You are on page 1of 7

MENGALU-NGALUKAN KETIBAAN YANG DIRAIKAN YG. BERBAHAGIA EN. MAMAT B. HJ. IBRAHIM Bismillahirrahmanirrahhim. 1. Yg. Berbahagia, yg diraikan En.

Mamat b. Hj Ibrahim Serta isteri yg dikasihi Pn. Rahana bt Abdullah 2. Yg Berusaha Tn Hj Shaary b. Cheek Peg. Pend. Daerah Kmn. 3. Yg Mulia Che Ku Jusoh b. Che Ku Ali Yg di-Pertua PIBG merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis 4. Yg. Dihormati - Guru Besar- Guru Besar dari sekolah-sekolah berdekatan - Dif-dif jemputan - Para ibu bapa - Guru-guru 5. Yg dikasihi para pelajar SKKT Seterusnya, sidang hadirin hadirat yang dihormati sekalian. ASSALAMUALAIKUM Syukur Alhamdulilah dipanjatkan kehadrat Allah SWT , atas pekenan limpah dan inayahNya jua dapat kita berhimpun dimajlis penuh gilang gemilang, penuh bererti buat kita semua khususnya lebih bermakna buat yang diraikan. Selamat datang diucapkan kepada semua para jemputan yang hadir dan tidak lupa juga terima kasih tidak terhingga atas kesudian meluangkan masa ke Majlis Persaraan Tuan Guru Besar SKKT, Yg Berbahagia , En Mamat b. Hj. Ibrahim. Bacaan Doa Pembuka tirai, sebelum majlis pada pagi ini diteruskan, dipersilakan Al fadl Utz Ali b. Mohamad untuk membacakan doa. Dipersilakan.. BACAAN DOA-

Amin amin ya rabbal alamin Terima kasih diucapkan kepada Utz Ali. Mudahmudahan majlis pada pagi ini berlangsung sebagaimana layaknya dan mendapat keberkatan dariNya jua, InsyaAllah.

2. Ucapan Aluan Pengerusi PIBG Meneruskan aturcara pada pagi ini, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yg Mulia Che Ku Jusoh b. Che Ku Ali, YDP PIBG merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan
-

UCAPAN

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Mulia Che Ku Jusoh.

3. Ucapan Wakil Guru Seterusnya dipersilakan En Afandi b. Yusof, Pengerusi Kelab Kewarga SKKT mewakili guru-guru di sekolah ini untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.. UCAPAN-

Terima kasih diucapkan kepada En Afandi, penyambung bicara, pengutus rasa dari sekalian guru-guru yang ada. 4. Ucapan Wakil Pelajar Seterusnya majlis mempersilakan pula Nursuhada bt Azmi selaku wakil pelajar SKKT untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. UCAPAN

Terima kasih diucapkan kepada adik Nursuhada. 5. Bacaan Biodata Raut wajah penuh ketenangan, Tidak terkalam kasih dijunjung, Jasamu tetap dikenang, Budimu tetap disanjung Menjunjung kasih buat yang diraikan, dengan ini dipersilakan Yg. Berusaha, En. Mohd Nasir b. Hamzah mengiringi Yg Berbahagia En. Mamat b. Hj Ibrahim tampil ke hadapan bersemayam sebentar di singgahsana . Sukacita majlis mempersilakan.

