You are on page 1of 22

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH

1.0 PENGENALAN

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH

Disiplin dimaksudkan dengan kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu tingkah laku orang lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong dan kesanggupan membina keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat. Dalam petikan di atas terdapat ayat yang mengatakan disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu tingkah laku orang lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain. Ini bererti orang yang berdisiplin tidak mengalami masalah sosial. Ini kerana mereka berkelakuan baik dan menghormati atau tidak mengganggu orang lain. Oleh itu masalah sosial sama dengan masalah disiplin. Manakala pengkaji mengenai gejala sosial pula memaksudkannya dengan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat termasuk yang melibatkan kes juvana. Sejak akhir-akhir ini, kadar masalah disiplin di sekolah semakin meningkat dan ini telah menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat mengenai punca sebenar yang menyebabkan peningkatan masalah disiplin di sekolah. Dalam banyak-banyak kes, kes pontang sekolah mencatatkan peningkatan paling tinggi berbanding kes disiplin yang lain. Walaupun pelbagai kaedah telah di lakukan bagi membanteras kes ini daripada berleluasa, namun kes ini tetap juga meningkat dari hari ke hari. Punca yang menyebabkan ponteng sekolah berlaku di sebabkan oleh pelbagai faktor seperti daripada keluarga, pengaruh rakan sebaya, media massa dan lain-lain. Masalah ini juga telah memberi kesan yang serius
1

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH terhadap pengorganisasian sekolah. Sekolah adalah komuniti yang bertanggungjawab terhadap kes ini dan sekolah adalah institusi yang paling dekat dalam mengendalikan kes ini. Pelajar yang ponteng sekolah mempunyai sebab-sebab yang tersendiri dan di atas sebab itulah mereka melakukan kesalahan ini. Menurut Aziz ( 2007) dalam penulisannya mengenai masalah disiplin pelajar menyatakan salah satu masalah disiplin yang paling besar adalah ponteng sekolah. Masalah ponteng sekolah ini pun bukan perkara baru malah semua orang pernah terlibat atau mengetahui tentangnya semasa bersekolah dahulu. Seperti yang dinyatakan diatas, masalah ini sebenarnya berlaku sepanjang tahun cuma bilangannya meningkat setiap kali selepas peperiksaan sebelum cuti bermula. Jangan terkejut jika ada yang ponteng sekolah ini dihalalkan oleh ibubapa sendiri terutama mereka yang bersekolah di luar bandar. Bukankah sikap sebahagian ibubapa yang menghalalkan tidak perlu hadir ke sekolah ini memberi pengajaran yang kurang sihat kepada anakanak mereka sendiri. Istilah ponteng digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah. Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari. Di sesetengah sekolah, pelajar yang ponteng akan hilang kelayakan untuk tamat sekolah ataupun menerima jam kredit bagi kelas yang tidak dihadiri, sehinggalah kekurangan tersebut diisi melalui tahanan kelas, denda ataupun kelas gantian. Aktiviti ponteng sekolah kerap kali dikaitkan dengan tingkahlaku delikuensi. Delinkuen mempunyai pelbagai takrifan, M. Gold dan J. Petronio mendefinisikan kenakalan remaja sebagai tindakan oleh seseorang yang belum dewasa yang sengaja melanggar hukum atau peraturan dan yang diketahuinya (Sarwono,2001). Menurut B. Simanjutak pula, delinkuen
2

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH ditakrifkan suatu perbuatan itu disebut delinkuen apabila perbuatan-perbuatan tersebut bertentangan dengan norma-norma yang ada di dalam masyarakat di mana ia hidup, atau suatu perbuatan yang anti-sosial di mana di dalamnya terkandung unsur-unsur normatif (Sudarsono, 1995). Fuad Hasan merumuskan definisi delinkuensi sebagai perilaku anti-sosial yang dilakukan oleh remaja dan yang mana di lakukan oleh orang dewasa di kualifikasikan sebagai tingkah laku jenayah (Sudarsono, 1999). Ponteng sekolah boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Ianya bermula dari ponteng hati diikuti ponteng kerana bangun lewat, seterusnya ponteng kelas dan berlarutan menjadi ponteng sekolah. Walaupun terdapat peraturan atau penguatkuasaan disiplin sekolah yang ketat tetapi gejala ponteng tetap berlaku. Kajian Kementerian Malaysia (1978) mengenai disiplin meletakkan gejala ponteng sebagai isu utama.

