You are on page 1of 38

TIPS TUNTUT WANG ANDA DENGAN SEGERA !!

Disusun oleh : Kamarulzaman bin Baharom

Penghargaan
Shukur Alhamdulillah kerana saya telah berjaya menyusun Ebook bagaimana hendak menuntut wang anda dari Jabatan Akauntan Negara. Saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada akhbar The Star kerana telah berjaya membongkarkan rahsia bagaimana sejumlah RM 1.5 billion wang rakyat Malaysia yang masih belum dituntut dari Jabatan Akauntan Negara Walaupun tips bagaimana hendak menuntut wang kita dari Jabatan Akauntan Negara dengan tanpa dokumen disediakan oleh saya sendiri hasil dari pengalaman sendiri, namun segala soal-jawab berkenaan wang tak dituntut, dokuman yang diperlukan dan maklumatmaklumat lain adalah dipetik dari sumber Jabatan Akauntan Negara sendiri. Ini adalah untuk mempastikan bahawa segala maklumat adalah tepat lebih-lebih lagi maklumat berkenaan dengan harta pusaka yang dokumen diperlukan adalah lebih kompleks. Akhirkata, sekiranya anda dapati bahawa terdapat wang anda yang boleh dituntut dari Jabatan Akauntan Negara, saya harap anda akan berjaya menuntutnya semula berdasarkan maklumat dan pengalaman yang saya lalui.

Sekian. Terimakasih

Yang Benar Kamarulzaman Baharom

Isi Kandungan Kandungan Mukasurat

Penghargaan Isi kandungan Petikan Akhbar The Star Jabatan Yang memegang Wang Tak Dituntut Apakah Yang Dikatakan Wang Tak Dituntut Soalan-soalan Yang Biasa Ditanya Panduan Mengisi Borang Tuntutan Wang Tak Dituntut Contoh Cara Membuat Tuntutan Jika Dokuman Asal Hilang

2 3 4 8 10 12 17 23

PETIKAN DARI AKHBAR THE STAR BERTARIKH 9 SEPT 2005

Whopping RM1.5b remains unclaimed


KRISHNAMOORTHY AND MEERA VIJAYAN

KUALA LUMPUR: A whopping RM1.5bil belonging to people who have forgotten about their money, lost their passbooks or died, is waiting to be claimed from the Registrar of Unclaimed Monies. The money is mainly from savings accounts, fixed deposits and dividends that had been left dormant for seven years in financial institutions. These are submitted to the Accountant-General, who is also the Registrar of Unclaimed Monies. Ignorance, indifference or an unwillingness to deal with government and bank bureaucracy appear to have made many Malaysians reluctant to put in their claims. Based on the Federal Public Accounts statement, the unclaimed money totalled RM1.45bil at the end of 2003, an increase of RM340mil from the previous year. Last year's total is expected to be even higher. To prevent their money from being forwarded to the Registrar of Unclaimed Monies, the director of Management of Trust and Securities of the Accountant-Generals department, Mohamed Mohsin Hussein, advised people to keep track of their accounts. Keep activating and updating your account so that the money remains in your account, he said. 5

Another category of monies, which is legally payable to the owner but was not paid for a period of not less than 12 months, can also be claimed from the Registrar of Unclaimed Monies. These include salaries, wages, bonuses, commissions and dividends, bank drafts, cashiers orders, profits declared for distributions and insurance claims due to employees.

Those who have not claimed the money and have proof that it belongs to them can file their claims in a form provided by the registrar, enclosing documentary proof like a passbook, bank letter, court order or probate. If there is unclaimed money belonging to someone who has passed away, the beneficiaries may still be able to claim provided they have the relevant supporting documents, said Mohamed Mohsin. He also said that every company holding unclaimed monies must maintain a record of these in a register to be kept at its principal office. Every year (no later than March 31), companies must lodge with the registrar a copy of the register, he said. For more information, contact the Registrar of Unclaimed Monies, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Menara Maybank, Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur. Applicants have varied reasons for filing claims KUALA LUMPUR: A survey among applicants at the Registrar of Unclaimed Monies office on the 42nd floor of the Maybank building in Jalan Tun Perak here revealed varied reasons for making claims. The following are cases of survey respondents: Case 1: Contractor C.K. Tham filed a claim for RM2,000 in an old savings account that was dormant for more than 10 years. The bank forwarded the unclaimed deposit to the Accountant-General, who is the Registrar of Unclaimed Monies. Tham discovered his passbook and went to the bank six months ago. Last week, he received a letter from the bank, notifying him the amount had been transferred to the registrar. He came, filled up a form and attached the banks letter. Upon submitting his claim, he was told to expect a cheque in the post within a month. 6

