P. 1
Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3

Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3

|Views: 18,370|Likes:
Published by Lennda Somozo

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Lennda Somozo on Apr 22, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/15/2015

pdf

text

original

KAJIAN KERJA KURSUS

GEOGRAFI TINGKATAN 3 PMR 23/2 TAHUN 2012
TAJUK TUGASAN : Perniagaan Pasar Mingguan Pekan Tenom

NAMA : TINGKATAN : 3 NO.KP : NO.AG : NAMA SEKOLAH : SM.TSHUNG TSIN TENOM NAMA GURU : CIKGU FASILA ABDUL RAHMAN TARIKH HANTAR : 24 MEI 2012

SENARAI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN o o o o o PENGHARGAAN o PENDAHULUAN o OBJEKTIF KAJIAN o KAWASAN KAJIAN i. ii. Peta Pekan Tenom Peta Kawasan Kajian MUKA SURAT o o o o

o o

o KAEDAH KAJIAN o DAPATAN KAJIAN i. ii. iii. iv. v. Konsep Perniagaan Runcit Pasar Mingguan Kepentingan Perniagaan Runcit Pasar Mingguan Faktor Mempengaruhi Perniagaan Runcit Pasar Mingguan Kesan Negatif Perniagaan Pasar Runcit Pasar Mingguan Cadangan Untuk mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Mingguan

o o

o o o

o RUMUSAN o LAMPIRAN o RUJUKAN

o o o

PENGHARGAAN
Dalam menyiapkan kajian kerja kursus geografi ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan pengetua kerana telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Seterusnya sekalung penghargaan kepada Guru Geografi, Cikgu Fasila Abdul Rahman kerana beliau sentiasa sedia meluang masa untuk membimbing saya di dalam dan luar pengajaran beliau. Jutaan terima kasih dan rasa sayang kepada kedua ibu bapa saya, Encik _________________________ dan Puan _________________________ kerana mereka senantiasa meluangkan masa, menyokong dan membantu saya dalam menyediakan keperluan material agar saya menyiapkan tugasan kajian ini. Tidak lupa juga kepada orang sumber yang ditemu ramah dalam menyiapkan tugasan kajian Geografi ini, ucapan terima kasih kepada Encik / Puan ________________________________ kerana telah membantu memberikan maklumat dan berkongsi pengalaman . Akhir sekali, ahli-ahli kumpulan saya yang terdiri daripada Saudara__________________________. Saudari ________________________________,dan Saudara____________________________ yang sentiasa berkongsi maklumat dalam menyiapkan tugasan ini sehingga selesai. Sekian dan terima kasih.

PENDAHULUAN
Saya telah memilih untuk membuat tajuk kajian tentang perniagaan runcit pasar mingguan Pekan Tenom yang diadakan pada Hari Rabu dan Hari Ahad setiap minggu. Saya memilih tajuk ini kerana kawasan tempat tinggal tidak jauh daripada Pekan Tenom. Selain daripada itu, Pekan Tenom agak terkenal dengan perniagaan Pasar Mingguan yang memperniagakan barangbarang segar daripada kawasan kampung dan kebanyakan hasil produk buatan sendiri. Tempoh yang diberikan untuk menyiapkan tugasan kajian ini ialah bermula pada bulan Mac sehingga bulan Mei. Oleh itu, dengan tempoh masa yang diberikan saya dapat menyiapkan tugasan itu dengan sebaiknya.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah :1. Saya dapat menghuraikan definisi konsep dan jenis perniagaan runcit di Pasar Mingguan Pekan Tenom 2. Saya juga dapat menjelaskan kepentingan perniagaan runcit di Pasar Mingguan Pekan Tenom 3. Saya dapat mengenalpasti kesan negatif perniagaan runcit di Pasar Mingguan Pekan Tenom 4. Saya juga dapat mencadangkan langkah mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit Pasar Mingguan Pekan Tenom 5. Saya akan memupuk nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat kerjasama untuk mengatasi masalah kesan negatif perniagaan runcit di Pasar Mingguan Pekan Tenom

