You are on page 1of 9

Modul 3: Media Unjuran 3.

0 Media Unjuran ( 1 jam ) Jenis dan Penggunaan Media Unjuran - Projektor Lutsinar (OHP) - Projektor Slaid - Projektor Terus ( Opaque ) Kemahiran: Membandingbeza ciri-ciri alatan Media Unjuran Penggunaan yang betul bagi Media Unjuran

OHP terdiri daripada: 1. 2. Bentuk tradisional bentuk ini boleh didapati dalam 2 jenis iaitu jenis meja (desktop) dan jenis mudah alih (portable). Bentuk berkomputer Skrin pentas OHP terdiri daripada satu skrin LCD analog dimana ia dipasang terus kepada output sebuah computer peribadi. Guru hanya perlu menyediakan programnya dalam satu disket dan mengunjurkannya melalui computer ke mesin OHP.

OHP merupakan alat yang digunakan untuk menayangkan bahan transparensi yang sangat berguna untuk membantu kaedah pengajaran terutamanya bagi sesi kelas yang mengandungi ramai pelajar. OHP mempunyai banyak kelebihan daripada kaedah-kaedah persembahan informasi visual yang lain kerana tumpuan penuh audien adalah setumpu berbanding dengan kaedah di mana guru menyampaikan maklumat melalui kapur atau marker pen. Ia juga boleh merupakan suatu persembahan yang tidak perlu dijelaskan melalui laluan komunikasi lisan kerana apa yang dijelaskan lebih eksplisit serta maklum balas daripada audien / kelas lebih semesta. Sekiranya perancangan bahan transparensi dibuat dengan baik, ia akan dapat menyediakan semua gambaran sebagaimana yang diperlukan sewaktu proses pembelajaran. Penggunaannya menyebabkan proses P & P lebih berkesan dengan tambahantambahan warna dan ilustrasi selain daripada penghurufan.
Modul 3

Prepared by Lu Cheng Soon.

Di samping itu, ia bersifat senang digunakan, bersih, menjimatkan masa dan tenaga serta tidak memerlukan bilik gelap yang memudahkan pelajar mengambil nota sewaktu penayangan.

Kebaikan-kebaikan lain penggunaan OHP dalam proses P & P adalah seperti: Boleh disediakan sama ada dalam bentuk hitam putih dan juga warna. Membolehkan seseorang guru mengajar dengan lebih tenang dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isi pengajaran. Transparensi boleh digunakan berulang kali dan penyampaian boleh dilakukan secara lebih teratur dan sistematik. Penyampai sentiasa dapat berada berhadapan dengan pelajar atau penonton. Mudah digunakan serta lebih bersih berbanding penggunaan papan hitam dan kapur.

Panduan menggunakan OHP dalam proses Pengajaran secara berkesan. Hadkan kepada isi-isi penting sahaja. Hadkan satu atau dua tajuk bagi satu transparensi, Hadkan antara 10 15 baris sahaja bagi sekeping transparensi, Gunakan warna yang berlainan bagi memberi penekanan ke atas sesuatu perkara yang penting. Galakkan penyertaan dan perbincangan yang aktif daripada penonton. Gunakan teknik-teknik persembahan yang bersesuaian, Berdiri di sebelah tepi meja OHP. Selepas selesai satu sesi penyampaian, padamkan suis lampu OHP. Bagi permulaan pengajaran sebenar, letakkan transparensi di atas pentas tayangan dan pasangan suis projector. Laraskan kedudukan visual. Jika ia memuatkan tajuk dan isi pengajaran, tutup isi pengajaran dengan kad legap. Gunakan penunjuk legap seperti pen dan bukannya jari bagi menegaskan idea atau pernyataan di transparensi serta bukan menunjukkan kepada visual di atas skrin.

Prepared by Lu Cheng Soon.

Modul 3

Tutup suis apabila menukar helaian transparensi untuk mengelakkan kesilauan. Elakkan daripada bayangan badan atau tangan di atas skrin. Sekali sekala tolehlah ke belakang supaya visual yang ditanyangkan tidak aneh atau terkeluar dari skrin paparan atau senget.

