan nasionalis telah mula menubuhkan persatuan-persatuan dan menganjurkan kempenkempen untuk menggalakkan industri-industri tempatan. Contoh persatuan tersebut ialah

21

Onofre D. Corpus.1982. Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 15

Bagong Katipunan yang ditubuhkan oleh Manuel Roxas dalam tahun 1930.22 Hal ini menunjukkan sokongan golongan nasionalis terhadap dasar ekonomi yang dijalankan oleh Amerika Syarikat.

4.0 4.1

FAKTOR SOSIAL Adat dan Budaya semasa pemerintahan rejim Amerika di Filipina Filipina telah dibangunkan melalui gabungan pelbagai budaya tempatan dan

budaya penjajah iaitu Amerika Syarikat dan Jepun. Budaya luar berasimilasi dengan masyarakat dan akhirnya membentuk budaya baru. Budaya yang membawa kepada gerakan nasionalisme termasuklah dalam aspek kesusasteraan, tarian, muzik, pakaian, makanan,dan seni mempertahankan diri. Sejak penjajahan Amerika Syarikat (1898 1946) jelas terbukti pengaruh kebudayaan Amerika dalam kebudayaan tradisional di Filipina. Contohnya dalam bidang muzik, kesusasteraan, dan bahasa. Kesan paling ketara adalah penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Filipina yang disebabkan oleh pengaruh kolonialisme Amerika Syarikat. Masyarakat pra-kolonialisme Filipina sebelum ini menggunakan kesenian untuk mempamerkan dan menyatakan fahaman

keagamaan dan hubungan dengan alam.23

4.2

Kebajikan dan kesihatan rakyat Filipina semasa pentadbiran Amerika Syarikat Kebajikan dan kesihatan rakyat Filipina semasa era penjajahan Amerika Syarikat

sejak tahun 1898 berada pada tahap yang memuaskan. Hal ini kerana pelbagai dasar telah

22 23

Tate, D.J.M. 1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara. Hlm 549 Paul Rodell. 2002. Culture and Customs of The Philippines . London: Greenwood Press. hlm. 49

10

dilaksanakan oleh pihak penjajah bagi memastikan aspek ini terpelihara. Keadaan ini amat berbeza jika dibandingkan dengan era penjajahan Jepun di Filipina. Peningkatan tahap pendidikan dalam kalangan rakyat Filipina telah menyebabkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan turut mengalami perubahan yang positif. Sebuah Biro Kesihatan dan Jabatan Pelajaran telah ditubuhkan pada 1916. Namun begitu, Jabatan Pelajaran telah dipisahkan dan ditubuhkan pula Jabatan Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat pada tahun 1941.24 Semenjak penubuhan jabatan ini, pelbagai penyakit merbahaya yang mengancam nyawa rakyat Filipina berjaya dirawat antaranya ialah malaria, beri-beri dan batuk kering. Hal ini sekaligus telah meningkatkan kadar kesihatan penduduk Filipina secara umumnya. Selain itu, pihak rejim Amerika juga telah menubuhkan sekolah perubatan untuk melatih rakyat Filipina dalam bidang perubatan begitu juga golongan wanita di Filipina yang berminat untuk menyertai bidang kejururawatan. Justeru, pada tahun 1938, seramai 900 orang pelajar dilatih sebagai jururawat di kolej kerajaan mahupun swasta.25 Di samping itu, ramai doktor telah dilatih bagi membantu pihak rejim mengawal kadar penyakit di Filipina. Satu Perintah Am No. 15 yang bertarikh 29 September 1898 telah dikeluarkan di Manila yang berkisar tentang kaedah mengawal penyakit dan membasmi kolera serta demam campak melalui penggunaan sistem pembentungan yang betul.26 Rakyat Filipina pada asasnya tidak mempunyai sistem pembentungan yang betul kerana mereka mengambil mudah akan aspek ini. Selain itu, rakyat Filipina juga turut dibekalkan dengan bekalan air bersih mengikut saluran perpaipan yang sempurna. Rakyat Filipina telah lama terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya seperti beri-beri, kolera,
24 25

Robert Aura Smith. 1958. Philippine Freedom 1946- 1958. Hlm 54-55. J.S Furnival. 1974. Experiment in Independence: The Philippines. Hlm 66. 26 Mary- Ann Asico. 1999. 100 events that shaped the Philippines. Hlm 140.

11

batuk kering dan demam campak ekoran daripada keadaan persekitaran yang tercemar. Tambahan pula, wabak juga mudah merebak di Filipina seperti wabak Bubonic yang telah melanda Filipina ketika itu. Kesungguhan rejim Amerika menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat Filipina terbukti apabila Manila diisytiharkan sebagai bandar paling bersih pada peringkat Asia. Justeru, Manila telah bebas daripada wabak Bubonic yang juga dikenali sebagai Black Death yang dibawa oleh tikus. Filipina dan Amerika samasama berganding bahu bagi memastikan tahap kesihatan penduduk bertambah baik. Pelbagai program kesihatan telah dijalankan bagi memberi kesedaran kepada penduduk tentang pelbagai penyakit berbahaya dan mereka turut didedahkan dengan kaedah mencegah penyakit tersebut. Di samping itu, kebajikan rakyat Filipina di bawah pemerintahan rejim Amerika juga turut terpelihara. Para petani telah diberikan tanah untuk diusahakan kerana rejim colonial Amerika mahukan golongan petani mengeluarkan hasil tanaman yang optimum. Secara tidak langsung petani bawahan terhindar daripada penindasan golongan pertengahan. Tahap kesihatan dan kebajikan yang bertambah baik di Filipina menyebabkan populasi rakyat Filipina semasa pemerintahan rejim Amerika telah mengalami peningkatan seperti yang dicatatkan pada tahun 1939 iaitu sebanyak 623, 492 orang.27 Walau bagaimanapun, populasi ini telah mengalami kemerosotan semasa serangan Jepun di Manila pada Januari 1942. Aspek kesihatan dan kebajikan rakyat yang terpelihara semasa era penjajahan Amerika Syarikat di Filipina menyebabkan rakyat Filipina terutama gerakan nasionalis lebih memihak kepada Amerika berbanding Jepun.

