You are on page 1of 26

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

Pengenalan
Kedudukan Seni Kreatif Dalam Kurikulum Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007) Kenyataan ini mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang seperti jujur, rajin dan sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya

menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi dan maksud dalam karya seni visual. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. Cara pembelajaran yang terbaik ialah melalui seni. Kemahiran berfikir secara abstrak dan kemahiran kreatif boleh dirangsang melalui mata pelajaran seni. Ia tidak bersifat fakta seni. Disebabkan seni itu sifatnya abstrak maka tiada istilah tentang betul atau salah. Jawapan boleh diberi berdasar kreativiti dan pengalaman seseorang individu menginterpretasi tentang itu sendiri. Seni banyak memberi manfaat kepada para pelajar. Ia tidak boleh diukur secara objektif. 1

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

Seni dan sosial mempunyai hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai kurikulum intergrasi iaitu memerlukan kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan dan pengalaman manusia. Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan kepekaan serta mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai positif seterusnya menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi kerana seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Pendidikan Seni (tarian) banyak mempersiapkan individu untuk ke dunia kerjaya. Ramai pendidik berpendapat seni wajar dijadikan mata pelajaran teras di sekolah. Ramai berpendapat seni mempunyai potensi untuk dikembangkan. Seni dapat membantu dalam pelbagai bidang. Menurut Hanna (1994), seni membantu dalam : a) kerjasama dan kasih sayang b) merancang dan melaksanakan c) kemahiran berfikir d) adaptasi dengan orang lain e) mengembangkan bakat f ) mengambil risiko g) membuat keputusan dengan tepat h) harga diri atau yakin diri i ) semangat kerjasama j ) kemahiran menyelesaikan masalah k) perkembangan emosi l ) membina kreativiti m) disiplin diri n) menjadi rakyat yang baik o) menjadi seorang yang berdikari p) berani meluahkan perasaan

Aplikasi Seni Dalam Pendidikan Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi 2

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu. Contoh Tarian Malaysia terkenal dengan kepelbagaian warisan budaya dan kaum unik. Kepelbagaian warisan budaya dan kaum dapat diperlihat melalui jenis-jenis muzik dan tarian yang terdapat di Malaysia. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis tarian yang ditarikan oleh setiap kaum. Setiap kaum mempunyai bentuk dan asas tarian yang amat berbeza antara satu sama lain. Bagi masyarakat Melayu tarian Inang dan Zapin adalah tarian yang paling diminati. Tarian tersebut bukan sahaja mudah tetapi sesuai ditarikan dalam pelbagai jenis majlis. Tarian ini mempunyai langkah yang lemah lembut. Tambahan pula, tarian ini tidak dipengaruhi oleh kebudayaan asing. Selain itu, terdapat lebih banyak lagi tarian umpamanya Kuda Kepang, Tarian Lilin, Mak Yong, Caklempung atau Boria. Tarian ini dibawa dari negara luar dan ditarikan oleh masyarakat Melayu. Kemudian tarian tersebut mengalami perubahan dan disesuaikan dengan masyarakat tempatan. Justeru itu, tarian tersebut telah menjadi milik masyarakat Melayu secara perlahan-lahan. Selain masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mempunyai tarian mereka tersendiri. Tarian Naga dan Singa adalah antara tarian yang paling menarik sekali. Tarian ini menggunakan model binatang naga dan singa sambil memperagakan

kehebatan si penari. Tarian ini bukan sahaja ditarikan di majlis-majlis keramaian tetapi juga ditarikan pada hari raya. Selain itu terdapat juga tarian lain seperti tarian Tahun Baru Cina, tarian teratai dan sebagainya. Lazimnya tarian ini disesuaikan dengan masyarakat berbilang kaum yang turut menyaksikannya. Masyarakat India adalah masyarakat yang turut mempunyai tarian yang sungguh unik. Lazimnya tarian ini mempunyai langkah yang bermakna dan

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

memerlukan latihan yang kerap. Antara tarian yang memerlukan kecekapan apabila ditarikan ialah tarian Klasik India dan Ghiddha. Tarian Ghangra pula ditarikan oleh masyarakat berketurunan Sikh. Selain itu terdapat juga beberapa tarian lain yang ditarikan oleh masyarakat Kadazan dan Iban. Tarian mereka lebih mirip kepada burung Kenyalang yang menjadi keagungan mereka. Tarian tersebut memerlukan kelembutan dan kerap ditarikan pada hari keramaian. Bagi masyarakat Portugis pula, Branyon dan Farapierera merupakan tarian yang menarik. Tarian ini berbentukjoget dan cukup rancak. Branyon dan Farapierera berasal dari Portugis dan sehingga kini masih ditarikan oleh masyarakat Portugis. Tarian yang terdapat di Malaysia terkenal dengan kesenian tersendiri dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Definisi Tarian
Tarian adalah adalah suatu persembahan dengan gaya ekspresi diri dan komunikasi yang universal. Ia ditakrifkan sebagai seni gerak. Seni gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan . Seni ini dapat dilihat pada gerakan tangan, kaki, badan, mata dan anggota badan yang lain.