Case 2: Manager Mohd Firdaus Mohd Farook, 30, was there on behalf of his company, filling in claims for unclaimed dividends of company shares. He brought the required documents to prove ownership. Case 3: Former rubber tapper Teow Kei Hong, 70, has not collected the RM600 cheque issued by his employer on his retirement savings issued to him 13 years ago. When he found a document related to the cheque, he brought that in and filed his claim. Case 4: A clerk with a legal firm brought fixed deposit certificates issued by a finance company amounting to RM40,000, enquiring how she could claim the money. The clerk was told the registrar would trace if the finance company had forwarded the fixed deposits to the department. Case 5: Some of the people who failed to redeem their electricity and water deposits said they decided not to pursue the claim as they were reluctant to go through the entire bureaucratic procedure of filling forms and providing documentation.

Dari petikan The Star seperti diatas, adalah didapati hampir 1.5 billion wang rakyat Malaysia yang masih belum dituntut dari Jabatan Akauntan Negara. Sekarang kita akan meneliti dengan lebih teliti apakah yang dikatakan wang tak dituntut dan bagaimanakah cara untuk menuntutnya.

JABATAN KERAJAAN MANAKAH YANG MEMEGANG WANG TAK DITUNTUT?

Jabatan Kerajaan manakah yang memegang amanah untuk meyimpan segala wang yang belum dituntut? Mengikut Akta Wang Tak Dituntut 1965 (Pindaan 2002), Akauntan Negara Malaysia telah dilantik oleh Menteri Kewangan sebagai Pendaftar mulai 1 Jun 1975.

Apa yang terkandung dalam Akta itu Memberi pengertian tentang wang tak dituntut; Menetapkan tanggungjawab Entiti atau Syarikat yang wajib mematuhi peruntukan-peruntukan Akta itu; Menjelaskan peranan dan tugas Pendaftar sebagai pemegang amanah terhadap wang tak dituntut yang diterima; Memberi kuasa kepada Pendaftar untuk membayar balik wang tak dituntut kepada mana-mana penuntut yang dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai hak ke atas wang yang dituntut itu; Memberi kuasa kepada Pendaftar untuk memeriksa rekod-rekod Syarikat/Entiti untuk memastikan kepatuhan peruntukan Akta itu; Menetapkan hukuman denda terhadap Entiti yang gagal mematuhi peruntukan Akta itu.

Entiti atau Syarikat yang perlu mematuhi peruntukan Akta itu Seksyen 8 Akta itu mewajibkan Entiti-entiti berikut ( yang dikenalpasti sebagai syarikat atau firma dalam Akta itu) untuk mematuhinya; Syarikat yang ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Syarikat 1965(termasuk syarikat asing yang ditetapkan di bawah Bab 2 Bahagian XI Akta tersebut); Lembaga yang ditubuhkan untuk menguruskan kumpulan wang berkaitan dengan faedah-faedah persaraan; Semua pertubuhan dan koperasi yang didaftarkan; Perbadanan, pihak berkuasa awam dan kesatuan sekerja; Firma (iaitu pihak-pihak yang bersatu bagi menjalankan perniagaan). Seksyen 14 Akta itu membolehkan mana-mana pihak yang mempunyai wang tak dituntut dalam tangannya untuk menyerah wang itu kepada Pendaftar, walaupun beliau tidak diwajib berbuat demikian menurut Akta itu.

APAKAH YANG DIKATAKAN WANG TAK DITUNTUT?

10

Apakah Yang Dikatakan Wang Tak Dituntut Itu Pada asasnya, wang tak dituntut adalah :Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun. Contoh di bawah kategori ini ialah ; Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan; Dividen; Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan; Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran; Draf bank, cashierss order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana sah lakunya telah luput; Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang; Cagaran tender di mana tujuan dikutip wang telah pun dicapai.

Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh tahun. Dibawah kategori ini ialah : Akaun Simpanan Akaun Semasa Simpanan Tetap (yang mempunyai sarahan pembaharuan automatic)

11

SOALAN-SOALAN YANG BIASA DITANYA BERKENAAN WANG TAK DITUNTUT

12

Soalan-Soalan Yang Biasa DiTanya Berkenaan Tuntutan Balik Wang Tak Dituntut

1. Bolehkah seseorang individu menyemak sama ada beliau mempunyai wang tak dituntut dalam simpanan Pendaftar Wang Tak Dituntut? Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut bersedia membantu jika maklumat-maklumat berikut dapat diberi oleh pihak yang memohon perkhidmatan itu : a) Di entiti manakah tersimpan wang beliau pada asalnya (iaitu nama entiti asal yang telah menyimpan wang beliau) dan b) Bilakah urusan terakhir berlaku dengan entiti yang menyimpan wang itu (iaitu tahun urusan dengan entiti terhenti). Pihak yang benar-benar ada wang tak dituntut akan dapat memberi maklumatmaklumat yang diperlukan itu.