2.0 SENARIO PONTENG DAN STATISTIK

Menurut Abdullah Ishak (1995), pendidikan bertujuan membentuk tabiat dan sikap seorang pelajar dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada jasmani, rohani, akal, akhlak, mahupun sosial pelajar. Begitu juga dengan pendapat Mohd Salleh (2000) yang mengatakan bahawa Falsafah Pendidikan Negara tersebut dengan jelas di mana pendidikan adalah untuk melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Namun apa pula hasilnya andai gejala ponteng yang menjadi salah satu penghalang kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi sekolah- sekolah di kawasan luar bandar. Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru di kalangan pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan pelajar terbabit dengan gejala itu agak
3

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH membimbangkan iaitu 32092 orang pada tahun 1993, 154305 (1995) dan 80937 pada 1997. Pelajar sekolah menengah, terutama di peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun dikenal pasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan baki 3 peratus adalah pelajar perempuan. Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan , Datuk Mahadzir Mohd Khir , masalah ponteng lebih ketara berlaku di kalangan pelajar peringkat menengah iaitu tingkatan dua dan tiga terutama mereka yang bersekolah di kawasan bandar dan sekolah di pinggir bandar. Senario ponteng sekolah ini nampaknya dihalalkan oleh ibubapa sendiri terutama mereka yang bersekolah rendah. Ini amat ketara semasa kelas ganti pada hari Sabtu dan ketika selepas peperiksaan. Kedatangan yang merosot ini boleh dilihat apabila pelajar beberapa kelas terpaksa digabungkan untuk memenuhkan sebuah kelas.

Didapati pelajar ponteng berpunca dari sikap mereka sendiri yang malas semakin terlibat progam kerjasama dan tidak anak mementingkan mereka yang disiplin. masalah ibu dan Akibatnya pelajaran. ponteng 80% Pihak bapa pelajar ponteng. Sikap sekolah yang Tetapi sekolah ibu bapa juga punca sekolah yang masalah ini tidak ini telah dan tidak menghiraukan menjadi ponteng telah

berlelewasa. dengan untuk dari

masalah mengatasi pelajar

menjalankan

pelbagai ini

kurangnya

kesedaran

menyebabkan

program-program

mencapai matlamatnya.

3.0 KAJIAN PONTENG SEKOLAH 4

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH Sumber kajian dalam Negara ini diperolehi daripada Puan Noramah bt Jamil merupakan seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling. Beliau bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali, Selangor Darul Ehsan. Beliau berkelulusan Master Psikologi Universiti Malaya. Kajian ini pernah dibentangkan di Institut Aminuddin Baki pada tahun 2008. Tajuk Kajian beliau ialah faktor-faktor penyebab ponteng kelas dalam kalangan pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5.

Dalam penyataan masalahnya dalam Laporan Unit Disiplin Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (2004) menyatakan bahawa salah Laku ponteng sekolah dan ponteng kelas mencatatkan peratusan yang tertinggi berbanding dengan salah laku lain, selain itu gejala ponteng ini juga lebih melibatkan ramai pelajar sekolah menengah harian berbanding sekolah menengah berasrama dan sekolah rendah dan kesanya membawa kepada masalah sosial yang lain seperti merokok, vandalisme dan berkemungkinan terlibat dengan perbuatan jenayah.

Antara punca gejala ponteng ialah suasana persekitaran sekolah yang berubah akibat proses urbanisasi, seperti pembinaan arked permainan video, kafe siber atau pusat membeli-belah berhampiran sekolah. Persekitaran sekolah yang kurang kondusif serta dibebani tekanan, umpamanya guru yang terlalu garang juga merupakan salah satu penyumbang terbesar dalam berlakunya gejala ponteng sekolah. Selain itu, kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa juga boleh menjadi penyebab. Hal ini kerana, ketika di rumah, mereka tidak mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa, manakala di sekolah pula mereka tidak mendapat perhatian daripada guru-guru dan dipinggir oleh kawan-kawan menyebabkan mereka lebih cenderung mencari perhatian dan keseronokan di luar. Manakala pengaruh media elektronik juga tidak kurang hebatnya dalam menyumbang
5

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH ke arah faktor gejala ponteng sekolah, dan yang terakhir sekali ialah pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan faktor yang menduduki ranking tertinggi sebelum faktor persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Hal ini kerana selain ibu bapa, rakan-rakan merupakan pengaruh yang paling kuat dalam mempengaruhi pemikiran mereka.

Implikasi dan kesan ponteng kelas menurut rencana mengenai kaki ponteng (Pendidik, April 2004) ponteng menyebabkan guru berasa hampa & kecewa bila tiada tindakan yg diambil oleh pihak pengurusan, kaki ponteng jadi pengacau dan mengekang tugasan yang akan dilaksanakan oleh guru. Selain itu guru terpaksa membazir masa kerana terpaksa mengulang pembelajaran lepas untuk pelajar-pelajar kaki ponteng ini. Rakan kelas juga tidak mengganggap pelajar kaki ponteng ini sebagai sebahagian daripada mereka dan guru merasa tidak yakin boleh bantu mereka kerana menganggap mereka bukan pelajarnya.

Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah menengah harian di Hulu Selangor, yang mempunyai 1645 orang pelajar daripada pelbagai latar belakang. Subjek kajian pula terdiri 100 orang responden terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5, lelaki dan perempuan. Subjek merupakan pelajar-pelajar yang ponteng kelas dan nama mereka yang telah tercatat dalam buku Kawalan Kelas & buku Rekod Disiplin Sekolah. Selain itu, senarai nama mereka juga diperolehi dengan kerjasama guru kelas, guru matapelajaran, guru disiplin, guru bimbingan dan kaunseling dan juga GPK HEM. Kaedah kajian ialah dijalankan selama 2 bulan. Maklumat kajian diperolehi daripada temu bual, pemerhatian, analisis datadata dari Buku Rekod Kawalan Kelas dan Buku Rekod Disiplin. Subjek juga diberikan soalan soal selidik.