Seni Tari Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu terdapat berbagai-bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu asli terbahagi kepada dua jenis. Pertama, tarian yang bercorak lemah lembut seperti tarian Mak Inang dan Siti Payung. Kedua, tarian rancak yang merupakan hasil daripada pengaruh tarian Portugis seperti tarian Ronggeng, Serampang Laut dan Singapura Dua.

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

Seni tari boleh dikategorikan dalam berbagai-bagai jenis. Antara pembahagian yang boleh dibuat terhadap seni tari melayu adalah seperti berikut : 1. Tarian-tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan, pertabalan, istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian-tarian ini termasuklah tarian Siti Payung, Mak Inang, Asyik, Gamelan dan sebagainya. 2. Tarian-tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarian Rodat, Hadrah dan sebagainya. 3. Tarian rakyat seperti Dondang Sayang, Ronggeng, Joget dan sebagainya. 4. Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian Kuda Kepang , tarian Labi-labi, tarian Berdayung dan sebagainya.

Jenis-jenis Tarian
Masyarakat Melayuii (rujuk Lampiran A)
Tarian Zapin____________________________________________________________ Tarian ini dipercayai berasal daripada Arab yang disesuaikan dengan kesenian tempatan. Tarian ini mempunyai gerak langkah yang lemah-lembut tetapi mampu mempesonakan penonton. Sungguhnya tarian ini berasal dari Arab, namun dari segi pakaian dan gerakan badan menampakkan seolah-olah berasal daripada orang Melayu. Ianya diringi oleh petikan gampus, paluan marwas, gesekan biola dan pukulan gendang. Lagu-lagu yang sering dimainkan ialah Lancang Kuning, Zapin Asli, Gendang Rebana dan Ragam Bunga. Pada asalnya tarian Zapin ditarikan oleh penari wanita sahaja. Sekarang tarian ini dipersembahkan oleh sekumpulan penari-penari secara berpasangan lelaki dan wanita. Tarian Joget____________________________________________________________ Tarian ini boleh ditarikan dalam pelbagai rentak. Ini menjadikannya sebagai tarian yang paling popular iaitu tarian sosial yang diterima oleh berbagai-bagai kaum di Malaysia dan sering ditarikan di majlis yang dihadiri oleh menteri atau orang-orang kenamaan dan majlis keramaian sebagai hiburan di negara kita. 5

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

Pakaian lengkap Melayu atau pakaian ala pahlawan sering menjadi pilihan penari lelaki manakala wanitanya memakai baju Kebaya atau baju Kurung Kedah. Mereka juga turut memakai barang-barang hiasan yang menarik. Tarian Mak Inang________________________________________________________ Tarian ini wujud pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Tarian Mak Inang sangat popular dan menjadi tarian utama dalam majlis-majlis perkhawinan orang kenamaan, khususnya di kalanga istana tetapi kini ditarikan di majlis-majlis sosial juga. Tarian ini dicipta berasaskan peristiwa merisik, iaitu langkah awal sebelum meminang seseorang gadis. Pada masa dahulu, pakaian Mak Inang yang dipakai di istana ialah baju yang diperbuat daripada kain sutera halus dan sejenis kain putih berseri yang halus dihias di leher mereka. Selain itu, dihiasai terapan bunga yang berwarna keemasan. Bahagian pinggang pula terikat tali pinggangdan di tengahnya diikat dengan kain selendang yang dilepaskan ke bawah. Penari-penari menghiasi kepada dengan cucuk sanggul yang indah-indah dan halus buatannya. Bagi penari-penari lelaki pula, mereka memakai pakaian Melayu lengkap dan bersongkok. Lagu-lagu terkenal yang sering diiringi ialah Selendang Mak Inang, Inang Baru, Lenggang Mak Limah dan Seringgit Dua Kuda. Tarian Kuda Kepang_____________________________________________________ Tarian ini ialah tarian tradisional di kalangan masyarakat Jawa terutama di Johor. Menurut kepercayaan, Kuda Kepang dikuasai oleh sejenis kuasa ghaib. Lantaran itu, satu upacara khas perlu dilakukan sebelum persembahan. Bomoh akan menjampi untuk istiadat membuka gelanggang. Sajian yang terdiri daripada kelap, beras, pisang, kemenyan, kain putih, jarum, benang, ayam putih, pai, telur dan bunga rampai disediakan oleh bomoh untuk penunggu. Biasanya sebuah kumpulan Kuda Kepang mempunyai 10 hingga 15 orang penari. Salah seorang bertindak sebagai ketua atau danyang. Adalah dipercayai bahawa selain daripada hiburan, tarian ini juga digunakan untuk menyembuhkan penyakit ganjil seperti dirasuk hantu atau syaitan, diresapi roh orang mati dan sebagainya.