2. Bolehkah satu-satu individu mengemukakan tuntutan bagi pihak lain ? Mengikut seksyen 13(1) Akta Wang Tak Dituntut 1965 & ( Pindaan ) 2002, manamana pihak yang mempunyai hak ke atas wang yang ingin dituntut itu boleh membuat tuntutan. Tuntutan daripada pihak yang bukan empunya wang tak dituntut dalam keadaan seperti berikut akan diberi pertimbangan oleh pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut : a) Pihak yang membuat tuntutan itu mempunyai surat wakil kuasa (power of attorney); b) Pihak yang membuat tuntutan itu telah dibenarkan oleh mahkamah untuk menerima wang yang dituntut; c) Empunya wang tak dituntut telah mati dan pihak yang membuat tuntutan itu telah diberi kuasa oleh mana-mana undang-undang untuk mentadbir harta pusaka simati; d) Wang yang ingin dituntut adalah kepunyaan entiti (bukan individu) dan pihak yang membuat tuntutan itu telah diberi kuasa untuk mewakili entiti yang dimaksudkan. Cek bayaran balik akan dikeluarkan di atas nama entiti yang mempunyai hak ke atas wang yang dituntut itu.

13

3. Adakah Pendaftar Wang Tak Dituntut mengenakan sebarang caj ke atas tuntutan bayaran balik wang tak dituntut ? Pendaftar Wang Tak Dituntut akan membayar balik amaun yang diterima olehnya tanpa mengenakan sebarang caj atau bayaran perkhidmatan. 4. Di mana borang UMA-7 dapat diperolehi ? Di pejabat Bahagian Pengurusan Amanah Dan Sekuriti, Jabatan Akauntan Negara yang beralamat di tingkat 42 Menara Maybank, 100 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur & juga di cawangan JANM seluruh Malaysia 5. Adakah penuntut wang tak dituntut perlu hadir ke pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut untuk menuntut balik wangnya ? Tidak. Tuntutan boleh juga dikemukakan melalui pos. 6. Untuk tuntutan bayaran balik wang tak dituntut, adakah Pendaftar Wang Tak Dituntut menetapkan had amaun minimum yang boleh dituntut ? Tidak. Mana-mana pihak yang ada wang tak dituntut dalam simpanan Pendaftar Wang Tak Dituntut boleh menuntut balik wang mereka, tidak kira amaun wang yang terlibat atau tempoh masa wang itu telah menjadi tak dituntut. 7. Adakah Pendaftar Wang Tak Dituntut menetapkan had tempoh masa untuk menuntut balik wang tak dituntut ? Tiada had tempoh masa ditetapkan. Wang yang diserah kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut boleh dituntut pada bila-bila masa oleh pihak yang mempunyai hak ke atas wang tak dituntut. 8. Berapa lama masa yang diambil oleh pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut untuk menguruskan bayaran balik wang tak dituntut ? Jika permohonan didapati teratur, cek bayaran balik harus diterima oleh penuntut dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh permohonan itu diterima oleh Pendaftar Wang Tak Dituntut. Bayaran balik mungkin mengambil masa yang lebih jika wang tak dituntut dalam simpanan Pendaftar Wang Tak Dituntut telah melampaui 15 tahun disebabkan seksyen 13(1) Akta menghendaki Pendaftar Wang Tak Dituntut memohon kelulusan Menteri Kewangan sebelum bayaran balik boleh dilakukan. 9. Jelaskan cara untuk menuntut wang tak dituntut dalam bentuk akaun simpanan bersama (joint account) terutamanya jika seorang daripada pemegang akaun telah meninggal dunia ? 14

Dokumen-dokumen berikut perlu diserah kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut : i) Satu salinan borang UMA-7 yang telah diisi lengkap. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian : a) Bagi akaun simpanan bersama yang mempunyai syarat semua pemegang perlu tandatangan, borang UMA-7 perlu ditandatangani oleh semua pemegang akaun yang dimaksudkan ; b) Bagi akaun simpanan bersama yang mempunyai syarat seorang daripada pemegang perlu tandatangan, borang UMA-7 perlu ditandatangani oleh individu yang menuntut. ii) Untuk keadaan a) di atas, salinan fotostat kad pengenalan semua pemegang akaun perlu disertakan manakala untuk keadaan b) hanya salinan kad pengenalan individu yang menuntut perlu disertakan. iii) Buku akaun simpanan (berbentuk asal) yang ingin dituntut balik wang. Jika buku asal telah hilang, surat pengesahan dari entiti yang menyerah wang tak dituntut itu kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut boleh diterima. Dalam keadaan di mana salah seorang daripada pemegang akaun telah meninggal, pihak yang mempunyai hak ke atas wang simati boleh melakukan tuntutan. Dokumen bukti yang diterima adalah surat yang memberi kuasa kepada beliau oleh mana-mana undang-undang untuk mentadbir harta pusaka simati itu.