4.3
27

Pendidikan di Filipina zaman pemerintahan Amerika Syarikat

Manuel A. Caoili.1999. The Origins of Metropolitan Manila A Political and Sosial Analysis. Hlm 49.

12

Tiga abad pemerintahan Amerika di Filipina, telah menyebabkan rakyat Filipina terdedah kepada sistem pendidikan Amerika seperti bahasa, sastera, seni dan sains di Filipina. 28 Polisi pendidikan Amerika yang diperkenalkan bertujuan untuk mengambil alih pemerintahan bagi mengajar rakyat Filipina tentang cara kehidupan demokrasi. Amerika Syarikat telah menggunakan pendidikan untuk membolehkan masyarakat Filipina memahami bahasa Inggeris, yang sekaligus akan menjadikan tugas pemerintahan mereka menjadi lebih mudah di Filipina29 apabila rakyat Filipina tahu berbahasa Inggeris. Malah, penggunaan bahasa Inggeris semakin meluas dan menjadi bahasa pertuturan bagi setiap bandar30 di Filipina semasa imperialisme Amerika Syarikat. Pada 23 Ogos 1901, kapal pengangkutan Tentera Amerika Syarikat Thomas telah dibawa ke Manila dan membawa 600 pelatih guru dari Amerika Syarikat bagi mewujudkan bangsa Filipina yang baru31 sebagai perintis kepada guru Amerika Syarikat. Amerika Syarikat telah menggunakan tentera sebagai guru pada peringkat awal bagi menyebarkan idea tentang kesedaran demokrasi untuk menyedarkan masyarakat Filipina tentang kebebasan. Amerika Syarikat mendidik rakyat Filipina dengan menggunakan cara mereka yang lebih mengutamakan berbanding Sepanyol yang memusatkan pendidikan kepada gereja. As The Church was the symbol of the Spanish, so the school has been the symbol of American civilization32

Pada tahun 1898, sekolah pertama telah didirikan oleh Amerika Syarikat di Corregidor dan tidak lama selepas Amerika Syarikat menawan Manila, mereka membina
28

Gregorio F. Zaide. 1957. Philippine Political and Cultural History. Volume II; The Philippines Since the British Invasion. Hlm 285. 29 Paul A. Rodell. 2002. Culture and Custom of The Phillippines. Hlm 201. 30 Ibid. Hlm 293. 31 Ibid. Hlm 286. 32 Ibid. Hlm 286.

13

sebanyak lapan buah sekolah di bandar tersebut. Rev. William McKinnon telah dilantik sebagai penyelia pertama di semua sekolah di bandar Manila dan tempat beliau kemudiannya diganti oleh Lt. George P. Anderson. Pada tahun 1900, lebih 100 000 orang kanak-kanak dan remaja Filipina telah mula ke sekolah. Mereka diberi buku percuma, buku nota, pensil dan lain-lain bagi mendorong mereka untuk hadir ke sekolah dan belajar bahasa Inggeris.33 Suruhanjaya Kedua Filipina yang diketuai oleh William H. Taft telah menubuhkan yayasan untuk sistem sekolah awam Filipina34 yang bercorak seperti di Amerika Syarikat. Jabatan Pendidikan berperanan mengawasi dan mengawal sistem pendidikan di sekolah-sekolah tersebut. Sistem sekolah awam merupakan ciri yang paling penting bagi sekolah rendah dan sekolah menengah, tahap kolej rendah dan Universiti Philippines.35 Sekolah rendah akan diberi pendidikan selama 4 tahun manakala sekolah menengah pula selama 3 tahun. Kursus di sekolah rendah diajar dengan membaca, menulis dan mengeja, matematik, sains sosial, sains asas, muzik dan lain-lain lagi manakala bagi sekolah menengah pula, mereka diajar tentang kursus mengikut jenis klasifikasi iaitu akademik, perkara-perkara umum, ekonomi rumahtangga, kewangan, pertanian dan perdagangan. Amerika Syarikat juga telah memperkenalkan sistem pendidikan vokasional untuk melahirkan tenaga mahir. Pada awal 1904, Jabatan Pendidikan telah mewujudkan industri seni di sekolah rendah dan pada tahun 1909 ditawarkan pula kursus perkebunan, pertukangan kayu, memasak dan lain-lain lagi. Contoh sekolah vokasional ialah Sekolah Seni dan Perdagangan Filipina, Sekolah Pertanian bertempat di Luzon, Sekolah
33

Gregorio F. Zaide.1957. Philippine Political and Cultural History. Volume II; The Philippines Since the British Invasion. Hlm 286. 34 Ibid. Hlm 286. 35 Ibid. Hlm 287.