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan peperangan Rasullollha dan para sahabat.

Tarian Dabus___________________________________________________________ Tarian ini berasal dari negeri Perak. Ia dipercayai bahawa kononya tarian ini mengandungi unsur-unsur perubatan yang terdiri daripada suatu kuasa ghaib boleh dijadikan cara mencegah sesuatu penyakit berwabak. Mengikut kepercataan, tarian ini berasal dari Turki yang dikaitkan dengan kepahlwanan Saidina Ali iaitu dalam usaha baginda menakut-nakutkan pihak musuh dengan cara menunjukkan kekuatan sendiri. Anak dabus iaitu sejenis senjata tajam yang berukuran 50cm diperlukan dalam persembahan. Semasa tarian menjadi rancak, para penari akan mencucuk-cucukkan anak dabus yang mereka pegang itu ke lengan masing-masing. Tarian Canggung________________________________________________________ Perkata canggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua. Tarian Canggung sering diadakan pada pesta-pesta keramaian, majlismajlis perkhawinan dan pertandingan. Upacara pembukaan sebagai amalan sebelum tarian bertujuan memohon restu diketuai ketua kumpulan. Penari wanita meletakkan sekuntum bunga di bahagian kepala sambil memegang sapu tangan semasa menari. Tarian Gambus__________________________________________________________ Tarian ini berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak. Tarian Gambus mmerupakan suatu hiburan yang diminati oleh masyarakat di daerah berkenaan. Tarian ini dikatakan telah dikenali didaerah ini sejak 50 tahun yang lalu, dipercayai berasal dari negeri Arab. Setiap kumpulan tarian ini terdiri daripada 8 orang penari dan 9 orang ahli muzik. Mereka nenari secara berpasangan lelaki dengan wanita.

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

Tarian ini jelas menunjukkan suatu gubahan tarian yang sederhana dengan membawakan lagu-lagu asli yan sedia ada. Pantun-pantun yang dinyanyikan dalam tarian juga pantun-pantun lama yangsudag dikenali ramai. Tarian Asli______________________________________________________________ Tarian ini dicipta berdasarkan lagu-lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu-lagu melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih, Gunung Banang, Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan, Telani, Asli Abadi dan sebagainya. Tarian Asyik____________________________________________________________ Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah-daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja-raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak-geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu, lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari. Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam berinai. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab, gambang dan gedombak. Tarian Ayam Didik_______________________________________________________ Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik. Tarian Balai_____________________________________________________________ Tarian ini berasal dari daerah-daerah dinegeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah. Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan dibawah gelanggang.

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

Tarian Siti Wau Bulan_____________________________________________________ Tarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena dengan temasya dan permainan wau. Tarian Cinta Sayang______________________________________________________ Tarian ini berasal dari yang menggambarkan keluarga nelayan. Tarian ini menunjukan bagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan sebelum turun ke laut. Tarian Inai______________________________________________________________ Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana. Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin.

Masyarakat Cinap (rujuk Lampiran B)


Tarian Singa____________________________________________________________ Tarian singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Cina yang mana penari akan meniru gerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Tarian Singa adalah tarian yang unik kerana mempunyai pakaian berbentuk seekor singa. Tarian ini ditarikan oleh kaum lelaki dan memerlukan kemahiran. Setiap gerak langkah mempunyai maksud tertentu. Pada Tahun Baru Cina, tarian Singa ditarikan untuk memberi berkat. Angpau akan disangkut pada palang pintu rumah, persembahan ditunjukkan sebelum mendapatkan angpau. Dengan ini, tuan rumah akan sentiasa memperolehi keuntungan. Suatu sifat jelas dalam persembahan tarian ini ialah tentang kemeriahan suasana. Bunyi ketukan dan pukulan gendang dan canang yang mengiringi tarian sungguh lantang serta menenggelamkan bunyi-bunyi lain sekitarnya. Golongan yang mengambil bahagian dalam tarian ini terdiri daripada golongan belia. Ini penting kerana tarian ini memerlukan stamina yang kuat.

