P. 1
Pengasas Ahli Sunnah Wal Jamaah

Pengasas Ahli Sunnah Wal Jamaah

|Views: 306|Likes:
Published by wannuarwah

More info:

Published by: wannuarwah on Apr 21, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/19/2015

pdf

text

original

Pengasas mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah Golongan Ahli Sunnah wal Jamaah diketuai oleh dua orang

ulama' besar iaitu Syeikh Abu Hasan al-Ash'ari r.a dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi r.a. Abu Hasan al-Asy'ari dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah dan meninggal dunia di Basrah pada tahun 324 Hijrah. Pada mulanya beliau berpegang dengan fahaman Mu'tazilah sebagaimana diajarkan oleh gurunya al-Jubba'i. Kemudian beliau meninggalkan aliran itu setelah mendapat hidayah daripada Allah. Antara kitab-kitab yang dihasilkannya ialah al-Ibanah fi Usuli'd-Diyanah, Maqalat al-Islamiyyin dan alMujaz. Antara para ulama besar yang menyebarkan aliran al-Asy'ari ini ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal, Abu Ishaq al-Isfara'ylni, Imam Hafiz al-Baihaqi, Imam al-Haramain, al-Juwaini, guru pada Imam al-Ghazali, Imam al-Qusyairi, Imam al-Baqillani, Imam al-Ghazali, Imam Fakhruz-Razi, Imam 'Izzud-Din ibn 'AbdissSalam yang semuanya pendokong aliran Ahli Sunnah sebagaimana yang dihuraikan oleh Imam Abdul Hasanal-Asy'ari. Imam Abu Mansur al-Maturidi r.a juga dianggap sebagal pengasas Ahli Sunnahwal Jamaah, dan namanya biasa disebut-sebut bersekali dengan nama Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari. Beliau dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand, Asia Tengah dan meninggal di sana juga pada tahun 333 Hijrah, sepuluh tahun setelah meninggalnya Imam Abu Hasan al-Asy'ari. Beliau mempertahankan pegangan Ahli Sunnah dalam menghadapi pelbagai fahaman yang bertentangan dan batil pada zamannya, sama seperti zaman Imam Abul Hasan al-Asy'ari. Oleh kerana jasanya dalam mengemukakan pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah persepsi masyarakat pasti akan terfikir akan dua tokoh ulama ini sebagaimana yang disebutkan dalam Syarah Ihya'oleh Murtada az-Zabidi, apabila dikatakan Ahli Sunnah wal Jamaah, yang dimaksudkannya ialah aliran yan diajarkan oleh Imam Abul Hasan al-Asy'ari dan Abu Mansur al- Maturidi.
**Golongan ahli sunnah juga dikenali dengan panggilan “ash’ari atau asha’irah”.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->