14

Perdagangan dan Sekolah Tinggi di luar bandar yang telah ditubuhkan untuk memberi sokongan dan dorongan pada pendidikan vokasional.36 Salah satu perkara yang menarik yang ditonjolkan oleh Amerika Syarikat ialah berkaitan dengan penubuhan sekolah persendirian. Di bawah pemerintahan Amerika, sekolah dan kolej persendirian menerima galakan daripada kerajaan kerana sekolah persendirian tidak dapat ditangani dengan tugas pembelajaran yang amat banyak. Superitenden Pejabat Sekolah persendirian telah ditubuhkan pada 1910 yang bertujuan untuk mengawasi institusi pendidikan persendirian.37 Selain itu, terdapat juga universiti persendirian yang ditubuhkan oleh Amerika Syarikat. Sehingga tahun 1935, terdapat tujuh buah universiti persendirian antaranya Universiti of Santo Thomas, Silliman Universiti, Universiti Kebangsaan, Universiti Of Manila dan lain-lain. Universiti Santo Thomas telah dibina pada tahun 1611 lagi semasa penguasaan Sepanyol di Filipina. Terdapat juga universiti persendirian untuk wanita iaitu Centro Escolae University di Manila dan merupakan sebuah institusi yang ekslusif untuk perempuan38 sebelum perang selain daripada Universiti Perempuan Philippines. Kemuncak kepada sistem pendidikan awam di Filipina ialah pada peringkat universiti iaitu University of Phillipines yang ditubuhkan pada 18 June 1908. Presiden berkuasa dalam mempengerusikan undang-undang berkaitan dengan disiplin dan kursus pembelajaran, malah setiap subjek memerlukan persetujuan dan kebenaran ahli badan pentadbiran serta menjadi tumpuan kepada syarat kemasukan dan pelajar untuk mendapat ijazah.

36

Gregorio F. Zaide. 1957. Philippine Political and Cultural History. Volume II; The Philippines Since the British Invasion. Hlm 288. 37 Ibid. Hlm 291. 38 Ibid. Hlm 292.

15

Pada 23 Ogos 1903, Akta Pensionados telah diperkenalkan39 untuk menghantar pelajar muda Filipina yang mendapat keputusan yang baik atau cemerlang dan mereka akan dihantar ke Amerika Syarikat di bawah perbelanjaan kerajaan dan apabila mereka kembali ke Filipina mereka akan dikenali sebagai Pensionados.40 Malah, untuk kumpulan pertama pensionados, terdapat 100 orang rakyat Filipina yang telah dipilih daripada 20 000 orang yang memohon41 untuk belajar ke Amerika Syarikat. Jumlah wang yang diperuntukkan sebanyak tujuh puluh dua ribu dollar Amerika telah digunakan untuk tujuan pendidikan dan yang berkaitan dengannya bagi para pelajar Filipina di Amerika Syarikat.42 Pendidikan bagi orang dewasa yang buta huruf telah bermula sejak pemerintahan Sepanyol lagi dan disambung semasa zaman pendudukan Amerika Syarikat. Pada 1908, kerajaan telah mengisytiharkan pengaruh pendidikan di bandar-bandar dan di kawasan sempadan. Pada 1926, Amerika Syarikat telah cuba melancar kempen celik huruf bagi mengurangkan masalah buta huruf di kalangan orang ramai.43 Frank C. Laubach, mubaligh Protestant Amerika Syarikat dan seorang penulis yang popular dengan pendidikan orang dewasa di kalangan orang Moro di Lanao dan beliau telah mencipta satu kaedah praktikal untuk mengajar orang dewasa yang buta huruf. Golongan orang Moro dan Pagan telah mendapat peluang pendidikan yang sama seperti yang ditawarkan oleh orang Kristian kerana mereka mendapat pendidikan bagi orang bukan Kristian Filipina. Pada awal tahun 1901, sekolah-sekolah telah dibuka untuk

39 40

Mary-Ann Asico. 1999. 100 Events That Shaped The Philippines. Hlm 268. Paul A. Rodell. 2002. Culture and Custom of The Phillippines. Hlm 201 41 Mary-Ann Asico. 1999. 100 Events That Shaped The Philippines. Hlm 268 42 Gregorio F. Zaide. 1957. Philippine Political and Cultural History. Volume II; The Philippines Since the British Invasion. Hlm 290. 43 Gregorio F. Zaide. 1957. Philippine Political and Cultural History. Volume II; The Philippines Since the British Invasion. Hlm 289.

16

Igorots di wilayah pergunungan, sekolah lain turut dibina di kawasan orang pagans dan di Moroland (Mindanao dan Sulu) dengan sokongan daripada yayasan kerajaan. Sekolah yang ditubuhkan ini lebih menekankan kepada latihan vokasional dan kesihatan. Malah, beberapa pelajar yang pandai juga akan di hantar oleh kerajaan sebagai pensionados untuk meneruskan pengajaran yang tertinggi di kolej dan universiti di Manila. Misalnya salah seorang daripada mereka iaitu Puteri Tarhata yang telah dihantar ke Amerika Syarikat sebagai pensionados untuk menyambungkan pelajarannya di kolej. Kemajuan sistem pendidikan di bawah pemerintahan Amerika Syarikat telah menjadi satu fenomena baru di Filipina. Penubuhan beberapa sekolah awam dan persendirian mengalami peningkatan yang amat mendadak. Misalnya, pada akhir pemerintahan rejim Amerika Syarikat di Filipina pada 1935, terdapat 7330 sekolah awam dibina, dengan bilangan guru seramai 27, 855 orang menjadikan jumlah yang mendaftar masuk secara keseluruhannya sebanyak 1 229 242 dan pada masa yang sama 400 buah institusi persendirian telah diiktiraf oleh kerajaan.44 Secara keseluruhannya, sistem pendidikan Amerika telah mengajar orang ramai untuk menghargai kebebasan dan oleh sebab itu telah melahirkan semangat kebangsaan di kalangan rakyat Filipina. Ternyata usaha rejim kolonial Amerika ini dalam bidang pendidikan telah melahirkan ketaatsetiaan golongan nasionalis Filipina kepada Amerika. Semasa penjajahan Amerika Syarikat di Filipina, bahasa Inggeris telah diajar kepada orang Filipina. Kanak-kanak Filipina diajar bahasa Inggeris oleh guru-guru yang didatangkan dari Amerika Syarikat. Dalam menentukan kewajaran penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan Filipina, Amerika Syarikat memutuskan bahawa adalah lebih mudah penduduk Filipina mempelajari bahasa Inggeris berbanding guru-guru
44