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

Tarian Naga____________________________________________________________ Tarian Naga unik kerana memerlukan model yang dibentuk seperti naga. Kemudian sekumpulan penari beramai 11 orang akan menggayakan pelbagai aksi seperti seekor naga. Pada fikiran orang cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mendegah jenayah. Oleh sebab itu,sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Bari Cina tau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku,mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga. Tarian Naga semakin popular sedangkan aksi yang dipersembahkan semakin hebat dan menarik. Masyarakat Indiap

(rujuk Lampiran C)
Tarian Klasik India_______________________________________________________ Tarian ini merupakan tarian yang berbentuk keagamaan dan unik kerana menggabungkan antara unsur pemujaan dan luahan perasaan yang mendalam dalam diri seseorang. Justeru itu, penari akan meluahkan hasrat tersebut melalui pergerakan. Tarian ini juga dikaitkan tarian tradisional yang dipersembahkan di kuil-kuil. Terdapat beberapa dewa yang dianggap suruhan tuhan yang menarikan tarian tersebut untuk memuja tuhan dan dikenali sebagai Bharata Natyam. Menikut legenda masyarakat India, tarian ini diasaskan oleh Mahari dan Maribi Manipuri. Tarian Bhangra_________________________________________________________ Tarian Bhangra merupakan tarian yang berasal dari Punjab. Tarian ini ditarikan oleh masyarakat Punjabiatau Sikh di Malaysia. Pada mulanya tarian ini mengisahkan masyarakat Punjabi menyambut musim menuai atao lebih dikenali sebagai pesta menuai. Ini disebabkan masyarakat Punjabi hidup sebagai petani dengan menanam padi, jagung, ubi dan sebagainya.

10

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

Setiap penari memakai pakaian berwarna-warni yang menunjukkan kegembiraan. Tarian ini memerlukan latihan kerap sebelum mampu melakukan pergerakan tarian secara serentak. Banyak perlu dititiberatkan iaitu termasuklah kepantasan dan kecekapan penari-penari yang memerlukan pergerakan akrobatik sukar. Tarian ini dipersembahkan di musim perayaan, perkahwinan dan sebagainya.

Masyarakat Sabahp

(rujuk Lampiran D)
Tarian Sumazau_________________________________________________________ Sejenis tarian tradisioanal Sabah dan masyarakat Kadazan. Tarian ini diamalkan sejak turun-menurun. Tarian Sumazau senang dipelajari dan ditarikan. Tarian ini berasal dari daerah Tuaran dan sering ditari oleh suku kaum Dusun di daerah Keningau. Tarian ini mempunyai unsur-unsur magis dan dipercayai untuk diadakan menyambut kedatang an bombazon, iaitu roh padi yang terdapat di rumah mereka. Tarian ini dipersembahkan ketika upacara perasmian dan menyambut seseorangan tetamu kehormat di samping sebagai acara untuk tarikan pelancong. Iringan muzik yang berentak perlahan, pergerakan seolah-olahnya mengikut gerak-geri seekor burung yang sedang terbang. Pada hari perkahwinan, tarian Sumazau ditarikan oleh wakil pengantin dan perempuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua belah pihak. Tarian Sumazau juga ditarikan selepas kematian. Masyarakat Sarawakp

(rujuk Lampiran E)
Tarian Ngajat Aruh_____________________________________________________ Tarian Ngajat Aruh ialah sejenis tarian tradisional kaum Bidayuh di daerah serian di Sarawak yang dipersembahkan pada pesta Gawai Dayak, sebagai kemuncak daripada hiburan di rumah panjang mereka. Semasa persembahan, empat batang buluh sebesar lengan digunakan. Dua daripadanya berukuran lebih kurang 3 meter manakala dua batang algi berukuran lebih kurang 1 meter yang diletakkan di bawah sebagai alat penahan. 11

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

Persembahan dimulakan dengan geraka tari tradisional yang merupakan gerakan tangan yang direntangkan seperti kepak burung helang melayang. Tarian ini diadakan sebagai acara sambutan untuk para tetamu. Masyarakat Orang Aslip

