P. 1
Kertas Cadangan PIBG

Kertas Cadangan PIBG

|Views: 2,009|Likes:
Published by Azhar Abu

More info:

Published by: Azhar Abu on Apr 21, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/23/2013

pdf

text

original

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAOKIL, 85300 LABIS,SEGAMAT JEA 7037

KERTAS CADANGAN MEMBAIKPULIH DAN MENAIKTARAF TANDAS, SMK MAOKIL, KAWASAN PARLIMEN PAGOH

“ KE ARAH SEKOLAH MENENGAH FELDA GEMILANG NEGERI JOHOR 2011”

JAWATANKUASA INDUK SURAU AN-NUR SMK MAOKIL LABIS Penasihat Pengerusi Pengerusi 2 Pengerusi 3 Penyelaras Setiausaha : : : : : : Pn. Hjh. Noor Hashimah Binti Hj. Hassan ( Pengetua) En. Rosli Bin Che Man ( GPK HEM ) Pn. Maziah Binti Mohamad ( GPK 1 ) En. Md. Azhar Bin Abu Yamin ( GPK KO-Kurukulum) Tn Hj Anuar Halim Bin Ismail (J/Kuasa 3 K) Pn. Norhana Binti Ismail

Ahli Jawatankuasa Kebersihan Keselamatan Dan Kesihatan : : Semua Guru Tingkatan Semua Guru Penasihat Sukan/Permainan semua Guru Penasihat Kelab/Persatuan Semua Guru Penasihat Badan Beruniform

KERTAS CADANGAN MEMBAIKPULIH DAN MANAIKTARAF

TANDAS SMK MAOKIL, KAWASAN PARLIMEN PAGOH 1. Pengenalan Tandas merupakan satu keperluan yang penting dalam sesebuah kawasan institusi terutama institusi pendidikan. Oleh yang demikian keperluan tandas yang baik dan kondusif amat ditagih terutama bagi keperluan dan kegunaan bagi seramai lebih kurang 500 orang pelajar sekolah ini. Selain itu keadaan tandas yang baik dan kondusif juga dapat melambangkan kecemerlangan dan imej bagi sesebuah sekolah seperti SMK Maokil. Objektif  Murid dapat menggunakan kemudahan tandas yang lebih kondusif  Tandas yang kondusif juga boleh dijadikan amalan yang berkaitan dengan kebersihan, keselamatan dan kesihatan terutama pada diri murid.  Aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat mendidik murid berakhlak mulia dan terpuji dengan amalan penggunaan tandas yang bersih dan kondusif.  Kekurangan bilangan tandas yang boleh digunakan oleh pelajar dan guru dapat ditingkatkan. 3. Rasional  Dapat memupuk semangat cintakan kebersihan dalam Program 3K Kebersihan, keselamatan dan Kesihatan dikalangan murid dan guru  Satu usaha untuk menyemarakkan lagi kepentingan dan kegunaan tandas di sekolah ataupun kehidupan seharian.  Sebagai satu usaha pihak pengurusan sekolah, menyediakan kemudahan tandas yang baik dan kondusif supaya menjadi satu budaya “sayangi tandas kita” 4. Matlamat Matlamat penggunaan tandas di sekolah ialah untuk mencapai kecemerlangan dalam pembentukan warga sekolah yang berkualiti. Tandas bersih dan kondusif dapat melahirkan warga sekolah yang sihat. 5. Latar Belakang Masalah Tandas disediakan bagi setiap blok bangunan yang terdapat di SMK Maokil, Labis, tetapi kerana terdapat masalah-masalah, seperti juga di kebanyakan di sekolah lain, aduan yang biasa diterima di SMK Maokil ialah tandasnya banyak yang rosak. Pihak pengurusan sekolah mahukan penyelesaian segera terhadap kerosakan itu. Namun, mengekalkan tandas yang bersih, kemas dan kondusif boleh memakan belanja yang banyak. Dan sememangnya ia membabitkan wang yang besar. Tandas yang bersih dan kondusif di setiap blok dalam sekolah, adalah penting bagi memastikan pelajar dan guru tidak mendapat keracunan makanan, disentri dan penyakit yang membawa maut seperti kolera dan tifoid.

2.

6.Cadangan projek membaikpulih & menaiktaraf dan anggaran kos perbelanjaan

• Membaiki semula mangkuk tandas yang rosak.

• Mengganti pam tandas yang rosak • Menggantikan sinki yang rosak di tandas. • Membaik pulih paip yang rosak. • Menaiktaraf tandas murid lelaki kepada tandas terbuka • Mengganti pintu-pintu tandas yang rosak. • Mengecat semula tandas. • Mengganti semua tiang-tiang pintu tandas yang rosak • Spesifikasi keperluan rujuk lampiran

Jumlah kesemua kos anggaran kasar ialah : RM 40,000 Ringgit Malaysia : EMPAT PULUH RIBU SAHAJA

Disediakan oleh : ………………………….
MD AZHAR BIN ABU YAMIN (J/Kuasa Penyelenggaraan) SMK LKTP Maokil

Disahkan oleh : ………………………
PN. NOOR HASHIMAH BINTI HJ. HASSAN ( Pengetua) SMK LKTP Maokil

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->