Tanggal 17 Mac 1948, beliau dilahirkan di Kampung Darat Penunjuk Kijal. Menerima pendidikan awal di SK Kijal pada tahun 1955. Beliau meneruskan persekolahannya di SM Sultan Ismail pada 1961 hingga 1963. Pada 1964, beliau meneruskan pelajaran ke SM Sultan Abu Bakar Kuantan. Profesion beliau sebagai guru bermula pada tahun 1972 sebagai Guru Attachment Tanpa Latihan di SK Kerteh hngga tahun1973. Meneruskan kariernya sebagai guru di SK Bukit Pahang dari 1974 hinggalah 1976. Tarikh keramat pada 16 November 1978, beliau menamatkan zaman bujangnya dengan memilih Yg dikasihi Pn. Rahana bt Abdullah sebagai teman hidup. Mengecapi kebahagiaan , hasil perkahwinan itu, beliau dikurniakan 6 orang cahayamata, 4 lelaki dan 2 perempuan. Sebagai salah seorang yg berdedikasi dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam pekerjaannya, 1976, beliau dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pelajaran dan ditempatkan di SM Cukai. Beliau kemudiannya ditukarkan ke SK RKT Seberang Tayor selama 7 tahun dan kemudiannya ke SR Sultan Ismail selama 3 tahun.Kemudiannya, meneruskan kerjaya di SR Seberang Tayor selama 5 tahun.Kerana kewibawaan yang ditunjukkan, beliau diberi tanggungjawab sebagai Guru Penolong Kanan 11 (HEM) di SK Kampung Bharu, Besut bermula Februari 1989 hingga Mac 1991.Kemudiannya, beliau bertugas pula di SR Air Puteh sebagai Guru Penolong Kanan 1 hingga 1993. Keterampilan beliau membawa kepada penganugerahan Sijil Khidmat Cemerlang pada 1992. 1993 beliau bertukar pula ke SK Kemasek selama 3 tahun dan selepas itu ke SK Sultan Ismail sebagai Penyelia Petang. Tanggal 16 Mac 1996, beliau menyandang jawatan sebagai Guru Besar di SK Meraga Beris hingga 30 Disember 1999. 19 Januari 2000 beliau telah ditukarkan ke SKKT hinggalah tarikh persaraan beliau pada 16 Mac 2004 dalam usia 56 tahun. Hampir 4 tahun bertugas di SKKT, beliau telah banyak mencurahkan tenaga dan sumbangan yang pastinya akan dikenang selama-lamanya. SKKT berubah wajah sejak kehadiran beliau. Beliau berjaya membawa sekolah ini hingga menjadi Johan 3K peringkat Daerah dan Negeri, seterusnya menjadi wakil 3K ke peringkat Kebangsaan dan kenangan manis, SKKT diletakkan sebagai calon Sekolah Harapan Negara 2003.

Disamping melaksanakan tugas tugas perkhidmatan, beliau juga menabur bakti dalam Badan Sukarela seperti, Setiausaha Persatuan Belia 4B di Felda Seberang Tayor dan kemudiannya dilantik sebagai pengerusi Persatuan Belia 4B di tempat yang sama. Selain daripada itu juga beliau melibatkan diri dalam bidang politik bermula 1980 sebagai Setiausaha UMNO Cawangan Felda Seberang Tayor pada 1982 dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Seberang Tayor hingga 1987. Pada 1990, beliau menjadi AJK UMNO di Kg Bharu Besut. Sesungguhnya, terlalu banyak jasa dan sumbangan beliau yang pastinya tidak akan dilupakan terutama sekali ketika beliau bertugas di sini.Sumbangan beliau, kerjasama erat antara guru-guru, kakitangan sekolah serta para ibu bapa dan masyarakat setempat sama-sama telah menyumbang kepada kejayaan SKKT hari ini. Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata.Benar kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, tapi takkan sama dengan yang pergi. Sama-samalah kita berdoa semoga beliau terus berbahagia dalam menjalani kehidupan baru selepas ini persaraan beliau. InsyaAllah..
Seikhlas budi seuntai kasih, tepukan gemuruh buat Yg Berbahagia En Mamat b. Hj Ibrahim. Terima kasih diucapkan. 7. Ucapan Perpisahan - En. Mamat b. Ibrahim Tiba saatnya yang kita nanti-nantikan, dengan sukacitanya majlis mempersilakan yang diraikan, Yg Berbahagia En Mamat b. Hj Ibrahim untuk menyampaikan ucapan. Dgn segala hormatnya dipersilakan. -UCAPAN Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang kita kasihi, Yg Berbahagia En Mamat b Hj Ibrahim. 8. Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman/ Wakil Aturcara pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan .. Peg. Pend. Daerah Kmn. / Wakil PPD untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. -UCAPANTerima kasih diucapkan kepada Yg. Berbahagia .

9.

Persembahan

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Majlis pada pagi ini akan diserikan lagi dengan pelbagai acara persembahan. 1. Dikir Barat Memulakan persembahan dipersilakan para pelajar dari Tahun 6 Murni untuk menyampaikan persembahan Dikir Barat bertemakan Pesanan. Dipersilakan -PERSEMBAHAN Dikir BaratTerima kasih diucapkan kepada para pelajar Tahun 6 atas persembahan menarik itu tadi. 2. Koir Guru. Terang bulan penyeri malam, Tersentuh hati menginsafi diri Kasih tersirat tidak terkalam Bersemadi selamanya di dalam hati.