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH

Kaedah rawatan yang dijalankan ialah Penguatkuasaan pemakaian pas keluar kelas, memberi ganjaran kepada pelajar yang tidak pernah ponteng kelas walaupun dalam bentuk pujian dan denda pelajar ponteng kelas. Denda tersebut mestilah berunsur pengajaran untuk menyedarkan pelajar disamping menerapkan nilai-nilai murni. Dan hasil daripada rawatan tersebut ialah respon dari subjek sendiri menyatakan pada awalnya agak terkongkong. Mereka juga sukar untuk menyesuaikan diri dengan peraturan baru. Pada awalnya kadar ponteng kelas agak terkawal dan perubahan tipis dapat dilihat. Namun begitu isu ponteng seolah-olah telah menjadi darah daging di Malaysia khususnya menyebabkan ia sukar untuk dibendung ia memerlukan pantauan yang

berterusan daripada pihak sekolah itu sendiri.

4.0 FAKTOR - FAKTOR 4.1 FAKTOR YANG MENYEBABKAN PELAJAR PONTENG SEKOLAH

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya kegiatan ponteng sekolah dalam kalangan pelajar:

Salah satu faktor yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah adalah faktor persekitaran seperti kemudahan hiburan, pusat membeli-belah, tempat-tempat melepak serta tempat riadah juga persekitaran sekolah itu sendiri. Persekitaran sekolah yang berubah secara mendadak akibat dari proses pembandaran terutama dikawasan-kawasan luar Bandar sememangnya akan memberikan impak yang sangat besar. Apatah lagi seandainya pembinaan pusat membeli belah dan pusat-pusat
7

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH hiburan yang terlalu hampir dengan sekolah, ianya akan menjadi faktor penarik kepada gejala ponteng sekolah. Manakala suasana persekitaran dalam sekolah seperti stail kepimpinan pengetua,pendekatan warga guru dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif juga menjadi faktor penarik kejadian ponteng dalam kalangan pelajar.

Selain dari itu, masalah pelajar itu sendiri seperti malas, sukakan hiburan dan tidak berminat dengan pelajaran juga merupakan faktor yang mempengaruhi gejala ponteng. Sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilan artis yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail rambut yang baru, akan mendorong pelajar untuk turut berpenampilan seperti artis pujaan mereka hingga akhirnya sekiranya mereka tidak mencukupi wang, mereka rela ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapatkan wang. Begitu juga, apabila pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran dan guru pula tidak berusaha menarik minat mereka, pelajar-pelajar itu akan hilang semangat belajar dan ponteng sekolah

Masalah keluarga juga menyumbang dalam kes pelajar ponteng sekolah. Jika suasana di rumah tidak menyeronokkan, ini akan memberi kesan yang negatif kepada pelajar berkenaan. Sebagai contoh, jika ayah dan ibu mempunyai masalah dan mereka sering bergaduh di hadapan anak-anak ini akan membuatkan anak-anak merasa tertekan dan mereka akan mencari dan mendapatkan keseronokan itu di luar. Ibu bapa selalu mendatangkan ketidakselesaan pada anak-anak, tetapi pada masa yang sama mereka mengharapkan kejayaan anak-anak mereka. Mereka tetap mahu anakanak mereka berjaya walaupun mereka tidak dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Tetapi mereka lupa dengan tindakan mereka yang sedemikian boleh menyebabkan masa depan anak mereka hancur. Kadangkadang ibu bapa menyerahkan sepenuhnya tugas mendidik dan mengasuh anak-anak kepada pihak sekolah, sedangkan pada hakikatnya pembentukan moraliti seseorang itu adalah bermula dari rumah.
8

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH Pengaruh rakan sebaya juga turut mempengaruhi disiplin pelajar merosot. Ada sesetengah pelajar berkawan dengan pelajar yang tidak bersekolah dan jika mereka memilih rakan yang baik maka tingkahlaku mereka juga akan menjadi baik tetapi tidak, jika berlaku sebaliknya. Mereka yang tidak bersekolah ini mungkin kerana tidak berjaya dalam pelajaran ataupun mereka sememangnya tidak mahu bersekolah dan mereka akan berlagak seperti orang dewasa. Mereka juga akan melakukan perkara yang negatif seperti menghisap rokok, berpakaian tidak senonoh dan melakukan sesuatu tindakan menarik perhatian. Keadaan menjadi bertambah buruk jika pelajar berkenaan berasal dari keluarga yang miskin. Kedua-dua ibu bapa mereka sibuk mencari nafkah dan anak terbiar memilih haluan sendiri. Pelajar ini mempunyai perasaan rendah diri. Bagi menunjukkan diri mereka hebat dan berkemampuan, peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah tidak diikuti.