(rujuk Lampiran F)
Tarian Sewang__________________________________________________________ Tarian Sewang ditarikan pada musim menuai, daun atau buah padi diselitkan pada pakaian. Tarian yang rancak ditarikan semasa hari perkahwinan. Ketika inilah remaja akan berpeluang untuk mencari pasangan masing-masing. Kebanyakkan tarian ini lebih menggayakan sesuatu pekerjaan. Tarian yang ditarikan semasa upacara kematian lebih perlahan berbanding tarian untuk perayaan dan perkahwinan. Golongan tua akan membaca mantera sebelum tarian dimulakan. Alat yang lazim digunakan kebanyakan masyarakat orang asli ialah seruling dengan mempunyai nada yang perlahan dan mendayu-dayu.

Faedah Tarian Kepada Perkembangan


(Fizikal, Sosial, Emosi, Kognitif Kanak.)

Cara terbaik untuk kanak-kanak belajar ialah cara melakukan (learning by doing: Dalcroze 1950) kerana tubuh badan adalah paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang menintegrasikan telinga (pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi. Pergerakan adalah perlakuan atau aksi individu yang boleh berlaku secara automatis, spontan dan terurus iaitu melibatkan perancangan yang lebih tersusun dan pelbagai pergerakan badan. Pergerakan melalui gerak tubuh badan mengikut irama. Kanak-kanak

mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakkan

12

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak. Seni tari sebagai gerakkan gerakkan berirama. Seni tari merupakan gerak tubuh.pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli ataupun tarian yang dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Melalui gerak tubuh, kanak-kanak mampu mengungkapkan idea-idea, perasaan dan

pengalaman penari kepada orang lain. Tarian mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni tari ini dapat dilihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang lain. Kepentingan pergerakan Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat non verbal. Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pangajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak. Eurhythmics memerlukan penglibatan individu secara menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda, anggota badan dan emosi diri secara keseluruhan di mana individu perlu mendengar, merasai, berimaginasi kuat, menginterpretasi bunyi dan bergerak.

Fizikalp Tarian melibatkan pergerakan. Ia dapat meningkatkan kemahiran motor dan menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan tangan semasa menari. Kanakkanak membuat pergerakan secara bebas dan kreatif mengikut rentak muzik yang didengar. 13

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

Kecerdasan Kinestik iaitu kebolehan menggunakan sebahagian atau seluruh anggota badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap

menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti menari, bersukan ,gimrama dan lainlain. Kanak-kanak akan cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi pergerakan fizikal dengan mental melalui tarian. Emosip Aktiviti tarian memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan dan emosi yang tidak menyenangkan. Mendengar dan terlibat dalam aktiviti dapat menenangkan perasaan kanak-kanak. Ia juga satu cara untuk menyediakan suasana riang kepada kanak-kanak. Irama dan rentak muzik yang ceria dapat menarik perhatian kanak-kanak. Kayakinan diri semasa aktiviti tarian dan pergerakan kreatif dapat memupuk keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak. Bermula dengan menari secara berkumpulan diikuti menari secara solo adalah asas latihan keyakinan diri.

Kognitifp Aktiviti tarian dapat meningkatkan daya pendengaran kanak-kanak dan kemahiran membezakan nada bunyi tinggi dan rendah. Kecerdasan Muzik iaitu kebolehan berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan mencipta muzik. Sensitif dengan bunyi persekitaran. Kemahiran individu ini ialah mengingati melodi dan memahami rentak muzik. Sosialp Melalui tarian, persahabatan kanak-kanak dapat bertambah baik antara ahli kumpulan tarian semasa mengadakan latihan menari. Aktiviti tarian dan pergerakan dapat mendorong kanak-kanak mengubahsuai pergerakan kreatif mengikut ciptaan sendiri. Jenis pergerakan mengikut perkembangan dari mudah ke kompleks: 14

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

a. Gerakan mengikut lirik lagu b. Gerakan asas dengan muzik c. Interpratasi muzik dengan gerakan d. Gerakan bebas dengan muzik e. Gerakan yang menunjukkan tema.