10 Jika dokumen asal yang mendedahkan identiti serta hak kepunyaan wang tak dituntut tidak dapat diperolehi, bolehkah tuntutan dibuat ? Boleh. Pemohon perlu mengemukakan surat dari pihak yang telah menyerah wang tak dituntut untuk mengesahkan bahawa wang tak dituntut pemohon telah dikemukakan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.

11. Untuk wang tak dituntut kepunyaan entiti, siapa yang boleh menuntut bagi pihak entiti berkenaan ? Mana-mana pegawai dalam entiti yang diberi kuasa boleh mengemukakan tuntutan bagi pihak entiti yang berkenaan. Cek bayaran balik wang tak dituntut akan dikeluarkan di atas nama entiti yang mempunyai hak ke atas wang tak dituntut itu.

15

12. Adakah bayaran faedah dilakukan oleh Pendaftar Wang Tak Dituntut ke atas wang tak dituntut dalam simpanannya? Seksyen 11(3) Akta menjelaskan bahawa bayaran faedah tidak akan dilakukan.

16

PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN BAYARAN BALIK WANG TAK DITUNTUT

17

Panduan Mengisi Borang Permohonan Bayaran Balik Wang Tak Dituntut (UMA-7) Panduan ini bertujuan untuk memberi garis panduan mengenai cara mengisi borang UMA-7 bagi menuntut kembali Wang Tak Dituntut oleh empunya yang telah diserahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut. Dokumen-dokuman yang perlu dikemukakan kepada Pendaftar untuk menuntut balik wang tak dituntut adalah: Satu salinan borang UMA-7 yang telah siap diisi. Salinan fotostat kad pengenalan (atau passport jika warga negara asing) inidividu yang menuntut. Dokumen sah yang menunjukkan hak kepunyaan wang yang dituntut (umpamanya buku akaun, waran, dividen, sijil simpanan tetap dan sebagainya).

1. 1.1 1.2

PERIHAL EMPUNYA ASAL WANG TAK DITUNTUT Nama, nama penuh empunya asal wang tak dituntut. Nombor kad pengenalan / passport / syarikat / firma, nombor kad pengenalan empunya asal ( jika diketahui). Bagi warga negara asing dan syarikat / firma, catatkan nombor passport dan nombor perniagaan syarikat / firma empunya asal masing-masing. Bagi pemegang amanah, catatkan nama pemegang amanah dan juga nama individu yang mempunyai kepentingan ke atas wang tak dituntut itu. Jika tuntutan merupakan permohonan untuk dipulangkan wang mengikut penjelasan pada perenggan 7.1 tulis nama empunya asal wang tak dituntut seperti tercatat pada borang UMA-3.

1.3 1.4

Amaun, jumlah amaun yang dituntut (jika diketahui) Jenis, perihal wang tak dituntut seperti wang simpanan, dividen, cagaran, insurans, gaji dan sebagainya.

18

2. 2.1

PERIHAL PEMOHON Nama, nama penuh individu atau syarikat / firma yang menuntut bayaran balik wang tak dituntut dan mempunyai hak ke atas wang tersebut di sisi undangundang. Bagi syarikat yang telah bertukar nama, salinan sijil pertukaran nama yang telah disahkan oleh Pejabat Pendaftar Syarikat atau pihak berkuasa yang mendaftarkan perniagaan tersebut diperlukan. Nombor kad pengenalan / passport/ syarikat / firma, nombor kad pengenalan, passport (bagi warga negara asing ) dan nombor syarikat / firma pemohon. Wang tak dituntut atas nama pemegang amanah hanya boleh dituntut oleh pemegang amanah itu melainkan pihak yang mempunyai kepentingan keatas pegangan amanah itu dapat membuktikan bahawa pemegang amanah itu telah melepaskan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah. Wang tak dituntut yang merupakan dokumen perintah bayaran ( umpamanya bankers order) boleh dituntut oleh si penerima wang yang namanya tercatat pada dokumen berkenaan ataupun oleh pembeli dokumen itu dengan syarat pihak yang membuat tuntutan itu dapat menyerah dokumen asal perintah bayaran yang terlibat. Bagi tuntutan daripada pihak yang telah membeli dokuman perintah bayaran dokumen bukti bahawa beliau adalah pembeli dokumen yang terlibat perlu juga dikemukakan. Tuntutan akaun simpanan kanak-kanak yang dikendalikan mengikut tatacara pegangan amanah perlu dilakukan oleh pemegang amanah yang dinamakan. Walaubagaimanapun, jika kanak-kanak telah mencapai umur 18 tahun pada tarikh permohonan ( bagi akaun Bank Simpanan Nasional umur 12 tahun), maka permohonan perlulah dibuat oleh kanak-kanak tersebut. Jika pemohon itu bukan pemilik asal wang berkenaan, maka dia perlulah mendapatkan Surat Kuasa (Power of Attorney), Perintah Mahkamah (Court Order) atau Surat Kuasa Lain diperlukan.