KAWASAN KAJIAN
Pekan Tenom terletak pada koordinat geografi iaitu 5 ° 8 '0 " Utara, 115 ° 57' 0" Timur. Kedudukan yang terletak di antara Daerah Sipitang dan Nabawan menjadikan Tenom telah menjadi persinggahan kawasan pedalaman . Pasar Tamu Mingguan ini terletak di tengah-tengah Pekan Tenom dan jarak lokasi kira-kira 3 kilometer daripada Sekolah Menengah Tshung Tsin Tenom. Pekerjaan utama penduduk di daerah Tenom ini ialah dalam sektor pertanian. Ada pula sebahagian penduduknya berkerja dalam sektor kerajaan dan perkhidmatan. Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau dan tanah yang subur telah menggalakkan penanaman kelapa sawit, getah, kopi dan sebagainya. Pasar Tamu Mingguan Pekan yang diadakan pada hari Rabu dan Ahad telah merupakan nadi kepada peniaga kecil untuk menjual hasil produk mereka, lebih-lebih lagi peniaga yang datang daripada kawasan kampung dan pedalaman. Perniagaan bermula pada seawal jam 7.00 pagi sehingga 1. 00 petang memenuhi kawasan tapak tamu yang telah disediakan oleh Pihak Majlis Daerah. Pelbagai barangan dijual seperti sayur-sayuran , buah-buahan , tanaman, binatang ternakan dan lain-lain lagi.

PETA PEKAN TENOM

PETUNJUK : Kawasan Pekan Tenom

PETA KAWASAN KAJIAN

PETA PASAR MINGGUAN PEKAN TENOM

PERNIAGAAN RUNCIT : PASAR TAMU MINGGUAN DI PEKAN TENOM

KAEDAH KAJIAN
Dalam menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk memperoleh maklumat iaitu :

1. PEMERHATIAN Saya telah membuat pemerhatian di Pasar Tamu Mingguan uuntuk mendapat maklumat. Maklumat yang dikumpul akan dianalisis kemudian.

2. TEMU BUAL Saya telah melakukan temu bual ke atas beberapa penduduk tempatan semasa membuat kajian ini. Hasil temu bual telah saya catatkan dan direkodkan.

3. SOAL SELIDIK Borang soal selidik telah saya berikan kepada 20 orang responden untuk mengetahui pendapat mereka tentang kesan negatif berkaitan tugasana yang telah diberikan. Hasil soal selidik juga saya kumpul untuk dianalisis.

4. RUJUKAN Saya telah melayari internet dan mengunjung perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan.

DAPATAN KAJIAN
a. Konsep dan Jenis Perniagaan Runcit di Pasar Tamu Mingguan Pekan Tenom Perniagaan runcit bermaksud menjalankan perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar dan dilakukan secara kecil-kecil. Perniagaan Runcit Pasar Tamu Mingguan Pekan Tenom ini mempunyai pelbagai jenis gerai seperti gerai makanan ringan, gerai sayur-sayuran, gerai ikan , gerai pakaian dan lain-lain lagi. Kebanyakan gerai-gerai ini dijalankan oleh penduduk yang mendiami berhampiran dengan Pekan Tenom . Mereka berbangsa Murut, Melayu, Cina dan lain-lain. Carta pai berikut menunjukkan bilangan perniagaan mengikut jenis gerai.

