You are on page 1of 26

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK 3103)

Pembelajaran Inkuiri Penemuan

Definisi

Tujuan

Jenis Inkuiri

Model-model Inkuiri

Kebaikan

Kelemahan

Aplikasi dalam PSK

DEFINISI INKUIRI
Proses mencari dan menyiasat, membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah.
(Shulman,1968/1973)

Proses mencari kebenaran,maklumat atau pengetahuan melalui kaedah penyoalan bermula dengan pengumpulan maklumat melalui deria.
(WnetSchool&Disney Learning Partnership, 2000)

Teknik menyoal dan mencari jawapan kepada sesuatu masalah yang memerlukan kemahiran eksperimen, refleksi dengan mengambil kira kaedah semasa.
(Hebrank, 2000)

DEFINISI PENEMUAN
Shulman,1968 Proses mental mengasimilasikan konsep dan prinsip

Apabila seseorang itu menggunakan proses mentalnya dalam usaha mendapatkan sesuatu konsep atau prinsip Trowbridge,Bybee,Sund, 1981

Bruner,1960

Apabila individu menggunakan proses mental untuk membentuk konsep atau prinsip

Pembelajaran Inkuiri Penemuan


Pembelajaran berasaskan inkuiri iaitu (teori pembelajaran konstruktivisme) yang berlaku dalam situasi penyelesaian masalah . Konstruktivisme: Murid membina sendiri pengetahuan atau konsep berdasarkan kepada pengetahuan atau pengalaman sedia ada dan tidak menerima pengetahuan secara pasif dari persekitaran.

Inkuiri + Penemuan Dalam bahasa yang mudahnya, fikir, kaji ,cari jalan penyelesaian dan selesaikan/mendapatkan jawapan.

satu pendekatan yang lebih menjurus kepada proses penyelesaian masalah. Pelajar berinteraksi dengan persekitaran untuk melakukan pemerhatian, memanipulasi objek, menangani persoalan atau melakukan sesuatu uji kaji. Pelajar mengaitkan pengetahuan/pengalaman lalu dengan pengetahuan semasa untuk menemui fakta, hubungkait dan mempelajari pengetahuan baru.

Tujuan
Belajar cara berfikir dan mencari maklumat. Tidak semata-mata bergantung kepada guru untuk mendapatkan maklumat Menunjukan kaedah sesuatu pengetahuan diperoleh. Menggunakan tenik mengumpul, menyusun, menganalisis maklumat yang diperolehi untuk membuat keputusan. Mengamalkan penggunaan kemahiran berfikir bagi peringkat tinggi.

Jenis inkuiri

Inkuiri terbimbing
Guru membimbing pelajar dalam proses kajian Kajian adalah sama ada dalam bentuk soal selidik, membentuk hipotesis dan merancang aktiviti penyelidikan Dapat membuat rumusan

Inkuiri terbuka

Tiada bimbingan Rumusan adalah hasil dari kajian sendiri Sesuai di peringkat pengajian tinggi

4 Model Inkuiri
Model inkuiri sains Model inkuiri sosial

Model inkuiri juris prudential

Model inkuiri Suchman

Model inkuiri sains


Digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur sains Berlandaskan 5 langkah aktiviti soal selidik yang dihuraikan Model Dewey.

Model Dewey
Mengenal pasti masalah Mencari maklumat rumusan Membentuk hipotesis

Menilai dan membuat keputusan

Menguji hipotesis

Model inkuiri sosial


Digunakan untuk mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan. Berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian, temubual, atau soal selidik. Menegaskan interaksi sosial.

Enam langkah inkuiri sosial


Pembentukan masalah oleh pengajar Pembentukan hipotesis oleh pengajar Menentukan definisi untuk hipotesis Perbincangan kesahan hipotesis Mencari sokongan untuk hipotesis Membuat kesimpulan atau rumusan

Model Juris Prudential


Untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu. Berlandaskan kepada aktiviti pendebatan. Jenis inkuiri terbuka. Contoh isu sebab luntur semangat sivik di kalangan murid dan bagaimana keadaan murid masa depan dari sudut sivik.

Model Inkuiri Suchman


Diperkenalkan oleh Richard Suchman. Berlandaskan kepada strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains untuk menjalankan kaji selidik. Terutamanya sains.

Langkah-langkah Model Inkuiri Suchman


1. Guru menentukan dan mengemukakan masalah untuk diselesaikan. 2. Guru menerangkan proses inkuiri untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan. 3. Pelajar-pelajar dibimbing membuat hipotesis dengan mengumpul data yang berkaitan.

4. Pelajar berbincang dan membuat rumusan tentang peraturan atau syarat yang berkaitan dengan teori yang telah dibentuk. 5. Guru dan pelajar bersama berbincang dan menilai proses inkuiri yang dijalankan dengan tujuan membaiki kelemahan penyelesaian yang telah didapati dahulu.

Implikasi Model Inkuiri Suchman dalam proses pengajaran


Menentu objektif pelajaran mengikut tahap kebolehan pelajaran dan menyediakan bahan pelajaran yang sesuai. Merancang langkah-langkah membentuk suatu konsep, prinsip ataupun teori dengan jelas dan terperinci. Membimbing dan membetulkan aktivitiaktiviti pelajar yang terpesong daripada objektif pelajaran.

Menggalak pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses inkuiri. Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus memberi ulasan atau penilaian terhadap hasil inkuiri pelajar.

Kebaikan Inkuiri Penemuan


Berpusatkan murid Hasilkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap rumusan atau generalisasi yang dibuat Menimbulkan minat serta naluri ingin tahu pelajar Beri peluang kepada pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran secara bebas

Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh murid-murid akan kekal lama Menggalakkan pelajar berfikir secara saintifik dan rasional

Kelemahan Inkuiri Penemuan


Hanya sesuai untuk pelajar tahap dua di sekolah rendah. Memerlukan penggunaan masa yang panjang. Pelajar yang kurang pengalaman akan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat

Hanya sesuai kepada pelajar yang cerdas dan kurang sesuai untuk pelajar yang lemah. Memerlukan kecekapan guru untuk mengurus dan mengendalikan aktiviti kajian Hasil dapatan yang kurang tepat mampu melemahkan pelajar

APLIKASI DALAM PSK


Tema : Malaysia Negaraku Aktiviti : 1) Membuat kajian biografi dan sumbangan pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan negara. 2) Mencari maklumat tentang negeri-negeri di Malaysia - Berbangga dan cinta akan negara

Tema : Kenali Budaya Malaysia Aktiviti : Mendapatkan maklumat tentang kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia. - Apresiasi kekayaan budaya Malaysia
Tema : Sayangi Diri Aktiviti : Menunjukkan keratan akhbar tentang masalah kesihatan seperti masalah obesity. Cari maklumat tentang faktor-faktor yang menyebabkan perkara tersebut berlaku. Membuat generalisasi bahawa pentingnya menjaga kesihatan dengan mengambil makanan yang seimbang.

TAMAT.

You might also like