2.2

2.2

Alamat surat-menyurat, alamat terkini perlulah dicatatkan dengan tepat dan lengkap bagi memudahkan urusan surat-menyurat dan penghantaran cek. No. telefon, nombor telefon pemohon (jika ada) bagi memudahkan urusan Pertanyaan. Perihal akaun bank syarikat / firma (tuntutan oleh pihak syarikat sahaja) Nama dan alamat bank syarikat / firma yang membuat permohonan ini beserta nombor akaun bank bagi memudahkan pengeluaran cek bayaran. 19

2.3

2.4

DOKUMEN SOKONGAN (Jenis Wang Tak Dituntut Dan Dokumen Asal Diperlukan) Akaun Simpanan buku akaun simpanan Akaun Simpanan Tetap sijil simpanan tetap Dividen waran dividen Cagaran wang resit cagaran wang Perintah bayaran dalam bentuk cashiers order, bankers order, money order, postal order dan sebagainya perintah bayaran f) Tuntutan insurans polisi insurans dand surat pengesahan Syarikat Insurans. g) Jenis wang tak dituntut lain dokumen yang berkenaan a) b) c) d) e)

Pihak yang menuntut boleh menyertakan helaian lain jika ruangan untuk dokumen sokongan tidak mencukupi.

TUNTUTAN TANPA DOKUMEN ASAL AKIBAT HILANG ATAU TELAH BERPINDAH KE ALAMAT BARU Jika satu-satu tuntutan tidak dapat disokong dengan dokumen asal (umpamanya dokumen asal itu telah hilang atau akibat berpindah kealamat baru), surat pengesahan yang mengandungi maklumat-maklumat berikut , daripada entiti yang telah menghantar wang tak dituntut itu kepada Pendaftar perlu dikemukakan : Nama dan nombor kad pengenalan pihak yang menuntut wang tak dituntut. Tarikh, nombor rujukan dan nombor muka surat (UMA-3) yang terdapat nama pihak yang menuntut berkenaan. Amaun wang yang telah diserah kepada Pendaftar terhadap pihak yang menuntut berkenaan. Surat pengesahan 4.1 hendaklah mengguna kepala surat entiti yang melakukan pengesahan itu. Nama dan jawatan individu yang menandatangani surat pengesahan itu perlu juga dicatatkan.

4.1

4.2

4.3

Bagi bayaran balik wang tuntutan insurans, jika dokumen asal polisi insurans tidak dapat dikemukakan, salinan fotostat dokumen polisi insurans yang telah diakui sah oleh syarikat insurans yang mengeluarkannya boleh diterima.

20

5. 5.1

TUNTUTAN DARIPADA PENTADBIR HARTA PUSAKA SI MATI Tuntutan daripada pentadbir harta pusaka simati hendaklah disokong dengan dokumen tambahan berikut, mengikut mana yang berkenaan, sebagai bukti bahawa beliau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas wang yang dituntut itu : Sijil Pemberian Probat ( Grant of Probate) atau Kuasa Mentadbir Harta Pusaka (Letters of Administration) atau Borang E / F Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 Surat Kuasa Atorni (Power of Attorny) Perintah Mahkamah Surat Kuasa lain Sijil Pemberian Probat atau Kuasa Mentadbir Harta Pusaka yang dikeluarkan oleh negara lain hendaklah dimeteraikan semula di Mahkamah Tinggi di Malaysia.

5.2

Jika dokumen yang diperlukan dalam perenggan 5.1 tidak dapat diberi dalam bentuk salinan asal, salinan fotostat boleh diterima dengan syarat salinan fotostat dokumen itu diakui sah oleh pihak yang mengeluarkan dokumen asal itu.

5.3

Waris si mati yang tidak dapat mengemukakan dokumen yang diminta dalam perenggan 5.1 boleh memohon bantuan daripada Amanah Raya Berhad.

6.

TANDATANGAN PEMOHON Turunkan tandatangan penuh atau cap ibu jari kiri. Pemohon bagi pihak syarikat / firma perlu menyatakan nama penuh dan jawatan berserta cap rasmi syarikat / firma.

