You are on page 1of 5

"Pemakan Ubi Kentang" Setelah membuat keputusan ketika berumur 27 tahun bahawa misi kehidupannya ialah untuk menjadi

seorang pelukis, Van Gogh membuka studio pertamanya di pondok seorang pelombong arang batu Borinage. Beliau membayar sewa dengan sedikit wang yang dihantar oleh ayahnya, dan di studio itulah beliau bermula belajar sendiri dengan kerja yang mencurahcurah. Dari Paris, Theo menghantar berbungkus-bungkus lukisan untuk Van Gogh menyalin dan belajar, dan dari cawangan Goupil, pengurus Hague menghantar buku teks yang berkenaan dengan pandangan tirus dan anatomi. Theo mencadangkan kepada Van Gogh supaya mengikutinya ke Paris, tetapi Van Gogh merasa keberatan untuk menggembara ke Paris, suatu tempat yang dianggap sebagai pusat seni dunia. Sebaliknya, pada musim panas 1880, beliau pergi ke Brussels dan tinggal di hotel termurah dijumpainya. Van Gogh tinggal di Brussels semasa musim sejuk tahun 1880-1881. Di sini, beliau bergelut dengan latihan lakarannya dan sentiasa melapurkan perkembangan dirinya kepada Theo. Pada tahun 1881, Van Gogh balik ke rumah keluarganya di Etten di mana beliau jatuh cinta kepada sepupunya, Kee Vos, seorang janda. Kee Vos menolak cintanya dan berpindah ke Amsterdam, diikuti oleh Van Gogh, tetapi Van Gogh masih tidak diterima oleh Kee Vos. Pada akhir tahun 1883, beliau membuat keputusan untuk sekali lagi cuba tinggal bersama ibu bapanya. Ketika ini, Van Gogh masih menggunakan warna-warna gelap seperti perang dan hijau gelap. Antara lukisannya ialah "Willows". Pada tahun 1886, Van Gogh pergi ke Paris untuk melawat adiknya dan di sana, beliau tertarik dengan teknik lukisan. Lukisan "Pemakan Ubi Kentang" (bahasa Inggeris: Potato Eaters) lazimnya dikatakan "hasil terbaik" Van Gogh yang pertama. Tidak terdapat sebarang rujukan keagamaan dalam kenyataan Van Gogh terhadap karya itu. Lapan bulan selepas kematian ayahnya, Van Gogh meninggalkan Belanda, dan tidak pernah pulang lagi ke situ. Faedah daripada lawatannya selama tiga bulan di Antwerp adalah penambahan pendedahannya kepada warna, atau,

22

lebih tepat lagi, beliau telah mula berfikir mengenai warna dengan lebih lanjut. Van Gogh merupakan pengguna warna yang paling giat pada masanya. Beliau berasa bahawa warna membawa makna yang istimewa selain daripada hanya untuk dilihat. Apabila Van Gogh tiba di Paris pada tahun 1886, beliau begitu bersemangat untuk belajar dan bersedia untuk menimba pengalaman baru. Dalam tempoh dua tahun, beliau bertukar sepenuhnya menjadi seorang pelukis. Warna yang terang dan gemilang membanjiri hasil karyanya. Van Gogh melukis pemandangan dalam kedai kopi yang aman dan gambaran bayu bertiup merentasi muka bumi. Gambaran muram tentang buruh-buruh yang sedang bekerja telah digantikan dengan syot padat diri dan rakannya yang sedang berehat. Van Gogh bekerja kuat untuk menyempurnakan kemahiran tekniknya. Beliau melukis menggunakan teknik libasan dengan menggunakan warna-warna yang garang.

23

"Bunga Matahari" Pada tahun 1888, hasil karyanya mencurah-curah. Dari tempoh Van Gogh mula menjadi masyhur pada bulan Februari sehingga kemasukannya ke hospital selepas fikirannya terganggu pada bulan Disember, Van Gogh telah menghasilkan sekurang- kurangnya 90 lakaran dan 100 lukisan. Jumlah hasilnya hampir menjadi sesuatu yang memalukan. Van Gogh

mempertahanan dirinya dengan merujuk kepada kepantasan Claude Monet. Dari bulan Februari 1888 sehingga bulan Mei 1889, Van Gogh menghasilkan sebanyak 200 lukisan, dan juga banyak lakaran. Hasil karyanya ketika berada di Arles telah meletakkan dirinya sebagai satu gergasi seni, tetapi apabila hasil itu berakhir, Van Gogh hanya mempunyai tempoh setahun lagi untuk hidup. Salah satu daripada hasil karya Van Gogh yang paling terkenal, "Bunga Matahari" (bahasa Inggeris: Sunflowers) menonjolkan kegemilangan warna yang mula digunakan oleh Van Gogh di Arles. Beliau menjadikan penelitian bunga matahari sebagai perhiasan di biliknya, dan setiap satunya

memancarkan kegemarannya kepada cahaya, warna dan cara mudah. Telah dikatakan bahawa kuning keemasan dan jangka hayat bunga matahari yang pendek itu menarik minat Van Gogh.

24

Patch Of Grass Sebuah lukisan potret seorang wanita yang berada di balik lukisan karya Vincent van Gogh .Menggunakan teknik baru untuk memperjelas gambar di balik lukisan Patch of Grass karya Van Gogh. Patch of Grass dilukis Van Gogh di Paris pada 1887. Lukisan ini sekarang dimiliki Museum Krller-Mller. Sebelumnya, ada sepotong gambar tersembunyi di balik lukisan rumput itu. Van Gogh memang dikenal suka melukis di atas lukisannya. Di belakang lukisan itu, yang dominan berwarna hijau dan biru, tersembunyi gambar seorang wanita berwarna coklat kemerahan. Teknik baru ini merupakan perbaikan dari radiografi sinar-X yang digunakan untuk memunculkan lapisan tersembunyi di balik lukisan-lukisan terkenal. Metode ini mengukur unsur kimia pada sebuah pigmen, terutama merkuri dan elemen logam keputihan yang sangat berguna dalam memunculkan wajah wanita di balik lukisan Van Gogh. Dilakukan oleh Universiti Teknologi Delf di Amsterdam dan Universitas Antwerp di Belgia, juga dibantu oleh beberapa institusi. Rekonstruksi gambar tersembunyi ini membantu para sejarawan memahami evolusi karya Van Gogh lebih baik. Teknik baru ini juga diharapkan menguak gambar-gambar lain yang mungkin disembunyikan di balik karya-karya seniman besar.

25

You might also like