Pengaruh media massa memainkan peranan penting dalam faktor pelajar ponteng sekolah. Pada masa kini, filem, suratkhabar, majalah dan televisyen telah menonjolkan banyak budaya kuning dan amat mudah untuk diikuti oleh para pelajar. Sebagai contoh, babak-babak ganas yang telah ditonjolkan di dalam filem ataupun drama menyebabkan pelajar terikut dan bertindak ganas berpandu kepada filem tersebut. Hal ini tidak dapat di nafikan kerana usia seperti mereka memang memberontak untuk mendapatkan keseronokan walaupun sesuatu perkara itu mendatangkan kemudaratan kepada diri mereka. Umur antara 12 hingga 20 tahun di anggap mentah dalam menilai sesuatu perkara.

Hukuman atau denda yang dikenakan kepada seseorang pelajar juga merupakan faktor yang menyebabkan seseorang pelajar itu menjadi semakin liar. Jika guru selalu menghukum pelajar dengan hukuman yang melampau, ini akan membuatkan pelajar tidak mahu mendisiplinkan diri
9

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH dan mereka akan selalu melanggar peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Hukuman atau denda yang diberikan mestilah bersesuaian dengan kesalahan pelajar. Sebagai contoh, jika kesalahan pelajar tersebut hanyalah bercakap di dalam kelas tidak perlulah guru tersebut menjerkah pelajar berkenaan dengan suara yang kuat kerana ini akan membuatkan pelajar berkenaan malu. Pihak sekolah perlu menggunakan pendekatan psikologi apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin. Tetapi, ia juga tidak dapat menyelesaikan masalah kerana kemungkinan pelajar tersebut tidak takut dengan dan tidak mengambil berat tentang nasihat yang di berikan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Mat Kilau Bin Idris (1997) yang bertajuk Gejala Ponteng Sekolah Para Pelajar Sekolah Menengah di kawasan Hilir Perak, Perak Darul Ridzuan mendapati bahawa masalah persekitaran dan masalah diri pelajar merupakan faktor paling dominan dan mempengaruhi perlakuan ponteng sekolah. Begitu juga kajian Manivannan Arumugan (2002) di sekolah-sekolah daerah Kota Bharu Kelantan turut mendapati perkara yang sama diikuti oleh faktor keluarga, pengaruh rakan sebaya dan peranan media.

4.2 FAKTOR YANG MENYEBABKAN PELAJAR TIDAK PONTENG SEKOLAH Di sekolah, tedapat dua kategori yang berbeza dalam kalangan pelajar. Ada yang menganggap gejala ponteng adalah perkara biasa dan setengah lagi menganggap gejala ponteng dalam kalangan pelajar adalah perkara yang serius dan perlu diselesaikan dengan kadar yang segera. Ada beberapa faktor yang menyebabkan pelajar tidak ponteng sekolah dan bersungguh-sungguh dalam belajar. Antara faktor yang menyebabkan pelajar tidak ponteng adalah:

10

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH

Mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap betapa pentingnya pendidikan di dalam hidup. Tanpa pendidikan, sesebuah masyarakat itu akan dianggap mundur kerana dengan pendidikan mampu mengubah tahap pencapaian terhadap sesebuah masyarakat. Pendidikan yang berkesan adalah disusuli dengan amalan dan beramal dengannya. Pelajar yang cemerlang sangat menitikberatkan pencapaian yang luar biasa hebatnya kerana mereka mempunyai kesedaran betapa pentingya pendidikan dalam kehidupan mereka dan mereka sentiasa mahukan kejayaan. Namun ianya berbeza dengan tanggapan pelajar yang suka ponteng kerana mereka menganggap ponteng adalah untuk melepaskan tekanan apabila mereka belajar dan mereka tidak kisah jika mereka tidak mendapat ilmu.

Selain daripada itu, faktor yang menyebabkan pelajar tidak ponteng adalah mereka sedar bahawa pendidikan merupakan satu jalan bagi pelajar keluar daripada kepompong kemiskinan. Dengan pendidikan dapat menjadikan seseorang itu berilmu dan dengan ilmu itulah seseorang itu dapat menuju ke arah kejayaan dunia dan akhirat.Kita selalu mendengar tentang kejayaan pelajar, kebanyakan pelajar yang berjaya dengan cemerlang adalah mereka yang berasal dari keluarga yang miskin dan serba kekurangan. Bagi mereka, kemiskinan adalah bukan penghalang untuk berjaya kerana mereka sedar betepa pentingnya pendidikan untuk mengubah keluarga mereka.

Di samping itu juga, faktor yang menyebabkan pelajar tidak ponteng adalah mereka ingin belajar dan berkongsi ilmu. Ibu bapa juga boleh mengambil kesempatan dengan belajar daripada anak-anak apabila mereka pulang sekolah untuk menambah ilmu mereka. keadaan ini secara tidak langsung dapat berkongsi ilmu di kalangan ibu bapa dengan anak (pelajar), adik beradik dengan pelajar, kawan-kawan dengan pelajar dan sebagainya. Dengan adanya kaedah ini, ia menjadikan proses mengingat dengan cepat dan pelajar dapat belajar dalam keadaan seronok dan

11

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH tidak tertekan dan inilah faktor pelajar tidak ponteng sekolah kerana mereka belajar dalam kedaan seronok dan tidak tertekan.