7. 7.1

KEPERLUAN TAMBAHAN UNTUK SYARIKAT / FIRMA Syarikat / firma yang ingin menuntut kembali wang mereka yang telah diserahkan kepada pendaftar di atas sebab-sebab tertentu perlulah menghantar permohonan berserta surat penerangan dan dokumen-dokumen yang dapat membuktikan hak kepunyaan mereka ke atas wang tersebut.

21

7.2

Bon tanggungrugi dalam bentuk borang UMA-8 (jika wang yang diminta untuk dipulangkan itu berjumlah RM100 atau lebih) perlu disertakan bersama Borang UMA-7. Pemohon yang telah menandatangani borang UMA-7 perlu Menandatangani borang UMA-8 juga.

8.

PERTANYAAN Sebarang pertanyaan berhubung dengan isi kandungan garis panduan ini atau Peruntukan Akta Wang tak Dituntut 1965 (Pindaan 2002), perlu ditujukan Kepada pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut yang beralamat di :-

Bahagian Perkhidmatan Amanh Jabatan Akauntan Negara Tingkat 42, Menara Maybank 100 Jalan Tun Perak Tel : 03-20341850 Faks : 03-20725707

22

CONTOH CARA MEMBUAT TUNTUTAN JIKA DOKUMEN ASAL TELAH HILANG

23

CONTOH CARA MEMBUAT TUNTUTAN JIKA DOKUMEN ASAL TELAH HILANG Dalam contoh yang akan kita tunjukkan nanti, ini adalah berdasarkan tuntutan jika dokumen asal telah hilang akibat bertukar alamat atau atas sebab-sebab lain. Oleh kerana langkah-langkah tuntutan agak rumit, disini akan ditunjukkan secara terperinci dari langkah awal menghubungi entiti yang telah menghantar wang kita ke Jabatan Akauntan Negara hingga ke penerimaan cek pembayaran balik wang yang kita tuntut dari Jabatan Akauntan Negara. LANGKAH 1 Berdasarkan pengalaman sebenar, saya pernah suatu ketika memiliki saham PPB Oil tetapi telah bertukar alamat beberapa kali hingga saya tidak menerima Dividen PPB Oil tersebut. Menyedari hal ini, saya telah menghubung pihak PPB Oil untuk mendapatkan nama Pendaftar Saham bagi syarikat tesebut. Saya mendapat tahu bahawa Pendaftar Saham bagi PPB Oil ialah PPB Corporate Services Sdn Bhd. Saya telah menghantar surat pada 11 Nov 2003 dan surat tesrsebut adalah seperti berikut :-

NOTA PENTING : OLEH KERANA SAYA TIDAK MEMILIKI SCANNER YANG BAIK YANG DAPAT MENUNJUKKAN GAMBAR DENGAN JELAS, SAYA TELAH MENGGUNAKAN SOFTWARE TEXTBRIDGE YANG DAPAT MENUNJUKKAN TEKS DENGAN JELAS TETAPI MUTU GRAFIK YANG AGAK RENDAH. DIHARAPKAN TUMPUAN DAPAT DIBERIKAN KEPADA ISI KANDUNGAN SURAT . SEKIAN. HARAP MAAF !

24

Kamarulzaman Baharom Propel Berhad, Tingkat 13 Menara 2, Faber Towers, Jalan Desa Bahagia, Taman Desa 58100 Kuala Lumpur Tel No :017-3573717 Fax No :03-76256013 11 Nov 2003 PPB Corporate Services Sdn Bhd 14 Floor, Wisma Jerneh, 38, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. U/P : Mr Raj Tuan, MEMOHON PENGGANTIAN DIVIDEN WARAN PPB OIL PALMS YANG HILANG Saya ingin memaklumkan bahawa saya adalah pemegang saham PPB Oil Berhad sejak disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Oleh kerana saya telah berpindah rumah, saya tidak mendapat dividend yang telah dikeluarkan oleh syarikat PPB Oil. Saya harap pihak tuan dapat memberikan butir perincian dividend saya yang telah dihantar ke Jabatan Wang Tak Dituntut supaya saya dapat menuntutnya dari Jabatan Akauntan Negara dan membuat penggantian dividend waran yang masih belum di hantar ke Jabatan Wang Tak Dituntut. Untuk pengetahuan pihak tuan No CDS saya ialah 054001-018172692. Segala kerjasama pihak tuan saya sudahi dengan ribuan terimakasih.

Yang Benar

KAMARULZAMAN BAHAROM No KP 680421-08-5009 Enc Kad Pengenalan 25

LANGKAH 2 Pada 13 Nov 2003 saya telah mendapat balasan dari pihak PPB Corporate Services Sdn Bhd

PPB Corporate Services Sdn. Bhd.


