You are on page 1of 41

GALAKAN-GALAKAN

PERDAGANGAN
ANTARABANGSA

•BLOK PERDAGANGAN
•PERDAGANGAN BALAS
•KEMPEN-KEMPEN KERAJAAN
BLOK
PERDAGANGAN
BL OK PER DAGANG AN
 Kawasan pertumbuhan bagi
menggalakkan pembangunan,
perkembangan dan integrasi
dalam perdagangan, pelaburan,
pelancongan, pengangkutan,
komunikasi dll.
 ZOPFAN (Zone of Peace, Free and
Neutral)
 MSC – Koridor Raya Multimedia
MULTIMEDIA SUPER CORIDOR
(MSC)
 Kawasan bertaraf dunia yang
mempunyai integrasi persekitaran
yang dilengkapi dengan elemen unik
dan ciri-ciri yang diperlukan untuk
membentuk suasana multimedia
secara global.
 Meliputi kawasan seluas 750 km
persegi, bermula dari Pusat Bandar
KL (KLCC) hinga ke KLIA.
MULTIMEDIA SUPER CORIDOR
(MSC)
 Putrajaya – merupakan pusat
pentadbiran kerajaan yang
berkonsepkan elektronik.
 Cyberjaya – “Bandar Pintar” yang
menempatkan industri multimedia,
pusat penyelidikan dan
pembangunan, universiti multimedia
dan ibu pejabat operasi syarikat
multinasional yang mengembangkan
MULTIMEDIA SUPER CORIDOR
(MSC)
 Peranan:
Untuk menarik firma yang
menguasai teknologi bertaraf
dunia datang ke Malaysia dan
membangunkan industri
tempatan.
Menawarkan suasana pintar
dan produktif menghasilkan
MULTIMEDIA SUPER CORIDOR
(MSC)
 Peranan :
Mempunyai kelebihan
kompetitif dalam keupayaan
multimedia yang khusus,
teknologi, infrastruktur,
perundangan, polisi dan
sistem.
Sebuah komuniti global yang
MULTIMEDIA SUPER CORIDOR
(MSC)
 Peranan:
Dunia serba pintar yang
dilengkapi:
–Rumah pintar
–Bandar pintar
–Sekolah pintar
–Kad pintar
–Perkongsian pintar
PERDAGANGAN
BALAS
PERDAGANGAN BALAS
Transaksi perniagaan antarabangsa di
mana jualan eksport ke sesebuah
negara dengan syarat pengeksport akan
menerima import daripada pasaran
yang sama.
Melibatkan perjanjian timbal balik
bagi pertukaran barangan dan
PERDAGANGAN BALAS
2 sebab berlakunya perdagangan balas:
– Negara tidak mempunyai tunai yang
cukup atau kemudahan kredit.
– Negara membangun yang ingin
mewujudkan eksport pengeluaran.
PERDAGANGAN BALAS
Bentuk-Bentuk Perdagangan Balas :
– Barter
 Perdagangan bertimbal barang dan
perkhidmatan antara 2 buah negara
tanpa melibatkan pertukaran wang.
PERDAGANGAN BALAS
Bentuk-Bentuk Perdagangan Balas :
– Belian Bertimbal
Pembeli dan penjual bersetuju untuk:

–Membeli daripada syarikat yang


dinamakan pembeli.
–Mengambil barang daripada pembeli
pada masa hadapan (penjual
menerima kredit dalam bentuk
barangan).
PERDAGANGAN BALAS
Bentuk-Bentuk Perdagangan Balas :
– Perindustrian Berimbang
Melibatkan perjanjian timbal balik

untuk membeli bahan dan komponen


daripada syarikat pembeli atau negara
pembeli.
Cth: Syarikat pengeluar kapal terbang

