P. 1
Produk Makanan-kopi Yit Foh-Lengkap

Produk Makanan-kopi Yit Foh-Lengkap

5.0

|Views: 1,674|Likes:
Published by Lennda Somozo

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Lennda Somozo on Apr 22, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/03/2012

pdf

text

original

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat iaitu :-

1. MELAWAT TEMPAT KAJIAN

Saya telah melawat kilang kopi untuk mendapatkan maklumat. Saya juga telah mengambil

berberapa gambar dijadikan sebagai bahan bukti.

2. TEMU RAMAH

Semasa saya melawat tempat kajian, saya berpeluang menemu ramah orang sumber dan merekod

segala hasil temu ramah itu untuk dianalisi kemudian.

3. RUJUKAN KE PERPUSTAKAAN

Saya juga telah mengunjungi perpustakaan sekolah dan perpustakaan daerah untuk mendapatkan

maklumat tambahan terhadap tugasan yang diberikan.

4. MELAYARI LAMAN SESAWANG / INTERNET

Saya juga menggunakan kaedah teknologi dengan melayari internet. Melalui layaran ini saya dapat

maklumat tambahan untuk tajuk tugasan.

Ms.3

HASIL DAPATAN KAJIAN

1. LATAR BELAKANG PRODUK KOPI YIT FOH

a.

Nama Produk Makanan

Kopi Yit Foh

b. Nama Pengusaha

Encik Yong Loong Vun ( pengasas - sudah

meninggal dunia)

Encik Yong Fui Ching ( terkini anak )

c.

Tahun diasaskan

1960-an

d. Alamat kilang

Yit Foh Coffee Factory Sdn.Bhd
3 Km, Jalan Tenom-Sapong,
89908 Tenom, Sabah, Malaysia

e.

Bahan-bahan produk

i. Biji kopi asli

ii. Margerin

iii. Gula

Bahan-bahan campuran lain

- Susu

f.

Perlesenan

Dimohon daripada Majlis Daerah dan Perlesenan

Produk Halal di Kota Kinabalu

g.

Keistimewaan Produk

Kaedah pemanggangan kopi yang menggunakan

kayu api dan mempunyai aroma kopi yang

wangi.

Ms.3

Sejarah Penubuhan

Kopi Yit Foh diasaskan oleh Encik Yong Loong Vun pada tahun 1960-an lagi. Pada asalnya

kopi Yit Foh ini hanya dapat diperolehi dan diminum di Kedai Kopi Yit Foh. Kopi ini dihasilkan

sendiri oleh Encik Yong . Kopi Yit Foh ini mengikuti cara Kopi “O” daripada Hainan China yang

hanya menggunakan asas bahan seperti biji kopi yang sudah dipanggang, gula dan margerin. Aroma

kopi ini sangat wangi dan menyegarkan kerana cara biji kopi itu dipanggang yang menggunakan

kayu arang.

Kopi Yit Foh mulanya hanya dibuat di rumah sendiri sehinggalah ianya telah menjadi terkenal

dan telah menjadi permintaan ramai dalam kalangan penduduk Pekan Tenom yang pernah

mengunjungi Kedai Kopi Yit Foh.

Hasil daripada usaha untuk memenuhi permintaan pelanggan di kedai kopi dan tempahan

pengguna, Encik Yong telah menubuhkan sebuah kilang kecil yang berhampiran dengan Pekan

Tenom .

Ms.4

II. CARA PENGHASILAN PRODUK

a. Tenaga Pekerja.

Pada awalnya, Encik Yong Loong Vun hanya mengusaha produk kopi sendiri . Oleh itu, beliau

hanya meminta dalam kalangan keluarganya untuk membantu menghasilkan kopi. Usaha beliau

telah disambung oleh anaknya Encik Yong Fui Chiang .Kini kilang kopi beliau mempunyai seramai

31 orang pekerja.

b. Bahan-bahan dan peralatan untuk menghasilkan produk kopi Yit Foh

i.

Biji kopi

ii.

Gula

iii.

Margerin

iv.

Bahan tambahan sebagai perasa tambahan seperti susu

v.

Mesin pengisar

vi.

Tong pemanggang

vii. Kayu api atau arang

c. Proses Penghasilan Kopi

1. Biji kopi dibeli daripada pekebun tempatan

2. Biji kopi dikeringkan selama tiga hari , bergantung kepada keadaan terik matahari.

3. Biji kopi yang sudah dikeringkan dikisar untuk mengasingkan kulit dan isi kemudian

digredkan mengikut kecacatan dan kesempurnaan biji kopi.

4. Biji kopi dipanggang dalam tong pemanggang yang menggunakan arang atau kayu api dalam

tempoh masa yang telah ditetapkan.

Ms.5

5. Biji kopi yang siap dipanggang akan dikisar halus dalam mesin pengisar dan dicampur

dengan bahan campuran lain untuk menjadi bahan pracampur kopi.

6. Serbuk kopi yang sudah dikisar dipek dan dibungkus untuk diedarkan kepada pengguna.

d. Spesifikasi dan langkah kawalan mutu.

Untuk mengawal mutu produk, Encik Yong Fui Chiang sentiasa memastikan bahawa

produknya mempunyai tarikh luput dan menggunakan bungkusan yang bersih dan terjamin

keselamatannya.

Spesifikasi timbangan dan ukuran juga telah diwujudkan untuk memudahkan pelanggan

membuat pilihan ketika membeli. Ukuran dan rekaciptaan pembungkusan yang unik juga telah

menarik minat pelanggan kerana memenuhi citarasa yang diinginkan.

Ms.6

III. PERKEMBANGAN PRODUK KOPI YIT FOH

Sejak tahun 1960-an, kopi Yit Foh semakin dikenali kerana identiti pembuatan kopi yang unik .

Kopi Yit Foh mempunyai aroma kopi yang unik menjadikan populariti meningkat terutama dalam

kalangan penggemar kopi.

Daripada hanya dibungkus dengan menggunakan plastik biasa , kopi Yit Foh sudah mempunyai

simbol tanda perniagaan tersendiri sebagai lambang produk kopi di daerah Tenom . Malah pada

tahun 1990-an pula, kopi Yit Foh memperkenalkan Kopi pracampuran yang mempelbagaikan rasa

kopi.

Kini, kopi Yit Foh mempunyai 12 produk kopi dan mampu bersaing dengan produk kopi lain.

Kopi Yit Foh juga sudah terkenal di beberapa buah luar negara seperti United Kingdom, Perancis,

Singapura , Taiwan dan Australia.

IV . CABARAN DAN HARAPAN

Walaupun terdapat masalah harga pasaran kopi , kekurangan bahan api dan cabaran persaingan

produk lain. Pengusaha produk cekal dan sentiasa inovatif dalam menghasilkan kopi dan

mengekalkan mutu produk kopi Yit Foh.

Pengusaha kopi Encik Yong Fui Chiang membawa harapan dan berusaha untuk menempatkan

produk kopi keluaran daerah Tenom yang terpencil ini dikenali seperti kopi antarabangsa.

Ms.7

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->