Ibid. Hlm 292.

17

Amerika mempelajari bahasa tempatan dan oleh itu bahasa Inggeris patut digunakan sebagai medium komunikasi. Tujuan Amerika Syarikat memperkenalkan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah ialah menukarkan masyarakat Filipina kepada masyarakat Amerika dengan matlamat mengukuhkan kesetiaan masyarakat Filipina terhadap kedaulatan Amerika Syarikat dan menanamkan idea-idea peradaban Barat ke atas masyarakat Filipina. Pengajaran bahasa Inggeris ke atas masyarakat Filipina juga dilakukan Amerika Syarikat untuk menghapuskan pengaruh penjajahan Sepanyol yang telah berakar umbi dalam masyarakat Filipina. Oleh itu, dalam pengajaran bahasa Inggeris, buku-buku teks Sepanyol telah digantikan dengan buku-buku teks Amerika Syarikat. Guru-guru yang mengajar murid-murid Filipina turut digantikan dengan guruguru Amerika Syarikat. Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar yang digunakan dalam sistem pendidikan di Filipina digabungkan dengan patriotisme untuk melemahkan pengaruh kebudayaan Sepanyol dalam masyarakat Filipina. Guru-guru juga turut menyertai pemimpin-pemimpin Filipina dalam menyebarkan doktrin kewarganegaraan dan patriotisme Filipina. Potret Aguinaldo dan pejuang-pejuang kebangsaan yang lain digantung di dinding sekolah, kehidupan pejuang-pejuang kebangsaan dikaitkan dalam buku-buku sekolah dan lagu kebangsaan Filipina dinyanyikan setiap hari di sekolah. Penggunaan bahasa Inggeris di sekolah mempunyai kelebihan politik dalam menghapuskan pengaruh Sepanyol yang kuat dalam pendidikan serta mempunyai kelebihan ekonomi dalam menyediakan penutur bahasa Inggeris jawatan rendah dalam bidang pentadbiran dan perdagangan. Pengajaran bahasa Inggeris bertujuan menarik orang Filipina untuk bersekolah dengan satu tujuan sahaja iaitu mendapat pekerjaan.

18

4.4 Peranan Media Cetak Bidang kesusasteraan sememangnya menjadi pencetus utama kepada gerakan nasionalisme di Filipina. Hal ini kerana Jose Rizal telah mula melibatkan diri dalam bidang kesusasteraan sejak Sepanyol menjajah Filipina. Penulisan beliau telah membuka minda masyarakat dan membawa satu ideologi baru dalam menentang penjajahan. Novel popular karya Jose Rizal termasuklah Noli Me Tangere atau dalam bahasa Inggerisnya Touch Me Not. Semasa pemerintahan Amerika Syarikat, bidang kesusasteraan menjadi lebih luas kerana wujudnya ramai cendikiawan Filipina yang mempamerkan semangat gerakan nasionalisme melalui penulisan. Contohnya Claro M. Recto. Walau bagaimanapun penulisan ini dihasilkan dalam bahasa Sepanyol disebabkan pengaruh Sepanyol yang sebati dalam diri masyarakat Filipina. Peringkat awal penerbitan akhbar dan majalah pula adalah dalam bahasa Sepanyol. Contohnya El Renacimiento (Renaissance), La Democracy( The Democracy). Peranan akhbar sangat penting dalam menyebarkan dakyah dan fahaman dalam kalangan masyarakat. Penulisan ini mempengaruhi pembaca untuk menentang imperialisme barat dan seterusnya pendudukan Jepun. Penerbitan ini jelas membuktikan adanya pergerakan untuk menentang penjajah dan memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat. Penulisan kesusasteraan juga menggunakan bahasa Inggeris sebelum era Perang Dunia ke-2 hingga selepas Filipina mencapai kemerdekaan45. Jelasnya, penggunaan akhbar dan kesusasteraan amat penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme.