Penggunaan secara selamat. Letakkan projector OHP di atas meja yang kukuh di dalam jarak jangkaan di mana focus imej di skrin tidak melebihi skrin Pastikan suis projector adalah di dalam keadaan tertutup sewaktu menyambungnya ke punca kuasa. Sekiranya sambungan itu panjang, wayar yang digunakan mestilah dibelitkan ke kaki meja untuk mengelakkan projector daripada tertarik jatuh. Sambungkan plug wayar projector kepada soket elektrik dan pasangkan suis elektrik. Pastikan permukaan kaca bersih, buka penutup lensa dan penutup kepala penutup penganjur dan periksa kebersihan cermin dan lensa. Letakkan sekeping transparensi yang mempunyai banyak visual kemudian pasangkan suis projector. Fokuskan visual di atas skrin supaya jelas dengan memutarkan tombol focus serta menggerakkan sedikit kepala penganjur dan penutup kepala penganjur supaya ke kedudukan imej yang seimbang. Sekiranya imej terkeluar, tutup suis projector dengan segera. Pindahkan projector secara perlahan ke kedudukan yang lebih sesuai. Jangan memindahkan projector sewaktu mentol halogen masih panas dan tunggu sehingga kipas penyejuk larasuhu berhenti. Pasangkan semula suis dan fokuskan imej. Adalah lebih praktikal sekiranya menutup suis projector untuk 5 10 saat sekali sekala semasa tayangan visual. Elakkan memasang suis sepanjang perjalanan pengajaran demi melanjutkan usia mentol. Tutup suis projector setelah tamat pengajaran. Tutup penutup kepala penganjur dan lensa objek. Selepas kipas penyejuk larasuhu berhenti, baru tutup suis dan cabutkan plug dari sumber elektrik. Masukkan wayar projector ke dalam tempat penyimpan secara bergulung. Untuk mengelakkan permukaan pentas tayangan berhabuk, tutupnya dengan kain lembut.

Kelebihan / kebaikan transparensi dalam pendidikan.

Prepared by Lu Cheng Soon.

Modul 3

Ia boleh disediakan dengan mudah dan harganya juga murah. Ia boleh disediakan lebih awal untuk memberkan masa yang lebih semasa penyampaian. Bahkan bahan yang sukar dan rumit dapat disampaikan dengan cekap dan memudahkan kefahaman pelajar perkara yang kompleks dan abstrak. Memberi keselesaan semasa penyampaian. Guru dapat menyesuaikan kadar kecepatan penyampaian dengan kadar murid menerima pengajaran. Bahan pengajaran yang telah siap disusun menjadikan penyampaian lebih sistematik dan teratur. Ini memudahkan soal jawab secara berkumpulan. Ia adalah tahan lasak, mudah difailkan dan boleh digunakan berulang kali. Penyampaian boleh dilakukan dengan pelbagai cara untuk mengalakkan perbncangan dan penglihatan pelajar. Transparensi lebih bersih berbanding dengan papan kapur. Sesuai bagi berbagai saiz pelajar. Penggunaan transparensi dapat membantu pelajar memahami sesuatu dengan lebih mudah, cepat serta jitu tanggapannya. Guru dapat menyampaikan fakta atau maklumat secara berperingkat dan lebih sistematik. Guru menghadap murid dan ini dapat mengawal dan dapat tumpuan murid. Ia boleh disediakan dalam bentuk warna supaya memberi penegasan dan menarik perhatian pelajar. Pertembungan mata antara guru dengan pelajar berlaku di sepanjang masa pengajaran. Sebarang reaksi boleh dilihat oleh guru dan guru boleh mengubahsuaikan penyampaiannya ketika itu juga tanpa membelakangi pelajar. Projector OHP lebih tahan lasak dan mudah dikendalikan dan tidak memerlukan pengetahuan teknikal yang mendalam.