Pengaruh Seni Dalam Akademik Pendidikan Seni dapat membantu pelajar-pelajar yang berisiko. Alkema (1971) menjelaskan bahawa seni boleh membantu pelajar yang kekurangan (OKU). Seni boleh membantu pelajar berfikir sendiri, ekspresi diri, perkembangan mental dan penemuanpenemuan idea baru, mencari penyelesaian baru, kesedaran mental, pemerhatian dan imbas semula pengalaman-pengalaman masa lalu. Seni membantu individu

menyelesaikan konflik diri. Kesabaran dalam seni mengajar seseorang individu agar sabar dan terus berusaha dalam mata pelajaran yang lain. Seni sebagai satu mata pelajaran yang menarik dan memberi ruang untuk ekspresi diri tetapi perlu juga berdisiplin dan bertanggungjawab. Tarian juga merupakan satu mata pelajaran yang mencabar dan indah. Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsur yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranannya dalam pendidikan dapat memupuk sifat kecintaan pada seni dan estetika. Peranan Pendidikan Seni yang berteraskan seni adalah bertujuan melahirkan seseorang indivdu yang bersifat kreatif, inovatif, berimaginatif, berketrampilan serta menguasai teknologi dalam menghasilkan citarasa dalam penciptaan bahkan mampu melahirkan pelajar yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping memahami nilai-nilai estetika dan faham akan norma-norma kebudayaan yang berteraskan kebudayaan kebangsaan. Sifat semulajadi kanak-kanak sukakan belaian, perhatian dan sentuhan . Namun begitu perkembangan ini berlaku berbeza mengikut persekitarannya, faktor keluarga dan latar belakang pendidikan mereka. Melalui proses lakaran ini, tahap mental kanak-kanak akan terus berkembang dengan baik. (Laura Chapman 1978). Sehubungan dengan itu

15

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

pembangunan sosial kanak-kanak tadi terbina, menjadi seorang yang kreatif, berdikari dan yakin diri dalam kelompok masyarakatnya. Menurut Winckelmann berkaitan dengan estetika/keindahan, ia perlu melalui satu proses yang dikenali sebagai idealisasi iaitu proses menggunakan akal dan menjadi asas kegiatan seni yang utama. Beliau juga mengkategorikan estetika kepada empat konsep iaitu: a) Estetik dikaitkan dengan kemuliaan b) Estetik dikaitkan dengan kehebatan c) Estetik dikaitkan dengan kesederhanaan d) Estetik dikaitkan dengan ketenangan Keempat-empat elemen ini membantu mewujudkan individu seterusnya masyarakat sekelilingnya mempunyai sikap yang positif dalam kehidupan mereka.

Melalui Pendidikan Seni juga dapat memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para pelajar. Kelebihan seterusnya adalah memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam masyarakat kerana masyarakat Malaysia kaya dengan khazanah warisan budaya. Namun begitu seni warisan sebenarnya semakin terpinggir dan hampir dilupakan. Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan semua warisan dalam masyarakat yang suatu ketika dahulu cukup dipelihara. Melalui Pendidikan Seni juga diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri kerana budaya menunjukkan bangsa. Sesebuah masyarakat mesti meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam

masyarakatnya, kerana kita boleh mengesan sesuatu bangsa melalui perkembangan budayanya. Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha mengekalkan seni, budaya dan warisannya. Masyarakat perlu tahu tanggungjawab mereka tentang kepentingan nilai seni dan estetika dan kefahaman serta tanggungjawab itu perlu dipupuk di peringkat awal lagi. Manusia memerlukan dan menginginkan perhatian, mempunyai emosi dan perasaan. Mereka meluah perasaan dan berkongsi emosi dengan orang lain melalui penyataan perasaan di bawah sedar dan seni dalam konteks yang lebih luas ialah hasil penyataan perasaan manusia sebenarnya. 16