Faktor lain adalah disebabkan oleh pelajar ingin mengharumkan nama ibu bapa mereka dan ingin mengharumkan nama sekolah. Mereka ingin menghadiahkan kejayaan mereka kepada ibu bapa dan pihak sekolah kerana mereka mempunyai kesedaran ingin belajar. Walaupun sedaif mana sesebuah sekolah itu, dan walau sejauh mana pelajar mengembara menuju ke sekolah, mungkin ianya adalah lebih baik daripada langsung tidak bersekolah. Sekurang-kurangnya hal ini membolehkan membaca, menulis dan mengira. Asas kemahiran sedemikian diperlukan oleh anakanak zaman sekarang. Dan daripada konsep inilah lahirnya kesedaran untuk mengharumkan nama kedua ibu bapa dan untuk menharumkan nama sekolah.

Selain dari itu juga, faktor pelajar yang tidak ponteng adalah disebabkan oleh ibu bapa yang sangat menitikberatkan pendidikan anak-anak melalui dengan menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak dan sentiasa menasihat anak-anak supaya tekun dalam mencari ilmu duniawi dan ukhrawi. Sebagai ibu bapa, sokongan amat diperlukan oleh ana-anak dalam mengglakkan anak-anak melalui alam persekolahan sebaik mungin. Sekolah perlu dilihat sebagai pelengkap kepada proses pendidikan anak-anak oleh ibu bapa, dan bukan sebaliknya. Keadaan ini berbeza dangan mentaliti pelajar yang suka ponteng sekolah kerana segelintir ibu bapa mereka tidak terlalu tegas dalam pendidikan anak-anak.

5.0 CIRI- CIRI

5.1 CIRI- CIRI PELAJAR PONTENG


12

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH

Ponteng sering dikaitkan dengan pelajar yang nakal.Mayby ( 1977) dalam kajiannya ke atas pelajar yang ponteng di Glasgow, menemui perkaitan antara kanak-kanak yang nakal. pelajar yang melakukan perbuatan ponteng dengan perbuatan nakal. Hal ini bermakn antara ciri pelajar ponteng adalah

Selain itu,ciri ciri pelajar ponteng ialah tidak berminat dengan cara pengajaran yang disampaikan oleh guru semasa sesi pengajaran.Ibrahim (1982), menyatakan bahawa punca ponteng adalah berkaitan dengan kegagalan guru untuk menimbulkan minat belajar dikalangan pelajar yang rendah pencapaian akademiknya. Guru juga gagal dalam memainkan peranannya, kurang dedikasi serta kurang memotivasikan para pelajarnya.

Kajian mendapati ponteng ada hubungan dengan pengajaran guru yang terlalu bergantung kepada buku teks sahaja tanpa menggunakan daya kreativiti dan imaginasinya untuk menceriakan dan mempelbagaikan cara pengajarannya untuk menarik minat pelajar. Tingkah laku guru yang streotaip terhadap pelajar yang kurang menonjol dalam pencapaian dalam kelas juga mempengaruhi salah laku ponteng. Pelajar yang mempunyai pencapaian yang rendah akan ponteng kerana mereka sukar atau tidak dapat menerima sesuatu yang diajar oleh gurunya.

Pada masa yang sama pelajar ponteng turut menggambarkan keadaan bosan di dalam kelas.Pelajar yang mempunyai pencapaian yang tinggi akan ponteng kerana mereka sudah bosan dan merasakan pembelajaran yang disertai itu tidak mencabar langsung. Pelajar yang ponteng juga berkemungkinan bosan dengan sesuatu matapelajaran, tidak suka cikgu yang mengajar serta cara pengajaran guru itu. Supramaniam (1998), mengatakan pelajar sekolah ponteng kerana bosan dengan pelajaran, takut menghadapi guru yang garang dan takut menghadapi hukuman disekolah.Ini menggambarkan sikap pelajar yang tidak mengambil serius dalam pelajaran.
13

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH

Kejadian ponteng berlaku disebabkan jiwa muda mereka lebih terangsang untuk berseronok bersama rakan-rakan. Oleh kerana masa untuk berseronok telah habis untuk belajar, maka mereka ini memilih untuk ponteng sekolah bagi membolehkan mereka berseronok.

5.2 CIRI CIRI PELAJAR TIDAK PONTENG

Terdapat perbezaan antara pelajar ponteng dan pelajar yang tidak ponteng sekolah.Jika melihat kepada pelajar yang tidak ponteng sekolah,pelajar itu akan bersemangat untuk ke sekolah.Personaliti individu yang tidak ponteng juga adalah jauh lebih baik berbanding pelajar yang suka mengamalkan ponteng.Matlamat mereka adalah lebih jelas.Individu ini sedar akan peranan dan tanggungjawabnya ke sekolah.