Kelemahan / keburukan transparensi dalam pendidikan. Saiz huruf yang kecil menjadikan masalah untuk dilihat.

Prepared by Lu Cheng Soon.

Modul 3

Imej yang dipancarkan menghadapi masalah keystone disebabkan oleh kedudukan mesin yang tidak sesuai. Memerlukan kemahiran dan pengetahuan di dalam menghasilkan transparensi yang baik dan bermutu tinggi. Beberapa alatan diperlukan jika transparensi yang lebih canggih atau komplek ingin dihasilkan. Guru perlu masa yang lebih untuk menyediakan transparensi yang canggih. Transparensi ini Cuma hanya dapat digunakan dengna bantuan mesin OHP. Guru mesti ada kemahiran dalam pengendalian alatan dan penghasilan bahan-bahan transparensi.

Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamalludin Hj. Harun & Zaidatun Tasir (2000). Teknologi Pendidikan dari yang tradisi kepada yang terkini Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Kelebihan LCD projector dan computer notebook. Pelajar akan memberikan tumpuan kepada imej yang ditayangkan pada skrin. Kombinasi yang ringan, mudah dibawa, dan dipasang kerana kelengkapan yang mudah. Kombinasi yang bersifat fleksibiliti , iaitu pengajaran mudah diubah, dikemas kini dan dipelbagaikan untuk setiap kelas. Imej yang berwarna-warni, animasi, video clips, dan bunyi boleh dimasukkan. Merupakan medium interaktif yang cekap. Persembahan atau pembentangan boleh diadakan di mana-mana sahaja yang disediakan bekalan elektrik, dengan skrin mudah alih Kapasiti yang besar pada notebook membolehkan sebilangan besar bahan atau maklumat dapat disimpan dan ditayangkan. Perisian yang digunakan adalah mudah dipelajari dan digunakan. Boleh digunakan dalam bilik yang malap cahayanya. Ini bermaksud tidak semestinya digunakan dalam bilik yang gelap. Catatan yang ringan masih boleh dilakukan oleh pelajar.

Prepared by Lu Cheng Soon.

Modul 3

Kelemahan LCD projector dan computer notebook Bilik yang terlalu cerah akan menjejaskan kualiti tayangan. Resolusi yang rendah menyebabkan persembahan atau pembentangan hanya terhad kepada kumpulan yang kecil atau sederhana (kira-kira 50 orang pelajar) Projektor memerlukan bekalan elektrik yang besar untuk berfungsi. Bateri notebook biasanya hanya dapat bertahan untuk beberapa jam sahaja (jika digunakan di tempat yang tidak disediakan bekalan elektrik) Satu kombinasi yang mahal, khususnya projector Memerlukan kemahiran teknikal yang mencukupi untuk dikendalikan. Kos penyenggaraan yang tinggi.

Pelajar Sarjana Teknologi Pendidikan , Unitversiti Teknologi Malaysia. Tahun 2003.

Media Unjuran peralatan-peralatan elektrik yang dapat menayangkan atau mengunjurkan satu imej di atas sekeping skrin yang besar Kebaikan i. Visual dapat dilihat serentak dengan baik dan sempurna ii. Persembahan untuk kumpulan besar senang dibuat iii. Perhatian kelas tertumpu kepada satu visual sahaja iv. Pengalaman baru dapat disampaikan secara mudah dan berkesan Kelemahan i. Memerlukan elektrik ii. Peralatan/kelengkapan agak mahal iii. Memerlukan bilik unjuran iv. Alat ganti mahal / jenama susah didapati v. Perlu kemahiran dan pengendalian Jenis dan Penggunaan Media Unjuran o Projektor Lutsinar (OHP)

Prepared by Lu Cheng Soon.