(Incorporated in Malaysia) (140436-M) 14th Floor, Wisma Jerneh, 38 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 03-21412077 Fax: 03-21418242

Our Ref: POP/02/022

13 November 2003 Kamarulzaman Baharom Propel Berhad Tingkat 13, Menara 2, Faber Towers Jalan Desa Bahagia Taman Desa 58100 KUALA LUMPUR Dear Sir PPB OIL PALMS BERHAD (POP) DIVIDEND NOS. 11 & 12 PAID ON 23.05.2003 & 19.09.2003 DIVIDEND WARRANT NO. 002852 FOR RMI2O.00 & 002806 We refer to the above matter. We wish to advise that the abovementioned dividend warrants were forwarded to you at your address registered with the Malaysian Central Depository Sdn Bhd (MCD), same as that shown above on 19.09.2003. If you assume that the said dividend cheques are lost and you wish to request for replacement, please complete the attached letter of Indemnity for Lost Dividend Warrants. Please note that the letter of Indemnity must be stamped at the Stamp Office or affixed revenue stamp before returning it to us. The stamp duty is RM10.00. 26

According to our records your dividends in respect of dividend no. 3 to 8 have been surrendered to the Registrar of Unclaimed Moneys and dividends in respect of dividend nos 9 & 10 are due to be surrendered to the said registrar soon. Yours faithfully PPB CORPORATE SERVICES SDN BHD

End: REGISTRARS for PPB OIL PALMS BERHAD

Saya juga telah menerima surat indemnity untuk saya isi. Ini untuk mengesahkan yang saya telah kehilangan dividend saham yang asal.

27

LANGKAH 3 Setelah mengisi butir-butir diri yang diperlukan berserta butir-butir saksi. Saya telah menyertakan Stem Hasil RM 10 dan telah menghantar kembali ke PPB Corporate Services Sdn Bhd. 28

Seterusnya saya telah ke Jabatan Akauntan Negara untuk membuat tuntutan. Pihak Jabatan Akauntan Negara telah memberitahu bahawa mereka perlukan butir-butir maklumat wang yang telah diserahkan oleh PPB Corporate Services Sdn Bhd kepada Jabatan Akauntan Negara. Saudara boleh terus menulis surat kepada Pendaftar Saham untuk meminta butir-butir maklumat yang telah dihantar ke Jabatan Akauntan Negara tanpa perlu pergi ke Jabatan Akauntan Negara seperti yang telah saya lakukan. Pada 22 Dec 2003 saya telah menulis surat sepert berikut :-

29

Kamarulzaman Baharom Propel Berhad, Tingkat 13 Menara 2, Faber Towers, Jalan Desa Bahagia, Taman Desa 58100 Kuala Lumpur Tel No :017-3573717 Fax No : 03-76256013 22 Disember 2003 PPB Corporate Services Sdn Bhd 14th, Floor, Wisma Jerneh, 38, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. U/P : Mr Raj Tuan, PPB OIL PALMS BERHAD (POP) DIVIDEND AKAUN NO 3 HINGGA 10 Merujuk kepada surat dari pihak tuan No Ruj : POP/02/022 bertarikh 13 Nov 2003, pihak tuan telah menyatakan bahawa Dividend Akaun No 3 hingga 10 telah dihantar kepada pihak Jabatan Akauntan Negara. Saya telah pergi ke Jabatan Akauntan Negara untuk menuntut wang tersebut dan telah diberitahu oleh pihak Jabatan Akauntan Negara bahawa pihak mereka memerlukan surat dari pihak tuan yang beralamat ke Jabatan Akauntan Negara dan menyatakan secara terperinci butir-butir Akaun yang telah dihantar. Saya harap pihak tuan dapat memberikan saya surat tersebut supaya saya dapat menuntutnya dari pihak Jabatan Akauntan Negara. Memandangkan perkara ini sudah lama berlanjuan, saya harap pihak tuan dapat menyegerakan penyediaan surat tersebut. Segala kerjasama pihak tuan saya sudahi dengan ribuan terimakasih.

Yang Benar

KAMARULZAMAN BAHAROM No KP: 680421-08-5009


En c: Kad Pen genalan

30

LANGKAH 4 Oleh kerana saya tidak mendapat sebarang jawapan , saya telah menghantar surat susulan. Oleh kerana Procedure yang pihak Pendaftar Saham terpaksa lakukan agak rumit, kemungkinan besar pihak mereka sengaja menduga kita sama ada kita benar-benar mahu menuntut wang tersebut atau tidak. Surat susulan saya adalah bertarikh 12 Feb 2004 dan adalah seperti berikut :-