Pendidikan asuhan awal daripada ibu bapa juga memberi signifikan kepada masalah ini. Ciri ciri anak yang diasuh dengan ajaran agama sejak kecil seperti menghormati ibu bapa, menjaga pergaulan, dan mengambil tindakan yang bersesuain menurut agama.Mereka difahamkan bahawa itulah cara hidup yang dapat menjamin kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat.Mereka dididik dan dibiasakan dengan kehidupan berlandaskan agama sehingga mereka remaja yang suka berdamping dengan pencipta-Nya dengan melakukan amalan- amalan bertaqarrub kepada-Nya.Anak-anak atau pelajar yang diasuh seperti ini akan selamat dan mereka tahu untuk membezakan tindkan yang baik atau tidak.Di sini, jelas menunjukkan bahawa pelajar yang mendapat didikan agama yang sempurna daripada ibu bapa sejak kecil cindering untuk menilih jalan yang baik dan peratusan untuk terlibat dengan kegiatan tingkahlaku disiplin adalah kurang. Pelajar yang tidak ponteng juga akan mendapat pencapaian yang baik dalam akademik.Mereka mempunyai pemikiran yang positif dan berusaha untuk memajukan
14

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH diri dalam pencapaian akademik.Hubungan yang baik dengan guru dan rakan-rakan akan meningkatkan keyakinan pelajar ke sekolah.Pada masa yang sama,emosi pelajar yang stabil juga menyebabkan pelajar tidak ponteng sekolah.Emosi pelajar yang stabil akan meneyebabkan ketenangan fikiran dan tingkahlaku yang positif.Pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian ketika sesi pembelajaran.Keadaaan ini akan membantu keinginan pelajar untuk ke sekolah. Ciri-ciri pelajar yang tidak ponteng dapat digambarkan dengan sikap yang optimistic. Pelajar yang tidak ponteng sentiasa berkeyakinan pada potensi diri sendiri untuk menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat pada diri sendiri. Contoh slogan yang dapat memberi semangat seperti katakana aku boleh. Selain itu,pelajar yang tidak ponteng tidak bersikap pesimistik iaitu mereka sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum menghadapi perjuangan dalam hidup. Mereka tidak boleh melemahkan semangat diri sendiri sebelum menghadapi sesuatu ujian atau perjuangan. Oleh itu,mereka mesti mencuba terlebih dahulu ujian tersebut. Sekiranya mereka mencuba perjuangan tersebut mungkin itu boleh menghasilkan kejayaan kepada mereka. Pelajar harus menghakiskan sikap pesimistik di dalam diri mereka kerana sikap ini dapat meninggalkan kesan yang negative. Seterusnya, mereka yang tidak bermasalah dengan ponteng dapat memberikan tumpuan sepenuh hati semasa proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Apabila mereka dapat memberi tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas, ini memudahkan mereka untuk memahami dan menguasai mata pelajaran tersebut. Malah,guru juga tidak berasa tertekan apabila mengajar pelajar yang tidak bermasalah semasa di dalam kelas. Oleh itu,proses pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan lanjar. Hal ini demikian, dapat melahirkan pelajar yang cemerlang di sesebuah sekolah. Mereka juga akan sentiasa menghormati guru walaupun di mana jua. Sikap ini harus diterapkan di dalam diri pelajar kerana guru adalah sumber ilmu kepada pelajar. Ilmu yang dicurahkan oleh guru kepada pelajar akan diberkati sekiranya mereka menghormatinya. Sekiranya ilmu yang dipelajari diberkati oleh guru, maka pelajar dapat belajar dengan aman dan tenteram.
15

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH 6.0 KESAN - KESAN 6.1 KESAN PONTENG KEPADA PELAJAR

Terdapat beberapa kesan yang dihadapi oleh pelajar apabila mereka ponteng sekolah. Antaranya adalah seperti berikut, Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng sekolah terutamanya adalah masa dan tenaga mereka akan dirugikan kerana masa yang dibazirkan tidak akan dipulang ataupun dikembalikan. Jika mereka dapat menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak ponteng sekolah dan mementingkan pelajaran, mereka akan berjaya di masa akan datang dan kejayaannya dapat memberi kehidupan yang baik dan selesa kepada generasi seterusnya. Imam Syafie pernah berkata bahawa Ilmu itu lading kebanggaan, maka berbanggalah kamu dengan ilmu. Dan jangan sampai kamu terlewat memiliki lading kebanggan itu.

Kesan kedua yang dihadapi adalah masyarakat akan memandang rendah ataupun hina kepada mereka dan mereka akan memalukan maruah keluarga. Sebagai contoh, apabila seseorang ternampak sekumpulan pelajar tengah ponteng sekolah, satu-satunya pendapat terhadap pelajar tersebut adalah mereka adalah perosak masyarakat kerana mereka tidak dapat memberi perkhidmatan kepada masyarakat pada masa depan dan memarahi ibu bapa mereka kerana mereka tidak dapat mendidik anak-anaknya dengan baik dan mengabaikan tanggungjawab sebagai penjaga. Kesan lain yang akan dihadapi adalah pelajar tersebut akan ditertawakan oleh rakan-rakan lain dan masa depan pelajar ini akan hancur kerana mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan. Pelajar yang ponteng sekolah turut terdedah kepada pergaulan dengan golongan yang juga tidak bersekolah. Sama ada rakan sebaya yang telah dibuang sekolah atas sebab masalah disiplin atau mereka yang tidak mahu ke sekolah atau mungkin juga penganggur. Golongan ini akan banyak menghabiskan masa dengan melepak, merokok dan lebih teruk lagi mengambil dadah. Persekitaran kawasan pedalaman ini tidak membuka peluang pekerjaan yang meluas kepada golongan muda mudi. Pekerjaan yang ada hanyalah sebagai pengait buah sawit atau menternak haiwan peliharaan seperti lembu dan kambing. Tidak ramai golongan muda yang ingin
16