45

Ibid..hlm.65

19

4.5 Peranan Media Massa Media massa seperti televisyen, radio, filem dan teater turut mencetuskan gerakan nasionalisme. Siaran radio menjadi penghubung dan penyebar maklumat ketika zaman imperialisme. Radio diperkenalkan di Filipina pada 1920-an tetapi tidak semua penduduk mendapat liputan kerana siarannya hanya terdapat di beberapa bandar seperti Manila dan Cebu.46 Tambahan pula, semasa Jepun menjajah Filipina, Jepun telah mengharamkan dan merampas radio milik masyarakat di setiap jajahan mereka bagi menyekat fahaman dan semangat nasionalisme. Terdapat segelintir pejuang Filipina yang menghasilkan filem berunsurkan simpati dan revolusi terhadap Filipina tetapi tindakan mereka dikecam kerana mempunyai masalah dengan tentera Amerika yang memerintah ketika itu.47 Filem digunakan sebagai wahana dalam menyampaikan fahaman dan situasi sebenar masyarakat Filipina untuk menentang penjajahan. Namun demikian, terdapat juga masyarakat Filipina yang bekerja untuk menyiapkan filem mengenai propaganda ProJepun.48 Media massa dan media cetak turut mencetuskan gerakan nasionalisme di Filipina.

5.0

Faktor-faktor terjadinya Gerakan anti-Jepun di Filipina

46 47

Ibid. hlm.165 Ibid. hlm.157 48 Ibid. hlm.158

20

Semasa Perang Dunia Kedua, Filipina telah dijajah oleh Jepun. Serangan Jepun ke atas Filipina bermula pada 8 Disember 1941, 10 jam selepas serangan Pearl Harbour.49 Tentera Filipina dan Amerika Syarikat di bawah pimpinan Jeneral Douglas McAthur telah dikalahkan oleh tentera Jepun di Semenanjung Bataan pada 9 April 1942 dan Corregidor pada 6 Mei 1942.50 Pemerintahan Jepun di Filipina berlangsung selama tiga tahun sehinggalah ketibaan tentera Amerika Syarikat pada 20 Oktober 1944.51 Tidak seperti negara lain di Asia Tenggara, pemimpin-pemimpin Filipina tidak bekerjasama dengan Jepun dan kekal menyokong Amerika Syarikat. Pemerintahan Jepun di Filipina telah ditentang oleh penduduk Filipina melalui perang gerila. Gerakan anti-Jepun yang berlaku di Filipina merupakan gerakan penentangan yang paling tegar. Penduduk Filipina menentang penjajahan Jepun di negara mereka disebabkan faktor kekejaman Jepun sendiri serta janji kemerdekaan oleh Amerika Syarikat pada 1946.

5.1

Perjalanan Maut Bataan Perjalanan Maut Bataan atau Bataan Death March merupakan jenayah perang

Jepun terhadap tahanan perang Amerika Syarikat dan Filipina semasa Perang Dunia Kedua. Kekejaman Jepun ini merupakan faktor utama penggerak kepada gerakan anti49

Jos S. Arcilla, S. J. 1994. An Introduction to Philippine History. Manila: Ateneo de Manila University Press. Hlm. 119. 50 Mary-Ann Asico. 1999. 100 Events that Shaped the Philippines. Hlm. 338. 51 History of the Philippines (2009). Diperoleh pada Julai 18, 2009 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_the_Philippines

21

Jepun di Filipina. Selepas kekalahan tentera Amerika Syarikat dan Filipina di Bataan pada 9 April 1942, seramai 72,000 tentera Amerika Syarikat-Filipina di bawah pimpinan Mejar Jeneral Edward P. King telah menjadi tahanan perang Jepun.52 Tahanan perang ini telah dipaksa berjalan sejauh 104 kilometer selama 12 hari dari Semenanjung Bataan ke kem tahanan di San Fernando, Pampanga.53 Dalam perjalanan maut ke kem tahanan, Jepun telah mendera dan membunuh tahanan perang sehingga mengakibatkan kadar kematian yang sangat tinggi. Jepun turut menyeksa tahanan perang dengan tidak memberi makanan dan minuman sepanjang perjalanan serta memaksa tawanan yang lemah untuk berjalan dalam kedaan cuaca panas terik. Tahanan perang yang terlalu lemah dan sakit untuk berjalan dibunuh oleh tentera Jepun. Banyak tahanan perang yang kekurangan zat makanan dan sakit maut dalam perjalanan tersebut. Bagi tahanan perang yang terselamat dalam Perjalanan Maut Bataan, mereka dihantar ke Capas, Tarlac. Dari Capas, tahanan perang terpaksa berjalan sejauh lapan hingga 10 kilometer untuk sampai ke Kem ODonnell. Kira-kira 5,000-10,000 orang Filipina dan 600-650 tahanan perang Amerika Syarikat maut sebelum sampai ke Kem ODonnell.54 Pada penghujung Perang Dunia Kedua, daripada 72,000 tentera yang menjadi tahanan perang hanya 7,500 sahaja yang selamat dan daripada 12,000 tentera Amerika Syarikat hanya 1,500 yang kembali ke Amerika Syarikat.55 Jumlah tepat kematian sukar ditentukan namun sesetengah sejarahwan meletakkan jumlah kematian minimum antara 6,000-11,000 orang.56 Peristiwa Perjalanan Maut Bataan ini
52

Peter Li (Ed.). 2003. Japanese War Crimes: The Search for Justice. New Brunswick, New Jersey: Transaction Publishers. Hlm. 81. 53 Mary-Ann Asico. 1999. 100 Events that Shaped the Philippines. Hlm. 338. 54 Bataan Death March (2009). Diperoleh pada Julai 9, 2009 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Bataan_Death_March 55 Peter Li (Ed.). 2003. Japanese War Crimes: The Search for Justice. Hlm. 81. 56 Bataan Death March (2009). Diperoleh pada Julai 9, 2009 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Bataan_Death_March

22

mencetuskan kebencian mendalam penduduk Filipina terhadap Jepun kerana Jepun melayan tahanan perang dengan cara yang sangat kejam. Perlu diketahui bahawa

majoriti tentera yang menjadi tawanan perang Jepun merupakan orang Filipina seramai 67,000 orang.57 Kebencian terhadap Jepun mencetuskan pemberontakan penduduk Filipina yang kemudiannya menentang Jepun melalui perang gerila.

