You are on page 1of 4

REFLEKSI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) SITI KHADIJAH SAHIDA BINTI ABDUL MAJID 900809-06-5452 PISMP PK (BM)/PJ/PSV

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, sahabat-sahabat Baginda dan seterusnya kepada semua saudara. Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat menghadiri dan menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) 2012 yang merupakan modul yang terdapat dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan wajib dipenuhi oleh setiap guru pelatih semester 5 yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di semua Institut Pendidikan Guru. Kejohanan olahraga ini telah berlansung bermula pada 19 februari 2012 iaitu acara sukantara dan acara kemuncaknya adalah pada 29

februari 2012 di padang IPG Kampus Kota Bharu. Penganjur yang terlibat adalah dari semua semester 5 yang terdiri daripada kelas Pendidikan Khas, Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. Tujuan utama pelaksanaan KOT ini ialah untuk melatih guru pelatih untuk mentadbir dan menguruskan suatu penganjuran sukan yang diadakan secara besar-besaran, dan pensyarah akan memberi bimbingan dan menilai sejauh mana kerjasama dan keberkesanan pengurusan para bakal guru ini. Sepanjang perjalanan KOT ini banyak input dan ilmu yang berguna sebagai kekuatan dalam KOT yang saya perolehi antaranya adalah mengenai ketepatan masa. Ketepatan masa sangat penting bagi seorang insan yang bergelar guru. Melalui KOT ini ketepatan masa dititik beratkan bermula dari saat perancangan sebelum KOT, semasa dan selepas KOT. Sebagai pihak penganjur , kami cuba untuk tidak melengahkan masa dan disebabkan perkara inilah segala urusan dan aktiviti berjalan dengan lancar. Bagi saya Program ini mengajar saya untuk lebih menghargai masa. Penganjuran KOT ini juga melibatkan semua kelas semester 5 yang mana setiap kelas diberikan tanggungjawab memegang satu jawatan untuk dikendalikan. Kelas

saya telah memegang jawatan bagi mengendalikan hadiah dan cenderamata dan juga

keselamatan. Bagi AJK hadiah dan cenderamata telah dipengerusikan oleh penolong ketua kelas kami iaitu Ummi Kalthum Mahkama dan saya sebagai setiausahanya. Bagi menjayakan KOT ini, saya telah mendapat input bahawa tanggungjawab yang dipikul mestilah dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Oleh itu, saya bersama Ummi dan AJK hadiah dan cenderamata yang lain telah menjalankan tugas masing-masing dengan ikhlas hati dan bersungguh-sungguh. Melalui KOT ini juga, saya dapat mengeratkan hubunga siraturrahim antara rakan sekelas dan pelajar semester 5 yang lain. Walaupun sudah 4 tahun saya

meneruskan pengajian bersama dengan pelajar semester 5 yang lain, tetapi masih terdapat segelintir daripada pelajar semester 5 ini yang saya kurang berkomunikasi dan kurang rapat. KOT ini juga mewujudkan dan melahirkan suasana kerjasama dan saling bantu menbantu antara satu sama lain. Sikap pentingkan diri sendiri tidak perlu ada dalam diri kita sebagai satu pasukan pihak pengajur. Sikap ini dapat dilihat sebelum, semasa dan selepas KOT berlansung. Aktiviti-aktiviti dilaksanakan dengan bersamasama dan juga bersemangat. Aktiviti seperti ini yang diadakan membuat saya lebih mengenali sahabat dari kelas lain yang selama ini jarang bertegur sapa dan hubungan ini diteruskan dengan lebih rapat. Oleh itu, melalui penganjuran bersama ini saya dapat merapatkan hubungan dengan mereka dan berkomunikasi dengan baik dengan mereka seterusnya menambahkan lagi bilangan sahabat saya di institut pendidikan guru ini serta memudahkan lagi pengajuran KOT berlansung. Sebagai penganjur juga membantu merapatkan hubungan antara kami pelajar dengan tenaga pengajar iaitu pensyarah terutamanya pensyarah daripada Jabatan Pendidikan Jasmani. TN HJ Mohd Noor adalah pensyarah yang bertanggunjawab dalam membimbing kami AJK hadiah dan cenderamata. Sebelum melaksanakan sesuatu idea itu, kami penganjur akan bermesyuarat bersama dengan pensyarah pendidikan jasmani untuk mengemukakan pandangan dan meminta pendapat pensyarah. Perbincangan akan selalu dilakukan dan kami banyak merujuk kepada pensyarah untuk setiap aktiviti yang ingin dijalankan. Secara tidak langsung, bukan sahaja dapat kami dapat mengelolakan kejohanan ini dengan baik,mendapat ilmu yang

banyak dan berharga tetapi juga merapatkan hubungan baik antara kami dengan pensyarah Penganjuran KOT ini ini juga turut memberi sejuta pengalaman baru kepada saya sebagai seorang guru pelatih. Saya dapat mengalami pengalaman dalam hal pengurusan dan penempahan hadiah dan cenderamata. Saya telah banyak berurusan dengan pihak stor bagi menempah hadiah dan juga telah berurusan dengan pihak luar bagi penempahan medal. Urusan dengan pihak atasan bagi mendapatkan kelulusan hadiah dan cenderamata adalah perkara yang ditakuti pada awlnya. Ini adalah kerana ditakuti bajet yang dirancang untuk hadiah tidak diluluskan tetapi Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan . Saya juga telah membuat senarai hadiah yang diperlukan dan sentiasa memastikan hadiah yang ditempah adalah mencukupi. Pengalaman inilah bagai saya sangat-sangat bermakna dalam menjayakan KOT. Sebagai seorang guru di sekolah satu hari nanti, KOT ini memberi pengalaman yang bermakna. saya memang akan sentiasa terlibat dengan sukan tahunan sekolah. Oleh itu, melalui pengalaman yang sudah saya ada pada penganjuran KOT ini, saya boleh aplikasikan semasa menguruskan sukan tahunan di sekolah. Keadaan di sekolah adalah sedikit berbeza, tetapi dari aspek pengurusan sukan sekolah keadaannya akan hampir sama. Oleh itu, saya boleh menggunakan kemahiran sedia ada dalam pengurusan sukan ini di samping menambahkan ilmu untuk menjadi lebih baik dan berpengalaman lagi. Setiap apa yang kita lakukan tidak telepas dengan kekangan yang ada. Begitulah dengan KOT Ini yang turut terdapat kekangan antaranya ialah kekangan dari aspek peruntukan kewangan. Walaubagaimanapun, masalah ini dapat diatasi dengan baik dengan baik hasil kerjasama semua pihak pengajur. Secara keseluruhannya, lebih banyak kebaikan yang diperolehi berbanding dengan kelemahan. Kelemahan ini bolehlah diperbaiki dari semasa ke semasa. Bagi saya KOT ini memberi banyak faedah dan input yang sangat berguna. Segala penat lelah saya telibat dalam pengajuran KOT ini diharapkan dapat memberi perubahan dan impak yang besar kepada diri saya. Saya bersyukur kerana telah melalui KOT ini yang

banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu saya membina jati diri sebagai seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Segala ilmu yang saya perolehi akan saya guna semasa berada di sekolah satu hari nanti. Akhir sekali saya ingin mengucapakn ribuan terima kasih dan tahniah kepada pihak yang telbibat dalam penganjuran KOT ini kerana telah bersusah payah untuk menjadikan KOT ini berjalan dengan lancar. Saya juga ingin meminta maaf kepada mana-mana pihak jika ada kesilapan yang saya lakukan sepanjang KOT berlansung.

You might also like