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH melakukan kerja berat sebegini dan mereka lebih suka melepak di persimpangan jalan atau merempit tanpa tujuan sepanjang hari.Akhirnya pelajar ponteng turut akan terpengaruh dengan gejala negatif ini.

6.2 KESAN TIDAK PONTENG KEPADA PELAJAR Terdapat beberapa kesan apabila pelajar tidak ponteng. Antaranya adalah :

Dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Imu sangat penting dalam memahami sesuatu perkara. Tanpa tunjuk ajar daripada guru sesuatu ilmu itu tidak mampu difahami dengan baik dan tidak dapat beramal dengan baik. Pelajar yang tidak ponteng biasanya mereka lebih cemerlang kerana mereka adalh di antara golongan yang rapat dengan guru. Mereka akan mengambil peluang ini untuk bertanya kepada guru tentang sesuatu tajuk yang kurang mereka faham. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menambah pengetahuan mereka. Semasa berada di dalam kelas, mereka akan memberi perhatian apabila guru sedang mengajar dan mendapat inputinput yang berguna berbanding dengan pelajar yang ponteng sekolah. Mereka tidak mendapat input-input yang diajarkan oleh guru kerana mereka tiada di dalam kelas.

Selain daripada itu, pelajar yang tidak ponteng akan dapat belajar bersama-sama ataupun dapat belajar secara berkumpulan di dalam kelas sewaktu guru tiada mahupun selepas waktu pembelajaran. Dengan belajar secara berkumpulan dapat bertukar-tukar buah fikiran sesama rakan kita. Contohnya, apabila kita diberi tugasan untuk membuat beberapa rangkap pantun dan perlu dipersembahkan di hadapan kelas pada minggu yang akan datang, rakan kita boleh menolong kita dan kita sendiri dapat menolong orang. Selain itu, kita juga akan mendapat pelbagai jawapan untuk satu soalan. Jika kita belajar berkumpulan, kita juga akan mempunyai suasana pembelajaran yang lebih seronok. Ini adalah kerana, kita tidak akan berasa bosan atau mengantuk seperti apabila kita belajar berkumpulan. Namun Begitu, janganlah kita mengambil kesempatan untuk ke rumah kawan untuk bermain tetapi memberitahu ibu bapa kita bahawa kita ke sana untuk mengulangkaji pelajaran.
17

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH

Selain daripada itu juga, kesan tidak ponteng adalah pelajar dapat melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum. Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka. Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti ponteng.

Selain daripada itu, kesan tidak ponteng kepada pelajar adalah dapat mengeratkan hubungan antara rakan sekelas, warga pelajar mahupun dapat merapatkan hubungan dengan guru. Setiap guru amat menyukai pelajarnya yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan ia sekali gus dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan guru. Selain itu juga, hubungan dengan pelajar sekelas dapat dieratkan kerana wujudnya sikap ingin berkongsi ilmu bersama rakan-rakan dan sekaligus dapat mengeratka ukhwah kerana mereka mempunyai matlamat yang sam untuk di capai. Keadaan ini amat berbeza sekali kesannya kepada pelajar yang ponteng kerana mereka sering tiada di dalam kelas dan sekaligus hubungan mereka dengan rakan sekelas semakin renggang.

7.0

CADANGAN MENGATASI MASALAH MELALUI PENDEKATAN YANG

DIPELAJARI
18

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH

Di sini kami telah bersetuju untuk mencadangkan pendekatan berdasarkan teori kognitiftingkahlaku.Teori kognitif di dalam kaunseling seperti Social Constructionism berfokus kepada proses mental dan pengaruhnya ke atas kesihatan mental seseorang.Aaron T.Beck telah dialtih di dalam pendekatan psikoanalisis,Beck pada akhirnya telah membina satu pendekatan kognitif.Pendekatan yang dinamakannya terapi kognitif ( CT) mempunyai kesamaan dengan terapi rasionalemotif tingkahlaku ( REBT) .Pendekatan CT adalah pendekatan yang aktif,direktif,mempunyai had masa , berpusatkan masa kini dan berstruktur.Terapinya berfokus kepada celik akal yang menekankan kepada mengenali dan mengubah pemikiran negative dan kepercayaan salahsuaian yang dirujuk kepada schemata.