5.2

Dasar penjepunan Apabila Jepun menjajah Filipina, Jepun bertindak menghapuskan kebudayaan

Filipina dengan melaksanakan dasar penjepunan atau niponisasi. Ketika menjajah Filipina, Jepun telah mengubah sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh Amerika Syarikat. Jepun bertindak menutup semua sekolah dan kolej sehingga mereka mampu menyediakan kurikulum dan buku teks dan menghapuskan perkara-perkara yang tidak bersesuaian dengan tujuan mereka.58 Jepun kemudiannya membuka semula sekolahsekolah secara berperingkat pada pertengahan 1942. Jepun juga telah mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris di Filipina.59 Semasa pemerintahan Amerika Syarikat, bahasa Inggeris telah diperkenalkan sebagai lingua franca di Filipina. Walaupun realitinya bahasa Inggeris bukanlah bahasa Filipina tetapi bahasa asing (bahasa rasmi Amerika Syarikat), namun orang Filipina menerima baik pengenalan bahasa Inggeris oleh Amerika Syarikat dan menganggap bahasa Inggeris sebagai bahasa Filipina. Bahasa Inggeris telah menyatukan orang Filipina dan mewujudkan identiti bahasa kebangsaan
57

Bataan Death March (2009). Diperoleh pada Julai 9, 2009 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Bataan_Death_March 58 Paul H. Kratoska (Ed.). 2001. South East Asia: Colonial History, Volume IV. Hlm. 285. 59 Teodoro A. Agoncillo.1965. The Fateful Years: Japans Adventure in the Philippines, 1941-45. Quezon City: University of the Philippines Press. Hlm. 30.

23

selain bahasa Tagalog. Jepun telah mengisytiharkan bahasa Jepun dan Tagalog sebagai bahasa rasmi Filipina untuk masa depan.60 Bahasa Tagalog dimasukkan sebagai bahasa rasmi Filipina oleh Jepun untuk menaikkan semangat nasionalisme orang Filipina.61 Majoriti orang Filipina melihat polisi Jepun memajukan dan memperkayakan Tagalog sebagai medium komunikasi dalam kalangan orang Filipina sebagai satu alasan untuk menghapuskan bahasa Inggeris dan menggantikannya dengan bahasa Jepun.62 Sikap curiga timbul terhadap Jepun bahawa orang Jepun menggunakan bahasa Tagalog sebagai alat untuk mempopularkan dan mempengaruhi orang Filipina untuk menerima tujuan mereka. Seperti di Indonesia dan Malaya, Jepun berusaha sedaya upaya menjadikan bahasa Jepun sebagai bahasa pertuturan di Filipina. Prinsip Asas Pendidikan yang diperkenalkan oleh Pentadbiran Tentera Jepun pada 17 Februari 1942 bertujuan menjadikan orang Filipina faham kedudukan dan tanggungjawab mereka sebagai ahli Asia Timur Raya, menghapuskan semua pengaruh Barat dan menggalakkan budaya Filipina yang baru berdasarkan kesedaran bahawa mereka merupakan bangsa Asia yang melawan materialisme Barat, menggalakkan penyebaran bahasa Jepun, menekankan pendidikan vokasional dan secara umumnya memberi inspirasi kepada penduduk Filipina bekerja untuk Order Baru.63 Dasar penjepunan tidak mendatangkan manfaat dari aspek politik terhadap pemerintahan Jepun. Tindakan Jepun menghapuskan kebudayaan Filipina dan menerapkan budaya Jepun dalam kehidupan masyarakat Filipina hanya menambahkan lagi kebencian masyarakat Filipina terhadap Jepun.

5.3
60 61

Eksploitasi ekonomi

Paul H. Kratoska (Ed.). 2001. South East Asia: Colonial History, Volume IV. Hlm. 286. South East Asia: Colonial History, Volume IV.hlm. 286 62 Teodoro A. Agoncillo. 1965. The Fateful Years: Japans Adventure in the Philippines, 1941-45. Hlm. 30. 63 Paul H. Kratoska (Ed.) 2001. South East Asia: Colonial History, Volume IV. Hlm. 286.

24

Penjajahan Jepun di Filipina menyaksikan negara Filipina dirompak oleh Jepun. Walau apapun yang didakwa oleh Jepun bahawa matlamat mereka ialah menubuhkan kekuasaan di Asia Timur, pencerobohan Jepun ke atas Filipina ternyata merupakan satu ekspedisi rompakan. Tentera Jepun misalnya datang ke kedai di Filipina meminta ditunjukkan barang-barang seperti kamera, jam tangan dan barangan lain dan kemudian tentera Jepun biasanya mengambil barangan tersebut tanpa membayarnya. 64 Walaupun adakalanya tentera Jepun membayar barangan yang diambil namun peniaga tetap mengalami kerugian kerana barangan yang diambil dibayar menggunakan mata wang Mickey Mouse Jepun. Mata wang Jepun tidak bernilai dan tidak dapat membeli apaapa barangan.65 Tindakan tentera Jepun yang mengambil barangan tanpa membayarnya ataupun dibayar menggunakan mata wang Jepun amat merugikan penduduk Filipina dari segi ekonomi. Premis perniagaan dan rumah orang Amerika dan British juga dirompak secara sistematik dan kebanyakan harta benda dimusnahkan oleh tentera Jepun.66 Rekod-rekod syarikat turut dibuang oleh tentera Jepun. Di rumah-rumah persendirian penduduk Filipina, bukan sahaja radio, kamera dan peti sejuk diambil tetapi turut merangkumi katil, kerusi dan pakaian. Akibat rasa lapar setelah berperang dengan gerakan penentangan Filipina, tentera Jepun merompak makanan daripada penduduk tempatan67 dan hal ini mendatangkan kesusahan terhadap orang awam Filipina. Perpustakaan juga dirompak oleh tentera Jepun terutamanya perpustakaan yang menyimpan buku mengenai undangundang dan koleksi negara Filipina.68 Kenderaan juga dirampas oleh tentera yang tidak
64