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

Hasil seni dan produk seni sebenarnya hasil dari pengumpulan idea, emosi, perasaan dan dibantu dengan ilmu-ilmu lain maka tercipta hasil seni yang dibanggakan. Justeru seni amat penting dalam kehidupan mereka dan merupakan sebahagian dari kehidupan. Cuma menjadi persoalan apabila pendedahan seni itu tidak diperjelaskan secara langsung kepada masyarakat. Perlakuan negatif dari pengamal menyebab seni diperlekehkan. Sedangkan seni sebagai agen perubahan masyarakat dan bukan hanya untuk golongan lemah sahaja. (pelajar lemah) Justeru guru yang baik dan berkesan dalam P&P Pendidikan Seni akan menjelaskan tentang kepentingan penghayatan dalam setiap kegiatan seni. Ini diperjelaskan oleh Robinson (1990);.................... making and appraising are both.... of equal and fundamental importance in art education: each is important in itself............... Peranan kita sebagai ahli masyarakat yang sebenar bukan sekadar sebagai pemerhati tetapi juga memiliki. Selain dari guru berperanan mengajar pelajar untuk menghayati karya seni, mereka juga perlu diajar untuk melihat lebih mendalam, memahami, mempelajari, menghayati dan mengetahui proses sesuatu produk yang dihasilkan. Di samping cuba memahami nilai falsafah dan estetika dari karya seni tersebut iaitu nilai estetika yang tersirat ataupun tersurat. Proses memahami dan menerangkan nilai falsafah dan estetika terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ia menjadi asas dalam P&P Pendidikan Seni Visual di mana konsep-konsep Asas Senireka, Seni halus, Komunikasi Visual, Rekabentuk, Kraf, Sejarah Seni Visual menjadi sebahagian dari intipati Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Pendidikan Seni Visual. Cuma pelaksanaannya tidak bersunguhsungguh berdasar respon masyarakat yang menganggap mata pelajaran ini terbelakang berbanding mata pelajaran lain. Menteri Pendidikan Malaysia (1989), pernah menyatakan ..........in accordance with the National Education Philosophy which has as its core the concept of life long education towards the developement of a morally upright person who is intellectually, spritually,emotionally and physically intergrated............

17

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

Tarian Dapat Meningkatkan Kesedaran Kanak


Tarian dapat menyatupadukan murid-murid. Misalnya, dalam tarian berkumpulan ahli-ahli mesti berstu-padu supaya persembahan berjaya. Tarian Singa dan tarian Naga iaitu golongan yang mengambil bahagian dalam tarian tersebut terdiri daripada golongan belia. Ini penting kerana tarian ini memerlukan stamina yang kuat. Tarian kedua-dua itu unik kerana memerlukan model yang dibentuk seperti singa dan naga. Kemudian sekumpulan penari akan menggayakan pelbagai aksi seperti seekor singa dan naga. Kerjasama dan bersatu-padu antara semua ahli dalam golongan tersebut dipupuk sedangkan aksi yang dipersembahkan semakin cabar, hebat dan menarik. Mereka juga diajar saling hormat-menghormati supaya tiada perselisihan kefahaman dan mempertingkatkan aksi persembahan supaya lebih menarik dan disukai penonton. Penghargaan dan pensyukuran junior dengan senior amat diperlukan semasa tunjuk ajar atau berkongsi pengalaman. Dengan meluangkan masa lapang mempelajari tarian adalah lebih berfaedah berbanding bermain permainan dalam komputer. Ia juga menyihatkan tubuh badan disebabkan pasti perpeluh semasa mengadakan latihan bersama-sama. Bilangan kawan dikenali turut bertambah banyak melalui latihan tarian kedua-dua tersebut. Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu

mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai positif. Secara tidak langsung menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi. Teori kecerdasan pelbagai penting untuk pengajaran dan pembelajaran kerana teori ini dapat dijadikan petunjuk kepada potensi murid, menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajaran mereka, membangun bidang akademik dan kokurikulum dan mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah dan sebagainya. Oleh itu, warga pendidik haruslah meningkatkan kefahaman tentang teori ini supaya dapat membentuk persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk mengekalkan emosi yang seimbang dalam kalangan pelajar. Selain itu, persekitaran pembelajaran yang kondusif juga dapat meningkatkan minat para pelajar dan tingkatkan motivasi mereka. Visual atau ruang adalah kecerdasan yang membolehkan seseorang individu melihat sesuatu secara jauh dan mendalam semasa menari. Individu yang mempunyai

18

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

kecerdasan visual-ruang ini memiliki keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang kreatif atau baru serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Muzik dan pergerakan sebagai bahasa komunikasi dan satu permainan. Pergerakan dapat melahirkan imaginasi kanak-kanak. Mempengaruhi perkembangan motor kanak-kanak semasa bergerak, tubuh badan mereka turut melakukan pergerakan. Contohnya, apabila muzik dimainkan kanak-kanak akan menari secara spontan.