bersetuju membeli enjin kapal terbang


dari pembeli kapal terbang.
KEMPEN KERAJAAN
GALAKAN CUKAI
Kerajaan memberikan elaun–elaun
tertentu bagi menggalakkan pelaburan
dan perniagaan di peringkat
antarabangsa.
Cth: Elaun cukai pelaburan – insentif ini
menyediakan elaun pelaburan
sehingga 60% daripada perbelanjaan
modal selama 5 tahun.
PENGECUALIAN CUKAI
Pelepasan cukai atau kelonggaran
pembayaran cukai kepada
perbelanjaan promosi dan premium
insurans barangan eksport atau aspek-
aspek lain yang telah ditetapkan oleh
pihak berkuasa.
Cth: Pengecualian cukai terhadap
pendapatan dari royalti.
PEMBIAYAAN EKSPORT
Kemudahan yang diberikan kepada
pengeksport untuk mendapatkan
dana segera bagi mengeksport
produk yang dijual secara kredit.
Elaun eksport diberikan ke atas nilai
eksport barangan tertentu.
TARAF PERINTIS
Diberikan kepada pengeluar
barangan yang boleh menambahkan
nilai eksport atau mengurangkan nilai
import.
Mengecualikan keuntungan
pengeluar daripada dikenakan cukai
selama beberapa tahun.
SUBSIDI
Bantuan yang diberikan oleh
kerajaan sama ada dalam bentuk
bayaran langsung (geran dan
pinjaman) atau langkah-langkah yang
memberikan kesan yang sama
seperti bayaran langsung (jaminan
terhadap harga dan pasaran,
kemudahan bantuan dan potongan
atau pengecualian cukai).
KEMPEN BELILAH
BARANGAN MALAYSIA
Merupakan kaedah yang digunakan
untuk memberi keutamaan kepada
pengeluar tempatan agar lebih
berdaya saing dan dapat
meningkatkan produktiviti dengan
mengurangkan penggunaan bahan
mentah yang diimport.
SKIM JAMINAN EKSPORT
Disediakan oleh Syarikat Insurans
Eksport Kredit Berhad (MECIB) –
usahasama kerajaan dan swasta.
Skim yang menjamin pembayaran
pampasan kepada pengeksport
sekiranya pengimport asing tidak
menjelaskan bayaran atas barang-
barang import.
SEKATAN-SEKATAN
PERDAGANGAN
ANTARABANGSA
 Cukai & Levi
 Tarif
 Bukan Tarif
 Kuota
 Embargo
CUKAI & LEVI

Cukai – Bayaran yang dikenakan oleh


kerajaan bagi pemastautin di sesebuah
negara ke atas perkara-perkara tertentu
seperti yang telah diperuntukkan oleh
undang-undang negara tersebut.
Cth: Cukai pendapatan, cukai tanah,
cukai pintu, cukai perniagaan, cukai
jalan, cukai korporat, cukai pengilangan,
dll.
CUKAI & LEVI

Levi – Satu bentuk cukai atau sejumlah


wang seperti cukai yang perlu dibayar
kepada kerajaan atau sesebuah
organisasi.
Cth: Levi yang dikenakan sekiranya
membawa pekerja asing ke dalam
negara.
TARIF

Tarif – Cukai kerajaan yang dikenakan


terhadap barangan yang dibawa masuk
ke dalam atau dihantar ke luar negara.
Tarif diklasifikasikan kepada 3 kategori
utama:
– Tarif Eksport
– Tarif Import
– Tarif Transit
TARIF

Tarif Eksport – Cukai yang dikutip oleh


negara pengeksport.
Tarif Import – Cukai yang dikenakan
oleh negara pengimport.
Tarif Transit – Cukai yang dikenakan
sekiranya melalui sesebuah negara lain
sebelum sampai ke destinasi dan dikutip
oleh negara yang memberikan laluan.
TARIF IMPORT

Terbahagi kepada 3 jenis:


Duti ad-valorem – Dinyatakan berdasarkan
harga invois.
Duti spesifik / khusus – Sejumlah bayaran
tetap tanpa mengambil kira invois (cth:
RM1.00 bagi setiap kg).
Duti kompaun – Kombinasi antara duti ad-
valorem dan duti spesifik (cth: RM0.80
bagi setiap kg ditambah 5% duti ad-
valorem.
TARIF
Segala bentuk tarif juga dibahagikan
kepada 2 bentuk:
Tarif Hasil – Cukai yang dikenakan
dengan tujuan untuk meningkatkan
pendapatan kerajaan.
Tarif Perlindungan – Cukai yang
dikenakan secara langsung untuk
mengurangkan permintaan terhadap
barangan import.
TARIF

TARIF EKSPORT TARIF TRANSIT

TARIF IMPORT

DUTI AD-VALOREM DUTI KOMPAUN

DUTI KHUSUS / SPESIFIK


BUKAN TARIF

Semua bentuk diskriminasi ke atas


import selain tarif import.
Dibahagikan kepada 2 bentuk:
 Bukan Tarif bentuk Kuantitatif
 Bukan Tarif bentuk Bukan
Kuantitatif
BUKAN TARIF

Bukan Tarif bentuk Kuantitatif –


Satu langkah yang digunakan oleh
kerajaan untuk menghadkan
amaun kuantiti atau jumlah barang
yang boleh diimport.
Cth: Kuota
KUOTA

Kuota – Merupakan amaun kuantiti


produk yang dibenarkan dibawa masuk
ke dalam sesebuah negara untuk tempoh
tertentu jika dilihat dari perspektif negara
pengimport.
Jika kuota telah dipenuhi, barang tersebut
tidak dibenarkan dibawa masuk lagi.
Tujuan – Untuk mengurangkan import
dan melindungi industri tempatan.
KUOTA
Kuota Eksport – Merupakan had amaun
kuantiti produk yang boleh dieksport ke
luar negara.
Tujuan:
o Memastikan pengguna tempatan
mendapat bekalan yang mencukupi serta
murah.
o Mengelakkan kepupusan sumber bahan
mentah tempatan.
KUOTA

Tujuan:
o Mengelakkan cubaan meningkatkan
harga eksport produk tersebut
dengan mengurangkan penawaran
produk di pasaran antarabangsa.
BUKAN TARIF

Bukan Tarif bentuk Bukan


Kuantitatif – Satu bentuk
diskriminasi yang digunakan
untuk menghadkan amaun kuantiti
produk yang diimport secara tidak
langsung.
BUKAN TARIF

Bukan Tarif bentuk Bukan


Kuantitatif – Cth: Penyataan
standard,Galakan pembelian
barangan tempatan,
Campurtangan kerajaan (Proses
pentadbiran yang lambat,
Kebenaran khusus, Perjanjian
timbal-balik, dll.)
EMBARGO

Embargo (sekatan) – Larangan


kerajaan secara rasmi untuk
mengimport atau mengeksport sesuatu
barangan atau perkhidmatan dari / ke
sesebuah negara.
Juga dinyatakan sebagai kuota mutlak
yang menghalang terus kemasukan
sesuatu barangan ke dalam negara.
PIAWAIAN

Satu ukuran keseragaman (standard) yang


perlu dipatuhi sebelum membawa masuk /
memasarkan sesuatu produk ke dalam
sesebuah negara.
Produk tempatan diberikan standard yang
setaraf dengan produk luar melalui set
klasifikasi, pelabelan dan ujian piawaian
bagi menunjukkan bahawa produk
tempatan setanding dengan produk luar.
PIAWAIAN

Piawaian dilakukan untuk menjamin


kesihatan dan keselamatan pengguna
tempatan dan juga bertujuan bagi
menjaga kepentingan pengeluar dan
produk tempatan.
SEKIAN, TERIMA
KASIH

BERTEMU LAGI NANTI


DI BAB 10 : PASARAN
SASAR & PEMETAKAN
PASARAN (SEGMENTASI)

You might also like