Tanda kasih dan sayang dari guru-guru sekolah ini, kita saksikan bersama persembahan koir dari guru-guru SKKT yang akan membawakan 2 buah lagu; i. Nilai Cintamu ii. Di manakan ku cari ganti Khas buat yang diraikan, dipersilakan kumpulan koir guru-guru SKKT KOIR Di manakan ku cari ganti Serupa denganmu Tak sanggupku berpisah dan berhati patah Hidup gelisah. Terima kasih diucapkan kpd guru-guru SKKT.

3. Nasyid Persembahan berikutnya, dipersilakan pasukan nasyid terdiri drp para pelajar Tahun 2M untuk menyampaikan persembahan nasyid berjudul Selamat Tinggal Guruku. Dipersilakan PERSEMBAHAN NASYID Terima kasih diucapkan kpd kum Nasyid Tahu n 2 Murni. 4. Gabungan Puisi- Sajak, Syair dan Pantun Meneruskan persembahan pada pagi ini, dipersilakan Pn. Haslina Salleh dan Pn Rohani bt Talib untuk menyampaikan persembahan berikutnya berupa gabungan puisi, sajak, syair dan pantun Dgn. segala hormatnya dipersilakan -PUISIMajlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Cik gu Haslina dan Cik gu Rohani.

10. Penyampaian Hadiah dan Cenderamata Hadirin yang dimuliakan, Aturcara pada pagi ini diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada yang diraikan, Bagi menyempurnakan majlis , dipersilakan Yg Berusaha En. Mohd Nasir b. Hamzah mengiringi Yg Berbahagia En. Mamat b Hj Ibrahim untuk naik ke pentas. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. PIBG YM Che Ku Jusoh b Che Ku Ali Pihak Pentadbiran Sekolah Yg Berusaha Pn Hjh Latipah bt Ibrahim Kelab KEWARGA En Afandi b Yusof Koperasi Sekolah Pn Haslina bt Salleh Pusat Sumber Sekolah Pn. Wan Aznida bt Wan Salleh SALC Pn. Norazimah bt Hj Othman Guru-guru Agama dan Pemulihan Pn. Zainun bt Embong Kantin Sekolah - Pn Esah@ Kak Zan Pekerja Swasta Pn Rukma

Kelas 1. 1 Murni Pn. Rohayati bt Harun 2. 1 Permai Pn. Juita bt Bapil 3. 1 Harmoni YM TG Roslaili bt Tg Mansor 4. 2 Murni Cik Yanti bt Mariun 5. 2 Permai Pn Rosida bt Abdullah 6. 2 Harmoni Pn Rohayu bt Ismail 7. 2 Ceria En Mohd Zulkifli b Harun 8. 3 Murni Pn Zubaidah bt Salleh 9. 3 Permai Cik Norhuda bt Hj Osman 10. 3 Harmoni Mohd Fauzan b Abd Latif 11. 4 Murni Pn Zaliha bt Latif 12. 4 Permai En. Ahmad Hazli b. Abd Mutalib 13. 4 Harmoni Cik Usha a/p Sunthararajoo 14. 4 Ceria En Afandi b Yusof 15. 5 Murni Pn Zarina bt Sukar 16. 5 Permai En Mohd Salim b Abd Wahab 17. 5 Harmoni En Megat Hazman b. M. Ayob 18. 5 Ceria En Mat Yusri b Mat Yong 19. 6 Murni Pn Zizi Azira bt Ibrahim 20. 6 Permai Pn Cheng Swee Koon 21. 6 Ceria Pn Sayani bt Arsad Individu 1. En Abdullah b Abd Ghani 2. Pn Rohani bt Talib 3. Pn. Suryani bt Ismail 4. En Justin Meringgai ak Mabong Majlis merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada yang diraikan.

11. Penutup Dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah dan cenderamata itu tadi maka tamatlah sudah majlis kita pada pagi ini. Sebelum mengundurkan diri, pantun berzaman menutup tirai.. Pucuk pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan, Sungguh jauh beribu batu, Hilang di mata di hati jangan Kalau ada jarum yg patah, Jangan disimpan di dalam hati, Kalau ada silap dan salah; Jgn disimpan di dalam hati. Majlis dengan ini mepersilakan Yg Berbahagia En. Mamat b. Hj Ibrahim diiringi oleh dif dif kehormat untuk ke bilik jamuan. Para ibu bapa juga dipersilakan. Sekian, majlis kami sudahi dgn lafaz wabillahitaufik wal hidayah.

Yan 04

You might also like