Modul 3

Jenis-jenis OHP i. Jenis meja ii. Jenis mudah alih iii. Bentuk berkomputer Jenis-jenis filem Transparensi OHP i. Write-on tulis terus ii. Thermal peka haba iii. Photocop salin foto Bentuk-bentuk persembahan Transparensi OHP i. Transparensi urutan ii. Transparensi tingkap iii. Tranparensi tindan-tindih iv. Transparensi animasi v. Transparensi gulung o Projektor Slaid Transparensi bentuk fotogarik yang kecil, berwarna warni atau hitam putih i. ii. iii. iv. v. Kelebihan Murah dan mudah Mudah dikendalikan Kecil dan senang disimpan Tunjukkan rupa bentuk / keadaan dengan tepat dan jelas Boleh memberi peneguhan yang lengkap terutama yang lengkap dengan komentar dan synchronized nya Kelemahan i. Sukar dibuat sendiri tanpa kemahiran fotografi ii. Memerlukan bilik unjuran iii. Bekalan elektrik iv. Tidak memenuhi kehendak / skop sebenar Cara penggunaan i. Cara biasa ii. Cara unjuran Jenis i. ii. iii. o Manual Separuh / semi auto Automatik sepenuhnya Projektor Terus ( Opaque )

Prepared by Lu Cheng Soon.

Modul 3

Episkop atau projektop legap membolehkan bahan 2D yang berbentuk legap boleh diunjurkan ke skrin. Epidiaskop merupakan gabungan projector legap dan projector slaid. Sekarang ini terdapat tambahan iaitu visualiser yang boleh memaparkan bahan dalam bentuk 3D. Kelebihan i. Bahan kecil boleh dilihat dengan jelas ii. Semua bahan boleh digunakan iii. Boleh diunjurkan tanpa perlu persediaan yang khas iv. Mudah digunakan Kelemahan i. Elektrik diperlukan ii. Bilik khas iii. Alat-alatnya bulky iv. Mahal o Projektor LCD Membandingbeza ciri-ciri alatan Media Unjuran Penggunaan yang betul bagi Media Unjuran

3. Penggunaan Bahan Tayang Lutsinar. http://spc.upm edu.my/webkursus/EDU3305/notakuliah/. Alat-alat tayangan lutsinar O.H.P. (overhead projector) membolehkan penayangan imej-imej yang telah dilukis di pamerkan. Penyampaian pengajaran dengan menggunakan projektor lutsinar memerlukan bahan lutsinar yang diletakkan di atas permukaan projektor. Sistem kanta projektor lutsinar direka bentuk supaya projektor itu boleh diletakkan di depan bilik darjah. Dengan menggunakan kanta sudut jauh, jarak tayangan dari projektor adalah berhampiran. Projektor lutsinar boleh digunakan di bilik darjah yang bercahaya biasa. lampu projektor yang tinggi keamatannya boleh digunakan untuk setengah-setengah projektor di mana cahaya di bilik darjah adalah lebih cerah atau pun apabila jarak projektoer dari tayangan adalah lebih jauh. Antara kaedah penggunaan projektor lutsinar ialah: Menggunakannya di depan bilik darjah sambil berhadapan dengan pelajar.
Modul 3

Prepared by Lu Cheng Soon.

Lutsinar yang diletakkan seperti tulisan biasa di permukaan pentas projektor Lutsinar boleh dibaca oleh guru dengan mudah dan boleh digunakan sebagai nota oleh guru ketika mengajar. Guru boleh menunjukkan dengan jari atau alat tulis tentang sesuatu perkara di lutsinar dan petunjuk ini boleh kelihatan dalam bentuk bayang yang jelas. Bahan-bahan tambahan boleh dituliskan atau dipadamkan sambil mengajar. Rancangan-rancangan pengajaran mudah diubahsuaikan dengan membuangkan atau memasukkan lutsinar baru. Pelbagai kaedah persembahan dan teknik penghasuilan lutsinar. Persembahan lutsinar boleh melibatkan para pelajar dan interaksi mereka. Persediaan awal bahan-bahan lutsinar dapat dibuat bagi menjimatkan masa. Penggunaan warna, gerak dan bunyi dapat dibuat untuk lebih menarik persembahan guru.

Prepared by Lu Cheng Soon.

Modul 3

You might also like