Kesimpulan
Terdapat banyak lagi jenis-jenis tarian masyarakat di Malaysia. Semua jenis tarian mempunyai sejarah dan tujuan yang tersendiri. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah mengenali budaya setiap masyarakat yang ada di negara kita. Sebagai contoh mengetahui serba sedikit mengenai budaya tarian dan juga budaya-budaya lain masyarakat di Malaysia. Oleh itu, secara tidak langsung kita dapat menyokong saranan Perdana Menteri tentang Satu Malaysia. Dasar masyarakat Kebudayaan Kebangsaan bermatlamat untuk mewujudkan satu

berbilang kaum yang bersatu-padu. Objektif Dasar Kebudayaan

Kebangsaan ialah Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan, Memupuk dan memelihara keperibadian dan kebangsaan dan yang tumbuh daripada kualiti

Kebudayaan

Kebangsaan,

Memperkayakan

mempertingkatkan

kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembanguna sosioekonomi. Usaha ini harus dipuji memandangkan semangat gigih pasukan dalam mengangkat tarian warisan ini merupakan salah satu daripada tarian yang telah diiktiraf sebagai warisan kebangsaan.

Merakyatkan Seni, Warisan dan Budaya Bangsa Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat untuk memastikan pelajar

menghayati, menghargai dan menyayangi seni, warisan dan budaya supaya membentuk identiti unik Bangsa Malaysia pada masa akan datang. Dari sekarang, Kementerian Pendidikan Menteri telah berusaha untuk merakyatkan seni, warisan dan budaya kepada semua warganegara melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti pengukuhan merakyatkan seni budaya seperti tarian, puisi dan lagu 19

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

serta festival kebudayaan dijalankan seiringan dengan Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

aktiviti yang dilaksanakan

Pendidikan Seni Dan Kelebihannya : Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis. Di samping untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai alam sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat Kurikulum Pendidikan Seni sama ada McFee (melalui penerokaan), Lansing(domain utama), Feldman (pengajian), Efland (ekspresi dan respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktiviti-aktiviti kreatif), semua membawa harapan yang sama iaitu untuk melahirkan golongan pelajar seterusnya masyarakat yang seimbang dari aspek kemahiran berkarya dan juga penguasaan pengetahuan seni. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, anggota masyarakat mengharapkan bidang seni ini boleh menyumbang sesuatu bertujuan membentuk generasi yang berdikari dan yakin diri. Justeru dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan penting untuk membentuk generasi bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain untuk keperluan negara, pelajar boleh memilih bidang ini untuk membentuk satu profesion baru seterusnya menjadikan seni sebagai profesion sepenuh masa kerana terdapat ramai artist yang mampu hidup selesa melalui bidang ini. Melalui Pendidikan Seni juga dapat menyemai seseorang dengan nilai-nilai kasih sayang, menghormati budaya sesuatu kaum, adat istiadat serta menanam sifatsifat mulia terhadap diri. Justeru kita akan lebih memahami serta menghargai akan nilainilai warisan seni budaya keturunan kita sendiri di samping kaum-kaum sesuatu bangsa lain selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seni juga berperanan penting dalam pembangunan manusia, malahan boleh dianggap sebagai agen perubahan masyarakat.

20

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

Lampiran A (Tarian Masyarakat Melayu)

Tarian Zapin

Tarian Joget

Tarian Mak Inang

Tarian Kuda Kepang

Tarian Dabus

Tarian Canggung

Tarian Asli

Tarian Balai 21

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

Lampiran B (Tarian Masyarakat Cina)

Tarian Singa

Tarian Naga 22

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

Lampiran C (Tarian Masyarakat India)

Tarian Bhangra

Lampiran D (Tarian Masyarakat Sabah)

Tarian Sumazau 23

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

Lampian E (Tarian Masyarakat Sarawak)

24 Tarian Ngajat Aruh

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

Lampiran F (Tarian Masyarakat Orang Asli)

Tarian Sewang Bibliografi : 1. Siri Bunga Rampai Kebudayaan Malaysia Kesenian Tari, Abdul Samad bin Ahmad, Associated Educational Distrubutors (M) Sdn. Bhd. Melaka 1990 2. Siri Ensiklopedia Kebudayaan - Kepelbagaian Tarian, Jasman Ahmad Nora Hj Samat, Jade Green Publications Sdn. Bhd. Kuala Lumpur 2001 3. Siri Ensiklopedia Kebudayaan Persembahan Tradisional, Jasman Ahmad Nora Hj Samat, Jade Green Publications Sdn. Bhd. Kuala Lumpur 2001 Website : tarianmci.blogspot.com an/malaysia29.blogspot.com www.slideshare.net/guest4b329ff/muzik.dan-pergerakan-3687914 http://pergerakankreatifkumpulana.blogspot.com/2010/03/aktivitiaktiviti-untuk-pergerakan.html

25

Tugasan 1 : Tarian

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

NG SU MUI 830223-01-5588

26

You might also like