Kamarulzaman Baharom Propel Berhad, Tingkat 13 Menara 2, Faber Towers, Jalan Desa Bahagia, Taman Desa 58100 Kuala Lumpur Tel No 017-357 3717 Fax No: 03-76256013 12 Februari 2004 PPB Corporate Services Sdn Bhd 14th Floor, Wisma Jerneh, 38, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. U/P : Mr Teoh Tuan, PPB OIL PALMS BERHAD (POP) DIVIDEND AKAUN NO 3 HINGGA 12 Merujuk kepada surat saya yang bertarikh 11 Nov 2003 dan 22 Disember 2003 (dikepilkan bersama), dukacita dimaklumkan bahawa saya masih lagi tidak mendapat penggantian cek saya bagi Dividen 11 dan 12 serta butir-butir Dividend 3 hingga 10 yang telah dihantar kepada Jabatan Akauntan Negara. Oleh kerana masaalah ini telah berlanjutan hampir 3 bulan, saya harap pihak tuan dapat mempercepatkan proses tersebut kerana saya tidak nampak masaalah yang besar yang dapat melambatkan proses ini. Saya harap pihak tuan dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya untuk menyelesaikan masaalah ini. Segala kerjasama pihak tuan saya sudahi dengan ribuan terimakasih.

31

Yang Benar

KAMARULZAMAN BAHAROM No KP 680421-08-5009 Salinan kepada; En Mohd Khairil Izwan bin Abmad Penolong Pengarah Jabatan Wang Tak Dituntut Bahagian Perkhidmatan Amanah Jabatan Akauntan Negara Tingkat 42, Menara Maybank 100 Jalan Tun Perak 50050 Kuala Lumpur

LANGKAH 5 Akhirnya saya telah mendapat surat dan segala dokumen yang diperlukan dalam surat yang bertarikh 18 Feb 2004 dan urutan surat serta dokumen-dokumen tersebut adalah seperti di mukasurat seterusnya :-

32

PPB Corporate Services Sdn. Bhd.


(Incorporated in Malaysia) (14~~M) 14th Floor, Wisma Jerneh, 38 Jalan Sultan small, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 03-21412077 Fax: 03-21418242 Our Ref: POP/08/081 18 February 2004

Kamarulzaman Baharom Propel Berhad Tingkat 13 Menera 2 Faber Towers Jalan Desa Bahagia Taman Desa 58100 Kuala Lumpur

Dear Sir PPB OIL PALMS BERHAD UNCLAIMED DIVIDENDS DIVIDEND NOS. 3 TO 12 CONFIRMATION TO THE REGISTRAR OF UNCLAIMED MONEYS We refer to the above matter. As requested, we are pleased to furnish you with the certified true copies of forms UMA 3 and UMA 4 together with our letter of confirmation for your attention. Please not that the outstanding dividends in respect of dividend nos. 9 and 10 which were paid in the year 2002 can only be claimed after 31 .03.2004. Replacement dividend warrants in respect of dividend nos. 11 and 12 will be issued to you in due course.

Yours faithfully PPB CORPORATE SERVICES SDN BHD

REGISTRARS for PPB OIL PALMS BERHAD

33

PPB Corporate Services Sdn. Bhd.


(Incorporated in Malaysia) (140436-M) 14th Floor, Wisma Jerneh, 38 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 03-21412077 Fax: 03-21418242 Rujukan kami: POP/08/081 18 hb Februari 2004 Pendaftar Wang Tak Dituntut Jabatan Akauntan Negara Tingkat 42, Menara Maybank 100 Jalan Tun Perak 50050 KUALA LUMPUR Tuan PPB OIL PALMS BERHAD AKTA WANG TAK DITUNTUT, 1965 PENYERAHAN BORANG UMA-4 DAN UMA-3 Kami mengesahkan bahawa dividen tak dituntut yang tersebut dibawah ini telah dipositkan ke dalam Akaun Amanah Disatukan dan tahun 2002 hingga tahun 2003 Nombor Amaun Nama Ernpunya Dividen RM Kamarulzaman bin Baharom 3 72.00 -do4 34.40 -do5 51.60 -do6 21.60 -do7 57.60 -do8 21.60 258.80 ======== Bersama sama ini kami lampirkan salian borang UMA 4 dan UMA 3 berkenaan dividen nombor 3 hingga 8 untuk perhatian tuan. Yang benar PPB CORPORATE SERVICES SDN BHD
N

PENDAFTAR bagi PPB OIL PALMS BERHAD .lampirkan 34

35

36

LANGKAH 6 Seterusnya hendaklah disi Borang UMA 7 seperti dibawah ;

37

LANGKAH 7 Setelah Borang UMA-7 siap disi, hendaklah diserahkan kepada Jabatan Akauntan Negara berserta dengan salinan kad pengenalan dan maklumat maklumat seperti diatas.

Anda akan dihantar cek lebih kurang 30 hari selepas penghantaran dan butiran cek tersebut adalah seperti dibawah;

38

You might also like