You are on page 1of 2

Kesan-kesan Perkembangan Teknologi Makanan

Kebaikan

Makanan boleh disimpan lama dan senang dibawa kemana-mana.

Jisim makanan kurang dan senang dibawa.

Kebanyakan mikroorganisma berbahaya dibunuh

Meningkatkan ketersediaan bermusim kebanyakan makanan, membolehkan pengangkutan makanan yang mudah rosak melintasi jarak jauh, dan membuat pelbagai jenis makanan yang selamat untuk dimakan dengan mematikan atau menghapuskan patogen mikro-organisma.

Meningkatkan kualiti hidup orang yang mempunyai alergi, diabetes, dan orang lain yang tidak boleh mengambil beberapa unsur makanan umum.

Keburukan

Pemprosesan makanan dapat menurunkan nilai gizi makanan, dan memperkenalkan kebahayaan yang tidak dijumpai dalam produk yang segar. Contohnya, Vitamin C telah dihapuskan oleh panas dan oleh kerana itu buah-buahan tin memiliki kandungan vitamin C yang lebih rendah dibandingkan dengan buah yang segar.

Penggunaan bahan kimia dalam pemprosesan dan teknologi makanan seperti sulfur dioksida, asid benzoik dan asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti sesak nafas, gatal dan kanser.

Penggunaan bahan kos rendah yang meniru sifat dari bahan alami (misalnya minyak sayur murah yang dikeraskan dengan menggunakan kimia untuk menggantikan lemak tepu alam yang lebih mahal) telah terbukti menimbulkan masalah kesihatan yang teruk, tapi ia masih luas digunakan kerana kebimbangan kos dan kurangnya pengetahuan pelanggan tentang kesan bahan pengganti.

Makanan yang diproses sering mempunyai ratio yang lebih tinggi untuk kalori kepada nutrisi penting berbanding dengan makanan yang belum diproses, fenomena ini dikenali sebagai "kalori kosong".

Usaha-usaha Meningkatkan Teknologi dan Kualiti Makanan


Penggunaan baka bermutu Usaha untuk menghasilkan baka tumbuhan dan haiwan yang bermutu tinggi sedang giat dijalankan di negara kita. Kejayaan yang telah kita capai adalah seperti penghasilan kelapa sawit jenis tenera yang menghasilkan banyak buah dan minyak. Buah betik eksotika menghasilkan buah yang manis dan besar. Kacukan lembu tenusu (menghasilkan susu) dengan baka dari iklim tropika menghasilkan baka yang boleh menghasilkan susu yang banyak dan tahan cuaca panas.

Penggunaan Teknologi Moden Selain menggunakan baka yang bermutu tinggi, kita harus juga menggunakan teknologi moden. Penggunaan mesin dalam aktiviti pertanian telah membantu para petani mengatasi masalah pekerja mahir. Penggunaan mesin juga meningkatkan produktiviti. Penggunaan teknologi pengklonan dapat menghasilkan hasil yang seragam yang menbolehkan pemprosesan makanan lebih senang.

Makanan "Gergasi" [Monster Food]

Merupakan istilah yang merujuk kepada makanan yang dihasilkan dari dari tumbuhan yang telah diubahsuai melalui kaedah genetik. Tumbuhan yang kandungan genetiknya telah diubahsuai boleh menghasilkan buah yang besar serta tahan terhadap cuaca dan penyakit. Selain dari usaha diatas, pendidikan petani, pengurusan tanah yang cekap serta optimum boleh meningkatkan kuantiti makanan.

Faktor Perkembangan Teknologi Makanan


Penduduk di negara kita sangat untung kerana mempunyai banyak makanan. Kadang kala, kita mempunyai lebihan makanan yang tidak dijual segar. Dengan ini kita harus memproses makanan tersebut. Antara sebab kita memproses makanan itu ialah :-

menggelakkan makanan dari dirosak oleh mikroorganisma.

memudahkan pencernaan.

mencegah jangkitan penyakit

Untuk meningkatkan variasi dalam diet dengan menyediakan pelbagai rasa yang menarik, warna, aroma dan tekstur makanan. Tujuan yang berkaitan adalah juga untuk mengubah bentuk makanan agar lebih jauh pemprosesan

You might also like