You are on page 1of 3

Osmosis : Pergerakan molekul-molekul pelarut(air) dari larutan yang cair ke laurtan yang pekat melalui membran separa telap.

Resapan ringkas : Pergerakan molekul-molekul dan ion-ion dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan kepekatan rendah tanpa melibatkan tenaga metabolism Resapan berbantu : Pergerakan molekul yang bercas atau molekul yang besar dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah yang dipercepatkan oleh bantuan terusan protein pada membran plasma. Pengangkutan aktif : Proses pergerakan molekul bercas dari kawasan berkepekatan rendah ke kawasan tinggi melalui membran plasma (protein pembawa) dengan melibatkan tenaga ATP.

Faktor yang mempengaruhi osmosis

Saiz molekul yang meresap: Molekul yang lebih kecil daripada garis pusat liang membran akan meresap dengan lebih mudah.

Keterlarutan lipid: Molekul yang mempunyai keterlarutan yang tinggi meresap lebih cepat daripada molekul yang kelarutan yang rendah seperti lipid. Jika kadar resapan bagi dua bahan yang sama saiz molekul dibandingkan, bahan yang lebih larut dalam lipid akan meresap lebih cepat daripada bahan yang mempunyai kelarutan yang rendah.

Luas permukaan membran: Kadar resapan menjadi lebih cepat jika luas permukaan membrsn yang disediakan untuk resapan adalah lebih besar.

Ketebalan membran: Kadar resapan sesuatu molekul berkadar songsang dengan jarak yang harus dilaluinya. Berbanding dengan satu membran yang tebal, kadar resapan memlaui satu membran yang nipis adalah lebih cepat.

Suhu: Pergerakan rawak molekul dipengaruhi oleh suhu. Kadar resapan akan menjadi lebih cepat pada suhu yang tinggi dibandingkan dengan suhu yang rendah.

Cas elektrik pada molekul: Pada umumnya, resapan molekul bercas (ion) adalah lebih perlahan berbanding dengan molekul yang tidak bercas walaupun saiz molekul yang serupa. Jika semua faktor di atas adalah malar, maka ini boleh ditunjukkan bahawa kadar resapan berkadar terus dengan cerun kepekatan.

Homeostasis
Homeostasis dirujuk sebagai pengekalan atau mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan organisma) yang malar.

Organisma mempunyai 2 persekitaran iaitu: 1. Persekitaran luar iaitu persekitaran yang mengelilingi organisma secara keseluruhan. Organisma akan hidup secara berkongsi dengan organisma-organisma(biosis) dan objek-objek yang bukan hidupan(abiosis). 2. Persekitaran dalam iaitu persekitaran dinamik dalam badan manusia yang terdiri daripada bendalir yang mengelilingi komuniti sel-sel yang membentuk badan.

Biosis ialah komponen hidupan iaitu meliputi semua organisma hidupan.Contoh komponen biosis ialah:
Manusia Tumbuhan Haiwan

Abiosis ialah komponen bukan hidupan seperti:


Suhu Nilai pH Keamatan cahaya Kelembapan Topografi Iklim

Perubahan persekitaran
Perubahan kecil dalam persekitaran dinamik dalam badan boleh menyebabkan sel-sel mati. Antara

contoh yang boleh menyebabkan sel-sel mati walaupun dalm julat yang kecil:
~Dehidrasi - Kurang air ~Zat makanan yang kurang ~Sisa toksik dikumpul dalam badan ~Suhu berubah dengan mendadak

Faktor yang perlu dikawal


Setiap faktor-faktor mempunyai julat-julat tertentu yang boleh mempengaruhi persekitaran dinamik. Contoh beberapa faktor dalam bendalir yang perlu dikawal atur julatnya:

pH - 7.3pH - 7.4pH, berbeza dengan salur alimentari julat pH adalah berbeza-beza pada tempat tertentu. Suhu - 37oC - 39oC Glukosa - 4.4 - 5.5 mmol/dm3 Urea - 3.3 - 6.6 mmol/dm3

You might also like