You are on page 1of 1

KERTAS KERJA PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH DAERAH SETIU 2012

1.0

TUJUAN Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan daripada Tuan Pengetua, SM Sains Setiu dan juga Tuan Pegawai PPD daerah Setiu bagi mendapatkan kelulusan dan bantuan kewangan untuk mengadakan Program Peningkatan Profesionalisme Guru Matematik Sekolah Menengah Daerah Setiu 2012.

2.0

PENGENALAN Program Peningkatan Profesionalisme Guru Matematik Sekolah Menengah Daerah Setiu 2012 adalah program yang dicadangkan semasa mensyuarat Panitia Matematik Daerah Setiu Kali Pertama 2012 untuk dilaksanakan sebagai program yang dapat memberikan manfaat penting kepada guru-guru matematik sekolah menengah di daerah ini. Program ini terdiri daripada dua bahagian iaitu Bengkel Penandaan Kertas Matematik PMR & SPM (Kertas 1&2) dan Ceramah Pengurusan P8P Berkesan.

You might also like