A.V.H. Hartendorp. 1967. The Japanese Occupation of the Philippines, Volume I. Manila: Bookmark. Hlm. 191. 65 Jos S. Arcilla. 1994. An Introduction to Philippine History.. Hlm. 121. 66 A.V.H. Hartendorp. 1967. The Japanese Occupation of the Philippines, Volume I. Hlm. 191. 67 Jos S. Arcilla. 1994. An Introduction to Philippine History. Hlm. 121. 68 A.V.H. Hartendorp. 1967. The Japanese Occupation of the Philippines, Volume I. Hlm. 191.

25

tahu memandu; kerosakan infrastruktur berlaku di seluruh negara. Di samping, banyak kilang dan kedai yang dirampas peralatan jentera.

5.4

Pendidikan di Filipina zaman pemerintahan Jepun. Polisi pendidikan Jepun bukan bertujuan untuk mendidik tetapi untuk menjadi

rakyat maharaja Jepun. Sama seperti negara Asia Tenggara lain yang dijajah oleh Jepun yang melaksanakan dasar pendidikan mengikut sistem pendidikan seperti di Jepun. Polisi pendidikan Jepun yang menggunakan dasar penjepunan adalah menekankan penggunaan bahasa Jepun sebagai bahasa pertuturan (Nippon-go) dalam masyarakat Filipina, menyanyikan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo sebagai menghormati negara Jepun serta rakyat Filipina diwajibkan tunduk ke arah matahari sebagai menghormati maharaja Jepun. Tindakan ini menyebabkan rakyat Filipina tidak menyokong dan menentang Jepun malah lebih suka berada di bawah rejim Amerika kerana dasar liberal dan pemodenan yang diperkenalkan oleh Amerika.

6.0

Janji kemerdekaan Amerika Syarikat Sebelum Jepun menyerang Filipina, Amerika Syarikat telah menjanjikan

kemerdekaan kepada Filipina melalui Undang-undang Tydings-McDuffie yang diluluskan pada 1934. Filipina akan diberi kemerdekaan pada 4 Julai 1946. 69 Dalam tempoh sebelum kemerdekaan, Filipina merupakan wilayah Amerika Syarikat (Komanwel). Masyarakat Filipina menikmati kestabilan politik dan pertumbuhan
69

Paul H. Kratoska (Ed.). 2001. South East Asia: Colonial History, Volume IV. Hlm. 280.

26

ekonomi sewaktu pemerintahan Amerika Syarikat sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Apabila Jepun menyerang pada 1941, kestabilan politik di bawah pemerintahan Amerika Syarikat telah hilang kesan daripada huru-hara akibat peperangan. 70 Kedatangan Jepun ke Filipina dilihat oleh masyarakat Filipina sebagai satu penjajahan dan bukannya sebagai pembebas seperti yang didakwa oleh Jepun. Walaupun Jepun melaung-laungkan slogan Lingkungan Kesemakmuran Besar Asia Timur Raya namun realitinya Jepun merupakan kuasa penjajah malahan lebih kejam daripada Amerika Syarikat. Slogan Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur Raya hanyalah gimik politik Jepun untuk menarik sokongan masyarakat Filipina. Walau bagaimanapun, penduduk Filipina tidak tertarik dengan slogan Jepun. Propaganda Pan-Asia Jepun tidak berjaya menarik sokongan masyarakat Filipina.71 Kekejaman tentera Jepun yang memerintah Filipina menambahkan lagi rasa benci masyarakat Filipina terhadap Jepun dan menguatkan sokongan mereka terhadap Amerika Syarikat. Penduduk Filipina yang telah dijanjikan kemerdekaan penuh oleh Amerika Syarikat pada 1946 tidak percaya dengan keikhlasan Jepun memberi kemerdekaan kepada negara mereka. Sebagai langkah ke arah berkerajaan sendiri, Jepun telah menubuhkan jawatankuasa yang dikenali sebagai Preparatory Commission for Philippine Independence (PCPI) bagi merangka perlembagaan baru Filipina.72 Jepun telah memberi kemerdekaan kepada Filipina pada 14 Oktober 1943. 73 Presiden pertama Filipina ialah Jose P. Laurel. Republik Filipina yang dibentuk oleh Jepun ternyata tidak popular dan tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Filipina.74 Seperti di
70 71

Peter Lyon. 1969. War and Peace in Southeast Asia. London: Oxford University Press. Hlm. 40. Paul H. Kratoska (Ed.). 2001. South East Asia: Colonial History, Volume IV. Hlm. 281. 72 Jose S. Arcilla. 1994. An Introduction to Philippine History. Hlm. 121. 73 Ibid. 74 Japanese Occupation of the Philippines (2009). Diperoleh pada Julai 9, 2009 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Japanese_occupation_of_the_Philippines

27

Myanmar dan Indonesia, kemerdekaan yang diberikan oleh Jepun hanyalah pada nama sahaja kerana Jepun masih lagi menjajah Filipina. Kekejaman Jepun masih lagi berterusan di Filipina. Sikap kepura-puraan Jepun ini membangkitkan rasa tidak puas hati yang mendorong kepada penentangan penduduk Filipina terhadap Jepun.