Peratus Perniagaan Runcit Pasar Tamu Mingguan mengikut Jenis Gerai tahun 2012
Gerai Makanan Gerai Pakaian Gerai Peralatan Elektronik Gerai Ternakan Gerai Peralatan Rumah

18% 3% 7%

9% 6%

66%

b. Kepentingan Perniagaan Runcit Di Pasar Tamu Mingguan Pekan Tenom

Perniagaan Pasar Minggu ini menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan peniaga-peniaga. Sebagai contoh, mereka boleh menjual hasil kraftangan sendiri ke Pasar Tamu dengan modal yang sedikit sahaja. Selain daripada itu, peduduk tempatan juga tidak perlu memasuk kawasan kampung untuk memperoleh sayur-sayuran segar kerana hanya mengunjungi Pasar Tamu Mingguan dan dapat membelinya dengan mudah. Pasar Tamu Mingguan ini juga dapat meningkatkan taraf penduduk tempatan kerana mereka dapat menjalan perniagaan secara kecil-kecilan. Hasil daripada perniagaan ini akan meningkat pendapatan mereka. Penduduk kawasan pedalaman berpeluang untuk memasarkan hasil pertanian mereka di Pasar Tamu Mingguan yang diadakan dua kali seminggu. Seterusnya penduduk tempatan yang mengunjungi Pasar Tamu Minggu memperolehi barangan segar seperti ikan air tawar, buah-buahan, sayur-sayuran dan lainlain. Sebagai penduduk tempatan Pekan Tenom, kita perlu bersyukur kerana dapat menjalankan aktiviti perniagaan dengan perasaan muhibbah dan tolak ansur dalam kalangan pelbagai bangsa. Selain daripada itu, kita juga berpeluang merasa pelbagai jenis produk yang dihasilkan oleh kaum masingmasing.

c. Faktor yang mempengaruhi perniagaan Runcit Di Pasar Tamu Mingguan Pekan Tenom i. Governan Pihak kerajaan telah menggalakkan penduduk tempatan terutama petani kecil-kecilan untuk menjual produk mereka di Pasar Tamu Mingguan ini. Pihak Majlis Daerah juga telah mengeluarkan permohonan perlesenan perniagaan yang tidak membebankan kerana bayaran permohonan yang berpatutan. ii. Infrastruktur Peniaga-peniaga disediakan tapak perniagaan mengikut jenis barangan yang akan dijual oleh mereka. Peniaga yang ingin menjalankan perniagaan hanya memohon di Majlis Daerah untuk mendapat tempat mereka berniaga. iii. Pertambahan Penduduk Pertambahan penduduk juga menggalakkan perniagaan ini dijalankan. Mengikut kajian yang telah dijalankan Pekan Tenom tahun demi tahun penduduknya semakin bertambah dari tahun 2006 sehinggalah kini. iv. Darjah Ketersampaian Keadaan jalan raya dan kereta api yang baik telah meningkatkan darjah ketersampaian ke Pasar Tamu Mingguan .

Kita perlu berbangga kerana pihak kerajaan sentiasa prihatin untuk menyediakan kemudahan infrastuktur kepada penduduk setempat. Selain itu, penduduk tempatan yang rajin dan gigih juga telah menjadi pemangkin untuk memajukan perniagaan runcit di Pekan Tenom.

d. Kesan Negatif Perniagaan Runcit Di Pasar Tamu Mingguan Pekan Tenom Ketika melaksanakan kajian kerja kursus ini, terdapat beberapa kesan negatif yang telah dikenalpasti iaitu :i. Pencemaran. Ada sesetengah peniaga dan pelanggan tidak membuang sampah sisa bungkusan atau makanan mereka walaupun pihak kerajaan telah menyediakan tong sampah di kawasan perniagaan. ii. Kesesakan Lalu Lintas Pertambahan penduduk juga telah menyebabkan kesesakan jalan pada hari Ahad dan hari Rabu. Jalan raya dipenuhi dengan kenderaan kerana meletakkan kenderaan di bahu jalan yang berhampiran dengan Pasar Tamu Mingguan menyebabkan jalan raya telah menjadi sempit dan sukar untuk dilalui. iii. Harga tanpa kawalan Peniaga juga meletakkan sesuka hati terhadap harga barang yang mereka perniagakan. Hal demikian telah menimbul kekeliruan kepada para pembeli. iv. Barangan tidak berkualiti Terdapat juga peniaga yang tidak jujur semasa memperniagakan barang mereka. Mereka menjual barangan yang kurang kualitinya. Peniaga sewajarnya mengamalkan amanah dan jujur dalam menjalankan perniagaan mereka. Selain itu, pengguna jalan raya juga sepatutnya lebih bertoleransi semasa berada dalam keadaan sesak untuk mengelakkan kemalangan jalan raya. Seterusnya, kita juga perlu ada semangat kekitaan terutamanya dalam menjaga kebersihan kawasan perniagaan agar dapat menghindar daripada sebarang penularan penyakit berjangkit.