Pendekatan Beck adalah berasaskan kepada rasional teori bahawa cara seseorang itu menanggap dan menstruktur pengalamannya.Premis asas kepada semua pendekatan kognitif ialah bagaimana manusia berfikir dan sebahagian besarnya menentukan bagaimana mereka berperasaan dan bertingkahlaku ( Beck&Weishaar,1955) Sebahagian yang dikatakan oleh Burns (1980), setiap perkataaan buruk yang dirasakan oleh seseorang adalah hasil daripada pemikiran yang negative dan seleweng.Oleh itu, penteori kognitif bersetuju dengan simpulan bahasa bahawa As people think, so shall they be.Hal ini bermakna,jika seseorang itu menukar cara ia berfikir, perasaan dan tingkahlakunya boleh diubahsuai hasil daripada pemikiran ini.

Penekanan dalam pendekatan ini juga berdasarkan kepada proses berfikir sebagaimana ia dikaitkan dengan kesukaran tingkahlaku psikologi dan emosi.Sintesis pendekatan kognitif tingkahlaku mendapati proses kognitif dalaman seperti pemikiran ,persepsi dan percakapan dalaman sebagai cara tindakan membimbing yang menghasilkan keadaan emosi yang stabil dan produktif .Andaian asas pendekatan kognitif tingkahlaku ialah bahawa kognitif ,emosi dan tingkahlaku berinteraksi secara signifikan dan mempunyai hubungan sebab-dan-kesan secara berbalik.

19

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH Pendekatan ini mempunyai matlamat untuk membantu klien mengenali dan memberhentikan pemikiran yang merosakkan diri.Penstrukturan semula kognitif di mana klien diajar mengenalpasti , mengenal dan mengubah pemikiran yang tidak rasional dan merosakkan diri yang mempengaruhi tingkahlaku secara negative.Proses ini dicapai dengan mendapatkan klien melisankan percakapan sendiri ( self-talk ) kepada orang lain dan menukarkannya jika perlu, daripada negative kepada neutral atau positif.Beck pada tahun 1970 mencadangkan seseorang menukat cara berfikir.Salah satu kaedah mengimplementasi proses ini ialah melalui latihan instruksi-kendiri (self-instuctional training) yang diutarakan oleh Meichenbaum pada tahun 1977.Dalam kontek disiplin ponteng,pelajar sendiri perlu berfikir akan kesan yang akan mereka hadapi jika melakukan ponteng.Pendekatan ini turut menggarriskan bahawa klien itu perlu mengubah cara berfikir dan di sini perlu sendiri perlu membuat keputusan pilihan yang bijak agar masa depan terjamin.

8.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN Kesimpulannya,peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamanya tercatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hujan walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Berdasarkan kajian kes yang dikaji, terdapat beberapa faktor yang dominan yang menyebabkan tingkahlaku ponteng berlaku.Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka tidak di hiraukan. Segala tindak-tanduk anakanak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah displin di kalangan pelajar terutamanya masalah ponteng sekolah.

20

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH Selain itu,ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka hanya akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Fenomena ini berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang dianggap munasabah bagi mereka. Pelajaran di sekolah dikatakan membosankan dan aktifiti ponteng sekolah untuk menenangkan fikiranmenjadi alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Ini jelas menunjukkan pengaruh rakan menjadi satu faktor berlakunya ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Justeru, bagi membendung masalah ini,langkah yang drastic dan efektif perlu diambil dengan kadar segera.Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif patut dilaksanakan supaya pelajar-pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih cepat dan lebih berkesan. Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada mereka yang sering ponteng sekolah bagi memastikan masalah yang mereka hadapi lalu langkah membantu boleh dilaksanakan.

Peranan ibubapa turut penting. Ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak mereka dan memberi perhatian yang secukupnya terhadap tingkah laku anak-anak mereka di sekolah. Kebebasan bergaul dengan rakan di luar sekolah turut patut dikawal demi mengelakkan anak-anak dipengaruhi dengan amalan suka ponteng sekolah. Didikan tidak formal sejak kecil lagi perlu dilakukan kerana melentur buluh biar ddari rebungnya. Anak-anak perlu dididik untuk bersikap lebih bertanggungjawab dam berupaya berfikir secara rasional.

Peranan masyarakat sekeliling turut perlu berkerjasama dalam usaha menangani masalah ini dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan. Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis di kalangan masyarakat. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah dan kempen yang berkaitan dengan keburukan kegiatan ponteng sekolah di setiap sekolah. Ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar-pelajar mengenai keburukan gejala
21

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH ponteng sekolah kerana belakang parang diasah, lagikan tajam.Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi jang lebih berguna pada masa hadapan juga, langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-sama kita berganding bahu untuk menangani masalah ini.

Salahlaku pelajar sekolah menunjukkan bahawa ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan salahlaku yang tertinggi peratus penglibatan di kalangan pelajar. Hasrat Kementerian Pendidikan ke arah `Zero Defect' dalam masalah ponteng sekolah dan ponteng kelas akan terjejas jika kedua-dua masalah ini tidak diatasi dengan segera.

Tuntasnya,ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng kelas sehingga menjadi amalan dan tabiat, ianya boleh membawa kesan negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarganya dan juga sekolah. Seterusnya perlakuan tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat bertanggungjawab, akan ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan negatif.

22

You might also like