7.0

Penutup Banyak pembaharuan yang dibawa oleh Amerika Syarikat telah membuka

peluang kepada masyarakat Filipina untuk mencapai kejayaan. Pelbagai kemudahan dalam berbagai-bagai bidang diperkenalkan kepada masyarakat di Filipina sehingga mereka boleh mengenal erti kesenangan. Sebelum kedatangan kuasa Amerika Syarikat masyarakat Filipina tidak didedahkan kepada arus permodenan tetapi setelah kedatangan Amerika Syarikat banyak yang dapat dipelajari oleh masyarakat setempat. Walaupun Amerika Syarikat mendapat banyak keuntungan daripada negara Filipina namun mereka mendapat lebih sokongan berbanding kuasa Jepun yang datang selepas itu. Hal ini berlaku kerana masyarakat Filipina telah didedahkan dengan sedikit kesenangan walaupun pada hakikatnya mereka berada di dalam kesengsaraan di bawah cengkaman penjajah. Setelah sekian lama dijajah, Filipina akhirnya mendapat kesedaran dan semangat nasionalisme yang semakin bercambah dalam diri masyarakatnya. Daya-daya perubahan sosial yang berlaku secara senyap-senyap ini menerusi generasi yang baharu yang mempunyai nilai-nilai yang baharu dan kemahiran-kemahiran yang baharu diharapkan pada suatu masa kelak membawa generasi baharu ini memegang teraju kepimpinan

28

politik.75 Kebangkitan pertubuhan berperanan penting dalam menyedarkan masyarakat bahawa mereka mampu menjalankan pentadbiran di negara mereka sendiri. Jalan untuk bertolak ansur dan berdamai menemui jalan buntu dan memaksa pihak reformis memilih untuk mengelak daripada bangsa terus berada di bawah cengkaman penjajah. Penilaian ini adalah penting kerana ia melibatkan cara pemikiran orang Filipina dalam menyelesaikan masalah-masalah politik, serta menyanjungi dan memahami pandangan atau perubahan yang dibawa oleh Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, orang Filipina tidak dapat menerima perubahan kejam yang dibawa oleh Jepun. Banyak kebaikan dan keburukan yang dibawa oleh penjajah sehingga membawa kepada usaha penduduk untuk lari daripada telunjuk penjajah. Masyarakat Filipina telah melancarkan gerakan nasionalisme yang amat setia kepada rejim kolonial Amerika Syarikat tetapi mereka bersikap anti-Jepun sepanjang Perang Dunia Kedua.

Bibliografi

Agoncillo, Teodoro A. (1965). The Fateful Years: Japans Adventure in the Philippines, 1941-45. Quezon City: University of the Philippines Press. Arcilla, Jos S. (1994). An Introduction to Philippine History. Manila: Ateneo de Manila University Press. Asico, Mary-Ann (1999). 100 Events that Shaped the Philippines. Quezon City: National Centennial Commision.
75

Onofre D. Corpuz. 1982. Filipina. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 20.

29

Gregorio F. Zaide. (1957). Philippine Political and Cultural History. Volume II; The Philippines Since the British Invasion. Manila: Philippine Education Company. Hartendorp, A.V.H. (1967). The Japanese Occupation of the Philippines, Volume I. Manila: Bookmark. Kratoska, Paul H. (Ed.). (2001). South East Asia: Colonial History, Volume IV. London: Routledge. J. S. Furnivall (1974). Experiment in Independence: The Philippines. Manila: Solidaridad Publishing House. Li, Peter (Ed.). (2003). Japanese War Crimes: The Search for Justice. New Brunswick, New Jersey: Transaction Publishers. Lyon, Peter (1969). War and Peace in Southeast Asia. London: Oxford University Press. Manuel A. Caoili (1999). The Origins of Metropolitan Manila A Political and Sosial Analysis. Quezon City: University Of The Philippines Press. Mary-Ann Asico (1999). 100 Events that Shaped the Philippines. Quezon City: National Centennial Commision. Onofre D. Corpus. (1982). Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Paul H. Kratoska (editor). (2001). South East Asia Colonial History. New York & London: Routledge. Paul Rodell (2002). Culture and Customs of The Philippines . London: Greenwood Press Robert Aura Smith. (1958). Philippine Freedom 1946-1958, New York: Columbia University Press. Tate, D.J.M. (1980). Sejarah Pembentukan Asia Tenggara. Penerbit Fajar Bakti. Wan Abdul Rahman Latif (2001). Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.

30

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber Internet

Bataan

Death

March

(2009).

Diperoleh

pada

Julai

9,

2009

daripada

http://en.wikipedia.org/wiki/Bataan_Death_March

History of the Philippines (2009). Diperoleh pada Julai 18, 2009 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_the_Philippines

Japanese occupation of the Philippines (2009). Diperoleh pada Julai 9, 2009 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Japanese_occupation_of_the_Philippines

31

You might also like