Soal Selidik Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Pasar Tamu Mingguan Pekan Tenom Jadual menunjukkan respon daripada 20 penduduk tempatan :Jenis Kesan Negatif 1 2 3 4 5 Pencemaran Kesesakan Lalu Lintas Harga Tanpa Kawalan Barangan tidak berkualiti Pembaziran Bilangan respon 20 11 13 12 10

e. Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Pasar Tamu Minggu Pekan Tenom i. Pihak kerajaan perlu membuat pemantauan untuk mengelakkan daripada peniaga sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Terutamanya pada letak tanda harga, kawalan timbangan dan sukatan . ii. Pihak tertentu juga perlu menganjurkan kempen alam sekitar untuk memupuk kesedaran penduduk setempat untuk lebih menghargai dan memelihara alam sekitar. iii. Pihak kerajaan juga perlu menyediakan kawasan tempat letak kenderaan yang bersesuaian untuk mengelak kesesakan lalu lintas. iv. Pemandu juga perlu mematuhi peraturan yang telah dikuatkuasa dan pihak berkuasa pula perlu mengambil tindakan tegas kepada pesalah .

Menyedari tentang tanggungjawab sebagai warga penduduk di Pekan Tenom, saya patut melibatkan diri dan menyokong usaha pembangunan kerajaan , terutamanya kempen alam sekitar . Contohnya, kempen beg penggunaan beg plastik. Saya juga sedar bahawa kita sewajarnya berilmu dan berketrampilan dalam menangani masalah yang dihadapi.

RUMUSAN
Setelah menyiapkan kajian ini, saya mendapati bahawa perniagaan runcit di Pasar Tamu Mingguan telah banyak menyumbang dalam peningkatan ekonomi Pekan Tenom. Penduduk setempat sentiasa berdikari dalam memajukan taraf hidup masing-masing Selain itu, pihak kerajaan juga sentiasa memikirkan kebajikan penduduk tempatan dengan menyediakan pelbagai infrastruktur bagi memudahkan kegiatan perniagaan di Pasar Tamu Mingguan. Saya amat berbangga kerana pihak kerajaan bertanggungjawab kepada bangsa dan negara agar seiring dengan pembangunan negara melalui slogan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.”

LAMPIRAN

Gambar menunjukkan jadual masa perniagaan Pasar Tamu Mingguan dan Pasar Malam

Gerai Makanan dan minuman

Gerai Sayur-sayuran

Gerai Telur

Gerai Pakaian

Punca-punca pencemaran

RUJUKAN 1. LAMAN SESAWANGAN i. ii. http://pondoksiti.blogspot.com/2011/03/pendidikan-alam-sekitar.html http://www.majalah.com/?classified:ingin-mulakan-perniagaan-kecil-kecilan-tetapi-tiada-modalingin-membuat-pinjaman-tetapi-ti:5G0NHJ3C9S

2. BUKU RUJUKAN Azizah Ahmad, Referens Lengkap Geografi PMR, 2011, Marshall Cavendish Education : Kuala Lumpur

3. ORANG SUMBER i. Encik Lee Tan Bi , Peniaga, 45 tahun , Kampung Kalang , Peti Surat 100, 89908 Tenom

4. BUKU TEKS Abu Rahim Mohammad Nor, Geografi Tingkatan Tiga, 2010, Cerdik Publication : Kuala Lumpur

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->